Selasa, 26 Agustus 2014

DUNIA LARILAH ENGKAU




Dunia menjadikan diriku sempit
Akhirat menjadikan diriku lapang
Aku ingin membuangmu wahai dunia
Namun kadang-kala aku memerlukanmu
Jadilah engkau sebahagian hidupku jangan semua

Dunia membuat manusia binasa
Kerana ketamakan, irihati, hasad dengki
Pergi jauh engkau dunia
Larilah sehingga aku tidak melihat batang hidungmu lagi

Namun dunia tak salah kuumpamakan anjing
Aku lari darimu namun engkau mengejarku
Itulah engkau dunia
Tempat persinggahan bukan selama-lamanya


Muhammad kamal Sulaiman  Al-Mujaddidi (Abu Ikhlas)
26-8-2014
Melaka, 8: 14 PM

Tidak ada komentar:

Posting Komentar