Senin, 20 Mei 2013

Doa sempena peresmian Klinik DR zul Erwan bin Azmi



Doa sempena peresmian Klinik DR zul Erwan bin Azmi

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Ya Allah ampunilah dosa kami yang telah lalu dan yang akan datang, yang kami rahsiakan dan yang tampak, yang kami lakukan secara berlebihan serta yang Engkau lebih mengetahui daripada kami sendiri, Engkau yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan, tiada Tuhan melainkan Engkau.”
“ Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kami Nabi Muhammad sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Dzat yang maha meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. Luaskan dan banyakkanlah rezeki kami dari segenap setiap penjuru dari perbendaharaan rezeki-Mu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahan-Mu juga. Dan, limpahkanlah pula rahmat dan salam atas dan para sahabat beliau ”
“Ya Allah, apabila rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak, maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki pada kami sebagaimana yang kaujanjikan, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kami tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tangan kami ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tangan kami ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.
اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا رَحِيْم ..

Cucurilah rahmat dan rahimMu ke atas majlis ini sempena pembukan Klinik Dr. Zul Erwan Bin Azmi, Jadikan ia seorang yang berjaya, seorang anak yang shalih bagi kedua ibu-bapanya, seorang yang berjaya didunia dan akhirat, maka jauhkanlah dia dan keluarganya dari bala` dan mala petakamu ya Allah.
رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَاِلَيْكَ اَنَبْنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْر. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ
Ya Rahman Ya Rahim  Ya Arhamarrahimin
Peliharalah kami.. kasihanilah kami ......Bimbinglah kami.. Kami Pohon kepadamu...

Kurniakanlah kami kemudahan Bukan kesusahan
Limpahkan kami kesihatan , Bukan keuzuran
Limpahkan kami sifat pemurah Bukan kebakhilan
Dan Kurniakanlah kami kemuliaan, Bukan kehinaan.
YA MUKALIBBAL KULUB..
Harumkan jiwa kami
Sewangi rahmatmu
Taburkan bunga-bunga nikmat
Pada majlis yang indah ini

Ampunilah kami
Jika ada dosa yang telah kami lewati
Mungkin tidak kami sedari
Walau besar menggunung tinggi
Atau kecil diukur jari
Semoga doa yang kami angkat
Sentiasa diredai dengan berkat..

RABBANA HABLANA MIN AZWAJINA WAZZURRIYATINA QURRATA’YUNI WAJ’ALNAA LIL MUTTAQI NAIMAMA..




Tidak ada komentar:

Posting Komentar