Minggu, 06 Oktober 2013

Hikmah Mujaddid, jangan tertipu dengan Ilmu, Zuhud, Kasyaf, Kewalian, Karamah


Bersama:

Mursyid Prof. DR. Muhammad Abdul Latif Shalih Al-Furfur Al-Hasani
Imam Madrasah Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Sedunia

Tuan guru terlebih dahulu mengingatkan kepada para salik lelaki dan perempuan Rabbani Mujaddidi agar mementingkan dan mengambil kira tentang rabithah Asy-Syarifah, diluar zikir apatah lagi ketika berzikir, dengan rabithah seseorang akan selalu hazir hatinya dalam mengingat ALlah, dan tidak terputus dengan baginda Rasulullah.

kemudian selepas majlis zikir tuan guru Prof. DR. Muhammad Abdul Latif Shalih Al-Furfuri menerangkan tentang hikmah yang ke enam.

لا تغترَّ بالعلم ولا بالزهد ولا بالكشف ولابالولاية ولا بالكرامة* فربما حجبك عنه بشيء من هذه الأكوان لترحل منها* بل دعها كلها وارحل منها ومنك إليه.
Janganlah kamu tertipu dengan Ilmu dan tidak juga dengan Zuhud dan tidak juga dengan Kasyaf dan tidak juga dengan kewalian dan tidak juga dengan karamah

Kesemuannya itu boleh jadi menjadikan seseorang itu terhijab daripada Allah, ilmu, zuhud, kasyaf, kewalian, karamah, apabila seseorang hanya berpegang padanya sahaja dan bergembira dengannya dan tidak beranjak daripadanya boleh sahaja akan menjadikan seseorang itu terhijab dengan Allah.

Seperti merasakan diri sendiri, saya ini adalah seorang yang zuhud, seorang yang berilmu, seorang wali, seorang yang mempunyai karamah.
Akan tetapi jika seorang mempunyai ilmu, dan menjadikan ilmunya itu merupakan wasilah dalam menyampaikannya kepada Allah, begitu juga dengan zuhud. Jika seorang itu zuhud maka jadikanlah zuhud itu salah satu cara untuk sampai kepada Allah, ada juga orang yang mendapatkan kasyaf maka jika dia bergembira denganya boleh sahaja ia akan menjadikan hijab antara dirinya dengan Allah, oleh kerana itu jangan kita berpegang kepadanya dan berbangga dengannya, jadikanlah ia sebagai perkara biasa yang berlaku kepada kita seakan-akan benda itu tidak ada pada kita,

Jika kamu mendapat derjat kewalian dan kasyaf janganlah sekali-kali kamu berhenti padanya sahaja akan tetapi lewatilah sehingga engkau sampai kepada Allah, dan jangan sekali-kali melihat atasnya seakan-akan memang dia tidak ada, sehingga seorang ( salik) dapat menghilangkan semua hijab-hijab ini sehinggalah sampai kepada Allah Azzawajalla,
Adapun jika kita hanya berhenti padanya dan kita bergembira dengannya maka semuanya itu akan menjadi hijab yang tebal yang akan menghijabkan kamu dengan Allah, malah akan terjadi sebaliknya, nampak ianya sebuah nikmat tetapi sebenarnya dia adalah bala baginya, nampak seakan-akan baik tetapi malah menjadikannya sebuah keburukan, ini merupakan perkara yang besar bagi orang-orang salik yang berhenti pada tempat-tempat seperti ini.

Kebanyakan daripada orang-orang yang salik mereka berhenti pada tempat-tempat yang seperti ini, dan bergembira denganya dan tidak berusaha untuk untuk melewati ini semuanya, dan bergembira dengannya, inilah yang menyebabkan seorang salik itu tidak mampu menyempurnakan perjalannya kepada Allah.

Allah ta`ala berfirman:
لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Majlis selepas shalat subuh di Darah ( 4/ 10 /2013 )


Tidak ada komentar:

Posting Komentar