Kamis, 22 Mei 2014

Kelebihan Sdn Berhad Dibandingkan Enterprise

Ramai diantara kita ketika mana memulakan perniagaan kebiasaannya memulakan dengan Enterprise samada milikan tunggal ataupun perkongsian. Itu merupakan senario yang normal dan biasa.
Akan tetapi, setelah perniagaan mereka semakin maju dan berjaya tibalah masa untuk mereka menaiktaraf perniagaan kepada syarikat bermodal saham samada sendirian berhad (Sdn Bhd) ataupun berhad (Bhd).
Di sini kami ingin menjelaskan berkenaan kelebihan menubuhkan syarikat sdn bhd atau bhd berbanding enterprise:
ENTERPRISE
  1. LIABILITI TIDAK TERHAD: Dari sudut perundangan, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemilknya. Dengan kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik akan turut sama menjadi muflis dan harta benda mereka akan disita.
  2. TIADA KESINAMBUNGAN: Perniagaan enterprise akan terbubar sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang pemiknya.
  3. KURANG KREDIBILITI: Perniagaan enterprise secara asasnya merupakan sejenis perniagaan yang ditubuhkan dengan kos yang sangat murah. Perniagaan ini juga tidak mempunyai kewajipan untuk menfailkan laporan audit dan kewangan kepada SSM.
  4. SUSAH UNTUK MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI: Perniagaan enterprise boleh dikatakan susah atau hampir tiada pengecualian cukai diberikan kepada mereka.

SDN BHD ATAU BERHAD
  1. LIABILITI TERHAD: Menurut perundangan, syarikat sdn bhd atau berhad merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Dengan erti kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik dan aset mereka akan terselamat. Yang disita hanyalah harta benda syarikat sahaja.
  2. KESINAMBUNGAN BERTERUSAN: Pemilikan dalam syarikat sdn bhd atau berhad diwakili dengan jumlah pegangan seseorang individu terhadap saham sesebuah syarikat tersebut. Saham yang dipegang seseorang pemilik itu boleh dipindah milik pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, syarikat tidak sesekali akan terjejas walau dengan kematian mana-mana seorang dari pemiliknya pada masa kematian mereka.
  3. KREDEBILITI BERTAMBAH: Pada asasnya syarikat sdn bhd atau berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat juga diwajibkan melantik syarikat setiausaha dan auditor professional untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta. Laporan kewangan dan tahunan mereka juga setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke SSM. Ini membuatkan kredibiliti syarikat sdn bhd atau berhad lebih tinggi dan diyakini oleh pihak ketiga yang ingin berurusan dengan mereka.
  4. MENDAPAT PELBAGAI INSENTIF PENGECUALIAN CUKAI: Pengecualian cukai merupakan diantara kelebihan yang besar diperolehi oleh syarikat sdn bhd atau berhad. Pelbagai insentif pengecualian cukai dinikmati mereka dengan tujuan untuk merancakkan lagi ekonomi negara
Sumber: http://daftarsyarikat.my/?page_id=189


Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd)

Bentuk syarikat paling popular yang membenarkan pemilik untuk memiliki bentuk entiti perundangan berasingan antara Syarikat dan pemilik.
Syarikat dimiliki dan dilabur oleh pemegang saham. Pemegang saham boleh menjadi sama ada pemegang individu atau korporat manakala operasi dan pengurusan syarikat diurus oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh pemegang saham.
Pemilik tunggal atau perkongsian tidak boleh dinaiktaraf kepada syarikat kerana berlainan akta. Sekiranya ingin membuat demikian individu yang sudah menjalankan perniagaan selama bertahun lamanya bole mengekalkan perniagaannya atau ingin menutupnya sahaja dan mendaftar syarikat sendirian berhad yang dimana difikirnya sesuai bergantung pada kehendak dan keperluan. Antara kelebihan syarikat sendirian berhad ialah:-
  1. Penguasaan Akta Syarikat dan memorandum serta artikel persekutuan yang sepatutnya
  2. Keyakinan orang ramai tentang kenyataan kewangan tahunan syarikat kerana akaun diaudit dengan sempurna oleh auditor bebas.
  3. Tapak permulaan ke arah menjadi sebah syarikat awam dan tersenarai di Bursa Kuala Lumpur di masa akan dating.
  4. Nikmati lebih banyak insentif percukaian dan lebih ruang untuk perancangan cukai
  1. Akta Syarikat membenarkan warga asing untuk mendaftar sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah atau pemegang saham jika dibandingkan dengan perusahaan(enterprise)
  2. Lebih mendapat kepercayaan untuk mendapat pinjaman dari institusi pinjaman kewangan, bank-bank, agensi kerajaan yang dipertanggunjawabkan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum menubuhkan syarikat baru;
  1. Fikirkan nama yang paling sesuai untuk syarikat anda
  2. Dapatkan sekurang-kurangnya dua (2) pengarah yang mempunyai alamat tetap di Malaysia dan mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  3. Rancang struktur pemilikan saham.
  4. Tentukan aktiviti perniagaan utama
  5. Lantik setiausaha syarikat yang bertauliah (syarat wajib di bawah Akta Syarikat)

Apa kelebihan/keburukan Sdn. Bhd. dengan Enterprise

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Saya nak tanya pendapat warga CG, yg mana dh ada pengalaman, story, advice dan mcm2 lagi yang nak dikongsi tentang tajuk di atas. Sebab saya nak bukak company enterprise under Sdn. bhd. Enterprise dgn tak de langsung banyak beza tak? short and long term.. Macam mana plak sdn. bhd? dengar kabar bnyak kerja nya. Audit la, synchronize dan mcm2 lagi. Sapa yg dh ada enterprise, mcm ne nak control supaya bleh kasi pergi lebih jauh? mcm nak mohon permit plak. mcm mne? haaaa.... mari2 kongsi pendapat Tuan2/Puan2. Tak tnya maka tak tahu. btl tak???

Kelebihan Sdn Bhd
Menaiktaraf perniagaan anda kepada syarikat sendirian berhad banyak kelebihannya. Antara kelebihan tersebut adalah:
1. Perlindungan Liabiliti
Aset-aset persendirian pemilik syarikat dilindungi daripada kerugian
perniagaan dan pemiutang.
2. Kewujudan Berterusan
Syarikat tidak akan terbubar dengan kematian seorang pemegang saman.
Hakmilik saham boleh dipindah milik.
3. Peluang perniagaan yang lebih cerah
Agensi kerajaan dan perniagaan besar lebih gemar berurusan dengan syarikat
Sendirian Berhad berbanding dengan enterprise kerana ianya lebih stabil dan
telus.
4. Pembiayaan dana
Dana tambahan boleh diperolehi melalui penjualan saham
5. Pengecualian cukai dan manfaat lain

Tidak ada komentar:

Posting Komentar