LAILATULQADAR
MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
10
akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh
dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah
merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.
Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan
yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di
dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman
Allah s.w.t.
Maksudnya:
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar
dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar.
Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para
malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka
untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab
turun surah al-Qadr
Lailatulqadar
mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000
bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada
Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah
menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah
menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka
orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan
ayat di atas.
Riwayat
yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah
menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama
80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para
sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu
kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik
dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril
berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang
engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat
amat gembira.
Daripada
ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang
yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai
beramal 1000 bulan.
Dalam
hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya:
"Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan
Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah
s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda
sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah.
Kata Aisyah r.a.
Maksudnya:
"Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda
mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan
keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud
bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan
Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana
mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya
bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai
jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang
diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya:
"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan
sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman
dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya
yang terdahulu.
Rasulullah
s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar
terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf
di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam
Lailatulqadar yang mulia.
Ini
diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Katanya:
Maksudnya:
"Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh
memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan
Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam
hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam
Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir
daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam
yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan
Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan
bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah
s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23
Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah
s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai
masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda
menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari
keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa
malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun
yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.
Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap
dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati
10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana
dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan
dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang
itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa
khusus di Malam Lailatulqadar
Doa
tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1.
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya:
"Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya
saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya
akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa
yang berikut"
Maksudnya:
"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan
salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah
silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim
ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang
yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat
yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih
bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu
terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun
beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar
akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui
atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut
di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1.
Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah
diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar
hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha
dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan
meninggalkan segala larangannya.
Tanda
Malam Lailatulqadar
Para
alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung
dengan malam Lailatulqadar:
-
Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat
nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok
yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam
Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak
lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan
melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar