Sabtu, 14 Juni 2014

PERMATA YANG KEKAL ABADI



PERMATA YANG KEKAL ABADI




                                                `Alim Rabani bersama Menteri Besar Melaka

Dunia Islam pada hari rabu (11/6/2014) bertepatan 13 sya`ban 1935 H kehilangan seorang yang `Alim dari segi ilmu Syari`at Tharikat Hakikat serta `Irfan, beliau adalah Al-Imam Sheikh Prof Dr Muhammad Abdul Latif Shalih AL-Furfur Al-Hasani Ad-Dimasyqi. Keturunan Rasulullah sebelah ayah daripada sayyidina Hasan dan sebelah ibu daripada sayyidina Husain. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Malaysia tepatnya di hospital putra Melaka. InsyAllah akan disolatkan pada hari selasa ini (17/6/2014) di Pertubuhan Murid-Murid Kitab Turath Negeri Melaka.
            Beliau begitu giat berdakwah di Malaysia dan telah membuahkan hasil yang begitu cemerlang. Beliau merupakan guru bagi ulama tersohor di Malaysia Dr Zulkifli Al-Bakri yang dalam buku beliau menyebutnya gurunya itu mengusai bidang ilmu yang pelbagai.
Banyak ulama dan tokoh-tokoh dunia yang memuji keunggulan ilmu yang dimilikinya termasuk ulama tersohor Indonesia KH Maimun Zubair yang menyebutkan dalam buku beliau Al-`Ulamaul Mujaddidun wamajalu Tajdidihim Wa Ijtihadihim beliau menyebutkan nama-nama ulama Mujaddid pada qurun ke-14 salah satunya adalah Al-Imam Sheikh Prof Dr Muhammad Abdul Latif Shalih AL-Furfur Al-Hasani Ad-Dimasyqi anak seorang waliyullah dan tokoh pembaharu Syiria yaitu Sheikh Muhammad Shalih Al-Furfur Al-Hasani.
            Al-Imam memiliki biografi yang sangat lengkap dalam hidupnya, tentang keilmuan dan para masyaikhnya boleh diperolehi dalam buku karangan anak muridnya berjudul Safahat Baqiat Fi Dhilal Warifat.
Beliau menyerukan Ummat Islam pada hari ini kembali kepada tajdid yang sebenar yaitu seperti mana dizaman Rasulullah. Ummat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya yang merupakan mata air yang jernih. Ibarat mata air yang mengalir terlalu panjang sehingga dihujungnya kita mendapati airnya keruh, dengan tajdid Islam akan selalu bersih sebagaimana bersihnya mata air dan alirannya yang telah ditajdidkan. Ianya mencakup Syari`at, takziyah dan Da`wah kepada Allah. Beliau adalah Imam bagi Madrasah Ar-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jami`ah.
Kalimat ta`ziyah datang dari pelbagai ulama-ulama terkemuka diantaranya mantan mufti Mesir Sheikh Prof Dr Ali Jum`ah yang mengatakan “ Daripada Ibnu Mas`ud R.A berkata:

موت العالم ثلمة في الإسلام لا يسدها شيء ما اختلف الليل والنهار

“Kematian seorang ‘âlim adalah lubang di dalam Islam yang tidak dapat ditampal oleh apapun seiring dengan bergantinya malam dan siang.” Dan dikatakan juga bagi Said Bin Jabir “ Apakah tanda-tanda kehancuran manusia? maka dia berkata Jika hilangnya para `alim ulama mereka. Dan dikalangan ulama itu adalah Fadhilah Al-Alim Ar-Rabbani Seorang Imam dan Faqeh yang Rabbani dan Seorang pakar Ushuli dan seorang Muhaddith, beliaulah Muhammad Abdul Latif Shalih Al-Furfur yang telah kembali ke pangkuan tuhannya. Pada hari ini, kita memohon kepada Allah yang maha tinggi lagi maha agung memberikan keluasan nikmatnya dan ditempatkan pada tempat penuh ketenangan bersama para Nabi-nabi  dan orang-orang yang shadiq dan para syuhada dan orang-orang Shalih dan mereka adalah sebaik-baik teman. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada ahli keluarga yang telah ditinggalkan, sesungguhnya Allah maha kuasa atas demikian.



Penulis : Muhammad Kamal Sulaiman Lc. Dpl









Biodata penulis:



Muhammad Kamal adalah anak Bungsu dari Ibu-Bapak Sulaiman Ibrahim dan Habibah Zakaria. Ia di lahirkan di Aceh pada tanggal 10 Agustus 1986. Setelah menamatkan sekolah rendah di MIN Tanjoeng Bungoeng pada tahun 1998, kemudian melanjutkan pendidikan di sekolah MTsN Sakti selesai tahun 2001, Kemudian melanjukan pendidikan sekolah menengah di MAKN Banda Aceh hingga tamat pada tahun 2004. Dan mengikut abang-abang seniornya bertualang di negeri para Nabi di Mesir. Kuliah di Universitas Al-Azhar Cairo tamat  kuliah pada tahun 2009 dalam bidang Syariah Islamiah (s1). Kemudian menyambung Master di Institute Zamalek di Mesir hingga tahun 2011 dan memperoleh Ijazah Diploma Master dalam bidang Dirasat Islamiah dan Tawaqquf  (berhenti) sampai sekarang karena belum mendapatkan beasiswa. Mengajar di Sekolah Annuriah Sungai Udang Melaka, Malaysia, Sampai sekarang. Bergabung dalam dakwah Arrabaniyyah Al-Mujaddidiyah  Al-`Alamiyah Al-Islamiyah Al-Jami`ah dibawah Mursyid Kamil Syeh. Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif Shalih Al-Furfuri Al-Hasani, Salah seorang pengasas Majlis fatwa dunia di Jeddah dan anggota tetap sampai sekarang. Ia Bergabung dengan Pertubumbuhan Kitab-Kitab Turats Malaysia (PMKT).
Pernah menjadi petugas Haji Indonesia (Temus) pada tahun 2010-2011 utusan dari Keduataan Indonesia di Mesir, dan menuai banyak pembelajaran serta pengalaman selama bertugas.




Muhammad Kamal Sulaiman
No HP : +60196279108



Tidak ada komentar:

Posting Komentar