Selasa, 15 Juli 2014

SIFAT BAGINDA RASULULLAH

WAWANCARA BERHUBUNG AKHLAK DAN SIFAT MULIA
RASULULLAH S.A.W
BERSAMA
S.S. DATO’ SERI UTAMA DIRAJA MUFTI SELANGOR
Soalan 1 : Ciri-ciri akhlak dan sifat mulia Nabi Muhammad S.A.W.
Rahmat Allah S.W.T. yang sifat-Nya sebagai Maha Pengasih dan Maha
Penyayang kepada hamba-hamba-Nya amat jelas sekali apabila diutuskan para nabi dan rasul kepada seluruh umat manusia. Para nabi dan rasul ini bertanggungjawab untuk memimpin manusia ke jalan yang benar dan diredhai Allah demi mengecapi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, sepertimana yang terungkap di dalam kitab suci al-Quran sejak berabad yang lalu.
Nabi Muhammad S.A.W. telah diutus untuk membawa syariat Allah yang terakhir sekali iaitu agama Islam untuk seluruh umat manusia dan ianya kekal sehingga akhir zaman. Baginda merupakan seorang insan yang terulung dalam konteks kehidupan, dalam masa yang sama baginda juga merupakan seorang murabbi teragung yang mempunyai akhlak serta nilai yang sangat mulia yang didasari oleh al-Quran.
Akhlak mulia merupakan teras dan menjadi asas utama kepada pembinaan jati diri serta pembentukan masyarakat yang ideal. Akhlak berperanan untuk menjadi penentu kepada pembangunan sesebuah bangsa. Kita boleh melihat dan memperakui betapa tinggi dan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam sehingga ianya menjadi misi utama diutuskan Nabi Muhammad S.A.W. ke dunia. Baginda pernah menegaskan peri pentingnya akhlak dalam kehidupan melalui sepotong hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bermaksud:
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Begitu juga dengan perakuan dan penjelasan yang diungkapkan oleh Sayyidatina ‘Aisyah mengenai akhlak Nabi Muhammad S.A.W. dengan
1
menyatakan â€˜akhlak Rasulullah adalah al-Quran’. Ini menunjukkan bahawa akhlak baginda adalah cukup sempurna dan ianya dapat dilihat semenjak baginda masih kecil hinggalah ke akhir hayatnya kerana baginda memperhiasi diri dan peribadinya dengan al-Quran.
Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. membawa satu bentuk cahaya baru bagi umat manusia dan dunia keseluruhannya. Baginda membawa seruan suci dan memimpin umat manusia ke arah kehidupan yang bermoral, berintegriti dan bersistematik dalam semua urusan sama ada melibatkan kepentingan dan kebahagiaan kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Riwayat hidup baginda sewaktu kecil amat menarik perhatian. Sikap dan budi pekertinya sangat bebeza dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Baginda tidak pernah meminta mahupun mengambil hak orang lain. Tidak bersikap tamak atau gelojoh. Baginda juga tidak pernah meminta sesuatu melebihi dari apa yang diberikan kepadanya. Baginda juga dilihat tidak gemar dengan sikap dan kelakuan kanak-kanak lain yang rakus dan berebut-rebutmakanan di hadapan hidangan.
Sifat dan sikap terpuji baginda ini sangat menarik perhatian bapa saudaranya, Abu Talib. Sebab itulah perasaan kasih sayang kepada anak saudaranya itu semakin mendalam. Ummu Aiman, pengasuh baginda pernah berkata, 'dari sejak kecil hingga dewasa, tidak pernah saya melihat dia (Muhammad) mengadu kelaparan atau kehausan. Dia selalu minum air zam zam. Apabila saya mengajaknya makan tengahari, maka dia mengatakan bahawa dia sudah kenyang'. Dengan sifat-sifat yang mulia, budi pekerti yang luhur serta mudah pula merasai penderitaan orang lain, baginda menjadi kesayangan di kalangan kaum keluarga dan orang yang rapat dengannya.
Baginda membesar dan menempuh hidup dalam suasana kehidupan berpaksikan kesesatan masyarakat jahiliyyah dan kaum keluarga yang menyembah patung-patung berhala. Namun demikian, baginda tetap terpelihara dari sebarang bentuk kemaksiatan dan membesar dalam
2
keadaan kesempurnaan akal dan jasad, budi dan adab sopan, sehingga terkenal di kalangan penduduk Mekah. Baginda dibesarkan dalam suasana kehidupan sebagai manusia yang sempurna, walhal kaumnya masih mempunyai dan mengamalkan peradaban yang rendah.
Mengikut kebiasaan yang berlaku pada ketika itu, seorang anak yatim piatu yang mempunyai nasib yang sama seperti baginda, watak dan sikapnya akan dibentuk oleh pengaruh persekitaran masyarakat yang dilihatnya sejak kecil. Tetapi ia tidak berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W. Semenjak kecil lagi baginda telah merasa benci kepada fahaman dan perlakuan masyarakat jahiliyyah yang menyembah berhala. Aqidah kepercayaan baginda adalah suci dan terpelihara sepertimana tergambar serta terzahir dalam wataknya yang berbudi pekerti yang tinggi dan mulia.
Menjelang usia dewasa, baginda tidak pernah melakukan sebarang bentuk perlakuan keji dan maksiat seperti tidak meminum arak, tidak menikmati hiburan yang melampaui batas serta tidak hidup berpoya-poya seperti tabiat kebiasaan yang selalu diamalkan oleh para pemuda Arab Mekah ketika itu. Baginda tidak pernah tunduk menyembah berhala, walaupun perbuatan tersebut menjadi amalan kebanyakan bangsa Arab jahiliyyah.
Baginda juga dilihat tidak pernah menggunakan bahasa yang kotor dan kasar, serta tidak pernah berbohong atau berdusta. Baginda sangat menghormati bukan sahaja kepada orang-orang tua, malahan orang-orang muda dan amat mengasihi kanak-kanak, anak yatim dan wanita yang kehilangan suami. Baginda telah memperlihatkan kualiti seorang manusia yang unggul apabila sentiasa berusaha untuk membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam keadaan serba kekurangan.
Nabi Muhammad S.A.W. amat kasih dan sayang kepada sahabat- sahabatnya dan satu sikap yang amat terpuji adalah baginda sentiasa memaafkan kesalahan orang lain terutama musuh-musuhnya. Baginda sentiasa melemparkan riak wajah yang manis, yang boleh menyenangkan hati semua orang. la tidak suka memperkatakan tentang keburukan dan
3
keaiban orang lain dan sentiasa bersangka baik terhadap semua orang. Baginda lebih suka menjadi orang yang pertama memberi salam dan mendoakan kesejahteraan kepada sahabat-sahabatnya. Kadangkala baginda memanggil mereka dengan nama-nama yang menyenangkan untuk menunjukkan betapa kasih dan mesranya baginda kepada mereka.
Sekiranya seseorang sahabat pernah membantunya, baginda amat menghargai pertolongan tersebut buat selama-Iamanya.
Baginda juga apabila berkata-kata, ia bersungguh. Walaupun demikian, baginda juga mempunyai perwatakan yang suka bersenda-gurau dan tertawa, tetapi tidak menyimpang dari dasar kebenaran dan tidak berlebih- Iebihan. Apabila marah, tidak tergambar kemarahannya, hanya kelihatan antara dua keningnya sedikit peluh. Ini kerana, baginda amat penyabar dan sentiasa menahan rasa marah dan tidak mahu melemparkan kemarahannya kepada orang lain.
Semua ini berlaku kerana baginda mempunyai sifat berlapang dada dan menghargai orang lain. Baginda juga mempunyai sikap yang tegas dan tidak pernah berasa ragu. Sebelum mengambil sesuatu keputusan, baginda akan berfikir dan mempertimbangkannya terlebih dahulu. Sifat sedemikian sudah sebati dalam diri baginda dan mendatangkan keselesaan kepada semua orang.
Lain-lain sifat keistimewaan yang ada dalam diri baginda ialah baginda seorang yang cerdik, bijaksana dan cepat berfikir serta bertindak. Sebelum diutuskan menjadi nabi dan rasul lagi, baginda sentiasa diminta untuk memberikan buah fikiran, pendapat dan pandangan daripada pelbagai peringkat masyarakat Arab ketika itu bagi menyelesaikan sebarang kesulitan, terutamanya dalam penyelesaian masalah berbangkit. Segala pandangan dan pendapat yang diberikan secara umumnya selalu diterima dan dihormati.
Jiwa dan sanubari seorang insan terulung yang bernama Muhammad bin Abdullah ini adalah jiwa yang suci, yang ingin melihat, merenung dan
4
berfikir. Jiwanya yang suci tergambar melalui sifat dan sikapnya yang amat termasyhur semenjak dari kecil lagi iaitu sifat amanah. Sifat amanah yang menghiasai peribadinya sentiasa menjadi amalan dalam kehidupan seharian sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan. Sehingga penduduk Mekah menggelar baginda dengan gelaran 'al-amin' yang bermaksud boleh dipercayai. Dalam pada itu, baginda juga digelar dengan gelaran 'as-sadiq'membawa maksud benar. Sebab itulah sebilangan besar masyarakat Mekah menamai baginda dengan gelaran 'as-sadiqul amin' - yang berkata benar lagi dipercayai.
Semua sifat-sifat mahmudah yang utama, terdapat dalam diri dan sentiasa menghiasi keperibadian baginda yang unggul. la memancarkan suatu cahaya yang amat indah serta sangat menarik perhatian umum. Inilah sebaik-baikikutan. Oleh sebab itu, setiap individu yang pernah menemui baginda, sama ada semasa mudanya, sebelum menjadi nabi dan rasul mahupun sesudah diutus menjadi nabi dan rasul akan menghormati baginda. Walaupun terdapat sebilangan yang memusuhinya setelah baginda diutus menjadi nabi dan rasul, tetapi permusuhan yang wujud adalah semata-mata disebabkan keengganan mereka mengikut perintah Allah S.W.T., bukan kerana permusuhan dan kebencian terhadap diri dan peribadi baginda.
5
Soalan 2 : Huraian mengenai kedudukan al-Quran yang tinggi sebagai mukjizat abadi Nabi Muhammad S.A.W.
Al-Quran al-Karim merupakan mukjizat yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ia merupakan mukjizat yang terbesar dan termulia yang baginda tinggalkan untuk umatnya bukan sahaja untuk diwarisi, tetapi difahami dan diamalkan isi kandungannya sebagai pedoman dan panduan hidup.
Kitab suci al-Quran ini, pembacaannya bukan sahaja sebagai suatu ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah S.W.T., akan tetapi keindahan isi kandungannya yang tersusun dalam gubahan kata-kata yang indah dan mempunyai maksud yang mendalam dan tersirat yang perlu kita sama-samaterokai dan mengkajinya. Semakin kita mendalami isi kandungan al-Quran, kita akan menemui semakin luas maksudnya bagaikan sebuah lautan yang tidak bertepi. Ini kerana dalam al-Quran itu sendiri mengandungi pelbagai kisah para nabi dan rasul serta umat terdahulu yang boleh dijadikan sebagai pengajaran. Di samping itu, al-Quran juga merangkumi pelbagai cabang ilmu seperti sains, perubatan, astronomi, geografi serta aspek-aspek lain seperti aqidah, ibadah, muamalah, akhlak, perundangan dan sebagainya.
Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baikkitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskansebaik-baik rasul iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Kaum muslimin adalah satu- satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memelihara isi kandungan al-Quran. Firman Allah dalam surah al-Hajr,ayat 9 yang bermaksud: â€˜Sesungguhnya Kami yang menurunkanal-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya’.
Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan. Antara ciri-ciri dan keistimewaan al-Quran adalahpertama, ia merupakan kitab ilahi iaitu datangnya dari Allah S.W.T. yang tidak ada keraguan padanya. Ia dinyatakan Allah melalui firman-Nya dalam surah Hud, ayat 1 yang bermaksud: â€˜Suatu kitab yang ayat-ayatnya
6
disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui’.
Kedua ialah al-Quran merupakan kitab yang terpelihara sepertimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya. Oleh demikian, kita dapat melihat betapa begitu ramai orang yang menghafaz al-Quran dengan begitu baik dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan tersebut juga didapati dalam bentuk yang lain seperti penulisan dan pembukuan mushaf al-Quran yang rapi oleh para sahabat pada zaman Khulafa’al-Rasyidin.
Ketiga, al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada
Nabi Muhammad yang mencabar kekuatan akal dan pemikiran manusia. Manusia tidak mampu untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan cerita-cerita yang terkandung di dalamnya. Firman Allah
S.W.T. dalam surah al-Baqarah, ayat 23 yang bermaksud:
‘Dan jika kamu merasa ragu-ragu tentang apa yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), maka datanglah satu surah sepertinya dan ajaklahpenolong-penolong kamu selain Allah jika kamu benar-benar orang yang benar’.
Keempat, al-Quran merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ianya bukan kitab falsafah yang mengandungi teori semata- mata.Al-Quran diturunkan kepada seluruh umat manusia untuk difahami dan diamalkan sepanjang masa. Firman Allah dalam surah al-Qamar, ayat 17 yang bermaksud: â€™Dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran’.
Kelima, al-Quran merupakan sebuah kitab yang secara keseluruhannya jelas mengandungi seluruh aspek kehidupan manusia untuk menjalani kehidupan di dunia dan mengecapi kebahagiaan di akhirat. Barangsiapa yang ingin memahami aqidah yang betul dan suci, maka hendaklah ia menggali dari al-
7
Quran. Al-Quran memberi dalil-dalil yang jelas tentang keesaan Allah. Firman Allah yang bermaksud:
‘Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulahkedua-duanya telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan’.
(al-Anbiya’ : 22)
Begitu juga al-Quran mengandungi syariat dan peraturan untuk kehidupan manusia. Syariat ini meliputi aspek individu, keluarga, masyarakat, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa. Di samping itu, al-Quran juga menyentuh mengenai pembinaan akhlak melalui penghayatan sifat sabar, gigih, berusaha, tekun, bertawakkal dan reda dengan ketentuan ilahi.
Keenam, al-Quran merupakan kitab sepanjang zaman, bukan kitab untuk zaman tertentu atau untuk bangsa dan generasi tertentu sahaja. Ini bermakna bahawa al-Quran merupakan kitab yang kekal abadi hingga hari kiamat.
Inilah enam di antara ciri-ciri keistimewaan dan kedudukan al-Quran sebagai mukjizat yang membezakan dengan kitab-kitab yang lain. Al-Quran diturunkan untuk umat Islam mengimani dengan penuh keyakinan akan kebenarannya. Allah S.W.T. menyebutkan bahawa sifat mukmin sejati adalah mereka yang tidak sama sekali ragu tentang kandungan al-Quran. Nabi Muhammad S.A.W. apabila tiba bulan Ramadhan, baginda akan bertadarus bersama Malaikat Jibril dan rumah yang sentiasa diterangi dengan bacaan al- Quran akan dilimpahi rahmat dan berkat Allah S.W.T.. Penurunan al-Quran merupakan nikmat yang terbesar dikurniakan Allah kepada umat Islam. Oleh itu, kita harus bersyukur dan membuktikannya dengan terus mengamalkan segala isi kandungan al-Quran.
8
Soalan 3 : Memperkenalkan akhlak dan sifat peribadi Nabi Muhammad sebagai contoh tauladan.
Muhammad ibn Abdullah, al-amin kekasih Allah. Seorang insan sempurna, berakhlak mulia. Baginda adalah contoh dan tauladan. Mengikuti sunnahnya, bererti menyintainya. Menyintainya bererti patuh kita pada seruan Ilahi.
Rasulullah S.A.W. dari zaman mudanya tidak pernah berseronok dan leka dengan keduniaan. Masa mudanya tidak dipersia, sebaliknya dipergunakan tenaga untuk mengembala dan berniaga. baginda seorang yang jujur dalam tingkahlaku dan perkataan.
Baginda adalah seorang pemimpin agung umat Islam yang tiada bandingannya. Baginda memiliki ciri-ciri kepimpinan dalam semua aspek yang diperlukan. Keperibadian baginda dihiasi dengan akhlak yang mulia lagi terpuji. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Qalam ayat 4, maksudnya:
‘Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangatmulia’.
Ini menunjukkan akhlak baginda adalah cukup sempurna kerana baginda mempraktikkan apa jua yang diajarkan melalui al-Quran. Inilah salah satu sebab seluruh umat manusia diperintahkan supaya mencontohi akhlak baginda Rasulullah S.A.W. Satu perkara yang perlu difahami bahawa Rasulullah S.A.W. bukan sahaja diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia, tetapi juga sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam semesta. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 107, maksudnya:
‘Dan tiadalah kami mengutuskan engkau wahai Muhammad, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam’.
Baginda menyeru manusia berbuat kebaikan (hasanah) dan meninggalkan perbuatan mungkar (sayyi'ah). Dengan akhlak dan keperibadian yang baginda miliki itu, baginda berjaya dalam menjalankan dakwah dan diterima
9
oleh umat manusia dengan senang hati. Di mana kehidupan jahiliyah bertukar menjadi bertamadun dan berjaya.
Akhlak Rasulullah adalah al-Quran, sepertimana jawapan Sayyidatina ‘Aisyah ketika ditanyakan perihal gambaran pekerti baginda. Rasulullah S.A.W. telah mewariskan akhlaknya sebagai tauladan ummah. Inilah sebenarnya idola bagi setiap jiwa yang beriman kepada Allah dan RasulNya.
Keperibadian nabi, sifat dan sikap baginda, cara baginda berfikir dan bertindak, kehidupannya, semangat dan perjuangannya – semuanya berupa natijah yang tumbuh dari asuhan al-Quran. Apa yang baginda lakukan adalah melaksanakan anjuran al-Quran. Apa yang baginda tinggalkan adalah apa yang dilarangal-Quran. Baginda menyampaikan al-Quran, dan dirinya sendiri menghayati semangat dan isi al-Quran. Nilai-nilai abadi yang tumbuh dalam dirinya adalah hasil asuhan al-Quran.
Salah satu kunci kejayaan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan risalah dakwah ialah dengan memiliki ketinggian akhlak dan mengamalkan dalam kehidupan baginda seperti hubungan dengan keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, bahkan dengan orang kafir juga baginda sering menunjukkan akhlak mulia.
Para ulama’ menyatakan bahawa baginda tercipta di dalam keaslian fitrahnya melalui tarbiyyah Ilahi. Ia adalah anugerah Allah S.W.T. ke ataskekasih-Nya Rasul utusan terakhir junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Keistimewaan yang tiada taranya menjadikan baginda dipilih dan dilantik oleh Allah S.W.T. sebagai penghulu kepada sekalian para nabi dan rasul .
Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasul S.A.W. adalah sebagai contoh tauladan yang dapat mendidik diri dan peribadi Muslim agar sentiasa beriman dan bertakwa, Ini kerana setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku baginda mengandungi hikmah dan sebagai huraian kepadaprinsip-prinsip yang terkandung di dalam al-Quran. Maka sudah tentu, setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan akhlak
10
dan sirah perjalanan baginda, tidak akan terpesong atau tersasar dari landasan agama dan tuntutan syariat .
Sejarah mencatatkan bahawa akhlak Rasulullah S.A.W. adalah modal utama yang dapat menarik minat golongan bukan Islam kepada Islam. Contohnya, kisah tauladan seorang Badwi membuang air kecil di dalam masjid, melihat kejadian ini maka para sahabat yang berada di situ, naik berang dan hendak memukul Badwi tersebut. Bagaimanapun tindakan mereka dihalang oleh
Rasulullah S.A.W., sebaliknya baginda membiarkan Badwi itu selesai membuang air kecil. Kemudian baginda meminta sebekas air lalu disiramkan ditempat kencing tersebut . Rasulullah S.A.W. bertanya kepada para sahabat, apakah yang akan terjadi jika mereka mengejar dan memukul
Badwi itu semasa sedang membuang air kecil. Maka jawab sahabat, seluruh kawasan masjid akan terkena najis air kencingnya. Kisah ini menjadikan
Badwi yang menyaksikan tindakan Rasulullah itu, merasa kagum dengan ketinggian akhlak baginda, lalu beliau pun menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam .
Di antara akhlak Baginda Rasulullah s.a.w yang perlu dicontohi:
1.Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui.
2.Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang- orang muda dan kanak-kanak.
3.Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
4.Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan mereka.
5.Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun baginda sendiri dalam kesusahan.
6.Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya.
7.Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan.
11
Sebagai pemimpin, baginda berada di barisan hadapan dalam menegakkan kebenaran dan dalam menghadapi tentangan daripada perjuangannya. Baginda menolak tawaran kemewahan dan kesenangan hidup dan bersedia menghadapi pelbagai risiko demi menegakkan kebenaran.
Meskipun seorang ummi (tidak tahu membaca dan menulis), Baginda amat meninggikan kedudukan ilmu. Di akhir Perang Badar, baginda menawarkan keampunan dan kebebasan kepada setiap tawanan perang yang sempurna untuk mengajar 10 kanak-kanak di Madinah. Baginda juga pernah bersabda:
Ertinya: “Kelebihan orang berilmu daripada orang abid (yang banyak ibadahnya), adalah seperti kelebihanku daripada orang yang paling rendah dari kamu.” (Riwayat Termidzi).
Baginda juga paling unggul dalam memberi makna kepada prinsip persamaan dan persaudaraan. Status seorang hamba seperti Zaid bin Harithah, diangkat dengan mengisytiharkannya sebagai kerabat baginda, keturunan bangsawan
Quraisy. Ketika sebahagian sahabat masih taksub kepada sentimen kebangsaan Arab, baginda mengistiharkan Salman dari Farsi sebagai kerabatnya, dan sekaligus melunturkan sentimen sempit tersebut.
Peristiwa Uhud adalah contoh di atas kemuliaan akhlak baginda. Sifat pemaafnya serta kesabaran baginda begitu tinggi walaupun baginda tercedera di dalam peperangan tersebut, sehingga patah gigi dan berdarah wajahnya. Para sahabat begitu sedih. Mereka meminta baginda untuk berdoa agar dihancurkan musuh. Tetapi baginda menjawab:
12
‘Sesungguhnya aku bukan diutus sebagai pembawa bencana, tetapi sebagai mengajak kepada kebaikan dan sebagai rahmat pembawa kasih sayang. Ya Allah, ampunkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui’.
Setiap insan yang melihat Rasulullah S.A.W. akan timbul perasaan cinta kepada baginda kerana kehalusan budi pekertinya. Oleh itu, kita dapatisahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. begitu cinta kepadanya sehingga sanggup berjuang demi mempertahankan Rasulullah S.A.W. dari musuh. Kita telah membaca atau mendengar kisah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq di dalam peristiwa Hijrah umpamanya. Begitu juga Sayyidina Umar al-Khattab yang bangun mempertahankan baginda tatkala datang musuh dan mereka yang biadab terhadap Rasulullah S.A.W.
Para sahabat berjuang untuk mencontohi baginda bukan sahaja di dalam amalan zahiri seperti pakaian, ibadah solat, puasa, sedekah, corak kehidupan zahir dan sebagainya. Namun lebih dari itu, mereka berjuang mencontohi baginda di dalam cara bertutur, berreaksi, kepimpinan, kemaafan, kasih, kesatuan dan cara pemikiran serta cara menyelesaikan masalah.
Walaupun berbeza keturunan atau warna kulit, mereka tetap melihat diri mereka sama sahaja, dan mereka mengutamakan persaudaraan Islam yang telah ditanamkan oleh baginda S.A.W. Setiap jiran mengasihi jirannya, bahkan ada yang mengutamakan tetangganya lebih dari dirinya sendiri. Sahabat-sahabatbaginda tidak pernah hidup mementingkan diri sendiri, kerana itulah yang ditunjukkan oleh baginda S.A.W.
Yang jelas, kasih mereka kepada Rasulullah S.A.W. bersifat menyeluruh, merangkumi segala aspek dan bentuk kehidupan. Mereka tidak memilih untuk mencontohi sebahagian, dan melupakan sebahagian yang lain. Mereka berpandukan firman Allah S.W.T. di dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 21 :
13
Yang bermaksud â€˜Sesungguhnya terdapat bagi kamu pada diri Rasulullah (secara keseluruhannya) contoh yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan Allah. dan hari akhirat, dan mengingati Allah dengan sebanyaknya’.
Rasulullah S.A.W. contoh di dalam kehidupan yang sentiasa bersyukur kepada Allah di atas segala pemberian-Nya. Rasulullah S.A.W. contoh di dalam kegigihan menimba ilmu dan memajukan diri. Rasulullah S.A.W. contoh di dalam sikap dan budi pekerti yang halus. Rasulullah S.A.W. contoh di dalam menyayangi anak kecil dan menghormati golongan tua. Rasulullah S.A.W. contoh di dalam berinteraksi dengan setiap golongan termasuk dengan orang yang tidak kita senangi. Baginda juga adalah contoh di dalam kesabaran dan kemaafan.
14
Soalan 4 : Sikap dedikasi, toleransi dan berpendirian teguh Nabi Muhammad S.A.W. ketika berhadapan dengan musuh.
Sejarah kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. jelas menjadi bukti bahawa baginda bukanlah seorang yang bersifat agresif atau bertindak secara melulu apabila dihina. Baginda seorang yang sangat penyabar dan tenang, malah baginda tidak menaruh sebarang dendam kepada orang-orang kafir ketika itu, tetapi berserah dan berdoa ke hadrat Allah S.W.T. supaya melindunginya dan umat Islam yang tertindas.
Ini dapat dilihat sebagaimana yang berlaku tatkala baginda berdakwah kepada penduduk Taif untuk mengembangkan agama Islam, dakwah baginda telah ditolak. Tidak cukup dengan itu, orang-orang yang berkuasa dan berpengaruh di situ telah mengarahkan kepada penduduk Bani Tsaqif yang ada di Kota Taif untuk mencaci-maki dan mencerca serta mendustakan diri
Nabi Muhammad S.A.W.. Mereka juga melemparkan batu dan pasir kepada baginda dan sahabat yang bersamanya, iaitu Zaid bin Harithah. Meskipun baginda mengalami kecederaan, penganiayaan kaum Bani Tsaqif dan penduduk Taif terhadap baginda tetap diteruskan tanpa balas kasihan.
Sekembalinya Nabi Muhammad S.A.W. ke Mekah, datanglah Malaikat Jibril dengan diiringi malaikat penjaga gunung berjumpa baginda. Malaikat penjaga gunung menawarkan diri jika Rasulullah S.A.W. berkehendak, untuk memusnahkan kaum Bani Tsaqif yang derhaka kepada perintah Allah itu.
Tetapi baginda hanya menjawab â€˜Tidak! Bahkan saya mengharap mudah- mudahan Allah mengeluarkan dari keturunan mereka orang yang menyembah kepada Allah dan tidak menyekutukan dengan sesuatu pun’.
Begitulah mulianya akhlak baginda Rasulullah S.A.W. yang tidak mahu membalas dendam walaupun ditawarkan oleh malaikat penjaga gunung untuk memusnakan kaum Bani Tsaqif yang derhaka, tetapi sebaliknya Rasulullah S.A.W. berdoa kepada Allah supaya melahirkan keturunan dari merekaorang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T. dan baginda yakin Allah akan membalas kepada orang-orang yang melakukan penganiayaan, sebagaimana
15
firman-Nya dalam Surah At-Taubah ayat 61 yang bermaksud: â€˜Dan orang- orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya’.
Mengikut fakta sejarah, pada tahun 621M, seramai 12 orang penduduk Madinah yang telah memeluk Islam datang berjumpa dengan Nabi
Muhammad S.A.W. dan mereka membuat Perjanjian Aqabah yang pertama. Dalam perjanjian tersebut, mereka berjanji akan mengesakan Allah, mematuhi hukum dan peraturan agama Islam serta mentaati Nabi Muhammad S.A.W. Pada tahun 622M pula, seramai 75 orang Islam Madinah datang sekali lagi. Mereka membuat Perjanjian Aqabah kedua. Kali ini, mereka berjanji akan melindungi Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu ini juga mereka menjemput baginda supaya berhijrah ke Madinah. Maka, berlakulah peristiwa perpindahanorang-orang Islam Mekah ke Madinah.
Peristiwa ini lebih dikenali sebagai Peristiwa Hijrah oleh orang Islam.
Nabi Muhammad S.A.W. berada di Madinah selama sepuluh tahun. Dalam tempoh itu, berlaku pelbagai peristiwa dan peperangan antara orang-orangIslam dengan orang-orang kafir. Antara peperangan itu adalah Perang Badar,
Uhud dan Khandak.
Pada tahun keenam Hijrah (628 M), Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya berhasrat untuk menunaikan umrah di Mekah. Oleh itu, pada bulan Zulhijah, lebih kurang 1400 orang sahabat berserta 70 ekor unta berangkat ke Mekah. Mengikut tradisi orang Arab, bulan Zulhijah adalah bulan yang suci. Pada bulan ini tidak dibenarkan berperang. Kedatangan rombongan Nabi Muhammad diketahui oleh orang Quraisy. Pada mulanya, mereka ingin memerangi rombongan itu. Tetapi oleh kerana mereka berada dalam bulan Zulhijah, mereka terpaksa membatalkan niat buruk mereka. Namun, mereka merancang menyekat rombongan itu daripada memasuki kota Mekah. Lalu,orang-orang Quraisy berkhemah di tempat bernama
Hudaibiyah yang terletak di pinggir Mekah.
16
Apabila Nabi Muhammad S.A.W. menyedari mereka disekat daripada memasuki Mekah, baginda menghantar Sayyidina Uthman bin Affan sebagai wakil bagi berbincang mencari jalan penyelesaian secara aman dengan orang
Quraisy. Tetapi Sayyidina Uthman ditangkap dan tidak dibenarkan kembali kepada rombongan itu.
Khabar angin mengatakan Sayyidina Uthman sudah dibunuh oleh orang- orang Quraisy sampai ke pengetahuan baginda. Oleh itu, rombongan itu berasa marah dan dukacita. Mereka terus mempersiapkan diri hendak berperang walaupun mereka tidak mempunyai kelengkapan peperangan.
Mereka membuat Bai’ah al-Ridwan atau Ikrar Taat Setia iaitu berjanji akan berjuang hingga ke akhir hayat. Selepas mendengar berita rombongan itu sudah bersiap sedia hendak memerangi mereka, orang Quraisy rasa takut, lalu membebaskan Sayyidina Uthman. Pihak Quraisy menghantar Suhail bin
Amru untuk berunding dengan Nabi Muhammad S.A.W.. Hasil perundingan ini dinamakan Perjanjian Hudaibiyah.
Perjanjian Hudaibiyah mengandungi empat kesimpulan iaitu:
1.Gencatan senjata selama 10 tahun.
2.Orang Islam perlu pulang semula ke Madinah tanpa mengerjakan umrah dan mereka boleh datang semula pada tahun berikutnya tanpa senjata kecuali pedang dan panah sahaja. Mereka dibenarkan mengerjakan umrah selama tiga hari di mana pada waktu itu, orang Quraisy akan keluar dari Mekah.
3.Setiap orang Arab dibenarkan turut serta dalam perjanjian itu. Hasilnya, kaum Khuza’ah berpihak kepada pihak Nabi Muhammad S.A.W. manakala kaum Bakr pula berpihak kepada puak Quraisy.
4.Orang Mekah yang melarikan diri ke Madinah tanpa keizinan ahli keluarganya perlu dikembalikan semula ke Mekah. Tetapi orang dari
Madinah yang melarikan diri ke Mekah tanpa izin ahli keluarganya tidak perlu dikembalikan semula ke Madinah.
17
Perjanjian Hudaibiyah ini hanya kekal selama dua tahun. Ini kerana kaum Bakr yang berpihak kepada puak Quraisy sudah melanggar perjanjian ini dengan menyerang kaum Khuza’ah. Oleh itu, Nabi Muhammad S.A.W. mengumumkan perjanjian itu sudah dilanggar dan tidak sah.
Maka, Nabi Muhammad menyiapkan hampir 10,000 orang tentera bagi menakluki Mekah. Baginda telah mengarahkan orang-orang Islam memasuki Kota Mekah melalui empat penjuru iaitu tentera yang diketuai oleh baginda masuk melalui sebelah utara. Tentera yang diketuai oleh Khalid al-Walid me- masuki Kota Mekah melalui selatan. Tentera yang diketuai oleh Zubair bin al-
Awwam masuk melalui barat dan jalan yang lain dimasuki oleh tentera di bawah pimpinan Saad bin Ubadah.
Hasilnya, tentera Islam berjaya memasuki dan menakluki Mekah. Langkah pertama yang diambil oleh Nabi Muhammad S.A.W. ketika itu adalah pembersihan kawasan Kaabah daripada berhala-berhala. Semua 360 patung berhala yang ada di kawasan Kaabah dimusnahkan dan Kaabah dijadikan pusat perkembangan ajaran Islam.
Daripada apa yang telah dinyatakan berkaitan sejarah permulaan dan perkembangan Islam, Nabi Muhammad S.A.W. telah terbukti sebagai seorang individu dan seorang pemimpin yang mempunyai sikap yang sangat mulia dalam usaha menyebarkan risalah Allah. Sikap dedikasi, toleransi dan berpendirian teguh yang dimiliki oleh baginda telah membuatkan musuhnya menjadi tunduk dan patuh di atas keperibadian baginda yang unggul.
Baginda telah menggunakan segala kebijaksanaannya dalam mengatur strategi, bersifat toleransi kepada kaum Quraisy serta sikap berpendirian teguh yang dapat dilihat ketika kaum Quraisy melanggar Perjanjian
Hudaibiyah yang telah ditandatangani secara bersama, telah membuatkan masyarakat Arab ketika itu amat mengagumi dan menyanjungi baginda sebagai seorang rasul utusan Allah.
18

Tidak ada komentar:

Posting Komentar