Kata-kata Hikmah Rabbani Mujaddidi hari ini ( 27/9/2013 )
لا تترك العمل ولو مع قسوة القلب وبُعد الأمل* فربما رآك الكريم ببابه* لا ئذا بأعتابه* فأدخلك جنة* وفردوس قربه.
Janganlah kamu meninggalkan beramal sekalipun hati dalam keadaan yang teruk dan jauh dari sebuah harapan, mungkin sahaja Allah yang maha mulia melihat engkau dipintunya, berdiri dihadapan pintunya, maka Allah akan memasukkan kamu kedalam surga dengan kasih-sayangnya, dan syurga Firdaus dengan qurbahnya ( kedekatannya )
Tuan guru Prof. DR Muhammad Abdul Latif Shalih Al-Furfuri Al-Hasani seperti mana biasa pada hari jum`at mendirikan majlis zikir Rabbani Mujadidi di Ad-Darah. Sebelum memulai zikir tuan guru terlebih dahulu mengingatkan tentang adab-adab majlis, begitu juga adab murid dengan sheikh tarbiyahnya. Hendaklah kepada para murid yang salik dalam perjalanan mereka kepada Allah menjaga sungguh-sungguh adab, seperti menghadhiri majlis awal dan jangan sampai terlambat, kerana siapa yang datang terlambat sama sahaja dengan kurang rasa mahabbah seorang murid kepada guru, jika sering diulang-ulang maka disana ada sifat munafiq.
Tarekat Rabbaniyyah mujaddidiyyah tidaklah sama seperti sebahagian tarekat-tarekat yang lain yang tidak mementingkan tentang adab-adab dalam perjalanan tariq kepada Allah.
Maksud kata-kata hikmah diatas adalah, jangan sekali-kali kita meninggalkan daripada beramal dengan perkara sunnah, dan bukan fardhu yang telah diwajibkan dalam agama. Perkara fardhu tidaklah masuk dalam pembahasan ini, kerana yang fardhu memang Allah telah mewajibkannya, dan ia menjadi hutang antara seseorang hamba dengan Allah, jika seorang hamba tidak melaksanakan maka dia dalam keadaan berhutang dan muflis dengan Allah, seperti tidak sembahyang subuh, magrib, dhuhur dll. Akan tetapi yang dibincangkan disini adalah perkara-perkara sunnah, seperti sembahayang sunnat, berzikir, membaca Al-Quran, dan perkara-perkara sunnah lainnya yang dianjurkan agama.
Syaitan adalah musuh bagi manusia, ia akan selalu membisikkan dalam hati manusia, umpamanya mengatakan “ Allah tidak akan menerima amalan-amalan yang telah engkau perbuatkan, oleh kerana itu mari ikut aku dan buat perkara-perkara dunia” hal ini terkadang akan membuat seseorang berputus asa atas amalan-amalan yang dilakukannya, sehingga apabila dia mendengar seruan syaitan maka orang tersebut akan meninggalkan perkara-perkara sunnat yang dilakukan sebelumnya.
Tuan guru menambahkan lagi bahwa orang-orang yang mencukupkan diri mereka dengan mengerjakan amalan-amalan fardhu sahaja, maka mereka tidak termasuk orang-orang yang dekat dengan Allah ( Qurbah ) mereka adalah orang-orang miskin di muka bumi ini. Maka jangan sekali-sekali kita merasa putus harapan dan tetap konsisten mengerjakan amalan-amalan sunnat.
Dan hendaklah kita selalu berdiri dihadapan pintu Allah, kerana Allah adalah raja dan maha kaya, dan manusia dalam keadaan fakir dan memerlukan kepada Allah. Tuan guru juga membaca ayat Al-Quran yang maksudnya wahai manusia sesungguhnya kamu semua faqir kepada Allah, maka apabila kita selalu berdiri dihadapan pintu Allah, maka Allahpun akan membukakan pintu Qudsi kepada kita, kekallah bagi kamu semua berdiri dihadapan pintu Allah ta`ala.
Adakah pintu lain yang akan mendekatkan kita kepada Allah selain pintu Allah sendiri ?
Sebahagian manusia merasa diri mereka adalah orang kaya, mereka menganggap diri lebih kaya daripada Allah, seperti fir`aun, atau dengan nama-nama lain ramsees, dan seumpama mereka. Buktinya mereka sekarang binasa dan sebenarnya mereka memerlukan kepada Allah.
Tuan guru menutup majlis dengan penyudahan yang semerbak wangi, iaitu cerita Buhlul dengan saudaranya Raja Harun Ar-Rasyid.
Majlis selepas shalat subuh di Darah ( 27 / 9 /2013 )
Bersama:
Mursyid Prof. DR. Muhammad Mohd Azhar Abdullah Gül
Latif Shalih Al-Furfur Al-Hasani
Imam Madrasah Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Sedunia
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar