Rabu, 09 Oktober 2013

Cara Membuat Air Selusoh Untuk Ibu Hamil



Cara 1
  • Surah Al-Fatihah.
  • Surah al-Hasyr ayat 21.
لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعاً مُّتَصَدِّعاً مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

  • Selawat syifa (Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya).
  •  
     
  • Bacakan doa "Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum 7hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
  • Sapukan air tau minyak diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7 kali.
  • Minyak selusuh perlu diminum sebanayak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.




Cara 2
  • Beristighfar 3 kali
  • Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W, para sahabt dan para pengikutnya.
  • AL- Fatihah 1 kali.
  • Selawat 11 kali.
  • Alam Nasyrah 7 kali.
  • Al-Ikhlas 3 kali.
  • Al-Falaq 3 kali.
  • An Nas 3 kali.
  • Al-Fatihah 1 kali. Kemudian doa apa yang dihajati.


Cara 3
  • Al-Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak 3 kali.
  • Selawat Syifa 7 kali. ( lihat di atas )
  • Surah al Hasyr ayat 21, 3 kali.
لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعاً مُّتَصَدِّعاً مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
  • Surah Al-A'raaf ayat 54, 3 kali.

إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

  • Hembus pada air, minyak atau kurma.

Cara yang ke Empat: 

  • Membawa Air kemajlis-majlis Zikir, terutama sekali majlis-majlis yang dihaziri oleh waliyullah, terutama sekali Al-Waris Al-Muhammadi
  • Membukakan penutup air setiap kali dibacakan Ayat Al-Quran dan Zikir
  • Meminta Orang `Alim ulama Arif Billah untuk membacakan doa dalam air tersebut
  • Minum tiga kali sehari
  • Berdoa kepada Allah, dan berselawat kepada baginda Rasulullah sebanyak 11 kali sebelum di minum
  • Membacakan Asmaul Husna sehari sekali dan ditiupkan kedalam air
  • Membacakan selawat syifa` sebanyak 7 kali dan ditiupkan kedalam air
  • meminta ampun dengan orang-orang yang kita sakiti, terutama kedua orang tua dan guru-guru kita.

Semoga Bermanfa`at

Semoga ALlah mempermudahkan kepada ibu-ibu hamil, kerana sebaik-baik wanita yang banyak anaknya, dan Rasulullah bangga dengan ummat Islam karena mereka ramai di hari kiamat kelak.

 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar