Di Zaman Khalifah Umar. Ketika itu Umar ra bersama para sahabat lainnya antara disitu ada Sayyidina Ali.
.
Tiba-tiba dtg seseorang, wajahnya sedap dipandang, bersih &
berwibawa. Sambil duduk dia tak henti-hentinya bertasbih & berdoa.
.
Lalu dtg Sayyidina Umar kpd lelaki td bertanya khabar tentangnya..
.
Jawab lelaki itu “Alhamdulillah sihat, Wahai Amirul Mu'minin, aku
menyukai kpd fitnah, aku membenci kebenaran, aku Solat tanpa berwudhu'
dan aku memiliki di dunia ini apa yang tidak dimiliki oleh Allah”.
.
Wajah khalifah Umar berubah merah mendengar kata-kata lelaki tadi. Lalu
Umar bangun dari tempat duduknya dan segera memegang pemuda itu dengan
kasar.
.
Sayyidina Ali yang berada di majlis itu hanya tersenyum melihat tindakan sayyidina Umar..
.
Maka dtg Ali mengatakan “ya Amirul Muminin! sabar dulu, apa yang dikatakan pemuda ini ternyata benar”
.
Medengar teguran Sayyidina Ali, maka Umar pun melepaskan lelaki
tadi.Lalu umar bertanya Sayyidina Ali “boleh kau terangkan kepadaku
kebenarnya?”
.
Jawab Sayyidina Ali “dia suka kpd fitnah beerti
dia suka harta benda dan anak, bukankah Allah berfirman dalam ayatNya
surah al Anfal ayat 28 “Dan ketahuilah bahwa hartamu dan anak anakmu itu
hanyalah fitnah?”
.
Kedua, dia membenci kebenaran atau hak.
Ertinya dia membenci kematian. Bukankah Allah berfirman dalam surat qaf
19 “Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar benarnya (hak). Itulah
yang kamu selalu lari daripadanya”
.
Ketiga, dia solat tanpa wudhu, yaitu solat(selawat) kpd Rasulallah ﷺ. Orang yg berselawat kpd Nabi ﷺ tidak wajib berwudhu.
.
Adapun yg keempat, dia memiliki di dunia apa yang tidak dimiliki Allah.
Ertinya dia memiliki di dunia ini anak dan isteri yang tidak dimiliki
Allah kerana Allah, Dialah Allah yang Maha Esa, tidak mempunyai isteri,
tidak beranak, dan tidak pula diperanakan. Dan tidak ada seorangpun yang
setara denganNya”.
.
Sayyidina Umar ra hanya menggeleng-gelengkan kepalanya ketika mendengar penjelasan Sayyidina Ali رضي الله عنه
.
Lalu kata Umar “Seburuk buruknya majlis adalah majlis yang tidak ada
abu Al-Hasan(Ayah kpd Sayyidina Hassan yaitu Sayyidina Ali)
.
Sabda Nabi ﷺ " Saya ini Kota Ilmu dan Ali pintunya.
.
Di ceritakan Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid, diMajlis Ta'lim Darul Murtadza suatu ketika dahulu.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar