Dalam mua`malat emas yang biasanya dibuat untuk TB (tempahan berdiskon) yang merupakan istilah bagi para perniaga emas. Maka salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam akadnya adalah `aqad mudharabah, agar mengelakkan daripada segala penipuan dan ketidak jelasan. Maka pemodal (Coustumer) memberikan modal kepada yang menjalan perniagaan (Syarikat), untuk menghilangkan daripada segala bentuk penipuan serta ketidak jelasan keuntungan maka perlu diperjelaskan berapa keuntungan yang akan didapatkan oleh sipemodal, maka syarikat yang melakukan TB ini akan memberikan contohnya dalam 14 RM selebihnya untuk syarikat yang menjalankan perniagaan. Dengan persetujuan dan redha-meredhai maka sahlah akad yang dilakukan.
Untuk mengenal lebih dalam tentang mudharah ini boleh dibacakan lebih lengkap dibawah ini:
Sistem Mudharabah
Mudharabah ertinya pemodal memberikan modalnya kepada peniaga supaya menjalankan
perniagaan dan keuntungan dibahagikan di antara mereka berdua.
Hukum Mudharabah asalnya harus dan sunnat jika berhubung dengan niat.
Rukun perniagaan sistem Mudharabah terbahagi kepada 6 perkara :
1. Malik ialah orang yang memiliki modal perniagaan dan kita namakan dia Pemilik atau
Pemodal
2. Amil ialah orang yang menjalankan perniagaan dan kita namakan dia Peniaga.
3. Amal ertinya pekerjaan membeli dan menjual.
4. Laba ertinya keuntungan.
5. Sighah iaitu lafaz aqad (persetujuan) di antara Pemilik dan peniaga. Harus dengan cara
bertulis.
6. Harta umpamanya wang, aset, barangan dan kosainnya yang ditetapkan sebagai modal.
Syarat-syarat pada Harta/modal
i. Wang Tunai. Tujuan yang dikehendaki dengan wang tunai itu kerana ia adalah asal dalam
ertikata Mudharabah iaitu pembahagian keuntungan. Tidak mungkin akan berlaku
pembahagian keuntungan itu dengan barangan.
ii. Wang tunai itu diizinkan oleh Malik untuk operasi perniagaan dengan keizinan yang mutlak
iaitu sepenuhnya.
iii. Pembahagian keuntungan hendaklah ditetapkan terlebih dahulu ketika menyerahkan modal
kepada peniaga seperti setengah, sepertiga, seperempat, seperlima, lebih atau kurang
daripadanya dan dipersetujui di antara Pemilik dan Peniaga.
iv. Pemilik tidak boleh menetapkan masa untuk menyerahkan modal itu kembali kepadanya
apabila tidak ada jaminan yang diperuntukkan kepada peniaga. Dengan itu peniaga akan
membuat pusingan daripada modal dan menampungnya jika didapati kerugian.
Syarat-syarat pada Pemilik
i. Memiliki hartanya dengan miliknya yang sempurna.
ii. Berakal dan baligh iaitu tidak gila, bodoh dan tidak sah Mudharabah kepada kanak-kanak.
iii. Dikecualikan daripada pekerjaan yakni pemilik tidak boleh melakukan pekerjaan yang
dilakukan oleh peniaga dan tidak boleh menentukan kepada peniaga sesuatu pekerjaan
kerana peniaga telah diberi keizinan sepenuhnya menggunakan modal. Oleh itu peniaga
boleh bekerja, membeli dan menjual pada bila-bila masa sahaja dan barangan yang hendak
diperniagakan terpulanglah kepadanya.
Ini adalah kerana peniaga bukan diupah atau diberi gaji tetapi dia adalah penjual dan
keuntungan dibahagikan di antara mereka berdua.
iv. Boleh membatalkan aqad perniagaan pada bila-bila masa sahaja sekali pun tidak ada
peniaga di dalam majlis aqad.
Syarat-syarat kepada Peniaga
i. Peniaga tidak boleh menyerahkan harta Pemilik kepada orang lain dengan tujuan
Mudharabah yakni orang lain menjadi penjual harta pemilik kecuali orang itu diberi upah
bukan diambil daripada pembahagian keuntungan.
ii. Berakal dan baligh dan tidak sah peniaga yang buta kerana syaratnya seperti syarat wakil.
iii. Hendaklah melakukan kerja-kerja umum yang dilakukan oleh peniaga seperti biasa
umpamaanya melipat kain, mengukur, menimbang, aqad jualbeli dan sebagainya. Jika dia
mengupah orang untuk memudahkan kerjanya yang telah dikhususkan itu hendaklah upah
itu diambil daripada hartanya sendiri.
Jika dia mengupah sesuatu pekerjaan yang bukan khusus bagi peniaga seperti kos
pengangkutan yang terlalu berat dan mengangkut barang-barang yang banyak, maka
upahnya itu daripada harta perniagaan
iv. Tidak boleh menentukan jenis perniagaan kecuali dengan izin/persetujuan pemilik. Setelah
ditentukan sesuatu jenis perniagaan, jangan pula menjalankan jenis perniagaan yang lain
kecuali dengan izin pemilik kerana menggunakan modal yang diamanahkan itu untuk
tujuan lain mestilah dengan izin yang empunya.
v. Pergerakan seperti keluar jauh dari penempatan Pemilik Modal dengan membawa barangbarang
perniagaan dan pusingan modal hendaklah diberitahu kepada pemilik serta
diizinkan kerana ia adalah amanah dan membawa ke tempat lain adalah dengan keizinan.
vi. Tidak boleh mengambil dahulu keuntungan yang telah diketahui pembahagiannya dengan
tidak dihadiri oleh pemilik. Sekiranya dia hendak mengambil keuntungan itu terlebih
dahulu, hendaklah dia mengikat jaminan dengan beberapa orang saksi tetapi syarat
pengambilan itu hendaklah jelas pulangan modal dan terdapat keuntungannya.
Ini adalah kerana ditakuti peniaga akan mengurangkan modal dan masih tidak diketahui
berapa keuntungan yang sebenar dan akan menjadi syubhah pada hartanya.
vii. Boleh membatalkan aqad Mudharabah seperti juga Pemilik.
Syarat-syarat pada pekerjaan
i. Keadaan membeli dan menjual.
ii. Jangan menyusahkan peniaga umpamanya ditentukan pembeli membeli bahan mentah dan
memprosesnya kerana pekerjaan memproses itu dikecualikan dari keadaan membeli dan
menjual tetapi ia merupakan kos perniagaan yang termasuk dalam upahan, sewaan,
pengangkutan dan sebagainya dan ia diambil dari modal.
iii. Jika kos perbelanjaan seperti makanan, minyak kenderaan dan sebagainya hendaklah
digunakan daripada modal dengan izin Pemilik. Dengan itu Jaminan Tanggungan adalah
dari Pemilik.
iv. Jika tidak ada Jaminan Tanggungan daripada Pemilik, maka semua kos adalah daripada
modal dengan menampung modal yang kurang dengan keuntungan setelah menjual dan
v. baki yang tinggal ialah keuntungan bersih.
vi. Tidak booleh ditetapkan masa membeli dan menjual dan pemilik tidak boleh menetapkan
barangan yang tertentu sahaja yang dibeli atau menegah barangan yang lain. Tidak boleh
menentukan tempat membeli dan menjual dan menegah dari tempat yang lain.
vii. Tidak mengapa menentukan jenis perniagaan dan barangan secara umum seperti menjual
roti dengan tidak ditentukan roti sekian dari kilang sekian.
viii.Harus untuk satu jenis perniagaan dua pemilik atas seorang peniaga atau dua peniaga atas
seorang pemilik atau lebih tetapi hendaklah di dalam satu majlis aqad.
ix. Jika rosak aqad/perjanjian Mudharabah, sah peniaga menggunakan modal untuk membeli
dan menjual kerana telah diizinkan. Jadi semua keuntungan untuk pemilik tetapi walau pun
tidak diminta, wajib pemilik memberi upah yang sepatutnya kepada peniaga.
x. Peniaga tidak seharusnya menjual sesuatu yang diketahui rugi yang akan membinasakan
modal perniagaan.
xi. Pemilik tidak boleh membeli dan menjual harta peniagaannya kepada peniaga kecuali jika
dia membeli dan menjual dari harta pemilik lain yang ada pada seorang peniaga. Ia
dinamakan Hawalah. Ertikata yang lain pemilik pertama boleh membeli dan menjual
dengan pemilik kedua bukan dengan penjual.
xii. Hasil buah-buahan pokok kayu daripada harta Mudharabah dan hasil anak dari ternakan
adalah kepunyaan pemilik bukan untuk peniaga kerana tujuan Mudharabah ialah
keuntungan dari jualan pokok kayu dan jualan ternakan bukan hasilnya.
xiii. Apabila harta Mudharabah menjadi kurang dengan sebab murah, rosak, berlapuk atau
binasa, hendaklah ditampung dengan keuntungan.
xiv. Boleh membeli dan menjual secara hutang jika diizinkan oleh pemilik. Peniaga wajib
menyempurnakan hutang daripada harta Mudharabah dan mengembalikan modalnya.
Syarat-syarat pada laba/keuntungan
i. Keuntungan hanya diharuskan ½ sahaja untuk pemilik dan tidak harus melebihi
daripadanya tetapi diharuskan pula untuk peniaga ¾ , ²/3 , atau ³/5 . Dengan ertikata iaitu
sama banyak atau lebih dari setengah keuntungan untuk peniaga.
ii. Terlebih dahulu pemilik mengkhususkan untuk dirinya ½ keuntungan atau kurang daripada
setengah kemudian baki yang tinggal untuk peniaga. Tidak mengapa jika peniaga hendak
mengkhususkan pembahagian untuk dirinya pada bentuk syarak tetapi hendaklah disahkan
oleh pemilik.
iii. Jika keuntungan tidak diperolehi, peniaga tidak ada kaitan dengan kerugian yang akan
dituntut perbelanjaan untuk dirinya. Begitu juga tidak ada kaitan dengan pemilik untuk
menuntut ganti kerugian kecuali jika binasa modal. Maka mustahak bagi pemilik menahan
keuntungan yang telah lalu yang belum dibahagikan.
iv. Keuntungan tersebut akan menjadi jaminan untuk modalnya yang telah binasa sehingga
modalnya dipulangkan, barulah keuntungan itu dilepaskan dan dibahagi-bahagikan.
v. Jika keuntungan yang telah lalu itu berada di tangan peniaga dan peniaga hendak
menggunakan keuntungan itu untuk menampung modal, maka hendaklah dengan
dipersetujui oleh pemilik. (Lihat m/s 12 ; Insurans Mudharabah)
vi. Binasa modal itu mungkin disebabkan oleh kerosakan yang tidak disengajakan atau kos
yang terlalu tinggi ketika di dalam perjalanan dan barangan mestilah dijual sehingga
didapati pulangan semua modal atau ditampung dengan keuntungan yang telah lalu
kemudian baki dari keuntungan itulah yang dibahagikan.
Perselisihan faham mengenai lafaz aqad Mudharabah
Lafaz Mudharabah ini pada asalnya diambil dari perkataan orang Hijaz daripada perkataan 'Qirat' yang bererti 'potongan'. Oleh itu Pemilik akan membuat potongan sebahagian dari modal perniagaan untuk jenis perniagaan yang lain bagi menghasilkan keuntungan. Kemudian dibuat potongan dari keuntungan beberapa bahagian pula.
Dengan ini pemilik hendaklah melafazkan kepada peniaga seperti “Aku qiratkan bahagian modal ini untuk diperniagakan dan keuntungan darinya akan dibahagikan di antara kita berdua,” Lafaz qabul daripada peniaga pula ialah “Aku terima bahagian modal ini untuk diperniagakan dan baki keuntungan itu untukku.
Lafaz di atas hanya sebagai contoh. Kita boleh melafazkan dengan gaya bahasa yang lain asalkan dapat difahami maknanya di antara lafaz ijab dan qabul dan tidak bercanggahan dengan makna asal perbendaharaan kata dalam istilah qirat. Harus aqad dibuat secara bertulis atau dengan isyarat bisu yang dapat difahami.
Lafaz Mudharabah pula diambil dari perkataan orang Iraq iaitu 'Darab' ertinya 'Pertukaran' atau 'Pertukaran sesuatu objek ke tempat atau ke bahagian yang lain' seperti juga pertukaran langkah kaki di antara kanan dan kiri seolah-olah peniaga berjalan untuk mencari keuntungan.
Makna dari perkataan Mudharabah ini telah melengkapi maksudnya dan telah dihuraikan seperti makna perniagaan. Ia diubah menjadi lafaz lain iaitu 'Pertukaran Milik'. Perbezaannya di antara Perniagaan dan Mudharabah ialah Perniagaan ialah pertukaran milik dan Mudharabah ialah perpindahan modal pada seseorang peniaga buat sementara sehingga keuntungan diperolehi.
Pada ketika melafazkan aqad Mudharabah hendaklah menyatakan kadar modal yang dikeluarkan serta potongannya jika ada. Sekiranya lafaz yang disebutkan adalah umum umpamanya beberapa dinar di dalam sebuah uncang, maka aqad itu tidak sah. Perkara ini amat ditegaskan pada hukum Mudharabah kerana kemungkinan ditakuti akan berlaku pertelingkahan pada kadar modal ketika hendak menyerahkan modal itu kembali kepada pemilik.
Sekiranya berlaku pertelingkahan pada kadar modal setelah berlaku jangka masa aqad yang sah, pemilik mendakwa 2000 dan peniaga mendakwa 1000, maka aqad itu terbatal apabila dihadapkan kepada hakim.
Jika keuntungan tidak diperolehi, maka perkataan yang dituntut pada suspek ini ialah peniaga kerana pada asalnya dia tidak memiliki modal. Peniaga hendaklah berikrar dengan mengangkat sumpah bahawa perkataannya itu benar. Jika sumpahnya palsu, maka hukumannya terserah kepada Allah.
Jika keuntungan diperolehi mereka berdua hendaklah bersumpah. Semua keuntungan akan menjadi
kepunyaan pemilik dan dikembalikan kepada peniaga sebagai upahnya yang berpatutan.
Sekiranya berlaku pertelingkahan mengenai modal yang binasa, pemilik mendakwa peniaga mengkhianati harta miliknya dengan membinasakan sebahagian daripada modal dan peniaga mendakwa pemilik yang membinasakan modalnya sendiri. Perkataan yang dituntut dari suspek ini ialah peniaga kerana peniaga diberi amanah iaitu tidak ada pengkhianatan. Perkataan peniaga itu seoalah-olah melepaskan dirinya dari dakwaan dan tidak ada keuntungan di sini kecuali gantirugi.
Pada ketika melafazkan aqad tersebut hendaklah menyatakan juga kadar keuntungan yang akan dibahagikan itu dengan jelas seperti pembahagian ½ atau ¹/3 . Jika pembahagian keuntungan dibahagikan mengikut kadar bilangan wang seperti 100 atau 200 dinar, maka dengan cara ini akan membahayakan peniaga kalau tidak diperolehi keuntungan sebanyak itu. Dia akan mengurangkan modal yang diambil untuk menampung keuntungan tersebut.
Setelah berlalu jangkamasa aqad yang sah, tiba-tiba berlaku pertelingkahan di antara pemilik dan peniaga mengenai kadar pembahagian keuntungan, peniaga mendakwa ²/3 keuntungan untuknya dan pemilik mendakwa ½ . Ini adalah percanggahan pada ganti aqad qirat yang pertama dahulu dengan aqad yang kedua ketika membuat potongan modal.
Dengan itu mereka berdua hendaklah mengangkat sumpah, maka semua keuntungan menjadi kepunyaan pemilik dan dikembalikan kepada peniaga sebagai upah yang sewajarnya kerana mereka tidak menetapkan lafaz pembahagian keuntungan dengan tepat pada ketika membuat potongan modal.
Sebenarnya sistem Mudharabah ini pada asalnya tidak mempunyai syarat-syarat tertentu sahaja kerana ia adalah harus tetapi oleh kerana ditakuti penyalahgunaan dan pengambilan hak milik seseorang dengan melampaui had-had syarak, maka boleh ditentukan mana-mana syarat yang boleh memelihara kepentingan masing-masing.
Trade Union Islamic/Bidho'ah/ بضاعة telah ditubuhkan sejak zaman jahiliah lagi di kota Makkah sebagai penjamin dan menggalakkan kepentingan bersama. Dengan itu boleh membatalkan mana-mana syarat dan menetapkan syarat-syarat yang lain tetapi hendaklah dengan izin syarak. Syarat-syarat di atas adalah asas yang telah disusun oleh ulamak bagi seseorag yang ingin menjalankan sistem perniagaan Mudharabah, Murabahah, Muhawalah dan lain-lain.
Selesai disusun dan diterjemahkan dari kitab-kitab Arab
1. Mautha (Al-Imam Malik)
2. Al-Muhazzib (Al-Imam Syafie)
3. Ishbahuwan Nazo-ir (Al-Imam Abu Hanifah)
4. Usulus Shashi (Al'Alamah Al-Kinawi)
5. Ihya Ulumuddin (Al-Imam Al-Ghazali)
6. Matla'il Badrain (versi jawi dikarang oleh Syeikh Daud Al-Fathani)
Penyusun
Zulfikri Othman
Setelah mengenalinya, maka kita dapat membezakan yang haram
dengan yang halal dan di antara keduanya itu, pilihan kita hanyalah yang halal
sumber: http://sulong-bicaraagama.blogspot.com/2010/04/sistem-mudharabah.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar