Kamis, 30 Mei 2013

Kelebihan Prof.Dr.Muhammad Abdul Latif Shalih al-Furfur al-Hasani



Kelebihan Dalam Kehidupan Syeikh Kita Semoga Allah Selalu Menjaga Beliau.
Ijazah Sanad yang tertinggi dalam bahagian Hadist
Ini merupakan sanad yang paling tinggi dimuka bumi dalam bidang hadist.
Sebagaimana yang diperolehi oleh Syekh kita Al-Imam Al-Syeikh Prof. Dr. Muhammad
Abdul Latif Shalih Al-Furfur Semoga Allah selalu menjaganya , beliau telah bersambung
Sanad yang sangat tinggi dalam bidang Al-Quran maupun Hadist dan Feqah, dan
Ilmu-ilmu yang lainnya, Inilah punca kehebatannya diusia yang masih muda
Kerana beliau digolongkan dalam ulama-ulama besar sedangkan beliau masih
Berusia muda.

Allah memuliakannya dengan menyambungkannya dengan ulama-ulama besar
Dengan ulama-ulama yang bersanad, sehinggalah mereka memberikan ijazah kepadanya.
Hal ini diperoleh kerana mereka melihat kehebatan ilmunya, seorang yang terpercaya
,seorang yang cerdas, seorang yang sang mementingkan ilmu agama.
Maka sanad yang diperolehinya bersambung langsung dengan baginda Rasulullah
SAW. Dan ini merupakan sanad yang tertinggi untuk sementara waktu baik dalam
Bidang Ilmu hadist, maupun feqah Hanafi
Ini merupakan sanad yang tertinggi yang dianugerahkan beliau, kitab Al-Thulasiyat
Imam al-Bukhari dan kitab Sahihnya Al-Jami`, Dan Ini termasuk diantara sanad
Yang tertinggi diseluruh muka bumi dikeranakan Kedalamannya, pencakupannya,
Dan kebenarannya.

Dalam sanad ini antara Syeikh kita dengan Rasulullah hanya terpisah dengan
16 perantara sahaja, pada Thulasiyat Al-Bukhari , ini merupakan Sanad yang tertinggi
Bagi Imam Bukhari sendiri, kerena sanad Imam Al-Bukhari merupakan sanad
Yang tidak kurang dari tiga perantara sahaja dengan baginda Rasulullah dan tidak
Lebih daripada 9 orang perantara.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar