Jumat, 22 Agustus 2014

UCAPAN TA`ZIAH KEPADA AI-IMAM AL-MUHADDIST AL-MUJADDID RAHIMAHULLAH OLEH DR ZULKIFLI AL-BAKRI

Tazkirah Asar
Oleh Ustaz DrZMAB
Assalamualaikum Wbt.
Kami dalam perjalanan menuju ke Mahkota Medical Centre Melaka untuk menziarahi Almarhum Guru yang kami kasihi Samahah Al-Syeikh Muhammad Abdul Latif Al-Farfur Disamping mengucapkan takziah kepada keluarga. Sesungguhnya malang yang sangat besar apabila para ulama' Rabbani meninggalkan kita, kerana mereka adalah pelita bagi ummah. Ilmu yang tinggi lagi mantap yang disulami dengan akhlak yang mulia sudah pasti amat sukar bagi seseorang meniru mereka. Antara keistimewaaan Syeikh dia seorang yang Faqih, Usuli, Sufi, Khatib yang cukup hebat.
Semoga Allah merehmati Syeikh yang teramat banyak jasanya kepada bumi Islam. Mulianya Syeikh kerana mati dalam keadaan Ghorib(asing) dan tidak tunduk kepada pemerintahan yang zalim. Sekalung penghargaaan yang tidak terhingga kepada Sohibul Fadhilah Ustaz Fuad ibn Ali yang telah berkorban dengan jiwa dan raga, masa dan harta untuk berkhidmat kepada Syeikh. Tidak lupa kepada pembantu-pembantunya sama ada secara langsung atau tidak dalam memberi perkhidmatan kepada Tuan Guru.
Wajazakumullahu wal jazak. Akhir kalam marilah sama2 kita membaca Al-Fatihah untuk Al-Marhum.
16 JUN 2014
4.50PM
Simpang Ampat Melaka

Tidak ada komentar:

Posting Komentar