Doa
selepas sembahyang , Oleh : Muhammad Kamal Sulaiman
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan husnul khatimah dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Ya Allah hidupkanlah hatikami dengan cahayamu.sehingga kami selalu berada dalam hidayahmu. Dan Janganlah engkau menjadikan kami daripada orang-orang yang selalu melakukan maksiat kepadamu sehingga hati dan jiwa kami menjadi Usang.
Ya Allah terimalah taubat kami, taubatan sashuha, ampunilah segala kesilapan dan dosa-dosa kami yang dulu, jadikan hari-hari kami selalu mengingat dan berzikir kepadamu.
Ya Allah Berikahlah rezki yang halal lagi banyak kepada kami, sehingga kami dapat menolong agamamu, dan janganlah engkau menjadikankami daripada golongan yang kikir dan kedekut. Sesungguhnya semua rezeki adalah pemberian darimu.
Ya Allah ya tuhan kami, Limpahkanlah rahmat kasih sayangmu kepada kami dan kepada kedua ibu-bapa kami, dan kepada guru-guru kami, dan kepada orang-orang yang berjasa kepada kami, dan kepada kaum muslimin dan kaum muslimat baik yang masih hidup ataupun yang sudah mati.
Ya Allah jauhkanlah kami dari seksaan api nerakamu yang sangat panas, sesungguhnya kami tidak sangat menahannya, dan jauhkahlah tubuh badankami daripada api neraka.
Ya Allah berikanlah berikanlah kebaikan kepada kami didunia maupun akhirat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar