Selasa, 15 Juli 2014

NIAT PUASA DAN BERBUKA

Panduan Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa Bulan Ramadhan

Apabila berpuasa perlulah tahu bagaimana untuk membaca niat dan juga membaca doa sebelum berbuka puasa. Berpuasa mungkin mudah jika diertikan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi sebenarnya berpuasa ini juga melibatkan berpuasa dan menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa termasuk menjaga perlakuan, percakapan, pemikiran dan seluruh anggota badan dari melakukan kejahatan.
Perkara yang biasa dilakukan dan sukar diatasi ialah dosa-dosa yang dilakukan oleh mulut iaitu percakapan. Dosa seperti mengumpat, memburukkan orang lain sebenarnya membuatkan pahala berpuasa berkurang serta kurang keberkatan. Oleh itu perlulah kita sama-sama menjaga perlakuan seharian kita supaya mendapat keberkatan.
Buat pengetahuan pelawat xpresi, sempena bulan Ramadhan ini, xpresi mungkin banyak menyelitkan artikel berkaitan bulan ramadhan kerana bagi menghormati bulan ramadhan yang penuh keberkatan dan sudah tentu ia jarang hadir. Hanya 1 kali sahaja setahun.
Bagi yang berpuasa terutama adik-adik yang baru belajar berpuasa, dibawah disediakan niat berpuasa dan doa ketika berbuka puasa.
Niat Puasa Ramadhan
Waktu untuk niat puasa adalah bermula daripada terbenam matahari, iaitu bila telah masuk waktu sembahyang fardhu magrib sehinggalah terbit fajar ( waktu subuh ).
Niat Puasa
Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”
Doa Berbuka Puasa
Kemanisan berpuasa sudah tentu ketika dapat bersyukur berbuka puasa bersama mereka yang tersayang. Namun demikian haruslah kita bersyukur dengan rezeki yang ada dengan membaca doa berbuka puasa.
Doa Berbuka Puasa
Ertinya: “Ya Allah kepada Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman. Dan aku berbuka daripada rezeki yang Engkau berikan, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
Akhir sekali marilah kita amalkan ibadah puasa kali ini dengan penuh ketakwaan dan keinsafan, semoga diri penuh ketenangan dan kegembiraan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar