Kamis, 15 Agustus 2013

Hikmah Mujaddid Qurun 14 minggu ini



Selepas Majlis Zikir pagi jum`at tadi, tuan guru  Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif Shalih Al-Furfur Al-Hasani memberikan satu kata-kata hikmah :

الشريعة عين و الحقيقة نورها* فهل تبصر عين بلا نور* أو يكون نور بلا عين
Maksudnya :
Syari`at itu adalah mata dan hakikat itu adalah cahayanya* bolehkah mata melihat tanpa cahaya * atau cahaya itu tanpa mata

Tuan guru menjelaskan secara mendalam tentang maksud hikmah diatas, syari`at itu ibarat mata hitam, dengan adanya mata barulah kita dapat melihat, beliau mengibaratkan seperti kamera dengan adanya kamera kita dapat mengambil gambar tetapi haruslah ada cahaya. Jika kamera sahaja tanpa adanya cahaya sama sahaja kamera itu tidak berfungsi, begitu juga mata tanpa adanya  cahaya sama sekali tidak dapat memberikan manfa`at. Orang yang melihat dengan syari`at sahaja ia adalah tertutup pandangannya.
            Begitu juga dengan hakikat, orang yang memdalami hakikat tanpa syari`at sama sahaja dengan cahaya tanpa mata, ia tidak dapat melihat juga. Orang yang melihat dengan hakikat sahaja ia akan menyalahi dengan manusia.
Maka bagi orang-orang Rabbani hendaklah melihat dengan dua mata mereka. Iaitu mata Syari`at dan hakikat, jika kita melihat adanya penindasan kedhaliman pembunuhan dan sebagainya kita melihatnya dengan mata syari`at, tetapi bathin nya kita melihat dengan hakikat, kerana semua perbuatan itu adalah Allah yang menjadikan.
            Tuan guru juga mengisahkan tentang ada seorang peminum khamar ( Arak ) kemudian Umar menyuruh ia di sebat 100 kali, lantas lelaki itu berkata kepada Umar : “ Bukankah aku minum ini adalah kehendak daripada Allah “
Umar tetap sahaja menyuruh ia disebat, setelah disebat Umar berkata : “ bukankah engkau disebat 100 kali itu juga kehendak daripada Allah “? 
Umar tetap memandang dari segi syari`at walaupun hakikatnya Allah yang menjadikan.
Apapun kita harus melihat dengan syari`at, tetapi tanpa mengabaikan hakikat, karena hakikat itulah sebenarnya.
Majlis selepas shalat subuh di Darah 16 / 8 /2013
Bersama Mursyid Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif Shalih Al-Furfur Al-Hasani
Imam Madrasah Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Sedunia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar