PELABURAN ZAKAT DALAM
PENINGKATAN EKONOMI MUSTAHIQ
(Kajian komparatif antara Lembaga Zakat Selangor dan
Baitul Mal Aceh)
Muhammad
Kamal Sulaiman,L.c.D.PL
1.1
Pengenalan
Zakat
merupakan satu kewajiban bagi umat Islam.Ia merupakan salah satu daripada lima
rukun Islam,beriringan dengan tauhid dan mendirikan solat.Iamengambarkan sebuah
mujtama` (masyarakat) yang saling bersepadu antara satu sama lain
sebagaimana firman Allah SWT:
3 Ç`eÏ$!$# Îû öNä3çRºuq÷zÎ*sù no4q2¨9$# (#âqs?#uäur no4qn=¢Á9$# (#qãB$s%r&u (#qç/$s? bÎ*sù âá ÇÊÈ tbqßJn=ôèt 5Qöqs)Ï9 ÏM»tFy$# ã@_ÅÁxÿçRur(التوبة:11)
Ertinya: Oleh
itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta
memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama dan Kami
menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu
mengetahui.
Ayat
tersebut menerangkan kedudukan zakat beriringan dengan solat. Jika disebutkan
dalam babIbadah maka ia adalah Syaqiqah (saudara kembar) daripada
solat, tetapi pada hakikatnya ia merupakan Nidham Islam mali wa ijtima`i(aturan-aturan
Islam pada harta dan masyarakat)[1]
Selain ia
sebagai rukun Islam, zakat juga merupakan sebuah solusi untuk menghilangkan
kefakiran dan kemiskinan yang melanda dunia Islam.Islam
mengajak manusia untuk bekerja dan berusaha bagi memperoleh rezeki dengan cara
yang halal,[2]sebagaimana
firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 15:
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي
مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Ertinya: Dia lah yang
menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata
ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan
(ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan
hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
Harta
yang diperolehi di dunia mestilah melalui cara yang halal dan digunakan untuk
perkara yang halal. Ayat diatas menganjurkan kepada manusia agar mencari rezeki
didunia dan berusaha semampu mungkin dalam meningkatkan taraf ekonomi
kehidupan. Dengan berkembangnya ekonomi sebuah tempat, maka masalah di kawasan
itu juga akan berkurang. Sebaliknya jika ekonomi tidak berkembang disesuatu daerah maka boleh dikatakan bahawa
wilayah tersebutmempunyai masalah ekonomi. Masalah seperti fakir miskin, pengangguran
dipelbagai tempat dan ketidakstabilan ekonomi diwilayah juga akan berlaku.
Zakat
merupakan solusi yang paling tepat untukmenghilangkan permasalahan umat.Pelaksanaan
zakat yang professional dapat dijalankan
dengan adanya sebuah institusi yang berkualiti dalam mengembangkan ekonomi dan
memajukannya seterusnya akan menghilangkan permasalahan-permasalahan diatas.
Untuk
meningkatkan professionaliti pelaksanaan zakat di suatu wilayah, institusi
zakat perlulah melakukan pelbagai program serta strategi yang berkesan bagi memakmurkan
dan mensejahterakan masyarakat dengan mengagihkan zakat secara profesional.Salah
satu solusi yang sangat tepat adalah dengan melaburkan harta zakat.Cara ini
dapat meningkatkan kemajuan ekonomi para mustahiq dan masarif syar`iyah .
Pelaburan ini juga mempunyai intrumen-intrumen khas yang tersendiri dan sesuai dengan syariat islam,baik dari
segi aqidah dan akhlakun karimah.
Pelaburan zakat dilaksanakan oleh badan-badan institusi yang bertanggungjawab.karena instutisilah yang menentukan kejayaan daripada perkembangan
agihan zakat kepada masyarakat awam yang berhak kerana
factor kemiskinan sangat ditentukan oleh kecekapan sesebuah institusi zakat,[3]
Amil
zakat memiliki fungsi yang luas yangmencakupi tugas-tugas sebagai pengawas,
penyelaras, pemungut, pengedar, penggerak,pembuat rancangan-rancangan kedepan seperti merancang
pertumbuhan ekonomi suatu tempat,meningkatkan kesejahteraan para mustahiq baik dikampung ataupun kawasan bandar.Tidak
berlebihan jika dikatakan `amil yang
berkualiti menjadi sebab utama kejayaan sebuah institusi zakat. Dan berfungsinya ‘amilzakat secara optimum dan
pengagihan zakat secara profesional,akan
memperoleh hasil yang maksimum pula, berkesan dan cekap serta terwujudnya
destinasi kewajipan zakat.[4]
Institusi-instutisi zakat di
Malaysia dan Indonesia menjadi hal yang sangat menarik untuk dibincang dan
dibandingkan.Ini kerana institusi-insitusi ini telah memberikan banyak kemajuan
dalam peningkatkan ekonomi wilayah tersebut.Lembaga zakat Selangor menjadi
salah satu tujuan utama penulis untuk meneliti strategi-strategi dan instrument-instrumen yang digunapakai
dalam pelaburan zakat dalammemajukan ekonomi para mustahiq wilayah Selangor.Bagi
kajian konparatif, penulis meneliti institusi di Indonesia khasnya Baitul mal Aceh.Ini
kerana kedua-dua institusi ini telah memberi banyak sumbangan dalam peningkatkan
kemajuan ekonomi wilayah tersebut.Keduanya tentu mempunyai kelebihan dan
kekurangan pada strategi-srategi yang digunapakai dalam pelaburan zakat.
1.2 Latar Belakang Kajian
Zakat
merupakan ibadah wajib yang mempunyai pelbagai objektif sosio ekonomi yang positif bukan
saja kepada pembayar zakat bahkan kepada si penerima zakat. Secara umumnya,
zakat dapat mengukuhkan sistem jaminan sosial dan ia merupakan langkah awal
yang sepatutnya dilaksanakan dengan baik dalam menuju satu sistem ekonomi islam
yang sempurna.
Pengelolan zakat oleh institusi-institusi lazimnya
bernaung dibawah kerajaan.Ulil amri bertanggungjawab penuh terhadap
kelangsungan dan proses pengutipan dan pengagihan zakat serta bertanggungjawab atas
pelaburan harta zakat dalam meningkatkan kemajuan ekonomi para mustahiq. Harta tersebut dikutip dari harta
yang wajib di zakati. Maka harta dibagi menjadi dua yang pertama al-Amwal
an-namiyah(harta yang dikembangakan) yang kedua harta al-Qanniyah.[5]Harta
al-Qanniyah tidak diwajibkan zakat diatasnya,karena ia menjadi kebutuhan
sehari-hari manusia.
Pelaburan dalam bahasa
arab disebut sebagai Al-ishtismar berasal dari kata thamara,ertinya
pohon yang berisi, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadith:
"إذامات ولد العبد قال الله تعالى لملائكته: قبضتم ثمرة
فؤاده،فيقولون:
Artinya:Apabila
meninggal anak seseorang hamba maka Allah berkata pada malaikatnya:Apakah
kalian telah menerima hasil(buah) dari mata hatinya dan para malaikat menjawab
"iya".Ada yang mengatakan thamaratun tersebuat adalah anak
karena buah adalah hasil daripada pohon,sedangkan anak hasil daripada ayah.
Pelaburan(Istishmar)
juga disebut cara(method) untuk mendapatkan hasil sesuatu.Ishtismar syai` ertinya
tulida syai`( melahirkan sesuatu).Ishtismar bertujuan untuk menyediakan alat-alat pengeluaran(production tools)yang digunapakai dengan tujuan mengeluarkan
barang-barang pengguna atau alat-alat pengeluaranbaru(new production)[7].
Ishtismar juga bererti pelaburan harta zakat
untuk memperoleh hasil dengan memberdayakan modal zakat dan hasilnya digunakan
untuk kemajuan ekonomi para mustahiq.
Pelaburan
juga diertikan komitmen wang
atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan
hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah,
pendapatan,
atau penambahan nilai instrumen.[1] Ianya berkaitan
dengan tabungan
atau penundaan konsumsi.
Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan perniagaan
dan kewangan, pun untuk
rumah tangga, syarikat, atau kerajaan.[8]
Pelaburan (Investasi) adalah mengeluarkan sejumlah uang atau menyimpan uang
pada sesuatu dengan harapan suatu saat mendapat keuntungan financial.[9]
Pelaburan(invesmant)merupakan
salah satu daripada strategi-srategi lain didalam meningkatkan kemajuan ekonomi
penduduk tempatan. Pelaburan sesuai dengan aqidah umat islam, yang mewajibkan
setiap individu merancang dan mengelola bumi ini dengan baik, selaras, dan tanggung jawab manusia sebagai khalifah dimuka
bumi. Hal ini mencakupi kewajipan terhadap sesama muslim dan ia termasuk ibadah secara umum, kerana
segala sesuatu yang Allah kurniakan
bukan sahaja untuk kepentingan individu semata,akan tetapi supaya manusia
berkerja dan membina bumi untuk mencapai sebuah manfaat bagi individu serta untuk
masyarakat awam.
Pelaburan
juga dianggap sebagai salah satu bentuk aktiviti ekonomi dan melaksanakanya adalah dianggap penting bukan sahaja oleh ulama dan pihak yang berminat, tetapi oleh ahli politik pembuat keputusan
juga ekonomi.Dan sebuah
Pelaburan dalam Islam iaitu berlandaskan akidah Islam dan nilai-nilai moral dan
sesuatu tujuan harus sesuai dengan syariat islam,maqasid syariyah wahadafuha(undang-undang Islam dan
tujuannya)
Bentuk perlaksanaan pelaburan yang dijalankan oleh bank-bank konvensional
dan bank-bank Islam pada umumnya adalah sama. Oleh itu perlunya penegasan
terhadap persamaan dan perbezaan di antara keduanya bagi menghindari anggapan awam yang menganggap tiada perbezaan antara pelaburan islami
dengan pelaburan ribawi. Hal ini sangat perlu untuk di kaji kerana ia
merupakan langkah utama dalam pembezaan pelaburan islami dan pelaburan ribawi
pada permulaan sekali,sebelum memasuki kes-kes dilapangan.
Persamaan di antara
kedua pelaburan diatas juga pada proses pemindahan wang (transaksi)yang terjadi dari kedua belah
pihak,iaitupihak
A dan B.kerana tujuan utama pelaburan adalah untuk mendapatkan
keuntungan dari pihak lain.
Sedangkan perbezaan kedua nya adalah: pada
pelaburan islami terdapat pautan nilai
pelaburan, iaitu keesahan dan etika, tingkah laku,dan terhindar dari pada riba,
penipuan dan menentang undang-undang (antitrust), ketidakadilan dan
lain-lain larangan Shara`.Sedangkan pelaburan ribawi tidak
termasuk pelaburan yang shahih,ia meletakkan matlamat ideology bagi
setiap sistem mereka berada dalam sistem kapitalis untuk memaksimumkan
keuntungan, system Komunis untuk memenuhi keperluan awam.[10]
Dengan
ini perlu dibahas dan dikaji lebih mendalam agar memberikan pengetahunan kepada
masyarat dalam membezakan antara kedua pelaburan diatas.
Di sisi lain,Zakat
yang cukup syarat-syaratnya akan diberikan kepada ulil amri (kerajaan).
Sejarah menunjukkan Rasul mengutuskan para sahabat bagi mengutip zakat dari
orang-orang yang mampu kemudian diberikan kepada mustahiq zakat.Jika
dibandingkan dari dulu hingga sekarang, dapat dilihat bahawa perkembangan
lembaga zakat di serata dunia semakin pesat. Ini menunjukkan meningkatnya
kesedaran umat islam dalam melaksanakan salah satu rukun islam tersebut.
Maka membentuk dan membangkitkan urusan lembaga zakat yang dinamakan Institusi dinegara Islam,dan
mengambil zakat serta mengagihkannya dianggap sebagai kewajiban agama sebagaimana yang diajarkan Islam,dan ia juga merupakan tanggung jawab sosial.[11]
Satu-satunya institusi
yang telah berhasil mengembangkan ekonomi wilayah di Selangor adalah Lembaga
Zakat Selangor. Institusi ini layak mendapat penghargaan atas strategi-srategi yang telah dilakukan
dalam menghilangkan angka kefakiran dan kemiskinan di Selangor.Hal yang sangat
menarik untuk di kaji adalah pelaburan harta zakat dalam meningkatkan kemajuan
ekonomi para mustahiq.Bagi mencapai tujuan yang diinginkan penulis,institusi
zakat di Indonesia telah dipilih, iaitu institusi Baitul Mal Aceh (BMA)
merupakan bahagian daripada pelaksanaan Undang-undang Republik Indonesia No.
11/2006. Pemerintahan Aceh menyebutkan bahawa “Zakat, harta wakaf, dan harta
agama adalahdalam kawalan BMA dan Baitul Mal Negeri”[12]Diantara
program yang memberikan keberkesanan langsung terhadap peningkatan ekonomi
masyarakat miskin di BMA adalah pengagihan zakat produktif melalui Unit
Pengelolaan Zakat Produktif (UPZP),yang diagihkan dalam bentuk modal usaha produktif atau
modal berpusing (revolvingfund).[13]kedua-dua
institusi diatas tentunya mempunyai kelebihan dan kekurang.Dengan membandingkan
strategi-strategi yang digunapakai oleh kedua Institusi tersebut, akan menambah
strategi-strategi yang lebih konpoten(berkesan) dalam
memajukan ekonomi para mustahiq zakat di wilayah masing-masing.
Selain melihat
strategi-strategi pelaburan zakat pada keduanya, pengkajian tentang kesesuaian intrumen-intrumen
pelaburan yang digunapakai kedua institusi,apakah berlandasankan syariat islam?.Adakah sudah mencapai kepada
darjat rahmah dan mawaddah? Ini adalah penting, kerana Islam
sangat menjunjung tinggi nilai-nilai rahmah dan mawaddah sekalipun
dalam peperangan.[14].Apakah
kedua-dua Institusi melakukan pelaburan islamidan jauh dari
praktik-praktik ribawi? Jika
ditinjau dalam pelaksanan agihan
zakat kepada mustahiq ,apakah sudah sesuai dengan dhawabit istishmar(landasan
pelaburan) yang benar menurut pandangan Islam baik dari segi aqidah,akhlak?Apakah
pelaburan tersebut juga sesuai dari segi perkembangan masyarakat dan
perkembangan ekonomi,?perolehan keutungan dengan usaha yang halal?
Untuk
memperoleh sebuah jawaban atas pertanyaan-pertanyaan diastas,maka penelitian
ini sangat penting .terutama untuk membezakan pelaburan Islami dengan pelaburan
ribawi.
1.3Permasalahan
Kajian
Walaupun
perintah untuk mengeluarkan zakat sudah diwajibkan melebihi 1400 tahun yang
lalu, namun ibadah zakat masih belum dapat dilaksanakan sebagaimana mestinya
iaitu untuk kemajuan dan keseimbangan
ekonomi umat islam pada masa ini. Hal ini dapat dibuktikan pada masa ini dengan
melihat negara-negara islam atau negara yang berpenduduk majority umat
islam masih dalam keadaan yang bertaraf rendah dan ramai rakyatnya hidup dalam
kemiskinan.Ini menujukkan sedikit sebanyak bahawa peranan zakat sebagai alat
untuk mengurangkan dan menghapuskan
kemiskinan belum dapat terlaksana dengan baik.[15]
Kemiskinan
merupakan masalah terbesar umat islam kerana kemiskinan mendekatkan seseorang
kepada kekufuran. Dan jelas, Islam memandangkemiskinan sebagai sesuatu yang
boleh memberi kemudaratan dari pelbagai aspek. Kemudaratan ini adalah dari segi
akidah, akhlak, kewarasan, keutuhan institusi keluarga dan lain-lain,bahkan di
dalamnya ada kejahatan yang tersembunyi[16]
Dalam isu-isu semasa di Jawatankuasa Perunding Hukum
Syara' (Fatwa) telah dikemukakan persoalan menganai harta zakat bahagian asnaf
amil.Pihak Jawatankuasa telah diminta untuk membincangkan dan mendapatkan
kelulusan agar harta zakat bahagian asnaf amil (diperniagakan) oleh Pusat Zakat
Selangor.[17]
Tugas utama kontitusi adalah melakukan perniagaan dan pelaburan zakat yang sesuai dengan ajaran Islam.serta
memenuhi syarat-syarat sebuah pelaburan islami. dalam hal ini institusi zakat
semestinya mendidik masyarakat agar memahami hukum pelaburan islami serta
manfaat bagi masyarakat dalam meningkatkan ekonomi para mustahiq.Hal ini
merangsang kesadaran masyarakat akan pentingnya membayar zakat,dan
menunjukkan kekuatan (power)zakat
dalam menghilangkan angka kemiskinan.
Dan isu-isu semasa
tentang Hukum Pelaburan Amanah Saham
Bumiputra(ASB) telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat
respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.[18]
Timbulnya pro dan
kontra dua belah pihak,ada pihak Pandangan Yang Mengharuskan,Antara
yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa
tokoh akademik. Dan ada pihak fatwa Yang Mengharamkan Antara
fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor.
Perlu adanya penjelasan tentang pelaburan Islami secara
umum,serta pentingnya mengkaji landasan pelaburan islami yang sesuai dengan
hukum syara` dari segi aqidah,akhlak
dalam muamalat islami.hal ini juga
sangat penting untuk memberi penjelasan kepada masyarakat tentang perbezaan
pelaburan islami dengan pelaburan ribawi.
Institusi-Institusi
zakat di Indonesia melaksanakan strategi-strategi khas dalam meningkatkan
ekonomi para mustahik,iaitu dengan pengagihan zakat secara professional.Baitul
Mal Aceh sebagai institusi zakat melaksanakan U.U. No. 38/1999 tentang pengurusan zakat,
dijelaskan bahawa zakat
modal yang disebut zakat produktif[19].
Ertinya modal yang diagihkan diharap dapat mengembangkan usaha yang sedia ada
atau membuka peluang pekerjaan baru. bagi fakir miskin yang mempunyai modal,
tetapi tidak mencukupi, agihan zakat produktif tersebut dapat berfungsi sebagai
tambahan terhadap modal yang sedia ada,jika tidak mempunyai modal, zakat produktif
berfungsi sebagai modal awal sebagai suatu permulaan suatu pekerjaan atau perusahaan
sesuai dengan kemahiran mereka.hal tersebut sangat
sesuai dengan pelaburan islami.dan perlu ditambah
intrumen-instrumen baru agar pengagihan zakat lebih berkesan dan kompeten.
Pelaksanaan zakat
produktif adalah sebagai bentuk
pelaburan harta zakat dalam mengembangkan ekonomi para mustahiq,zakat diagihkan melalui istrumen yang sesuai dengan
ajaran islam.sebagai kajian konparatif,perlu melihat perkembangan pengagihan
zakat produktif dan membuat perbandingan
dengan institusi Lembaga Zakat selangor.
sebagai Institusi
konparatif LZS mempunyai intrumen-intrumen khas dalam pengagihan zakat serta
pelaburan harta zakat secara propesional. dengan melihat statistik sejauh mana
peranan LZS dalam meningatkan ekonomi para mustahiq.kekurangan dan kelebihan
dimiliki oleh kedua-dua institusi diatas,kelebihan pada kedua nya akan menjadi
rujukan bagi institusi-institusi lain,sebaliknya kekurang akan menjadi
pelajaran bagi kedua institusi dan
lainnya.
1.4 Persoalan Kajian
Dari
berbagai soalan diatas dapatlah di rumuskan masalah kajian ini adalah sebagai
berikut:
1.Bagaimanapelaburan
islami?
2.bagaimana
strategi-stategi yang digunanapakai oleh LZS dan BMA dalam
pelaburan
zakat?
3.apakah
strategi-srategi tersebut terkesan dalam meningkatkan ekonomi para
mustahiq?
4.Apakah
terdapat perbezaan dan persamaan strategi yagn diamalkan oleh kedua-dua
institusi
tersebut?
1.5 Objektif Kajian
Secara
umumnya, tujuan daripada kajian ini adalah bagi mengkaji hukum pelaburan dalam
perspektif Islam dan melihat strategi-srategi yang diamalkan oleh LZS dan
BMA dalam meningkatkan ekonomi para mustahiq. Objektif khusus penyelidikan ini
adalah:
1.
Mengkaji
tentang strategi-strategi yang dilaksakan oleh
kedua institusi yang berkenaan dengan pelaburan harta zakat dan
Mengetahui kesan strategi dalam
menumbuhkan ekonomi masyarakat.
2.
Membuat
kajian tentang instrument-instrumen yang
digunapakai oleh kedua institusi dalam pelaburan zakat,apakah bersesuaian
dengan pelaburan Islami atau
tidak.
3.
Membuat
kajian perbandingan terhadap strategi yang dilaksanakan oleh LZS dan BMA.
4.
Mendapatkan
srategi yang efektif dan untuk dapat
dijadikan rujukan bagi amil-amil zakat yang lain.
1.6 Skop Kajian
Kajian
ini adalah berkisar tentang strategi pelaburan harta zakat untuk meningkatkan
kemajuan ekonomi para mustahiq.Aspek utama yang ditekankan disini adalah
kajian perbandingan srategi yang diamalkan oleh LZS dan BMA dalam peningkatan kemajuan ekonomi para mustahiq.Kajian ini
juga membahas tentang kelebihan strategi yang dilaksanakan kedua institusi
tersebut. Disamping itu penulis juga turut menyertakan sejarah pertumbuhan kedua
institusi tersebut.
1.7 Hipotesis
Hipotesis dalam kajian
ini adalah sebagai berikut:
1.
Strategi
yang digunapakai oleh kedua-dua institusi zakat tersebut berkenaan pada peningkatkan
kemajuan ekonomi mustahiq.
2.
Terdapat
perbezaan dan persamaan strategi pada kedua-dua institusi tersebut
1.8 Kepentingan Kajian
1.Kajian
ini diharapkan mampu menjelaskan perbezaan pelaburan Islami dengan Pelaburan ribawi
2.
Kajian ini diharapkan dapat menjelaskan
strategi-strategi yang digunapakai oleh LZS dan BMA dalam pelaburan,
dari segi perbezaan dan persamaan strategi yang di gunapakai oleh kedua
institusi tersebut.
3.Kajian
ini juga diharapkan dapat memberi maklumat kepada para amilzakat
berkenaan dengan berbagai model srategi dan intrumen-instrumen yang di buat
oleh institusi zakat moden.
4.Hasil
daripada penyelidikan ini juga diharapkan berguna sebagai penggerak pengetahuan
ilmiah di bidang ekonomi Islam, khasnya peranan ekonomi zakat dalam
meningkatkan kemajuan ekonomi para mustahiq .
5.Menambah khazanah perkembangan ilmu pengetahuan di bidang ilmu ekonomi
Islam khasnya ekonomi zakat. Tidak menutup kemungkinan,seiring dengan
tuntutan zaman, realiti sosio-ekonomi dan kemajuan dibidang pendidikan,
memerlukan kajian yang lebih komprehensif danmendalam bagi merumuskan kerangka
teori dan kerangka praktikal penyelenggaraan institusi zakat.
5.Hasil penyelidikan ini juga diharapkan dapat menarik minat
penyelidik lain untuk mengembangkan lebih mendalam mengenai permasalahan yangberkaitan
dengan peranan institusi zakat.
1.9 Kajian Lepas
Pada asasnya, kajian
mengenai pelaburan zakat melaluli pengagihan zakat professional telah banyak
serata tempat, di antaranya dapat penulis senaraikan sebagai berikut:
Penyelidikan yang
dilakukan Muhammad Uthman Shabir[20],Beliau
menulis tentang: "Istishmar Amwal al-Zakah Ru`Yatun Fiqhiyatun
Mu`asarah". Pembahasan ini hanya terbatas pada tiga bab: Hakikah Istishmar zakat,huku istihsmar,takalif istishmar
Penyelidikan ini menjelaskan secara umum tentang
istismar(pelaburan)harta zakat.mencakupi defenisi zakat secara umum,dan hukum
pelaburan menurut para ulama,tidak disebutkan metodelogi secara khas,akan
tetapi menurut hemat penulis,penyelidikan ini menggunakan metode deskriptif.
Pembahasan pertama,menjelaskan
tentang definisi Istismar secara umum,baik secara bahasa maupun
istilah.Beliau juga menyebutkan Istilah atau penamaan Istishmar dengan kalimat
lain,seperti:
1. Al-istighlal.iaitu
menuntut harga tinggi(ghillah).Ghillah iaitu setiap benda yang
dihasilkan dari sewa pemilikan,ia disebut juga dengan Istismar,begitu
juga yang keluar dari bumi disebut juga
thamrah(hasil) iaitu ghillah.Sedangkan
menurut hanafiah ada perbedaan
khas antara thamarah dan
ghillah dalam bab wasiat.apabila mewasiatkan sesuatu dengan kata thamarah hadiqah (kebun),maka maksudnya adalah pada sesuatu yang khas.apabila mewasiatkan dengan
menyebutkan ghillah saja maka mencakup semua harta yang ada.
2. Al-istinma` menurut
bahasa adalah menumbuhkan atau melebihkan(al-ziadah).ada yang mengatakan
bahwa sesuatu yang tumbuh(yanmi) disebut juga bertambah(zada) dan
begitu juga apa yang lahirkan oleh haiwan
disebut juga thamarah(hasil) ; nima`(yang tumbuh)
3.Al-intifa` menurut bahasa dari kata nafa`a
yanfau` naf`an iaitu nama sesuatu yang bermanfaat.Menurut istilah adalah
melakukan sebuah transaksi sebagaimana yang dikehendaki tujuannya adalah untuk
mendapatkan laba(faedah).Intifa` lebih umum dari pada istismar
karena intifa` itu boleh saja melalui bentuk istismar ataupun
dengan bentuk dan cara lain.
Pada pembahasan kedua
penulis menyebutkan tentang hukum istishmar(pelaburan)harta zakat yang
dilaksanakan oleh kedua pihak:
1.Mustahiqqin(
pihak yang berhak menerima zakat).
2. Malik (muzakki)
Beliau menjelaskan bahwa hukum pelaburan harta
zakat melalui pihak mustahiq setelah
penerimaan zakat iaitu dibolehkan oleh para fuqaha`.
Sedangkan pelaburan zakat
yang dilakukan oleh malik(muzakki) para ulama berbeza pendapat,jika
pelaburan dilakukan oleh para muzakki maka akan terjadi pengakhiran pembayaran
zakat,disini terjadi permasalah tentang kewajiban membayar zakat,apakah
kewajiban fauri(segera) atau tarakhi(ditunda)?disini para ulama
juga berbeza pendapat akan tetapi jumhur(majority.)mengatakan bahwa zakat
wajib dibayar fauri
Selanjutnya penyelikan
yang dilakukan oleh Salih Bin Muhammad al-Fauzan: Salih Bin Muhammad
al-Fauzan(2005),Istismar amwal al-Zakah Wama Fihukmiha Min al-Amwal
al-Wajibah Haqqan Lillahi Ta`Ala,Riyad:Darun Kunuz Ishbiliya Linnashri Wa
al-Tauzi`
Selanjutnya
penyelidikan Khaw Rashid Ashraf Iqbal
Al-Nadwi(1998)Masrif al-Fuqara` Wa al-Masakin Watatbiqatuhu al-Mu`Asarah,Jounal,Kaherah:Nadwah
Al-Tatbiq Al-Mu`Asir Lilzakah,Jamiah Al-Azhar,Markaz Salh `Abdullah Kamil Li
Al-Iqtisad Al-Islami
Penyelidikan yang dilakukan oleh
Armiadi Musa Basyah,[21]
beliau menulis tentang: “Pentadbiran Zakat di Baitul Mal Aceh: Kajian Terhadap
AgihanZakat Bagi Permodalan Masyarakat Miskin”. Dalam kajian ini, dapatan yang
ditemui
adalah, pertama, pentadbiran
zakat yang diurus oleh Baitul Mal dengan struktur
organisasi yang khas dan berdikari,
wewenang dan ketentuan hukum, serta
akauntabiliti. Kedua, Ulama
berbeza pandangan tentang teknik agihan zakat bagi lapan
asnaf dan tidak terdapat nas yang
tegas dari Nabi SAW yang mengharuskan zakat
diagihkan secara sama rata atau
tidak, secara konsumtif atau pengagihan modal
(produktif) atau dengan
pinjaman kebajikan (qard al-hasan). Ketiga, perkara
permodalan dana zakat dalam bentuk
aqad qard al-hasan dan mudarabah merupakan dari jenis mu’amalah
yang hukumnya tidak ditunjuk terus oleh nas, tetapi diserahkan
sepenuhnya kepada hasil ijtihad para
ulama sebagai persoalan ma’qul al-ma’na.
Keempat, profil mustahik
zakat menunjukkan banyak persamaan dengan profil
kemiskinan secara umumnya. Dalam
kajian ini juga ditemui bahawa majoriti responden
adalah peniaga kecil, ramai dari
mereka sebenarnya telah keluar dari garis kemiskinan,
dan bantuan yang diterima telah
berjaya meningkatkan pendapatan mereka. Metodologi
yang diguna pakai dalam kajian ini
adalah kajian perpustakaan (library research),
kajian lapangan , pemerhatian
langsung (participant observation)
terhadap institusi Baitul Mal Aceh,
melakukan temu bual yang mendalam (in-depth
interview) dan
mengedarkan soal selidik (questionaire) kepada pihak-pihak yang
terbabit. Manakala bentuk kajiannya
ialah dalam bentuk diskriptif, kualitatif dan
eksploratif dengan
membuat gambaran sebenar yang berlaku. Sementara pendekatan
yang diguna pakai adalah pendekatan
sosiologis, filosofis dan hukum. Adapun
kesimpulan yang diambil dalam
penyelidikan ini, adalah secara dalamannya terbukti
dapat mengembangkan penghasilan mustahik
dan bagi pembangunan sumber manusia,
manakala secara luaran dapat
menyelamatkan aqidah umat Islam dan meningkatkan
perekonomian umat.
Selanjutnya kajian yang dibuat oleh
Nurhikmah Binti Nursyam,[22]
beliau
mengkaji tentang: “Keberkesanan
Agihan Zakat Modal dalam Meningkatkan Ekonomi
Masyarakat Miskin Daerah Pekan
Baru, Riau: Kajian di Badan Amil Zakat Riau
Indonesia”. Kajian ini mendapati
bahawa kaedah agihan zakat secara langsung
(konsumtif) yang diamalkan selama
ini adalah kurang berkesan dalam meningkatkan
ekonomi masyarakat miskin di daerah
Pekan Baru. Penyelidikan ini berupa kajian
lapangan, dan untuk pengumpulan data
beliau menggunakan metode observasi, soal
selidik dan temu bual. Manakala
hasil dari penyelidikan ini beliau menyimpulkan
bahawa kaedah agihan zakat secara
produktif atau zakat modal boleh meningkatkan
ekonomi masyarakat miskin di daerah
Pekan Baru Riau.
Seterusnya lagi tesis yang ditulis
oleh Adibah Abdul Wahab,[23]
beliau mengkaji
mengenai: “Peranan Agihan Zakat
Dalam Mengurangkan Masalah Kemiskinan Bandar:
Kajian Kes di Lembaga Zakat
Selangor”. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui
peranan yang dimainkan oleh
institusi zakat untuk mengatasi masalah kemiskinan
bandar. Metodologi kajian adalah
berdasarkan kepada kaedah pengumpulan data dan
analisis data. Manakala hasil dari
kajian ini beliau menyimpulkan bahawa selepas menerima bantuan zakat kadar
kemiskinan, jurang kemiskinan, jurang pendapatan dan
tahap tekanan kemiskinan semakin berkurang.
Seterusnya kajian yang dilakukan oleh
Patmawati Bte Ibrahim,[24]
beliau
mengkaji tentang: “Pembangunan Ekonomi
Melalui Agihan Zakat: Tinjauan
Empirikal”. Dapatan dalam kajian ini iaitu
keupayaan pengagihan zakat dalam
pembangunan ekonomi umat, pandangan teoritis
mengenai peranan positif dalam
menghadapi pengagihan zakat masalah ekonomi
sosial dalam masyarakat Islam melalui
pengagihan semula pendapatan, yang mengarah
pada pengurangan jurang pendapatan
dan pembasmian kemiskinan. Dalam
penyelidikan ini penulis menggunakan metodologi
kepustakaan tinjauan empiris. Beliau
menyimpulkan, sekiranya zakat dilaksanakan
dengan baik dan profesional bukan hanya
akan meningkatkan aspek rohani masyarakat sematamata,
sebaliknya akan meningkatkan paras
sosio-ekonomi umat dan keberkesanannya
bergantung kepada kerjasama dan tindakan
bersepadu semua pihak yang terbabit, iaitu
pihak institusi zakat, pihak kerajaan dan pihak asnaf zakat
sendiri.
1.10 Metodologi Kajian
Metodelogi
kajian menggunanakan dua metode iaitu metode pengumpulan data dan metode
analisisis data
1.10.1 Kaedah
pengumpulan data
Kaedah ini
diguna pakai didalam mengumpul data dan mencari data-data yang diperlukan dalam
penyelidikan.Kaedah pengumpulan data ini terbagi kepada dua unsur iaitu Sekunder
dan primer.
1.10.1.1 Data sekunder
Dengan metode
ini,penulis mengunakan penyelidikan perpustakaan(library research) untuk mendapat
serta mengumpulkan bahan-bahan rujukan dalam bentuk dokumentasi yang berkaitan
dengan tajuk kajian yang dilakukan. Kaedah ini digunakan sebagai kaedah yang
pertama dalam pengumpulan maklumat,bahan bercetak seperti
buku-buku,risalah,kertas kerja ilmiah,jurnal,akhbar dan data-data yang
berkaitan sebagai rujukan. Ia akan dilakukan juga di perpustakaan
UM,UKM,UIA,perpustakaan wilayah Aceh,Perpustakaan pasca IAIN Arraniry dan
lain-lain lagi untuk menyumbang bahan-bahan rujukan bagi menjayakan kajian ini.
Setelah semua maklumat berjaya dikumpulkan, kesemua maklumat tersebut dikaji
dan dianalisis agar ianya menepati dan bersesuaian dengan keperluan kajian.
1.10.1.2 Data primer
Bentuk kajian ini
adalah penyelidikan secara langsung keatas tajuk kajian yang dipilih. Justeru
itu, demi mendapatkan ketetapan data-data dan maklumat yang tepat,kunjungan ke
tempat yang di kaji iaitu pada Lembaga
Zakat Selangor dan Baitul Mal Aceh . Kajian bagi mengumpulkan data primer menggunakan
dua metode yang dikira sesuai untuk mengkaji, dan mengupas data-data yang
diperlukan di dalam penyelidikan iaitu:
1.10.1.2.1Kaedah
Pengumpulan Data
1.10.2.1.1 Metode dokumentasi
Metode dokumentasi ini lebih fokus kepada data-data yang diperolehi melalui lapangan (field research),terutamanya data-data yang tidak diterbitkan yang
terdapat di lapangan.Bentuk pengumpulan data-data seperti ini sangat diperlukan
untuk memenuhi kajian ini. Ini kerana kemungkinan data-data yang terbaru belum
diterbitkan dan juga data-data yang memang tidak diterbitkan oleh sasaran yang
dikaji berkenaan dengan kajian ini. Antara data-data yang akan digunapakai
ialah datayang diterbitkan oleh LZS dari tahun 2006-2010,dan yang di terbitkan
di BMA dari tahun 2006-2010.
1.10.2.1.2 Metode temu
bual(wawancara)
Metode ini digunakan untuk mendapatkan maklumat dan
keterangan secara lisan daripada pengurus kedua institusi, dengan temubual(wawancara)
. Metode ini dapat memberikan manfaat dalam memberi kefahaman yang lebih jelas
dari segi jenis-jenis srategi pelaburan
yang dilaksanakan pada peningkat kemajuan ekonomi para mustahiq didalam wilayah
LZS dan BMA.
1.10.2 Metod
analisis data
Kaedah
ini diguna pakai didalam pengurai masalah kajian yang dibuat. Kaedah menganalisis
data ini terbagi kepada dua unsur iaitu induktif dan deduktif dan akhirnya sekali
menggunakan metode konpratif dengan penggunaan pendekatan
analisis MatriksSWOT.
1.10.2.1 Induktif
Penyeledikan ini mengunakan metode induktif yang
menganalisi tajuk yang kemudian dikembangkan melalui kajian yang
dilakukan.Antara kajian yang digunakan dengan cara ini iaitu mengkaji dan
meneliti srategi-srategi yang diguna pakai oleh LZS dan BMA dalam pelaburan
pada peningkatan kemajuan ekonomi para mustahiq.Dengan melihat statistik
perkembangan pertubuhan ekonomi wilayah itu.
1.10.2.2 Deduktif
Kaedah ini menerangkan tentang penghuraian permasalah
yang didapati dengan cara melibatkan prinsip-prinsip umum yang didapat dikutip
dan diterjemahkan kedalam hipotesis dan diuji dengan emperik untuk cadangan
yang tepat dan khusus.kaedah ini akan digunakan dalam menganalisis data-data
yang diperoleh sama ada melalui temu bual,dokumentasi,laporan institusi dan
sembarang yang lain.
1.10.2.3 Komparatif
Metode
ini akan digunakan pada bab akhir. Perbandingan terhadap data dan fakta yang
dikumpulkan dari institusi zakat tebabit bagi mencari titik persamaan dan
perbezaan yang menjadi tujuan kajian ini akan dilakukan. Kajian perbandingan
ini mengandungi strategi-srategi dan instrumen-intrumen yang digunapakai dalam
pelaburan zakat pada peningkatan kemajuan ekonomi para mustahiq di LZS dan
BMA. perbandingan juga akan dibuat terhadap kesan srtategi pelaburan pada peningkatan kemajuan ekonomi
yang dianalisis menggunakan kayu ukur terhadap jumlah pelaburan zakat dan prestasi kutipan
pada kedua institusi tersebut.
1.10.2.3 Matriks SWOT
kajian ini juga akan menggunakan pendekatan
analisis MatriksSWOT (strength,
weakness, opportunity, threats (kekuatan, kelemahan,
peluang,cabaran).[25]Analisis
Matriks SWOT adalah pengenalan pelbagai faktor secara sistematik untuk
merumuskan strategi suatu institusi.Analisis ini diasaskan pada logik yang
dapat memaksimumkan kekuatan, dan peluang, namun secara bersamaan dapat meminimumkan
kelemahan dan ancaman yang ada di lingkungan dalaman (internal) dan luar
(external) suatu institusi/organisasi.[26]
BIBILIOGRAFI
al-Quran
Rujukan Buku Bahasa Melayu:
M.
Ismail Yusanto dan M. Karebet Widjajakusuma (2003), Manajemen Strategis Perspektif
Syariah.c.1 Jakarta: Khairul Bayan, h. 29.
Freddy
Rangkuti (2005), Analisa SWOT Teknik Membedah Kasus Bisnis. Jakarta: PT.
Gramedia, h. 31.
Yusuf
al-Qaradhawi (2005), Spektrum Zakat Dalam Membangun Ekonomi Kerakyatan, Sari
Narulita
(terj.),
Jakarta: Zikrul Hakim, h. 24.
Abdurrahman
Qadir (2001), Zakat Dalam Dimensi Mahdah dan Sosial. e. 1, c. 2,
Jakarta: Raja Grafindo Persada, h. 109.
Rujukan Buku Bahasa
Arab:
Prof.Dr.Rafiq Yunus el-Masri(2006),al-Nimâ
Fi Zakah al-Mâl,cet,1.Suriah:Darul Al-Maktabi
Imam Muhammad Abu Zahrah(1995),al-Alaqaah
al-Dauliyah Fi al-Islam, ,Kaherah:Darul al-Fikri Al-Arabi,h.45
Prof.DR.Yusuf al-Qardhawi(1996)Fiqih
ZakatCet 23,J.1.,Bairut:Muassasah al-Risalah, h.7
DR.Jamaluddin A`Tiah,Maqasid Ilmu
Al-Iqtisan Al-Islami:Journal.H.244-245
Sunan
Tirmizi(1410)H,Bab Tentang Kesabaran Atas Musibah Dan Apa Yang Dicabut Dari Seseorang Daripada Kelezatan Dan Syahwah. Cet 1.No
Hadist 9700,J.7,Bairut:Darul Kutub Al-Ilmiah,h.119
Ali
Bin Muhamamad Al-Jum`ah(1421)H,Mu`Jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiah Wa
Al-Islamiah, Cet,1 T H.5,Riyadh:Maktabah al-Abikan
Dr.Khadijah al-Nabrawi,Tahrim Riba Wa
Muwajahah Tahdiat Al-Ashru,Hal.316
Dr.Muhammad Muhammad Jahin(1998),al-Tanzim
al-Idari Limuassah al-Zakah Fi Tatbiq al-Mu`asarah, Cet.1998 J.4.H.kaherah:Dhaman
Abhas Nadwah al-Tatbiq al-Mu`asarah Li Zakah,:Markaz Salah Kamil Li Iqtisad
al-Islami
Rujukan dalam Jurnal:
Muhammad Uthman Shabir(2004),Istishmar
Amwal al-Zakah Ru`Yatun Fiqhiyatun Mu`asarah Cet 3,Journal,Oman:Darun
al-Nafais
Rujukan
dari disertasi/tesis:
Amir Hamzah
(2009), “Masa depan Zakat Indonesia: Studi Kasus Zakat Sebagai Instrumen
Pembangunan
Daerah di Lebak”, (Makalah yang disampaikan pada acara Wisuda The Indonesia
Magnificence
of Zakat (IMZ), Jakarta, 28 Oktober 2009).
Rujukan
dari Undang-undang/Kanun:
Republik
Indonesia (2006), Undang-undang Republik Indonesia No. 11/2006 tentang
Pemerintahan
Aceh, Banda Aceh: Jabatan Informasi dan
Komunikasi Provinsi Aceh.
Republik Indonesia (1999a), op.cit.,pasal
16 ayat 2.
Rujukan
dari Laman Web:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelaburan :
lht, ↑Sullivan,
Arthur;
Steven M. Sheffrin (2003). Economics: Principles in action, 271, Upper Saddle River
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/224-perbincangan-hukum-pelaburan-asb--kemaskini.html. lht
jg, http://www.gajisendiri.com/berita-internet-marketing/hukum-pelaburan-asb-haram-ikuti-perbincangannya-di-sini/
BAB SATU
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
……………………………………………………………
1.2 Latar Belakang
Kajian …………………………………………………
1.3 Permasalahan
Kajian ……………………………………………………
1.4 Persoalan Kajian
………………………………………………………
1.5 Objektif Kajian
…………………………………………………………
1.6 Skop Kajian
……………………………………………………………
1.7 Hipotesis
…………………………………………………………
1.8 Kepentingan Kajian
…………………………………………………….
1.9 Kajian Lepas ……………………………………………………
1.10 Metodologi Kajian
………………………………………………………
1.10.1 Kaedah
Pengumpulan Data
1.10.2 Metode
Analisis Data ……………………………………
BAB DUA
PELABURAN ZAKAT DALAM
PENINGKATAN EKONOMI PARA MUSTAHIQ
2.1 Pengenalan
………………………………………………………………
2.2 Pengertian Zakat …………………………………………………………
2.3 Pelaburan Islami
………………………………………………………
2.3.1
Kelebihan Pelaburan Islami………………………………………………
2.3.2Landasan
Pelaburan Islami ……………………………………
2.4 Peranan pelaburan
zakat dalam peningkatkan ekonomi...........................
2.6.1 Definisi pertumbuhan ekonomi....................................................
2.6.2 Pelaburan zakat mampu menghilangkan pengangguran..................
2.6.3 Pelaburan zakat mampu menghilangkan angka
kefakiran.................
2.5 Instumen-Intrumen pelaburan islami.......................................................
2.5.1 Murabahah..........................................................................
2.5.2 musyarakah............................................................................
2.5.3 bai`
salam............................................................................
2.5.4 Istisna`............................................................................
2.5.5 Ijarah............................................................................
2.5.6 Mudharabah............................................................................
2.5.7 Muzara`ah............................................................................
2.6 Para mustahiq
dalam kontek modern..........................................................
2.6.1 Pengertian Mustahiq............................................................................
2.6.1.1Fakir dan miskin............................................................................
2.6.1.2 Amil zakat............................................................................
2.6.1.3 Yang dijinakkan hari mereka.............................................
2.6.1.4 Riqab dan gharim orang yang berhutang.................................
2.6.1.5 Dijalan Allah..................................................................
2.6.1.6 Ibnu sabil.............................................................................
2.7 Pola pelaburan Islami………………………………………………………….
2.7.1
Tidak bertentangan dengan Ahkam syar`iah…………………………
2.7.2
Terdapat Kemaslahatan bagi Yang berhak………………………….
2.7.3
Terdapat kemaslatan bagi khalayak ramai……………………………
2.8. Kedudukan pelaburan zakat dalam
pandangan fiqah islami……………………..
2.8.1.pengertian………………………………….
2.8.1
Pembayaran zakat fauri atau tarakhi……………..
2.8.1.1. Pelaburan zakat oleh
Muzzaki………………..
2.8.1.2
Pelaburan zakat oleh Imam atau Institusi zakat …………...
2.9 Sumber-sumberZakat.......................
2.9.1 Sumber Zakat dari Al-Quran dan AL-hadist……………..
2.9.1 Sumber-sumber
zakat dalam era modern …………………
Kesimpulan
………………………………………………………………
BAB TIGA
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN DAN
PROFIL LZS DAN BMA
3.1 Pengenalan
………………………………………………………………
3.2 Latar belakangInstitusi
Zakat……………………………………………
3.2.1Periode Kewajipan
Zakat Dalam Islam
3.2.2 Institusi Zakat Modern
3.2.2.1.Perkembangan Pelaburan Zakat
Di Malaysia
3.2.2.2 Perkembangan Pelaburan Zakat
Di Indonesia
3.3 Profil Lembaga
Zakat Selangor
3.3.1 Latar
Belakang
3.3.2 Visi dan
Misi
3.3.3 Pengurusan
Zakat di LZS
3.3.4 Program
tahunan
3.3.5 Program
unggulan
3.3.6 Instrumen-instrumen
pelaburan zakat LZS
3.3.6.1 strategi-strategi pelaburan
LZS
3.3.6.1 Kesan pelaburan pada peningkatkan ekonomi para mustahiq
3.3.7 Struktur Organisasi Lembaga Zakat Selangor
3.3 Profil Baitul Mal
Aceh ………………………………………………….
3.3.1 Sejarah
aceh dan pendadbiran zakat
3.3.2 Sejarah
perkebangan BMA
3.3.4 Visi dan
misi
3.3.5 Struktur Organisasi
BMA Sekarang
3.4 Instrumen-intrumen
pelaburan zakat di BMA
3.5 Srategi pelaburan
zakat BMA
3.5.1Pengelolaan Zakat Produktif
(UPZP)
3.5.2 Pola-pola zakat produktif
3.5.3 Kesan zakat produktif dalam
peningkatan ekonomi para mustahiq
3.6 Kesimpulan
………………………………………………………………
BAB EMPAT
ANALISIS
PERANANPELABURAN ZAKAT DALAM PENINGKATAN EKONOMI PARA MUSTAHIQDI LZS DAN BMA
4.1 Pengenalan
………………………………………………………………
4.2 Rangkuman
4.3 Peranan Lembaga Zakat
Selangor dan Baitul Mal Aceh dalam
pelaburan
4.3.1jenis
srategi pelaburan zakat
4.3.1.1 Analisis Bahagian Dalaman (Internal) dan Luaran (External)
Institusi
4.3.1.1.1Bahagian
Dalaman (Internal) ……………………………………
4.3.1.1.2 Faktor-faktor kekuatan (strenght) ……………………
4.3.1.1.3 Faktor-faktor kelemahan (weakness) ………………
4.3.1 Bahagian Luaran
(External) ……………………………………
4.3.1.1
Faktor-faktor peluang (opportunity) ………………
4.3.1.2
Faktor-faktor cabaran atau ancaman (threats) ………
4.4 Strategi pelaburan
zakat efektif danAlternatif
4.4.1 Memanfaatkan
Kekuatan dan Peluang …………………………
4.4.2 Mengatasi Kelemahan dan
Menghilangkan Ancaman …………
4.5 Prestasi
Kutipan Pelaburan
4.6 Strategi Pelaburan
Zakat Yang Berkesan
4.7 Mewujudkan System Pengurusan Yang Berkesan
4.8 Kesimpulan
……………………………………………………………
BAB LIMA
KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
………………………………………………………………
5.2 Kesimpulan
……………………………………………………………
5.3 Cadangan
………………………………………………………………
BIBLIOGRAFI
………………………………………………………………
LAMPIRAN
…………………………………………………………………
[1]Prof.DR.Yusuf al-Qardhawi(1996)Fiqih ZakatCet 23,J.1,Bairut:Muassasah
al-Risalah.h,7
[2]DR.Jamaluddin A`Tiah,Maqasid Ilmu Al-Iqtisan Al-Islami:Journal.H.244-245
[3]Amir Hamzah
(2009), “Masa depan Zakat Indonesia: Studi Kasus Zakat Sebagai Instrumen
Pembangunan Daerah di Lebak”, (Makalah yang
disampaikan pada acara Wisuda The Indonesia
Magnificence
of Zakat (IMZ),
Jakarta, 28 Oktober 2009).
[4]Abdurrahman
Qadir (2001), Zakat Dalam Dimensi Mahdah dan Sosial. e. 1, c. 2,
Jakarta: Raja Grafindo Persada, h.
109.
[6]Sunan Tirmizi(1410)H,Bab Tentang Kesabaran Atas Musibah Dan Apa
Yang Dicabut Dari Seseorang Daripada Kelezatan Dan Syahwah. Cet 1.No
Hadist 9700,J.7 Bairut:Darul Kutub Al-Ilmiah,h.119
[7]Ali Bin Muhamamad Al-Jum`ah(1421)H,Mu`Jam Al-Mustalahat
Al-Iqtisadiah Wa Al-Islamiah,Cet,1 T H.5,Riyadh:Maktabah
al-Abikan,
[8]http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelaburan
: lht, ↑Sullivan, Arthur; Steven M. Sheffrin (2003). Economics:
Principles in action, 271, Upper Saddle River
[10]Dr.Khadijah al-Nabrawi,Tahrim Riba Wa Muwajahah Tahdiat Al-Ashru,Hal.316
[11]Dr.Muhammad
Muhammad Jahin(1998),al-Tanzim al-Idari Limuassah al-Zakah Fi Tatbiq
al-Mu`asarah, Cet.1998 J.4.H.kaherah:Dhaman Abhas Nadwah al-Tatbiq
al-Mu`asarah Li Zakah,:Markaz Salah Kamil Li Iqtisad al-Islami
[12]Republik
Indonesia (2006), Undang-undang Republik Indonesia No. 11/2006 tentang
Pemerintahan
Aceh, Banda Aceh: Jabatan Informasi dan
Komunikasi Provinsi Aceh.
[14]Imam
Muhammad Abu Zahrah(1995),al-Alaqaah al-Dauliyah Fi al-Islam,h.45,Kaherah:Darul
al-Fikri Al-Arabi,
[16]Yusuf
al-Qaradhawi (2005), Spektrum Zakat Dalam Membangun Ekonomi Kerakyatan, Sari
Narulita
(terj.),
Jakarta: Zikrul Hakim, h. 24.
[19]Republik Indonesia (1999a), op.cit.,pasal
16 ayat 2.
[20]
Muhammad
Uthman Shabir(2004),Istishmar Amwal al-Zakah Ru`Yatun Fiqhiyatun Mu`asarah Cet
3,Journal,Oman:Darun al-Nafais
[21]Armiadi
Musa Basyah (2008), “Pentadbiran Zakat di Baitul Mal Aceh: Kajian Terhadap
Agihan ZakatBagi Permodalan Masyarakat Miskin” (Tesis, Jabatan Syariah dan
Ekonomi Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya), h. iii.
[22]Nurhikmah
Binti Nursyam (2005), “Keberkesanan Agihan Zakat Modal Dalam Meningkatkan
Ekonomi Masyarakat Miskin di Daerah Pekan
Baru, Riau : Kajian di Badan Amil Zakat Riau Indonesia”(Tesis, Jabatan Syariah
dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), h. iv dan 10.
[23]Adibah
Abdul wahab (2008), “Peranan Agihan Zakat Dalam Mengurangkan Masalah Kemiskinan
Bandar: Kajian Kes di Lembaga Zakat
Selangor” (Tesis, Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya), h. iii dan 100.
[24]Patmawati
Hj Ibrahim (2008), “Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan
Empirikal”,
Jurnal
Syariah. Jil.16,
bil. 2 [2008], h. 223-244.
[25]M. Ismail Yusanto dan M. Karebet Widjajakusuma (2003), Manajemen
Strategis Perspektif Syariah.c.1 Jakarta: Khairul Bayan, h. 29.
[26]Freddy Rangkuti (2005), Analisa
SWOT Teknik Membedah Kasus Bisnis. Jakarta: PT. Gramedia, h. 31.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar