(Dan pandang kita kepadaNYA jua dan barangsiapa yang terbuka daripadanya hijab itu nescaya dilihatnya segala yang memperbuatkan perbuatan itu Allah Ta'ala sendirinya dan barangsiapa tiada terbuka hijab itu terdindinglah ia dengan akuan ini daripada memandang fa'il yang hakiki yakni yang berbuat yang sebenar iaitu Allah Ta'ala.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Maka hendaklah kamu memandang akan segala perbuatan Allah Ta'ala yang terbit pada dirimu dan pada sekelian alam yang kabir (besar) . Barangsiapa yang dibukakan Allah Ta'ala akan hijabnya ini maka nescaya dapat melihat akan segala perbuatan itu terbitnya daripada perbuatan Allah Ta'ala semata-mata, yakni DIA yang memperbuatkan akan segala perbuatan pada hakikatnya.
Dan sampailah kamu kepada makam mentauhidkan Af'al Allah subhanahu Wa Ta 'ala. Tempuh rasa di tahap ini mungkin sekejap dan mungkin lama berbeza-beza ia sekadar mana yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Fana di dalam Af'al Allah Ta'ala ini merupakan suatu intipati ibadah yang sangat tinggi di sisi Allah Ta'ala sebagaimana diriwayatkan di dalam beberapa hadis di mana barangsiapa yang berfikir/fana sesaat adalah lebih baik daripada 70 tahun , 100 tahun dan juga menyebut 1000 tahun ibadah sunat. Semuanya bergantung kepada tahap2 fana seseorang itu.
Sebaliknya barangsiapa yang tidak dibukakan hijabnya maka terdindinglah ia daripada penglihatan tersebut kerana masih memandang wujud dirinya dan hasil perbuatan dirinya sendiri. Dan terdindinglah ia daripada melihat hakikat segala perbuatan itu daripada perbuatan Allah Ta'ala.
(Maka tiap-tiap mazhab kaum pada perbuatan hamba itu adalah 4 mazhab.)Fahaman atas perbuatan hamba itu terbahagi kepada 4 Mazhab.
(Pertama kaum yang tiada mengetahui mereka itu akan bahawasanya Allah Ta'ala yang berbuat akan segala perbuatannya itu dan hanya diiktikadkannya oleh mereka itu bahawasanya yang berbuat segala perbuatan yang baharu itu hamba jua dan adalah qudrat hamba jua dan adalah qudrat hamba yang baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu itu maka itu mazhab muktazilah yang bid'ah lagi fasik.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Mazhab yang pertama dalam memahami perbuatan hamba ialah Mazhab Muktazilah yang bid'ah lagi fasik. Kaum ini tidak berpegang kepada bahawasanya Allah Ta'ala yang melakukan dan menzahirkan segala perbuatan tetapi beriktikad bahawa segala perbuatan itu adalah terhasil daripada qudrat hamba yang baharu lagi memberi bekas. tanpa perganmtungan kepada Allah Ta'ala. Contohnya , seseorang telah berusaha dalam mencari rezeki dan memperolehi kekayaan yang banyak. Atas fahaman Muktazilah ialah kekayaan yang diperolehi itu adalah hasil bekas daripada usaha seseorang itu bukannya daripada Allah Ta'ala. Fahaman ini seolah-olah hamba sudah putus dan tidak ada pergantungan kepada Allah Ta'ala hanya bergantung kepada hasil usahanya sendiri.
(Kedua mazhab jabariah, iaitu kaum yang mengetahui mereka itu dan memandang mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya daripada Allah Ta'ala sendirinya dan keraslah atas mereka itu memandang akan segala perbuatan itu daripada Allah Ta'ala sendirinya dan tiada sampai mereka itu kepada yang menyandar akan segala perbuatan itu bagi hamba kerana kurang daripada mereka itu darjat kamal maka tersalahlah mereka daripada jalan syariaat dengan sebab tiada menyandar kan segala perbuatan hamba itu kepada mereka itu maka iaitu iktikad zindik.)
Terjemahan dan Penjelasan:
Mazhab yang pertama dalam memahami perbuatan hamba ialah mazhab Jabariah iaitu iktikad yang zindik. Kaum Jabariah berpegang dengan iktikad bahawa tiap-tiap saegala perbutaan itu terbit dari Allah Ta'ala samaada baik atau jahat sedangkan hamba itu ibarat debu ditiup angin tidak mempunyai usaha dan ikhtiar. Maka menyandarkan segala perbuatan maksiaat mereka juga kepada Allah Ta'ala kerana sifat darjat mereka yang rendah dan banayak menyalahi hukum-hukum syariaat. Fahaman ini seolah-olah menyalahkan segala perbuatan maksiaat yang dilakukan oleh mereka kepada Allah Ta'ala tiada bagi mereka usha dan ikhtiar untuk menjauhi perbuatan maksiaat tersebut. Itulah sebabnya Iktikad Jabariah ini dihukumkan iktikad yang zindik.
(Ketiga kaum yang mengetahui mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan sekeliiannya daripada Allah Ta'ala tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar dan dengan keduanya itulah hamba memperbuatkan segala perbuatannya dan keduanya tempat taaluk hukum syarak tetapi keduanya itu tidak sekali-kali memberi bekaspada perbuatan yang baharu hanya memberi bekas itu Allah Ta'ala sendirinya jua. Maka iaitu iktikad Asya'ariah iktikad yang ma'abud yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat. Tetapi tiada sampai mereka itu kepada martabat kkasyaf kerana terdinding mereka itu dengan sebab makna usaha danikhtiar daripada hamba jua tiada dipandang akan segala pebuatan itu daripada Allah Ta'ala sendirinya. Maka tiap-tiap daripada thoifah yang 3 ini atas penglihatnya itu. (Ghusyawat) yakni dinding yang menuntut daripada sampai penglihat mereka itu daripada memandang wahdatul Af'al . Selama-lamanya mereka itu dalam dinding yang tertutup tiada sampai kepada makam kasyaf dan musyahadah dan mukhafafah.)
(Keempat mzhab Ahlul Kasyaf, yakni orang yang terbuka pada mereka itu dinding iaitu kaum yang memandang akan kejadian segala perbuatan daripada Allah Ta'ala dan kesandarannya itu daripada hamba misalnya seperti qalam orang yang menyurat adalah yang menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua dan qalam itu menjadi alat persandaran menyurat jua. Dan adalah hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan dan yang memperbuat itu orang yang meyurat jua. Wallahu A'lam. Yakni segala yang berlaku di dalam segala alam ini Allah Ta'ala jua yang menjadikan ia.) Intaha.
BERSAMBUNG ......
postedby................alamsufisma
1.APA
DIA NUR MUHAMMAD ?
Seorang ulama yang di segani di Asia
Tenggara iaitu al marhum Prof Dr Hamka yang terkenal dalam bidang agama dan
pentafsir Al Quran Al Azhar atas kajiannya mengikut ajaran Al-Halaj dan Ibnu
Araby dalam kitabnya "Tasauf Perkembangan dan Pemurniannya " halaman
97 dan 98 atau Tasauf dari abad ke Abad Pak Hamka mengatakan Al-Halaj yang
mula-mula menyatakan bahawa kejadian sekalian alam ini daripada Hakikatul
Muhammadiyah atau Nur Muhammad, itulah asal segala kejadian, hampir samalah
pandangan ahli falasafah yang menyatakan bahawa yang mula-mula di jadikan ialah
akal pertama, mengikut katanya Nabi Muhammad itu terjadi dari dua rupa, rupanya
yang qadim dan azali
Nur Muhammad terjadi sebelum terjadinya segala yang terjadi (alam) daripadanya di sauk segala ilmu dan irfan, rupanya sebagai manusia (jasad) dan Nabi tetap menempuh maut sementara rupanya yang qadim tetap ada meliputi seluruh alam, maka dari Nur rupanya yang qadim itulah di ambil segala Nur buat menciptakan segala nabi-nabi dan rasul-rasul serta segala aulia Allah
Dalam segala kejadian dialah yang awal, dalam hal kenabian dialah yang akhir, Al Haq adalah dengan dia, dia pertama dalam hubungan, dia yang akhir dalam kenabian, dialah yang batin dalam hakikat dan dialah yang zahir dalam makrifat, Nur Muhammad itu pusat kesatuan alam dan pusat kesatuan membuat segala nabi dan nubuahnya pancaran dari sinarnya (kitab halaman 146dan 147)
Dalam membicarakan Hakikat Muhammadiyah oleh Ibnu Araby beliau menyatakan " Tuhan itu adalah Allah adalah satu dan satu, Dialah wujud secara mutlak, maka Nur Allah (Nurullah) itu sebahagian daripada diriNya (Nur Muhammad) Itulah hakikat Muhammadiyah kenyataan pertama dalam uluhiyah, dan apabila Muhammad telah mati sebagai seorang nabi (jasmani) namun Hakikatul Muhammadiyah tetaplah ada, jadi, Allah Adam dan Muhammad adalah satu, dan Insan Kamil adalah pada hakikatnya
Demikian kumpulan yang berfahaman ini jika kita hendak popularkan, tetapi jika kita selidiki kedalam kitab Ibni Araby maka kita akan bertemu dengan berbagai-bagai liku untuk memahamkannya, begitu juga untuk jalan keluar bagi memahaminya telah tersedia iaitu kata-kata rumus dan isyarat
Fahaman di atas jika kita tidak mempelajari akidah secara mendalam dan ilmu baloghah maka sudah tentu kita akan berhadapan dengan kekeliruan dan kesesatan, tambahan lagi jika tidak pernah mendengar istilah-istilah di atas, namun jangan ada di antara manusia mengambil mudah perkara Nur Muhammad ini kerana terdapat ayat-ayat Allah di dalam Al Quran yang menyentuh tentang Nur dan di kaitkan dengan Rasullullah saw dan juga akidah.
Demikianlah petikan fahaman Ibnu Halaj yang jika sekali lintas fahaman tersebut memang terlalu sukar untuk difahami, akan tetapi sebagaimana yang kita katakan bahawa untuk mentafsirkan fahaman itu adalah mereka yang terdiri dari ahli-ahli sufi yang memahami ilmu Baloghah dari Al-Qur’an sahaja yang dapat memahamkan maksud Ibnu Halaj tersebut. Jika setakat ilmu biasa sahaja maka pendapat dari ilmu Halaj tersebut, pasti ianya ditentang siang-siang lagi, tambahan pula apabila beliau berpendapat bahawasanya apabila seseorang itu meningkat kepada maqam yang tinggi iaitu maqam yang paling hampir kepada Allah, maka timbullah asyik dengan masyuknya sehingga bersatu dengan Tuhannya iaitu ketuhanan telah menjelma pada dirinya. Oleh kerana itu tidak lagi ia berkehendak melainkan kehendak Allah belaka dalam keadaan fana kerana zouknya maka tercetuslah kalimah Anal Haq dan kalimah Allah didalam jubahnya (wama fil jubbati ilallah).
Dan pada kemuncaknya ia berpendapat bahawa menunaikan haji ke Mekah itu tidaklah perlu dikerjakan malah boleh digantikan dengan haji yang lain dengan berkhalwat untuk membersihkan dosa sehingga Kaabah datang sendiri didalam khalwatnya. Kesan dari pandangannya itu, maka ramailah diantara ulama’-ulama’ mempertikaikannya sehingga ada yang mengkafirkannya terutama ulama’ feqah seperti Ibnu Tayyimah, Ibnu Qayyim dan Ibnu Nadim. Sementara ulama’ yang berkecuali dari kalangan feqah ialah Ibnu Shuraih dari mazhab Maliki (ulama’ terkemuka), dan ulama’ yang bertaraf sufi yang membelanya ialah,
1. Imam Al-Ghazali (Hujatul Islam) 450 hijrah – 505 hijrah. Katanya perkataan Anal Haq yang diucapkan Ibnu Halaj itu adalah kerana tersangat cintanya kepada Allah. Apabila cintanya tersangat mendalam maka merasakan tiada berantara dirinya dengan Tuhannya (dia beserta Allah).
Jalaludin Rumi, 604 hijrah – 672 hijrah. Katanya kerana cintanya kepada Tuhan tersangat mendalam, maka rindu dan kasih sayanglah mendorong beliau menyatakan Anal Haq.
Abdul Kadir Jailani. Beliau berkata sekiranya saya berada pada zamannya, maka sangguplah saya menjadi pengiringnya.
Ad-Damiri, 181 hijrah – 255 hijrah (seorang ahli hadis, ahli tafsir dan ahli feqah yang terkenal). Beliau berkata bukanlah mudah menuduh seseorang itu menjadi kafir, kerana menuduh seseorang itu kafir adalah suatu perkara yang amat besar, dan menuduhnya adalah perbuatan orang yang jahil.
Demikianlah perkara-perkara yang menjadi pertelingkahan diantara para alim ulama’ yang jurusannya berlainan.

bersambung..............
postedby................
nizamullah
Pentinganya
Mengambil Ilmu Bersanad
Bismillahirohmanirrohim...
Salam dan Salawat keatas junjungan
besar Nabi saw, Ahlul Bait as & Itrahnya yg suci, Para Sahabat ra yang
setia dalam perjuangan , serta tabiin, tabi'ut tabiin para salafussolehin.
seluruh para khalafussolehin , Rahmat Allah swt ke atas sekelian Muslimin dan
Muslimat, Mukminin dan Mukminat hingga ke hari kiamat. Amma Ba'du
Akhir-akhir ini kita semua dihujani dengan berbagai-bagai dakyah yang cuba untuk memesungkan aqidah Ahlus Sunnah Wal jamaah dan memecah-belahkan umat islam dikalangan awam lebih-lebih lagi golongan pelajar-pelajar dan remaja-maja yg mula berjinak dengan islam. Aku terpanggil untuk membincangkan perkara ini dan meluahkan isi hatiku tentang betapa bahayanya wabak-wabak yg sedang menular ini.

Figure: Tanda-tanda kewujudan Allah Ta'ala luas terbentang , DIA
tidak terhijab tetapi mengapa manusia terus tidak melihat akan DIA?
Maka dengan petunjuk dan izin dari Allah Ta'ala dapat aku ujudkan satu Blog khusus untuk membahaskan dan menghimpun perkataan-perkataan Ulamak Muktabar berkenaan masaalah-masaalah yg bersangkut dengan Aqidah , Iktikod dan Tauhid menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah . Aku ingin juga berterima kasih kepada sahabat-sahabat Blogger yang mana dapat memetik bahasan-bahasan yang penting ini buat pedoman kita semua . Tuan pembaca sekelian yang belum melawati Blog tersebut bolehlah melawati melaui link yg terpapar di sini.
Disamping itu aku ingin memberitahu agar pembaca-pembaca sekelian menekuni dan meneliti posting-posting yang terdapat di Blog tersebut agar memahami kaedah dan pengajian Tauhid atas aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar dan diperakui oleh seluruh Ulmak Usuluddin yang terdahulu . Janganlah mudah terpedaya dengan dakyah2 golongan Ahli Bid'ah yang sengaja memutar belitkan fakta-fakta ilmiah yang kita warisi berzaman selama ini . Semoga pembaca sekelian mendapat manafaat dari pembahasan-pembahasan tersebut.
Ilmu Bersanad bermaksud pengajian
yang diterima secara turun-temurun dan berkesinambungan. Maknanya ber'guru'
untuk mengambil ilmu, dan guru itu pula berguru dengan gurunya....sehinggalah
sampai kepada tabien dan para sahabat nabi saw yg berguru dgn Rasulullah.
Berguru itu memang sesuatu yg sunnah.
Tausiyyah guru kami. Bertalaqqi adalah jalan mengenal agama.
Guru kami berpesan bahawa sesungguhnya ilmu-ilmu fardhu 'ain tidak boleh sama sekali dipelajari semata-mata melalui pembacaan daripada kitab-kitab, internet atau membaca artikel tanpa berguru. Ini kerana kemungkinan kitab-kitab yang dibaca terdapat penipuan dan tokok tambah mengikut kemahuan hawa nafsu dan mungkin juga terdapat kesilapan percetakan. Selain itu mungkin dengan hanya membaca tanpa berguru dapat menyebabkan kefahaman sebenar yang ingin disampaikan oleh Ulama' salaf dan khalaf difahami secara salah oleh pembaca yang tidak berguru. Ini boleh menyebabkan pembaca temasuk dalam golongan-golongan seperti al-mujassimah dan al-musyabbihah.
Oleh itu, guru kami berpesan bahawa sesungguhnya cara mempelajari ilmu yang paling benar dan beradab ialah belajar secara talaqqi daripada guru yang bersanad.
Berkata al-hafiz Abu Bakar al-Khatib al-Baghdadi: " Tidak diambil ilmu melainkan daripada mulut para 'ulama"
Maka tidak dapat tidak, ilmu-ilmu fardhu 'ain ini mestilah diambil daripada 'ulama yang arif lagi thiqah dan 'ulama tersebut mengambilnya daripada 'ulama yang arif lagi thiqah dan begitulah seterusnya. Wallahu 'alam.
Rahsia Penolakan “Muhaddith-Jadian” Terhadap Pengajian Bersanad
http://sawanih.blogspot.com/2010/01/rahsia-penolakan-muhaddith-jadian.html
Sanad Keistimewaan Ummah
Menghidupkan pengajian bersanad pada masa ini adalah suatu perkara yang harus diberi pujian dan galakan, dan bukannya satu perkara yang harus dibanteras dan ditentang. Meskipun ia bukan satu kefardhuan ke atas setiap orang dalam menuntut ilmu atau mengajarkannya, namun ketiadaannya langsung samasekali dalam umat Islam mampu menjadi tanda pada dekatnya kehancuran umat ini. Di mana kelak tiada lagi tinggal orang-orang berilmu yang penuh keberkatan tersebut, lalu orang mengambil ahli-ahli ilmu yang jahat, tiada keberkatan dan orang-orang jahil sebagai tempat rujuk dan pemimpin agama mereka. Justeru, mereka ini sesat lagi menyesatkan, dan akhirnya di atas merekalah dibangkitkan kiamat.
Jika tujuan sanad pada awalnya untuk memastikan kesahihan riwayat, namun ilmu sanad kemudiannya berkembang sama seperti ilmu-ilmu Islam yang lain, sehingga ia menjadi suatu seni yang tersendiri. Cuma bezanya syarat yang ketat dan penelitian yang tegas terhadap perawi-perawi pada peringkat awal telah dilonggarkan pada peringkat mutakhir, apabila kebanyakan hadith sudah direkod dan dibukukan oleh ulama hadith. Justeru kemudiannya, ramailah ulama yang membenarkan pengijazahan sanad serta meriwayatkannya berdasarkan ijazah tersebut semata-mata, tanpa perlu bertalaqqi penuh.
Periwayatan secara bersanad diteruskan kerana ia adalah satu kemuliaan dan keistimewaan yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut;
1. merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW (وكفى في الاتصال بالحبيب شرفاً) .
2. merupakan iqtida’ (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan mengajar (إنّ التشبه بالكرام فلاح).
3. merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia adalah satu kebanggaan buat mereka (الإسناد من الدين).
4. merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari kiamat (إن الأسانيد أنساب الكتب).
5. merupakan satu rahmat dan barakah (عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة).
Mereka yang mengkritik pengajian bersanad juga seharusnya membezakan pengajian bersanad yang bagaimana yang dikritik, bukan menghentam secara pukul-rata. Perlu dibezakan juga antara ijazah am dan ijazah khas. Jika tidak ia hanya satu kejahilan terhadap sistem sanad dan juga seni-seninya.
Pengajian secara bersanad terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu:
talaqqi secara bersanad bagi qiraat (bacaan) al-Quran.
talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab hadith muktamad, seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Muwatta’ Malik dan sebagainya.
talaqqi secara bersanad bagi himpunan hadith-hadith tertentu, seperti al-Awa’il al-Sunbuliyyah, atau hadith-hadith tertentu, seperti hadith musalsal.
talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab karangan ulama dalam berbagai bidang ilmu, seperti fiqh, usul-fiqh, tauhid, tafsir, sirah, hadith, mustalahul-hadith, tasawuf dan sebagainya.
talaqqi secara bersanad bagi amalan tariqat-tariqat sufiyyah.
Seorang yang mempelajari secara mendalam, akan mendapati dalam ilmu ulumul-hadith dibincangkan tentang ilmu al-tahammul wal-ada’ (pembawaan dan penyampaian riwayat), serta dibincangkan tentang adab-adab muhaddith dan juga penuntut hadith. Perkara ini dapat dirujuk dalam kesemua kitab-kitab yang disusun dalam ulumul-hadith. Ini menunjukkan para ulama sejak dahulu mengambil berat mengenai periwayatan sanad. Hanya pengembaraan-pengembaraan getir ahli hadith dalam mencari sanad sahaja yang berakhir, iaitu dalam kurun ke-6 hijrah. Di mana semua riwayat telah dibukukan dalam al-Jawami’, al-Sihah, al-Sunan, al-Masanid, al-Ma’ajim, al-Ajza’, al-Fawa’id, al-Masyyakhat dan lain-lain. Setelah itu para ulama hadith berusaha memelihara sanad ini hinggakan ada sebahagian mereka yang membukukannya di dalam kitab-kitab khusus. Perhatian terhadap pengumpulan sanad ini kemudian terus bertambah di kalangan ulama hadith sehingga hampir tiada ulama hadith melainkan ia mempunyai kitab sanad yang merekodkan sanad-sanadnya dan juga biografi sebahagian syeikh-syeikhnya. Kitab-kitab ini disebut dengan berbagai istilah seperti barnamij, fihris, thabat dan mu’jam. Riwayat-riwayat mereka juga tidak sekadar pada kitab-kitab hadith, malah pada kitab-kitab tafsir, fiqh, usul, akidah dan lain-lain. (al-Fadani, h. 8-9)
Sanad Kini Sudah Tiada Nilai?
Oleh kerana kejahilan dan kesan penjajahan dalam sistem pendidikan, ada orang yang berkata: “Kesemua sanad yang wujud di atas muka bumi sekarang sudah tidak dijamin kethiqahan perawi dan persambungan sanadnya. Justeru tidak ada faedah untuk meriwayatkannya”.
Tuduhan ini adalah satu tohmahan kepada seluruh ulama dan ahli ilmu yang memiliki sanad dan meriwayatkannya. Tuduhan tersebut hanya menampakkan kejahilan pengucapnya yang tidak takut kepada Allah SWT terhadap kata-kata yang akan dipertanggungjawabkan kelak. Jika beliau berkata; banyak sanad ulama mutaakhirin yang wujud sekarang mengandungi banyak kecelaruan di dalamnya, tentu itu lebih dapat diterima dan layak untuk diperbincangkan.
Mereka juga berpegang kepada kata-kata Ibn al-Salah (m. 643H) dalam kitabnya (صيانة صحيحِ مسلمِ من الإخلالِ والغلَطِ و حمايتُه من الإسقاطِ والسَّقَط) (h. 117): “Ketahuilah, bahawa periwayatan dengan isnad-isnad yang bersambung bukanlah maksud daripadanya pada zaman kita ini dan juga zaman-zaman sebelumnya bagi mensabitkan apa yang diriwayatkan, kerana tidak sunyi satu isnad pun daripadanya dari seorang syeikh yang tidak tahu apa yang diriwayatkannya, dan juga tidak menjaga isi kitabnya secara jagaan yang layak untuk diperpegang pada kesabitannya. Akan tetapi maksudnya ialah bagi mengekalkan rantaian isnad yang dikhususkan terhadap umat ini, semoga Allah menambahkannya kemuliaan”.
Kata-kata Ibn al-Salah tersebut juga bukanlah kata-kata yang maksum yang tidak dapat dipertikaikan. Ia tetap menerima perbincangan antara pro-kontra sebagaimana setengah pendapatnya yang lain. Ini kerana realiti membuktikan sanad masih diperlukan walaupun untuk mensabitkan sesuatu riwayat, seperti contoh kes satu juzuk kitab Musannaf ‘Abd al-Razzaq yang hilang yang ditemukan dan diterbitkan oleh Dr. ‘Isa ‘Abdillah Mani‘ al-Himyari dan Dr. Mahmud Sa’id Mamduh. Namun apabila mereka menyedari kepalsuan juzuk kitab tersebut kerana tiada persambungan sanad setelah membuat perbandingan dengan sanad-sanad periwayatan yang ada, mereka menarik balik penerbitannya dan mengisytihar permohonan maaf. (جزاهما الله خيراً). Di kalangan para pentahkik dan penyelidik manuskrip pula, ramai di antara mereka yang dapat mengesan kesalahan kalimah, pertukaran huruf, penentuan titik kalimah, perubahan nama-nama dan sebagainya berdasarkan sanad-sanad periwayatan yang wujud sekarang ini.
Pendapat Ibn al-Salah bahawa tiada lagi sanad yang bersambung dengan perawi-perawi thiqah juga dapat dipertikaikan dengan wujudnya sanad-sanad yang sabit sama ada pada zaman beliau, sebelumnya, mahupun selepasnya. Contohnya, Imam al-Nawawi telah meriwayatkan Sahih Muslim dengan sanad yang bersambung dan menerangkan kedudukan setiap perawi dalam sanad berkenaan. Begitu juga al-Hafiz Ibn Hajar dan lain-lain. Usaha Syeikh al-Yunini menghimpun sanad-sanad Sahih al-Bukhari sehingga menjadikan al-Nuskhah al-Yuniniyyahnya sebagai versi Sahih al-Bukhari yang paling sahih juga merupakan bukti dalam masalah ini.
Mereka yang mendalami ilmu rijal dan ‘ilal juga (cabang-cabang daripada ilmu sanad) akan mendapati bahawa ilmu tersebut tidak terhenti pada kurun-kurun awal hijrah sahaja, bahkan ianya terus berkembang di sepanjang zaman sehinggalah ke zaman kita ini. Apakah ilmu ini harus disempitkan kerana kononnya masalah sanad sudah selesai?
Fatwa Aneh
Berikut saya bawakan fatwa al-Lajnah al-Da’imah lil-Buhuth al-’Ilmiyyah wal-Ifta’ untuk ukuran dan nilaian anda. (Saya terjemahkan soal-jawabnya sahaja):
ورد سؤال للجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء 4/371 رقم الفتوى (3816)، هذا نصه: هل بقي أحد من العلماء الذين يصلون بإسنادهم إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وإلى كتب أئمة الإسلام؟ دلونا على أسمائهم وعناوينهم حتى نستطيع في طلب الحديث والعلم إليهم.
الجواب: يوجد عند بعض العلماء أسانيد تصلهم إلى دواوين السنة لكن ليست لها قيمة؛ لطول السند، وجهالة الكثير من الرواة عدالة وضبطا. وبالله التوفيق. وصلى الله على نبينا محمد، وآله، وصحبه وسلم.
- اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء:
عضو: عبد الله بن قعود.
عضو: عبد الله بن غديان.
نائب رئيس: عبد الرزاق عفيفي.
الرئيس: عبد العزيز بن باز.
Terjemahan:
...Soalan: Adakah masih tinggal ulama yang bersambung isnad mereka sampai kepada Rasulullah SAW dan juga kepada kitab-kitab ulama besar Islam? Sebutkanlah kepada kami nama-nama dan alamat-alamat mereka agar kami dapat mempelajari hadith dan ilmu daripada mereka.
Jawapan: Terdapat pada sebahagian ulama sanad-sanad yang menyambungkan mereka kepada kitab-kitab al-sunnah, akan tetapi ianya tidak ada nilai, kerana sanad yang panjang, serta kemajhulan ramai dari kalangan perawinya dari segi sifat adil dan dhabit. Wabillah al-tawfiq... (ringkas betul!)
Punca Kempen Menjauhi Periwayatan Sanad
Tidak dinafikan, ada setengah masyayikh salafi-wahhabi yang memiliki sanad secara ijazah, namun sebahagian mereka tidak mahu menyebarkannya kerana rantaian sanad periwayatan tersebut mengandungi ramai perawi Asya’irah atau Maturidiyyah, dan juga perawi-perawi sufiyyah.
Bagi menjelaskan perkara ini, di bawah ini akan saya senaraikan antara ulama-ulama yang menghimpunkan sanad-sanad di dalam kitab-kitab khusus:
al-Hafiz Ibn al-Najjar (m. 648H): Masyyakhah.
al-Hafiz Abu Tahir al-Silafi (m. 576H): al-Wajiz fi Zikr al-Mujaz wa al-Mujiz .
Imam ‘Abdul Haq bin Ghalib ibn ‘Atiyyah al-Andalusi (m. 541H): Fihrasah.
al-Qadhi ‘Iyadh al-Yahsubi (m. 544H): al-Ghunyah.
al-Hafiz Muhammad bin ’Umar ibn Khayr al-Isybili (m. 575H): Fihrist.
al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani (m. 852H): al-Majma' al-Mu'assas dan al-Mu'jam al-Mufahras .
al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti (m. 911H): Zad al-Masir.
Syeikhul-Islam Zakariyya al-Ansari (m. 926H): Thabat.
Imam ‘Abdul Wahhab al-Sya‘rani (m. 973H): Fihris.
al-‘Allamah Muhammad bin ‘Ali bin Tulun (m. 953H): al-Fihrist al-Awsat.
Al-Musnid Abu Mahdi ‘Isa bin Muhammad al-Tha'alibi al-Makki (m: 1080 H): Maqalid al-Asanid, al-Minah al-Badiyyah fi al-Asanid al-'Aliyah, Kanzul Riwayah dan Muntakhab al-Asanid .
Syeikh Muhammad bin ‘Ala’uddin al-Babili (m: 1077H): (منتخب الأسانيد).
Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Qusyasyi (m: 1070H): al-Simt al-Majid.
Syeikh ‘Abdullah bin Muhammad bin Abi Bakr al-‘Ayyasyi (m: 1090H): (إتحاف الأخلاء).
Imam ‘Abdullah bin Salim Al-Basri al-Makki (m: 1134H): Al-Imdad bi Ma'rifati 'Uluwi al-Isnad .
Syeikh Abu Tahir Ibrahim bin Hasan Al-Kurani (m: 1101H): Al-Umam li Iqaz Al-Himam .
Syeikh Hasan bin ‘Ali al-‘Ujaimi al-Makki (m. 1113H): Kifayah Al-Mutatalli' .
Syeikh ‘Abdul Baqi al-Ba’li al-Dimasyqi al-Hanbali (m. 1071H): (رياض أهل الجنة بآثار أهل السنة).
Syeikh ’Abdur Rahman al-Ba’li al-Hanbali: (منار الإسعاد في طرق الإسناد).
Syeikh Muhammad bin Sulaiman Al-Rudani (1094H): Sillatu Al-Khalaf bi Mausul As-Salaf.
Syeikh al-Muhaddith Isma’il bin Muhammad al-’Ajluni : (حلية أهل الفضل والكمال).
Syeikh Muhammad bin Ahmad ‘Aqilah al-Makki: (المواهب الجزيلة).
Syeikh ‘Abdul Ghani al-Nabulusi: Thabat.
Syeikh Muhammad Hasyim al-Sindi (m:1174H): Al-Muqtataf min Ittihaf Al-Akabir bi Asanid Al-Mufti Abdil Qadir .
Syeikh Muhammad ‘Abid al-Sindi (m. 1257H): Hasr al-Syarid.
Syeikh ‘Ali bin Zahir Al-Watri Al-Madani (m: 1322H): Awa'il Al-Watri wa Musalsalatihi .
Syeikh Waliyullah al-Dihlawi (m. 1176H): Al-Irsyad ila Muhimmat 'Ilm Al-Isnad .
al-‘Allamah Abu al-Faydh Muhammad Murtadha al-Zabidi: (لقط اللآلي من الجواهر الغوالي ).
Syeikh Ahmad al-Dardir al-Maliki: Thabat.
Syeikh ‘Abdul Ghani bin ‘Abdul Haq al-Dihlawi (m. 1296H): al-Yani’ al-Jani fi Asanid al-Syaikh ‘Abdul Ghani, susunan Syeikh Muhammad Yahya.
Syeikh ‘Abdullah al-Syabrawi (m. 1171H): Thabat.
Syeikh Muhammad ibn Himmat Zadah al-Dimasyqi: al-Is’ad.
Syeikhul-Islam Syamsuddin Muhammad bin Salim al-Hifni: Thabat.
Syeikh Salih bin Muhammad Al-Fullani (1218H): Qatf al-Thamar fi Raf'i Asanid Al-Musannafat fi Al-Funun wa Al-Athar .
Syeikh Muhammad Syakir al-’Aqqad (m. 1222H): (عقود اللآلي في الأسانيد العوالي).
al-’Allamah Syeikh ’Abdul Rahman bin Muhammad al-Kuzbari: Thabat.
Syeikh Muhammad Al-Amir Al-Kabir Al-Misri (m.1232H): Sadd al-Arab min 'Ulum al-Isnad wal Adab .
Syeikh Muhammad bin ‘Ali al-Syanawani (m. 1233H): al-Durar al-Saniyyah li ma 'ala Min al-Asanid al-Syanawaniyyah .
Syeikh ‘Abdullah bin Hijazi Al-Syarqawi (m.1227H): al-Jami’ al-Hawi fi Marwiyyat al-Syarqawi.
Syeikh Ahmad ibn ’Ajibah al-Hasani: Fihris.
Syeikh ‘Abdul Wasi' bin Yahya Al-Wasi'i: al-Durr al-Farid al-Jami' li Mutafarriqat al-Asanid .
Syeikh Muhammad Amin Ibn ‘Abidin (m. 1252H): (مجموعة إجازات)
Syeikh Hasan Al-Masyat (1306 H): al-Irsyad bi Zikr Ba'dhi ma Li min al-Ijazah wa Al-Isnad .
Syeikh Tahir bin Muhammad al-Jaza’iri: (عقود اللآلي في الأسانيد العوالي).
Syeikh Abu al-Mahasin al-Qawuqji (m. 1305H): (معدن اللآلي في الأسانيد العوالي).
Mawlana Syeikh Fadhl al-Rahman al-Kanja-Murad-Abadi: (إتحاف الإخوان بأسانيد سيدنا ومولانا فضل الرحمن), susunan Syeikh Ahmad bin ‘Uthman.
Syeikh Ahmad Dhiya’uddin al-Kumusykhanawi: Thabat.
Syeikh Mahmud Muhammad Nasib al-Hamzawi, mufti Syam: (عنوان الأسانيد).
Syeikh Muhammad Sa’id Sunbul al-Makki (m. 1175H): al-Awa’il al-Sunbuliyyah.
Syeikh Abu al-Yusr Falih bin Muhammad al-Mihnawi al-Zahiri (m. 1328H): (حسن الوفاء)
Syeikh Abu al-Nasr Muhammad Nasr Allah al-Khatib: (الكنز الفريد في علم الأسانيد ).
Syeikh Muhammad ‘Abdul Baqi Al-Ansari (m.1364H): Al-Is'ad bil Isnad dan Nashr Al-Ghawali min Al-Asanid Al-'Awali .
Syeikh Muhammad Mahfuz al-Turmasi (m. 1338H): Kifayah Al-Mustafid li ma 'Ala min Al-Asanid .
Syeikh ‘Abdul Hamid bin Muhammad ‘Ali Qudus al-Makki (m. 1334H): (المفاخر السنية في الأسانيد العلية القدسية) dan (إجازة الشيخ أحمد دحلان للشيخ عبد الحميد قدس).
Syeikh Yusuf bin Isma’il al-Nabhani (m. 1350H): (هادي المريد إلى طرق الأسانيد).
Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari: (التحرير الوجيز).
Syeikh Muhammad ’Abdul Rasyid al-Nu’mani: (الكلام المفيد في تحرير الأسانيد).
Syeikh ‘Umar Hamdan, muhaddith al-Haramain (m. 1368H): (مطمح الوجدان في أسانيد الشيخ عمر حمدان) dan (إتحاف الإخوان باختصار مطمح الوجدان في أسانيد الشيخ عمر حمدان), susunan al-Fadani.
Syeikh Muhammad ‘Ali Al-Maliki: (المسلك الجلي) susunan al-Fadani.
Musnid al-Dunia Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad ’Isa Al-Fadani (m. 1410H):
- الأسانيد المكية لكتب الحديث والسير والشمائل المحمدية
- إتحاف المستفيد بغرر الأسانيد
- الفيض الرحماني بإجازة فضيلة الشيخ محمد تقي العثماني
- القول الجميل بإجازة سماحة السيد إبراهيم بن عمر باعقيل
- العجالة في الأحاديث المسلسلة
- قرة العين في أسانيد شيوخي من أعلام الحرمين
- فيض المبدي بإجازة الشيخ محمد عوض الزبيدي
- الأربعون البلدانية: أربعون حديثاً عن أربعين شيخاً من أربعين بلداً
-شرح المسلسل بالعترة الطاهرة
- بغية المريد من علوم الأسانيد - dalam lima jilid!.
Al-Habib Syeikh bin Abdillah Al-'Aidarus (m: 990 H): al-Tiraz Al-Mu'allim .
al-Sayyid Muhammad al-Syilli: Mu'jam al-Syilli .
Al-Habib Syeikh bin Muhammad Al-Jufri: Kanz Al-Barahin Al-Jazbiyyah wa Al-Asrar Al-Ghaibiyyah li Sadah Masyayikh al-Tariqah Al-Haddadiyyah Al-'Alawiyyah.
Al-Habib ‘Abdul Rahman bin ‘Abdullah bin Ahmad Bal Faqih: Miftah Al-Asrar fi Tanazzuli Al-Asrar wa Ijazah Al-Akhyar.
Al-Habib ‘Abdullah bin Husein Bal Faqih: Syifa' al-Saqim bi Idhah Al-Isnad , dan Bazl Al-Nahlah .
Al-Habib Al-Musnid 'Aidarus bin ‘Umar Al-Habsyi: 'Uqud Al-La’ali fi Asanid Ar-Rijal , Minhah Al-Fattah Al-Fathir fi Asanid al-Saadah Al-Akabir dan 'Aqd Al-Yawaqit Al-Jauhariyyah wa Samt Al-'Ain al-Zahabiyyah .
Syeikh Al-Habib ‘Abdul Rahman bin Sulaiman Al-Ahdal (m:1250 H): Al-Nafas Al-Yamani war-Ruh al-Rayhani fi Ijazah al-Qudhah al-Thalathah Bani al-Syawkani.
Al-Habib Abu Bakr bin Syihab: Al-'Uqud Al-Lu'lu'iyyah fi Asanid al-Sadah Al-‘Alawiyyah .
Al-Habib Al-Musnid Muhammad bin Salim al-Sirri: Thabat.
Al-'Allamah Al-Habib ‘Abdullah bin Ahmad Al-Haddar: Thabat .
Al-Habib Muhammad bin Hasan 'Aidid: Tuhfah Al-Mustafid fi man Akhaza 'anhum Muhammad bin Hasan 'Aidid .
Al-Habib Salim bin Hafiz, Aal Syeikh Abu Bakr bin Salim: Minhah Al-Ilah fi Al-Ittisal bi ba'dhi Awliyah .
Al-Habib 'Alawi bin Tahir Al-Haddad (m:1382 H), bekas Mufti Negeri Johor: al-Khulasah Al-Syafiyyah fi Al-Asanid Al-'Aliyyah .
Al-Habib Salim bin Ahmad bin Jindan: Mu'jam Al-Khulasah Al-Kafiyyah .
Al-Habib Abu Bakr bin Ahmad bin Husain Al-Habsyi: (الدليل المشير إلى فلك أسانيد الاتصال بالحبيب البشير وعلى آله ذوي الفضل الشهير وصحبه ذوي القدر الكبير).
al-Sayyid Husain al-Habsyi: (فتح القوي في أسانيد السيد حسين الحبشي) susunan Syeikh ‘Abdullah bin Muhammad Ghazi.
Al-Habib Uthman bin ‘Abdillah bin ‘Aqil bin Yahya (1333H): Thabat.
Al-Habib 'Alawi bin Saqqaf Al-Jufri: Thabat.
Syeikh Sayyid Ahmad bin Sulaiman Al-Arwadi: Al-‘Aqd Al-Farid fi Ma'rifah ‘Uluw Al-Asanid .
al-Habib bin Semait: An-Nasj wa Al-Khait li Ba'dhi Asanid Al-Allamah bin Semait
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Budairi Al-Husaini al-Syami: Al-Jawahir Al-Ghawali fi Bayan Al-Asanid Al-'Awali .
Imam Muhammad ‘Ali al-Sanusi (m: 1276 H): Al-Manhal Al-Rawi al-Ra'if fi Asanid Al-'Ulum wa Usul al-Tara'if dan al-Syumus al-Syariqah.
Syeikh Ja’far bin Idris al-Kattani: (إعلام الأئمة الأعلام).
Syeikh Muhammad ‘Abdul Hayy Al-Kattani (m. 1382H): Minah Al-Minnah fi Silsilah Ba'dhi Kutubi al-Sunnah dan Fihris Al-Faharis wal-Athbat .
al-Hafiz Ahmad al-Ghumari (m. 1380H): (البحر العميق).
Syeikh ‘Abdullah al-Ghumari: (ارتشاف الرَّحيق من أسانيد عبد الله بن الصِّدِّيق).
Syeikh Salih bin Ahmad al-Arkani (m. 1418H): (فتح العلام في أسانيد الرجال وأثبات الأعلام).
al-Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas Al-Maliki: (العقود اللؤلؤية بالأسانيد العلوية ).
Syeikh al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid ‘Alawi Al-Maliki: al-Tali‘ As-Sa'id dan Al-'Aqd Al-Farid .
Syeikhuna al-Muhaddith al-‘Allamah Mahmud Sa'id Mamduh: Fathul Aziz fi Asanid As-Sayyid Abdul Aziz (فتح العزيز بأسانيد السيد عبد العزيز), (إعلام القاصي والداني ببعض ماعلا من أسانيد الفاداني) dan (تشنيف الأسماع بشيوخ الإجازة والسماع).
Ini hanyalah sekelumit daripada sekian banyak kitab-kitab sanad yang disusun oleh ulama-ulama Ahlus-Sunnah. Jika diamati keseluruhan mereka adalah sama ada dari aliran Asya’irah atau Maturidiyyah, serta dari kalangan ahli-ahli sufi. Merekalah sebenarnya penjaga-penjaga sanad ummah ini. Apabila para "muhaddith jadian" atau golongan salafiyyah-wahhabiyyah melihat pemegang-pemegang sanad tersebut kesemuanya adalah berakidah Asya'irah-Maturidiyyah, ataupun ahli-ahli sufi, mereka tidak mahu berguru kepada mereka. Maka dari sini dapatlah kita fahami rahsia mengapa ramai daripada mereka tidak mahu meriwayatkan sanad-sanad yang dianggap oleh mereka penuh dengan perawi-perawi bidaah, atau dengan alasan banyak perawi-perawi daif atau majhul!.. Mereka khuatir nanti orang akan terpengaruh dengan tokoh-tokoh tersebut. Lalu ada yang menganggap sanad bukan lagi sebagai untuk tabarruk, tetapi hanyalah untuk zikra (kenangan) semata-mata! Turut mendukacitakan, ada setengah mereka yang memandang rendah dan memperlekehkan pengajian-pengajian secara bersanad. Alasan paling kuat mereka kononnya kitab-kitab sekarang sudah dicetak dan tersebar dengan luas yang merupakan satu jaminan terpelihara daripada berlaku penyelewengan terhadap kitab-kitab tersebut. Maka ramailah di kalangan mereka yang hanya bergurukan kitab-kitab sahaja, bukan lagi guru-guru yang menjadi tradisi pengajian dan periwayatan sejak sekian lamanya (لا حول ولا قوة إلا بالله).
Saya berpendapat, inilah kesan negatif paling besar dari sistem pendidikan penjajah, yang berentetan di bawahnya berbagai kesan-kesan lain seperti kebejatan intelektual, kerendahan moral, adab dan juga akhlak (فاقد الشيء لا يعطيه). Sejarah telah membuktikan banyak pemikiran-pemikiran yang batil datang daripada mereka yang hanya mengambil ilmu daripada kitab semata-mata.
Wallahu a’lam.

3.NUR
MUHAMMAD SEBAGAI MANUSIA
Tentang NUR MUHAMMAD
sebagai makhluk yang awal di jadikan Tuhan , namun ada juga pandangan yang
mengatakan bahawa bukan Nur Muhammad yang awal di jadikan Tuhan akan tetapi
Rohlah yang awal, ada pula yang mengatakan bukan Roh akan tetapi Nur, dan ada
pula yang mengatakan Qalam yang terdahulu, dan ada pula yang mengatakan Akal,
walaupun pandangan tersebut tidak melahirkan krisis penentangan pendapat akan
tetapi pada akhirnya ia di selesaikan dengan satu nas yang cukup mantap yang
bermaksud:
" Yang pertama di cipta oleh Tuhan ialah Rohku, dan yang pertama di cipta oleh Tuhan ialah cahayaku, dan yang pertama di cipta oleh Tuhan ialah qalam, dan yang pertama di cipta oleh Tuhan ialah Akal, namun semua yang awal tersebut pada dasarnya ialah Hakikatul Muhammadiyah "
Hakikatul Muhammadiyah yang bermaksud Diri yang terpuji atau diri kemanusiaan yang batin, ataupun di kenali sebagai insan atau Ruhul Hayat atau sumber nyawa. Jika kita kaji secara ilmiah maka Nur Muhammad inilah yang melahirkan sumber segala yang ghaib dari alam-alam ciptaan Tuhan yang mengandungi segala sumber dari kandungan Roh, Nur, Akal dan qalam yang berkemungkinan menepati sumber molikul, atom, electron,ion, neutron, proton yang kuasa rendah (cabang dari sumber alam) ini semua wajib di kaji oleh umat islam, jangan hanya kerana mahu bertamadun maka umat islam sanggup berkiblatkan ke barat, pada hal ilmu ini adalah berasal dari tamadun islam Sepanyul di suatu ketika dahulu
Nur bermaksud cahaya, sementara Muhammad bermaksud terpuji, ertinya cahaya yang terpuji, jika kita maksudkan Muhammad itu sebagai manusia maka jadilah ia manusia yang terpuji atau sebagai makhluk yang paling sempurna, ia juga menepati kejadian " Aku jadikan insan itu sesempurna sempurna kejadian" (At Tin 4) ayat ini adakah di tujukan kepada manusia secara amnya atau ia hanya sebagai bayangan ujud manusia, jika kita katakan ia sebagai bayangan manusia atau cahaya manusia maka ia adalah sesuatu yang tersangat bermutu tinggi dan umat islam di saran tidak bertelagah tentang Nur Muhammad ini jika kurang arif tentangnya
Nur Muhammad adalah muktamad ujudnya, tidak timbul soal mereka yang kurang percaya tentangnya, keatas orang yang kurang ilmu tentulah tidak layak untuk membahaskannya, yang penting bukan membahaskannya akan tetapi mengkajinya kearah ketamadunan ilmu yang di lahirkan oleh Allah, umpamanya istilah jirim, jisim yang terdiri dari perkembangan jauhal fardhi, dalil ilmu ini dapat kita contohkan kepada seorang ulama bersembahyang dengan orang yang tidak ulama bersembahyang, tentu di sama berlaku perbezaan yang ketara tentang kefahamannya dan pembawakkannya
ADAM MELIHAT MUHAMMADDARRASULLULLAH DI TIANG ARSY
Siapakah Muhammad yang di lihat Adam di tiang Arsy ?
Sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Al Baihaqi (nama penuhnya ialah Abu Bakar Ahmad Bin Husain Bin Ali seorang imam hadis di khurusan bermazhab syafi'e 384 H - 458 H)
Maksud Hadis:
" Wahai Adam, bagaimana kamu tahu tentang Muhammad pada hal Aku belum menjadikannya ! lalu Adam menjawab: Wahai Tuhanku sesungguhnya ketika Engkau ciptakan aku (ketika memohon ampun) aku menganggkat kepala kemudian terlihat olehku di tiang Arsy berbunyi La Illaha illallah Muhammadarrasulullah "
Ayat yang di atas adalah peristiwa yang berlaku kepada Nabi Adam ketika mana ia memohon ampun kepada Allah atas kesalahannya melanggar perintah Tuhan bersama Siti Hawa, Nabi Adam menyedaari bahawa sudah ada yang di cipta Tuhan yang bernama bernama Muhammad setelah ia terlihat di tiang Arsy, ketika itu ia merasa hairan apakah sudah ada manusia yang telah di cipta Tuhan sebelumnya, di sinilah karamah awal yang Allah kurniakan kepada manusia pertama itu, Muhammad pesuruh Allah yang di lihat oleh nabi Adam bermaksud bukan kepada Adam sahaja akan tetapi kepada seluruh manusia, ertinya setiap manusia itu adalah Muhammad, dan di sinilah manusia wajib mengenal dirinya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
" Maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia di ciptakan " ( At Tariq ayat 5 )
Di dalam sebuah hadis qudsi yang lain yang di riwayatkan oleh Abu Nai'em (Ahmad b Abdullah b Ahmad Al Asbahani seorang hafiz yang di lahirkan di Asbahan 336 H-430 H)
Hadis qudsi bermaksud:
" Tidak pernah Aku ciptakan suatu ciptaan yang lebih milia menurut pandanganKu, telah Aku tuliskan namanya bersama namaKu di Arsy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi "
Ayat yang di atas menguatkan lagi kepercayaan kita bahawa Muhammad yang awal telah di cipta Tuhan sebelum Allah ciptakan tujuh langit dan bumi serta lapisannya, ini bermaksud tentulah Nur Muhammad kerana jika kita nak kaitkan ia dengan Muhammad bin Abdullah binti Aminah maka tentulah ianya kurang tepat, namun Nur Muhammad pasti ada pada setiap nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah serta manusia pada keseluruhannya walaupun darjat di antara satu dengan yang lainnya berbeza kerana ia adalah sumber sekalian alam
Hadis qudsi di atas telah juga di turunkan kepada nabi Musa a.s ia itu nabi bagi bani Isroail sebagai mengkhabarkan akan lahir seorang nabi dan rasul yang bernama Muhammad sebagai nabi dan Rasul yang terakhir sehingga nabi Musa berminat untuk menjadi pengikutnya akan tetapi di larang oleh Tuhan kerana peredaran zaman yang berbeza dan pengikut yang berbeza walaupun berasal dari satu sumber dan beragama yang satu, ertinya awal Muhammad dan akhir Muhammad itu adalah satu juga, ini juga bererti bahawa Nur Muhammad adalah di istilahkan sebagai awal Muhammad dan Muhammad Rasullullah sebagai manusia yang memiliki jasad adalah sebagai akhir Muhammad yang menanggung tugas khalifah Allah di planet bumi
Orang yang tidak mahu mengikut ajaran Muhammad Rasullullah saw adalah seperti juga bertaraf macam orang yahudi yang menolak kerasulan dan kenabiannya Muhammad saw, mereka telah di sumpah oleh Allah menjadi kera dan babi kerana melanggar hari sabtu yang akhirnya bangsa itu telah di sesatkan Allah selama 40 tahun tanpa negara, namun apabila terlalu ramai manusia yang sudah mengikut perangai Yahudi maka terbentuklah negara haram mereka di Israil dengan sikap babi dan kera yang terus menerus membuat kerosakan membunuh sehingga ke hari ini, dan kelemahan mereka adalah kerana tidak mengenal awal muhammad dan akhir muhammad yang berada dalam satu lembaga Adam
Asal usul Nur Muhammad adalah daripada empat sumber iaitu ujud, ilmu, Nur dan shuhud, asal ujud pula daripada Zat, asal ilmu dripada sifat, asal Nur daripada Asmak dan asal Shuhud daripada daripada Af'al, ertinya pada keseluruhannya adalah daripada Allah

postedby:nizamullah
Maksud
Qalbun dan Qalbi
Dalam islam selalu Tok
Imam membacakan do'a dengan menyentuh perkataan Qalbun dan juga Qalbi, ada di
antara orang islam mentafsirkan Qalbun dan Qalbi ini dengan istilah hati ini
kerana do'a tersebut berbunyi "Allahummas sawaba qalbun Qalbi bi nuurikal
'azim abadan abada birahmatika ya Ar hamarrahimin !" (Wahai Tuhanku
berikanlah qalbun dan qalbiku sentiasa bercahaya dengan kekal buat
selama-lamanya) demikian lebih kurang maksud do'a tersebut, iaitu manusia
mengharapkan qalbun dan qalbi itu sentiasa bercahaya, ertinya dua hatinya
bercahaya, walaupun setiap manusia hanya ada satu hati
Dalam ilmu kerohanian Qalbun dan Qalbi itu bermaksud dua mata hati bukannya dua hati, Allah s.w.t menjadi manusia ini terdiri dari dua unsur iaitu unsur Jasmani dan Unsur Rohani, unsur Jasmani di cipta oleh Allah mengikut fitrahnya dari sumber tanah di Syurga Khuldi iaitu penciptaan ADAM, sementara unsur Rohani di jadikan oleh Allah daripadaNya di suatu alam, iaitu alam Ulwi sebelum Allah jadikan makhluk-makhluknya yang lain, ini bererti manusia batinlah yang Allah ciptakan terlebih dahulu
Mengikut ilmu kerohanian juga bahawa manusia jasmani Allah kurniakan dua biji mata iaitu mata yang kita dapat lihat dan yang kita semua maklum, mata ini dapat melihat alam yang nyata sahaja, dia tidak boleh melihat alam yang ghaib, sementara Rohani juga Allah kurniakan dengan dua biji mata iaitu Qalbun dan juga Qalbi, dua mata inilah yang menjadi focus kita sekarang yang tidak ramai orang yang memahaminya kerana ia berada pada Roh, bukan pada Akal dan juga nafsu iaitu komponen Ruhul Yaqazah
Adapun Qalbun ini ialah mata hati yang memandang dunia dan seluruh isinya serta memandang kepada Allah, maksudnya mata yang wajib baginya mengenal dunia tempat mereka berlakon (beribadat) selaku khalifah di bumi sementara ta'arif yang lain ialah memandang kepada Allah iaitu mengenal ZatNya, AsmakNya SifatNya dan juga Af'alNya, dengan lain perkataan ialah mengenal Tuhannya, itulah tugas mata hati ini, ini bererti jika seseorang tidak mengenal pentas mereka beribadat sebagai khalifah dan juga mengenal TuhanNya maka kehidupan mereka samalah seperti haiwan
Sementara Qalbi ialah mata hati yang memandang kepada Allah dan juga akhirat, ertinya mengenal Tuhan dan kerja Tuhan yang meliputi seluruh alam, di samping itu mengenal akhirat, ini bererti kedua mata hati ini akan memandang menyeluruh dunia dan akhirat, sebab itu kita apabila berdo'a yang bermaksud "Wahai TuhanKu berikanlah aku satu kesenangan dunia dan satu kesenangan akhirat" ini bererti jika kita mampu menyebut dunia dan akhirat maka kita juga mampu melihat serta mengenal nya, dan sebab itulah juga apabila kita bersembahyang maka hukum Qalbi itu tersangat penting kerana ia menjurus kepada penumpuan kita memakrifatkan yang ghaib

TUJUH
NUR
dinamakan tujuh Nur
kepada ahli batin yang beramal dengan ilmunya terhadap keEsaan Allah, iaitu
1. NUR HIDAYAH
Nur Hidayah adalah cahaya petunjuk daripada Allah kepada seseorang yang beramal dengan keimanan yang luhur melalui jalan zikir (mengingat Allah) dengan mengamalkan zikir itu, Allah akan memberi petunjuk dan panduan terhadapNya. kebiasaannya mereka akan melakukan dengan jalan bersuluk (menguzlahkan diri).
2. NUR INAYAH
Nur Inayah adalah cahaya petunjuk yang didatangkan kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dengan cara tiba-tiba kepada seseorang yang sentiasa mengingati keAgungan dan kebesaranNya. ada pandangan yang mengatakan berlaku majuzub terhadap seseorang itu adalah kepada manusia Kamil yang menjadi pilihan. kebiasaannya berlaku kepada selain nabi dan rasul. kepada nabi dan rasul disebut mikraj.
3. NUR TAQWA
Orang yang mendapat cahaya ketaqwaan, apabila mereka mendapat petunjuk daripada Allah tentang sesuatu yang diniatkan. Ahli taqwa melakukan semua jenis ibadat dengan cara taqwa. Orang yang bertaqwa adalah orang yang beriman dan beramal dengan ilmunya dengan bersungguh-sungguh. Maksud taqwa itu ialah taat setia kepada hukum Tuhan dan meninggalkan laranganNya.
4. NURUL IMAN
Cahaya keimanan itu adalah cahaya kepercayaan kepada perkara rukun iman dan kepada perkara yang ghaib yang dijadikan Tuhan dan beramal dengan kepercayaan itu. Jika tidak mengamalkan apa yang mereka percaya maka mereka tidak akan mendapat apa-apa dari keimanan yang mereka percaya, malah mereka mendapat kemurkaan dari Allah.
5. NURUL YAKIN
Seseorang yang mendapat cahaya keyakinan, maka orang itu dinamakan orang yang beriman dan beramal dengan sebaik-baiknya. Selepas keimanannya bulat kepada keimanan (Haqqul Yakin), hatinya tidak dapat dipengaruhi oleh habuan Madiyah (keduniaan), Hubbu Dunya (habuan dunia) dengan cara tidak halal dan hak. Fikirannya tidak dapat dipengaruhi oleh sesuatu yang batil.
6. NURUL HAKIKI
Cahaya keyakinan yang benar dari keimanan dan ketaqwaan yang diamalkannya mengikut aturan ibadat dan setelah mendapat petunjuk yang membawa kepada keyakinan yang bersungguh-sungguh, pintu hatinya (Fuad) dan Qalbun serta Qalbi telah difahaminya menyebabkan fahaman pendiriannya sebagai seorang Islam yang beriman tidak dapat digugat oleh apa-apa pengaruh pun kerana mata hatinya telah celik.
7. NURUL MUSTAIED
Cahaya akal yang ilmu didalamnya adalah datang dari alam Samawi. dia adalah seorang Islam yang sebenar dan mendapat petunjuk. Akalnya diisi hanya dengan Al-Qur'an dan hadis semata-mata serta memahami tugasnya sebagai khalifah di alam yang rendah (Sufli)

ISTILAH
DIRI
من عرف نفسه فقد عرف
ربه، ومن عرف ربه فسدالجسد
Jika kita tinjau di dalam al quran maka kita akan berjumpa dengan istilah diri yang di petik dari istilah nafas, nufus, Ampas dan juga Tanafas yang membawa maksud diri, diri ini tidak di pahami oleh kebanyakan orang awam kerana istilah ini sangat seni dan halus namun istilah ini tetaplah bermaksud diri sebagaimana yang terdapat di dalam al quran
Orang saufisma yang berlandaskan kepada tauhid memahamkan istilah diri ini berpunca dari istilah INSAN yang mana di katakan anasir INSAN ini daripada istilah Nafas, Nufus, Ampas dan juga Tanafas yang membawa maksud diri di dalam al quran dan di dalam al quran juga terdapat istilah diri sebagai Fuad, Anfusahum, Nafasaka, Nufusikum, Nafsun, Nafsin, Anfusikum, Nafsahu, Nufusun, Nafsika dan lainnya
Dalam mempelajari ilmu ini kita ambil saja istilah ini secara kasarnya sahaja yang mana ilmu ini telah masyhur di perkatakan dan di pelajari oleh ahli ilmuan yang membawa kepada tarikat, tasauf, tasawwuf dan Kerohanian yang membawa kepada ilmu tamadun manusia di sepanjang zaman
ISTILAH DIRI
1. Diri Terdiri (Jasmani)
2. Diri Terperi (Yang terdiri dari Roh, Akal, dan Nafsu) atau di namakan juga Ruhul Yaqazah
3. Diri Sebenar Diri (Yang terdiri dari istilah Insan) atau di kenali juga sebagai Ruhul Hayat
4, Diri Tajalli yang berpaksi kepada sifat Kamal
1. DIRI TERDIRI
Diri ini membawa kepada maksud diri jasmani, perkataan TERDIRI ini menunjukkan bahawa jasmani itu terdiri daripada apa asal usul kejadian awal dan selepasnya ia juga bererti bahawa jasmani manusia itu TERDIRI dari apa serta mengapa ia di ciptakan oleh Tuhan
Diri ini mula di ciptakan oleh Allah di mulai ilmunya daripada sejarah ADAM a.s di syurga Khuldi (Jannatul Khuldi) Anasir awalnya daripada tanah yang di perintahkan oleh Allah malaikat mengambilnya yang mana tanah pilihan ini mengandungi air,api dan juga angin dan selepasnya diri terdiri ini di jadikan pula dari unsur jenerasi kedua iaitu dari wadi,wazi, mani dan juga maknikam iaitu benih Hawa dan juga Adam
Ilmu ini adalah ilmu kajian para doktor (Anatomi) Yang mana ilmu ini memakan masa yang agak lama untuk di pelajari dan di selidiki sehingga mereka memperoleh kepakaran dalam bidang kedoktoran dan sehingga zaman ini belum lagi para doktor berpuas hati di dalam kajiannya
Diri TERDIRI ini secara rengkasnya adalah terdiri dari apa juga yang terdapat pada sebatang tubuh manusia sama ada di luar jasmani ataupun di dalam jasmani, ertinya sebatang tubuh manusia yang TERDIRI dari kepala, tangan, badan, kaki, kulit,daging, rambut, urat, jantina dan lainnya
Diri ini jugalah yang di maksudkan oleh Allah di dalam al quran sebagai
ينبؤ االأ نسن يومئذ بما قدم وأخر، بل الأنسن على نفسه بصيرة، ولو ألقى معا زيره
Maksudnya: Pada hari itu manusia di beritahu akan apa yang ia telah lakukan dan apa yang ia telah tinggalkan, bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun ia memberikan alasan-alasan (Untuk membela diri)
(Al Qiyamah 13,14 dan 15)
Ayat yang di atas menunjukkan secara jelas bahawa diri terdiri ini telah di tentukan oleh Allah untuk menjadi saksi kepada segala perbuatan dirinya, ini bererti ada diri yang sebenar yang bersoal jawab dengan Tuhannya sementara jasadnya tetaplah menjadi saksi, siapakah diri ini ? Diri inilah yang di maksudkan diri TERPERI
Dan diri inilah juga yang di terangkan oleh Allah sebagai : الذى خلقك فسو ىك فعدلك (Tuhan yang telah mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (Dengan tujuan yang kerananya di adakan anggota itu) serta menjadikan (benaan tubuhmu) sama padan dengan kekuatannya (Surah Infitar ayat 7)
Jelas sekali ayat ini menujukkan bahawa tujuan Allah menjadikan jasad (Diri Terdiri) ini dengan tujuan kerananya iaitu kerana diri Terperi yang kekuatannya adalah lebih kuat dari diri jasmani akan tetapi di sebabkan asal usul bahan diri TERDIRI ini di jadikan dari sumber tanah, air, api dan juga angin yang kemudiannya dari bahan wadi, wazi, mani dan juga maknikam maka ia di anggap sebagai bahan daya tahan atau cooling system maka mampulah diri TERPERI itu tinggal di dalamnya dan diri TERDIRI inilah yang dapat dan mampu memperlihatkan Af'al daripada Allah

2. DIRI TERPERI
Istilah diri TERPERI adalah melibatkan ilmu yang berkaitan dengan perkara Kerohanian, asal ilmu ini di petik dari istilah Rohani yang mengandungi anasir roh,akal,nafsu dan juga nyawa, apabila Rohani itu di bahagikan kepada dua maka ujudlah istilah Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat, Ruhul Yaqazah mengandungi anasir roh,akal dan juga nafsu sementara ruhul hayat mengandungi anasir nyawa sahaja
Ruhul Yaqazah inilah yang di kenali sebagai diri TERPERI, diri ini di sebut TERPERI adalah kerana ia memiliki keupayaan yang tidak ada tolak bandingnya, ertinya tidak terperi keupayaannya,kehendak dan juga ilmunya, asal usulnya daripada sifat ma'ani iaitu sifat qudrat,Iradat dan juga Ilmu, dari qudrat ujud roh, dari Iradat ujud nafsu dan dari ilmu ujud Akal, semua ini perlu di pelajari dari ilmu sifat 20 tanpanya adalah sukar untuk di fahami
Di dalam al quran cerita Ruhul Yaqazah atau diri TERPERI ini kita boleh memahaminya melalui surah Al An'am ayat 60 FirmanNya:
وهو الذى يتوفىكم باليل ويعلم ما جرحتم بالنهار ثم يبعشكم فيه ليقض أجل مسمى
شم أليه مرجعكم شم ينبئكم بما كنتم تعملون
Maksudnya: Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) untuk di sempurnakan ajal yang telah di tetapkan, kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu lakukan
Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kamu itu adalah kamu diri TERPERI iaitu apabila kita di tidurkan oleh Allah maka roh, akal dan nafsu keluar dari jasad, yang tinggal hanyalah jasad dan juga nyawa, andainya nyawapun keluar maka ia di namakan mati
Allah berfirman lagi dalam surah Az Zumar ayat 42
الله يتوفى الأنفس حين موتها والتى لم تمت فى منا مها فيمسك التى قضى عليها الموت
وير سل الأخرى ألى أجل مسمى أن فى ذلك لأيىت لقوم يتفكرون
Maksudnya:
Allahlah yang menguasai segala-galanya, Dia mengambil dan memisahkan satu-satunya jiwa dari badan, jiwa yang orang sampai ajalnya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya, kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan kembali jiwa yang lain kebadannya, sehingga sampai ajal yang di tentukan sesungguhnya yang demikian itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir
Ayat yang di atas menerangkan semua perkara diri di tahan oleh Allah atas fitrah kehendakNya sama ada Dia tahan atau Dia lepaskan jiwa-jiwa atau di hukum mati dalam tidur atau menahan jiwa yang terhukum mati dan melepaskan kembali jiwa ke badan sehingga sampai ajal, ertinya semasa orang tidur Allah tahan Ruhul Yaqazah, sementara Ruhul Hayat tetap dengan jasad, apabila Ruhul Yaqazah di lepaskan kembali ke badan maka terjagalah manusia itu, ini juga bermaksud bahawa Ruhul Yaqazah (diri TERPERI) itu bermaksud Roh yang menjagakan manusia, ertinya apabila roh,akal dan juga nafsu keluar maka manusia tidur dan apabila di lepaskan balik pada jasad maka manusia terjaga
Untuk memahamkan lagi konsep diri TERPERI ini maka di sini di terangkan dengan tafsiran ijtihad ulama mengatakan bahawa
بان فى كل جسد روحين احدا هما روح اليقظة التى اجرى الله العادة بانها اذا كانت فى الجسد كان الأنسان مستيقظا
فأذا خرجت منه نام ورأت تلك الروح المنا مات، والأخرى روح الحياة التى اجرى الله العادة بانهااذا كانت فى الجسد
كان حيا فأذا فارقته مات وهاتان الروحان فى باطن الأنسان لايعرف مقرهما الا من اطلعه الله على ذلك
Bi anna fi kulli jasadi ruhaini ihuda huma ruhul yaqazatillati ajrallahul 'adata bi an naha iza kanat fil jasadi kanal insanu mustaiqizon fa iza kho rajat minhu nama wa roo at til kal ruhul mana mati, wal ukhro ruhul haayatallati aj rollahul 'adaata bi annaha iza kaanat fil jasadi kana hayyan fa iza faroqot hu mata wa ha tanir ruhaani fi batinil insaani la yu'rofu maqor ruhuma illa man at lamahullahu ala zalik
Maksudnya: Bahawa setiap jasad itu ada dua jenis roh, salah satu dari keduanya ialah Ruhul Yaqazah, yang di alirkan oleh Allah adat. jika ia berada pada jasad, jadilah manusia itu jaga (sedar) Maka apabila ia keluar daripada jasad, maka tidurlah manusia dan melihatlah roh (diri TERPERI) itu akan mimpi-mimpi, sementara ruhul hayat yang di alirkan olehNya adat jika ia berada dalam satu jasad maka jadilah jasad hidup, apabila ia berpisah dari badan maka matilah manusia, dan kedua jenis roh ini berada dalam jasad manusia yang tidak di ketahui tempat ketetapannya melainkan orang yang di perlihatkan oleh Allah kepadanya atas yang demikian itu
Lebih jelas lagi ilmu diri TERPERI ini jika kita boleh faham ilmu IFTIQAR pada bab sifat qahar iaitu sifat qudrat,Iradat,Imu dan sifat hayat, yang mana sifat ini lazim melazimi dengan sifat Maanawiyah (Qadirun, Maridun, Alimun dan juga Hayyun) dan satu sifat Salbiyah (Sifat Kamal) yang menguasai sifat qahar yang menyebabkan semua kuasa ini di tangani oleh Ke Esaan Allah semata-mata yang menghasilkan maksud ayat At Takwir ayat 29, Ash Shafat 96, Al An'am 61, Al Baroah 51 dan banyak ayat lagi
Ilmu diri TERPERI inilah yang menyebabkan manusia menanggung 'azab dan sangsara kerana di sana ujudnya roh, akal dan juga nafsu yang menyebabkan manusia hanyut dalam ilmu akidah dan perhubungannya dengan Tuhan Yang Maha Esa, sebaiknya berjumpalah guru yang arif tentang ilmu ini
Dengan memahami ilmu diri TERPERI ini juga maka kenallah kita akan maksud Ammar Rabbi yang tertakluk di bawah takdir Tuhan atau ilmu yang di namakan qadha dan qadar, ilmu ini sangat luas, ia perlu di pelajari dengan berpandukan al quran dan hadis nabi s.a.w dan ilmu inilah yang di kuasai oleh Saidina Ali r.a yang di muatkan oleh Yusuf Al Qardawi di dalam kitab khutbahnya
Awas kepada yang mempelajari ilmu diri TERPERI ini juga harus di peringatkan supaya jangan mengamalkan fahaman Jabariah, yang sebaiknya kita perlu merujuk ayat-ayat jabariah sehingga ia di bawa kepada fahaman ahli Sunnah Wal Jama'ah kerana tugas kita sebagai khalifah di bumi ini tertunai dengan sebaiknya

Nizamullah
IKRAR
MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH
Adakah manusia ingat
bahawa setiap daripada kita telah berbai'at kepada Allah dan telah berikrar dan
berjanji untuk bertuhankan kepada Allah di alam Roh ? Tentunya tidak ingat atau
tidak tahu langsung kerana khabar beritanya sudah begitu lama, lalu Allah
peringatkan kembali melalui FirmanNya ayat An Nahl 89 yang maksudnya:
"Dan Kami turunkan kepada kamu al kitab (al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang menyerahkan dirinya"
Ayat di atas memungkinkan kepada manusia supaya jangan lagi mengadakan alasan-alasan untuk menafikan bahawa dia tidak pernah berjanji dan tidak mengenali Allah kerana Allah telah terangkannya di dalam al Quran seperti ayat al A'araf 172 yang bermaksud:
".. Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Maka semua menjawab (manusia) Benar ! Engkaulah Tuhan kami, kami menjadi saksi, dan yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari qiamat Kami adalah lalai"
Dan ayat ini di kokohkan lagi oleh ingatan Allah kepada manusia melalui An Nahl ayat 91 yang bermaksud :
"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu mengokohkannya ..."
Dengan ayat yang di atas rasanya tiada alasan bagi manusia hendak menolak yang kita pernah mengenali Allah kerana Allah telah ingatkan kita dengan menurunkan ayat-ayatNya, pokok persoalannya siapa diri kita yang sebenarnya yang pernah berjanji itu dan bagaimana keadaannya? dan bagaimana pula keadaan Allah ketika itu ? Apa yang kita tahu Allah juga telah menyatakan keadaaNya berupa Zat Laisa kamishli syaiun ( tidak berupa apa jugapun) dan semua ini telah di terangkan oleh Allah bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya
Orang yang telah menyerahkan dirinya ? Persoalan timbul diri yang mana yang hendak di serahkan dan bagaimanakah kendak menyerahkannya dalam erti kata Tawakkal 'Alallah !
Ada pandangan dari ulama khlaf bahawa terlalu sukar untuk menyerahkan diri kerana adanya kejadian jasad yang anasirnya sebagai penghalang untuk mempraktikkan bertawakkal kepada Allah kerana sifat jasad itu anasirnya dari atom-atom tanah,air,api dan angin yang kuasanya mampu menghalang dari bertawakkal sedangkan Allah bagi tahu bahawa jasad atau anasir jasad di jadilan hanyalah untuk menjadi saksi sajaha atas perbuatan manusia jadi apa kuasa penghalang yang ada padanya ? Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Qiyamah ayat 14 dan 15 yang bermaksud:
" Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri) "
sambungan ....

Ada nas yang manusia
itu telah berikrar kepada Allah bahawa mereka akur berTuhankan ALLAH semasa
mereka di alam Roh lagi ketika zaman itu Allah belum lagi mencipta alam yang
lain, manusia yang di maksudkan di sini adalah tanpa jasad iaitu Rohani yang
lengkap Nyawa, akal, nafsu dan roh , maka ke empat-empat inilah yang di katakan
manusia, mereka apabila telah di cipta oleh Tuhan maka di tempatkan di alam Roh
dan di sanalah mereka ini di ambil saksi oleh penciptaNya dengan bertanyakan
kepada mereka seperti yang di nyatakan oleh Allah pada surah Al A'araf 172
Pada zaman tersebut hanya saksi daripada manusia sahaja yang di ambil sedangkan ibadat mereka belum lagi di perintah oleh Allah kerana jasad mereka belum lagi di cipta oleh Tuhan ini bererti diri manusia itu tidak boleh beribadat melainkan ia memiliki jasad sebagai saksi atas perbuatan atau gerak geri ataupun ibadat mereka sebab itu Allah terangkan kepada kita bahawa anggota manusia itu sebagai saksi terhadap dirinya sendiri walaupun ia memberi alasan untuk membela diri Al Qiyamah 14 dan 15
Nah sekarang jelas bahawa diri manusia yang bernama Rohani itu tetap juga mahu berbohong kepada Allah sekalipun dia telah berikrar mahu berTuhankan kepada Allah semasa ia di alam Roh, apakah ikrar manusia mahu berTuhankan kepada Allah semasa di alam Roh ? Ikrar manusia ialah apabila manusia berkata "Ana 'abduka Ibni 'abduka la ma'abud ghoirika illa Anta" (aku hamba Kamu, anak-anak hamba Kamu, aku tidak meng'abdikan diriku melainkan kepada Kamu) yang membawa maksud "Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Allah " ertinya di alan tersebut buat pertama kalinya kaliamah ikrar itu di lafazkan iaitu LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULLULLAH
Maka sejak di alam Rohlah juga manusia mengakui bahawa dirinya hamba kepada Tuhan ertinya ikut semua perintah Allah dan tinggalkan laranganNya yang membawa maksud Lillahi Ta'ala, maka itulah maksud LA ILLAHA ILLALLAH, so sekarang kita bagaimana ? Adakah kerja buat kita sekarang berasaskan Lillahi Ta'ala atau sebaliknya ? Umpamanya kerja-kerja mungkar adakah Lillahi ta'ala ? Kerana itu ada tegah dan ada suruh walaupun pada hakikatnya semua itu datang dari Allah "kullum min 'indillah" (segala sesuatu itu datang dari Allah) pada bab ini kita kena belajar qada dan qadar pula supaya tidak terkeliru
Sebaik saja kita di ambil kesaksian maka tinggallah kita di alam Roh menunggu arahan daripada Allah bila kita dapat menjadi hamba kepadaNya untuk menjalankan amanat La Illaha illallah ? Jawabnya sehingga Allah menjadikan Adam manusia pertama yang Allah jadikan dari bahan zat tanah, air, api dan angin bukan dari tanah yang kita fahami sekarang ini, ia adalah dari istilah-istilah sain iaitu atom-atom yang halus yang terdiri dari jauhar fardhi ataupun jirim dan jisim yang bahasa sekarang di kenali sebagai atom, neutron, proton, ion, elektron, neukles dan sebagainya

Posted
by nizam omar
salam tuan, enta muridin haji talib naiem ker?
BalasHapus