SERANGAN PEMIKIRAN YANG MEMBAHAYAKAN BAGI UMMAT ISLAM
1.0
PENDAHULUAN
Musuh-Musuh Islam tidak akan pernah diam dalam menyesatkan dan
membawa ummat Islam terpesong dari ajaran yang sebenar, sebagaimana firman
Allah ta`ala:
وَلَن تَرْضَى
عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ
هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي
جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak
sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau
menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka):
"Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang
benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang
kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang
dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Salah
satu agenda musuh kepada ummat Islam adalah dengan serangan pemikiran. Dari
sudut bahasa, Ghazwatul (غزوة) bermaksud serangan dan fikri (الفكري)
bermaksud pemikiran. Justeru itu, Ghazwatul Fikri atau Ghazwah Al-Fikri (غزوة الفكري)
bermaksud serangan pemikiran. (Mu’jam Al-Wasit, 2004, hal:658). Menurut M. Hanafi Ma`sum serangan
pemikiran adalah upaya-upaya gencar pihak musuh-musuh Allah subhanahu wata’ala
untuk meracuni pikiran umat Islam agar umat Islam jauh dari Islam, lalu
akhirnya membenci Islam, dan pada tingkat akhir Islam diharapkan habis sampai
ke akar-akarnya. Upaya ini telah berlangsung sejak lama dan terus berlanjut
hingga kini.
Sebahagian
ulama menyatakan bahwa perang pemikiran adalah kumpulan dari segala syak
wasangka serta perkara-perakara yang tidak jelas kemudian dimasukkan kedalam
sebuah keyakinan secara keilmuan, sehingga masuk kedalam akal-akal ummat Islam
dengan cara yang berbeza-beza dan dengan cara yang pelbagai, yang bertujuan
untuk meragukan orang-orang Muslim dalam agama mereka serta peradaban mereka
dan para tokoh-tokoh mereka, yang bertujuan untuk menaklukkan mereka untuk
tunduk dibawah musuh mereka dan tujuan-tujuannya.
Dari
segi istilah, Ghazwatul Fikri bermaksud penggunaan wasilah-wasilah
tertentu yang bukan ketenteraan yang digunakan oleh Nasrani dan lain-lain musuh Islam untuk menghapuskan cara
hidup islam serta memalingkan dan melalaikan orang-orang islam daripada
berpegang dengan Islam. Ada yang
mengatakan Ghazwul fikri dimulai ketika kaum salib dikalahkan dalam sembilan
kali peperangan besar. Kemenangan kaum muslimin tersebut sangat spektakuler,
sebab pasukan muslim yang diterjunkan dalam pertempuran berjumlah sedikit.
Pasukan Khalid bin Walid, misalnya pernah berperang dengan jumlah tentara
sekitar 3000 personil, sedangkan pasukan Romawi yang dihadapi berjumlah 100.000
personil, hampir 1 berbanding 35.
Sesungguhnya pertikaan dan perang pemikiran
dan kebudayaan dalam dunia Islam bukanlah sesuatu yang baru, bahkan ia lahir
semenjak lahirnya risalah Islamiah yang dibawakan oleh Nabi Muhammad, akan
tetapi orang-orang muslim yang sihat tidak terpengaruh dengan tipudaya mereka
sebarkan, sehinggalah jiwa-jiwa orang-orang muslim yang lemah, yang tiada
perlawanan dari segi ruh, sehingga menyerang diri seorang muslim, sehingga ternampaklah
pengaruh serangan pemikiran dan kebudayaan dan bahayanya (Prof Dr Muhammad
Abdul Latif, 2002).
Ummat Islam harus selalu berjaga-jaga daripada musuh-musuhnya, yang
selalu bekerja siang dalam malam dalam menghancuran Islam. Mereka tidak akan pernah
lelah sehingga melihat ummat Islam terpecah-pecah. Orang-orang yang tersesat
adalah mereka yang terpengaruh dengan pemikiran-pemikiran yang tidak selari
dengan apa yang diperintahkan oleh Allah untuk menjadi insan yang rabbani.
Mereka tidak lagi mengikut Aqidah yang sudah digariskan oleh mayoriti ummat
Islam iaitu Ahlissunnah waljama`ah. Syaitan
adalah musuh yang amat nyata, mereka akan menghasut manusia agar selalu
tergelincir daripada jalan yang lurus, manusia-manusia yang tergelincir ini
terus sahaja menyerbarkan pemahaman mereka agar manusia sama-sama satu meja
dengan mereka, sehingga menjadi orang-orang yang tersesat.
2.0
SASARAN SERANGAN PEMIKIRAN
I.
Kaum Remaja
Dunia remaja adalah dunia yang penuh dengan kekuatan dan sumber
yang baik bagi sesebuah negara. Jika para pemuda dan pemudinya baik maka negara
tersebut bagus dan kuat. Jika rosak maka rusakkan lah sebuah negara. Tegaknya
Islam tidak terlepas dari peranan remaja, seperti Ali Bin Abi Thalib, Ibnu
Mas`ud, Zaid Bin Harithah dan lainnya. Rasulullah mendidik para remaja ini
sehingga menjadi pemimimpin yang tangguh dikemudian hari. Sebagaimana sebuah
perkataan “Semangat pemuda itu dapat meruntuhkan gunung Uhud”
Menurut
Ibnu Kathir dalam tafsirnya bahwa al-quran banyak mengisahkan perjuangan para
nabi dan Rasul A.S yang kesemuanya adalah orang-orang terpilih daripada
kalangan pemuda yang berusia sekitar empat puluhan. bahkan ada di antara mereka
yang telah diberi kemampuan untuk berdebat dan berdialog sebelum umurnya genap
18 tahun. berkata ibnu abbas R.A. Tak ada seorang Nabi pun yang diutus allah,
melainkan dia dipilih di kalangan pemuda sahaja (yakni 30-40 tahun). begitu
pula tidak seorang ‘alim pun yang diberi ilmu, melainkan ia (hanya) dari
kalangan pemuda". kemudian ibnu abbas membaca firman allah swt:
"mereka berkata: kami dengan ada seorang pemuda yang mencela
berhala-berhala ini yang bernama ibrahim"
Dengan
mengetahui betul pemuda sebagai aset sebuah negara, maka musuh-musuh Islam
dengan berbagai cara memperdaya mereka, salah satunya dengan hiburan, memakai
barang-barang terlarang seperti pemakaian dadah dengan segala jenis-jenisnya,
meninggalkan dunia keislaman seperti bertalaqqi belajar dengan guru agama. Sebahagian
mereka terlena dengan hiburan-hiburan yang melalaikan seperti fanatik bola
sepak, motor, minuman keras, dan kepada sex bebas.
Ketika ini
dianggarkan lebih 400,000 remaja Islam terjebak dengan penagihan dadah dan ini
bermakna negara kehilangan 400,000 pemimpin generasi akan datang. Keadaan
bertambah buruk apabila kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk
memulihkan mereka kembali. Ini tidak termasuk mereka yang ketagih arak,
melacur, terbabit dengan kegiatan kongsi gelap, punk dan gejala sosial lain. (wordpress.com,
2008)
II.
Orang Islam `awam
Imam Al-Ghazali membezakan tingkatan ummat Islam itu menjadi tiga
bahagian: `awam, khawas, khawasul Khawas. Orang `awam disini
adalah mereka yang tidak mempuyai guru untuk membimbing mereka dari segi ilmu dhahir maupun bathin. Namun orang-orang
khawas dan khawasul Khawas adalah orang-orang yang mempunyai guru yang disebut
juga dengan Shaikhut Tarbiyyah. Orang `awam mereka yang tidak memiliki
dasar ilmu dengan kukuh, mereka adalah orang-orang yang tidak terlalu
mementingkan terhadap ilmu agama. Orang yang seperti ini akan sangat sering
terpengaruh dengan apa sahaja yang masuk dalam pemikiran mereka, baik dari segi
budaya dan pemikiran. Mereka inilah yang kemudian hari cepat terpengaruh dengan
pluralisme agama, syiah, serta ajaran-ajaran kebathinan yang menyesatkan.
Di Indonesia orang yang seperti ini disebut juga dengan Islam KTP
atau dengan nama lain Islam abangan. Islam hanya sebatas agama di IC sahaja.
Namun pengabdian diri kepada Allah tidak sama sekali. Mereka lebih percaya
dengan hal-hal ghaib dibandingakan dengan Al-Quran dan Al-Hadist.
Abangan adalah sebutan untuk golongan penduduk Jawa Muslim yang
mempraktikkan Islam dalam versi
yang lebih sinkretis bila dibandingkan dengan golongan santri yang lebih ortodoks. Istilah ini, yang berasal dari kata bahasa Jawa yang bererti merah,
pertama kali digunakakan oleh Clifford Geertz, namun saat
ini maknanya telah bergeser. Abangan dianggap lebih cenderung mengikuti
sistem kepercayaan lokal yang disebut adat daripada hukum Islam murni daripada syari`ah. (www.wikipedia.com)
III.
Kanak-kanak
Seorang yang remaja terlebih dahulu melalui masa kanak-kanak,
kemudian tumbuh dewasa menjadi pemuda dan pemudi. Jika pemikiran kanak-kanak
telah diracuni dengan pemikiran-pemikran yang menjauhkan daripada agama Islam.
Maka akan tumbuh remaja-remaja yang akan mengabaikan Islam dan ajarannya. Tanpa
sedar sebenarnya keadaan itu sangat dekat dimata kita. Coba kita melihat dulu
ketika electrik belum ada lagi, rama kanak-kanak yang mengaji, suara mereka
terdengar dari rumah-rumah selepas shalat magrib. Namun sekarang keadaan itu
hampir telah berubah seratus peratus. Belum lagi keadaan sekarang yang serba
bertoknologi, kanak-kanak lebih suka duduk dihadapan televisyen dibandingankan
dengan membaca al-Quran. Lebih suka bermain tab, media sosial, dan
perkara-perkara kurang bermanfa`at.
Menurut (Mohd Rumaizuddin Ghazali, 2007) Kanak-kanak
memerlukan kasih sayang daripada ibu-bapa sepertimana dia berhajat kepada
makanan dan minuman. Kasih sayang kepada anak-anak adalah merupakan sebahagian daripada
pendidikan pertama yang sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa. Menurut ahli
psikologi, kanak-kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor
utama iaitu:
Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak ,dia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain. Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang yang sepenuhnya ,maka dia dapat membentuk pemikiran yang kreatif dan cemerlang. Di samping itu, kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik. Ketiga: Pembentukan dari segi masyarakat. Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.
Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak ,dia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain. Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang yang sepenuhnya ,maka dia dapat membentuk pemikiran yang kreatif dan cemerlang. Di samping itu, kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik. Ketiga: Pembentukan dari segi masyarakat. Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.
Oleh kerana itu,
peran keluarga adalah salah satu benteng utama dalam mejadikan kanak-kanak itu
daripada seorang muslim yang sejati hingga tumbuh dewasa, peranan seorang ibu
yang mengajar anak-anak mereka, peranan seorang ayah yang mengajarkan dan
mengawasi dan memberikan kasih sayang menjadikan mereka anak-anak Islam yang
cemerlang. Membentengi mereka dengan ilmu tauhid dan mencitai Al-Quran.
Mengajar mereka sembahyang, dan mengawasi segala perlakukan mereka dengan
kawan-kawan serta mengajarkan mereka tentang pentingnya waktu dan media-media
sosial serta alat komunikasi tentang kelebihan dan kemudharatannya jika disalah
gunakan.
3.0
BENTUK-BENTUK SERANGAN PEMIKIRAN
Banyak serangan pemikiran oleh musuh-musuh Islam dari pelbagai
golongan, yang tujuannya untuk menyesatkan dan memesongkan pemikiran ummat
Islam. Salah satunya dengan menyebarkan pemahaman hermeneutika sebagai metode
penafsiran al-Quran, seperti yang diajarkan di universiti yang pelbagai
termasuk di Indonesia. Ada yang menyebarkan dengan bentuk fisik dengan
membagi-bagikan bantuan serta uang yang dapat diperolehi dengan mudah. Banyak
bantuan-bantuan yang diberikan seperti dalam bentuk Injil dan juga
bacaan-bacaan yang dapat memesongkan aqidah ummat Islam.
Dari sekian banyak
serangan pemikiran yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam, kita dapat melihat
tiga serangan pemikiran secara umum:
3.1
Membuat keraguan pada nash-nash al-Quran
Mereka membuat keraguan pada Al-Quran Al-Karim dari segi
penurunannya, dan dari segi maudhu`nya, dan dari segi `ijaznya, dan dari segi
makna-maknanya dan hukum-hakamnya dan dari segi bahasanya dan lainnya. Dan
secara umum dia terdapat dalam tiga katagori:
1-
Dalam
menisbahkan Al-Quran Al-Karim kepada Allah.
2-
Dalam
text Al-Quran
3-
Pada
syakhsiyah Nabi Muhammad S.A.W
Mereka mengatakan bahwa Al-Quran Al-Karim itu bukanlah wahyu
daripada Allah, akan tetapi berasal daripada Nabi Muhammad, dan dia termasuk
juga daripada perkara-perkara yang pelik, dan ianya diambil juga daripada
taurat dan injil, oleh kerana itu ia bukanlah sebuah mu`jizat tidak pada
susunannya dan tidak juga pada maknanya.
Namun pada text
Al-Quran mereka mengatakan bahwa setiap huruf-hurufnya telah diganti, dan
saling tidak bersesuaian satu dengan yang lain, dan dalam texsnya juga
kesalahan yang banyak secara ilmiah, sejarah, bahasa, akhlak, dan tidak ada
tempat untuk melawan tuduhan tersebut melainkan kita meninggalkanya. Dan adapun
dari segi kepribadian Nabi Muhammad mereka pun banyak menuduh dan membuat
karikatur palsu tentang banginda dan menggambarkan dengan sesuatu yang keji,
seperti seorang teroris, seorang yang suka perempuan, seorang yang menikah
perempuan dibawah umur dan lain-lain.
Tahun 1998, Salman Rushdie menulis “Satanic Verses” yang konon
terinspirasi sebagian oleh kehidupan nabi Muhammad. Karya Rushdie ini
memenangkan pujian dari kritikus di Inggris tetapi menimbulkan kemarahan di
kalangan umat Islam, yang menganggap novel itu berisi fitnah dan pelecehan.
film penghina Nabi ‘Innocence of Muslim’ beredar sekarang di tahun 2012 ini,
pada tahun 1998, Salman Rushdie sudah “memelopori” penghinaan terhadap Islam
dengan bukunya ‘Satanic Verses’. Gaung Rushdie ketika itu hanya didengar di
beberapa negara saja, tidak seheboh seperti sekarang. (Islampos.com, 2012).
Ditambah lagi karikatur-karikatur palsu dan menghinakan Rasulullah. Beliau
digambarkan sebagai orang yang haus peperangan dan seorang teroris. Beliau
disebut juga sebagai orang yang suka wanita dan gila sex. Inilah
gambaran-gambaran serangan pemikiran ummat Islam, jika kita tidak siap maka
akan mudah terpengaruh dengan mereka. Kerana dengan menggunakan media surat
kabar serta televisyen, hal-hal seperti ini akan sangat mudah menyebar dalam
masyarakat Muslim.
3.2
Membuat keraguan pada Sunnah Nabawiyyah
Musuh-musuh Islam membuat keraguan pada sunnah Rasullullah. Sangat
susah bagi mereka untuk melakukan perkara ini, namun mereka memilih cara lain,
iaitu membuat keraguan atas para sahabat tentang keadialan dan dhabath pada
diri mereka. Sehingga menjadikan hadist baginda Rasulullah S.A.W seakan-akan
ditolak sebab perawinya tidak betul. Dan menyalahkan satu riwayat dengan
riwayat yang lain. Kemudian mereka membuat keraguan atas para pakar-pakar
hadist dikalangan para ulama, terutama daripada ilmu jarh wa ta`dil. Kemudian
mereka menggunakan sistem hermenetika dalam memahami hadist yang akan
memberikan pemahaman yang sangat jauh dengan apa yang diuraikan oleh
ulama-ulama dahulu hingga sekarang.
Orang-orang
sekular memahami hadist dan Al-Quran secara akal mereka. Walaupun itu
bertentangan dengan ijma` para ulama. Bahkan mengambil mudah dalam perkara
hadist Rasul ini. Inilah yang dilakukan oleh para orientalis barat. Mengkaji
tentang hadist-hadist dan menukar-nukar hadist-hadist yang dianggap
menguntungkan mereka. Hal ini sangat berbahaya sekali bagi orang awam, yang
tidak memahami Islam secara menyeluruh.
3.3 Penyerangan dari segi hiburan
(Hidonisme)
Kata hedonisme diambil dari Bahasa Yunani ἡδονισμός hēdonismos dari akar
kata ἡδονή hēdonē, artinya
"kesenangan". Paham ini
berusaha menjelaskan adalah baik apa yang memuaskan keinginan manusia dan apa yang
meningkatkan kuantitas kesenangan itu sendiri. Hedonisme adalah pandangan hidup
yang menganggap bahwa orang akan menjadi bahagia dengan mencari kebahagiaan
sebanyak mungkin dan sedapat mungkin menghindari perasaan-perasaan yang
menyakitkan. Hedonisme merupakan ajaran atau pandangan bahwa kesenangan atau
kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia. Terdapat tiga sekolah
pemikiran dalam hedonis yakni Cyrenaics, Epikureanisme, dan Utilitarianisme. (www.wikipedia.com). Hidonisme adalah mencari sesuatu kesenangan
tanpa melihat perkara itu halal atau haram. Padalah baginda Rasulullah S.A.W
bersabda:
إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ
الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ
" Sesungguhnya sesuatu yang
halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara
yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. (H.R Imam Bukhari
dan Muslim)
Ummat
Islam dalam mencari kesenangan mempunyai aturan-aturan yang telah digariskan
oleh syara`. Tidak ada salahnya mencari kesenangan akan tetapi selama tidak
membawa kepada perkara-perkara yang haram. Rasulullah juga mempunyai sahabat
yang menghibur beliau, termasuk penyair yang menghibur baginda Rasulullah.
Namun dengan cara menyalah gunakan apa yang digariskan Allah dan Rasulullnya akan
menjadi haram dilakukan. Seperti mencari kesenangan dengan berhibur secara
berlebih-lebihan, apalagi ada unsur-unsur syahyat birahi bukan suami isteri.
Dan berhibur dengan menghisap dadah agar mencapai titik ketenangan.
Perkara-perkara yang melanggar syara` ini sangat dilarang oleh Islam. Islam
adalah agama yang sempurna yang mengatur segala sendi-sendi kehidupan secara
sempurna.
Menurut Prof. Dr. H. Fauzul Iman MA, (2011) Watak
hedonis ini jelas sangat berbahaya dan mengancam kemaslahatan umat. Alquran menyebutnya
manusia seperti ini seperti Qarun, orang yang sangat gemar dengan kepuasan
dunia sesaat. Qarun adalah manusia hedonis yang sehari-harinya menimbun harta
dan emas di dalam istananya. Pintunya dikunci dengan gembok yang besar hingga
tak seorang pun mampu mengangkatnya.
Sebagaimana Berita yang tersebar di dalam akhabar utama seluruh Malaysia baru-baru ini menyebarkan khabar buruk di mana polis telah mengesahkan enam maut (tiga lelaki dan tiga wanita) termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan (melebihi dos) hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Jumaat, 15 Mac lalu. Sementara tiga lagi menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. (budiey.com)
Sebagaimana Berita yang tersebar di dalam akhabar utama seluruh Malaysia baru-baru ini menyebarkan khabar buruk di mana polis telah mengesahkan enam maut (tiga lelaki dan tiga wanita) termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan (melebihi dos) hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Jumaat, 15 Mac lalu. Sementara tiga lagi menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. (budiey.com)
4.0
TIGA CONTOH ALIRAN PEMIKIRAN
4.1 Komunisme
Komunisme adalah sebuah ideologi.
Penganut paham ini berasal dari Manifest der Kommunistischen yang
ditulis oleh Karl Marx dan Friedrich
Engels, sebuah manifesto politik
yang pertama kali diterbitkan pada 21
Februari 1848 teori mengenai komunis sebuah analisis
pendekatan kepada perjuangan kelas
(sejarah dan masa kini) dan ekonomi kesejahteraan yang
kemudian pernah menjadi salah satu gerakan yang paling berpengaruh dalam dunia
politik. Komunisme pada awal kelahiran adalah sebuah koreksi terhadap paham kapitalisme di awal
abad
ke-19, dalam suasana yang menganggap bahwa kaum buruh dan pekerja tani hanyalah bagian dari produksi dan
yang lebih mementingkan kesejahteraan ekonomi. Akan
tetapi, dalam perkembangan selanjutnya, muncul beberapa faksi internal dalam komunisme antara penganut komunis teori
dan komunis revolusioner yang masing-masing mempunyai teori dan cara perjuangan
yang berbeda dalam pencapaian masyarakat sosialis untuk
menuju dengan apa yang disebutnya sebagai masyarakat utopia (Wikipedia)
Fahaman ini dianut oleh berabagai negara
sehingga sekarang ini. Di Indonesia fahaman ini telah dilarang kerana telah
menjadikan Indonesia huru-hara pada tahun 1965. Fahaman yang menghalalkan
setiap cara untuk memperoleh sebuah tujuan. Komunisme
adalah satu pemikiran yang sangat berbahaya. Kerana ia akan menjadikan
perkara-perkara yang haram menjadi halal, contohnya dalam bidang ekonomi, Islam
menganut asas jual beli dan menjauhkan daripada riba, namun perkara ini tidak
berlaku dalam pahaman ini.
4.2
Liberalisme
Liberalisme
adalah salah satu pemikiran yang berasal daripada barat. Namun pada hari ini
para iktelektual mengadopsinya dalam Islam. Sehingga dikenal juga dengan Islam
liberal. Menurut mohammad Ariffin dalam bukan beliau “Cabaran akidah : Pemikiran Islam Liberal” bahwa
Islam liberal
pada mulanya diperkenalkan oleh buku “Liberal Islam : A Source Book” yang
ditulis oleh Charles Kuzman (London, Oxford University Press, 1988) dan buku “Islamic Liberalism : A
Critique of Development
Ideologies ” yang
ditulis oleh Leonard Binder (Chicago, University of Chicago Press, 1998). Walaupun buku ini diterbitkan
tahun 1998, tetapi idea yang mendokong liberalisasi telah muncul terlebih
dahulu seperti gerakan modenisasi Islam, gerakan sekularisme dan sebagainya. Oleh sebab itu walaupun Jaringan Islam Liberal di Indonesia bermula tahun 2001, tetapi idea-idea Islam Liberal di Indonesia sudah ada sejak tahun 1970 dengan munculnya idea sekularisasi dan modernisasi
Islam yang
dibawa oleh Nurkholis Majid, Harun Nasution, Mukti Ali, dan kawan- kawannya (lebih lanjut rujuk buku 50 Tokoh Islam Liberal
di Indonesia, Budi Handrianto, Jakarta, 2000).
Liberalisme atau liberal
boleh juga dikatakan sebuah ideologi,
pandangan filsafat, dan
tradisi politik yang didasarkan pada pemahaman bahwa kebebasan dan
persamaan hak adalah nilai politik yang utama. Secara umum, liberalisme
mencita-citakan suatu masyarakat yang bebas, dicirikan oleh kebebasan berpikir
bagi para individu (oxford). Paham liberalisme menolak adanya pembatasan,
khususnya dari pemerintah dan agama. Dalam masyarakat modern, liberalisme akan
dapat tumbuh dalam sistem demokrasi, hal ini
dikarenakan keduanya sama-sama didasarkan pada kebebasan mayoritas.
Pemikiran
ini termasuk daripada golongangan yang dapat merusakkan tida unsur dibawah ini:
Pertama
– Tasykik iaitu gerakan yang berupaya menciptakan keraguan dan
kedangkalan (superficiality) aqidah umat Islam terhadap ajaran
agamanya. Misalnya, tindakan segelintir manusia yang menyerang (memperlecehkan)
Al-Qur’an dan Hadits, menghina Nabi Muhammad S.A.W atau berkempen bahawa
hukum Islam tidak sesuai dengan tuntutan cara hidup zaman sekarang.
Kedua – Tasywih iaitu gerakan yang berupaya
menghilangkan kebanggaan umat Islam terhadap ajaran agamanya.
Anologinya dengan memberikan gambaran Islam secara buruk sehingga timbul rasa
rendah diri (inferiority) di kalangan umat Islam. Di sini, mereka melakukan
penceritaan (naratif) negatif tentang agama Islam melalui media massa dan
ceramah dengan menggambarkan bahawa agama Islam itu kelihatan menyeramkan,
kejam, sadis, radikal dan lain-lain istilah yang kurang menyenangkan
pendengarnya.
Ketiga – Tadzwib iaitu usaha pencairan budaya dan
pemikiran (dilution of culture and thought). Di sini, kuffar dan munafiqin
telah mencampuradukkan antara hak dan batil di antara ajaran Islam dan bukan
Islam. Sehingga umat Islam kekeliruan dan kebingungan untuk mendapatkan
bimbingan atau pedoman hidup.
Keempat
– Taghrib iaitu usaha pembaratan (westernization) dunia Islam dengan
mengalak atau mendorong umat Islam untuk menerima pemikiran Barat dan budaya
mereka seperti sekularisme, pluralisme, nasionalisme, dan liberalisme.
Hal ini sangat berbahaya dikalangan
ummat Islam sekarang ini, terutama di Indonesia yang mempraktikan bahwa agama
itu semua sama. Dan menikah dengan berbagai agama lelaki dengan perempuan
adalah perkara yang biasa. Mereka boleh meneka-neka sendiri cara beribadat,
padahal perkara itu telah di ijma`kan oleh para ulama.
4.3
Zionisme
Zionisme adalah sebuah gerakan politik
kaum Yahudi
yang tersebar di seluruh dunia untuk kembali lagi ke Zion, bukit
di mana kota Yerusalem
berdiri. Gerakan yang muncul di abad
ke-19 ini semula ingin mendirikan sebuah negara Yahudi di Afrika
kemudian berubah di tanah Palestina yang kala itu
dikuasai Kekaisaran Ottoman (Khalifah Ustmaniah) Turki.
Zionisme
merupakan gerakan Yahudi Internasional.
Istilah zionis pertama kali dipakai oleh perintis kebudayaan Yahudi, Mathias Acher
(1864-1937), dan gerakan ini diorganisasi oleh beberapa tokoh Yahudi
antara lain Dr. Theodor Herzl dan Dr.
Chaim Weizmann. Dr. Theodor Herzl menyusun doktrin Zionisme sejak
1882 yang kemudian disistematisasikan dalam bukunya "Der
Judenstaat" (Negara Yahudi) (1896). Doktrin ini
dikonkritkan melalui Kongres Zionis Sedunia pertama di Basel, Swiss, tahun
1897.
Setelah berdirinya negara Israel pada tanggal 15
Mei 1948,
maka tujuan kaum zionis berubah menjadi pembela negara baru ini.
Hal ini
berdasarkan kepada firman Allah ta`la dalam surah al-Baqarah, ayat 120:
Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak pernah akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti
agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang
benar). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan
datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
Tidak mudah untuk menjelaskan eksistensi gerakan rahasia
kaum zionis. Bukan saja karena sifatnya yang rahasia, tetapi tenggang waktu
gerakannya yang sudah berlangsung ratusan tahun dan warna sejarahnya yang
panjang menyebabkan berbagai spekulasi dan hipotesis tentang gerakan tersebut.
Memang pada awalnya, zionisme lahir dari aspirasi kaum Yahudi untuk memenuhi
panggilan “tanah yang dijanjikan” atau Ezrat Yisrail. Akan tetapi, dalam
perkembangannya, zionisme menjadi sebuah ideologi imperialisme baru yang ingin
“mengangkangi” dunia dengan melemahkan potensi umat beragama termasuk agama
Yahudi itu sendiri. Dengan kata lain, zionis adalah Yahudi sedangkan zionisme
adalah ideologi atau gerakan sekuler-materialistis berskala internasional
untuk mengkafirkan umat beragama.
Pergerakan zionis ini boleh
dirasakan sampai sekarang secara terang-terangan memusuhi ummat Islam, terlebih
sekali orang-orang Palastine yang diambil tanah-tanah mereka dan mengotori
kesucian mesjid Al-Aqsa. Mereka juga tidak henti-hentinya melakukan propaganda
di negara-negara Muslim, seperti yang terjadi di Syiria sekarang ini serta
Mesir dan negara-negara Arab Islam lainnya. Pengusaan dari segi ekonomi dan
media internasional membuat mereka sangat aktif dalam menyebarkan berbagai
fahaman yang meruntuhkan nilai-nilai ummat Islam di dunia. Agenda perang
terorisme adalah satu satu program mereka yang meracuni ummat Islam. Sehingga
dunia memandang Islam pada hari ini sebagai teroris yang harus dimusnahkan di
muka bumi.
5.0
KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM
Musuh-musuh Islam selalu menggunakan cara-cara yang berkesan, sasarannya
adalah ummat Islam yang tidak memiki pondasi yang kuat. Mereka adakan selalu
terperdaya. Adapun beberapa kaedah diantaranya yang digunakan oleh
musuh-musuh Islam adalah:
5.1
Mengusai media masa
Mereka selalu melakukan pelbagai serangan melalui media masa,
seperti televisyen dan akhbar serta halaman sosial sekarang ini, terutama sekali
media youtube, dan lain-lain. Mereka mempunyai banyak tujuan mengusainya
antaranya adalah:
Dengan membuat penyimpangan media, propaganda dan perang
psikologi. Inilah yang terjadi dikawasan Timur tengah sekarang ini, akibat
pengaruh pemberitaan antara berbagai media masa. Apa yang terjadi di Mesir
baru-baru ini atas rampasan kuasa Mesir tidak luput daripada pemberitaan serta
hasutan-hasutan terhadap ummat Islam di Mesir. Canel milik barat memberitakan
berita lain, serta televisyen Arab memberitakan berita yang tidak sama.
Media-media barat yang sebahagian besar pro dengan Yahudi. Inilah salah satu
agenda pergerakan Zionisme agar membuat kawasan timur tengah selalu bergejolak
sehingga memmbuat negara-negara mereka itu sibuk dan melupakan Palestin. Dengan
terjadinya pergaduhan antara sesama negara-negara Islam menjadi peluang besar
bagi negara zionis Israel bangkit.
5.2
Pesyen (busana)
Selain menjadi tujuan bisnis, matlamat utama adalah untuk merubah
cara berpakaian orang Islam, dengan mengisukan tertinggal dan ketinggalan zaman
sehingga ummat Islam meninggalkannya begitu sahaja. Islam membolehkan kita
berbusana tetapi haruslah menutup aurat. Dari segi bentuk, warna dan menutup
aurat baik lekai maupun perempuan.
Menurut Ervan Subagyo, (2012) Target musuh terutama dikalangan
generasi muda yang kebanyakan sudah berkiblat pada trend-trend orang kafir yang
selalu mengumbar aurat dan menimbulkan syahwat. Misalnya para perancang
busana mempromosikan pakaian yang indah namun mengumbar lekuk tubuh pria dan
wanita, memamerkan potongan pakaian yang menampakkan pakaian dalam pria dan
wanita hingga promosi gaya hidup lesbian, homoseksual yang sekuler, mereka
mninggalkan pakain ketqwaan ala islam dan para Nabi yang santun dibalut pakaian
suci dan menutup aurat baik jilbab maupun gamis dan koko yang bersih. Yakinlah,
kehidupan sekuler semakin dikejar sejatinya semakin tak mampu mengisi relung
hati manusia dengan materi semata. Karena itulah tipu daya syaithan.
5.3
Menguasai media sosial
Kalau kita tahu bahwa yang membuat facebook merupakan salah seorang
daripada orang yahudi. Begitu juga media-media sosial yang lain seperti
yahoo.com dan lain-lain. Mereka menyebarkan berita-berita yang tidak betul
tentang Islam. Dan menunjukkan perkara-perkara sehingga membuat ummat Islam
menjauh daripada Allah. Termasuk facebook yang memang jelas-jelas dibuat dan
dirancang oleh orang Yahudi sendiri iaitu Mark Zuckerberg. Namun madia sosial
merupakan wasilah, ia bukanlah sebagai tujuan, seperti pisau untuk memotong
daging, kalou dipakai untuk membunuh orang akan berdausa. Namun penggunaan
media-media sosial jangan membuat ummat terpengaruh dengan posting-posting yang
dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Seperti kita dapati dihalaman email yahoo.com
yang terkadang menyebarkan berita-berita yang merugikan ummat Islam.
6.0
MEDIUM-MEDIUM YANG DIGUNAKAN MUSUH-MUSUH ISLAM
I.
Universiti
Institusi pendidikan merupakan sarana yang sangat tepat yang
dilakukan oleh musuh-musuh Islam, terutama sekali kaum liberal. Di Indonesia
yang dilakukan beberapa tokoh liberal yang masuk dalam pensyarah universiti.
Hal ini berdampak sangat luas dan sangat besar pengaruhnya, terutama dalam
meracuni generasi muda agar menjadi kaum liberal. Nur Khalis Majid (Caknur)
Mengajar di IAIN Syarif Hidayatullah, 1972-1976; penysarah pascasarjana IAIN
Syarif Hidayatullah, dan sebagai peneliti pada LIPI, mendirikan dan memimpin
Yayasan Wakaf Paramadina, dengan kegiatan-kegiatan yang mengarah kepada gerakan
intelektual Islam di Indonesia. Hal ini adalah kesempatan untuk menyebar
pengaruhnya dalam meracuni generasi kaum muda.
II.
Konferensi
Kaum liberal juga masuk dalam organisi-organisasi kemahasiswaan,
kemasyarakat, dan perpolitikan. Seperti tokoh liberal Indonesia Nur Khalis
Majid yang aktif dalam beberapa organisasi intelektual Muslim Indonesia.
Disitulah fikrah-fikrahnya mulai disebarkan dengan logik bagi mereka yang
terpengaruh. Dan pernah memangku jawatan
sebagai Wakil Ketua Dewan pakar Ikatan Cendekiawan Muslim se Indonesia
(ICMI). Dan Aktif dalam gerakan
kemahasiswaan, termasuk sebagai pengetua Umum PB HMI (Pengurus Besar Himpunan
Mahasiswa Islam), 1966-1969 dan 1969-1971; Presiden (pertama) PEMIAT (Persatuan
Mahasiswa Islam Asia Tenggara), 1967-1969; Wakil Sekjen IIFSO (International
Islamic Federation of Students Organizations). Organisani-organisi ini akan
membuat konferensi-konferensi ilmiah termasuk tentang isu semasa. Disanalah
mulanya berkembang fahamah liberal yang kemudian hari berkembang dari anak-anak
muridnya.
III.
Halaman wab dan buku cetak
Jaringan liberal juga mempunyai halaman wab sendiri. Termasuk
liberal Indonesia yang sekarang aktif di halaman wab http://islamlib.com.
Mereka terus menerus menulis artikel-artikel kemudian disebarkan kepada
masyarakat. Terutama untuk kalangan yang terpelajar. Mereka juga membuat
pembahasan ilmiah yang kemudian dipuliblikasikan serta di cetak. Tokoh-tokoh
mereka juga aktif menulis dan tulisan mereka telah dicetak oleh beberapa
penerbit di Indonesia. Seperti yang dilakukan oleh Nur Khalis Majid yang banyak
menulis makalah-makalah yang diterbitkan dalam berbagai majalah, surat kabar
dan buku suntingan, beberapa diantaranya berbahasa Inggris. Buku-bukunya yang
telah terbit ialah Khazanah Intelektual Islam (Jakarta, Bulan Bintang/Obor,
1984) dan Islam, Kemodernan dan Keindonesiaan, suntingan Agus Edy Santoso
(Bandung, Mizan, 1988).
7.0
LANGKAH-LANGKAH KAWALAN DAN KEKANGAN-KEKANGAN YANG WUJUD
I.
Untuk mengawal dari serangan pemikiran ada tiga perkara dibawah ini:
Yang pertama dengan
wasathiyyah dengan makna Islam yang menyeluruh didalam kalangan ummat ini
termasuk para pemikir dan para ulama. Yang kedua saling menyempurnakan dalam
pemahaman Islam. Yang ketiga menasihatkan dengan Islam secara am dan dengan
pehamanan yang menyeluruh. (Prof Dr Muhammad Abdul Latif, 2002). Untuk
melakukan dua perkara diantara tiga diatas tersebut memiliki kekangan yang amat
besar, terutama dari segi pemahaman masyarakat dengan Islam. Hal ini harus
dibina terlebih dahulu mengenal Islam secara kaffah daripada diri sendiri,
kemudian ahli keluarga, kemudian masyarakat dan negara.
II. Langkah-langkah untuk menangani ajaran yang melencong (sesat)
Menurut Prof Madya Dr Ismail Mamat, (2011) Langkah-langkah kawalan
dengan melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Menyebarkan
Islam. Kerjasama dalam penguat kuasa undang-undang. Program pemulihan Aqidah.
Langkah ini pun hampir sama kekangan yang dihadapi seperti yang diatas, namun dari
segi menyebarkan Islam perlulah mempersiapkan diri dulu, dengan ilmu dan
tazkiyah, barulah mengajak orang untuk Islam yang sebenar. Kalau tidak apa yang
kita sebarkan itupun akan menjadi ajaran yang
melencong pada dasarnya. Begitu juga penguatkuasa undang-undang yang
suatu ketika dipermainkan akibat politik disesebuah negara. Akhirnya kerjasama
yang seperti ini sudah untuk diwujudkan.
III. Menyerang pemikiran mereka
Menyerang pemikiran mereka tentulah harus memiliki ilmu yang kuat
dan pehaman Islam yang menyeluruh. Hal ini dapat dilaksanakan dengan mewujudkan
perkara-perkara berikut:
1. Mendirikan Universiti, dengan membuku universiti Islam
dimerata-merata negara Islam dan melahirkan para ilmuan serta ulama dan para
pendakwah hal dapat melawan segala serangan pemikiran dengan cepat.
2. Membuka tempat-tempat
kajian ilmu serta diskusi antara agama dan orang-orang yang menyimpang dari
ajaran sebenar.
3. Membuka institusi
ilmiah yang membahas isu-isu semasa yang
menyerang pemikiran ummat Islam. Untuk menjalankan perkara-perkara ini mendapat
kekangan yang besar terutama sagi dana, dan kesiapan intelektual seorang
muslim. Kemudian sokongan daripada kerajaan, kalou tidak ada yang demikian itu
maka perkara ini tidak dapat dilaksanakan kerena kekangan yang dihadapi.
1V. Menjadi Insan Rabbani
Allah subhnahu wata`ala menyuruh kita untuk menjadi orang-orang
Rabbani sebagaimana firmannya Surah Ali-Imrah, ayat 79:
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللّهُ
الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَاداً
لِّي مِن دُونِ اللّهِ وَلَـكِن كُونُواْ رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ
تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ
Maksudnya: “Tidaklah patut bagi seseorang
manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi,
kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu
menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah
Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi
orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal
yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan
kerana kamu selalu mempelajarinya.”
Rasulullah merupakan Imam
bagi orang-orang Rabbani, mereka adalah orang-orang yang tidak akan tersesat
dengan arus dunia, mereka tidak akan terkena serangan pemikiran-pemikiran dari
pada ajaran Islam sebenar.
Oleh kerana itu
wahai manusia sekalian, perlulah kita mempersiapkan diri dengan kukuh baik dari
segi rohani maupun jasmani. Mari kita mengishlahkan akal dan membersihkan jiwa
kita sehingga kita mampu membentenginya. Dimulakan dari rumah kita, kemudian setiap orang Islam, kemudian dengan
masyarakat sekalian. Setelah kita mempesiapkan diri dengan matang barulah kita
bebas dengan setiap serangan. Walaupun seribu dan berjuta-juta serangan yang
datang tidak menjadi permasalahan bagi kita lagi. Walaupun seluruh manusia
dimuka menyerang kita dan segi pemikiran dan membuat tipu daya atas kita namun
tiada pengaruh sama sekali. Mereka adalah orang-orang yang terlah diselamatkan
oleh Allah kerana membuat pondasi yang kuat sebagaimana yang telah diajarkan
oleh baginda Rasulullah, sebagaimana firman Allah ta`ala dalam surah
Ali-Imaran, ayat 173-174:
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ
قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُواْ حَسْبُنَا
اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh
orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik)
telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun
kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata:
"Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang
terserah kepadaNya segala urusan kami)".
Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah
merupakan kesimpulan dari tiga unsur: Ilmu yang bermanfa`at, tazkiyah, dan
dakwah. Manhaj ini mecakup kepada feqah hadhari, takamul
hadhari, suluk shahih, dan dakwah.
Namun kekangan untuk mewujudkan perkara ini adalah terjadinya khilaf
diantara ummat Islam. Namun khilaf itu dijadikan bahan perpecahan dan bukan
sebagai rahmat. Menurut Abdul Muiz (2012) Seca fitrah, manusia sememangnya
dikaruniakan kekuatan dan pemahaman yang berbeza satu sama lain. Atas fenomena
tersebut, terbit banyak perbezaan pandangan dikalngan mereka seterusnya
membentuk pelbagai aliran. Ta`assub mazhab dan tidak mengindahkan perbezaan
pendapat dengan orang lain merupakan sebuah fitnah besar dikalangan ummat
Islam, apatah lagi sesama Ahlissunnah waljama`ah.
7.0
KESIMPULAN
Musuh-musuh Islam tidak henti-hentinya menyerang pemikiran ummat
Islam. Serangan tersebut boleh kita elakkan dengan memperkuat diri, keluarga
dan masyarakat, tentunya tidak menjauhkkan diri daripada orang-orang `Alim yang
telah di i`tiraf, mengikutnya dan selalu berkomunikasi, perkara tersebuat akan
menjadi benteng yang kuat sebagai mana yang telah dilakukan oleh para sahabat
yang selalu bersama Rasulullah sehingga mereka tidak terpengaruh sama sekali
dengan serangan pemikiran yang dilakukan oleh kafir Qurasy maupun golongan
munafiqin.
Ummat Islam seharusnya tidak leka dan lalai dalam mendidik anak-anak.
Kerana pondasi ummat Itu harus dibina dulu daripada hati, kemudian baru untuk
ahli keluarga, kemudian kepada masyarakat, kemudian kepada negara dan seluruh
manusia di muka bumi. Musuh-musuh Islam baik komusnisme, liberalisme, zionisme
tidak akan berhenti menyerang pemikiran ummat Islam.
Dia abad 21 berbagai
pemikiran telah muncul. Kemungkinan besar pemikiran pemikiran yang menyimpang
akan lebih keras dan berbahaya dimasa-masa yang akan datang. Hal inilah yang
harus dikhawatirkan dari sekarang. Terutama bagi pihak kerajaan agar mengawasi
setiap para penduduknya dari tokoh-tokoh atau orang-orang yang sengaja membuat
serangan pemikiran sehingga terpengaruh begitu sahaja. Namun Ilmu yang shahih
yang berasal dari Rasulullahlah yang dapat menangkis semua serangan tersebut.
Jika manusia kembali kepada ajaran sebenarnya maka akan terselematkan dunia dan
akhirat.
BIBILIOGRAFI
Al-Quran
Al-karim dan terjemahannya.
Kamus
Al-Wasith. (2014). Mesir. Maktabah Syuruq Ad-Dauliyyah. Hal : 658
Abdul
Mu`izz. (2012). Khilaf. Kuala Lumpur, Malaysia. Must Read Sdn Berhad.
Ibnu Kathi , Tafsir Al-Qur`an Al-Karim surah
Al-Anbiyaa ayat, 60, katsir iii/183).
Hamka.
(2006). Falsafah Hidup. Selangor, Malaysia. Pustaka Dini Sdn Berhad.
Ismail Mamat. (2011). Kaedah Pengajian
Ushuluddin. Selangor, Malaysia. Open Universitiy Malaysia (OUM)
Coady, C. A. J. (1995). Distributive Justice, A .
Liberalisme' didefinisikan sebagai suatu etika sosial yang menganjurkan
kebebasan dan kesetaraan secara umum." - Companion to Contemporary
Political Philosophy, editors Goodin, Robert E. and Pettit, Philip.
Blackwell Publishing.
Muhammad
Abdul Latif. (2009). Al-Madrasah Ar-Rabbaniyyah Warijaluha Ar-Rabbaniyyuna
Fil Islam. Damasukus, Syiria.
……………………………..,(2002).
Haqaiqu `anil Fikri al-Islami, Darul Maktabi, 2002. Syiria,
Damaskus.hal: 147
………………………………
(2013). Ar-Rabbaniyyah Al-Islamiyyah
Al-Mujaddidiyyah Al-`Alamiyyah Madrasatan Wasulukan Wada`watan. Malaysa dan
Syiria. Darul Tajdid Islami Al-`Alami.
Oxford Manifesto dari Liberal International:
Sukarna.
(1981). Ideologi : Suatu
Studi Ilmu Politik. Bandung, Indonesia. Penerbit Alumni
Zulkifli
Dahalan. Et. al. 2009. Sejarah
Pemikiran Dan Tamadun Islam. Selangor, Malaysia. Universiti (UPENA),
UiTM.
Halaman Wab
http://siradel.blogspot.com/2011/12/bahaya-hedonisme-renungan.htmlJumat,
30 Desember 2011
http://www.islampos.com/penghinaan-nabi-dari-mulai-ayat-ayat-setan-salman-rushdie-sampai-aksi-pembakaran-quran-di-afghanistan-17728/Senin 8 Zulkaedah 1433 / 24 September 2012. 10:51
Kurang satu istilah .. orientalisme
BalasHapus