Sabtu, 23 Agustus 2014

Jadilah Seorang Rabbani


Tidak sempurna seseorang melainkan menjadikan dirinya seorang yang Rabbani, baginda Rasulullah adalah Imam para orang-orang Rabbani..

Rabbani adalah buah daripada tazkiah yang datang daripada Al-Quran, dinamakan juga dengan Feqah Hati (fiqhul Qulub), mereka yang menyelami alam kebendaan kepada Alam Nur hingga kealam Malail `Ala, maqam Ihsan dan Irfan..

Itulah yang diajarkan oleh tuan guru kami Al-Imam Prof Dr. Muhammad Abdul Latif Shalih Al-Furfur Al-Hasani, Imam Madrasah Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah sedunia..

Kami berbai`ah dengan beliau dan mengikuti tarbiah beliau dan bersuhbah seakan-akan beliau adalah ayah bagi ruh kami..

ada satu poin yang amat penting yang ditekankan beliau " Alhubbut-Thahur"

Maksudnya adalah cinta kasih yang suci, kepada guru kita, kepada Rasulullah, kepada Allah dan semua hamba Allah dimuka bumi..


Orang Rabbani tiada mempunyai musuh melaikan Syaitan saja..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar