Jumat, 23 Agustus 2013

Mu`amlah Rabbani dengan tuhannya

Kata-kata Hikmah Rabbani Mujaddidi hari ini ( 23/8/2013 )

الحق تبارك وتعالى أعظم وأكبر وأجل من أن تعامله نقدًا فيعاملَك نسيئة * فعامل الله بالحب فيعاملك بالقرب.

Maksudnya : Allah tabaraka wata`la teramat angung dan teramat besar dan teramat bijaksana jika sekiranya kamu bermu`amalah dengan Allah dalam keadaan tunai mustahil Allah membalas mu`amalah mu itu dengan hutang * Maka bermu`amalahlah dengan Allah dengan penuh kecintaan maka Allah akan bermu`amalah dengamu dengan kedekatan.

Tuan guru menjelaskan makna hikmah ini dengan penuh mendalam. Maksud daripada kata-kata naqdan adalah tunai /cash. Dan kata nasiah adalah lawan daripada tunai, iaitu hutang.

Tuan guru mengatakan Mustahil bagi seseorang yang bermu`amalah dengan Allah secara tunai, Allah membalasnya dengan hutang. Allah dengan keagungan dengan kasih-sayang dan kebesarahnya mustahil bermu`alah dengan seseorang dalam keadaan terlupa, apabila orang tersebut bermu`amalah dengan Allah dalam keadaan tunai. Bermu`amlah lah dengan tunai, niscaya Allah membayarnya dengan tunai.

Tuan guru memberikan contoh tunai adalah seperti orang membeli satu botol air mineral kemudian orang tersebut membayar uang, itu dinamakan tunai. Namun hutang / nasiah contohnya jika sekiranya seseorang membeli sesuatu barang kemudian ia mengambilnya tetapi bayaran diatas dipenjual, itu dinamakan utang.

Manusia sehari-sehari dalam keadaan bermu`amalah dengan Allah, yang menjadi pertanyaan adakah kita telah bermu`amalah dengan Allah dalam keadaan tunai ?.

Jika kita bermu`amalah dengan Allah dalam keadaan tunai, adakah Allah akan bermu`amalah dengan kita dengan hutang ?. Jawapannya adalah mustahil bagi Allah, jika sekiranya Allah bermu`amalah dalam keadaan hutang atau Muflis maka tentu sahaja tidak layak bagi Allah, Allah tidaklah muflis, Allah itu maha kaya.

Manusia serba muflis, namun Allah maha kaya, Apabila kita bermu`amalah dengan manusia selalu rugi, namun dengan Allah tidak sama sekali, Apa buktinya ?

Dalam sebuah hadist yang maksudnya jika sekiranya kita melakukan satu perbuatan baik, maka Allah membalasnya sepuluh, berbuat sepuluh dilipatmgandakan seratus. Begitu juga dengan kesalahan jika kita melakukan satu kesalahan maka ditetapkan satu kesalahan sahaja. Inilah kemulian dan keagungannya Allah, membalas kebaikan berlipat-lipat ganda.

Maka tuan guru mengajak kepada salikin rabbani mujaddidi yang lelaki maupun perempuan agar bermu`amalah dengan Allah dalam kedaan penuh cinta kasih, sehingga mencecah kepada maqam Muqarrabin. Tuan guru bertanya , bukankah kecintaan ( Al-Hub ) kepada Allah itu merupakan posisi tertinggi dalam ubudiyyah ? . Maka jika seseorang mencecah maqam Muqarrabin, dia adalah orang-orang yang dekat dengan Allah, itu merupakan suatu maqam yang amat tinggi. Maqam para-para auliya`, para nabi dan Rasul.

Barang siapa yang bermu`amalah dengan ALlah tidak akan pernah rugi, bahkah Allah akan bermu`alah dengan kita lebih lagi, contohnya seperti kita shalat 1 rakaat , Allah melipat gandakan bahkan hingga 100 rakaat. Kerana Allah teramat-amat mulia ( akramal akramin )

Bermu`malahlah kamu dengan Allah dengan penuh kecintaan, janganlah dengan keadaan hutang dan leka, kerana kecintaan itu akan membawa kepada qurbah ( kedekatan ) kepada Allah. Janganlah kamu bermu`malah dengan Allah seperti orang –orang yang bermaksiat, orang-orang yang berzina, orang-orang yang minum khamar, meraka adalah orang-orang yang memerangi Allah. Akan tetapi kamu hendaklah bermu`amalah dengan Allah dengan penuh kecintaan, perasaan ( zauq ), dan faham.

Tuan guru menanyakan lagi, adakah kamu semua ingin sampai ke Maqam Muqarrabin ( orang-orang yang dekat dengan Allah ) dengan percuma ?

Tuan guru menceritakan tentang sebuah kisah seorang Pembaca Al-Quran yang bernama Yahya di negeri Syam. Diakhir majlis tuan guru juga menutupnya dengan sebuah kisah Ibnu Muwaffaq.

Dan tuan guru mendoakan kepada Rabbaniyin dan Rabbaniyat Al-Mujaddidiyah dibukakan pintu futuh oleh Allah. Kemudian majlis disudahi dengan pembahagian 30 juzu` bacaan khatam Al-Quran. Dan pembahagian 92 ribu selawat kepada baginda Rasulullah Imam Rabbaniyyin di awal majlis.

Majlis selepas shalat subuh di Darah ( 23 / 8 /2013 )

Bersama :

Mursyid Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif Shalih Al-Furfur Al-Hasani
Imam Madrasah Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Sedunia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar