Senin, 01 Juli 2013

Kata-kata Mujaddid kurun 15



Pembahasan Terakhir
Kita menyudahi pembahasan ini dengan natijah-natijah berikut ini :
1-      Tasawwuf Islami merupakan sebuah uslub / cara daripada uslub-uslum Tazkiah dalam Islam, dan Ianya bukanlah semata-mata satu-satunya uslub dan tidak terlepas daripada kesilapan, tetapi ianya merupakan bahagian daripada Ijtihad dalam bentuk mazhab-mazhab Fiqhiah yang lahir daripada Madrasah-Madrasah fiqhiah yang pertama
2-      Bahwa sahanya Rabbaniah lebih umum dan lebih syumul ( menyeluruh ) dan lebih banyak kemurnian, dan ianya merupakan asal daripada Islam sendiri, maka setiap orang-orang Rabbani ia merupakan seorang sufi bahkan lebih lagi ( sufi waziyadah ) , dan tidak semua sufi itu Rabbani, perbezaan keduanya seperti umum dan khusus secara mutlaq, ia berdasarkan kepada saling melengkapi, oleh kerena itu berkata Ulama yang `Arif billah :

عليك بصوفية الفقهاء واحذر فقيه الصوفي
Hendaklah kamu bersama dengan orang-orang Faqih lagi Sufi dan berhati-hatilah kamu dengan orang-orang yang mengaku sufi tetapi mereka tidak faqih

Tasawwuf itu dasarnya pada Feqah dhahir kemudian dengan Feqah Qulub ( feqah hati ) yang akan mengembalikan seseorang kepada Allamul Ghuyub dan disyaratkan haruslah berkesesuaian dengan Syari`at yang suci.
3-      Sesungguhnya Madrasah-Madrasah Tasawwuf yang berwarna-warni merupakan sebuah bentuk Hadharah Islamiah dan merupakan sebuah gambar daripada gambaran-gambarannya, baik daripada Madrasah Tasawwuf Nadhari maupun Tasawwuf `Amali, kedua-duanya merupakan bahagian daripada Madrasah Rabbaniah ianya merupakan Hadharah Islam yang benar, dan ianya merupakan baitul Qasid, dan ianya juga merupakan Mutiara Islam dan hakekatnya
4-      Sesungguhnya masyarakat manusia pada hari ini, benar-benar sangat memerlukan kepada Madrasah Rabbaniah warijaluha Rabbaniyun, dengan ini lah yang dapat menghilangkan segala permasalahan-permasalahan zaman sekarang,  dan dilema yang ada pada Jenis Manusia.
5-  Bahwa sahanya  Madrasah Rabbaniyyah bukan sahaja sebuah tarekat daripada tarekat-tarekat dan bukan juga Sebuah Zawiyah ( sudut ) daripada Zawiyah-zawiyah,  bahkan ianya intipati daripada Islam dan sebuah hakekat daripada hakekat-hakekatnya, dan ianya merupakan asal daripada  kalangan salaf daripada kalangan Ummat ini daripada tiga kurun yang telah diberikan kesaksian atas mereka  dengan kebaikan, semoga Allah meredhai mereka semua, betapa pentingnya bagi kita pada hari ini kepada Madrasah ini dan kepada orang-orang Rabbaniyyin daripada kalangan para ulama Billah `Azzawajalla ( ۖ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّه)

Inilah maksud yang paling utama dalam pembahasan ini, segala puji bagi Allah dengan nikmatnya disempurnakan amalan-amalan yang shalih.

Penulis

Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif Shalih Al-Furfur Al-Hasani

Tidak ada komentar:

Posting Komentar