Sabtu, 28 Juni 2014

Penasihat Global Magfirah Sdn Berhad

Alhamdulillah
Global Maghfirah Resources Sdn.Bhd telah melantik Al-Fadhil Ustaz Muhammad Kamal Sulaiman sebagai Penasihat Syariah untuk meneliti & memantau urusniaga yang berkaitan jual beli emas & tempahan...
semoga dengan perlantikan tersebut dapat merungkai permasalahan dalam setiap urusan yang dijalankan oleh Global Maghfirah Resources Sdn.Bhd.
 Sedikit biodata Ringkas Al Fadhil Ustaz Muhammad Kamal bin Sulaiman:
Muhammad Kamal Sulaiman L.c Dipl, adalah anak sulung daripada Sulaiman Ibrahim dan Habibah Zakaria. Di lahirkan di Aceh pada 10 Ogos 1986. Setelah menamatkan sekolah rendah di MIN Tanjoeng Bungoeng pada tahun 1998, kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah MTsN Sakti tamat tahun 2001, beliau kemudian menyambung pelajarannya di sekolah menengah MAKN Banda Aceh hingga tamat pada tahun 2004. Setelah itu, bermulalah kehidupannya sebagai seorang pelajar di negeri para Nabi, Mesir.
Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar Cairo dalam bidang Syari`ah Islamiah, beliau berjaya menamatkan pelajarannya pada tahun 2009. Beliau kemudian menyambung Master di Islamic Studies Institute Of Zamalik, Cairo-Egypt hingga tahun 2011 dan memperoleh Ijazah Diploma Master dalam bidang Dirasat Islamiah. Sekarang dalam proses penulisan thesis ditempat lain.
Beliau pernah aktif di bahagian pengurusan haji pada tahun 2009-2010, 2010-2011 dan sekaligus dilantik menjadi muthawwif bagi para jemaah haji Indonesia pada ketika itu.
Kini, beliau meneruskan pengajian di Fakulti Gunaan & Sains Sosial dalam bidang Master Pengajian Islam di samping aktif mengajar di beberapa Surau di Melaka, dan bertugas sebagai guru agama di salah sebuah Madrasah di Melaka di bawah Pertubuhan Murid-Murid Kitab-Kitab Turath (PMKT) Malaysia.
Antara buku yang dikarang oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Kamal bin Sulaiman adalah Rampasan Kuasa Mesir terbitan Kemilau Publika dan pernah keudara di Radio IKIM.FM.
 Beliau juga merupakan salah seorang daripada muqaddam Madrasah Ar-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-`Alamiyyah Al-Jami`ah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar