Selasa, 08 Juli 2014

PENGGUNAAN PERISIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DALAM KELAS PPSMI.





FAKULTI GUNAAN DAN SAINS SOSIAL

SEMESTER 1/ TAHUN 2014

HMEF5014

METODOLOGI PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

TUTOR : DR. AHMAD ISKANDAR


PROGRAM                                        :           SARJANA PENGAJIAN ISLAM
NAMA                                                :           MUHAMMAD KAMAL BIN SULAIMAN
NO. KAD PENGENALAN              :           A 2931438
NO. TELEFON                                  :           019-6279108
E-MEL                                                :           leo.kamal@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN              :           PP MELAKA

1.0  PENDAHULUAN
PENGGUNAAN PERISIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DALAM  KELAS  PPSMI. Jurnal: Pemimpin Jurnal IPK. Tahun Penerbitan: 2007. Penerbit: Non-ISI/ Non- SCOPUS Cited Publication, Jilid 7, Halaman 59-76, 15 Halaman, Maziah Mohammad Sathiarmoorthy Kannau (PhD)
1.1.1 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan perisian oleh guru–guru PPSMI di dua buah sekolah luar bandar di negeri Johor. Tinjauan faktor- faktor seperti kompetensi literasi komputer di kalangan guru­guru yang terlibat dengan PPSMI, pengalaman mengajar guru­guru, faktor masa, penglibatan pihak pentadbiran dan masalah-masalah lain yang dihadapi dalam penggunaan perisian di peringkat sekolah. Selain itu, objektif lain juga adalah bagi mengkaji sama ada terdapat hubungan yang baik antara kompetensi literasi komputer yang dipakai dengan perisian yang telah diwajibkan oleh KPM.

1.1.2 TEORI
Kajian ini menggunakan model teoritikal Bronson (1992) yang menggunakan kelebihan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Model ini merupakan sebuah keadaan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif menggunakan teknologi sepenuhnya dengan menggunakan teknologi terkini. Para pelajar boleh belajar terus dari pengkalan data, sistem pakar, tutor cerdas atau pelajar lain secara formal.

1.1.3 KONSEP
Konsep kajian ini adalah jelas seperti pada  Rajah 1: Model Ubahsuaian Bronson untuk penggunaan perisian dalam pengajaran. Guru dan teknologi seharusnya bergandingan, iaitu teknologi sebagai penyampai maklumat kepada pelajar dan guru membuat perancangan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah suatu teori yang ideal (Heinich, 1993). Konsep disini meliputi kompetansi literasi komputer, pengalaman, faktor masa, penglibatan pihak pentadbiran dan faktor-faktor lain terhadap para guru untuk penggunaan perisisian dalam pengajaran dan pembelajaran murid.
Rajah 1: Model Ubahsuaian Bronson untuk penggunaan perisian dalam pengajaran
1.1.4 PERBINCANGAN
Perbincangan utama kajian ini adalah untuk melihat perhubungan kompetensi literasi komputer dengan tahap penggunaan perisian oleh guru-guru PPSMI.  Serta perbezaan tahap penggunaan perisian mengikut pengalaman guru.  Begitu juga perhubungan faktor masa dengan tahap penggunaan perisian. Perhubungan diantara penglibatan pihak pendadbiran sekolah dengan tahap penggunaan perisian di kelas. Ditambah lagi tentang masalah lain yang dihadapi oleh responden dalam penggunaan perisian didalam kelas, beserta cadangan yang diberikan oleh pengkaji.
1.1.5 METHODOLOGI
Kajian ini yang dijalankan di dua buah sekolah luar bandar yang terletak di daerah Segamat, Johor dan merupakan sekolah menengah gred A. Kumpulan sasaran adalah seramai 45 orang guru PPSMI yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris.
Persampelan dengan menggunakan borang soal selidik dan pemilihan dibuat secara persampelan bersengaja. Seramai 45 orang guru-guru PPSMI terdiri daripada pelbagai kaum, kelayakan, umur dan pengalaman mengajar telah mengisi boring soal selidik berkenaan.
1.1.6 EVIDENS
Terdapat evidens dalam kajian ini namun tidak berapa signifikan, iaitu (p>0.05) dimana terdapat perbezaan tahap penggunaan perisian berdasarkan pengalaman mengajar. Pengkaji menggunakan model Bronson bagi menggambarkan faktor-faktor yang mempengaruhi tajuk perbincangan dengan kurangnya evidens. Kajian ini dibuat hanya berdasarkan hasil pemantauan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris tidak begitu memberansangkan berbanding usaha­usaha dan peruntukan  besar yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan. Peratus kelulusan pelajar tingkatan 1 dalam ketiga-tiga mata pelajaran tersebut pada tahun 2004 adalah antara 69.8% hingga 72.2% manakala mata pelajaran sains dan bahasa Inggris menunjukkan jurang perbezaan yang besar antara skor murid luar bandar dan skor murid di bandar.

 1.1.7 NILAI IMPLICIT
Kurikulum mata pelajaran Sains dan Matematik telah digubal dengan menggalakkan penggunaan ICT yang boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik lebih menarik dan berkesan.
Ini kerana dengan penggunaan perisian secara berkesan akan dapat meninggkatkan minat serta pencapaian murid dalam pembelajaran. Bagi memastikan pembangunan dan keberkesanan penggunaan perisian di sekolah adalah wajar bagi pihak pentadbiran melihat factor-faktor seperti kompetensi literasi komputer di kalangan guru-guru PPSMI, pengalaman guru mengajar, faktor masa, penglibatan pihak pentadbiran dan masalah-masalah lain yang guru-guru tersebut hadapi dalam penggunaan perisian agar guru-guru agar benar-benar dapat membantu menarik minat murid yang akhirnya dapat meningkatkan pencapaaian pembelajraan mereka semasa P&P didalam kelas.
Diharapkan dengan peningkatan penggunaan perisian secara berkesan dalam pengajaran guru mampu menjadikan mata pelajaran Sains dan Matematik lebih menarik serta dapat memupuk minat murid terhadap mata pelajaran ini.
1.1.8 LITERATUR KAJIAN
Tiada literatur dalam kajian ini secara khusus, kerana variabel-variabel satu sama lain sangat kurang perhubungan. Antaranya variable kompetansi literasi komputer, pengalaman, faktor masa, penglibatan pihak pentadbiran, faktor-faktor lain.

1.1.9 SUMBANGAN
Kajian ini telah memberikan sumbangan  terhadap  perkembangan ilmu dalam disiplin berkenaan, terutama setelah Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah mengambil arah tuju yang sangat baik dalam  menyediakan pendidikan Sains dan Matematik pada peringkat awal dimana ianya akan dapat menjamin sebuah masyarakat berpengetahuan serta mampu berdaya saing di kawasan Asia dan antarabangsa.  Hari ini bahasa Inggeris telah dianggap masyarakat dunia sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikasi antarabangsa. Semenjak pelaksanaannya pada tahun 2003, telah ada kajian-kajian dibuat mengenai PPSMI sama ada terhadap keberkesanan, kepentingan, kelemahan dan lain-lain. Maka kajian ini sangat memberikan nilai positif dalam pelaksanaan PPSMI, contohnya pihak pentadbiran sekolah perlu menyediakan prasarana yang baik untuk pelaksanaan PPSMI di sekolah. Begitu juga bagi pihak kementerian pelajaran perlu merancang dan menyediakan program intervensi bagi guru-guru PPSM, begitu juga pihak KPM perlu menyediakan prasarana dan memastikan dengan betul-betul setiap prasarana boleh dipakai 100 persen.
Kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan pihak sekolah untuk merancang program­ program intervensi yang sesuai bagi menjamin pelaksanaan dasar PPSMI ini dapat berjalan dengan lancar.
Menurut Philip (2006) kejayaan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya terletak di atas sejauh mana dasar, galakan, teknologi dan kemudahan prasarana yang dibekalkan. Kebijaksanaan, semangat kesungguhan dan iltizam yang tinggi guru-guru amat diperlukan bagi menjamin pelaksanaan dasar PPSMI ini berjaya mencapai matlamat yang telah ditentukan. Ditambah pula dengan peranan guru-guru pakar dan berpengalaman serta mahir dalam menggunakan kompetansi literasi komputer. Guru pakar ialah golongan professional yang mewujudkan kuasa dalam diri mereka sendiri (Mohd. Fauzi, 2005). Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009,dasar ini telah dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh YAB Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin bin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan. Menurut Jamilah dan Norashimah (2005), penglibatan guru dalam proses pembuatan keputusan terutamanya dalam pengurusan kurikulum sekolah bermakna kepakaran mereka sebagai pelaksana kurikulum akan dimanfaatkan. Guru sebagai pelaksana juga perlu diberi peluang menjadi pembuat dasar pendidikan, ini akan  membantu sesuatu dasar itu berjaya dengan lebih cemerlang.
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia hendaklah yakin bahawa bahasa Melayu adalah bahasa ilmu berperanan sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu seperti ilmu sains teknologi, kejuruteraan, kedoktoran dan undang undang di samping sastera dan agama  (Siti Kahiriah, 2012). Pemansuhan dasar PPSMI diharap dapat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kajian semula pendidikan sedang hebat dijalankan oleh pihak kerajaan bagimerancakkan transformasi pendidikan negara. Sehubungan dengan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dilancarkan pada tahun 2012. Pelaksanaan selama 13 tahun bermula 2013 hingga 2026 untuk menjamin pendidikan di Malaysia bertaraf antarabangsa (Mohd. Nasiruddin, 2012). Oleh yang demikian, kajian- kajian pendidikan amat diperlukan dalam merealisasikan matlamat ini termasuklah kajian ini yang amat penting bagi bidang pendidikan pada masa tersebut.
1.1.10 STAIL
Kajian ini menggunakan bahasa yang tinggi dan sukar untuk dipahami oleh orang awam bahkan ahli ilmu. Ada sedikit kesalahan dalam penulisan dan segi bahasa dan tulisan seperti :
Beberapa kekurangan daripada segi bahasa seperti berikut: Penggunaan kata hubung yang salah contohnya penggunaan dari dan daripada,contohnya di muka surat 7 baris kedua ' hasil dari kajian...' sepatutnya ' hasil daripada kajian... '
Penggunaan huruf besar yang salah di beberapa perkataan seperti di Daerah Segamat ,daerah sepatutnya huruf kecil. Terdapat ayat yang sukar difahami, contohnya di muka surat 4 dalam kerangka konsep kajian, iaitu teknologi sebagai penyampai maklumat kepada pelajar dan guru membuat perancangan dan perancang proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat juga susunan penerangan yang tidak teratur, contohnya dalam menulis mengenai 'alat kajian' (muka surat 6). Jadual 2 sepatutnya ditulis mengikut susunan iaitu A, B, C, D dan E supaya mudah untuk dibaca dan difahami. Begitu juga di muka surat 7 'Analisis Data'. Penerangan penulis tidak mengikut susunan menyebabkan terdapat kejanggalan apabila bahagian C diletakkan di ayat terakhir, bukan bahagian E. Sementara di muka surat 8, perhubungan di antara tahap penggunaan perisian mengikut pengalaman guru di asingkan antara dapatan kajian dan perbezaan. Sepatutnya kedua-dua perkara tersebut dijelaskan dalam perenggan yang sama supaya mudah difahami.
1.1.11 RUMUSAN
Berdasarkan kajian, perhubungan di antara pengalaman mengajar guru dengan  tahap penggunaan perisian di dalam kelas menunjukkan majority responden ( 42.2%) adalah guru-guru yang mengajar antara 0 – 5 tahun , 40.0% guru-guru mengajar lebih daripada 10 tahun dan hanya 17.8% guru-guru yang berpengalaman mengajar antara 6 – 10 tahun.  
Hasil ANOVA menunjukkan bahawa nilai F bagi ANOVA adalah 0.231 dan perbezaan ini tidaklah signifikan( p>0.05) Perhubungan di antara kompetensi literasi komputer guru dengan tahap penggunaan perisian di dalam kelas menunjukkan pekali Korelasi, r = 0.133 bermakna  terdapat hubungan yang lemah di antara kompetensi literasi komputer dengan tahap penggunaan perisian. Perhubungan di antara faktor masa dengan tahap penggunaan perisian di kalangan guru pula menunjukkan pekali Kolerasi, r = - 0.204. Ini menunjukkan hubungan yang lemah diantara faktor masa dengan tahap penggunaan perisian. Kolerasi yang negatif menunjukkan penggunaan perisian akan bertambah seandainya situasi kekurangan masa dapat dikurangkan dikalangan responden. Walaupun faktor masa mempunyai hubungan yang lemah namun masalah utama dalam faktor kekangan masa yang menjadi penghalang terbesar adalah banyak masa diperlukan untuk perancangan pelajaran menggunakan perisian di dalam kelas dengan min sebanyak 3.22. Perhubungan di antara penglibatan pihak pentadbiran sekolah dengan tahap penggunaan perisian di dalam kelas menunjukkan pekali Kolersi, r = 0.195. Ini menunjukkan hubungan antara keduanya adalah lemah. Walau bagaimana pun, kajian juga mendapati seramai 8.9% (4 orang) guru tidak pernah merujuk kepada pembantu teknikal sekolah, 55.6% (25 orang) guru merujuk kepada pembantu teknikal sekolah dan selebihnya iaitu 35.5% (16 orang) guru kerap merujuk kepada pembantu teknikal atau pakar komputer di sekolah. Terdapat juga masalah-masalah lain yang dihadapi oleh guru-guru PPSMI dalam penggunaan perisian di peringkat sekolah , masalah-masalah ini merujuk kepada jadual di bawah :
 Jadual 2 : Masalah-masalah lain dalam penggunaan perisian di dalam kelas.
Bil
Masalah
Frekuansi
Peratus
1
Kandungan dan penyampaian
34
75.6
2
Gangguan masa pengajaran
16
35.4
3
Ketersediaan peralatan
12
26.7
4
Bekalan elektrik
11
24.4
5
Sokongan teknikal
8
17.8
6
Penyediaan tempat/kelas
6
13.3

2.0 PERBINCANGAN MENGENAI ARTIKEL
Dalam kajian ini dapat ditemukan beberapa kelemahan seperti: Perbezaan tahap penggunaan perisian mengikut pengalaman mengajar didapati tidak  signifikan (p > 0.05 ). Begitu juga perhubungan di antara penglibatan pihak pentadbiran sekolah dengan tahap penggunaan perisian di dalam kelas terdapat adanya kolerasi yang lemah tetapi positif ( pekali korelasi, r = 0.195) Sedangkan perhubungan di antara tahap penggunaan perisian dengan kompetensi literasi komputer diperolehi hubungan yang positif tetapi lemah (pekali korelasi, r = 0.133). Dan perhubungan tahap penggunaan perisian dengan faktor  masa  mempunyai hubungan yang lemah (pekali kolerasi, r = - 0.204).
Kajian ini membuktikan bahawa tiada unsur-unsur dan faktor-faktor yang kuat yang ditunjukkan oleh penulis yang memberikan kesan yang jelas kepada tajuk kajian itu sendiri. Ia juga membuktikan tahap penggunaan perisian yang dijalankan di sekolah-sekolah sekarang ini masih boleh dilaksanakan dengan baik dengan kerjasama pihak-pihak yang terbabit, namun yang lebih utama adalah faktor seorang guru yang profesional dalam mengajarkan kepada murid-muridnya. Kerana guru guru yang cemerlang akan membantu sekolah mencapai visi dan misi sekolah dan seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).  (Norbi, 2011) .
Literatur kajian juga perlu lebih diperkukuhkan lagi, agar kualiti kajian lebih outentik dan mempunyai dasar yang kuat. Terdapat beberapa kelemahan dari segi gaya bahasa, penulisan, penyusunan ayat dan kelemahan dari segi turutan penyampaian isi. Perkara ini boleh ditambahbaikkan dengan menggunakan  kaedah tatabahasa yang betul menurut DBP.
Kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang binaannya menyalahi peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini berlaku kerana kealpaan, ketidakfahaman atau kejahilan pengguna terhadap peraturan dan tatabahasa yang ada (Ahmad Khair, 2012).  Dalam segi artikel secara amnya boleh juga ditambahbaikkan dengan memperkemas lagi cara penyampaian dan susunan idea yang sistematik agar mudah difahami. Paling penting adalah penulis perlu mengemukakan evidens yang amat kukuh sebelum meletakkan semua faktor di dalam kajian, bukti yang kukuh dalam perhubungan antara pelaksanaan perisian didalam kelas dengan faktor-faktor yang dikemukakan akan lebih dipercayai dan lebih besar pengaruhnya. Begitu juga kajian ini perlu melihat faktor-faktor perbezaan antara kawasan kampung dengan bandar, kerana perbezaan antara kampung dengan bandar sangat ketara contohnya bahasa inggeris sangat  mudah didapati tertulis di papantanda-papantanda dan amat berbeza dengan kawasan kampung. Kajian ini juga perlulah dibuat dengan skala lebih meluas dan perlu mengkaji adakah alat-alat yang diberi disekolah itu samaada yang dipakai telah mendapati sertifikasi yang terbaik, kualiti yang baik, dan bagaimana peralatan itu disimpan, misalkan adanya alat, tapi sebenarnya elektrik tidak berfungsi dengan baik. Prasarana tidak boleh diabaikan, elektrik dan lain-lain; hal ini perlu ditambahbaikkan lagi dalam kajian ini. Seharusnya diberikan lebih banyak lagi ruang dan masa dalam kajian ini. Kerana sepertinya ia  tidak jelas dengan perkara-perkara yang dilibatkan.
 3.0 CADANGAN:
Kajian ini memberikan indikasi bahwa fokus kajian boleh merujuk kepada prestasi  pencapaian dalam meningkatkan prestasi akademik terutama bagi mata pelajaran Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris secara berskala dan berkesinambungan. Punca bagi masalah adalah adakah dengan penguasaan bahasa Inggeris yang sederhana disekolah,  para pelajar mampu memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris?
Tidak terkecuali peranan guru bahasa Inggeris dalam pelaksanaan PPSMI di sekolah, apa yang telah dilakukan oleh guru-guru mentor ini sehingga dapat memberikan sumbangan yang signifikan bagi prestasi akademik pelajar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Sebagaimana menurut Sahlah (2005) bahwa istilah 'mentoring dan coaching' sering digunakan dalam situasi yang saling berkait rapat dengan tugas membimbing sesuatu kemahiran (Salhah, 2005). Namun yang lebih penting lagi hala tuju kedepan agar guru-guru bahasa Inggeris lebih berkerja sama lagi dengan para guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik, kerana dengan pengenalan secara awal dalam mata pelajaran bahasa Inggeris akan sangat membantu bagi guru-guru PPSMI dalam menjalankan tugas mereka dengan baik. Hal ini akan membawa kepada arah bahwa para pelajar lepasan PPSMI ini adakan lebih berjaya dalam dunia pendidikan global yang lebih menantang untuk masa-masa yang akan datang.
Mengingat kembali segala pembelanjaan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia setiap tahun dalam jumlah yang besar kepada sektor pendidikan, kos ini diharapkan akan memberikan impak yang sepadan dengan pengeluaran. Pengeluaran dana yang besar ini bersesuaian dengan cita-cita dan hala tuju negara untuk menjamin para rakyatnya berpengetahuan serta mampu bersaing di era global.
4.0 PENUTUP
Kajian ini menyatakan perhubungan antara setiap variable dengan yang lain, seperti perhubungan kompetensi literasi komputer, pengalaman mengajar guru, faktor masa dan penglibatan pihak pendadbiran sekolah dengan tahap penggunaan perisian dalam masalah-masalah lain yang dihadapi seperti kandungan dan penyampaian perisian, gangguan masa pengajaran, ketersediaan peralatan, bekalan elektrik, sokongan teknikal, penyediaan tempat/kelas. Hasil kajian ini menunjukkan nilai yang kurang signifikan satu variable dengan yang lain. Walaupun demikian diharapkan kajian ini akan terus dikembangkan lagi untuk kajian yang mendatang dengan membuat perbandingan sekala besar di merata sekolah di kawasan Malaysia. Kajian lanjutan dan lebih mendalam diharapkan akan memberi manfaat kepada sekolah-sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementrian Pelajaran Malaysia dan meningkatkan penggunaan perisian secara berkesan dalam pengajaran guru dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris.  Penguasaan teknologi dan menggunakannya dengan professional diharapkan dapat meningkatkan lagi kualiti para pelajar terutama dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris sekaligus mejadikan para pelajar semakin maju. Sebagaimana harapan sebuah negara yang menginginkan rakyatnya berilmu dan berakhlak mulia, terutama sekali di era global pada abad 21.





BIBILIOGRAFI
Ahmad, K.M.N. (2012). Kesalahan dalam bahasa Melayu. Pelita Bahasa. Utusan Printcorp Sdn. Bhd. DBP. 16-17
Heinich, R. (1993). Instruction media and new technologies of instruction. New York. Macmillan Publishing Co.
Jamaliah, A. H. & Norashimah, I. (2005). Pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Penerbit Universiti Putra Malaysia.205.
Nasiruddin, M. A. N. (2012). Merancakkan transformasi pendidikan negara. Kajian semula pendidikan. Dawama Sdn. Bhd. Dewan Masyarakat.8-10 
Norbi Husin (2011). Memecah masalah (soal jawab guru). Utusan publications & distribution Sdn. Bhd.13.
Salhah Abdullah & Ainon Mohd. 2005. Guru sebagai mentor, Percetakan Zafar Sdn. Bhd. ,5– 7.
Siti Khairiah Mohd. Zubir (2012,Ogos). Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pelita Bahasa.Utusan Printcorp Sdn. Bhd. DBP.12.
Philip ak Pupur.(2006). Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006. Jilid 1/ Kerjasama IPBL dengan PPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak. laman sesawang : http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/JurnalActionResearch/2006/10%20 Philip.pdf 




Tidak ada komentar:

Posting Komentar