Sufisme
Alam
Jabarut dan Alam Lahut
Assalammualaikum W.M.T
dan salam hormat,
AlhamduLILLAH syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana masih memimjamkan kudrat pada saya untuk terus menitip serba sedikit ilmu ALLAH yang dipinjamkan pada saya yang jahil dan tidak berdaya ini.
Para pembaca yang dihormati,
Dan maka yang digelar Alam Jabarut ini adalah di dalam Martabat Ta'in Awal. Ertinya kenyataan yang pertama atau kecintaan yang pertama, dinamakan Asma' Sifat ALLAH yang bernama WAHDAH membawa erti KASRAH.
Apa itu KASRAH? Ianya adalah Huruf.
Apakah Huruf? Ianya adalah Asma'.
Para Pembaca yang dihormati,
Maka erti Wahdah itu adalah Melengkapi, maka dalam Martabat Ta'in Awal itu ALLAH bernama :
1) WAHDAH
2) AGHNAGHUL MUTLAK
3) WUJUD AM YA
4) WUJUD DOA
5) NUR ALLAH
6) NURUL AHADIAH
7) NUR SYAKSANI
Jadinya dengan itu, Alam Jabarut itu nyatalah Nur Muhammad S.A.W yang dijadikan ALLAH S.W.T daripada NUR ZAT ALLAH. Maka dalam pada itu, ada NAFI dan ISBAT dan berhimpun tiada bercerai.
Para pembaca yang dihormati,
Kenapa saya memaparkan semua ini? Bukan lain dan bukan, untuk kita sama-sama terus bertapak mengenal dan mencari Ilmu ALLAH dalam mengejar Hari Raya Kubra. InsyaALLAH.
InsyaALLAH, sama-sama kita berjalan menuju ke hadrat ALLAH dalam keadaan yang penuh dengan Keredhaan dan Kerahmatan dari ALLAH S.W.T. Amin.
Sekian dahulu, insyaALLAH mudah-mudahan diberi saya peluang untuk terus sambung tentang Alam Malakut. Amin Ya ALLAH Ya Robbi A'lamin.
Yang baik sudah tentu dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH, sebagai menunjukkan saya makhluk yang tiada berdaya tanpa dengan izin dariNYA.
Fi AmanILLAH.

Lahut
Assalammualaikum WMT dan salam sejahtera.

InsyaALLAH, kita akan
mulakan dengan Alam Lahut.
Apa sahaja yang saya
paparkan di sini adalah perkongsian bukan untuk mengajar, insyaALLAH akan
dibincangkan lebih lanjut pada kuliah Dhuha selepas Aidilfitri setiap hari
Ahad.
Alam LAhut itu adalah pada martabat Lata'in, yang ertinya tidak ada
kenyataan, maka dinamakan Alam Lahut itu Asma' Zat, ertinya Zat ALLAH S.W.T
yang belum berasma' ALLAH hanya dengan berasma' Zat Ahadiah. Di dalam martabat
Alam Lahut, Asma' Zat yang Maha Suci itu adalah tujuh Asma'NYA iaitu :
1) HU ertinya Zat ALLAH Yang Esa semata-mata.
2) GHAIBUL GHUYUB ertinya tidak ada berpihak dan tiada IA bertempat, tiada IA di atas, di bawah, di kiri, di kanan, di hadapan dan di belakang.
3) AHADIAH ertinya daripada pihak yang tidak sampai kepada pengenalan para Nabi, apa lagi yang lain daripada Nabi-Nabi, yang mengetahui hanya DIA.
4) GHAIBUL HAWIYAH ertinya daripada pihak IA tiada berzat, berasma' dan berakal seperti manusia.
5) WUJUDUL MUTLAK ertinya tiada segala yang hakiki, hanya DIA.
6) ABADAN ABADA ertinya tiada siapa yang mengetahui wujudNYA, sesuatu juapun.
7) LATA'IN ertinya tiada dapat difikirkan oleh akal, makrifat orang-orang yang ArifbILLAH. Alam Lahut pada martabat Lata'in, DIAlah ZATTUL MUTLAK yang tidak bercerai dan tidak berhimpun, semata-mata hanya DIA, belum lagi bernama ALLAH, kerana belum ada Nur Muhammad S.A.W. Maka berkenaan dengan ILMU TAJALLI Alam Lahut, tidak ada Ilmu pada Nur Muhammad S.A.W, hanya DIA yang Tajalli semata-mata.
Para pembaca yang dihormati,
Saya pasti ada antara di luar sana tidak faham, tidak setuju, kurang mengerti dan kurang jelas akan isi di atas. Tidak menjadi masalah, asalkan jangan letak kejumudan pada ilmu ALLAH, pasti akan bertemu jawapannya, InsyaALLAH.
Bak kata guru saya, jika rosak basikal, jangan hantar ke kedai televisyen. :)
Bertanyalah pada ahli.
InsyaALLAH penghuraian panjang akan saya buat pada kuliah Dhuha selepas AidilFitri.
InsyaALLAH, mudah-mudahan diberikan kemudahan dari ALLAH pada saya untuk sambung pada perkongsian tentang alam seterusnya iaitu Alam Jabarut.
Sekian dahulu dari insan daif lagi jahil ini.
Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH sebagai tanda saya insan yang lemah dan tidak berdaya tanpa dengan izinNYA.

Assalammualaikum WMT dan salam hormat,
AlhamduLILLAH dengan kudra pinjaman dari ALLAH ini masih diberi lagi saya peluang untuk terus melakarkan serba sedikit Ilmu dariNYA untuk tatapan rohani sesama hamba.
Para pembaca yang dihormati,
Terlintas saya untuk berkongsi serba sedikit rentetan dari pengajian saya bersama dengan guru-guru saya, yang ada diantara mereka sudah kembali ke hadrat ALLAH. Al- Fatihah.
Para pembaca yang diingati,
Kali ini kita sama-sama menatap serba sedikit tentang rahsia-rahsia alam.
Maka bagi kita yang beriman kepada ALLAH dan Rasulullah S.A.W serta Hari Kiamat, percaya bahawasanya alam-alam yang ada ini dengan nama, Dunia, Buana, Maya pada, adalah dijadikan ALLAH Yang Maha Esa, demikian juga penghuni tiap-tiap alam itu, serta apa jua pada tiap-tiap alam itu. 'Kewajipan' kita sebagai seorang Muslim sekurang-kurangnya mengetahui 7 alam.
Apakah Alam-alam tersebut?
1) Alam Lahut
2) Alam Jabarut
3) Alam Malakut
4) Alam Roh
5) Alam Misal
6) Alam Ajsam
7) Alam Insan
8) Alam Mulki
9) Alam Syahadah
10) Alam Hadas
11) Alam Saghir (Dunia kecil)
12) Alam Basyirah
13) Alam Fana
14) Alam Baqa
15) Alam Kabir
16) Alam Hassi
17) Alam Barzakh
18) Alam ALLAH
19) Alam Sifat ALLAH
20) Alam Amar
21) Alam Khalaq
22) Alam Khafi
23) Alam Akhfia
24) Alam Sirr
25) Alam Syuhud
26) Alam Qudus
27) Alam Munazil
28) Alam Qalbi
29) Alam Nahayah Laha
30) Alam Ghaib
31) Alam 'Uqul
32) Alam Mu'adan
33) Alam Nabat
34) Alam Haiwan
35) Alam Lazat
36) Alam Nufus
37) Alam Cuci
38) Alam Naswah
39) Alam Tasyahud
40) Alam Musyahadah
41) Alam Sawa'atun
42) Alam Nur
43) Alam Muhammmad
44) Alam Adam
45) Alam Kita
46) Alam Zhir
47) Alam Nafas
48) Alam Akhirat
49) Alam Nur Syuhud
50) Alam Fuad
51) Alam Jin
52) Alam Zahir
53) Alam Batin
54) Alam 'Izzah
InsyaALLAH, kita akan mulakan dengan Alam Lahut.

AlhamduLILLAH ke
hadrat ALLAH yang menjadikan hambaNYA dengan segala aturan yang penuh hikmah,
syukur kerana masih memberi peluang untuk saya terus cuba merapatkan diri
padaNYA. ALLAHu AKBAR.
Para pembaca yang dihormati,
Sepanjang kita hidup di dunia ini, sepanjang kita bergelar hamba ALLAH, umat Rasullulah S.A.W, sepanjang bergelar orang Islam. Jika diperhatikan semuanya mempunyai aturan.
Suka untuk saya kali ini membicarakan tentang aturan mengikut Tasauf. InsyaALLAH, apabila ada keluangan yang diberikan ALLAH pada saya, akan saya terangkan isinya dengan lebih lanjut. Jika tidak berkesempatan di sini, mungkin akan saya teruskan pada kuliah umum di PR selepas hari raya, insyaALLAH.
Kita pergi kepada :
Aturan untuk mendapat Taufik dan Hidayah iaitu:
1) Berani
2) Tawakal
3) Ikhlas
4) Amal
Seterusnya,
Aturan
kita pada ALLAH S.W.T:
1) 'Ittiqad dengan 'Ittiqad yang Kamil pada ALLAH
2) Jangan ada Syirik Jali
3) Jangan ada syirik Khafi
4) Tawakal pada ALLAH
5) Redha kepada ALLAH
6) Syukur kepada ALLAH
7) Nikmat pada segala kebajikan
8) Melarang diri pada segala kejahatan
Aturan pada Rasulullah S.A.W:
1) Banyakkan membaca Selawat ke atas Baginda
2) Kasih kepada Baginda
3) Contohi Akhlak Baginda
4) Kasih pada Zawiyyah (Ulama' Mursyiddin)
Aturan dengan Syurga:
1) Membuat Ihsan
2) Kasih pada Rijal ALLAH
3) Mengerjakan Syariat
Aturan dengan Neraka:
1) Baca Al-Quran
2) Tangiskan diri yang banyak dosa dan taubat
3) Jauhi Maksiat
4) Lakukan Amal Kebajikan
Aturan Dengan Hisab:
1) Jangan banyak bercakap sesuatu yang sia-sia
2) Banyakkan ZikrULLAH
3) Banyakkan bersedekah khairat secara diam-diam
Aturan dengan Siratul Mustaqim:
1) Muhibah (terutama dengan saudara seagama iaitu seIslam)
2) Berbakti kepada kedua Ibubapa
3) Berbakti kepada guru-guru, terutama yang menjadi Syeikh (Masyaikh)
4) Amanah
5) Jadikan diri kamu seperti orang-orang awam
6) Rahsiakan Ilmu ALLAH yang ada pada kamu (Kecuali pada ahlinya dan yang patut sahaja)
7) Rahsiakan amalan kamu pada masyarakat.
Aturan dengan Mizan:
1) Setiap ilmu hendaklah berguru dan beramal sebelum mendapat Laduni atau ilmu Zauki.
2) Hendaklah bersih dari segala pekerjaan
3) Beradap sopan sesama manusia
4) Bersyukur pada ALLAH, iaitu
a) Tiap-tiap nikmat itu syukur
b) Tiap-tiap dugaan/bala itu AlhamduLILLAH.
Para pembaca yang dihormati,
Pasti ada yang keliru serba sedikit tentang aturan-aturan di atas. Tidak perlu keliru kerana setiap pertanyaan atau persoalan pasti ada jawapan, InsyaALLAH.
Aturan-aturan di atas adalah rentetan dari hasil pengajian saya dengan ALLAHyarham guru saya yang telah meninggal 10 tahun lepas, semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Mudah-mudahan ALLAH memberi kesempatan untuk saya menghuraikannya di sini bagi tatapan semua sebagai untuk kita lebih dekat kepada pencipta, InsyaALLAH, Amin.
Semoga mendapat manfaat dari apa yang telah ditatap, InsyaALLAH.
Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH, sebagai tanda saya makhluk yang lemah dan serba hina tanpa dengan Kudrat dan keizinanan dari ALLAH S.W.T.

Assalammualaikum WMT
dan salam hormat,
AlhamduLILLAH syukur ke hadrat ALLAH kerana memberikan peluang untuk saya menulis dalam 'kesibukan nafas yang terus turun dan naik'.
Para pembaca yang dihormati,
Suka untuk saya berkongsi kali ini tentang perkara yang berkaitan dengan Jalan Musyahadah, ini sebagai satu permulaan kerana apabila dikatakan kita mengambil Jalan Musyahadah maka pergantungan kita terhadap makhluk pudar sama sekali, hanya ALLAH S.W.T semata-mata, tidak kira kepada perawat atau bukan perawat.
Para pembaca yang dihormati,
Kenapa dikatakan pudar sama sekali? Ini adalah kerana apabila seseorang berada di dalam jalan ini, maka ianya bertumpu kepada Pergantungan Makrifat.
Pergantungan Makrifat adalah merujuk kepada mengenal diri, maka pergantungan mengenal diri ianya merujuk kepada Mengenal ALLAH.
Makanya pergantungan mengenal ALLAH itu merujuk kepada UJUDULLAH semata-mata.
Maka, maksudnya sesiapa mengenal ALLAH,UJUD ALLAH, maka 'binasa diri' yang ertinya Fana dalam UJUDULLAH. MasyaALLAH.
Para pembaca yang dihormati,
Makanya makrifat hamba pada Tuhan dengan Jalan Musyahadah ialah 'mengetahui' Zat ALLAH, UJUD yang tiada baginya rupa. Laisa Kamislihi syai'un. ALLAHu AKBAR.
Jadinya makrifat itu dengan mata hati pada ALLAH semata-mata, tiada lain yang menanti dengan yang dinanti. Maka tinggallah yang dinanti akan menggantikan dengan yang menanti. ALLAHu.
Maka, Ahli Makrifat Kalbun tersebut beramal dengan ZikrULLAH yang berikut:
1) Mujahadah
Ertinya MEMERANGI segala fikiran, pemandangan, perasaan, yang menjadi rintangan pada hatinya yang lain dari ALLAH.
2) Muraqabah
Ertinya MENYELESAIkan segala yang kusut celaru di dalam hati untuk menuju ke hadrat ALLAH. ALLAHu.. (Zikir dan Fikir, Fikir dan Zikir)
3) MuqabALLAH
Ertinya MENETAPkan hati supaya jangan berpaling pada yang lain selain dari ALLAH. ALLAH semata-mata.
4) Musyahadah
Ertinya MEMANDANG ALLAH dan ingat di dalam hati serta fikiran hanya semata-mata ALLAH sahaja. ALLAHu AKBAR.
Para pembaca yang dihormati,
Kenapa saya menulis tentang Musyahadah? Pertamanya memegang amanat guru, sebarkanlah ilmu, semoga mendapat manfaat 'di sana'.
Keduanya kerana penting akan perihal ini pada yang ingin menjadi perawat atau sudah menjadi perawat, bimbang diberikan Istidraj atas kerana sikap tidak mahu ambil tahu kita akan WUJUD ALLAH. NauzubILLAH.
InsyaALLAH, ada kesempatan akan datang akan saya sambung dengan rawatan yang berkaitan dengan SIRR, WAHMUM, ZAT dan 'ATIQAD.
Yang Baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH, sebagai tanda saya makhluk yang serba lemah dan daif tanpa dengan izin dariNYA.
WALLAHUALAM.
Wassalam
postedbyhttp://terapi-alfatah
Betul
Ke? .......Ajaran Sufi dan Tasawuf Bukanlah Dari Ajaran Islam Yang Dibawa Oleh
Rasulullah salallahulaihiwasalam
Ajaran Sufi dan Tasawuf Bukanlah
Dari Ajaran Islam Yang Dibawa Oleh Rasulullah salallahulaihiwasalam
Penggalian maklumat mengenai amalan sufi dan latar belakangnya sangatlah memeningkan kerana sehingga tokoh-tokoh sufi sendiri pun berbeza pendapat dan mempunyai pandangan sendiri-sendiri lantaran ilham dan waham masing-masing mengenai asal usul ajaran sufi.
Menurut beberapa sumber mengatakan Basrah, sebuah kota di Iraq (boleh rujuk filem P. Ramlee dalam cerita Ahmad Albab apabila awal-awal filem itu mengisahkan perbualan seorang yang bertanya kepada kawannya dari mana ente ? Ana dari Basrahlah sebelum menceritakan Kisah Mas’ud Al-Buaya yang berada dalam kalbun Malami), merupakan tempat kelahiran pertama bagi Tasawuf dan Sufi.
Dimulai pada masa tabi’en sebahagian dari ahli ibadah Basrah mulai berlebihan dalam beribadah, zuhud dan wara’ terhadap dunia (dengan cara yang belum pernah dicontohkan oleh Rasulullah salallahulaihiwasalam, sehingga disebutkan antara sifat mereka ialah suka memilih untuk mengenakan pakaian yang terbuat dari bulu domba (Shuuf/صُوْف). Kemudian dari kerana terkenalnya mereka dengan pemakaian sebegitu maka disebut sebagai asal usul mula digelar sufi dan bermacam-macam lagi cerita mengenai asal usul mereka.
Para ulama Basrah yang mendapati kemunculan puak sufi tidaklah tinggal diam. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Asy Syeikh - Al Ashbahani rahimahullah dengan sanadnya dari Muhammad bin Sirin rahimahullah bahawasanya telah sampai kepadanya berita tentang orang-orang yang mengutamakan pakaian yang terbuat dari bulu domba, maka beliau pun berkata: “Sesungguhnya ada orang-orang yang mengutamakan pakaian yang terbuat dari bulu domba dengan alasan untuk meneladani Al Masih bin Maryam ! Maka sesungguhnya petunjuk Nabi kita lebih kita cintai (dari/dibanding petunjuk Al Masih), baginda salallahulaihiwasalam biasa mengenakan pakaian yang terbuat dari bahan kapas dan yang selainnya.” (Diringkas dari Majmu’ Fatawa, karya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah Juz 11, hal. 6,16 ).
Puak Sufi Melakukan dusta apabila mendakwa rasulullah ialah pengasas dan membawa ajaran sufi ini apabila Ibnu ‘Ajibah seorang Sufi Fathimi, mengatakan “Jibril pertama kali turun kepada Rasulullah salallahulaihiwasalam dengan membawa ilmu syariat, dan ketika ilmu itu telah mantap, maka turunlah Jibrail untuk kedua kalinya dengan membawa ilmu hakikat. Baginda salallahulaihiwasalam pun mengajarkan ilmu hakikat ini kepada orang-orang yang khusus sahaja dan yang pertama kali menyampaikan tasawuf adalah Ali bin Abi Thalib ra kemudian kepada Al Hasan Al Bashri ra yang menimba ilmu darinya.” (Iqazhul Himam Fi Syarhil Hikam, hal.5 dinukil dari At Tashawwuf Min Shuwaril Jahiliyah, hal. 8).
Syeikh Muhammad Aman Al Jami ra berkata: “Perkataan Ibnu ‘Ajibah ini merupakan tuduhan keji lagi lancang terhadap Rasulullah, dia menuduh dengan kedustaan bahawa baginda menyembunyikan kebenaran. Dan tidaklah seseorang menuduh Nabi dengan tuduhan tersebut, kecuali seorang zindiq yang keluar dari Islam dan berusaha untuk memalingkan manusia dari Islam jika dia mampu, kerana Allah telah memerintahkan Rasul-Nya untuk menyampaikan kebenaran tersebut dalam firman-Nya “Wahai Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu oleh Rabbmu, dan jika engkau tidak melakukannya, maka (pada hakikatnya) engkau tidak menyampaikan risalah-Nya.” (Al Maidah : 67).
Beliau juga berkata: “Adapun pengkhususan Ahlul Bait dengan sesuatu dari ilmu dan agama, maka ini merupakan pemikiran yang diwarisi oleh orang-orang Sufi dari pemimpin-pemimpin mereka (Syi’ah).
Dan benar-benar Ali bin Abi Thalib ra sendiri yang membantahnya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al Imam Muslim ra dari hadits Abu Thufail Amir bin Watsilah Radiyallahu ‘anhu dia berkata: “Suatu saat aku pernah berada di sisi Ali bin Abi Thalib ra, maka datanglah seorang laki-laki seraya berkata: “Apa yang pernah dirahsiakan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam kepadamu?” Maka Ali pun marah lalu mengatakan: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam belum pernah merahasiakan sesuatu kepadaku yang tidak disampaikan kepada manusia ! Hanya saja beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam pernah memberitahukan kepadaku tentang empat perkara.
Abu Thufail Radiyallahu ‘anhu berkata: “Apa empat perkara itu wahai Amirul Mukminin ?” Beliau menjawab: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “ Allah melaknat seorang yang melaknat kedua orang tuanya, Allah melaknat seorang yang menyembelih untuk selain Allah, Allah melaknat seorang yang melindungi pelaku kejahatan, dan Allah melaknat seorang yang mengubah tanda batas tanah.” (At Tashawwuf Min Shuwaril Jahiliyyah, hal. 7-8).
Sebagaimana dalam riwayat Abu Dzar ra yang berkata : Rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : “Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah diterangkan pada kalian.” Juga disebut oleh Abu Zar ra akan katanya “ Rasulullah meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di udara kecuali beliau menyebutkan ilmunya pada kami.” (Hadith Sahih riwayat Thabrani dalam Mu’jamul Kabir, lihat As Sahihah oleh Syeikh Albani ra 416 Jilid 4 dan hadith ini memiliki pendukung dari riwayat lain).
Syeikh Ihsan Ilahi Zhahir rahimahullah (ulama yang dibunuh oleh puak syiah) berkata: “Tatkala kita telusuri ajaran Sufi periode pertama dan terakhir, dan juga perkataan-perkataan mereka baik yang keluar dari lisan atau pun yang terdapat di dalam buku-buku terdahulu dan terkini mereka, maka sangat berbeza dengan ajaran Al Qur’an dan As Sunnah. Dan kita tidak pernah melihat asal usul ajaran Sufi ini di dalam sejarah pemimpin umat manusia Muhammad Shallallahu ‘alaihi wassalam , dan juga dalam sejarah para sahabatnya yang mulia, serta makhluk-makhluk pilihan Allah Ta’ala di alam semesta ini. Bahkan sebaliknya, kita melihat bahwa ajaran Sufi ini diambil dan diwarisi dari kerahiban Nasrani, Brahma Hindu, ibadah Yahudi dan zuhud Buddha” (At Tashawwuf Al Mansya’ Wal Mashadir, hal. 28).
Syeikh Abdurrahman Al Wakil rahimahullah berkata: “Sesungguhnya Tasawuf merupakan tipu daya syaitan yang paling tercela lagi hina, untuk menggiring hamba-hamba Allah Ta’ala di dalam memerangi Allah Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wassalam. Sesungguhnya ia (Tasawuf) merupakan topeng bagi Majusi agar tampak sebagai seorang Rabbani, bahkan ia sebagai topeng bagi setiap musuh (Sufi) di dalam memerangi agama yang benar ini. Periksalah ajarannya ! niscaya engkau akan mendapati padanya ajaran Brahma (Hindu), Buddha, Zaradisytiyyah, Manawiyyah, Dishaniyyah, Aplatoniyyah, Ghanushiyyah, Yahudi, Nashrani, dan Berhalaisme Jahiliyyah.” (Muqaddimah kitab Mashra’ut Tashawwuf, hal. 19).
Al Hallaj seorang tokoh sufi, berkata : “Kemudian Dia (Allah) menampakkan diri kepada makhluk-Nya dalam bentuk orang makan dan minum.” (Dinukil dari Firaq Mua’shirah, karya Dr. Ghalib bin Ali Iwaji, juz 2 hal.600).
Padahal Allah telah berfirman : “Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Allah, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Asy Syuura : 11).
“Berkatalah Musa : “Wahai Rabbku nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat-Mu.” Allah berfirman : “Kamu sekali-kali tidak akan sanggup melihat-Ku (di dunia)” (Al A’raaf : 143).
Ibnu ‘Arabi, tokoh sufi lainnya, berkata : “Sesungguhnya seseorang ketika menyetubuhi isterinya tidak lain (ketika itu) dia menyetubuhi Allah !” (Fushushul Hikam). Ibnu ‘Arabi juga berkata : “Maka Allah memujiku dan aku pun memuji-Nya, dan Dia menyembahku dan aku pun menyembah-Nya.” (Al Futuhat Al Makkiyyah).
Padahal Allah Ta’ala telah berfirman : “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku.” (Adz Dzariyat : 56).
“Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Allah Yang Maha Pemurah dalam keadaan sebagai hamba.” (Maryam : 93).
Golongan sufi juga melakukan kejahatan membahagikan ilmu agama menjadi Syari’at dan Hakikat, yang mana bila seseorang telah sampai pada tingkatan hakikat berarti dia telah mencapai martabat keyakinan yang tinggi kepada Allah Ta’ala, oleh karena itu gugurlah baginya segala kewajiban dan larangan dalam agama ini.
Ibnu Arabi berkata: “Tuhan itu memang benar ada dan hamba itu juga benar ada Wahai kalau demikian siapa yang di bebani syariat? Bila engkau katakan yang ada ini adalah hamba, maka hamba itu mati atau (bila) engkau katakan yang ada ini adalah Tuhan lalu mana mungkin Dia dibebani syariat?” (Fushulul Hikam hal. 90).
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata : “Tidak diragukan lagi oleh ahlul ilmi dan iman bahawasanya perkataan tersebut termasuk sebesar-besar kekafiran dan yang paling berat. Ia lebih jahat dari perkataan Yahudi dan Nashrani, karena Yahudi dan Nashrani beriman dengan sebahagian dari isi Al Kitab dan kafir dengan sebahagiannya, sedangkan mereka adalah orang-orang kafir yang sesungguhnya” (Majmu’ Fatawa, juz 11 hal. 401).
Keyakinan bahwa orang-orang Sufi mempunyai ilmu Kasyaf (dapat menyingkap hal-hal yang tersembunyi) dan ilmu ghaib merupakan kebathilan dan kejahilan serta dosa. Ibnu Arabi berkata: “Ulama syariat mengambil ilmu mereka dari generasi terdahulu sampai hari kimat. Semakin hari ilmu mereka semakin jauh dari nasab. Para wali mengambil ilmu mereka langsung dari Allah yang dihujamkan ke dalam dada-dada mereka.” (Rasa’il Ibnu Arabi hal. 4).
Berkata Al Junaidi: “Saya anjurkan kepada kaum sufi supaya tidak membaca dan tidak menulis, kerana dengan begitu dia bisa lebih memusatkan hatinya. (Quutul Qulub 3/135).
Abu Sulaiman Ad Daraani berkata: “Jika seseorang menuntut ilmu hadits atau bersafar mencari nafkah atau menikah bererti dia telah condong kepada dunia”. (Al Futuhaat Al Makiyah 1/37)
Allah Ta’ala telah dustakan mereka dalam firman-Nya: “Katakanlah tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui hal-hal yang ghaib kecuali Allah.” (An Naml : 65).
Ketaatan kepada rasulullah itu dijelaskan dalam Al-Qur’an dan mentaati rasul bererti menuruti pertunjuk sunnahnya. Ini kerana baginda pernah menyebut baginda salallahualaihiwasalam menyebut seperti dalam riwayat Abu Hurairah dengan sabdanya : “ Setiap Ummatku akan masuk syurga melainkan mereka yang engkar, maka sahabat bertanya, siapakah yang ingkar itu wahai rasulullah ? Siapa yang mentaati aku maka dia akan masuk syurga dan siapa yang menderhakai aku maka dialah golongan yang engkar.” (Hadith Sahih riwayat Bukhari no. 728).
Dalam hadith yang lain baginda salallahualaihiwasalam pernah menyebut : “ Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku (ummatku).” (Hadith Sahih Bukhari, Bab Nikah, no.1). Dari Sufyan As-Sauri berkata “ Tidak diterima perkataan melainkan dengan amal dan tidak diterima amal dan perkataan melainkan dengan niat (ikhlas) dan tidak bermanfaat perkataan, amal dan niat ikhlas melainkan dengan menepati Sunnah”.
Bersambung .........dengan perbincangan-perbincangan dalam perkara ini.
postedby :http://maben.multiply.com/journal/item/11

Mencapai
Makrifat Tanpa Usaha
Di zaman ini terlalu ramai yang
ingin mempelajari ilmu hakikat dan makrifat . Bila aku berjalan ke sana sini
bertemu kawan2 dan para guru aku dapati ramai yg mencari dan minat untuk
belajar ilmu ketuhanan . Di forum-forum di luar forum sama sahaja keadaannya .
Ini menunjukkan satu perkembangan yang menarik. Kumpulan tarekat pun telah
berlembang di tanah air kita tidak seperti semasa aku di era zaman 70 an dan 80
an. Walaubagaimana pun tuduhan dan tohmahan terhadap ilmu-ilmu tarekat ,
hakikat dan makrifat itu masih juga berlaku bahkan berleluasa.
Pelik sungguh rasa di hati dan fikiran aku , kenapa dulu ulamak pondok di sanjung dan kebanyakan mereka membawa ilmu yang sama . Kalau ada tohmah pun bukan dari orang awam tetapi perdebatan di antara ualama-ualama besar spt yg berlaku kepada Syeikh Hamzah Al Fansuri dengan syeikh Nuruddin Al Raniri. Tetapi orang awam tidak berani campur urusan ulamak -ulamak besar. Kerana mereka tahu di mana tahap mereka ketika itu.
Kebanyakkan anak-anak murid di zaman sekarang banyak yang hangat-hangat tahi ayam . Mula-mula bersemangat nak belajar tapi akhirnya kecundang juga gugur di lembah peperangan hawa nafsu. Mereka tidak mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan kental. kemana perginya semangat-semangat bangsa melayu ya hebat-hebat seperti yang lampau-lampau.
Cita-cita tinggi nak jadi wali mulalah sembang seperti wali , guna perkataan wali . Dengar memang hebat tapi pada hakikatnya hampas, cuma seperti tin kosong yg tak berisi.
Ingin aku tegaskan di sini , TIDAK ADA dan TIDAK PERNAH aku lihat dan aku jumpa seseorang yang telah mencapai makrifat dengan hanya bercakap-cakap kosong , berangan-angan tinggi, berhujjah sana-sini dengan hanya menghafal ilmu-ilmu dari kitab. Dan tidak pernah berlaku di mana-mana zaman sekali pun . Kita dengar di zaman dulu wali tu hebat , wali ni hebat akan tetapi tahukah kita betapa susahnya mereka itu berjihad menundukkan hawa nafsu mereka . Tak kira siang dan malam seluruh hidup mereka di dalam perjuangan yg hebat.
Maka dengan anugerah Allah swt yg menilai kesucian dan keihklasan hati mereka mendapat kedudukan yg tinggi . Sedar lah saudaraku dan semua murid-murid janganlah menganggap makrifat itu suatu perkara yang mudah dicapai sambil berpeluk tubuh.
Bukan setakat 100 x sehari berzikir boleh menjadikan kamu makrifat. Dan yang berzikir 70.000 x sehari pun belum tentu mencapai makrifat inikan pula setakat zikir bubur kacang, atau kenduri tahlil. Makrifat itu anugerah Allah swt tetapi ia perlu diusahakan. Allah mahu menghukum kamu , mengampun dosa2 kamu , menguji kesabaran kamu , dan pelbagai lagi jalan-jalan yg kamu perlu tempuh sehingga kamu betul-betul bersedia untuk sampai ke hazratNYA.
Barangsiapa yang belum berjumpa Guru tidak akan berjumpa jalan taubat.
Barangsiapa yang tidak berjumpa jalan taubat tidak akan berjumpa jalan ilmu.
Barang siapa yang tidak berjumpa jalan ilmu tidak akan berjump jalan beramal.
Brangsiapa tidak berjumpa jalan beramal tidak akan jumpa jalan usaha.
barangsiapa yang tidak berjumpa jalan usaha tidak akan jumpa jalan sabar.
Barangsiapa tidak berjumpa jalan sabar tidak akan jumpa jalan tawakkal .
Barangsiapa yang tidak berjumpa jalan tawakkal tidak akan jumpa jalan fana.
Barang siapa yang ta berjumpa jalan fana tidak akan berjumpa jalan Baqo.
barangsiapa yang tidak berjumpa jalan baqo tidak akan berjumpa jalan hakikat.
Barangsiapa yang tidak berjumpa jalan hakikat tidak akan berjumpa jalan makrifat.
Barangsiapa yang belum makrifat tidak akan bermula jalan agama.
Barangsiapa yang tidak beragama jadilah ia seperti bilis dan syaitan.

Ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya
Makrifat itu adalah anugerah Allah Ta'ala kepadamu dan bukan suatu perkara yang
mudah dicapai . Apabila kamu mula mendapat ilmu tentang ketuhananan , hasil
dari belajar , makrifat itu hanya di peringkat ilmu , dengan kenyakinan kamu
pada ilmu tersebut dinamakan ilmu yakin. Makrifat yang hakiki ialah kamu
mengenal sesuatu secara hakiki bukan lagi berdasarkan ilmu dan dalil. Apabila
sudah dibukakan hijab buat kamu nampak dengan pandangan bathinmu akan Hakikat
Wujud barulah disebut Makrifat Apabila menerima pandangan bathin barulah
dinamakan makrifat pada tahap ainul yakin. Maknanya Kamu yakin atas pandangan
bathinmu tentang Hakikat sesuatu. Seterusnya kenyakinan sampai kepada peringkat
yang hakiki, iaitu Haqqul Yakin maknanya kamu mengenal sesuatu itu secara
hakiki , dalam pandangan bathin , ilmu dan rasa yang tak dapat di goyang lagi.
Maka apabila ditanya kepada Nabi saw bagaimana kamu mengenal Tuhan ,dijawab aku
mengenal Tuhanku dengan Tuhanku.
bersambung ...
bersambung ...
postedby................alamsufisma
Mengenal NAF'S dan mengenal ROH
9
MENGENAL NAF'S DAN ROH
Figure:
Salawat Ruh
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirobbila'alamin Washolatuwassalamu 'ala asyrafil anbia'i wal mursalin wa a'la aalihi wa ashaabihi wabaarik wasallam.

Pembaca yang dimuliakan
Allah Ta'ala. adapun mengenal Naf's dan Ruh itu tersangat luas pembahasan dan
kupasannya tersangatlah mendalam sejak dahulu hinggalah ke zaman sekarang.
Walau pun Allah Ta'ala telah berfirman bahawa Dia hanya memberi pengetahuan
tentang Ruh hanya sedikit manakala pengetahuan tentang Naf's juga adalah
terbatas. Tetapi manusia dengan sifatnya yang ingin tahu masih belum merasa
puas dengan ilmu yang sedikit itu.
Aku lebih gemar menggunakan
istilah Naf's yang menunjukkan kepada Diri, Nafsu. Jiwa dan seumpamanya kerana
istilah inilah yang sebut di dalam Al Quran dan Hadis. Namun kita semua sudah
biasa dengan pelbagai terjemahan melayu seperti diri,nafsu,nafas,jiwa dan
sebagainya.
Dengan mengggunakan istilah
yang disebut di dalam Al Quran dan Hadis akan mendatangkan fahaman yang lebih
jelas dan kita tidak akan keliru dengan pelbagai terjemahan dan istilah-istilah
melayu. Bagi mereka yang benar-benar mengaji dan mengkaji bidang ini sudah
tentu lebih arif dan ada yang sampai ke tahap guru-guru yang arif billah .
Sudah pasti mereka tidak keliru dan tengelam dengan istilah-[istilah yang
benyak itu.
Tentang Naf's kita
seringkali mendengar kata-kata Sufi seperti ini , ada juga yang mengatakan
hadis nabi saw walau pun kita tidak menjumpai sanad yang sahih, tetapi yang
lebih tepat ia adalah kata-kata Syeikh Yahya b Muaz As Saufi.
"Man
'Arofa Nafsahu Faqod 'arofa Rabbahu, Wa man a'rofa Rabbahu , Fasadal
Jasad"
"Barangsiapa
mengenal akan dirinya maka mengenallah akan Tuhannya. Dan barangsiapamengenal
akan Tuhannya ,binasalah jasadnya"
Manakala Allah menyebutkan
di dalam firmanNYA "
"Hai jiwa yang tenang (Naf's al-Mutmainnah),
kembalilah kepada Tuhamu, kamu puas dengan Dia dan Dia ridha kepadamu"
(89:27-28).
Dan banyak lagi istilah-istilah NAF'S yang disebut di
dalamAl Quran yang menjelaskan mengikut tingkatan-tingkatan NAF'S itu
"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh.
Katakanlah: ‘Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi
pengetahuan melainkan sedikit" Al-Israa'(17): 85
Pengetahuan yang sedikit
inilah yang menjadi pembahasan zaman berzaman , ada yang menolak untuk
dibahaskan ada yang membahasnya secara berlebih-lebih hingga melampau batas
ilmunya dan berlain-lainan pendapat dari pelbagai aliran. Namun sejauh manakah
manusia itu dapat benar-benar mengenal diri dan ruh dan dapat memahami rahsia
yang sedikit ini . Apakah bezanya antara diri atau 'nafs' dengan ruh , banyak
pembahasannya. Akan aku bahaskan nanti.
Kesudahan daripada mengenal NAF'S
itu ialah apabila kita tahu bahawasanya kita ini adalah merupakan hamba kepada
Allah Rabbul a'lamin. Di sini aku kumpulkan beberapa persoalan di dalam hal
mengenal diri untuk dikongsi oleh pembaca semua. Semoga ia menjadi panduan yang
berguna buat kita semua.
"Maka apabila Aku telah
menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku,
maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud (Surah Hijr : ayat 29 )
Dimaksud dengan sujud di sini bukan menyembah, tetapi sebagai penghormatan kepada Nabi Adam as. Allah Ta'ala menyebutkan sebangai Ruhku (Ruhhi) adalah kerana memuliakan Ruh sebagaimana DIA memuliakan Kaabah lalu menyebutnya sebagai Baitullah. Maka terdapat Ahli tafsir menfasirkan sebagai Ruh ciptaanKU sesuai dengan pendekatan syariat. Manakala Ahli-Ahli Tassawuf dan Sufi menfasirkan dengan pelbagai-pelbagai tafsiran yang lebih mendalam. Semuanya berbeza-berbeza menurut kefahaman masing-masing.

Perbezaan di antara Nafs'
dan Roh
Setelah kita lihat istilah
NAF'S dan ROH yang Allah Ta'ala sebutkan di dalam Al Quran kita akan
membahaskannya secara lebih terperinci dan melihatnya dari sudut pandangan
Ahli-Ahli Tasawwuf dan Sufi. Imam kita Sayyidina Ali karamullahu wajjah ra
pernah menyebut , ada juga yang menyatakan ia sebagai hadis Nabi saw yang
jelasnya ia sampai kepada Imam Ali as
"Awalludiin
maarifatullah"
Awal permulaan agama adalah
mengenal Allah. Maka itulah isyarat yang perlu difahami dan diikuti agar kita
betul-betul mengenal Allah Ta'ala kerana tanpa mengenal Allah Ta'ala bagaimana
kita akan beragama. Adakah kita tidak tahu siapa yang kita sembah . Apabila
Imam Ali as di tanya apakah kamu melihat Allah ? Imam Ali as menjawab,"
Apakah aku menyembah Tuhan yang tiodak dapat dilihat ? Ia dapat dilihat dengan
pengkihatan mata hati " Jadi pengetahuan dan penglihatan bathin kepada
Allah Ta'ala dan kewujudanNYA adalah menjadi pokok dan dasar di dalamkita
beragama. Janganlah kamu abaikan perkara yang penting ini. Ulamak-Ulamak
Muhaqiqin dan Ariffin billah tidakpernah menyangkal kepentingan ini kecualilah
Ulama-Ulamak Dunai dan yang hanya mementingkan perkara-perkara yg zahir
semata-mata.Maka bahawasanya taklik (apa yang dikehendaki dengan ) mengenal
Allah Ta'ala adalah mengenal diri .
"Man
'Arofa Nafsahu Faqod 'arofa Rabbahu, Wa man a'rofa Rabbahu , Fasadal
Jasad"
"Barangsiapa mengenal
akan dirinya maka mengenallah akan Tuhannya. Dan barangsiapamengenal akan
Tuhannya ,binasalah jasadnya"
Perkataan 'diri' adalah terjemahan ke bahasa melayu dan di dalam istilah arabnya ialah NAF'S . Diri itulah NAF'S walau pun apa istilahnya ia menunjukkan kepada bangsa NAF'S yakni nafsu atau jiwa, diri yang mempunyai hati ,perasaaan ,akal ,nafsu dan berkehendak. Yang makan dan minum itu tubuh ,tetapi yang merasa kenyang ,lapar dan dahaga itulah diri atau NAF'S . NAF'S inilah juga yang akan merasa bahagia atau derita ,diseksa atau menikmati syurga Allah Ta'ala di dunia dan di akhirat . Inilah yang dimaksudkan dengan NAF'S yang merangkumi qalbu/hati ,jiwa, perasaan, akal ,budi ,danyang seumpamanya .Fahamilah betul-betul.
Adakah NAF'S ini yang dapat mengenal Tuhan ? Apabila NAF'S telah disucikan dan berada di martabat insal kamil pada maratabat Nafsu Kamaliah barulah ia benar-benar mengenal Tuhan kearana ketika itu ia mendapat panduan dari RUH yang ditugaskan untuk membimbing NAF'S dan mengingatkan jalan kembali kepada Allah Ta'ala.
Kalimat Ruh itu sangat luas istilahnya dan banyak pula tafsirannya menurut takrif masing-masing samaada pada lughat baik pun pada ilmu yang khusus seperti ilmu tasauf dan ilmu tarekat., Ada yang memberi erti Ruh itu Jawahir (kata jamak /pulral bagi jauhar). Ada yang memberi erti Ruh itu nyawa.. Ada yang memberi erti Ruh itu Jiwa.

Yang paling tepat adalah sebagaimana Allah Ta'ala
berfirman didalam Al Quran. ROH itu diertikan Ruh itu sebagai 'Amar
Rabbi", maksudnya Urusan Tuhanku. ROH itu Amar Allah , maksudnya Urusan
Allah. ROH dengan pengertian Amar Allah adalah dihidupkan dengan sifat Hayat
Allah ta'ala. Maka Ruh itu lah yang menghidupkan tuannya iaitu jasad , jisim
atau tubuh.
Aku telah meneliti kitab2 bahasa melayu jawi terdahulu seperti kitab Lubabub Tasauf karangan Syeikh Ibrahim b. Hassan Al Kurani yg diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Rauf Al Fansuri dimana 'RUH' itu diterjemahkan kepada 'NYAWA' . Jadi istilah 'NYAWA' dan 'ROH' itu adalah menunjukkan kepada barang yg sama jua. Ini adalah makna yg paling tepat menurut fahamanku.. Kerana dengan ada Ruh itu menghidupkan tubuh atau jasad. Sekiranya Ruh sudah dicabut dari jasad maka manusia itu dikatakan mati atau sudah hilang nyawanya. ROH dan NAF'S adalah 2perkara yang dikekal oleh Allah Ta'ala maka yang mati itu tubuh atau jasad. ROH akan kembali mengadapTuhan Robbil 'alamin sebagaimana Allah Ta'ala berfirman , "Innalillahiwainna ilaihi rooji'un" manakala NAF'S akan menerima balasan samaada bahagia atau kecelakaan di akhirat kelak. Fahamkan betul-betul.

Maksudnya "setiap yang bernyawa itu
pasti merasai mati, kemudian hanyalah kepada Kami kamu
dikembalikan." ( Al 'Ankabuut:57)
Perkataan NAF'S/diri di sini menunjukkan kepada diri ROH, karana nafas atau nyawa itu digerakkan oleh Ruh. Diri ROH dan Diri NAF'S keduanya sudah terhimpun di alam insan diri kita ini . ROH bersifat taat dan bertaraf Ammar Robbi manakala NAF'S atau nafsu yakni inilah diri kita mempunyai asal kejadian yang berbeza,

Nafs'/Nafsu ni yang mahu nak turun dunia. Nafs'/Nafsu
inilah diri kita . Dan tingkatan2 nafsu apabila disucikan naiklah kepada
tingkatan amarah > lawamah> mulhamah >mutmainnah >radhiah >
mardhiah >kamaliah.
Maka NAF'S atau Nafsu ini di awal kejadiannya bila
ditanya oleh Allah Ta'ala siapa Aku dan siapa engkau ,dijawabnya aku aku
,engkau engkau lalu di rejam beratus tahun di dalam neraka panas. Kemudian
diangkat semula mengadap Allah Ta'ala dan ditanya lagi siapa Aku dan siapa
engkau ,dijawabnya aku aku ,engkau engkau dijawab sama aku aku ,engkau engkau .
Maka di rejam beratus tahun di dalam neraka sejuk kemudian diangkat mengadap
Allah Ta'ala di tanya lagi , tetap menajwab aku aku , engkau engkau . Lalu
diperintah oleh Allah Ta'ala dikurung di dalam penjara lapar dan dahaga
beberapa lama kemudian di panggil mengadap Allah di tanya lagi . Barulah ia
mengaku Engkau Tuhanku.
Maka NAF'S yang telah disucikan itu Allah Ta'ala gelarkan
sebagai 'NAF'S Mutmainnah' yakni 'Jiwa yang tenang' sebagaimana FirmanNYA dan
perintahNYA kepada NAF'S untuk memasuki SyurgaNYA
"Hai jiwa yang tenang (Naf's al-Mutmainnah),
kembalilah kepada Tuhamu, kamu puas dengan Dia dan Dia ridha kepadamu"
(89:27-28).
Walaupun terjemahannya ialah kepada jiwa namun hakikatnya
menunjukkan kepada NAF'S jua. Jangan kamu keliru di sini.
Berbeza dengan ROHuh apabila dihimpunkan kesemua ROH-ROH
lalu ditanya. "Alastu birobbikum" , adakah kamu menyaksi Aku ini
tuhan kamu maka menjawab sekelian ROH ,"Qolu Bala Syahidna" Bahkan
kami semua menyaksikan .
Maka itulah sebabnya ROH itu 'Ammar Rabbi" Urusan
Tuhanku, ROH itulah pesuruh Allah yang sentiasa mengingatkan NAF'S/ diri kita
agar jangan lupa kamu ada kehidupan yang lebih kekal abadi dan bukan hanya
hidup untuk bersuka-suka di atas muka bumi ini.
ROH adalah suci, ciptaan Allah, sehingga dikategorikan
sebagai Makhluk. Jadi ROH dalam diri jasad manusia bukanlah Allah itu sendiri.
Faham betul-betul
"Maka apabila Aku telah
menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku,
maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud (Surah Hijr : ayat 29 )
Pengertian “ROH KU”? ROH milik Allah. ROH ciptaan dan
milik Allah, yang ditiup masuk oleh Allah ke dalam Jasad manusia. Bila manusia
meninggal maka ROH ini akan kembali ke Sang Pencipta.
Bahkan
manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri (Bahkan atas diri
manusia itu ada bashirah yang melihat).(QS 75:14)
Kata bashirah ini disebut sebagai yang menyaksi dan tahu
atas segala gerak manusia yang sekalipun sangat rahsia. Ia biasa menyebut diri
(wujud)-nya adalah "Aku". Manakala Ulamak Tafsir secara syariaat
menafsirkan bahwa anggota-anggota tubuh manusia
menjadi saksi terhadap pekerjaan yang telah mereka lakukan seperti tersebut
dalam surat Nur ayat 24, Sedangkan sifat Basirotun itu antara sifat Maanawiyah
ynag ditajalli pada ROH. Fahamkan betul-betul isyarat ini.
Menurut pendapat Tarekat Syatariah pula ROH yg tetap dinamakan RUHUL Quddus., ROH yang pergi dinamakan RUHUL 'AZIM., RUHUL QUDDUS itulah yg turun naik, kerana adanya RUHUL QUDDUS itu maka adanya tujuh Latifah dalam tubun insan. Latifah itu dinamakan Makam, Wilayah dan Latifah Latifah RUHUL QUDDUS itu ialah Latifatul QALB, Latifahtul ROH, Latifatul SIRR, Latifatul KHAFI, Latifatul AKHPIA, Latifatul NAFS, Latifatul JASAD. Aku tidak akan membahaskan persoalan Makam,Wilayah dan Latifah di sini.

Sebenarnya Ruh itu asalnya satu jua , kerana ,"Muhammad
Abu Ar ROH"Muhammad itu Bapak sekelian ROH. Manakala
pada martabat perceraian ianya menjadi berbilang2 namun sifat nya sama. Istilah
yang berbeza-beza itu cuma menunjukkan pada martabat2 ROH pada berbeza-beza
manusia dan makam.
Maka macam2 istilah tentang ROH, semua menunjukkan kepada Latifah rabbaniah , barang2 yg seni dan halus . Jangan kita tenggelam dan konfius dengan istilah yang macam2 ni . Hakikatnya ROH itu satu yang berbilang itu nafas atau 'NAF'S
ROH tu urusan Allah.. Istilah2 ROH yang macam2 tuh mengikut peringkat2 ROH tersebut., Ruhul Amin - ROh Muhammad, Ruhul Quddus - ROh Jibrail, Ruhul Ammar - ROh yg Allah tiup pada tubuh adam, Fungsinya menjalankan perintah Allah..urusan Allah .

Sedangkan di dalam pembahasan ilmu Usuluddin NAF'S
menunjukkan kepada Zat Allah Ta'ala apabila dibicarakan sifat wujud maknanya
wujud NAFSIAH. Jangan pula kamu keliru di sini . Maksud wujud NAFSIAH di sini adalah
Diri Zat ALlah Ta'ala . Apabila sifat wujud ini sudah tahkik pada hamba itulah
NAF'S yang menunjukkan kepada NAFSU kita . Maka NAFS Zat Allah Ta'ala sudah
tentu berbeza dengan NAFS , nafsu yang pada kita. Bahawasnya nafsu itulah kita
, sebab kita ini hamba . Maka fahaman batiniah yang menyatakankan kita ini
Allah adalah satu fahaman yang terpesung jauh. Kerana mereka tidak memperinci
sedalam-dalamnya hakikat NAFS itu sendiri .
Manakala di dalam pembahasan tassawuf apa pula kaitan nya
dengan kalam sufi 'Man 'arafa Robbahu ,Fa qod 'arofa Rabbahu' Barangsiapa
mengenal dirinya (nafsahu) , maka mengenal ia akan Tuhannya", Maksudnya di
sini untuk mengenal Allah Ta'ala itu adalah dengan melihat diri sendiri
,mengenal segala sifat2 kelemahan dari kita sebagai tanda wujud kekuasaan Allah
Ta'ala dan kebesaranNYA pada kita ,Maka tahulah yang kita ini selaku hambanya
yang wajib mengabdikan diri kepada Tuhan Rabb sekelian 'alam.
Tidak ada yang namanya ROH jahat, ataupun lainnya. Sesungguhnya ROH itu selalu mengajak jiwa ke jalan yang lurus, tetapi syaitan sangat gigih menyeru segala yang dimiliki jiwa agar sesat.
Bab Pada
Menyatakan Beberapa Fahaman Atas Wahdatul Af'al
الحمد لله الذي خصّ علماءَ أهل السنة بحمل راية التوحيد وعقيدة
الإسلام
ووفقهم لردّ كل شبهة وضلالة يذيعها المبتدعة بين العوام
وصلى الله وسلم على سيدنا محمد مَن كشف الله به الدجى ومحا الظلام
أما بعد

Alhamdulillah berkesempatan aku
terjemahkan ke tulisan rumi petikan dari kitab Durun Nafis pada bab
membicarakan Wahdatul Af'al atau Tauhid Af'al semoga menjadi menafaat buat kita
semua . Insyaallah. Tulisan bold di bawah adalah teks asal sperti dalam kitab
yg di scan manakala tulisan normal selepasnya adalah penjelasan-penjelasan agar
lebih mudah faham bagi mereka yang kurang mahir dengan lengguk bahasa melayu
lama. Aku akan cuba menterjemahkan lagi beberapa bab yang penting seperti
bab Wahdatul Zat, Wahdatul Sifat dan Wahdatul Asma' insyaallah .
(Bahawasanya barang yang dibukakan atas segala hati orang yang arif dalam dunia ini hanyasanya baharu setengah daripada barang yang disediakan oleh Allah Ta'ala kepada mereka itu di dalam akhirat kerana memuliakan mereka itu di dalam dunia ini.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Terbukanya hijab oleh Allah Ta'ala ke atas hati orang-orang arifin billah di dunia ini lagi sebelum mati adalah sebagai satu tanda Allah Ta'ala memuliakan mereka di dunia lagi dan ianya hanyalah sebahagian/sedikit dari kurniaan yang Allah Ta'ala akan berikan di alam akhirat untuk menunjukki betapa besar anugerahNYA keatas mereka itu. Maksud terbuka hijab di sini adalah pembukaan hijab yang 'Hak' bukannya pembukaan hijab yang disandarkan kepada keupayaan jin (kasyaf jin) atau makhluk (iblis & syaitan) selain Allah Ta'ala m seumpama melihat alam-alam ghaib oleh bomoh yang bathil. Keupayaan dan pemberian yang bathil ini dikenali sebagai istidraj yang mana ianya bukan anugerah Allah Ta'ala ke atas Aulia'-Aulia'NYA tetapi pemberian yang menjauhkan diri dari Jalan Kebenaran. Amat Jauh Berbeza sekali berbanding dengan anugerah Allah Ta'ala ke atas para-para Ariffin billah dan Aulia'-Aulia'NYA. Dengan panduan guru mursyid sesorang murid salikin akan dipimpin dan memahami antara Kasyaf Hak dan Kasyaf Bathil)
Wallahu A'lam . Intaha.
(Hai saudaraku takut oleh mu daripada bahawasanya lupa engkau daripada memandang Wahdatul Af'al yang ia menyampaikan akan dikau kepada memandang keelokkan yang wajibal wujud . Dan takut oleh mu daripada bahawa bangsakan pada mengadakan satu perbuatan ada ia.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Takutilah/risaulah/waspadalah wahai pembaca sekelian . Apabila kamu lupa memandang segala perbuatan diri mu ini pada hakikatnya terbit daripada perbuatan Allah Ta'ala yang menyampaikan kepada memandang /syuhud akan zat Allah Ta'ala yang wajib ujudNYA, sebenarnya adalah lupamu itu semata-mata kerana memandang segala perbuatanmu itu adalah terbit dari perbuatan dirimu sendiri.
Apabila Allah Ta'ala belum menghendaki terbuka hijab kamu memandang akan Af'al NYA kamu terus dilupakan dan dilalaikan memandangnya. Walau pun kamu berusaha untuk mengingatnya , tetapi apabila Allah Ta'ala menghendaki terbukanya hijab itu IA akan mempermudahkan jalan bagimu . Carilah Wasilah atau Jalan Tawasul melalui keberkatan yang Allah Ta'ala limpahkan ke atas guru yang memimpin rohanimu itu. Barakallahu fikum .
(tanbih ya ikhwani) ertinya ini suatu perkataan yang menjaga hai segala saudaraku.(Bermula hasil kata Syeikh Wahhab Sha'rani Qaddasallahu Sirrihi (Semoga Allah mensucikan Ruh/Sirr nya) syarahnya di dalam kitab Al Jauhar Wad Durur ia menukil daripada perkataan Syeikh Muhyiddin Ibn Arabi radiallahu anhu. Bermula segala akuan ini sekelian dinding yang mendindingi daripada memandang hak Allah Ta'ala padahal Hak Allah Ta'ala jua yang berbuat ia di sebalik hijab akuan ini tetapi diri akuan ini tiada ia mendindingi akan kita daripada memandang Allah Ta'ala. Dan adalah misalnya seperti bayang-bayang kayu di dalam air itu tiada ia menegahi lalu perahu hanya sanya yang mendidingi itu pada sangkaan kita kepadanya jua. )
Terjemahan dan Penjelasan:
Keakuanmu itu adalah memandang ujud perbuatan diri mu dan itu adalah dinding yang menghijab kamu daripada memandang perbuatan Hak Allah Ta'ala , pada hakikatnya Hak Allah Ta'ala yang memperbuatkan segala sesuatu di sebalik hijab keakuanmu itu . Keakuanmu itu tidak mendindingimu daripada memandang perbuatan Hak Allah Ta'ala namun kamu masih terdinding.
Pengarang kitab ini memberi misal perumpamaan seperti 'bayang-bayang kayu' di dalam air yang dilihat seolah-olah menghalang laluan perahu/sampan di atas air padahal ianya cuma pada sangkaanmu jua. Apabila kamu melalui laluan itu ternyata bayang-banyang kayu itu tidak mengahalangi perjalanan perahu tersebut.
A
Tidak ada komentar:
Posting Komentar