Selasa, 08 Juli 2014

MAQASID SYARI`AH



KEPENTINGAN MAQASID SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivHdBODUu0bFjIEfolymWQvLqkz2IHj9GAtLmd6yrISL-OtbSBWaZTjLie6Ty5E8C4MAG7_in0sM6qkjG9WtLn7ZUomSiq_7YyPyIz6rMBJLWTWFUVGXplN-Q7R5qxmK8hWwrDUrFWP4Ji/s320/Maqasid_Syariah_4c32ae38adf8c.jpg
Maqasid Syariah secara umumnya adalah rantaian lima prinsip Islam yang asas iaitu menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Oleh itu, pada hari ini teras Maqasid Syariah sangat penting dalam penerapannya sebagai model strategik dalam pentadbiran negara kita ke arah negara maju dan harmoni di mana prinsip asas ini juga menjadi keperluan fundamental kepada pengukuhan sistem pengurusan kewangan dan ekonomi negara, pendidikan serta politik di samping pemantapan pengurusan masyarakat majmuk di Malaysia secara menyeluruh malah sebagai teras terpenting dalam pemerkasaan institusi perlembagaan serta perundangan negara berlandaskan prinsip maqasid syariah yang berpaksikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan urus tadbir yang baik.

Menurut Dr. Murat Cizakca, maqasid syariah bermaksud matlamat-matlamat syariat dan rahsia-rahsia (asrar) yang ditentukan oleh Allah untuk setiap hukum merujuk kepada pandangan I'lal al-Fasi. Sehubungan dengan itu, ilmu maqasid pula adalah merupakan ilmu yang mengkaji tentang asas-asas yang menjadi sasaran syarak melalui penetapan hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah. Ini menunjukkan bahawa prinsip atau objektif asas ini merupakan kerangka terpenting dalam aplikasi kehidupan seharian sebagai pemacunya, lebih-lebih lagi dalam realiti hari ini yang cukup mencabar dan memerlukan satu pendekatan yang berkesan bagi memastikan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta terjamin.

Dalam pada itu, seperti yang telah disepakati oleh Imam Syartibi dan Al Ghazali bahawa matlamat-matlamat syariat berkenaan merangkumi lima komponen maqasid yang sangat mustahak iaitu Hifz al-Aql (akal), Hifz al-Din (agama), Hifz al-Mal (harta), Hifz al-Nafs (nyawa) dan Hifz al-Nasb (keturunan), iaitu setiap perundangan hukum itu mestilah bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia. Komponen penting maqasid ini membuktikan bahawa Islam adalah sistem hidup yang lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa jua urusan kehidupan. Garis panduan yang ideal ini adalah bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan dan serta kehormatan individu di samping memelihara keharmonian hubungan antara manusia.

Dalam aspek yang lebih luas, maqasid syariah juga telah diperdebatkan sebagai matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat Islam demi kepentingan umat manusia sejagat merujuk kepada pandangan Ahmad Al-Raisuni. Selanjutnya, Ibnu Rusyd pula turut menyifatkan maqasid sebagai hikmah di sebalik pensyariatan sesuatu hukum. Manakala pada pandangan al-Syatibi, Allah telah menetapkan syariatNya untuk memberikan kebaikan kepada seluruh manusia dan mengelakkan sebarang kerosakan daripada menimpa mereka. Dalam konteks ini, prinsip utama syariah tidak boleh dipandang ringan atau tidak diberikan perhatian sewajarnya kerana matlamatnnya sangat objektif dan sangat praktikal bagi menjamin kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan keturunan umat manusia di mana prinsip maqasid syariah juga mampu membantu melancarkan urus tadbir sesebuah kerajaan dalam peranan pembentukan individu sehinggalah kepada sebuah negara yang sempurna sama ada dalam bidang intelektual, ketenteraan, sains teknologi, ICT dan sebagainya.

Ibnu Asyur pula telah membahagikan maqasid dengan lebih terperinci lagi dengan mengkategorikannya kepada dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus di mana maqasid umum ialah maqasid yang dapat dilihat dalam hukum-hukum yang wajib dan melibatkan semua individu secara umum, manakala maqasid khusus pula ialah cara yang digunakan oleh syariah bagi merealisasikan kepentingan umum melalui tindak-tanduk perseorangan di mana misalnya hukum merekodkan perjanjian hutang dalam bidang muamalat dan sebagainya. Ini adalah bagi memastikan bahawa apa yang ingin dilaksanakan atau dirancang memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua, terjamin serta menampakkan impak positif dan yang paling utama ialah tidak melanggar batasan atau kehendak syariat yang telah ditetapkan. Kepentingan asas dalam maqasid ini dalam usaha memahami dan melaksanakan dasar politik, ekonomi dan sosial yang bersesuaian, perlindungan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta adalah ciri universal yang sebenarnya mempunyai pengaruh besar dalam pembangunan sesebuah negara dan bangsa.

Bagi memastikan perbincangan berkenaan kepentingan maqasid syariah menjadi lebih tuntas maka adalah menjadi keperluan untuk merujuk kepada pandangan al-Syatibi bahawa maqasid syariah secara dasarnya terangkum dalam tiga kategori iaitu kepentingandharuriyyat, iaitu segala yang sangat penting dalam survival kehidupan manusia untuk dipenuhi. Manakala keperluan hajiyat iaitu sesuatu keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia di mana umat manusia akan menghadapi kesempitan tanpa asas ini dipenuhi dan keperluan tahsiniyat pula suatu keperluan yang tidak penting berbentuk keselesaan semata-mata, bukan suatu kemestian. Oleh itu, dalam melakukan sesuatu tindakan atau perancangan sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek, maka tiga kategori ini perlu menjadi kretiria dan pra-syarat utama dalam membuat sesuatu keputusan berkenaannya terutamanya apabila melibatkan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta secara keseluruhannya ke arah pembentukan institusi masyarakat madani yang adil dan progresif.

RUJUKAN

Asmadi Mohamed Naim, 2003. Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam(Maqasid Syariah and Islamic Management Thinking). Sintok: Penerbit UUM.

Wan Jemizan Wan Deraman, 2010. Maqasid syariah dalam kewangan Islam. Utusan Malaysia, 31 Mac

Demokrasi juga maqasid syariah?, Utusan Malaysia, 2 Jun 2009

Laman web: http://fikrah.interaktif.tripod.com/Agama/maqasid.htm
Maqasid Syariah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBXE1IFhmI2g1yRHvT_FcjXgcePJeeK6LtjZ_E4sKykgLK6mFLI0NZdkldzS9iz61NiX4UiOI07-5kcQXpiPMoCwDBofAtmJqVEU5RaA89FYVAW07IEsz-D1Z_syWk_6Um8uibOrOOgl0/s200/DSC01874.JPG
Jemaah sekalian,
Pada 13 Julai 2009 (Isnin) yang lepas saya telah berpeluang menghadiri satu seminar bertajuk Seminar Maqasid Syariah/SMS Peringkat Kebangsaan di bandar Kota Bahru, Kelantan anjuran Jabatan Al-Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra/KIAS dgn kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan/JAHEIK. Seminar julung kali ini telah diadakan di Hotel Grand River View dan dihadiri oleh golongan sasar seminar dari seluruh pelusuk negara dengan anggaran seramai 400 orang.

Seminar yang bertemakan "Ke Arah Negara Sejahtera Lagi Berkat" berkisar mengenai ilmu maqasid syariah-aplikasi serta cabaran di dlm pentadbiran negara.

Perasmian seminar tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Disini saya ingin memetik ucapan Tuan Guru dari dalam Buku Cenderahati yang berbunyi:-

"Maqasid Syariah atau Objektif Syariat Islam dalam penentuan segala hukum syarak yang melibatkan persoalan ibadat, muamalat, munakahat, jenayah, politik dan pemerintahan adalah untuk memelihara kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat.

Dlm menghadapi pelbagai persoalan semasa khasnya yg menyentuh aspek pendidikan, sosial, ekonomi, kebudayaan, politik, perundangan dan hubungan antarabangsa Islam, para sarjana hukum perlu membuat penyelesaian berasaskan kefahaman yang mendalam berhubung Maqasid Syariah. Kegagalan memahami dan mengembangkan ilmu Maqasid Syariah ini merupakan faktor terpenting yang menyebabkan timbulnya kekeliruan dan penolakan masyarakat umum terhadap pelaksanaan syariat Islam dalam sistem pemerintahan negara dewasa ini".

Tambah beliau lagi dalam ucapan perasmian, "Alangkah baiknya jika seminar seperti ini didedahkan kepada kami 50 tahun dahulu".

Sebanyak 5 Kertas Kerja telah dibentangkan oleh para ilmuan yang memang pakar dalam bidang masing-masing. Ringkasan kertas kerja tersebut adalah:-
i)Kertas Kerja 1: Maqasid Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara
oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman/Pensyarah Jabatan Al-Syariah(KIAS)

ii)Kertas Kerja 2: Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Kewangan & Ekonomi Negara
oleh Prof Madya Dato' Dr Hailani Muji Tahir/Pensyarah Fakulti Pengajian
Islam, UKM
iii) Kertas Kerja 3: Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Masyarakat Majmuk di Malaysia
oleh Prof Madya Dr Shukeri Mohamad/Pensyarah Akedemi Pengajian
Islam Nilam Puri, UM
iv) Kertas Kerja 4: Maqasid Syariah & Penafsiran Perlembagaan Malaysia
oleh Prof Dr Abdul Aziz/Pensyarah Kuliah Undang-Undang Ahmad
Ibrahim, UIA
v) Kertas Kerja 5: Maqasid Syariah Sebagai Dasar Membangun Bersama Islam: Satu
Pengalaman Kerajaan Negeri Kelantan
oleh YB Dato' Mohd Amar Abdullah/EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
Notasila rujuk lampiran untuk kelima-lima kertas kerja tersebut
Antara yang ditekankan dlm maqasid syariah mestilah ianya menjaga maslahah yg 5 iaitu:-
1)Agama
2)Nyawa
3)Akal
4)Keturunan
5)Harta-benda
Nota: disusun mengikut keutamaan dan maslahan agama menjadi perkara utama
Segala penghukuman perlulah sampai sehingga kepada unsur mendidik, mencegah dan seumpamanya.

Byk pendedahan yang kami belajar dan merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Antaranya ialah semasa solat zuhur selesai sahaja rehat makan tengahari, kami bertiga ke surau hotel (biasalah tidak besar mana cuma ada tmpt solat dan tmpt wuduk). Kami hari tu solat jamak & qasar sekali dgn berimamkan Tn Hj Md Termizi. Dalam rakaat ke-2 tiba2 perasaan ada jemaah baru join. Selesai shj solat zuhur kami nak sambung solat Asar baru perasan yg jemaah tadi rupa2nya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz !!
Kami selesai dulu. Masa pakai kasut tak nampak pun pengawal peribadi yg jaga Tuan Guru cuma pekerja hotel adalah sorang tunggu di pintu masuk surau. Ingat nak ambil kesempatan bersalam tapi tak perasan Tuan Guru dah beredar, laju pulak tu jalannya.
Apabila selesai shj seminar disebelah petangnya kami sempat bersiar-siar ke Pasar Siti Khadijah (jln kaki aje dari hotel). Sempat beli dodol dan makan durian sekali.
Kami solat berjemaah Maghrib di Masjid Muhammadi dan sambung dengan jamak Isyak dgn berimamkan Tn Hj Termizi. Perasan juga ada jemaah lain ikut sekali dan bila selesai solat, bersembang dengan mereka, rupanya jemaah dari Kedah nak ke Manik Urai untuk bantu kempen pilihanraya. Hebat jemaah Kedah (Kota Raja pun ape kurangnye !).
Selepas tu kami terus nak ke airport sbb flight jam 9:55mlm (naik Fire Fly). Allah permudahkan sungguh krn ada seorang jemaah yang bantu kami hantar ke airport. Jemaah tersebut pernah bekerja diPort Klang dan kerjanya bawa kapal laut dalam sebagai nelayan=> org ni hebat sbb pasang 3 orang bini !! (Kelantan tu salah soranglah).
Lps ambil boarding pass sempat kami makan diwarung dpn airport Pengkalan Chepa. Saya makan Nasi Goreng Pataya yang lain lain makan Nasi Goreng jenis apa tak ingat dah. Harga biasa saja dan berpatutan.
Jam 9:25mlm boarding n bertolak jam 9:55mlm dan akhirnya sampai di Subang Airport sekitar jam 11mlm.
Itulah serba-sedikit cerite kami bertiga.
Namun yg penting saya nak kongsikan bersama ialah demi untuk mengeluarkan kita semua dari kejahilan terutama apabila bercakap berkenaan dengan Maqasid Syariah. Program sehari begini mana mungkin dapat memberi kefahaman sepenuhnya namun sekurang-kurangnya pendedahan awal kearah pentadbiran Malaysia yang"Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur" kami telah lalui.
Satu ungkapan dlm kertas kerja yg agak menarik perhatian saya ialah "Syariatdidaulatkan, kemaslahan rakyat diutamakan" saya nukilkan disini sebagi penutup tulisan saya.

Sekian & mudah-mudahan ada manafaat.
Syed
Tmn Sri Andalas, Klang
p/s: -yg hadir saya, Tn Hj Md Ali & Tn Hj Md Termizi
-kami ada jumpe Tok Mufti Selangor jugak hadir

Tidak ada komentar:

Posting Komentar