Jawapan bagi Soalan kesembilan
Text soalan :
Boleh Tuan jelaskan siapakah dia
:
1) Syeikh Ahmad Qusasi Al-Madinah
2) Maulana Zakariyya Kandahlawi
Aku mengatakan Wabillahi taufiq
1- Adapun Sheikh yang
pertama
saya belum mengenalnya, kemungkinan besar dia berasal daripada Hindia Wallahu `A`lam.
saya belum mengenalnya, kemungkinan besar dia berasal daripada Hindia Wallahu `A`lam.
2- Adapun Sheikh yang
kedua iaitu Maulana Zakariyya Kandahlawi ianya merupakan salah seorang daripada
Sheikh Tarekat Naqsyabandi daripada negeri Hindia, mudah-mudahan sahaja ia
adalah salah seorang daripada ahli keluarga seorang yang `Alim lagi terkenal di
Hindia iaitu Sheikh Yusuf Al-Kandahlawi beliau pengarang kitab ( Hayatus
Shahabah ) Wallahu `alam.
Adapun tentang biografi Sheikh Yusuf ini , kebanyakan
para ahli-ahli sejarah banyak menulis tentang beliau dan banyak kita temukan
tentangnya…
Mereka adalah para Ulama Hindia yang bermazhab Hanafi
daripada kalangan Ahlisunnah Waljama`ah segoma Allah merahmati mereka semua dan
meredhai atas mereka sekalian..
Aku mengatakan mudah-mudahan sahaja biografi tentang
Maulana Zakariyya terdapat dalam kitab Al-`Alam bagi Zarakli ataupun Mu`jam Al-Muallifin bagi Kamalah.
Jawapan Soalan
Kesepuluh
Text Soalan :
Apakah perberzaan antara mu`allim, murabbi, muaddib, muzakki, dan
mursyid ? Bolehkah istilah Mursyid itu digunakan untuk lain daripada alam Tasawwuf seperti
guru disekolah ? kalau boleh dan tidak boleh apa hujjahnya ?
Aku mengatakan Wabillahi At-Taufiq :
A)
Jawapan perenggan yang pertama :
1- Mu`allim adalah siapa sahaja yang mengajarkan kamu.
Itu dari segi bahasa, dan adapun secara Istilahan adalah apa Yang dimaksudkan
dengannya pada hari dinamakan juga
(Al-Ustaz ), maksudnya ( Manusia yang mempunyai kepakaran pada pengajaran dan tertumpu padanya, Yang
cemerlang dalam bidang ini dan ia menjadi tempat rujukan dalam bidang ini dan pada Ilmu yang
diajarkannya ).
2- Murabbi ( Siapa sahaja yang mempunyai
kepakaran dalam seni mentarbiyahkan jiwa manusia dan memperhalusinya ianya juga
seorang yang`Alim ), Maka seorang yang Jahil ianya tidak akan mentarbiyahkan
melainkan yang jahil juga, ataupun dibawah dari itu.
3- Muzakki ( Ia adalah seorang
Murabbi yang mempunyai kelebihan mentarbiyah pada menyucikan hati manusia
daripada segala kotoran serta mengisinya dengan fadhilat-fadhilat melalui jalan
bersuhbah ) Allah ta`ala berfirman :
قَدْ
أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
Sesungguhnya
berjayalah orang yang menyucikan dirinya bertambah-tambah bersih (dengan iman
dan amal kebajikan).
Maka Tazkiah
itu berasal daripada perkataan Az-Zakah iaitu Tumbuh darisegi bahasa, aku
mengatakan ianya tidak akan berlaku sama sekali melainkan dengan jalan bersuhbah
`Arifin daripada kalangan Rabbani dengan bersuluk melalui mereka ini pada Jalan
Al-Ihsan hingga sampai kepada al-Irfan (
( عرفتَ
فالْزَم sekarang engkau sudah tau maka Ilzamlah.
4- Dan adapun Mursyid ia merupakan daripada
kalangan jenis yang khas dan sangat tinggi sekali daripada kalangan orang-orang
yang pakar dalam bidang tazkiyah dan tarbiyah, ianya juga merupakan Al-Waris
Al-Muhammady yang akan menunjukkan seseorang kepada Allah dengan halnya dan
perkataannya dimana ia telahpun sempurna
enam syarat-syarat Irsyad menurut
Ijma` orang-orang Rabbaniyyin yang `Arif billah, syarat-syaratnya adalah :
1- Ilmu Shahih
; Maksudnya bersamanya itu Burhan-burhan dan dalil-dalil yang menyokong mazhab
Ahlisunnah waljama`ah.
2- Zauq Sarih ;
Maksudnya mengetahui secara pasti dengan penyakit-penyakit jiwa dan cara untuk
mengobatinya.
3- Halatun
Mardhiyyah min al-Istiqamah ( keadaannya yang diredhai daripada sifat Istiqamah
)
4- Firasat yang
benar daripada Ilham
5- Mempunyai
Hemmah yang tinggi dalam menuntut Ilmu dan Ma`rifat Allah Azza wajalla.
6- Memperoleh
Izin daripada Mursyid Yang kamil yang masih hidup, dan maksud dengan kamil
disini adalah Yang paling sempurna pada zamannya.
Maka barang siapa yang telah
sempurna semua syarat-syarat yang enam itu, maka ia adalah seorang Mursyid
dimana kita harus mencontohinya dan mengikutinya dalam suluk kepada Allah Azza
wajalla untuk sampai ( wusul ) kepada ma`rifat kepada Allah Jalla wa`ala dimana
dia telah menciptakan dunia serta isinya melainkan supaya kita dalam
mengenalnya ( ma`rifat), Allah ta`ala
berfirman :
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
Tidaklah aku
menciptakan Jin dan manusia melainkan untuk menyembahku ( beribadat kepadaku )
Ibnu Abbas R.A dalam tafsiran
ayat ini mengatakan : ( beribadat kepadaku
maksudnya adalah mengenalnya )[1]
B)
Jawapan perenggan kedua daripada soalan kesepuluh.
Kamalimat Muryid ia merupakan Isim Fa`il daripada perkataan Arsyada
maksudnya ( Dalla / Menunjukkan ) Maka mursyid itu adalah yang menunjukkan
kepada sesuatu. Mursyid disisi ulama Syari`ah adalah ( Yang menunjukkan manusia kepada
urusan-urusan agama mereka yang menjamin kebaikan mereka didunia maupun akhirat
) ianya seperti orang yang memberi Nasihat ( Al-Wa`idh ) orang-orang terdahulu
menamakannya sebagai ( Al-Muzakkir / yang mengingatkan ) kerena ia mengingatkan
manusia kepada Allah Azza wajalla )
Oleh kerena itu boleh sahaja dipakai Istilah Mursyid itu kepada siapa
sahaja yang menunjukkan kita kepada agama kita, maka dikatakan juga ia seorang
Mursyid ( bagi satu kumpulan ) dan ini merupakan sebuah perkara yang diharuskan
secara syara` dan akal dan tidak berlebihan kiranya dan tidak juga ditegah pada
syara`, ini adalah seorang Mursyid dengan makna umum.
Akan tetapi Muryid dalam
makna khas sebagaimana yang telah aku sebutkan ia adalah ( Al-Waris
al-Muhammadi yang menunjukkan kita kepada Allah dengan halnya dan perkataannya
dimana ia telahpun sempurna enam
syarat-syarat Irsyad yang telah
disebutkan, dan sebagai ingatan bahwa
sahanya wajiblah ianya merupakan yang ter`alim pada zamannya baik dalam ilmu
Al-Kasbiyah ( ilmu yang dituntun ) maupun ilmu Al-Wahbiyyah ( Ilmu yang
diberikan langsung dari Allah ) dan telahpun sampai kepada darjah Ijtihad pada sebuah
mazhab walaupun dalam tahapan rendah, mengongsikan dengan orang-orang pada
zamannya pada ilmu mereka, dan mendahului atas mereka, dan menambahkan bagi
mereka ilmu-ilmu Wahbiyyah yang berasal daripada hati Rasulullah selawat dan
salam kepadanya dan kepada ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.
Maka darjah Irsyad yang bermakna khas seperti yang telah disebutkan
adalah Darjat yang paling tinggi dalam Tasawwuf, kerena derjat ini ( Isyad dengan pengertian khas ) berasal
daripada Rabbaniyyah, dan Rabbaniyyah lebih tinggi dan agung daripada Tasawwuf,
maka setiap daripada daripada Rabbani ia merupakan sufi bahkan lebih, dan tidak
setiap sufi itu Rabbani, maka Tasawwuf itu merupakan derjat sebuah
perjalanan ( tariq ) Rabbaniyyah seperti Ilmu Nahwu dalam mempelajari
bahasa Arab , atau yang tepat sekali seperti
Ilmu Mantiq dalam mempelajari alat-alat berfikir dengan akal …
Aku mengatakan; oleh kerena itu Istilah ( Mursyid ) ianya berkongsi
secara lafaz disisi ulama Balaghah iaitu (
satu lafaz tetapi memberikan maksud yang banyak diketahuinya dengan Qarinah ( bukti-bukti ) )
Oleh keren itu;
Maka ini semua apa yang Allah berkati kepadaku dan mengilhamkanku
jawapan-jawapan daripada sepuluh soalan
yang ditanyakan kepadaku daripada Anak kekasih hatiku yang penuh dengan
kebaikan iaitu Sheikh / Muhammad Khairuddin Bin Hasyim Ar-Rabbanni, di Melaka-
Malaysia pada 31 / 5 / 2013 M.
Telahpun ada jawapannya, dan segala puji hanya bagi Allah dan tempat
bersyukur hanya padanya.
Hari
Ahad petang
24 Rajab 1443
2 June 2013
Dengan ini, Segala puji bagi Allah dengan nikmat-nikmatnya
menyempurnakan amalan orang-orang shalih.
Ditulis oleh
Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif Shalih Al-Furfur
Al-Hasany
Khadam bagi Ilmu Asy-Syarif dan Madrasah
Ar-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-`Alamiyyah
[1] Asal pada ayat ini
adalah bukan pada penurunannya ( liya`buduni
/ supaya menyembah kepadaku ) akan tetapi ditakdirkan huruf Ya` untuk (
Al-Fashilah / menjelaskan lebih rinci ), ianya
dan ianya menyalahi daripada Qafiyah dalam syair yang merupakan perkataan
manusia, oleh kerana itu ia datang pada akhir ayat, aku mengatakan ini merupakan
daripada rahasia-rahasia Al-i`jaz Al-Quran Wallahu a`lam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar