Rabu, 22 Mei 2013

Isu Gender 2



Islam Dan Isu-Isu Gender: Satu Penelitian Awal

Erlina Andestuti *
Mohd Roslan Mohd Nor **
Nor ‘Azzah Kamri ***


Abstrak

Isu gender telah menarik perhatian masyarakat di dunia, bermula di
Eropah dan merebak ke Timur Tengah seterusnya ke Nusantara.
Disebabkan ketidak-adilan dan silap faham terhadap wanita.
Namun begitu Islam telah memberikan pemahaman tentang isu-isu
gender. Isu gender lebih difahamkan tentang peranan jantina, lelaki
dan wanita dalam kehidupan sosial. Islam dinobatkan sebagai
agama yang membawa keadilan untuk kaum wanita selaras dengan
kaum lelaki iaitu sama-sama diciptakan sebagai manusia hidup
berharmoni dalam kehidupan dunia. Kertas kerja ini akan
meneroka isu-isu gender dalam masyarakat, sebab ketidak-adilan
gender, konsep gender dalam Islam, kedudukan wanita dalam
Islam, hak wanita menururt Islam dan inisiatif bagi menangani isuisu gender.

Kata kunci: Gender, Islam, hak wanita, penindasan, kedudukan
wanita

Abtract

Issues on gender has attracted world, beginning in Europe and
expand to Middle East, then to Malay World because of injustice
against women. However, Islam has set the understanding about
gender. Gender issues are more related to the role of men and
women in their social life. Islam is the religion that promote justice to
women in addition to men, which they are created as human who
should live in harmony in the world. This paper will explore gender
issues in society, the cause of gender injustice, concept of gender in
Islam. The status and the rights of women in Islam and initiatives
are taken to address the issues on gender.

Key words: Gender, Islam, women.s right, injustice, women.s status.

PENDAHULUAN

Gender bukanlah suatu yang manusia dapati dan miliki sejak lahir melainkan
suatu yang didapati dan ditampilkan akibat sosial-budaya . Gender berbeza
dengan jantina, jantina lebih difahami pengelompokkan biologis yang berbentuk

15





rebroduksi dan gender pula difahami praktik sosial akibat dari sifat biologi dalam
kehidupan bermasyarakat.1

Gender sebagai konsep yang mengacu pada peranan dan tanggungjawab antara
lelaki dan wanita terjadi akibat daripada perubahan keadaan sosial dan budaya.
Hal ini menunjukkan bahawa gender boleh terhasil melalui pembentukan bersosial
dan bukan semata-mata biologis. Kesetaraan bukan erti sama rata dan tidak ada
perbezaan. Dalam konteks gender, kesetaraan lebih tepat dimaknai dengan
keadilan dan keseimbangan, sebagaimana Islam memiliki prinsip-prinsip universal
yang berlaku adil secara umum tanpa membezakan jenis kelamin. Ia sebagai asas
setiap manusia iaitu, keadilan, kemanusiaan, kemerdekaan, dan demokrasi yang
menjadi landasan praktik yang baik dalam kehidupan bermasyarakat.2

Salah faham tentang kedudukan wanita muslim

Masyarakat bukan muslim terutama masyarakat Barat menganggap Islam
menindas golongan wanita, dengan melihat identiti wanita muslim iaitu pemakaian
tudung dan dipaksa duduk dirumah. Islam tidak menindas golongan wanita malah
wanita dijamin dan diberi hak-hak yang pelbagai. Kebanyakan negara yang
menindas wanita itu bukannya menjalankan undang-undang syariah terhadap
wanita tetapi lebih undang-undang yang diperkenalkan sendiri berdasarkan
budaya negara mereka. Negara-negara tersebut juga tidak mempunyai
pandangan yang seimbang terhadap ekauti jantina (gender). Sebaliknya, Islam
secara jelas mengemukakan hak ekauti seimbang kepada lelaki dan perempuan
dan peranan yang berbeza tetapi saling lengkap-melengkapi. Islam meletakkan
wanita sebagai suatu individu yang mempunyai hak-hak tersendiri termasuklah
hak untuk memiliki, perkerjaan, pendapatan, harta dan kekayaan. Bahkan Islam
mensyariatkan bagi lelaki, mereka mestilah beraklak baik terhadap istri.
Penindasan terhadap wanita dalam apa jua cara sekalipun serta memaksa
mereka melakukan sesuatu di luar kehendak mereka, sangat tidak selari dengan
Islam malah tidak dibenarkan. Sebagai contoh, Islam tidak membenarkan paksaan
kepada anak gadis untuk berkawin dengan calon suami yang tidak disukai.3

*Calon Ijazah Tinggi, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya. **Pensyarah dan Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya.
***Pensyarah dan Ketua Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam,

1

Universiti Malaya. Sugihastuti, Istna Hadi Saptiawan (2007),Gender &
Inferioritas Perempuan: Praktik Kritik Sasra Feminis, Pustaka Pelajar, Yogyakarta: Pustaka
Pelajar, h.4-5

2

Khusaini Rofi.ah (2007), “Studi Pola Relasi Gender Suami Isteri Pada Keluarga STAIN
Ponorogo,” KODIFIKASI, Jurnal Penelitian Keagamaan Dan Sosial Budaya, Penelitian
Keagamaan Dan Sosial Budaya Vol.1, No 1, h.117

3

Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri (2011), Wanita Islam, isu-isu dan
Pemerkasaan hak, Selangor: Persatuan Ulama. Malaysia, h.1-3.

16





Secara adil Islam memberikan peluang agar peranan perempuan menjalan
peranannya secara mutlak. Keadilan ini sangat ketara dengan masyaraka arab
pra-Islam. Sejarah mencatat untuk kita renungkan. Di daerah itu perempuan
dijadikan lambang petaka dalam keluarga. Ekoran itu perempuan di ditimpa
musibah perpanjangan bahkan sebelum dilahirkan. Dikalangan pelajar diharapkan
melahirkan idea rasional. Malah mewujudkan soalan yang pelik atau
merunsingkan tentang kedudukan perempuan, termasuk manusia atau bukan.
Gambaran lain terdapat dalam kitab hindu, sarasamuccaya No. 424
memperingatkan bahwa kaum perempuanlah yang ramai membuat kesalahan
dibandingkan kaum lelaki. Maka perempuan harus dihindari, bahkan dari anganangan. Buddha mengharapkan agar para pengikutnya menghancurkan nafsu pada
perempuan bagaikan memotong lili di musim gugur. Sementara itu, dalam sumber
Kristian diungkapkan bahawa untuk menuju Allah, perempuan diselangi oleh
lelaki. Korintus 11:3-5 dan 9 menyebutkan bahwa kepala lelaki itu Kritus, kepala
perempuan itu lelaki dan kepala Kritus itu Allah. Maka setiap lelaki berdoa atau
pun ber-nubuat tanpa bertudung kepala. Sedangkan perempuan yang berdoa
tampa tudung kepala ketikaberdoa, ia menghinakan kepalanya kerana sama
seperti dicukur. Lelai dijadikan bukan kerana perempuan tapi perempuanlah yang
dijadikan kerana lelaki. Di Yunani kuno, seperti diungkapkan Maududi, suri rumah
tangga tidak memperoleh peluang pendidikan dan mencampuri bidang sosialbudaya. Hanya pelacuranlah pekerjaan yang disediakan untuk kaum perempuan.
Pengalaman yang sama terjadi juga dalam sejarah Romawi lama, Iran lama dan
cina kuno.4

Islam adalah agama yang pertama mengitiraf hak asasi manusia sejagat dan
hampir 14 abad yang lalu telah membentangkan jaminan serta garis panduan
mengenainya . hanya pada tahun 1948 sahaja, hak-hak tersebut dimaktubkan
dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.5

1. ISU-ISU GENDER DALAM MASYARAKAT
Pergerakan kebebasan wanita boleh dihubungkait dengan tuntutan kaum wanita
terhadap hak-hak yang sama seperti yang diperoleh oleh kaum lelaki. Wanita
Barat memperjuangkan hak sama rata dengan lelaki kemudian mereka berjuang
untuk mendapatkan kebebasan diri yang sama seperti lelaki pula. Persamaan hak
menurut orang-orang Barat ialah memberikan kaum wanita semua hak yang sama
dengan lelaki. Sebenarnya konsep membuta tuli inilah yang membawa
kehancuran dan punca perceraian yang tinggi di Barat.6

4

Saudi Berlian (2000), Pengelolaan Tradisional Gender, Jakarta: Milenium Publiher, h.65

5

Rozi Bainon (1999) Wanita: Penghapusan Diskriminasi dariperspektif Islam Dan Undang-
Undang Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.38

6

Ibid, h.30-31

17





Pada dasarnya, Islam tidak membezakan antara lelaki dan perempuan, apatah
lagi mendiskriminasikan perempuan. Islam malah menjadi pembawa keselamatan
dan kerahmatan bagi seluruh alam, dengan meningkatkan derajat dan kedudukan
perempuan sebagai bukti keutamannya. Konsep persamaan ialah tema yang
sukar didefinisikan, asasnya manusia ialah semua sama tapi dalam kehidupan
sebenar, tiada dua manusia pun yang sama dalam semua keadaan. Jelas
bahawa, hak dan kewajiban seseorang wanita dan peranan sosial mereka dalam
masyarakat adalah berlainan memandang faktor semula jadi ini.7

Isu-isu gender dalam masyarakat, antaranya:

Poligami

Poligami kerap diperkatakan apabila membangkitkan isu-isu gender. Poligami
ditolak dengan anggapan amalan poligami mendatangkan keburukan dan
kemudaratan seperti ketinggalan zaman dan menyebabkan ketidak-adilan dan
penderitaan terhadap wanita yang menguntungkan pihak lelaki. Ini mendatangkan
sifat negatif terhadap Islam bahawa Islam mengiaya perempuan. Tanggapan ini
berlaku disebabkan pengamal-pengamal poligami gagal memahami dan
melaksanakan keadilan dan tanggung jawab sewajarnya. Akhirnya, kecuaian ini
mendatangkan musibah kepada rumah tangga sedia ada dan menganiayai isteri
dan anak-anak.

Perceraian

Terdapat pelbagai tanggapan negatif terhadap wanita, ada yang melabelkan
wanita sebagai penyebab perceraian kerana kaum wanita didapati lebih ramai
yang merujuk masalah mereka kemakamah. Perceraian juga sering dilihat
menimbulkan masalah seperti penganiayaan dan penindasan.

Kekerasan terhadap wanita

Kekerasan terhadap wanita sering menjadi isu dalam gender kerana, isu berkaitan
lelaki Islam dibenarkan memukul isteri. Salah faham tentang isu ini ramai wanita
menjadi mangsa kekerasan dalam rumah tangga disebabkan oleh para suami
yang menggunakan agama sebagai alasan dan dalil yang menghalalkan
perbuatan mereka memukul isteri. Selain daripada memukul isteri, keganasan
terhadap wanita juga keganasan seksual iaitu rogol.8

Marginalisasi perempuan

7

Ibid, h.33

8

Raihanah Abdullah dan Nurhayati Surbaini (2011), Wanita Islam Dan Isu-isu gender
masa kini, dalam Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita Islam: Isu-isu Dan
Pemerkasaan Hak, Persatuan Ulama Malaysia, h.71-84

18





Marginalisasi perempuan adalah mengetepikan, memiskinkan perempuan. Isu ini
berlaku akibat adanya diskriminasi pembahagian kerja menurut gender, ada jenis
perkerjaan khas yang sesuai untuk kaum wanita kerana keyakinan gender, seperti
kaum wanita sesuai mengerjakan pekerjaan rumah (domestik), dan kaum lelaki
mengambil alih perkerjan khusus wanita jika untuk keperluan publik.

Stereoatip jenis kelamin

Isu ini ialah pelabelan atau penandaan terhadap suatu kelompok tertentu yang
merugikan dan mendatangkan ketidak-adilan, seperti wanita adalah kaum berhias,
ketika berlaku gangguan seksual masyarakat menyalahkan mangsanya kerana
dialah yang menjadi penyebabnya. Dan pelabelan terhadap wanita juga adalah
sebagai ibu rumah tangga, isu ini juga mendatangkan wanita iaitu isteri tidak perlu
berpendidikan tinggi kerana akhirnya cukup didapur, pelabelan ini menghadkan
wanita memasuki dalam wilayah publik.9

Kehidupan masyarakat kita pada masa ini adalah hasil dari sejarah panjang
penguasaan lelaki keatas perempuan dalam pelbagai sektor berdasarkan satu
sistem yang pincang, iaitu satu sistem nilai dimana kaum lelaki ditempatkan
sebagai lebih tinggi atau kuat berbanding dengan perempuan yang lemah. Selama
berabad, sistem ini sebati dan dianggap sebagai sesuatu yang semula jadi,
bahkan oleh kaum perempuan sendiri. tidak heranlah keadaan ini diterima oleh
masyarakat kerana ianya telah dibudayakan sedemikian rupa. Perbezaan gender
yang seterusnya membentuk peranan gender sebenarnya tidak menimbulkan
masalah, tetapi peranan gender tradisional perempuan (seperti juru rawat,
pengasuh, pendidik dan sebagainya) dinilai lebih rendah berbanding dengan
peranan lelaki. Selain itu, peranan gender ternyata menimbulkan masalah yang
perlu ditangani akibat ketidak-adilan yang terhasil dari peranan dan perbezaanperbezaan gender tersebut. Ketidak-adilan itu meliputi marganalisasi atau
pengenepian (pemiskinan ekonomi), subordinasi atau penombor duaan, stereotaip
(pelabelan negatif), keganasan dan beban ganda. 10

Beban ganda

Bebab ganda adalah beban kerja domestik yang dianggap lebih berat dari pada
lelaki. Beban ganda menjadi isu gender kerana tugas wanita dalam bidang
domestik dan lelaki dibidang publik, selain itu peranan sebagai suami diidentitikan
dengan mencari nafkah. Selain tanggung jawab isteri dibahagian domestik iaitu
kerja lebih banyak dan lama, dimana peranan pengasuh dan pendidikan anak

9

Achmad Muthali.in (2001), Bias Gender Dalam Pendidikan, Surakarta: Muhammadiyah
University Press: h.32-33.

10

Husein Muhammad (2004), Fiqh Wanita, pandangan ulama terhadap wacana agama
dan gender, Norhayati Haji Kaprawi, Zaitun Mohmed Kasim (terj) Malaysia: Sister In
Islam, h. 3

19





yang tidak seimbang. Perkerjaan ini dianggap khas bagi perempuan, sehingga
lelaki tidak perlu mengambil peranan, walaupun wanita membantu dan berperanan
mencari napkah.

Pembahagian peranan publik-domestik

Pembahagian peranan isteri mengurus hal ikhwal keluarga dan suami mencari
nafkah. Dalam hal ini menuntut agar jika isteri membantu mencari nafkah maka
suami membantu mengurus rumah tangga. Isu ini berpunca kerana ekoran
ketidak-adilan beban ganda, iaitu: selain semua hal ikwal keluarga tangggung
jawab isteri dan isteri membantu mencari nafkah keluarga, pihak suami tidak
berperanan membantu isteri kerana, masyarakat masih berpikir hal ikwal kelurga
adalah tanggung jawab isteri semata, dan bukan tanggungjawab suami untuk
membantu.11

2. SEBAB KETIDAK ADILAN GENDER
Sosial budaya yang berlaku hingga kini dipandang lebih berpihak pada kaum lelaki
yang mengatakan sebagai budaya patriaki. Dalam budaya ini, membenarkan
pembentukan peranan lelaki sebagai dapat melakukan dan menentukan apa
sahaja. Sebaliknya perempuan berada di bawah (subordinat). Keadaan ini
melahirkan proses pengetepian (marginalisation), eksploitasi dan penganiayaan
terhadap perempuan dalam semua bidang. Dari pandangan umum, seorang
perempuan yang baik adalah penurut dan rela membiarkan penderitaan dalam
hati mereka. Mereka yakin perbuatan sedemikian mendapat balasan yang lebih
baik kelak. Dan perempuan yang melawan atau mengkritik dinanggap kurang ajar
dan tidak baik. Masih ada terdapat perkawinan di bawah umur terutama di
kampung-kampung, dan sosial budaya yang memandang tugas utama perempuan
adalah mendirikan rumah tangga, berkerja didapur menjadi isteri dan ibu. Maka
perkhawinan dipandang kewajiban sosial-budaya semata tanpa sebab yang lain.
Kaum perempuam berkerja dibayar lebih rendah daripada kaum lelaki. Jawatan
perkerjaan bagi kaum perempuan juga terhad dan ditempatkan pada bidangbidang yang tidak memerlukan kecerdasan ketrampilan yang tinggi. Dalam
kepemilihan kepemimpinan, perempuan dianggap tidak layak untuk memimpin
kerana pandangan sosial hari ini adalah selagi masih ada lelaki, maka lelakilah
yang paling layak.

Fenomena sepertimana yang ada inilah yang di sebut kaum peminis sebagai
ketidak adilan gender. Kepincangang gender menghadapi kencaman yang hebat

Khusaini Rofi.ah (2007), op. cit, h.166-117

20





oleh suatu gerakan yang dinamakan gerakan feminisme12. Dan mengemukakan
dua sebab kepincangan gender ini berlaku.

Kekusutan memahami akar umbi masalah

Kaum peminis mendapati ada kekusutan dan kekeliruan fahaman atau pandangan
masyarakat mengenai hakikat serta kesan-kesan hubungan sosial yang
berlandasan subordinasi (penomborduan/penundukan). Masyarakat umum
memandang perempuan makluk yang lemah dan lelaki kuat, perempuan
emosional dan lelaki rasional, perempuan halus dan lelaki kasar dan seterusnya.
Perbezaan ini dianggap fitrah dan ketentuan Allah yang tidak dapat diubah. Sifat
ini dibentuk melalui sosial dan budaya. Maknanya ia dibuat oleh manusia sendiri
bukan oleh ketentuan Allah. Kaum feminis mendapati fakta sosial menunjukaan
bahawa sifat tersebut dapat berubah menurut tempat, waktu dan kelas sosial. Hal
ini di sebut perbezaan gender. Kaum peminis menolak pemikiran negatif orang
ramai tentang konsep gender bahawa akan terjadi pembalikan peranan lelakiperempuan iaitu perempuan harus berperanan sama dengan lelaki. Jika demikian,
maka pastilah dunia akan kiamat. Kaum feminis berpendapat menolak ideologi
patriaki tidak seharusnya diganti dengan idealogi matriaki. Mereka sebenarnya
hanya ingin mewujudkan corak hubungan lelaki-perempuan yang adil dan
saksama.

Akibat pemahaman agama

Usaha meningkatkan kesadaran umum terhadap isu gender menghadapi pelbagai
kesukaran terutama berhadapan dengan fahaman keagamaan. Hasil kajian
terhadap sumber-sumber pemikiran keagamaan mendapati bahawa perbedaan
jantina dan gender masih belum dapat diterima sepenuhnya. Pendapat itu iaitu
lelaki mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan unggul daripada perempuan.
Pendapat ini dikemukakan oleh pemikir-pemikir Islam, antaranya. Seperti Az-
Zamakhsari (467-538H), Fakhiruddin ar-razi, Ibnu Kathir, Muhammad Abduh,
Muhammad Tahir bin Asyur, Ibnu Asyur, At-Thabathaba.i, pemikiran mereka
hampir sama yang mengemukakan keitimewaan lelaki lebih unggul berbanding
kaum perempuan.13

Ada beberapa faktor yang menyebabkan tetap ketidak-adilan gender. Di antaranya
adalah tafsir agama, sosio-budaya, dan politik. Faktor-faktor ini berperanan besar
dalam menghambat perjuangan kaum feminis sekaligus ketidak-adilan gender. 14

12

Feminisme lebih difahami sebagai gerakan bukan keyakinan. Sebagai gerakan titik tolak
pembahasannya mengacu pada definisi operasional dan bukan dari ideology atau
fanatisme keyakinan, dalam, Achmd Muthaliin (2001), h.43

13

Husein Muhammad (2004), op. cit h.30-37.

14

Achmad Muthali.in (2001), op. cit, h.43.

21





Penilaian yang berat sebelah terhadap perempuan pada dasarnya juga terbit dari
tiga buah anggapan dasar tentang keyakinan beragama. Yang pertama, andaian
pahaman agama yang secara jelas menempatkan perempuan hanya sebagai
pelengkap. Kedua, fahaman bahwa moral etika perempuan lebih rendah. Ketiga,
pandangan materilistik, ideologi masyarakat Mekah sebelum Islam yang
memandang rendah terhadap peranan perempuan dalam proses pembangunan
Negara. Islam tidak membezaakan antara lelaki dan perempuan, apatah lagi
mendiskriminasikan perempuan.15

Ketidak-adilan gender yang berlaku, mengapa perempuan menjadi sasaran
kekerasan? Kajian menunjukkan bahawa kekerasan tidak terhad kepada
perempuan, berlaku akibat wujudnya kuasa yang tidak bermoral. Dalam apa jua
peringkat kehidupan kekuasaan boleh disalahgunakan dengan menggunakan
kekerasan. Apabila sesuatu kuasa itu tidak bermoral, kekerasan sering muncul
seolah-olah ianya dibolehkan. Bila dikaitkan dengan perempuan secara logiknya
kemungkinan ada kekuasaan lelaki terhadap perempuan yang tidak berdasarkan
kepada prinsip moral dan hak-hak asasi. Kekuasaan lelaki terhadap perempuan
hasil sosial yang dibudayakan, kemudian dianggap suatu kebenaran oleh pelbagai
pemikir, fiqh, norma-norma dan ideologi-ideologi.16

KONSEP GENDER DALAM ISLAM

Dalam Islam peranan keluarga dijadikan asas awal pendidikan dan pembentukan
sikap perlakuan sebelum dipraktik dalam kehidupan bermasyarakat. Peranan
lelaki ialah memikul tanggungjawab mengatur serta melindungi keluarga. Hak dan
tanggung jawab ini tidak boleh disalahgunakan. Sementara itu peranan
perempuan berhak dan bertanggung jawab mengatur rumah tangga dan mendidik
anak-anaknya. Ia nanti diminta pertanggungjawab tentang pelaksanaannya.
Sehubungan dengan tanggung jawab ini, sebagaimana dikemukakan dalam an-
Nisa 4:34. Sebelum ia memulai peranannya membina sesuatu rumah tangga,
perempuan berhak memilih calon suami. Dalam Islam seperti dikemukakam dalam
ayat al-Imran 3:195 dan an-Nisa 4:124 pada prinsip tanggung jawab dan hak lelaki
dan perempuan adalah sama.17 Ditinjau dari perspektif Islam, perkara isu hak
persamaan lelaki-wanita, semuanya telah termaktup di dalam kitab suci al-Quran,

15

Norsaleha Mohd Salleh, Abdul Halim Tamuri dan Salleh Amad (2011), Hak-hak Wanita
Pada Zaman Rasulullah SAW: Meningkap Sejarah Srikandi Islam, dalam Mohd Roslan
Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita Islam: Isu-isu Dan Pemerkasaan Hak, Persatuan
Ulama Malaysia, h. 18-19

16

Husein Muhammad (2004), op. cit, h.184-185.

17

Saudi Berlian (2000), op. cit, h.64.

22





tidak boleh ditukar ganti melainkan seseorang itu sudah tidak percaya terhadap
agama Islam.18

Dalam hubungan lelaki dan perempuan. Prinsip dasar asl-Quran memperlihatkan
pandangan kesetaraan dan kesaksamaan. Seperti:

Ertinya; “Wahai manusia, Kami telahmenciptakan kamu dari lelaki dan perempuan

dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling
mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah
yang paling bertakwa.” al-Hujurat 49:13.

Ertinya: “Sesiapa sahaja, lelaki atau perempuan yang beramal soleh dan dia
beriman, nescaya Kami berikan kehidupan yang baik.” an-Nahl 16:97

Surah al-Ahzab 33:35 yang menjelaskan Allah akan memberikan ganjaran yang
sama bagi ibadah mereka, baik lelaki mahupun perempuan. an-Nisa. 4:1 yang
bermaksud lelaki dan wanita dari asal yang sama. 19

Selain ayat di atas, banyak lagi ayat yang menyokong kesetaraan lelaki dan
perempuan seperti surah al-Ahzab 33: 35 dan surah an-Nisa. 4:124. Berdasarkan
surah al-Baqarah 2:181, menjelasakan al-Quran menyokong asas sama rata
antara lelaki dan wanita dengan mengistiharkan setiap jantina saling lengkap
melengkapi tiada yang lebih rendah dari segi status dan kemuliaan, dan saling
melindungi. Walaupun dari bukti-bukti al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
menunjukkan lelaki dan perempuan itu sama tetapi dari segi biologi, lelaki dan
wanita itu pastilah tidak serupa. Tetapi perbezaan-perbezaan tersebut tidak
bermaksud bahawa lelaki dan wanita tidak sama nilainya. Bagi Allah lelaki dan
wanita Muslim itu adalah yang sama dalam semua aspek kehidupan Islam. 20

Dalam Islam ada ditetapkan perbezaan antara lelaki dan wanita dalam
mengerjakan ibadah dan mengenai diri wanita. Peraturan tersebut adalah bagi
menjaga kepentingan wanita Islam selain mengawal berlakunya ketidak-sopanan
dalam masyarakat, iaitu; wanita tidak dibenarkan mendedahkan auratnya, kecuali
muka dan kedua tapak tangan. Suara wanita adalah aurat, mereka dilarang
menyaringkan atau menguatkan suara.dilarang mengangkat kedua tangan sampai
kepada anak telinga waktu solat. Wanita dilarang mencukur rambut kepala,
perbuatan itu menyerupai lelaki. Allah dan Rasulullah melaknat lelaki menyerupai
perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. Wanita dihukum makruhmelakuka
azan dan iqamat solat. Wanita tidak boleh menjadi imam kepada lelaki.
Perempuan tidak wajib melaksanakan ibadah solat jumaat. Bagi wanita solat

18

Rozi Bainon (1999), op. cit, h.36

19

Husein Muhammad (2004), op. cit, h.41-42

20

Rozi Bainon (1999), op. cit, h.41-42

23





dirumah lebih baik dari solat di Masjid. Wanita tidak boleh berpergian seorang diri
kecuali bersama muhrimnya. Wanita dilarang khutbat solat jumaat, hari raya dan
sebagainya. Dalam menerima pusaka , wanita menerima separuh dari lelaki. 21

Dalam pembahagian harta pusaka atau warisan, seperti di jelaskan dalam surah
An-Nisa :7.

Ertinya: “Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anakanakmu. Iaitu: Bahagian anak lelaki sama dengan dua orang anak perempuan dan
jika anak semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari
harta yang ditinggalkan: jika anak perempuan itu seorang sahaja maka ia
memperoleh separuh harta” An-Nisa :7 22. Yang dimaksud keadilan ialah
memberikan hak-hak mereka , bagi lelaki dan wanita. Pembahagian ini bukan
ditentukan oleh pemikiran lelaki atau wanita tetapi ditentukan oleh Allah dan
Rasulullah.23

Islam melebihkan pembagagian harta pusaka terhadap lelaki kerana Islam
membebankan tanggung jawab untuk menjaga saudara perempuannya dan
menafkahkan keluarganya, sedangkan bagi perempuan harta yang diperoleh
hanya untuk dirinya sendiri. Termasuk pendapatan jika ia berkerja.

Dalam konsep gender suami isteri dalam Islam, iaitu:

Tujuan perkawinan akan tercapai jika dalam keluarga tersebut dibangun atas
dasar kesetaraan dan keadilan gender, dimana lelaki dan perempuan sama-sama
memiliki hak, peranan dan kesempatan yang diasaskan atas saling menghormati,
menghargai, tolong-menolong di dalam pelbagai sektor kehidupan. Untuk
mengetahui adanya kesetaraan dan keadilan gender dalam keluaga dapat dilihat
pada hal-hal seperti:

Pertama, ruang penyertaan wanita dalam perumusan, pengambilan keputusan
atau perencanaan, pelaksanaan dalam wilayah domestik mahupun public. Kedua,
mamfaat diperoleh perempuan dari hasil aktiviti baik sebagai pelaku mahupun
pengguna. Ketiga, akses serta penguasaan perempuan dalam proses
pembangunan modal insan dan sumber alam yang menjadi aset keluarga, seperti
hak waris, hak memperoleh pendidikan, jaminan kesihatan, hak-hak reproduksi
dan sebagainya.24

21

Thorik Muiz Mohammad (2001), Keistimewaan Wanita Menurut Islam, Kuala Lumpur:
Usnie Sdn Bhd, h.15-17

22

Abdul Halim Abu Syuqah (1998) Kebebasan Wanita, Jilid I, Chairul Halim (terj), Kuala
Lumpur: Pecetakan Zafar Sdn. Bhd, h.85

23

Rozi Bainon (1999), op. cit, h. 74

24

Khusaini Rofiah (2007), op. cit, h.122-123

24





Praktik gender suami isteri yang setara akan wujud apabila berlakunya
keseimbangan antara hak dan kewajiban suami isteri. Dalam al-Quran ditemukan
peranan bapa dalam mendidik anak, sebagai rujukan surah Lukman 31:13-15 dan
merujuk kepada kehidupan rumah tangga Rasulullah dan bagaimana peranan
beliau dalan pelbagai urusan rumah tangga.25

KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM

Islam telah mengangkat martabat wanita, dimuliakan, dikembalikan hak dan
statusnya . Wanita juga diberikan status yang sama sebagai individu dalam
masyarakat. Menurut Islam bukan jantina lelaki atau wanita yang membezakan
status seseorang, tetapi ketakwaan kepada Allah (surah Al-hujarah, 49:13).
Istimewanya golongan wanita menurut kaca mata islam, dalam surah annisa 4:1
menjelaskan konsep berkaitan fungsi lelaki dan wanita, aspek penciptaan
berkaitan fitrah dan biologi serta status lelaki dan wanita disisi Allah.
Penghormatan yang di beri oleh Allah bahawa wanita mempunyai kebebasan
bertindak yang sama seperti lelaki, namun dalam aspek tertentu ia tertakluk
kepada fitrah penciptaan yang asal seperti fungsi mereka sebagai anak
perempuan, isteri dan ibu. Wanita Islam berhak mendapat peluang bagi
meningkatkan ilmu pengetahuan, memiliki harta dan menunaikan tanggungjawab,
disamping tanggungjawab hakiki terhadap Allah dan Rasulnya.26

Kedudukan dan keistimewaan wanita dalam Islam dapat dilihat sebagai berikut.
Sebaga hamba Allah wanita berhak melakukan apasahaja bentuk ibadah yang
wajib dan ibadah sunat. Mereka di beri ganjaran, mereka diberi peluang sebagai
hamba Allah yang baik sebagaimana lelaki. Sebagai hamba Allah wanita mesti
dididik dengan sempurna dan perlu diberi perhatian lebih kerana keadaan fizikal
dan emosi yang berbeza dengan lelaki. Sebagai hamba Allah mereka berhak
berjihad, bermubalaah, menjadi saksi dan sebagainya. Sebagai istri Islam telah
memberikan penghormatan yang tinggi terhadap wanita dengan memberikan hakhak yang wajib ditunaikan oleh suami antaranya ialah, nafkah zahir dan bathin.
Kasih sayang, perlindungan, hak perkonsian. Islam memandang tinggi dan mulia
darjat seorang ibu. Bahkan kesensaraaan, keperitan dan pengorbanan seorang
ibu dimaktubkan dalam al-Quran surah Lukman:14 begitu juga ketaatan dan
haram menderhakan kepada ibu.27

25

Ibid, h. 130.

26

Nor „Azzah Kamri (2011), Wanita dan Pengurusan Profesional, dalam Mohd Roslan
Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita Islam, isu-isu dan Pemerkasaan Hak, Selangor:
Persatuan Ulama. Malaysia, h.99-100

27

Jawiah Dakir (2007), Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti Dan Wanita, Malaysia: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia, h.75-78.

25





Tidak dinafikan bahawa wanita mempunyai kelemahan diri dan dalam dirinya.
Namun begitu, ada golongan yang lemas dengan wanita. Ramai orang lelaki
terpengaruh dengan wanita dan ramai pemimpin yang jatuh dan tersungkur
disebabkan wanita. Dengan kelemahan itu maka Allah menentukan wanita hanya
dipimpin oleh para lelaki. Wanita tidak sekuat untuk menjadi pemimpin kaum lelaki
(an-Nisa:34). Wanita adalah rakan setia pada lelaki. Lelaki yang baik dan buruk
tergantung kepada baik dan buruknya temannya iaitu wanita. Wanita adalah
penawar dan juga racun. Wanita yang mengetahui pengetahuan agama Islam
yang sempurna walau begitu wanita ada kelemahan maka jangan menyerahkan
sesuatu kerja secara mutlak kerana mengakibatkan keburukan. Wanita
memerlukan bimbingan yang bermaksud mereka tidak mampu melaksanakan
tanggungjawab mereka sendiri. Fikiran kaum wanita tidak sekuat fikiran kaum
lelaki. Nafsu jantina kaum wanita pula lebih kuat daripada nafsu jantina kaum
lelaki. Kalau mereka tidak di halang oleh rasa malu, maka mereka lebih mudah
mengikut dorongan nafsu jantina dan terjerumus kedalam lembah kehinaan.28

HAK-HAK WANITA MENURUT ISLAM

Islam menjamin keadilan kepada semua anggota masyarakat tampa mengira
agama, gender, dan bangsa. Hal ini selaras dengan tujuan penciptaan manusia
yang terdiri dari pada lelaki dan perempuan, bersuku-suku dan berbabangsa
adalah untuk mengenal antara satu sama lain, selain itu Islam amat memandang
tinggi dan menjaga hak kemanusiaan setiap insan. Terdapat perbezaan hak
antara wanita Islam dan bukan Islam, sebab utamanya adalah keimanan yang ada
pada wanita Islam.

Wanita Islam wajib menutup aurat (surah al-Ahzab: 59 dan surah an-Nur: 31)
kedua ayat ini dijadikan dalil dan hujah kewajiban wanita Islam memakai pakaian
yang menutup aurat, yakni seluruh tubuhnya kecuali bahagian tubuh tertentu iaitu
muka dan telapak tangan. Mendapatkan hak yang sama dikalangan istri-istri
(surah an-Nisa:3 dan hadis riwayat Abu Daud t.t.t. 1:140) surah an-Nisa
menerangkan Islam mengharuskan lelaki berkawin lebih daripada satu dan tidak
lebih daripada empat orang dalam satu satu masa dengan sarat tertentu dan hadis
riwayat abu daud menerangkan balasan terhadap suami yang tidak berbuat adil
kepada istri-istrinya, bagi wanita bukan Islam selain Isteri pertama tidak diiktiraf.
Mewarisi harta pusaka melalui sistem paraid, bagi wanita bukan Islam tidak ada
kaedah pembahagian harta pusaka yang jelas. Wujud batasan pergaulan diantara
lelaki dan perempuan, manakala bagi wanita bukan Islam adalah sebaliknya iaitu
wujud pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.29

28

Thorik Muiz Mohammad (2001), op. cit, h.1-8

29

Jawiah Dakir (2007), op. cit, h.88-92.

26





Dalam Islam hak wanita telah termaktub dalam al-Quran dan Hadis semenjak
datangnya Islam itu sendiri, seperti:

Hak kemanusiaan.

Semenjak zaman permulaan Islam 14 kurun yang lalu kedudukan wanita telah
terbela. Islam mengangkat kedudukan wanita dimana mereka adalah sama dari
sudut tanggung jawab dengan lelaki, iaitu untuk mentauhidkan Allah dan
menyembahnya, ini menunjukan Islam tidak meletakkan batasan kepada wanita
untuk meningkatkan kedudukan moral mereka di sisi agama.

Hak kehidupan.

Islam membenarkan seseorang wanita untuk mendapatkan hak sivil. Ini
termasuklah jaminan Islam untuk bersuara, kebebasan memilih, kebebasan
berpendapat, kebebasan bersuara, kebebasan untuk memilih agamanya. Apabila
ia memilih Islam maka kebebasannya tertakluk kepada ajaran Islam. Disamping itu
wanita digalakkan untuk mengeluarkan pandangan serta menyumbang idea dan
buah pikiran. Idea yang bernas tidak semestinya datang dari lelaki.

Hak sosial.

Islam mewajibkan menuntut ilmu atas umatnya baik lelaki mahupun wanita.
Termasuklah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran dan hadist serta ilmu-ilmu
agama dan sosial yang lain. Diatas kesadaran bahwa wanita muslim juga
mempunyai tanggung jawab dakwah amar makruf nahi mungkar, suatu
keewajiban bagi mereka untuk mempersiapkan diri dengan ilmu yang sesuai.
Islam membenarkan wanita untuk berkerja demi untuk kebaikan agama,
masyarakat dan Negara. Selagi tidak mengabaikan tanggung jawab utama
sebagai isteri dan seorang ibu. Dalam masa yang sama, Islam mengiktiraf
perbezaan yang lelaki dan perenpuan. Terutama dari segi kekuatan fizikal.
Sesetengah pekerjaan sesuai untuk lelaki dan sesetengah sesuai untuk wanita. Ini
tidak bermakna Islam menafikan sumbangan lelaki mahupun wanita di dalam
pekerjaan. Apa yang ditekankan adalah kesesuaian sesuatu pekerjaan itu
mengikut batasan jantina dan tidak bercanggah dari ajaran Islam.

Mengenai status isteri dan ibu, nabi Muhammad menyebutkan secara jelas bahwa
: surga itu dibawah tapak kaki ibu dalam penafsiran yang tidak sempit hadist ini
membawa maksud yang luas, antaranya memberikan gambaran bahwa kejayaan
seseorang dan kejayaan sebuah masyarakat itu adalah bersandar kepada
golonngan wanita dan ibu merupakan orang yang pertama dan berpengaruh
keatas seseorang dari pelbagai sudut termasuklah keselamatan dan latihan yang
diterima daripada golongan ibu.

27





Hak berpolitik.

Islam Memberikan hak kepada wanita untuk berpolitik ini merupakan suatu
keistimewaan yang telah diberikan sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Dimana
wanita mempunyai hak untuk memilih pemimpin. Dalam apa jua pikiran umum,
wanita berhak untuk mengeluarkan pandangan dan mengambil bahagian dalam
politik.

Hak ekonomi.

Dalam surah al-Lail 92:3-4 dan annisa 4:34 Allah mengisytiharkan bahwa ia
menciptakan manusia itu berbeza di antara lelaki dan perempuan dengan
tugasan, pergerakan dan skil mereka yang berbeza. Dalam sebuah masyarakat,
ada pembahagian tugas-tugas tertentu maka setiap individu mempunyai tanggung
jawab dan peranannya yang tersendiri. Secara umum, Islam mengangkat
kedudukan wanita dengan memberi kepercayaan di dalam tugas mendidik,
manakala lelaki sebaghai ketua yang menjaga keselamatan ahli keluarga, justeru
wanita mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk
melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.malah dalam sebuah
keluarga wanita berhak untuk bertindak sebagai pengawal aliran kewangan.
Dalam surah annisa 4:32 menjelaskan, wanita muslim juga mempunyai hak untuk
mencari rezeki dan berkerja, mereka berhak untuk memiliki harta, tanah atau
rumah, wanita muslim mempunyai hak untuk menguruskan perniagaan mereka
dan tiada sesiapa boleh meminta hasil pendapatan atau keuntungan
perniagaannya itu, termasuklah suaminya.

Hak sebagai seorang isteri.

Dalam surah ar-Rum 30:21 menjelaskan perkawinan bukan semata-mata
memenuhi kehendak fizikal atau perasaan. Sebaliknya perkawinan merupakan
tanda-tanda yang dari pencipta, ia merupakanm hubungan berdasarkan hak dan
tuntutan persepakatan bersama, berteraskan wahyu ilahi. Allah menciptakan lelaki
dan wanita sebagai pelengkap kepada kehendak jiwa, saluran untuk memenuhi
kehendak itu secara halal yang di tetapkan al-Quran.

Tanggungjawab isteri. Tanngungjawab isteri adalah menjaga rahasia pribadi
suaminya dan rahasia rumah tangga yang di bina. Istri perlu berhati-hati agar
perkara dalam rumah tangga tidak disebar luaskan kepada orang lain perkara ini
mungkin akan meruntuhkan maruah suami bahkan juga maruah seorang istri.
Isteri berperanan menjaga harta-harta suaminya, isteri hendaklah mengurus hal
dalam keluarga secara bijak bagi mengelakkan pembaziran barang yang tidak
perlu. Isteri tidak sepatutnya membenarkan sesiapa yang tidak di sukai suami
untuk masuk kedalam rumah serta dalam hal berbelanja dengan izinnya. Sebagai
muslimah sejati mesti menjalin kerja sama dengan suami dan tidak perlu berkerja

28





sama dengan lelaki yang tidak menyembah Allah. Seorang isteri tidak perlu taat
kepada suami yang memintanya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan
Islam.30

Islam mewajibkan suami memberi nafkah keluarga, kerana, suami berhak
menahan isterinya yang bererti seorang isteri harus tunduk dan patuh pada suami
tetapi suami berkewajiban menyara hidup isteri dan keluarganya, adanya
hubungan perkawinan yang mendapat hak dan tanggungjawab yang seimbang,
selari dengan kaedah fiqh, ada untung ada rugi.31

Islam meletakkan keadilan terhadap wanita dengan cara, Islam memberikan
penekanan pada wanita dalam aspek keluarga iaitu dalam mengurus hal ikhwal
rumah tangga dan mendidik anak di rumah karena kesibukan suami. Inilah cara
yang sesuai dengan fitrah manusia. Hidup berkeluarga akan pincang tanpa
peranan wanita kerana ia melibatkan pendidikan anak yang merupakan asas
kemajuan negara. Namun begitu wanita mempunyai peranan yang besar dalam
politik. contohnya, pada zaman awal pemerintahan Islam. Kaum wanita turut
terlibat dalam perjanjian serta di Aqabah bagi mendirikan Negara yang berdaulat.
Ini bermakna, Islam mendahului lebih dari seribu tahun daripada demokrasi Barat
yang memberi hak kepada wanita dalam pilihan raya diperingkat majlis
perbandaran di Bandar Wyoming Amerika Serikat pada abad ke-19 kemudian di
ikuti oleh Negara Barat yang lain.32

INISIATIF BAGI MENANGANI ISU-ISU GENDER

Para pengkaji mukhtahir ini berpendapat bahawa dalam pembaharuan tentang
kedudukan dan isu-isu wanita ini boleh dicapai tanpa menggunakan pendekatan
sekular, sebaliknya menggunakan pendekatan pemahaman semula supaya wanita
tidak didiskriminasikan. 33

Sebagimana ada yang mengemukakan, telah lama disadari bahwa kepahaman
agama merupakan salah satu faktor yang membentuk dan juga melambatkan
proses kesetaraan, kesemerataan dan keadilan gender. Oleh kerana itu salah satu
projek penting dari arus kesadaran ini adalah untuk melakukan penilaian dan
penafsiran semula. Penilaian semula juga perlu dilakukan terhadap tafsiran dan
fahaman agama yang selama ini mempunyai kecenderungan untuk berlaku tidak
adil terhadap perempuan. Usaha ini tidak mudah, disebabkan tiga faktor. Pertama,

30

Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri (2011), op. cit. h.3-14.

31

Husein Muhammad (2004), op. cit, h.152-153.

32

Abdul Hadi Awang (2009), Islam Adil Untuk Semua, Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn.
Bhd, h.36.

33

Raihanah Abdullah, Nurhayati Surbaini (2011), Wanita Islam Dan Isu-iisu gender masa
kini, dalam Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita Islam: Isu-isu Dan
Pemerkasaan Hak, Persatuan Ulama Malaysia,h.86

29





Khazanah ilmu-ilmu agama yang sedia ada, telah di jadikan sebagai sumber
rujukan, panduan dan petunjuk yang kukuh. kedua, pegangan yang kukuh ini
mempunyai sangkut paut dengan kuasa, kerana kebanyakan bukus yang di tulis
dalam bahasa arab yang memerlukan kemampuan intelektual, baik dalam
penguasaan bahasa arab mahupun ilmu-ilmu lain seperti ilmu tafsir, usul fiqih,
serta mengumpulkan dan menyusun maklumat, membuat perbandingan, dan
akhirnya membetuk semula tulisan tersebut. Ketiga, mereka yang memiliki
kemahiran dalam penafsiran agama dan perspektif sosial (yakni keadilan gender)
amat kurang. Tidak hairanlah pembentukan semula kedudukan perempuan dalam
Islam menjadi agak terabai dibandingkan dengan projek-projek pembaharuan
pemahaman Islam lainnya.34

Pemahaman semula bermaksud memberikan penafsiran yang baru tentang
kedudukan, hak wanita dalam Islam dan peranan lelaki-wanita menurut
pandangan Islam yang tidak terpaku pada rujukan rujukan sebelumnya yang
disalah pahamkan. Masyarakat Islam, teruma wanita harus mengetahui hak-hak
dan tanggungjawab mereka dari sisi perspektif Islam agar tidak dikriminasikan.

Dari pendapat diatas dapat diambil pemahaman bahawa inisiatif bagi menangani
isu-isu gender adalah:

Memberikan pemahaman semula peranan lelaki dan wanita menurut Islam
terutama fahaman yang disalah ertikan oleh pejuang gender seperti, lelaki
pemimpin wanita, poligami, membolehkan pemukulan terhadap isteri, peranan
wanita sebagai sebagai anak perempuan, isteri dan ibu dan sebagainya.

Para pengkaji dan mentelaah buku tidak hanya berlandaskan pada khazanah ilmu
agama yang sedia ada sebagai sumber rujukan kukuh. Sumber rujukan tersebut
dibuat mempunyai masa dan konteks sendiri mengikuti pemikiran dan
pengalaman serta keadaan sosial seseorang pengarang buku masa itu, yang
memungkinkan tidak sesuai dengan sosial-budaya masa kini.

Melalui pendidikan yang mengeluarkan ilmuan yang memiliki intelektual dan
kepakaran bahasa Arab mahupun ilmu lain seperti ilmu tafsir, ilmu usul piqh yang
membolehkan menafsirkan, mengumpulkan maklumat, membuat perbandingan
dari perspektif sosial (gender) dan akhirnya membentuk semula tulisan
sebelumnya.

Peranan ulama sebagai pendakwah untuk menyampaikan pemahaman Islam
dalam masyarakat. Masyarakat Islam ramai belum mengetahui bahkan tidak
mengetahui peranan jantina dan gender dari perspektif Islam, dengan kejahilan ini

Husein Muhammad (2004), op. cit, h.1

30




masih ada segelintir yang masyarakat mengikuti budaya yang tidak selaras
dengan ajaran Islam .

3. PENUTUP
Istilah gender adalah istilah yang dikemukakan oleh orang barat kerana mereka
merasa dikriminasikan dan menuntut kesemerataan bagi wanita. Istilah gender
tidak ada dalam Islam. Ketika keadilah gender diperjuangkan oleh kaum wanita
Barat, jauh sebelum itu keadilan dan hak-hak antara lelaki dan wanita sudah
termaktub dalam al-Quran dan Hadis. Masyarakat Islam yang ikut serta untuk
mempurjuangkan keadilan gender kerana mereka belum faham hak dan tanggung
jawab antara peranan lelaki dan perempuan dalam Islam, hal ini menyebabkan
ada yang merasa wujudnya ketidak-adilan gender.

Isu-isu gender dalam masyarakat merupakan isu-isu yang berkait dengan peranan
lelaki dan wanita seperti poligami, perceraian, kekerasann, mengetepikan
perempuan, pembahagian tugas dalam keluarga yang tak seimbang. Dalam Islam
semua ini bukan suatu isu gender yang harus diperjuangkan. Dalam Islam
peranan, hak, tanggung jawab lelaki dan perempuan sudah jelas dalam al-Quran
dan Hadis yang harus diyakini. Isu gender ini dibangkitkan kerana berpunca
kecuaian dan gagalnya para pelaku yang seharusnya memikul tanggungjawab
dan melaksanakan peranan yang sesuai menurut prespektif Islam.

Para pejuang gender telah salah faham tentang kedudukan wanita Islam kerana
menjadikan agama sebagai sebab ketidak-adilan gender seperti pemahaman
lelaki mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan unggul dari wanita, wanita
hanya duduk dirumah dan sebagainya. Sesungguhnya Islam melebihkan lelaki
kerana lelaki adalah pemimpin dan bertanggung jawab menafkahkan kelurganya
dan peranan ini sesuai kodrat, tetapi disisi Allah lelaki dan perempuan dinilai
dengan melihat ketakwaannya kepada Allah S.W.T, kedudukan lelaki Islam dan
wanita Islam adalah sama.

BIBLIOGRAFI

Abdul Hadi Awang (2009), Islam Adil Untuk Semua, Kuala Lumpur: PTS Islamika
Sdn.Bhd

Abdul Halim Abu Syuqah (1998) Kebebasan Wanita, Jilid I, Chairul Halim (terj),
Kuala Lumpur: Pecetakan Zafar Sdn. Bhd.

Achmad Muthali.in (2001), Bias Gender Dalam Pendidikan, Surakarta:
Muhammadiyah University Press.

31




Husein Muhammad (2004), Fiqh Wanita, pandangan ulama terhadap wacana
agama dan gender, Norhayati Haji Kaprawi, Zaitun Mohmed Kasim (terj)
Malaysia: Sister In Islam

Jawiah Dakir (2007), Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti Dan Wanita, Malaysia:
Jabatan Kemajuan Islam Malaisia

Khusaini Rofi.ah (2007), “Studi Pola Relasi Gender Suami Isteri Pada Keluarga
STAIN Ponorogo,” KODIFIKASI, Jurnal Penelitian Keagamaan Dan Sosial
Budaya, Vol.1, No 1

Mohd Ruslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri (2011), Wanita Islam, isu-isu dan
pemerkasaan hak Selangor: Persatuan Ulama. Malaysia. (ISBN : 978-983-230609-2)

Nor „Azzah Kamri (2011), Wanita dan Pengurusan Profesional, dalam Mohd
Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita Islam, isu-isu dan Pemerkasaan
Hak, Selangor: Persatuan Ulama. Malaysia

Norsaleha Mohd Salleh, Abdul Halim Tamuri dan Salleh Amad (2011), Hak-hak
Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW: Meningkap Sejarah Srikandi Islam, dalam

Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita Islam: Isu-isu Dan
Pemerkasaan Hak, Persatuan Ulama Malaysia

Rozi Bainon (1999) Wanita: Penghapusan Diskriminasi dariperspektif Islam Dan
Undang-Undang Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Raihanah Abdullah, Nurhayati Surbaini (2011), Wanita Islam Dan Isu-iisu gender

masa kini, dalam Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita Islam:
Isu-isu Dan Pemerkasaan Hak, Persatuan Ulama Malaysia

Sugihastuti, Istna Hadi Saptiawan, (2007) Gender & Inferioritas perempuan:
Praktik Kritik Sastra feminis, Pustaka Pelajar, Yogyakarta: Pustaka Pelajar

Saudi Berlian (2000), Pengelolaan Tradisional Gender, Jakarta: Milenium Publiher

Thorik Muiz Mohammad (2001), Keistimewaan Wanita Menurut Islam, Kuala
Lumpur: Usnie Sdn Bhd.

32




Isu-isu Dan Hak-hak Wanita Islam Dalam Gagasan Rahima, Indonesia

Indriaty Ismail.
Mohd Hanif Dzulkifli..


Abstrak

Tulisan ini membincangkan mengenai isu-isu dan hak-hak
wanita Islam yang diperjuangkan oleh kumpulan aktivis Rahima,
Indonesia. Rahima merupakan Pusat Pendidikan dan Informasi
Islam dan Hak-hak Perempuan yang ditubuhkan pada tahun
2000 sebagai reaksi kepada perbincangan dalam masyarakat
mengenai isu-isu gender dan Islam. Metodologi yang digunakan
untuk menghasilkan penulisan ini ialah melalui kajian
dokumentasi dan temu bual dengan aktivitis Rahima. Penemuan
kajian ini mendapati bahawa Rahima sentiasa peka dengan isuisu semasa wanita Islam di Indonesia dan antara isu yang
menjadi fokus perjuangan mereka ialah pendidikan kritis dan
penyebaran maklumat mengenai hak-hak wanita di pesantren.
Program yang dilakukan di antaranya adalah memperkenalkan
pemahaman keislaman yang menjunjung tinggi kesetaraan
wanita dan menghargai pluraliti. Rahima juga menjalankan
penyelidikan dan aktif dalam penerbitan bahan-bahan yang
berkaitan perspektif Islam dan hak-hak wanita. Kajian
mendapati Rahima juga sedikit sebanyak mempunyai beberapa
persamaan dan perbezaan dengan kumpulan aktivis wanita di
Malaysia iaitu Sisters in Islam.

Kata Kunci: Rahima, isu-isu wanita, hak-hak wanita,

kesetaraan, pesantren, Islam.

The Issues And Muslim Women’s Rights In The Rahima Foundation,

Indonesia

Abstract

This paper discusses the issues and Muslim women’s rights

which are adopted by the Rahima activist group, in Indonesia.

Rahima is an Islamic Education, Information and Women’s rights

Centre. It was founded in the year 2000, as a reaction to a

.

Pensyarah Kanan di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

..

Pelajar Sarjana di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

33




massive discussion in the society regarding the issues of gender
and Islam. This is a documentation study which goes hand-inhand with interviews done with selected the Rahima activists.
The outcome is that Rahima is always up-to-date with the current
women issues in Indonesia. Amongst the issues which they
focused were the critical education and the distribution of
information on the women’s rights in the pesantren (the traditional
Islamic education centre). They organised programmes to
provide a better understanding of Islamic teachings which uphold
the equalities of women in the society and how to value the
pluralities. Rahima is also active in researches and published

Medias on the Islamic perspectives and women’s rights. The
Rahima group resembles in some aspect with the Malaysian’s

Sisters in Islam (SIS) and differs in some other.

Keywords: Rahima, women issues, women’s rights, equalities,
pesantren, Islam.

Pengenalan

Islam mengiktiraf lelaki dan wanita diciptakan oleh Allah s.w.t. dengan kejadian
biologi yang berbeza dan mempunyai peranan yang berbeza. Namun keduaduanya adalah sama tarafnya di sisi Allah s.w.t. Ketinggian martabat di sisi
Pencipta dinilai berdasarkan kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t. dan bukannya
pada harta, kekuatan ataupun jantina. Secara umumnya kelihatan di beberapa
negara Islam, masih wujud bentuk-bentuk penindasan dan layanan yang tidak adil
pihak masyarakat terhadap wanita pada masa sekarang ini termasuklah di negara
Indonesia. Penulisan ini menggarap mengenai latarbelakang kumpulan aktivis
feminis Rahima di Indonesia dan usaha-usaha mereka dalam memperjuangkan
isu-isu wanita dan hak-hak wanita Islam dari segi keadilan dan kesetaraan.

Latar belakang Pergerakan Rahima

Rahima merupakan Pusat Pendidikan dan Informasi tentang Islam dan
Hak-Hak Perempuan. Ia merupakan sebuah lembaga yang memperjuangkan hakhak diri sendiri dalam masyarakat yang berfokus kepada perbezaan wanita dari
perspektif agama Islam. Rahima telah ditubuhkan pada tarikh 5 Ogos 2000
sebagai reaksi atau tindak balas terhadap isu mengenai gender dan Islam. Status
kewujudan Rahima ini telah disahkan oleh sebuah badan kerajaan Indonesia iaitu
Notaris pada tarikh 11 September 2000 di Jakarta. Rahima secara rasminya
memulakan aktiviti mereka pada bulan Februari 2001 dan sehingga sekarang
masih aktif menjalankan aktiviti dan programnya walaupun telah memasuki tahun
yang kesebelas penubuhannya.1

Perkataan Rahima terhasil dari satu perkataan yang mempunyai maksud
yang berbeza. Yang pertama ia berasal dari perkataan „rahim perempuan. iaitu

www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.

34




merupakan tempat manusia melakukan hubungan kelamin dan melahirkan anak di
mana ia merupakan tempat lahirnya sebuah kehidupan. Maksud yang kedua,
perkataan itu diambil dari salah satu nama Allah iaitu al-Rahman dan al-Rahim
sepertimana yang terdapat di dalam Asma.ul Husna. Kedua-dua perkataan ini
membawa maksud Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Rahima
diberikan maksud sedemikian adalah kerana bertujuan untuk mencetuskan
sebuah kehidupan yang penuh dengan kasih sayang.2

Pada awalnya Rahima bergerak pada aktiviti yang menjurus kepada
pendidikan kritis dan penyebaran maklumat mengenai hak-hak wanita di
pesantren sahaja. Kemudian, oleh kerana keperluan masyarakat terhadap
perkara yang dibawanya semakin meningkat, maka ia telah meluaskan skopnya
kepada pelbagai kelompok selain dari kelompok pesantren. Tumpuan telah
diperluaskan kepada sekolah, guru-guru sekolah agama sehinggalah guru sekolah
agama negeri, majlis ta.alim, organisasi wanita muslim dan organisasi
kemahasiswaan. Rahima bukan sahaja bergerak di peringkat kebangsaan tetapi
juga di peringkat antarabangsa dan mempunyai hubungan dengan pergerakan
wanita di peringkat antarabangsa. Rahima juga menggunakan segala undangundang yang ada dalam memperjuangkan hak wanita.

Kesemua organisasi yang memberi kerjasama kepada Rahima telah dipilih
oleh Rahima kerana dilihat bersesuaian dengan apa yang ingin mereka
ketengahkan. Ini menunjukkan bukan semua organisasi yang ada di Indonesia
diterima oleh Rahima sebagai rakan kerjasama.

Kegiatan Rahima

Rahima meletakkan visinya sebagai: terhasil masyarakat yang adil dengan
hubungkait yang setara antara lelaki dan wanita, terpenuhnya hak-hak perempuan
di dalam hak asasi manusia. Manakala misinya ialah: melakukan kesedaran hakhak wanita menurut perspektif Islam, menghasilkan ilmu yang baru berlandaskan
kesamarataan dan mencetuskan dorongan terhadap penegakan hak-hak kaum
wanita. Berdasarkan visi dan misinya, Rahima mengorak langkah menjayakan
pelbagai aktiviti dan kegiatan.3

Kegiatan yang dilakukan oleh organisasi Rahima ini terbahagi kepada
beberapa kegiatan iaitu melalui pendidikan, penyelidikan, penerbitan dan
perpustakaan. Kegiatan ini akan dijelaskan satu persatu bermula dari pendidikan.

1) Pendidikan

Pendidikan yang dimaksudkan di sini ialah pendidikan secara kritis iaitu
pendidikan kritis yang menjurus kepada hak-hak wanita. Ini merupakan bentuk
pendidikan yang diyakini oleh Rahima yang mana dirasakan mampu
mengetengahkan ilmu yang boleh menjawab persoalaan realiti sosial yang berlaku

2

www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.

3

www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.

35




dalam masyarakat dan kehidupan. Bentuk pendidikan ini berasaskan metode
aksi-refleksi iaitu cetusan tindak balas secara terus menerus terhadap sesuatu isu
melalui cara perbahasan dan sebagainya. Ia dilakukan juga dengan kaedah
mengkaji nilai manfaat, tingkat perubahan dan kegagalan atau keberhasilan
sebuah proses menjadi manusia yang menyedari kepentingan potensi dirinya dan
menghargai sesama mereka dan melihat kepelbagaian pendapat sebagai rahmat
Allah yang sangat kaya dan saling menyempurnakannya. Beginilah metodologi
pendidikan kritis yang menggunakan aksi-refleksi berlaku dan ia digunakan juga
melalui beberapa medium perlaksanaan iaitu rekrut, bengkel penulisan atau
bengkel latihan, seminar, proses assessment, perencanaan, monitoring dan
program tindak balas bersama pertubuhan-pertubuhan yang menjadi penyokong
Rahima.4

2) Penyelidikan

Penyelidikan yang dilakukan adalah berasaskan kepada penyelidikan
kewanitaan (feminists’ participatory action research). Pengumpulan maklumat
dilakukan melalui beberapa cara seperti mengumpul segala data-data yang
bersifat sekunder, kajian terhadap pelbagai dokumentasi dan kajian lapangan
(fieldwork research), dengan cara pemerhatian, temu bual, dan kaedah ‘live in.
iaitu dengan cara turun ke suatu tempat mencari kekuatan kaum wanita yang
boleh ditonjolkan didaerah itu.5

3) Penerbitan

Penerbitan media Rahima dilakukan melalui dua bentuk iaitu yang
pertamanya ialah media cetak dan yang kedua ialah media elektronik dan
audiovisual. Penerbitan yang dilakukan oleh Rahima meliputi seluruh penerbitan
seperti buku, jurnal dan pelbagai lagi jenis penerbitan yang mana ia
keseluruhannya mempunyai kaitan dengan perspektif Islam dan hak-hak wanita,
hasil daripada perbincangan mingguan, diskusi ilmiah dan seminar. Setiap 3 kali
sebulan, Rahima juga menerbitkan sebuah majalah yang diberi nama Swara
Rahima yang berfokus kepada tema perbincangan Islam dan hak-hak wanita.
Orang awam juga boleh mendapat maklumat tentang Rahima dan pelbagai artikel
dalam majalah Swara Rahima melalui website Rahima yang beralamat di
http://rahima.or.id atau melalui email di alamat Rahima 2000@rahima.or.id. Media
Shalawat (radio) yang merupakan hasil idea dari sebuah pusat latihan Rahima.
Shalawat ini dikenali pada awalnya sebagai Shalawat Gender dan kini telah
ditukar nama sebagai Shalawat Kesetaraan. Shalawat ini merupakan salah satu
penghargaan dari Rahima terhadap inisiatif dan ilmu yang disumbangkan dari
penyokongnya.6

4

www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.

5

www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.

6

www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.

36




4) Perpustakaan

Rahima telah melakukan pengumpulan maklumat dan penyimpanan
maklumat (dokumentasi) dari setiap kegiatan atau program yang dilakukannya.
Rahima telah menyediakan perpustakaan kepada orang awam yang mana ia
dibuka pada waktu bekerja dari hari Isnin sehingga Jumaat dari 10.00 pagi
sehingga 5.00 petang. Pelanggan perpustakaan ini boleh mendapat bahan seperti
teks-teks klasik yang menjadi rujukan pesantren dan berbagai pertubuhan
keagamaan, buku-buku, dan bahan berbentuk audiovisual seperti CD dan video
yang bertemakan mengenai isu Islam dan wanita. Selain itu mereka juga
menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan Rahima bagi yang sukar datang ke
perpustakaan Rahima iaitu secara on-line di alamat rahima2000@cbn.net.id.
Katalog on-line perpustakaan Rahima di kemaskini 3 bulan sekali di alamat
http://rahimalibrary.or.id.7

Isu-isu Dan Hak-hak Wanita Islam Indonesia

Isu-isu dan hak-hak wanita Islam di Indonesia masih hangat diperjuangkan
sekarang ini. Hal ini kerana di Indonesia masih lagi terdapat penindasan terhadap
wanita yang kadang-kadang apabila diteliti semula sepatutnya sudah tidak ada
penindasan seperti itu pada zaman yang serba moden ini. Antara penindasan
yang masih berlaku sekarang ialah di Batu dan Malang di Jawa Timur Indonesia
yang mana di kawasan ini berlakunya arahan supaya wanita menggunakan kunci
pada seluar bagi memelihara kehormatan diri dari dicabul.

Perbahasan ini akan melihat isu-isu dan hak-hak yang dituntut oleh wanita
yang digerakkan oleh Rahima. Melalui kaedah pendidikan kritis Rahima telah
membahaskan beberapa isu yang masih timbul di Indonesia berkenaan dengan
penindasan kaum wanita sehingga membawa kepada penafsiran semula sumber
agama iaitu al-Quran melalui tokoh-tokoh penafsir kontemporari.8

Aurat Wanita Menurut Rahima

Ahmad Dicky Sofyan (2009) merupakan penulis yang menulis buku hasil
terbitan Rahima berkenaan definisi aurat, hijab dan jilbab. Beliau menyatakan
bahawa persoalan aurat, hijab dan jilbab semestinya dilihat menerusi aspek
budaya dan keadaan sesuatu masa dan tempat barulah sesuatu hukum mengenai
ketiga-tiga aspek ini dapat didefinisikan. Pengkajian secara adil terhadap aspek ini
dapat melahirkan suatu kesimpulan atau hukum yang terkini dan bersifat lebih adil
dalam memberikan keadilan sosial dalam kehidupan di sesebuah kawasan. Al-
Quran juga diturunkan berkaitan dengan struktur masyarakat dan sosial sesuatu
masa dahulu. Kerana itu sebab diturunkan al-Quran ialah untuk membetulkan
masyarakat ketika itu.

7

www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.

8

KH Husein Muhamad, 2006, Swara Rahima: Perempuan Merdeka, Benarkah?, h. 19.

37




Sebagai contoh, dalam konteks jilbab dan hijab, ayat ini tidak turun secara
mendadak memberikan perintah, tetapi turun mengikut keadaan masyarakat dan
kritikan terhadap masyarakat ketika itu (kritikan terhadap perlakuan). Dikatakan
bahawa kesalahan penafsiran terhadap sesuatu ayat al-Quran adalah terjadi
akibat dari penafsiran secara umum ke atas realiti turunnya ayat dan konteks
turunnya ayat itu tanpa dikaji dan diselidiki secara lebih ilmiah terlebih dahulu
mengenai sebab turun dan hukum yang terdapat pada ayat itu. Contoh penafsiran
secara umum terhadap ayat al-Quran tanpa mengkajinya terlebih dahulu dalam
hal ini ialah berkenaan dengan masalah hijab kerana dikatakan ayat al-Quran
yang menceritakan mengenai hijab iaitu dalam surah al-Ahzab 33: 53, yang mana
surah ini dikatakan ia diturunkan secara khusus dan juga dimaksudkan hijab
dalam ayat ini bukanlah perempuan tetapi pintu atau dinding rumah Nabi saw. dan
ayat ini hanyalah khusus diturunkan untuk peristiwa ketika itu.9

Jika latar belakang sesuatu ayat itu dapat difahami dengan jelas sejarah
penurunannya, maka konsep perlindungan tubuh perempuan yang terdapat dalam
ayat al-Quran mengenai aurat, hijab dan jilbab, tidaklah semestinya difahami
sebagai alat untuk memenjarakan tubuh wanita atau menutupi tubuh wanita
secara keseluruhan. Kerana ternyata konsep penutupan keseluruhan tubuh
wanita itu secara total tidak sesuai dengan sifat umum al-Quran khususnya ketika
ayat itu diturunkan. Mahu tidak mahu setiap usaha untuk menghasilkan sesuatu
hukum semestinya menitikberatkan pertimbangan sosial. Kepelbagaian kaedah
ahli fiqh dalam penentuan batasan aurat mengikut terma perkataan „menghindari
kesulitan. atau „demi keperluan. atau „kekhuatiran menimbulkan fitnah., dikatakan
terma ini tidak terlepas dari situasi seharian mengikut keadaan dan tempat, dan
ianya bersifat relatif. Dengan itu, merujuk kepada hujah terma ini aurat bukanlah
termasuk di dalam perbahasan agama tetapi ianya ialah mengenai hal sosialbudaya.

Akhirnya segala ayat mengenai aurat, hijab dan jilbab seakan
menerangkan kepada kita yang bermaksud secara keseluruhan ialah “Wahai
kaum lelaki dan wanita, kalian harus pandai menjaga pandangan kalian agar tidak
saling menganggu dan kalian semua harus menghindari perbuatan tercela. Dan
disebabkan itu kalian harus mengenakan pakaian yang sopan yang menutupi
tubuh kalian. Batasan tubuh kalian yang harus ditutup itu harus disesuaikan
dengan keadaan di mana kalian tinggal. Dan janganlah berlebihan dan jangan
pula mengikuti jahiliyyah yang mengeksploitasi terhadap wanita”.10

Dalam penerangan mengenai aurat yang diterangkan oleh penulis buku ini,
mereka mengambil ayat al-Quran dalam surah al-Nur 24: 30-31. Ayat ini telah
ditafsirkan oleh penulis dengan tafsirannya bahawa surah al-Nur ayat 30 diambil
sebagai penerangan kepada aurat kaum lelaki di mana ia disebut sekali sahaja.
Manakala ayat 31 merupakan panduan etika pergaulan bagi kaum wanita. Dalam
ayat ini al-Quran telah memberi peringatan kepada kaum wanita sebanyak lima

9

Ahmad Dicky Sofyan, 2009, Tubuh Perempuan dalam Kajian: Menimbang Ulang Makna
Hijab, Jilbab dan Aurat, h. 3.

10

Ahmad Dicky Sofyan, 2009, h.16.

38




kali iaitu empat kali lebih dari lelaki. Adapun dalam al-Quran ini menyebutkan
lebih wanita dari lelaki tetapi ia bukanlah bererti untuk diskriminasi kerana dua
pesanan dalam surah al-Nur ayat 31 berkenaan menjaga kemaluan dan
menundukkan pandangan adalah bersifat umum iaitu bagi lelaki dan wanita.
Manakala pesanan ketiga, keempat dan kelima iaitu tidak menampakkan
perhiasan kecuali yang menjadi kebiasaan, mengenakan kain yang menutup dada
dan tidak menghentakkan kaki untuk menunjuk perhiasan hanyalah merupakan
reaksi terhadap perlakuan masyarakat Arab jahiliah. Juga dinyatakan jika ketigatiga pesanan yang merupakan reaksi masyarakat jahiliah ini telang hilang maka
perempuan dan lelaki telah dikatakan memiliki kewajiban yang sama. Maka kesan
terhadap hukum ini pesanan ketiga hingga kelima tidak wujud lagi, al-hukmu

c

yaduuru maca ilatihi wujudan wa cadaman.11

Penerangan yang dilakukan oleh Rahima mengenai hijab di mana mereka
memetik sepotong ayat dari al-Quran yang menceritakan tentang hijab dan
mentafsirkannya mengikut cara mereka iaitu dari surah al-Ahzab 33: 53. Ayat ini
telah ditafsirkan oleh mereka sebagai ayat yang bersifat khusus yang mana
dinyatakan bahawa arahan yang terdapat dalam ayat ini adalah kepada perkara
yang berlaku ketika itu dan hanya khusus kepada Rasulullah. Kerana terdapatnya
larangan untuk menikahi isteri Rasulullah setelah kewafatan beliau. Dan larangan
untuk menikahi janda adalah bersifat khusus hanya kepada isteri Rasulullah
bukanlah kepada janda yang kehilangan suaminya. Maka dengan itu secara tidak
langsung ayat perintah supaya berhijab yang terdapat dalam ayat larangan khusus
menikahi janda Rasulullah memahamkan bahawa kewajiban berhijab juga adalah
bersifat secara khsusus dan bukan kewajiban kepada semua Muslim.12

Seterusnya penerangan mengenai jilbab yang dilakukan oleh Rahima.
Dalam penerangan ini telah dikaitkan menggunakan ayat al-Quran dari surah al-
Ahzab 33: 59. Perkataan jilbab secara istilahnya dimaksudkan sebagai pakaian
yang menutupi tubuh badan untuk kaum wanita secara keseluruhan ataupun
kecuali tapak tangan atau muka atau kecuali mata sahaja. Pelbagai tafsiran telah
diberikan para ilmuwan mengenai maksud sebenar ayat ini. Rahima telah
mentafsirkan hukum mengenai jilbab ini berdasarkan sebab turunnya ayat ini.13

Demi menjaga keamanan, al-Quran telah memberikan satu jalan
penyelesaian iaitu suruhan kepada wanita Islam supaya mengenakan jilbab
sebagai tanda kepada mereka bahawa wanita yang mengenakan jilbab tidak boleh
diganggu. Ini membawa maksud wanita yang mengenakan jilbab ialah wanita
Islam yang sudah baligh yang haknya dilindungi oleh Islam dan masyarakat Arab.
Jadi, kesimpulan yang diambil ialah ayat ini diturunkan dengan tujuan untuk
merespon segala tindak tanduk sosial yang berlaku pada ketika itu. 14

11

Ahmad Dicky Sofyan , 2009, h. 17.

12

Ahmad Dicky Sofyan, 2009, h. 25.

13

Ahmad Dicky Sofyan, 2009, h. 25-26.

14

Ahmad Dicky Sofyan, 2009, h. 32.

39




Para ulama tafsir juga menyatakan bahawa jilbab ketika itu merupakan
pembeza pakaian wanita Islam dewasa dengan budak kecil. Pakaian yang
membezakan status seseorang wanita itu sama ada dewasa ataupun budak kecil.
Jika kefahaman ayat jilbab ini hanyalah sekadar untuk membezakan hal ini sahaja,
maka ayat ini boleh memberi dua maksud, iaitu satu aspek adalah untuk
menghilangkan status kebudakan wanita itu dan satu aspek lagi adalah untuk
membezakan status kebudakan dengan wanita dewasa di mana kedua-duanya
melalui cara berpakaian.

Oleh sebab itu, Rahima memberi penjelasan bahawa ayat ini menekankan
bukan sahaja kepada cara berpakaian tetapi juga kepada tuntutan moral iaitu
menggunakan pakaian yang sopan kerana keadaan susuk tubuh wanita dewasa
dan budak adalah berbeza. Dan disebabkan kesopanan itu adalah perkara yang
bersifat relatif maka spesifikasinya tidak bersifat statik tetapi boleh berubah.
Sehingga diberikan maksud apapun pakaian yang telah memenuhi spesifikasi
kesopanan adalah dikira sebagai jilbab. Juga dapat difahami dengan ayat ini ialah
jilbab tidak lagi difahami sebagai pakaian tertutup tetapi ialah pakaian yang
bersifat sebagai pakaian yang sopan. Oleh itu secara kesimpulan keseluruhannya
mengenai jilbab adalah tidak terbatas kepada pakaian yang menutup keseluruhan
tubuh wanita.15

Konsep Qawamah Dalam Islam

Qawamah atau konsep kepimpinan dalam masyarakat dipandang hanya
terletak kepada satu jenis jantina sahaja yang memberi kesan kepada situasi yang
berbeza dan ia boleh menjadi hak milik lelaki ataupun hak milik wanita. Konsep
qawamah atau kepimpinan yang ada pada masa sekarang ini kebanyakannya
merujuk kepada al-Quran dan hadis tetapi sayangnya ia difahami secara tekstual.
Qawwam sering dieertikan kepada lelaki.

Kepimpinan lelaki sering dikaitkan dengan ayat al-Quran dalam surah Al-
Nisa. 4: 34, di mana perkataan qawwam iaitu sebagai ketua yang berkuasa mutlak
dan perlu ditaati. Ramai ahli tafsir telah memberi terjemahan kepada makna
qawwam ini berdasarkan kenyataan di atas, antaranya ialah seperti Ibnu Kathir,
Muhammad Abduh dan Imam Suyuthi. Manakala pentafsir kontemporari turut
memberikan tafsiran kepada perkataan ini dengan memberikan makna dari
perspektif yang lain bagi istilah qawwam ini.16

Kita lihat pandangan yang dikemukakan oleh penafsir kontemporari iaitu
Riffat Hassan mengenai andaian yang bersifat keagamaan yang menjatuhkan
wanita serta mengurangkan peranan ataupun fungsi wanita. Yang pertama ialah
makhluk utama Tuhan ialah lelaki bukan wanita kerana dikatakan bahawa wanita
ini diciptakan dari rusuk Adam dan merupakan ciptaan yang kedua selepas Adam

a.s. Kedua ialah wanita adalah penyebab lelaki dicampakkan dari syurga ke
15

Ahmad Dicky Sofyan, 2009, h. 37.

16

Noor Rohman, 2010, Konsep Qiwamah Perempuan dalam Islam, h. 2-3.

40




dunia. Dan yang ketiga ialah wanita bukan sahaja diciptakan dari lelaki malah
diciptakan untuk lelaki. Ketiga-tiga kenyataan inilah yang menjadi asas
pengurangan dan pemencilan skop terhadap kaum wanita. 17

Perlu disedari jika wanita itu diletakkan darjatnya di bawah lelaki oleh
kerana akal dan agamanya, ini adalah satu kenyataan yang sangat naif. Kerana
perkara itu mampu ditangani oleh setiap wanita. Dan jika mendiskriminasikan
wanita itu datang dari al-Quran maka ia adalah salah kerana telah lari dari objektif
penurunan al-Quran yang menggunakan terma „al-Quran sesuai untuk semua
tempat dan zaman.. Oleh itu kita patut menerima kehadiran para intelektual
Muslim kontemporari yang berusaha menyeimbangkan Islam dengan masalahmasalah terkini termasuk hal gender.

Kumpulan Rahima berpandangan terdapat masalah dalam pentafsiran al-
Quran adalah kerana masyarakat yang masih memegang satu kefahaman lama
iaitu yang masih tertumpu kepada lelaki melebihi wanita. Ada beberapa
kemungkinan di mana agama dianggap sebagai punca peminggiran kaum wanita.
Yang pertama kerana terjadi kekeliruan dalam menterjemahkan teks al-Quran.
Kedua ialah kerana pentafsiran dilakukan secara sepotong-sepotong ayat tidak
menyeluruh dan mengabaikan pandangan dunia Islam dan yang ketiga ialah
terkadang ia berdasarkan kepada hadis yang lemah atau palsu. Dua sebab yang
awal membuatkan terjemahan itu tidak diletakkan di tempat yang sebenar dan ia
sepatutnya disemak semula dan dibawakan pentafsiran yang baru. Sebab yang
ketiga adalah manipulasi dari kepentingan diri sendiri terhadap hadis Nabi s.a.w.18

Kumpulan ini telah menyarankan tiga kaedah untuk memperbetulkan
perkara di atas iaitu pertama ialah merujuk kembali ayat-ayat al-Quran dan
memperbetulkannya semula, kedua merujuk ayat-ayat yang menekankan
kesetaraan lelaki dan wanita dan ketiga ialah membangunkan semula terjemahan
yang terkini dengan cara pembacaan semula ayat-ayat yang selama ini menjadi
ketidakadilan gender dengan penyelesaian baru yang telah dikemukakan.
Sememangnya pada umumnya kesalahfahaman terhadap isu kesetaraan lelaki
dan wanita adalah bertitik tolak dari faktor pentafsiran yang tidak adil terhadap
wanita19

Disebutkan juga bahawa terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis yang
menyanjung kesetaraan lelaki dan wanita sehingga membolehkan wanita
mendapat hak menjadi seorang pemimpin. Di antara ayat al-Quran yang
disebutkan ialah surah al-Hujurat 49: 13, al-Nahl 16: 97, al-Taubah 9: 71, al-
Mumtahanah 60: 12, al-Baqarah 2: 23, dan juga hadis riwayat Bukhari mengenai
bermusyawarah dengan perempuan tentang pernikahan anak-anak perempuan
mereka.

17

Noor Rohman, 2010, h. 9.

18

Noor Rohman , 2010, h. 13.

19

Noor Rohman, 2010, h. 14.

41




Kefahaman dari segi kontekstual menyatakan bahawa ayat al-Quran
mengenai qiwamah atau qawwam ialah persoalan tafsir bukan merupakan
perintah Allah atau ketentuan Allah. Hal ini kerana setelah Nabi Muhammad

s.a.w. wafat tidak ada seorang pun yang layak menggantikannya sebagai utusan
Allah yang mampu menjelaskan perintah Allah atau orang yang paling mengetahui
maksud ayat-ayat Allah. Dengan itu semua tafsir sekarang adalah bersifat tafsiran
atau ijtihad yang sudah pastinya tidak bersifat mutlak dan bersifat dinamis.20
Ayat “al-rij.l qawwammuna cala al-nis.’…” merupakan ayat yang
menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan mempunyai hubungan yang tertentu.
Lelaki adalah qawwam yang memberi maksud penjaga dan pelindung wanita.
Ayat ini menunjukkan lelaki mempunyai peranan sebagai pelindung kepada wanita
oleh kerana kekuatan fizikalnya (bim. fa..ala All.hu bac.ahum cala bac.in) dan
kekuatan kewangannya iaitu (wa bim. anfaqu min amw.lihim). Sekiranya perkara
ini tidak terdapat pada lelaki maka akan hilanglah peranan pelindung tadi bagi
lelaki dan berpindah peranan pelindung tadi kepada pihak wanita pula kerana ini
diertikan daripada kalimah yang terdapat dalam ayat ini iaitu (bac.ahum cala
bac.in). Ini menunjukkan bahawa adanya proses timbal balik yang mengubah
maksud yang pertama dan berpindah kepada maksud yang sebaliknya iaitu
mengenai peranan lelaki dan perempuan.

Menurut Kyai Husein perkara utama yang perlu dianalisis dan
diterjemahkan dalam ayat ini ialah tentang sebab mengapa lelaki menjadi ketua
keluarga. Merujuk kepada perkara ini telah dinyatakan secara jelas iaitu
sebahagian dari mereka telah diberikan Allah kelebihan ke atas sebahagian
wanita. Firman Allah ini sangat jelas di mana Allah berfirman dengan
menggunakan perkataan „sebahagian. bukan perkataan „semua., yang memberi
maksud bahawa tidak semua lelaki diberi kelebihan oleh Allah dan juga tidak
semua wanita diberi kelebihan oleh Allah. Ada juga pendapat yang menyatakan
bahawa lelaki dan perempuan mempunyai kelebihan yang tersendiri.21

Menurut Amina Wadud Muhsin, lelaki pemimpin ke atas wanita tidaklah
diberikan kuasa sepenuhnya yang mesti ada pada diri setiap lelaki, tetapi hanya
secara mengikut keadaan apabila lelaki itu telah ada syarat yang ditentukan dalam
surah al-Nisa. ini barulah ia mempunyai kuasa. Menurut Khaled Abou al-Fadl,
perkataan qawwam bererti pelindung, pemelihara dan penjaga. Ayat itu memberi
maksud pemelihara atau pelindung berdasarkan kepada kemampuan seseorang
seperti kemampuan memberi nafkah. Jika wanita yang mencari nafkah maka
tugas pelindung telah bertukar kepada wanita dan jika bersama mencari nafkah
maka tugas sama yang yang dipikul oleh keduanya iaitu tiada kuasa mutlak di
antara keduanya.22

Secara umumnya sudah jelas bahawa wanita dan lelaki mempunyai taraf
yang sama. Jika seseorang wanita itu kuat peranannya dari segi kewangan maka

20

Noor Rohman, 2010, h. 18-19.

21

Noor Rohman, 2010, h. 24.

22

Noor Rohman, 2010, h. 25-26.

42




yang layak menjadi pemimpin kewangan ialah wanita dan lelaki boleh mengambil
peranan dalam bidang lain iaitu seperti keperluan kepada kekuatan fizikal. Ini
jelas menunjukkan hubungan yang seimbang di antara lelaki dan perempuan dan
pada masa ini wanita dan lelaki layak menjadi ketua mengikut peranan semasa
yang ditanggung oleh mereka.23

Maka sehubungan dengan itu jelaslah tidak relevan pendapat Imam al-
Suyuthi berkenaan dengan konsep kepimpinan wanita. Beliau menisbahkan
pendapat beliau bersandarkan kepada hadis Nabi s.a.w. iaitu “Tidak akan
beruntung sesuatu kaum yang telah menyerahkan urusannya kepada seorang
perempuan” (Musnad Ahmad 19603), dan “Kaum perempuan adalah kurang akal
dan agamanya” (al-Bukhari: 293). Hadis ini biasanya dihuraikan bahawa yang
dikatakan kurang akal itu bermaksud persaksian tentang sesuatu perkara yang
datang dari seorang perempuan ialah separuh persaksian (bukti), manakala
maksud kurang agama itu ialah oleh kerana perempuan itu mendapat haid maka
ia tidak boleh bersolat.24

Qawamah Dalam Kekeluargaan Islam

Pandangan yang selama ini tertanam dalam kotak pemikiran umat Islam
ialah lelaki yang menjadi ketua mutlak dalam keluarga. Pendapat ini juga masih
dipertahankan oleh sebahagian kaum wanita tidak kira sama ada mereka
merupakan orang yang terpelajar ataupun yang berasal dari kampung-kampung
yang tidak mendapat pendidikan tinggi.

Kedudukan suami isteri di Indonesia yang dinyatakan dalam Undangundang perkahwinan No. 1/1974 dan Kompilasi Hukum Islam (KHI) Pasal 79 KHI
menyebutkan: “Suami adalah kepala keluarga dan isteri adalah ibu rumahtangga”.
Pasal 80 pula menyatakan: “Suami adalah pembimbing terhadap isteri dan rumah
tangganya, akan tetapi hal urusan rumahtangga yang penting perlu diuruskan
bersama suami dan isteri”. Kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan tercapai
jika kepimpinan itu berada di pihak yang mempunyai kelebihan dalam keluarga itu
tanpa mengira status lelaki atau perempuan.25

Penjelasan ayat al-Quran dari surah al-Rum 30: 21 turut dijadikan
sandaran dalam perbahasan. Jika diperhatikan ada tiga kata kunci dalam
perkahwinan yang digariskan dalam ayat tersebut iaitu yang pertama ialah
“litaskunu ilaiha” yang membawa maksud orang yang menjalani alam perkahwinan
agar merasa terlindung dan dapat menjalani hidup dengan aman dan tenteram.
Kedua ialah “mawadah” yang boleh diertikan sebagai mahabbah, nasihat dan
hubungan yang kuat di mana perkahwinan itu merupakan ikatan yang melahirkan
rasa saling mencintai, saling nasihat menasihati dan saling menghargai tanpa ada

23

Noor Rohman, 2010, h. 29.

24

Noor Rohman, 2010, h. 30.

25

Noor Rohman, 2010, h. 31.

43




rasa sakit menyakiti. Manakala yang ketiga ialah “rahmah” yang bererti kasih
sayang yang mendalam dan bersifat seikhlas-ikhlasnya.26

Qawamah Dari Sudut Politik

Ketika zaman Nabi s.a.w. telah tercatat golongan wanita yang turut
memainkan peranan bersama dengan kaum lelaki. Saidatina Khadijah, Saidatina

c

Aisyah, Saidatina Ummu Salamah, dan para isteri Nabi s.a.w., Fatimah (anak),
Zainab (cucu) dan Sukainah (cicit) adalah wanita yang terkemuka dan yang
bijaksana. Mereka sering terlibat dalam perbincangan mengenai sosial dan politik.

Perbahasan turut memetik ayat al-Quran iaitu dalam surah al-Jumucah 62:

10. Allah s.w.t. sesekali tidak membezakan lelaki dan perempuan dalam ayat ini
juga menghalang sikap mengeksploitasi terhadap orang lain. Sama juga seperti
politik, ia merupakan perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi kerana Saidatina
c

Aisyah merupakan isteri Rasulullah s.a.w. yang turut terlibat dalam ruang politik.
Terdapat sebahagian yang mengambil hujah wanita tidak boleh terlibat dengan
politik menggunakan dalil dari hadis Rasulullah s.a.w. iaitu “Tidak akan beruntung
sesuatu kaum yang telah menyerahkan urusannya kepada seorang perempuan”.
Padahal hadis Nabi s.a.w. ini merupakan tanggapan baginda kepada peristiwa
tertentu tentang seorang sahabat yang menyampaikan berita kepada Nabi s.a.w.
tentang kematian Raja Romawi yang telah diganti oleh puterinya. Hadis ini tidak
boleh diambil sebagai syariat kerana ia terhenti sebagai hukum kepada kes pada
masa berkenaan sahaja.

Fatima Mernissi telah mengkaji berkenaan dengan hadis berkenaan dan
didapati hadis tersebut hadis munfari. ah kerana terdapat dari salah seorang
perawinya iaitu Abu Bakar pernah melakukan persaksian palsu ketika zaman

c

Umar al-Khattab tentang peristiwa zina yang dituduhkan kepada Mughirah bin
Syucbah. Oleh kerana itu hadis ini tidak boleh dijadikan sebagai dasar
pengambilan hukum.27

Justeru itu kita wajib mengambil perkara yang jelas iaitu dari al-Quran yang
menceritakan dengan jelas berkenaan dengan kehebatan seorang ratu dari
kerajaan Saba, seorang ratu yang bersifat adil ketika zaman Nabi Sulaiman a.s.
dan berjaya memimpin rakyatnya hidup dalam keadaan makmur. Kisah
kebesaran singgahsana ratu tersebut telah sampai ke pengetahuan Nabi
Sulaiman a.s. melalui burung Hud sebagaimana dikisahkan dalam surah al-Naml

27: 23. Ini jelas termaktub dalam al-Quran dan tidak boleh disangkal. Berbeza
dengan kepimpinan ratu Parsi yang bersikap panas baran dan tidak adil. Sikap
pemimpin wanita seperti inilah yang dikritik oleh Nabi Muahammad s.a.w. sebagai
kekuasaan yang tidak boleh memberi keamanan.28
26

Noor Rohman, 2010, h. 34.

27

Noor Rohman, 2010, h. 39.

28

Noor Rohman, 2010, h. 40.

44




Kesimpulan bagi konsep qawamah keseluruhannya ialah berlakunya sikap
yang murni dalam menterjemahkan al-Quran. Hampir semua pandangan pentafsir
kontemporari menolak tafsiran klasik yang terdahulu berkenaan dengan tafsiran
surah al-Nisa 4: 34. Masalah qawamah ini sepatutnya tidak dibahaskan melalui
perbezaan jantina tetapi sepatutnya dibahaskan melalui faktor kelebihan yang ada
pada sesuatu jantina itu.29

Kemerdekaan Wanita Islam

Kemerdekaan adalah hak setiap manusia di bumi Allah. Perkara ini bukan
sahaja dipersetujui dalam kesepakatan PBB (united nation) iaitu di dalam
deklarasi hak asasi manusia (HAM) malah juga dalam agama-agama yang
terdapat di seluruh dunia ini.30

Islam melalui apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. telah mengajarkan sejak
dari awal lagi erti kemerdekaan bagi umatnya. Nabi Muhammad s.a.w.
sememangnya diutuskan di muka bumi ini adalah untuk membawa risalah
ketauhidan iaitu bermaksud supaya mengesakan Allah s.w.t. dan tidak
menghambakan diri kepada perkara selain Allah. Ini bermaksud bahawa tidak ada
seorang pun di muka bumi ini boleh memperhambakan manusia lain kecuali
semuanya mesti menghambakan diri kepada Allah s.w.t. Allah telah memberikan
kemerdekaan sepenuhnya kepada manusia supaya menggunakan akal dan fikiran
dalam menjalankan tugas seharian sebagai khalifah Allah di muka bumi kerana
Allah s.w.t. telah menciptakan manusia dengan ciptaan yang terbaik di muka bumi
ini.31

Rahima menjelaskan bahawa dengan menggunakan terma “ini adalah
untuk kebaikan kamu juga pada masa hadapan” banyak hak kebebasan anak
perempuan disekat, sedangkan dia mempunyai hak ke atas keputusan dirinya.
Seperti ibu bapa yang menentukan di mana anaknya harus bersekolah dan apa
fokus masa depan anak tersebut. Selain itu pula bila meningkat dewasa wanita itu
dijodohkan dengan lelaki pilihan keluarga bukan pilihannya sendiri. Itu sangatlah
menyakitkan bagi perempuan itu. Ini seolah-olahnya ibu bapa itu mengetahui
segala-gala perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Persoalannya
mengapa masih banyak lagi berlaku penceraian jika pilihan ibu bapa tadi tepat?
Ini semua bertitik tolak dari terma di atas yang sering dijadikan hujah bagi ibu bapa
untuk memastikan anak mendengar kata-kata mereka. Begitu juga dalam hal
suami ingin mengadakan hubungan seks bersama isteri. Isteri tidak boleh
menolak permintaan suami ketika ingin melakukan seks sedangkan ketika itu
keadaan isteri masih belum bersedia kerana takut dengan tafsir-tafsir agama yang
mengatakan tentang hukum menolak permintaan suami.32

29

Noor Rohman, 2010, h. 41-42.

30

KH Husein Muhamad, 2006, h. 3.

31

KH Husein Muhamad, 2006, h. 19.

32

Maman A. Rahman, 2006, h. 45.

45




Dengan melihat kes-kes ini adakah kita sudah boleh mengatakan bahawa
wanita itu sudah benar-benar mendapat kemerdekaan. Sebenarnya masih
banyak yang perlu diteliti dalam memberi kesamarataan kepada kaum wanita
supaya ia dapat merasakan kebebasan seperti kaum lelaki.33

Faqihuddin Abd Kodir (2006) memetik beberapa pandangan sarjana dalam
memberikan definisi kemerdekaan. Kemerdekaan dalam bahasa Arab disebut
sebagai al-hurriyah. Perkataan al-hurr menurut Raghib al-Isfahani yang dipetik
melalui kitab Mufradat Alfaz al-Quran mengandungi dua erti, pertama ialah lawan
dari budak dan yang kedua ialah orang yang bebas dari sifat-sifat yang buruk
dalam urusan duniawi. Jadi kemerdekaan itu boleh diertikan sebagai perkara
yang bersifat material dan bukan material. Manakala dari Syeikh Ali al-Shabuni
dalam tafsirnya mengatakan bahawa perkataan al-hurr itu membawa maksud suci
dari hal-hal yang boleh mencemarkan manusia. Perkataan al-hurr disebut
sebanyak 1 kali dalam surah al-Baqarah 2: 178. Perkataan ini juga berkait
dengan perkataan al-tahrir yang bererti pembebasan. Perkataan ini juga ada
disebut dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Nisa 4: 92, surah al-Ma.idah 5: 89 dan
surah al-Mujadilah 58: 3. Ketiga-tiga surah ini semuanya menekankan mengenai
pembebasan hamba

Manusia menurut Islam adalah makhluk merdeka atau bebas dari sesuatu
yang menyekat. Manusia merupakan makhluk yang merdeka atau bebas apabila
ia sesama manusia dan menjadi seorang hamba ketika ia berhadapan dengan
Allah s.w.t. yang menciptakannya. Dengan itu, kemerdekaan manusia adalah
sangat bertepatan dengan ajaran yang dibawa oleh Islam iaitu konsep Tauhid.
Dalam isu ini turut memetik ayat yang berbunyi “yukhrijuhum min al-.ulumat ila al
nur” ertinya ialah Nabi Muhammad s.a.w. hadir untuk mengeluarkan manusia dari
kegelapan kepada cahaya. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Islam itu agama
yang memerdekakan.34

Jadi dengan itu, cara untuk memerdekakan kaum wanita ialah dengan
merubah cara berfikir serta pandangan setiap individu terhadap kaum wanita dan
mengambil secara terus konsep yang dibawakan oleh ajaran Islam yang asli.
Dengan memberikan kepada mereka hak-hak sosial, ekonomi dan politik mereka
tanpa pembatasan yang hanya disebabkan perbezaan dari segi jantina.35

Jika agama diturunkan oleh Allah untuk membebaskan manusia dari
sebarang penindasan, maka tafsiran-tafsiran al-Quran perlu ditafsir dan dimaknai
kemudian diarahkan tafsiran semula itu ke arah pembebasan wanita agar mereka
tidak lagi ditindas. Usaha untuk melindungi wanita tidak boleh dengan cara
membataskan terhadap pergerakan dan kelebihan yang ada pada dirinya.
Kemerdekaan wanita juga merupakan salah satu dari kemerdekaan manusia dan

33

Maman A. Rahman, 2006, h. 45.

34

Faqihuddin Abd Kodir, 2006, h. 20.

35

Faqihuddin Abd Kodir, 2006, h. 20-21.

46




harus diperjuangkan sehingga segala terma mengenai penindasan terhadap
wanita itu hilang sama sekali dari pandangan individu dan dunia.36

Penutup

Perjuangan organisasi Rahima ini mengenai pendidikan kritis terhadap
sesuatu isu bermain dalam ruang lingkup pentafsiran semula ayat al-Quran
mengikut tafsiran oleh pentafsir-pentafsir al-Quran yang kontemporari.
Kebanyakan kajian semula ia lebih bersifat terbuka daripada tafsiran para ulama
terdahulu. Kebanyakan perkara yang ditafsirkan oleh ulama terdahulu yang dilihat
sebagai melebihkan kepada lelaki adalah ditolak oleh Rahima dengan
menggunakan hujah-hujah logik yang dikemukakan oleh para pentafsir
kontemporari dan ahli-ahli ilmu mereka sendiri.

Manakala dari segi pergerakan, organisasi ini dilihat berkembang dengan
baiknya dengan membantu wanita-wanita yang tertindas dan melatih-melatih para
wanita yang berminat menjadi kader-kader untuk menyampaikan ilmu yang
ditimba dari hasil pembelajaran di bawah latihan oleh Rahima. Perkembangan
organisasi ini juga berkembang dengan sangat pantas walaupun ia merupakan
organisasi non government. Ia telah mempunyai hubungan dengan pelbagai
organisasi di luar negara iaitu di peringkat antarabangsa. Ia juga mendapat
sokongan dari puluhan pesantren dan organisasi-organisasi yang mempunyai
kesesuaian dengan perjuangan mereka. Dari segi pengurusan organisasi juga
amat baik sekali dengan tidak melengahkan kes-kes atau isu-isu yang diterima
oleh mereka iaitu segera menyelesaikan dan mengambil tindakan yang
sewajarnya. Dari perspektif pengurusan organisasi ini dan semangat perjuangan
mereka untuk wanita, Rahima dilihat berseiringan dengan Sisters in Islam di
Malaysia. Apa yang membezakan kedua aliran ini ialah aktivis Rahima mendapat
dokongan yang jitu dari pesantren dan kalangan berpendidikan agama Islam,
manakala organisasi Sisters in Islam mendapat sokongan kuat dari kalangan
wanita-wanita intelektual yang berpendidikan moden dan mempunyai kesedaran
perjuangan wanita tetapi tidak menjalankan program dalam kalangan pondok atau
institusi agama.

Penulis berpendapat sewajarnya kalangan kita melihat semula kepada
tafsiran yang tepat mengenai sesuatu ayat al-Quran yang ditafsirkan oleh Rahima
ataupun mana-mana organisasi yang menggunakan tokoh pentafsir kontemporari
agar ia tidak bersalahan dengan ruh agama Islam itu sendiri. Kaedah tekstual
dalam mentafsirkan pengertian al-Quran wajar difahami dengan sebaiknya seperti
melihat jenis ayat Makkiyah dan Madaniyyah, asbab nuzul ayat, madlul ayat dan
lain-lain ilmu. Penulis melihat ulama-ulama atau mufassir klasik yang muktabar
tidak mengabaikan bidang ilmu ini dalam pentafsiran mereka dan termasuklah
menjauhi sifat ketidakadilan dalam tafsiran. Manakala kaedah kontekstual dalam
tafsiran ayat al-Quran sebagaimana dipegang oleh Rahima, pentafsir
kontemporari dan pejuang keadilan gender mestilah berpandukan juga ruh
keadilan tafsiran yang telah disepakati ulama dan bukan meragui ketinggian ilmu

Faqihuddin Abd Kodir, 2006, h. 21.

47




kalangan tersebut Penulis menegaskan di sini bahawa sikap berhati-hati dalam
menerima sesuatu dan mengkaji ayat-ayat al-Quran secara berpandukan kepada
kaedah yang telah ditentukan oleh ulama muktabar perlu diaplikasikan dalam
melakukan sesuatu kesimpulan terhadap sesuatu isu-isu yang timbul.

Bibliografi

Ahmad Dicky Sofyan. 2009. Tubuh Perempuan dalam kajian: Menimbang Ulang
Makna Hijab, Jilbab dan Aurat. Jakarta Selatan: Penerbit Rahima.

Faqihuddin Abd Kodir. 2008. Swara Rahima: Ketika Perempuan Bertanya Haknya.
JakartaSelatan: Yayasan Rahima.

KH Husein Muhamad, Faqihuddin Abd Kodir, Maman A. Rahman. 2006. Swara
Rahima: Perempuan Merdeka, Benarkah? Jakarta Selatan: Yayasan
Rahima.

Noor Rohman. 2010. Konsep Qiwamah Perempuan dalam Islam. Jakarta Selatan:
Penerbit Rahima.

Rahima. 2010. Pusat Pendidikan dan Informasi Islam dan Hak-Hak Perempuan.
Atas talian, http://www.rahima.or.id/, 7 Ogos 2011.

United Nation. 2000-2009. The Convention on the Elimination of All Forms of
Discrimination Against Women (CEDAW). Atas talian,
http://www.un.org/womenwatch/daw/cedaw/, 11 Ogos 2011.

48




Isu-Isu Gender Dalam Kekeluargaan: Tumpuan Kepada
Wanita Islam Di Malaysia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar