Rabu, 25 September 2013

Kesabaran dalam pandangan Rabbani Mujaddidy

Pembahasan ketiga

Sabar

Sabar adalah menetapkan pancaran agama dalam melawan pancaran hawa nafsu,  pancaran agama adalah apa yang dihidayahkan keatas manusia daripada ma`rifat kepada Allah dan Rasulnya, dan ma`rifat segala kemaslahatan-kemaslahatan yang berkaitan dengan akibat-akibat ( sebuah kejadian) , dan pancaran hawa nafsu adalah sebuah tuntutan hawa nafsu dengan tujuan-tujuannya, maka barang siapa yang sabit sehingga mampu mengalahkannya dan berterusan dalam menyalahi segala nafsu syahwat,  akan menjadikan dia orang-orang yang bersabar.
Para ulama telah menyebutkan  bahwa sahanya sabar itu mempunyai beberapa macam pembahagian, dan semuanya kembali kepada tiga jenis : Sabar atas keta`atan, sabar atas maksiat, sabar atas segala musibah-musibah.

Dan sabar itu merupakan setengah daripada iman, dan rahasia kesenangan manusia, dan sumber kesembuhan ketika ditimpa ujian ( bala`) dan mengembalikan seorang mukmin ketika merasa diculik, dan ketika direnungi oleh berbagai fitnah, dan mendapatkan seksaan, dan ianya juga merupakan senjata bagi para salik dalam bermujahadah bagi dirinya, dan membawanya kepada Istiqamah atas syari`at Allah, dan menjaganya daripada tergelincir ke arus kehanjuran dan kesesatan, kerana keagungan dan betapa pentingnya itu, dan maqamnya yang tinggi sebagaimana Allah ta`ala sebutkan dalam Al-Quranul karim dalam 90 tempat, sebahagiannya firman Allah ta`ala :

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنُوا اصبِروا وَصابِروا وَرابِطوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ ﴿٢٠٠﴾
(Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Dan dijelaskan juga bahwa sahanya hidayah bagi para orang-orang yang diberikan petunjuk ( Mursyidin ) dan  para pemimpin Rabbani, mereka telahpun memperoleh maqam yang tinggi dengan kesabaran.

وَجَعَلنا مِنهُم أَئِمَّةً يَهدونَ بِأَمرِنا لَمّا صَبَروا ۖ وَكانوا بِـٔايٰتِنا يوقِنونَ ﴿٢٤﴾
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.

Dan telah datang juga Akhbar yang banyak tentang kesabaran baginda Nabi S.A.W dan seluruh kehidupan beliau adalah kesabaran dan jihad, dan terdapat hadist-hadist yang banyak yang menjelaskan tentang kelebihan bersabar dan pengaruhnya dan kehidupan orang-orang mukmin dan kesenangannya, diantaranya hadist Abi Sa`id Al-Khudri R.A, bahwa sahanya Nabi S.A.W bersabda :

(( وما أعطي أحد عطاء خيراً وأوسع من الصبر))
Seseorang tidaklah diberi dengan sebuah pemberian yang lebih baik dan luas daripada kesabaran”. 

Dan hadist Suhabi Bin Sanan R.A berkata : bahwa sahanya Rasululah S.A.W bersabda :

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له
Maksudnya : Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya dan hal yang demikiaan itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin. iaitu jika dia mendapat kebahagiaan, dia bersyukur kerana dia mengetahui bahwa hal tersebut merupakan hal yg terbaik untuknya dan jikalau dia tertimpa musibah, dia bersabar kerana dia mengetahui bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik baginya.

Maka sabar itu merupakan sifat para Nabi-nabi, perhiasan bagi para Ashfiya`( orang-orang yang bersih) dan kunci kebaikan, dan jalan bagi orang-orang salik kepada Allah ta`ala, seorang yang salik tidak boleh mengabaikannya dalam sebuah perjalanan marhalah-marhalahnya, oleh kerana itu setiap maqam itu ada kesabaran yang sesuai dengannya.

Dipetik daripada Kitab Madrasah Ar-Rabbaniyyah Warijaluha Ar-Rabbaniyyun fil Islam

karangan : Prof. DR. Muhammad Abul Latif Shalih Al-Furfuri Al-Hasani
halaman : 126

Tidak ada komentar:

Posting Komentar