Selasa, 01 Juli 2014

BUKTI DAN DALIL BAHAWA HADIS NABI S.A.W TIDAK MENYALAHI KAJIAN SAINS DAN DAPATANNYA



BEBERAPA CONTOH HADIS YANG BERORIENTASIKAN SAINS DAN KUPASAN ULAMA TERDAHULU MENGENAINYA

KAJIAN SAINS SEMASA YANG MEMBUKTIKAN LAGI KEBENARAN HADIS NABI S.A.W TERSEBUT



Islam yang tidak bertentangan dengan sains
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
"…sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."
(Surah al-Qashas [28]:26)

Syaikhul Islam Al-Imam Ibnu Tayyimah rahimullahi Ta'ala di dalam karyanya "al-Siyasah al-Syar'iyyah fi Islah ar-Ra'i wa ar-Ra'iyyah", m/s 27-28 (cetakan Dar Al-Arqam, Kuwait), menjadikan dalil ini tatkala membahaskan tentang isu rukun-rukun dalam bab kepimpinan. Ertinya, menurut Syaikhul Islam, abila berbicara akan bab kepimpinan, "kepimpinan ulamak" semata-mata justeru tidak mencukupi, kerana ciri-ciri kepimpinan ulamak itu diwakili oleh الْأَمِينُ yakni amanah, atau dalam istilah lainnya Syariatullah. Tetapi, harus ada juga pada seorang pemimpin itu, ciri-ciri الْقَوِيُّ yakni kekuatan, atau dalam istilah dunia professional pada hari ini, bisa disebut juga sebagai "kompetensi". Kompetensi inilah, suatu perkara yang berlaku secara lumrah, atau tidak menentang "hukum alam", yang kita kenali sebagai Sunnatullah.

Itulah sebabnya, ketika Quran berbicara tentang sang bijak, ulul albab, Allah tidak sekadar menyebut mereka sebagai orang yang berzikir semata-mata. Tetapi mereka turut merupakan orang yang berfikir, kerana begitulah Islam; Islam mewajibkan penganutnya meyakini kekuatan dan kekuasaan Allah. Kemampuan Allah melakukan hal yang beyond the norm, inilah yang kita sebut sebagai Syariatullah. Tapi, at the same time, Islam juga menggariskan pemahaman, betapa secara lumrahnya semua perkara berlangsung berdasarkan norma logiknya, dan inilah yang kita maksudkan sebagai Sunnatullah.

Firman Allah:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka."
(Surah Ali Imran [3]:190-191)

Oleh yang demikian, tidak menjadi kesalahan tatkala kita menyebut sesuatu berdasarkan norma logikanya, tanpa meragui kemampuan Syariatullah to be against it. Misalnya, Islam tidak pernah menentang kenyataan betapa wanita tidak akan pernah mungkin melahirkan zuriat, melainkan ia telah digauli oleh seorang lelaki, sama ada ia sudah bernikah atau pun tidak. Maka, Islam akan bersetuju bahawa sang wanita itu –andainya ia masih bujang- tentu telah berzina, kalau andainya ia tiba-tiba didapati telah mengandung. Kerana pelahiran dan pembentukan zuriat itu, secara saintifik atau sunnatullahnya, memang memerlukan percampuran di antara seorang lelaki dan seorang wanita.

Ini kenyataannya. Bila kita sebut hal ini, tidak bererti aqidah kita rosak, kerana secarasyariatullah boleh saja Allah Yang Maha Berkuasa menjadikan wanita mengandung tanpa adanya percampuran lelaki, seperti yang berlaku pada Maryam ibunya Nabi Isa alaihis salam. Namun, secara kebiasaannya, kita sebut wanita tidak akan mengandung melainkan ia telah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki.

Inilah bahasa atau hukum umum dalam kehidupan manusia, dan Islam mengakui hal itu. Maka, tidaklah menjadi kesalahan ketika Quran di dalam Surah Al-Kahfi menyebut matahari terbenam di Barat, seperti yang disaksikan oleh Dzulkarnain, walhal kita tahu matahari sebenarnya tidak timbul dan tidak tenggelam! Tetapi, peredaran bumilah yang membuat kita melihatnya seakan-akan yang demikian. Tetapi Quran berbicara hal-hal normal yang difahami manusia, bukan berbicara hal itu dari segi saintifiknya.

Firman Allah:

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِنْدَهَا قَوْمًا ۗ قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَنْ تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَنْ تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا

"Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka."
(Surah Al-Kahfi [18]:86)

Oleh yang demikian, Islam tentunya tidak go against fakta sains betapa "tenaga tidak boleh dicipta, dan tidak boleh dimusnahkan." Kerana ketika syariatullah menetapkan tenaga boleh dimusnahkan, maka ketika itulah berlakunya hari Kiamat, dan Kiamat adalah penghabisan kepada semua logika dan norma kehidupan! Seperti tidak lagi timbulnya matahari dari Timur, dan tidak juga terbenam di Barat! Apa lagi terbenam "di sebuah mata air hitam berlumpur" seperti yang disebutkan Allah di dalam Surah Al-Kahfi!

Dan menyebut fakta sains itu sebagai "Hukum Keabadian Tenaga" juga tiada salahnya, kerana itulah istilah yang diguna pakai, seperti mana Quran menyebut "matahari terbenam" di dalam kisah Dzulkarnain walhal matahari tidak pernah terbenam sebenarnya, tetapi begitulah istilah yang diguna pakai dan difahami oleh manusia, maka Islam yang memang dekat dengan kemanusiaan pun berbicara sesuai dengan akal dan pemikiran masyarakat kemanusiaan!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUFtEe4OKQvvJYkOViKdhosnj_EKgzT3UtImZIb22iuTDdiev5d4QnEPJQhWsF-FBRoQgnhLl3_FJ3aQJU8pt5czuPm-65F4YS_ZYqLb3E2kw5g-tnF8q62RUCaGmCeSi0pqBL-e2J4fA/s320/image001-735457.jpg
Sejadah "solat" yang menggemparkan tanahair. Begitulah Islam (konon), ia hanya berbicara hal "miracle", tetapi tidak pernah bebricara tentang penemuan teknologi, pengurusan professional dan lain-lain hal menyangkut kemanusiaan

Maka, janganlah kita tampilkan Islam kepada masyarakat sebagai sebuah ajaran yang penuh dengan mistik, dan jauh daripada saintifik. Islam hanya bebricara tentang perkaramiracle, dan seolah-olah tidak memberikan ruang untuk perkara realistic. Sungguh, Islam tidaklah sejumud itu, bahkan dengan Islamlah, tentu umat ini dapat kembali kepada kegemilangan! Dengan syarat, dalam beriman kepada yang syariatullah, kita tidak sampai menafikan yang sunnatullah!

(tajuk artikel ini telah diedit pada jam 5.58pm)


Perbuatan dan amalan yang bertentangan dengan Islam

 EditorPaparan Khas 3 Comments
http://ummatanwasatan.net/wp-content/lilin.bmp

Oleh KETUA EDITOR

Timbul kemusykilan yang membawa kepada keraguan, adakah majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh baru-baru ini yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai  suatu upacara rasmi amalan non-Muslim atau sekadar amalan taaruf (perhubungan kemasyarakatan sahaja). Apa pun, dari sisi akidah, sesungguhnya di dalam Islam, amalan memohon ‘keampunan’ bagi pihak bukan Islam itu jelas dilarang keras sepertimana firman Allah yang bermaksud:“Tidaklah dibenarkan  bagi Nabi dan orang yang beriman bersamanya untuk memohon keampunan bagi orang musyrik sekalipun kaum kerabat sendiri.” (at-Taubah: 113)

Begitu juga amalan upacara peribadatan atau pemakaian rasmi agama lain  seperti salib, tali pinggang rasmi yang dipakai oleh paderi dan sebagainya, semuanya dilarang umat Islam daripda memakai dan menirunya dengan rela hati dan berlapang dada. Amalan upacara tersebut boleh dilakukan dengan bebas hanya di kalangan dan di kawasan mereka sahaja sahaja serta dilarang untuk diamalkan di kalangan orang Islam terutama di negara yang  diterima Islam sebagai agama rasmi seperti Malaysia ini.     

Oleh yang demikian itu, dikira haram (salah) bagi umat Islam yang tahu dan sedar untuk mengikuti upacara tersebut, melainkan kerana terpaksa atau  tanpa disedari dan sebagainya. Dalam hal ini. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab Allah) melainkan mereka yang dipaksa (melakukan kerja-kerja kekufuran tersebut ) sedangkan hatinya masih tetap dengan iman, tetapi sesiapa yang lapang hatinya dengan kekufuran itu, maka atasnya kemurkaan Allah  dan untuk mereka azab seksa yang amat besar.” (al-Nahl:106)

Berdasarkan andaian inilah dapat difahami bahawa penghormatan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w kepada jenazah seorang Yahudi yang diusung lalu di hadapan baginda, lalu baginda bangun memberi penghormatan kepadanya. Para sahabat bertanya, adakah penghormatan tersebut harus diberikan juga kepada jenazah orang Yahudi. Lalu  baginda bersabda, “Bukankah dia juga manusia (hamba  Allah).” Jadi kita harus menghormati dan menyayangi setiap kejadian Allah (hamba-Nya) semata-mata, bukan kerana fahaman atau anutan agamanya.  

Umat Islam yang diakui sebaik-baik umat sepatutnya dapat menjadi contoh ikutan dan teladan yang baik terutama dari kalangan mereka yang dilantik sebagai pemimpin untuk dicontohi  masyarakat ramai. Mereka harus menjaga diri masing-masing dan jangan sekali-kali terlibat dengan amalan yang boleh meragukan dan mengelirukan orang ramai. Sehubungan ini, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tinggallah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan.” 

Untuk peringatan kita semua,  Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan kita agar tidak hanyut dan menjadi ‘pak turut’ sepertimana sabda baginda yang  bermaksud: “Jangan kamu jadi pak turut yang bersikap ’aku bersama-sama orang ramai; kalau mereka baik, baiklah aku, kalau mereka tidak baik, aku juga tidak baik’, malahan hendaklah kamu cekalkan hati kamu kalau orang ramai baik, ‘aku akan mengikut jejak mereka,’kalau mereka tidak baik, aku akan menjauhi kejahatan mereka’.” (Riwayat Tirmizi)

Biasanya kejadian tersebut dilakukan untuk mencari sokongan dan populariti. Bagaimanapun, kita harus sedar bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan melalui hadis baginda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mengambil hati manusia nescaya dimurkai Allah ke atasnya dan menjadikan orang yang hendak diambil hatinya, menjadi marah kepadanya dan sesiapa yang menyebabkan keredaan Allah kerana menyebabkan kemarahan manusia kepadanya nescaya dia diredai Allah dan menjadikan hati orang yang marah kepadanya itu tadi bertukar menjadi sayang dan menyukainya.” (Riwayat Tabrani)

Adapun amalan upacara kemasyarakatan untuk merapatkan perhubungan dan mengeratkan perpaduan antara manusia sejagat, maka ianya digalakkan. Ini berdasarkan firman-Nya bermaksud: ”Wahai manusia! Kami jadikan kamu daripada leaki dan wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu saling kenal mengenal, sesungguhnya yang paling mulia daripada kamu ialah yang orang paling bertakwa dari kalangan kamu.” (al-Hujuraat: 13)

Dalam  hubungan kerjasama dan kemasyarakatan dengan bukan Islam  tidak ada larangan agama mengenainya, malahan ia digalakkan berdasarkan  firman-Nya yang bermaksud: ”Allah tidak melarang kamu terhadap orang kafir yang tidak memerangi kamu dalam agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu untuk kamu berbuat baik kepada mereka dan berlaku adil kepada mereka. Sesungguhnya Allah kasih akan orang yang berlaku adil (saksama).”  (al-Mumtahanah: 8)

Apa yang dilarang itu hanyalah menyerah kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada mereka yang memerangi dan memusuhi umat Islam sebagaimana yang dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: ”Sesungguhnya Allah melarang kamu terhadap bukan Islam yang memerangi kamu dalam agama dan telah mengusirkan kamu dari negara kamu,dan bekerjasama mengusir kamu untuk memberi kesetiaan dan kuasa kepada mereka.” (al-Mumtahanah: 9)

Sesungguhnya, kita kadangkala meremehkan perilaku meragukan yang muncul daripada dalam diri kita demi mengejar sesuatu yang sama ada kita sedar atau tidak sebagai sesuatu yang sementara dan tidak kurang pula bersifat fatamorgana. Demi memenuhi bisikan naluri, kita tergamak melakukan sesuatu yang ‘membimbangkan’ masyarakat, khususnya di kalangan Muslim. Dan lebih parah jika kita sanggup ‘membelakangkan’ agama, semata-mata mengejar sesuatu yang entah apa

hadis 1-Matahari Terbit Dari Barat

Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud).

“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberimanfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)

Sabda nabi maksudnya :

"tidak akan terjadi kiamat sampai matahari terbit dari sebelah barat.Jika manusia melihatnya,maka berimanlah semua orang dimuka bumi.Hal itu terjadi ketika iman sudah tidak lagi memberi sebarang manfaat pada sesorang yg sebelumnya tidak beriman"

Muslim juga meriwayatkan hadis mengenai tanda2 akhir Kiamat Kubra (Besar). Rsulullah SAW bersabda ertinya :

"sesungguhnya tanda2 kiamat (besar) yg pertama kali muncul adalah terbitnya matahari dari sebelah barat dan juga munculnya binatang melata pada waktu dhuha (pagi hari).Mana2 yg telebih dahulu muncul,maka yg lain akan segera menysulnya."

keterangan Hadis :

musuh2 islam terdiri dari para atheis arab mahupun non arab dan orientalis menolak adanya kemungkinan terbitnya matahari dari barat. mereka berpendapat bahawa sejak manusia wujud di muka bumi, matahari terbit di timur dan tengelam dibarat. mereka tidak pernah terfikir dan tidak pula terdetik dlm hati mereka adanya kekuatan yg mampu mengubah proses terbit tenggelamnya matahari.
Photo: hadis 1-Matahari Terbit Dari Barat

Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud).

“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)

Sabda nabi maksudnya :

"tidak akan terjadi kiamat sampai matahari terbit dari sebelah barat.Jika manusia melihatnya,maka berimanlah semua orang dimuka bumi.Hal itu terjadi ketika iman sudah tidak lagi memberi sebarang manfaat pada sesorang yg sebelumnya tidak beriman"

Muslim juga meriwayatkan hadis mengenai tanda2 akhir Kiamat Kubra (Besar). Rsulullah SAW bersabda ertinya :

"sesungguhnya tanda2 kiamat (besar) yg pertama kali muncul adalah terbitnya matahari dari sebelah barat dan juga munculnya binatang melata pada waktu dhuha (pagi hari).Mana2 yg telebih dahulu muncul,maka yg lain akan segera menysulnya."

keterangan Hadis :

musuh2 islam terdiri dari para atheis arab mahupun non arab dan orientalis menolak adanya kemungkinan terbitnya matahari dari barat. mereka berpendapat bahawa sejak manusia wujud di muka bumi, matahari terbit di timur dan tengelam dibarat. mereka tidak pernah terfikir dan tidak pula terdetik dlm hati mereka adanya kekuatan yg mampu mengubah proses terbit tenggelamnya matahari.



Keajaiban Sains Dalam Hadis ~ Dr. Zaghlul Al-Najjar
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7Cb51H6VAWBpow6B6ixIGJ9TCDDDwFm-YuJa0WGvcBFehBQu3moSKAKQxlyUyIYhvjLKINVWRVfqnOmvRiSnX4BnTVzTCqLpZfLQw0x_RiwslCQsp77Y3itm4wbO3__0sqVoYx031_pE/s1600/Keajaiban_Sains__4c999fc5b1092.jpg
Kelahiran Rasulullah s.a.w yang membawa rahmat dan sinar cahaya ke seluruh alam bukan sahaja untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, bahkan lebih dari itu. Nabi Muhammad s.a.w juga memberi penekanan serius kepada ilmu pengetahuan yang merangkumi imu-ilmu duniawi dan ukhrawi. Ilmu-ilmu ukhrawi menjurus aspek-aspek aqidah, ibadah, muamalat, munakahat dan perundangan Islam. Manakala ilmu-ilmu dunia meliputi aspek ekonomi, politik, sosial, sains dan lain-lain lagi.

Buku "Keajaiban Sains Dalam Hadis" ini menyelusuri aspek-aspek perubatan dan sains yang terdapat dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. Buku ini perlu dibaca oleh seluruh umat Islam kerana ia akan membekalkan kepada mereka pelbagai maklumat berkaitan, yang bukan sahaja mampu menambah ilmu pengetahuan, bahkan mampu meningkatkan keimanan dan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w, kekasih Allah.

PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS
https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/p480x480/1508544_711756088843516_1061447204_n.jpg
http://www.theepochtimes.com/news_images/highres/2008-3-6-aqsa79425285.jpg

Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga

mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. Kehadiran salji di beberpaa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selama berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.

Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8s-jT7XmBCA7j3W7Ht85IELC_sMqAqhBoGAqKvYL7Jetnln-12JPXoReSwDHTYlG0Iw7blpDkMLmjWzxps3DM21h_7Uwtkxj4ytu24fHXAmqgFtdYKZmq1UUA9v0YyEv_MWs5WYqqF_lA/s320/bayi-12.jpg

Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari. Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah diselatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan "flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan
tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu. Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui keranasemuanya adalah perencanan Ilahi. Sama ada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Sama ada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W. “.. antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”

Kata Saidina Ali RA Saidina Ali K.A.W mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013.
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.
Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. 

Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.

Harakatul Muqawamatul
Islamiyyah...

Sumber: http://www.ohrakyat.org/2013/12/perubahan-kutub-bumi-menurut-hadis-dan.html
tentang perjalanan bumi

Wednesday, November 12, 2008

Rahsia Tidur Dalam Islam dan Fakta Sains

Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. 

Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. 

Banyak kes-kes kemalangan dilaporkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun.

(Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing') Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim) Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. 

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com) Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

Cara Tidur Nabi Dan Kajian Semasa.

Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: "Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas." (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: "Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk." (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: 'Catching Those ZZZZ's') Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: "Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah." (Tarmizi) "Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan." (Bukhari-Muslim) Berkata 'Abbad ibn Tamim: "Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda." (Bukhari-Muslim)

Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini.

Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:

1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau

2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.

(Intermountain Spine Institute (1999); 'Spine Self Care') Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.
 HADIS-HADIS MUSYKIL DARI SUDUT ILMU SAINS.
CONTOH 2:
Peringkat Perkembangan Embrio.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Sesungguhnya setiap seorang daripada kamu dikumpulkan kejadiannya di dalam perut ibunya (selama) 40 hari (sebagai) nutfah, kemudian ia menjadi ‘alaqah seperti sedemikian itu (40 hari), kemudian ia menjadi mudghah seperti sedemikian (40 hari), kemudian diturunkan malaikat …….[1]
Penjelasan Istilah:
[1] Nutfah: Ertinya setitik cecair atau setitik sperma sepertimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam ayat berikut:
Dan bahawa sesungguhnya, Dia-lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, dari setitis air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim). [al-Najm 53:45-46]
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermula dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan). [al-Insan 76:02]
Dalam hadis di atas diterangkan bahawa nutfah lelaki dan perempuan bercampur di dalam rahim ibu.[2]
[2] ‘Alaqah: Ertinya sesuatu yang berpaut (something that clings) atau melekat kepada sesuatu yang lain. Ia juga diertikan sebagai lintah yakni haiwan yang berpaut kepada haiwan lain untuk menyedut darahnya. Dalam hadis ini ia bererti embrio tersebut (ovum yang telah disenyawakan) berpaut kepada rahim ibu.[3]
[3] Mudghah: Ertinya ketulan atau gumpalan yang rupanya seolah-olah sesuatu yang dikunyah sehingga kelihatan kesan gigi di atasnya.[4]
Ketiga-tiga peringkat ini juga telah disebut oleh al-Qur’an:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih (nutfah) pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi ‘alaqah; lalu Kami ciptakan ‘alaqah itu menjadi mudghah; kemudian Kami ciptakan mudghah itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebagai sebaik-baik Pencipta. [al-Mu’minun 23:12-14]
Kemusykilan:
Dalam hadis di atas, diterangkan bahawa peringkat perkembangan embrio, daripada nutfah ke ‘alaqah ke mudghah mengambil masa 120 hari (40 + 40 + 40). Hal ini bertentangan dengan penemuan sains moden, di mana semua peringkat perkembangan tersebut sebenarnya mengambil masa 42 hari sahaja. Oleh itu berkata Maurice Bucaille dalam bukunya The Bible, The Qur’an and Science setelah menyebut hadis di atas: Penjelasan tentang peringkat perkembangan embrio ini tidak selari dengan penemuan (sains) masa kini.[5]
Penjelasannya:
Wujudnya kemusykilan ini adalah kerana dua sebab, pertama adalah nukilan teks hadis yang tidak tepat dan kedua adalah pemahaman teks Arab yang tidak tepat. Berikut diperincikan:
Pertama: Teks hadis yang sebenar.
Perkataan nutfah dalam teks hadis di atas sebenarnya tidak terdapat dalam teks hadis yang sebenar jika dirujuk kepada kitab-kitab hadis yang asal. Berikut adalah teks yang sebenarnya bagi bahagian pertama hadis tersebut:
Sesungguhnya setiap seorang daripada kamu dikumpulkan di dalam perut ibunya (selama) 40 hari, kemudian ia menjadi ‘alaqah ……
Demikianlah teks sebenar hadis di mana tidak terdapat perkataan nutfah selepas 40 hari. Teks ini dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, Ibnu Majah [6] dan lain-lain[7]. Adapun tambahan perkataan nutfah, ia hanya dikeluarkan oleh Abu Uwanah[8] dan Abu Bakar Ismaili[9]. Perkataan nutfah ini kemungkinan besar ditambah oleh salah seorang perawi untuk menjelaskan lagi maksud hadis sepertimana yang dijelaskan oleh al-Qur’an dalam surah al-Mu’minun 23:12-14. Tambahan ini lama-kelamaan diambil terus dan dianggap sebagai sebahagian daripada hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.[10]
Hadis dengan tambahan ini telah dinukil oleh al-Nawawi dalam kitabnya al-Adzkar[11], Riyadh al-Salihin[12] dan Matan al-Arba‘in (Hadis 40). Tambahan ini diikuti oleh beberapa tokoh selepas beliau seperti al-Suyuti dalam Jamii’ al-Sagheir[13] dan al-Hindi dalam Kanz al-Ummal[14].
Tambahan ini membawa perbezaan maksud yang besar. Berikut dikemukakan teks asal berbanding teks yang memiliki tambahan:
Teks sebenar: Sesungguhnya setiap seseorang daripada kamu dikumpulkan di dalam perut ibunya (selama) 40 hari.
Teks berserta tambahan: Sesungguhnya setiap seseorang daripada kamu dikumpulkan kejadiannya di dalam perut ibunya (selama) 40 hari (sebagai) nutfah.
Teks tambahan ini memberi maksud bahawa peringkat nutfah sesebuah embrio di dalam rahim ibunya memiliki tempoh 40 hari. Ini adalah jelas bertentangan dengan fakta sains masa kini di mana tempoh peringkat nutfah sebenarnya lebih kurang 7 hari. Adapun teks asal hadis ini, ia hanya menerangkan tempoh peringkat perkembangan embrio selama 40 hari di dalam rahim tanpa memperincikan bahawa ia adalah dalam peringkat nutfah sahaja. Perbezaan ini seterusnya membawa kita kepada penjelasan kedua pula:
Kedua: Pemahaman hadis yang sebenar.
Jelas kepada kita bahawa teks hadis yang sebenar ialah:
Sesungguhnya setiap seseorang daripada kamu dikumpulkan di dalam perut ibunya (selama) 40 hari, kemudian ia menjadi ‘alaqah seperti sedemikian itu, kemudian ia menjadi mudghah seperti sedemikian, kemudian Allah menurunkan malaikat……
Kini perlu kita kaji pula maksud sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Sabda Rasulullah ini boleh difahami dengan dua cara, yang pertama adalah sepertimana yang lazim di mana perkataan ( ثُمَّ ) yang ertinya “kemudian” dirujuk kepada tempoh 40 hari. Maka maksud hadis ini adalah: Selepas 40 hari, ia menjadi ‘alaqah seperti sedemikian itu.
Cara pemahaman kedua adalah perkataan ( ثُمَّ ) merujuk kepada peringkat perkembangan embrio, bukan tempoh 40 hari. Maka maksud hadis ini adalah: Selepas pengumpulan air mani lelaki dan perempuan dalam perut (rahim) ibunya, ia “kemudian” berubah ke peringkat ‘alaqah.
Perubahan ini tetap berlaku dalam tempoh 40 hari tersebut dan tidak di luarnya. Inilah yang dimaksudkan dengan ( مِثْلَ ذَلِكَ ) yang ertinya “seperti sedemikian” , bermaksud ia berlaku dalam tempoh masa yang sama tersebut.
Pemahaman kedua ini adalah jelas bertepatan dengan fakta sains masa kini. Maka terjemahan tepat hadis ini adalah: Kemudian dalam tempoh yang sama itu, ia berubah menjadi ‘alaqah.
Demikian juga dengan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang seterusnya:
Di mana terjemahannya yang tepat adalah sepertimana cara pemahaman yang kedua, iaitu: Kemudian dalam tempoh yang sama itu, ia berubah menjadi mudghah.
Maka terjemahan sebenar bagi keseluruhan hadis ini adalah:
Sesungguhnya setiap seseorang daripada kamu dikumpulkan di dalam perut ibunya (selama) 40 hari, kemudian dalam tempoh yang sama itu ia berubah menjadi ‘alaqah, kemudian dalam tempoh yang sama itu ia berubah menjadi mudghah.
Maka dengan itu seluruh peringkat perkembangan embrio, sejak dari peringkat pengumpulan dalam rahim ke peringkat ‘alaqah ke peringkat mudgah, semuanya berlaku dalam tempoh masa 40 hari. Ini bertepatan dengan penemuan sains masa kini dan dengan itu hilanglah kemusykilan terhadap hadis ini.
Penjelasan Tambahan.
Dengan pemahaman yang baru terhadap hadis di atas, perlu dikaji semula hukum fiqh yang berkaitan dengan pengguguran janin. Umumnya para fuqaha sebelum ini menetapkan tempoh 120 hari bagi membezakan hukum pengguguran janin. Jika umur janin adalah sebelum 120 hari, maka ia boleh digugurkan. Jika umur janin melebihi 120 hari, ia haram digugurkan kecuali dalam suasana darurat kerana di saat ini roh telah ditiup kepadanya dan ia dikira sebagai makhluk yang bernyawa.[15]
Walaubagaimanapun dengan pemahaman yang baru terhadap hadis di atas dan diperkuatkan dengan penemuan sains mutakhir, tempoh yang sebenar bagi membezakan hukum pengguguran janin ialah 40 hari.
Selain itu perlu diingatkan beberapa perkara yang penting dalam hal ini:
[1]      Tidak dinafikan bahawa terdapat perbezaan hukum antara menggugurkan janin yang belum ditiupkan roh dan yang telah ditiupkan roh kepadanya. Tidak diyakini sama sekali bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala menerangkan kepada kita saat peniupan roh ke dalam janin tanpa sebarang hikmah di dalamnya. Adapun bagi mereka yang tidak mahu membezakan antara fasa sebelum dan selepas peniupan roh, mereka sebenarnya menyalahi petunjuk nas dan akal. Mereka ialah umpama orang yang menyamakan hukum antara lelaki dan wanita yang berpelukan dengan lelaki dan wanita yang berzina.
[2]     Yang tepat tentang hukum menggugurkan janin adalah haram sekalipun pada fasa sebelum peniupan roh. Ini adalah kerana janin tersebut tetap dipandang sebagai sebuah objek dan hukum merosakkan sesebuah objek berbeza-beza selari dengan manfaat atau mudarat yang dimiliki oleh objek tersebut.
Jika sesebuah objek itu akan membawa kemudaratan kepada manusia, maka disunatkan atau diwajibkan memusnahkan objek tersebut selari dengan kadar kemudaratan yang bakal dibawanya. Jika sesebuah objek itu akan membawa manfaat, maka dimakruhkan atau diharamkan memusnahkan objek tersebut selari dengan kadar kemanfaatan yang bakal dibawanya. Contohnya disunatkan memusnahkan gambar-gambar majalah yang tidak senonoh manakala diwajibkan memusnahkan arak dan dadah. Dimakruhkan memusnahkan pakaian dan perkakas harian manakala diharamkan memusnahkan buku-buku ilmiah dan makanan yang halal.
Janin adalah satu objek hidupan yang memiliki manfaat yang sangat besar kepada agama dan masyarakat sehingga memusnahkannya jatuh pada hukum haram. Merosakkan janin adalah umpama seseorang yang merosakkan salah satu daripada anggota badannya dan ini jelas adalah perbuatan yang diharamkan syari‘at.[16]Oleh itu tidak boleh menggugurkan janin atas apa-apa alasan kecuali darurat seperti:
[2-A]  Disahkan oleh sepasukan doktor pakar bahawa janin tersebut memiliki kecacatan yang hakiki yang akan membawa beban kepada dia dan kedua ibubapanya apabila dilahirkan nanti. Sains masa kini membolehkan kesihatan janin ditetapkan pada saat-saat awal dan dipastikan kesihatannya apabila ia membesar nanti.
[2-B]  Janin tersebut diperolehi oleh seseorang wanita melalui jalan paksa seperti kes rogol dan penganiayaan. Maka dalam kes seperti ini dibolehkan menggugurkan janin tersebut untuk mengelakkan beban psikologi yang bakal menimpa si anak dan ibu satu hari nanti. Akan tetapi jika si ibu rela menerima anak tersebut dan membesarkannya dengan normal, maka tidak menggugurkan janin adalah pilihan yang lebih baik dan yang paling akan diredhai oleh Allah Tabaraka wa Ta‘ala.
[3]     Hukum menggugurkan janin setelah fasa peniupan roh adalah haram kerana ia sama seperti membunuh satu jiwa yang bernyawa. Melainkan seseorang itu memiliki sebab yang hakiki dalam suasana darurat untuk menggugurkannya, sepertimana contoh 2-A dan 2-B di atas.

 

[1]              Sahih: Sebahagian hadis daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, namun di atas adalah dengan lafaz al-Nawawi dalam Kitab al-Arba‘ain – no: 04. Perbincangan perbezaan lafaz akan dikemukakan seterusnya.
[2]              Muhammad ‘Ali Albar - Human Development as Revealed in the Holy Qur'an and Hadith (Saudi Publishing and Distributing House, Jeddah 1989), ms 57. Untuk gambar peringkat-peringkat ini, lihat:
                   [1]           Keith L. Moore – The Developing Human: Clinically Oriented Embryology (with Islamic Additions: Correlation Studies with al-Qur’an and Hadith by ‘Abdul Majeed Azzindani) (3rd ed, W.B. Saunders, Philadephia 1982 & Dar al-Qiblah, Jeddah 1983), mukasurat pertama selepas muka buku.
                   [2]           T.W. Sadler – Langman’s Medical Embryology (Williams & Wilkins, Baltimore 1985), ms i.
[3]              Albar, ibid, ms 67; Keith Moore, ibid, ms 55-57 dan Sadler, ibid, ms 55.
[4]              Albar, ibid, ms 71 dan seterusnya; Keith Moore, ibid, ms 79-81 dan Sadler, ibid, ms 58 dan seterusnya.
[5]              (A.S. Noordeen, Kuala Lumpur 1989), ms 245. (alih bahasa oleh penulis).
[6]              Lihat:
                    [1]           Sahih al-Bukhari – no: 6594 (Kitab al-Qadr).
                    [2]           Sahih Muslim (terj: Mahmoud Matraji; Dar al-Fikr, Beirut 1993), no: 2643 (Kitab al-Qadar).
                    [3]           Sunan Abu Daud (terj: Bey Arifin; Victory Agencie, Kuala Lumpur 1993), no: 4544 (Kitab al-Sunnah, Bab Tentang al-Qadar).
                    [4]           Sunan al-Tirmizi (terj: M. Zuhri; Victory Agencie, Kuala Lumpur 1993), no: 2220 (Kitab al-Qadar, Bab Amal ditentukan oleh perbuatan terakhir).
                    [5]           Sunan al-Nasa’i al-Kabir (tahqiq: ‘Abdul Ghafar Sulaiman & Sa‘id Kasrwi Hasan; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1991), no: 11246.
                    [6]           Sunan Ibn Majah (terj: ‘Abdullah Shonhaji; CV. Asy-Syifa’, Semarang 1992), no: 76 (Bab Tentang al-Qadar).
[7]              Antaranya:
                   [1]           ‘Abdul Razzaq – al-Musannaf (tahqiq & takhrij: Habib al-Rahman al-‘Azami; Maktabah al-Islami, Beirut 1983), no: 20093.
                    [2]           Ahmad bin Hanbal – al-Musnad (tahqiq & takhrij: Ahmad Syakir & Hamzah Zain; Dar al-Hadith, Cairo 1995), no: 3624, 3934 & 4091 (dua yang terakhir dengan lafaz 40 malam)
                    [3]           al-Bazzar – al-Musnad (tahqiq & takhrij: Mahfuz al-Rahman Zain Allah; Muasasah ‘Ulum al-Qur’an, Beirut & Maktabah al-Ulum wa Hukum, Madinah 1409H), no: 1551 & 1766.
                    [4]           Abu Ya’la  al-Musnad (tahqiq & takhrij: Husain Salim Asad; Dar al-Ma’mun li al-Turath, Damsyik 1984), no: 5157.
                   [5]           al-Thabarani – al-Mu’jam al-Sagheir (tahqiq: Syamsul Haq Abadi; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut (tp thn) ), jld 1, ms 84 & al-Mu’jam al-Ausath (tahqiq & takhrij: Mahmud Hasan Ismail; Dar al Fikr, Jordan 1999), no: 1717 (dgn lafaz 40 malam).
                   [6]           al-Baihaqi – al-Sunan al-Kubra (tahqiq: M. ‘Abdul Qadir ‘Atha; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1999), no: 15421 & 21280; Syu‘abu al-Iman (tahqiq: Muhammad Sa‘id Basuwni Zaghlul; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1999), no: 187 & Kitab al-I’tiqad wa al-Hidayah ila Sabil al-Rasyad (tahqiq & takhrij: ‘Abd al-Razaq ‘Afifi, ‘Abdul Rahman al-Mahmud & ‘Abdul Rahman al-Saleh; Dar Ibn Hazm, Beirut 1999), ms 152-153.
                   [7]           Abu al-Husain al-Saidawi – Mu’jam al-Shaikh (tahqiq & takhrij: ‘Umar ‘Abd al-Salam; Muasasah al-Risalah, Beirut 1405H), ms 60;
                   [8]           Abu Bakar al-Humaidi – al-Musnad (tahqiq: Habib al-Rahman al-‘Azami; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut & Maktabah al-Matnabi, Kaherah (tp thn) ), no: 126;
                   [9]           Abu Daud al-Tayalisi – al-Musnad (Dar Ma’refah, Beirut (tp thn) ), ms 28 (dgn lafaz 40 malam);
                 [10]         Ibn Ja‘ud al-Jauhari al-Baghdadi – al-Musnad (tahqiq: ‘Amar bin Ahmad Haidar; Muasasah al-Nadr, Beirut 1990), no: 2594.
                  [11]         Abu al-Shaikh al-Asbahani – Kitab al-‘Azomah (tahqiq & takhrij: Ridha-u-Allah bin Muhammad; Dar al-‘Asomah, Riyadh 1998), no: 1077.
                  [12]         Abu Bakar al-Khalil – Kitab al-Sunnah (tahqiq & takhrij: ‘Athiyah al-Zahzani; Dar al-Rayah, Riyadh 1410), no: 890.
                  [13]         Ibn Abi ‘Ashim – Kitab al-Sunnah (tahqiq & takhrij: Nasr al-Din al-Albani, Maktabah al-Islami, Beirut 1993), no:175.
                  [14]         Abu Nu‘aim – Hilyah al-Auliya’ (Dar al-Kitab al-‘Arabi, Beirut 1405),  jld 7, ms 365.
[8]              Sepertimana yang diterangkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari (tahqiq: ‘Abdul Aziz bin Baz, Dar al-Fikr, Beirut 2000), jld 13, ms 314 (Kitab al-Qadar, hadis no: 6594).
[9]              Mu’jam Shaikh Abu Bakar al-Ismaili (tahqiq: Zayad Muhammad Mansur, Maktabah al-‘Ulum wa al-Hukum, Madinah 1410), no:130.
[10]             Sharf al-Qaadhaah – Asbab al-Ta‘addud al-Riwayat fi al-Hadith al-Nabawi al-Shariff, ms 25-26, CF. Jamal al-Din M. Zarabozo – Commentary on the Forty Hadith of al-Nawawi (al-Basheer, Boulder 1999), vol 1, ms 389-390.
[11]             Kitab al-Adzkar (Dar al-Hadith, Kaherah; edisi cdrom: al-Muhaddith v8.65), no: 1065.
[12]             Riyadh al-Salihin (tahqiq & takhrij: Syu‘aib al-Arna’uth; Maktabah al-Ma’mun, Jeddah 1996), no: 396.
[13]             al-Jamii’ al-Sagheir (terj: Nadjih Ahmad; Pt Bina Ilmu, Surabaya 1995), no: 2179.
[14]             Kanz al-Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af‘al (tahqiq: ‘Umar al-Rumiyati; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1998), no: 520 & 572.
[15]             Untuk perincian pendapat para imam mazhab, lihat Muhammad Nu‘aim Yasin – Fikih Kedokteran (terj: Munirul Abidin; Pustaka al-Kautsar, Jakarta 2001), ms 197-215.
[16]             Hal ini berbeza hukumnya dengan tindakan perancangan keluarga yang menghalang percampuran antara air mani lelaki dan wanita, seperti penggunaan kondom, pil pencegah kehamilan, suntikan hormon, IUD dan lain-lain cara yang ada. Ini adalah kerana kaedah ini tidak memusnahkan janin tetapi sekadar mengelak kemungkinan persenyawaan antara sperma lelaki dan wanita yang bakal melahirkan janin. Persenyawaan adalah umpama akad jual beli. Seseorang itu tidak dibolehkan memecahkan akad jika ia telah dipersetujuinya bersama pihak yang lain. Berbeza halnya jika tidak ada akad antara dua pihak. Perancangan keluarga sudah wujud di zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan baginda tidak mengharamkannya. Perkara ini telah penulis huraikan dalam buku Kaedah Memahami Hadis-hadis yang Saling Bercanggah (Jahabersa, Johor Bahru 2002).
 Sumber: http://hafizfirdaus.com/ebook/HadisMusykil/tajuk12.htm

ta Sains Berdasarkan HadisPresentation Transcript

1.      Fakta-fakta sains berdasarkan hadis Pembuktian Sains dan Islam Amat Berkait Rapat
2.      I B A D A h
3.      PUASA “ Tidak ada bekas yang lebih keji yang diisikan oleh anak Adam daripada perut” (Riwayat Al Tirmizi) • Dr. Henry Bieler M.D Amerika Syarikat membuktikan bahawa, “Sebab utama penyakit bukan kerana kuman, tapi toksemia yang menyebabkan kerosakan sel-sel yang membuka pintu kepada pembiakan kuman dan serangannya.” Hasil pengalamannya selama 50 tahun. • Dr. Paavo Airola ( 1985 ) “ Puasa telah digunakan sebagai salah satu kaedah rawatan bagi pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti kanser usus, kegagalan buah pinggang semenjak sekian lama.”
4.      WUDUK “Jika salah seorang antara kamu bangun dari tidur, maka janganlah terus memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam bekas, sebelum dibasuh terlebih dahulu sebanyak 3 kali. Sesungguhnya dia tidak mengetahui di manakah letak tangannya itu semasa tidur.” (Sahih Muslim) “ Jika kamu berwuduk hendaklah kamu berkumur-kumur terlebih dahulu” • Bau mulut berubah menjadi kurang enak jika seseorang terlalu lama berdiam diri dan tidak mencuci mulut selepas makan. “Jika salah seorang antara kamu berwuduk,maka hendaklah memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya semula.” (Sahih al-Bukhari) • Mampu mencuci rongga hidung daripada kuman dan kotoran yang melekat pada bulu hidung dan membuang benda asing yang masih belum aktif.
5.      ALAM SEMESTA
6.      BULAN TERBELAH DUA Riwayat Anas ra “ Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah SAW, untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian)”, maka Rasulullah SAW memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013) • RILLE atau RIMA • Bekas saluran lava yang keluar dari perut bulan pada masa lampau • Seperti aliran sungai yang ada di bumi
7.      PEREDARAN MATAHARI Matahari sujud di bawah Arasy di malam hari. Berkata Abu Dzar radiallahu anhu, Rasulullah sallallahu‟alaihi wasallam telah bertanya kepada dia tentang hal terbenamnya matahari: “Tahukah kamu ke mana perginya (matahari di malam hari) ?” Saya (Abu Dzar) menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Lalu Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ia pergi sehingga sujud di bawah Arasy. Ia meminta izin maka diizinkannya. Lalu ia segera untuk bersujud lagi tetapi tidak diterima dariNya, lalu ia meminta izin lagi namun ia tidak diperkenankan. Dikatakan kepada ia: Kembalilah dari mana kamu datang. Maka ia muncul (terbit) dari tempat ia tenggelam (terbenam).
8.      kesihatan
9.      ARAK “ Semua yang memabukkan bererti arak, dan setiap arak adalah haram.” ( Riwayat Muslim) Khamar: Minuman dan dadah yang mempunyai kesan yang sama Narkotik: Dadah yang mempunyai kesan penurunan kesegaran sistem saraf seperti candu (morfin),kodein dan heroin. • Dr. Paavo Airola (1985 ) “ Semua ubat (dadah) boleh menyebabkan penyakit sampingan yang berbahaya. Sungguh pun dadah aspirin yang disangkakan tidak berbahaya yang telah digunakan di A.S dengan kadar 30 tan setiap hari telah menyebabkan banyak kematian dan berjuta kecederaan yang serius.”
10.  LALAT Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila ada lalat jatuh ke dalam minuman seseorang di antara kamu maka benamkanlah lalat itu kemudian keluarkanlah, sebab pada salah satu sayapnya ada penyakit dan pada sayap lainnya ada ubat penawar." Dikeluarkan oleh Bukhari dan Abu Dawud dengan tambahan: "Dan hendaknya dia waspada dengan sayap yang ada penyakitnya."
11.  bernafas dalam bekas minuman Dari Abu Qatadah radhiyallahu „anhu yang menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda; “Apabila seseorang dari kamu minum, janganlah dia bernafas dalam bekas minumannya”. (Riwayat Bukhari, kitab al-Aysribah)
12.  Ulasan;: • 1. Dalam hadis yang lain, Abu Said al-Khudri radhiyallahu anhu menceritakan; “Rasulullah sallallahu‟alaihi wasallam, melarang daripada minum dari bekas yang pecah dan melarang bernafas di dalam bekas air”. (Riwayat Abu Daud) • 2. Ketika hendak bernafas, hendaklah dijauhkan gelas dari mulut, kemudian baru bernafas. Sabda Nabi; “Jauhkanlah gelas dari mulutmu, kemudian bernafaslah” (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta‟ dari Abu Sa’id al-Khudri, bab “ ”)
13.  SAINS: • Hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang mana apabila bercampur dengan air (H2O). • Ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan. • Begitu juga anjuran supaya tidak meniup minuman asbabnya adalah sama.
14.  madu • Dari Aisyah radhiyallahu anha menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallam menyukai manisan dan juga madu. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
15.  Ulasan: • Menurut ulama; Maksud al-halwa dalam hadis di atas ialah semua makanan yang manis. • Disebut pula selepasnya madu adalah bagi menunjukkan kelebihannya. • Hadis ini juga menunjukkan bahawa diharuskan kita menikmati makanan-makanan yang sedap/lazat dari rezeki yang dikurniakan Allah dan ia tidak menyalahi sikap zuhud dan muraqabah. (Syarah Soheh Muslim, kitab at-Thalaq, bab Wujub al-Kaffarah…).
16.  SAINS Analisis peratusan struktur molekul tertentu dalam kandungan nutrien madu lebah adalah seperti berikut: • Kandungan gula paling ringkas monosakarida yang banyak ( ~70 %) yang secara langsung membekalkan tenaga segera untuk sebarang aktiviti. Penukaran gula kepada gula paling ringkas monosakarida ini sebenarnya telah dilakukan melalui air liur lebah. • Oleh itu madu lebah terkenal kegunaannya sebagai pemulih tenaga dan saraf. • Kajian telah menunjukkan bahawa bacteria tidak dapat hidup dengan kehadiran madu lebah. Ini disebabkan oleh factor zat mineral Kalium di dalam madu yang menghisap lembapan dari bacteria yang penting untuk kehidupan. • Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripada terus merebak.
17.  air kencing unta Anas radhiyallahu anhu menceritakan; Terdapat beberapa orang yang datang ke Madinah dan mengalami sakit kerana cuaca di Madinah (yang tidak sesuai dengan tubuh mereka). Nabi lalu menyuruh mereka supaya tinggal bersama penggembala unta milik baginda dan meminum susu dan juga air kencing unta-unta milik baginda. Mereka pun tinggal dengannya dan meminum susu dan air kencing unta hinggalah tubuh-badan mereka kembali pulih/sihat. Namun mereka telah membunuh penggembala Nabi itu dan merampas unta-unta milik baginda. Nabi menghantar sekumpulan sahabat menjejaki mereka dan baginda menghukum mereka dengan dipotong tangan dan kaki mereka serta dibutakan mata mereka. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
18.  Ulasan; • 1. Mengenai manfaat air kencing unta untuk perubatan, terdapat hadis dari Ibnu Abbas radhiyallahuanhu menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda; “Hendaklah kamu berubat dengan air kencing unta kerana ia bermanfaat untuk penyakit zaribah (perut yang tidak dapat menghadamkan makanan)”. (Riwayat Ibnu Munzir. Lihat hadis ini dalam Tuhfah al-Ahwazi dan Fathul-Bari). • Zaribah menurut ulamak ialah penyakit yang menimpa perut yang menyebabkan ia tidak dapat menghadamkan makanan. (Fathul-Bari, an-Nihayah) Terdapat riwayat yang menyebutkan kedua-dua sekali (susu dan air kencing); “Pada susu unta dan air kencing unta terdapat penawar bagi zaribah”. (Riwayat Imam Ibnu Sunni dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu Abbas radhiyallahu „anhu. Lihat hadis ini dalam; Kanzul-Ummal, hadis no. 28286).
19.  SAINS: • Dr. Fatin Abdurrahman Khursyid, ilmuwan Saudi yang juga staf King Abdul Aziz University (KAAU) dan Presiden Tissues Culture Unit di Pusat Penelitian Medik King Fahd, setelah melakukan penelitian selama lima tahun menemukan bahawa air kencing unta dapat melawan sel kanser dengan baik. • Air kencing unta mengandung zat alami yang boleh membasmi sel berbahaya, serta menjaga sel-sel sihat pada penghidap kanser. Penyakit kanser yang boleh disembuhkan dengan susu dan air kencing unta meliputi kanser paruparu, kanser darah, kanser perut, kanser usus besar, tumor otak, dan kanser payudara. • Ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk, selepas letupan di loji Nuklear Fukushima 1, katanya: “Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara saintifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.” • Dr Fatin berkata lagi, “dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.”
20.  KESIMPULAN • Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mengambil cakna mengenai hadis yang telah dibuktikan dengan penemuan sains. • Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal, seharusnya bijak membezakan perkara yang bermanfaat dan sebaliknya.
21.  Terima kasih Atas Masa & Perhatian Anda Semua




 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar