HADIS
LALAT DAN SAINS
ARTIKEL INI DIMUATKAN DALAM MAJALAH-i BULAN APRIL 2006
Mengikut riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, nabi bersabda, “Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah. Benarkah pada lalat terdapat punca-punca penyakit serta penawar?
Lalat memang dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, ahli-ahli sains mengenal pasti 80,000 spesies lalat di seluruh dunia. Lalat rumah dikenali sebagai Musca domestica. Lalat ini mudah ditemui di mana-mana termasuk di kepulauan Arab. Luther West dalam buku The Housefly - Its Natural History, Medical Importance, And Control, terbitan New York pada tahun 1951, menyatakan lalat jenis Musca domestica banyak terdapat di kawasan Timur Tengah. Justeru, apabila nabi bersabda tentang lalat, besar kemungkinan baginda sedang menceritakan tentang lalat dari jenis ini.
Lalat buah atau fruit-flies yang kadang kala dikenali juga sebagai lalat arak atau wine flies serta lalat cuka atau vinegar flies, juga banyak terdapat di Timur Tengah. Jenis yang agak terkenal daripada kumpulan ini ialah yang bernama Drosophila melanogaster. Kajian di dalam bidang entomologi mendapati lalat jenis ini jinak dengan manusia dan sering terdapat di kawasan buah-buahan yang banyak berlaku proses fermentasi. Justeru, arak merupakan tarikan kepada lalat jenis ini. Di samping itu ia juga menyukai suhu yang tinggi seperti yang disebutkan oleh Harold Oldroyd dalam buku The Natural History of Flies. Mekah dan Madinah mempunyai suhu yang tinggi. Persekitarannya subur dengan pohon-pohon kurma dan anggur dan kedua-dua ini digunakan untuk membuat arak. Minuman arak, apatah lagi di zaman jahiliah, merupakan budaya hidup orang-orang Arab. Tidak akan meriah sesuatu majlis tanpanya. Orang Arab begitu memuja arak hinggakan bahasa arab mempunyai lebih kurang 250 kalimat yang melambangkan arak. Hal ini disebutkan dalam Tafsir al-Azhar oleh Hamka. Ketika Islam datang arak belum diharamkan. Islam hanya mengharamkannya selepas berlakunya hijrah ke Madinah dan selepas diwajibkan ibadah solat. Justeru, persekitaran yang seperti ini yang kaya dengan arak cukup sesuai untuk pembiakan lalat Drosophila melanogaster.
Apa yang signifikan ialah, lalat daripada kedua-dua jenis ini, iaitu Musca domestica dan Drosophila melanogaster (terutamanya Drosophila melanogaster), menjadi bahan kajian utama para ahli sains pada hari ini bertujuan untuk mengenali penyakit-penyakit manusia serta penawar baginya. Justeru, fokus nabi tentang lalat dalam konteks penyakit dan penawar, amat relevan dengan isu kesihatan dan perubatan pada hari ini.
Lalat dan Penyakit
Sabda nabi yang bermaksud, “Pada sebelah sayapnya mengandungi penyakit,” adalah satu pernyataan umum yang menunjukkan lalat merupakan agen pembawa penyakit kepada manusia. Ia juga mengisyaratkan bahawa lalat mengandungi banyak kuman yang memudaratkan. Sabda nabi ini hanya dapat difahami pada abad-abad terkemudian. Pada tahun 1577, Mercurialis melontarkan pandangan tentang kemungkinan lalat merupakan serangga pembawa penyakit kepada manusia, tetapi pendapat ini tidak dapat dikukuhkan dengan bukti. Hanya pada abad kesembilan belas sahaja kajian yang mendalam dilakukan untuk mengesahkan perkara ini, contohnya, kajian yang dilakukan oleh Profesor J. Leidy pada tahun 1871. Beliau yang merupakan seorang pakar dalam bidang ilmu serangga atau entomologist mendapati lalat adalah pembawa pelbagai kuman kepada manusia. Pada tahun 1929, H.Y. Yao, I.C. Yuan dan D. Huie mengkaji lalat-lalat di Beijing dan mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 kuman bakteria dan dalamannya mengandungi 6-8 kali ganda kuman berbanding luarannya. Hal ini disebutkan dalam buku Insect Immunology oleh Edward A. Steinhaus terbitan New York.
Pada tahun 1912, risalah pendidikan kesihatan di Amerika memperkenalkan lalat sebagai ‘serangga paling berbahaya yang pernah dikenali manusia selama ini’. Lalat dikenal pasti sebagai agen pembawa penyakit demam kepialu, taun, cirit birit, sakit mata, dan banyak lagi.
Lalat Memiliki Penawar
Sabda nabi, “Dan pada sebelah sayap (lalat) ada penawar,” menunjukkan, walaupun lalat ialah agen pembawa kuman serta penyakit, namun tubuh lalat yang sama juga memiliki penawar serta bahan anti kuman yang bermanfaat bagi manusia.
Hal ini disahkan oleh para saintis pada abad ke-20. Sebagai contoh, Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938, mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat yang berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas lalat rumah Musca domestica menunjukkan, ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman Staphylococcus muscae, Escherichia coli, Salmonella paratyphi dan Eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga dan ia merangsang kepada penemuan-penemuan yang lain.
Sebelum itu, pada tahun 1926, J.I. Duncan menemui bahan-bahan aktif pembunuh bakteria di dalam usus lalat rumah. Pada tahun 1939 pula, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain yang tidak berbahaya. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku The Housefly - Its Natural History, Medical Importance, And Control oleh Luther West.
Penemuan sains pada abad ke-20 juga menyedarkan manusia tentang betapa benarnya sabda nabi yang bermaksud, “Celuplah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar.” Pusingan hidup lalat bermula dengan telur. Telur menetas dan mengeluarkan larva, kemudiannya berubah kepada pupa dan kemudian barulah menjadi lalat dewasa. Semua ini adalah proses yang perlu dilalui oleh seekor lalat. Lalat di dalam bentuk larva (maggots) amat bermanfaat pada manusia.
Sebagai contoh, M.A. Stewart, pada tahun 1934, mendapati lalat berbentuk larva, ketika ‘dicelupkan’ ke dalam luka-luka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Di samping itu larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. S.W. Simmons pada tahun 1935 pula mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii. Tambahan daripada itu, pada tahun yang sama, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allantoin. Allantoin merupakan bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku Insect Immunology karangan Edward Steinhaus.
Penemuan-penemuan ini menjadikan larva lalat begitu popular digunakan bagi merawat luka-luka terutamanya pada tahun 1930-an. Walau bagaimanpun popularitinya mula menurun selepas penemuan ubat-ubat antibiotik. Baru-baru ini, bermula tahun 1982, penggunaan larva menjadi popular semula berdasarkan kajian-kajian saintifik terkini. Hal ini dilaporkan oleh Fakulti Perubatan Universiti Indiana di Sound Medicine: October 10, 2010
. Sebagai contoh, ia dicadang untuk digunakan bagi merawat luka disebabkan kencing manis. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Diabetes Health terbitan Mac 1995. Antara institusi perubatan yang telah menggunakan pendekatan ini ialah Long Beach Veterans Affairs Medical Center. Di Belanda pula pakar-pakar perubatan melaporkan mereka berjaya merawat sebelas kes luka yang teruk dengan menggunakan larva lalat. Kaedah ini berjaya mengawal infeksi kuman dan menyelamatkan kes-kes ini dari pembedahan amputasi. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases.
Kuasa penawar yang ada pada lalat memang menakjubkan. Dalam sebuah buku karangan Dr. Ghyath Hasan al-Ahmad bertajuk al-Tibb al-Nabawi fi Daw al-Ilm al-Hadith (Prophetic Medicine in the Light of Modern Science) terbitan tahun 1955, dilaporkan tentang satu eksperimen yang dilakukan oleh Dr. Nabîh Da’ish di Universiti Raja Abdul Aziz di Riyadh. Beliau menyediakan sepuluh kultur bakteria (bacterial cultures) dan dimasukkan seekor lalat ke dalamnya tanpa dicelupkan lalat itu ke dalam kultur. Beliau kemudiannya menyediakan 10 lagi kultur bakteria dan dimasukkan serta dicelupkan lalat ke dalamnya sebanyak sekali. Selepas itu disediakan pula lagi 10 kultur bakteria dan pada kali ini lalat dicelupkan ke dalam kultur sebanyak dua kali. Perbuatan ini disusuli dengan penyediaan 10 lagi kultur bakteria dan lalat dicelupkan ke dalamnya sebanyak tiga kali. Dr. Nabîh Da’ish mendapati kuman terus hidup dan membiak dalam kultur yang pertama yang mengandungi lalat yang tidak dicelup. Dalam kultur yang kedua kuman-kuman tidak mampu membiak malah sebahagiannya terbunuh dan aktiviti antikuman ini meningkat dalam kultur ketiga dan keempat. Penemuan ini menunjukkan pengeluaran bahan antikuman tertentu oleh lalat ada perkaitan dengan perbuatan mencelup lalat ke dalam cecair. Ia selari dengan sabda nabi yang disebutkan sebelum ini. (Untuk perincian sila baca buku ‘Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden’ karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin, terbitan PTS Publication).
Nukilan
Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria)
Beliau ialah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Pengamal Perubatan selama 20 tahun,
Motivator Radio Malaysia Pulau Pinang selama 10 tahun,
Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah-i
Pemudah Cara Pelbagai Korporat dan Institusi,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa.

Mukjizat
Rasulullah SAW Mengenai Lalat
Posted 20/01/2013 by Shafi-Q in KESIHATAN, KISAH TAULADAN, SUNNAH, Tahukah Anda?. Tagged: fly,
Hadis/Sunnah Rasulullah SAW Mengenai Lalat,
kotoran lalat, Lalat,
Minuman dimasuki Lalat, Mukjizat Rasulullah SAW, Sains Membuktikan Kebenaran Hadis, saintis,
sayap,
sayap lalat, Sunnah Rasulullah SAW. 1 Comment
بِسۡـــــــــمِ
ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Di antara mukjizat kenabian Rasulullah ﷺ dari aspek
perubatan yang telah ditulis dengan tinta emas oleh sejarah perubatan adalah
bahan penyembuh penyakit yang terdapat pada kedua-dua sayap lalat yang mana
ianya telah lama Baginda ungkapkan sejak 1400 tahun lalu, sebelum dunia saintis
menemui dan membentangkannya.
.
Nabi Muhammad ﷺ yang sebenarnya
hanya seorang maknusia biasa seperti kita semua. Rasulullah ﷺ tidak
mengetahui segala rahsia langit dan bumi, perkara yang sudah dan akan berlaku.
Baginda juga tidak tahu menahu akan rahsia dunia dan akhirat apatah lagi akan
kuman kuman bahaya pada lalat. Kesemuanya itu adalah datangnya dari Allah سبحانه وتعالى yang
diperintahkan olehNya melalui Malaikat Jibril a.s.
.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila
seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kamu, maka celupkanlah ia,
kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapat
penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya.” (HR. Bukhari, Ibn Majah,
dan Ahmad)
.
Dalam riwayat lain Rasulullah ﷺ bersabda: “Sungguh
pada salah satu sayap lalat ada racun dan pada sayap lainnya ubat, maka apabila
ia mengenai makananmu maka perhatikanlah lalat itu ketika hinggap di makananmu,
sebab ia mendahulukan racunnya dan mengakhirkan ubatnya.” (HR. Ahmad,
Ibn Majah)
.
.
Lalat Itu
Ternyata ………….
.
Islam menghendaki kita supaya menjaga
kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan
juga minuman. Rasulullah ﷺ amat menitik
beratkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan
atau minuman, Baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal
menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.
.
Penyataan lalat pada hadis di atas; bahawa air
tetap bersih dan suci jika dihinggapi lalat yang membawa bakteria penyebab
penyakit sekiranya kita celupkan lalat itu supaya sayap yang membawa ubat
(penawarnya) pun turut sama tercelup ke dalam air tersebut.
Bahawasanya terdapat bahan khusus pada salah
salah satu sayapnya yang sekaligus menjadi penawar atau ubat terhadap bakteria
yang berada pada sayap yang lain. Oleh kerana itu, apabila keseluruhan badan
seekor lalat dicelupkan ke dalam air, maka bakteria yang ada padanya akan mati
dan hal ini tidak akan meninggalkan racun yang boleh memudaratkan manusia.
.
.
Kajian Sains
.
Kajian sains kontemporari telah mendapati
bahawa lalat akan mengeluarkan sejenis enzim yang sangat kecil yang dinamakan ‘bacteriphages’
iaitu suatu organisma kuman yang merosakkan hidupan lain. Di tempat ini juga
tumbuhnya bakteria pembunuh dan bakteria penyembuh yang ukurannya sekitar 20;25
milimikron (mµ). Oleh itu, apabila lalat jatuh ke dalam air, hendaklah lalat
tersebut dicelup keseluruhan badannya kerana ia akan mengeluarkan bakteria ‘bacteriphages’ yang
menentang bakteria perosak.
.
Maka jika seekor lalat memasuki makanan atau
minuman, maka harus dicelupkan keseluruhan badan lalat tersebut agar keluar zat
penawar bakteria tersebut. Pengetahuan ini sudah dikemukakan oleh Nabi kita
Muhammad ﷺ dengan gambaran
yang menakjubkan bagi sesiapa yang menolak hadis tentang lalat tersebut.
.
Di zaman moden ini, para pakar penyakit, baru
berhasil mendedahkan rahsia ini. Mereka menyaksikan dengan mata kepala sendiri
lalat dapat digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit yang sudah kronik dan
membusuk yang telah bertahun-tahun tidak berjaya diubati, padahal ianya sudah
dibongkar dan disebarkan maklumat tersebut sejak lama dahulu.
.
Dr. Amin Ridha, Pensyarah Penyakit Tulang di
Jurusan Perubatan Universiti Iskandariah, telah melakukan kajian tentang “hadis
lalat ini” dan menegaskan bahawa di dalam rujukan-rujukan perubatan masa
lalu ada penjelasan tentang pelbagai penyakit yang disebabkan oleh lalat.
.
Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas
telah dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada
tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikro
organisma jenis ‘Fitriat’ yang diberi nama ‘Ambaza Mouski’
dari golongan ‘Antomofterali’. Mikro organisma ini hidup di bawah
tingkat zat minyak di dalam perut lalat. ‘Ambaza Mouski’ ini
berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel
itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman
penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh
lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
.
Pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris
juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan
bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Tahun 1950, Roleos
dari Switzerland juga menemui mikro organisma ini dan memberi nama Javasin.
.
Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer
(Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan
dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikro organisma pada lalat sekali gus
membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat
pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikro
organisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat
kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan
pada sel-sel yang mengandungi mikro organisma penolak kuman sehingga pecah dan
memercikkan mikro organisma istimewa ini.
.
.
Diakui
Kebenarannya
.
Berdasarkan hal ini, jelaslah bahawa ilmu
pengetahuan dalam perkembangan sains telah menegaskan dan membuktikan
keterangan Rasulullah ﷺ secara ilmiah,
sesuai dengan hadis yang mulia tersebut. Dan mukjizat ini telah dikemukakan oleh
Baginda semenjak 14 abad yang silam, sebelum para pakar perubatan mengakuinya.
Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan
oleh Rasulullah ﷺ adalah
benar iaitu saranan Baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih
dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikro organisma penolak kuman dari badan
lalat tersebut, dalam erti kata lain bahawa badan lalat harus dibasahkan
sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat
diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi
Muhammad ﷺ .
.
Imam al-Khatabi berkata: “Seorang
yang dapat merasai kehidupan dalam dirinya dan kehidupan keseluruhan haiwan,
dia akan mendapati bahawa terkumpulnya hawa panas dan sejuk, kering dan
basah yang saling berlawanan dimana apabila bertemu maka akan saling
merosakkan. Tetapi Allah mampu untuk menyatukannya dan menjadikannya sebagai
kekuatan haiwan agar tidak ada orang yang akan mempertikaian akan terkumpulnya
penyakit dan ubat dalam satu haiwan. Dialah yang memberi ilham kepada lebah
untuk membuat rumah yang sangat menakjubkan serta mengeluarkan madu dan Dia
juga yang memberi ilham kepada semut agar mencari makanan rujinya serta
disimpan untuk keperluan hidupnya, Dialah yang menciptaan lalat dan
mengajarnya agar mengedepankan sayap penyakit terlebih dulu kemudian
sayap penawarnya. Semua itu adalah keinginan Allah untuk menguji
hamba-Nya supaya wujud ta’abbud (ibadah). Pada segala sesuatu terdapat
pelajaran dan hikmah. Dan tidak ada yang dapat memahaminya kecuali orang-orang
yang berakal.”
.
Sesungguhnya setiap makhluk yang diciptakan
oleh Allah سبحانه وتعالى di alam ini tidak ada yang sia-sia dan menyusahkan
makhluk lain seperti mana tanggapan sesetengah pihak.
Firman Allah سبحانه
وتعالى:
إِنَّ فِي
خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ
لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠﴾ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ
جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا
مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ﴿١٩١
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,
dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan,
dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang
yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa
mereka berbaring mengiring, dan mereka juga memikirkan tentang kejadian langit
dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Dikau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Dikau, maka peliharalah kami dari
azab neraka.”
(Surah Ali Imran: Ayat 191)
.
.
والله أعلم
بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang
benar)
.
وَالسَّلاَمْ
Sahur Menurut Perspektif Islam dan Sains
July 30, 2012
| Filed under: Featured,Karya,Perubatan dan Kesihatan |
Bulan Ramadhan telah tiba lagi dengan membawa
pelbagai peluang buat kita menggandakan segala amalan kebajikan kita. Terdapat
pelbagai amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini selain
berpuasa di siang harinya seperti solat Tarawih, tadarus al-Quran, bersedekah, qiyam
al-lail dan sebagainya. Namun, antara amalan yang sering kita remehkan
namun mempunyai ganjaran yang besar adalah sahur. Ramai di antara kita yang
keberatan untuk bangun pada waktu sahur atas alasan sudah bersahur pada awal
malam sebelum tidur tanpa mereka mengetahui terdapat pelbagai kelebihan bagi
orang yang bersahur baik dari aspek Islam mahupun sains. Maka, artikel ini akan
cuba membahaskan secara ringkas persoalan berkaitan sahur menurut perspektif
Islam dan sains.
Takrif Sahur
Sahur berasal daripada perkataan سحر yang bermaksud
waktu pada akhir malam sebelum Subuh. Ibn Manzur menambah waktu pada 1/3 malam
sebelum terbitnya fajar.[1] Berdasarkan pengertian ini, maka dapat difahami waktu yang
paling tepat untuk bersahur ialah pada akhir malam dan bukannya pada awal malam
sebelum tidur. Perkataan سحور pula menurut Imam al-Azhari ialah perbuatan makan atau minum
sesuatu pada waktu sahur.[2]
Maka, berdasarkan kedua-dua pengertian ini, maka
dapat disimpulkan bahawa sahur itu ialah perbuatan seseorang itu bangun pada
waktu akhir malam sebelum solat terbitnya fajar untuk makan dan minum sesuatu
bertujuan untuk menambah tenaga dan menguatkan diri bagi menjalani ibadah puasa
pada siang harinya. Maka, ulama’ telah bersepakat bahawa hukum bersahur adalah
sunat[3] dan sangat digalakkan kerana ia memberi pelbagai manfaat baik
dari sudut jasmani mahupun rohani.
Kelebihan Sahur menurut al-Quran dan
al-Sunah
Terdapat pelbagai dalil di dalam al-Quran mahupun
al-Sunah yang menerangkan persoalan berkaitan sahur terutamanya kelebihan bagi
orang yang bersahur. Antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Bersahurlah, kerana pada makan sahur itu
wujudnya keberkatan. “[4] (Riwayat Bukhari)
Berdasarkan hadis ini dapat kita fahami bahawa
perbuatan makan sahur itu sebenarnya membawa pelbagai keberkatan kepada kita
bahkan waktu sahur itu sendiri merupakan antara waktu yang diberkati dan
diperkenankan doa sebagaimana firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 15-17 :
“Katakanlah: “Inginkah aku khabarkan kepadamu
apa yang lebih baik daripada itu?.” Bagi orang-orang yang bertakwa (kepada
Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sunga,; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikurnia) isteri-isteri
yang disucikan serta keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan
hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya
kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari
seksa neraka,” (yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat,
yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu
sahur.”
Ayat di atas jelas menyatakan antara ciri orang
yang beriman dan bakal menerima nikmat kurniaan Allah adalah mereka yang
memohon keampunan pada waktu sahur. Hal ini menunjukkan betapa waktu sahur itu
merupakan salah satu waktu yang diberkati oleh Allah. Antara kelebihan yang
lain ialah Allah dan para Malaikat-Nya akan berselawat kepada orang-orang yang
bangun untuk bersahur walaupun secara ringkas sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Imam Ahmad daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda :
“ Bersahur adalah suatu keberkahan. Oleh itu,
janganlah kamu mengabaikannya walaupun kamu hanya bersahur dengan seteguk air.
Sesungguhnya Allah dan para malaikat akan berselawat kepada orang yang bersahur.
“[5]
Selain itu, mereka yang sentiasa melewatkan sahur
akan sentiasa berada dalam kebaikan sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Abu Zar al-Ghifari r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Umatku sentiasa dalam kebaikan selagimana
mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur.”[6]
Hal ini kerana perbuatan bersahur itu sendiri
bertujuan memberi kekuatan bagi mereka yang berpuasa, membuat dirinya semakin
rajin beribadah dan meringankan bebanan yang ditanggung semasa berpuasa
terutamanya menahan lapar dan dahaga. Maka, kerana itu disunatkan bagi kita
untuk melewatkan bersahur dan menyegerakan berbuka bagi memberi kemudahan
kepada umat Islam dalam menjalani ibadah puasa ini. Sahur juga menjadi pembeza
antara puasa orang Islam dengan puasa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mana ahli
kitab apabila mereka berpuasa maka mereka tidak bersahur dan sering melewatkan
waktu berbuka puasa. Maka, sahurlah yang membezakan antara ibadah puasa kita
dengan mereka.
Waktu Sahur
Tidak dinyatakan secara jelas waktu yang tepat
untuk bersahur. Hal ini bagi memberi kemudahan kepada kita untuk memilih waktu
yang sesuai untuk mengerjakan sahur. Namun begitu, terdapat beberapa dalil yang
boleh dijadikan garis panduan dalam menentukan waktu yang afdhal untuk
bersahur. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, waktu yang sesuai untuk
bersahur ialah pada akhir malam sehingga terbitnya fajar. Sekiranya seseorang
berasa ragu sama ada fajar telah terbit ataupun tidak, maka mereka dibenarkan
untuk terus makan sehingga benar-benar yakin bahawa fajar telah terbit sebagaimana
firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 187 :
“ Dan makan serta minumlah kamu sehingga telah
nyata garis putih daripada garis hitam seperti fajar. “
Namun, hal ini lebih dikhususkan kepada mereka yang
tidak mendengar seruan azan Subuh di kawasan mereka. Maka, dalam keadaan ini
mereka boleh menggunakan ijtihad sendiri dalam menentukan waktu Subuh
berpandukan dalil yang dinyatakan di atas. Penjelasan ini disokong sendiri oleh
hadis Baginda s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bahawa Bilal
sering azan pada akhir malam , maka sabda Rasulullah s.a.w :
“Makan dan minumlah kamu sehingga kamu
mendengar azan Ibn Ummi Maktum, kerana sesungguhnya dia tidak mengumandangkan
azan melainkan setelah terbit fajar (waktu Subuh).“[7]
Berdasarkan hadis ini dapat difahami bahawa waktu
penamat bagi sahur ialah setelah terbit fajar dan bukannya imsak kerana waktu
imsak sebenarnya ditetapkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan
seseorang itu berterusan makan sehingga telah terbit fajar. Penetapan waktu
imsak ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Thabit r.a
katanya :
“ Kami makan sahur bersama Rasulullah s.a.w,
lalu kami berdiri untuk melakukan solat. Aku bertanya : Berapakah kira-kira
jarak di antara keduanya (makan sahur dan berdiri untuk mengerjakan solat)?.
Beliau menjawab : Kira-kira dalam masa membaca lima puluh ayat. “[8]
Tempoh bacaan 50 ayat al-Quran secara tartil
dianggarkan dalam 10-15 minit. Namun, ayat ini tidaklah menegah seseorang untuk
terus makan walaupun telah melepasi waktu imsak sebaliknya hanya menceritakan
peristiwa bersahur pada zaman Nabi s.a.w. Namun mereka tetap diwajibkan
berhenti apabila telah terbit fajar tanpa sebarang khilaf.
Sahur menurut Perspektif Sains
Bersahur bukan sahaja memberi manfaat dan kelebihan
daripada sudut agama sahaja namun perbuatan bersahur ini juga turut diakui oleh
sains. Menurut Dr Danial Zainal Abidin, amalan bersahur ini adalah signifikan
lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan
makanan yang paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan pagi.[9] BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan bersarapan pagi
adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan
pada waktu yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Harvard
mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko menjadi gemuk, mendapat
sakit jantung dan kencing manis. Mereka yang bersarapan pagi juga menanggung
risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan gula
dalam darah.
Hal ini lebih penting ke atas kanak-kanak kerana
tubuh mereka yang lebih kecil di mana mereka akan menghadapi masalah untuk
menumpukan perhatian kepada pelajaran. Di samping itu, kajian yang dilakukan
oleh Dr. Theresa Nicklas dan rakan-rakannya dari Kolej Perubatan Baylor ke atas
700 pelajar dari Louisiana menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi
menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan
ini menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam
darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24
September 2001.[10]
Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan yang dilakukan, maka
jelaslah bahawa amalan bersahur merupakan ibadah kerana ia merupakan sunah Nabi
serta dipenuhi dengan pelbagai keberkatan. Selain itu, mereka yang tidak
mengabaikan sahur juga jarang mendapat pelbagai kemudaratan berupa penyakit
sebagaimana yang dijelaskan dalam kajian-kajian sebelum ini. Maka, amat
wajarlah bagi seorang muslim untuk berterusan dalam mengamalkan sunah ini
kerana ia sememangnya memberi pelbagai kelebihan daripada sudut agama mahupun
kesihatan.
Oleh,
Khairul Azhar bin Meerangani
Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya
[1] Muhammad b. Mukarram b. Manzur (2003) Lisan al-Arab,
Beirut : Dar Sadr, h.350
[2] Ibid., h. 351
[3] Wahbah al-Zuhayli (1985) Fiqh al-Islami wa Adillatuh,
Damsyik : Dar al-Fikr, h.631
[4] Muhammad b. Isma’il al-Bukhari (2002) Sahih al-Bukhari,
Kitab al-Saum, Bab Barakah al-Sahur fi Ghayr Ijab, hadis no.1920, jil. 3,
Beirut : Dar Ibn Kathir, h.37-38
[5] Ahmad b. Hanbal (1998) Musnad Ahmad, jil. 3, Riyadh :
Bait al-Afkar al-Dauliyyah li al-Nasyr wa al-Tawzi’, h.12.
[6] Al-Bukhari (2002) op.cit, Kitab al-Saum, Bab Ta’jil
al’Iftor, hadis no. 1957, h.471.
[7] Al-Bukhari (2002) op.cit, Kitab al-Saum, Bab Qaul Nabi
s.a.w: La Yamna’annakum min Suhurikum Azan Bilal, hadis no. 1918, h.461.
[8] Ibid., Bab Qadri Kan Bayna al-Sahur wa Solah al-Fajar,
hadis no.1921, h.462.
[9] Danial Zainal Abidin (2009) Quran Saintifik, Kuala
Lumpur : PTS Millenia Sdn Bhd., h.235.
[10] Ibid., h.236.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar