Kamis, 23 Mei 2013

Rabbani Mujaddidiyyah

Majlis jum`at Malam 4/ 1/ 2012

Rabbani

Rabbani merupakan Tariq ( jalan ) para Anbiyak dan para Rasul sebagaimana dalam surah al-Maidah ayat : 44 Allah ta`ala berfirman :
إِنّا أَنزَلنَا التَّورىٰةَ فيها هُدًى وَنورٌ ۚ يَحكُمُ بِهَا النَّبِيّونَ الَّذينَ أَسلَموا لِلَّذينَ هادوا وَالرَّبّٰنِيّونَ وَالأَحبارُ بِمَا استُحفِظوا مِن كِتٰبِ اللَّهِ وَكانوا عَلَيهِ شُهَداءَ ۚ فَلا تَخشَوُا النّاسَ وَاخشَونِ وَلا تَشتَروا بِـٔايٰتى ثَمَنًا قَليلًا ۚ وَمَن لَم يَحكُم بِما أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولٰئِكَ هُمُ الكٰفِرونَ﴿٤٤﴾
(44) Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Begitu juga dalam firman Allah :

( al-Maidah 63 )
لَولا يَنهىٰهُمُ الرَّبّٰنِيّونَ وَالأَحبارُ عَن قَولِهِمُ الإِثمَ وَأَكلِهِمُ السُّحتَ ۚ لَبِئسَ ما كانوا يَصنَعونَ ﴿٦٣﴾
(63) Alangkah baiknya kalau ketua-ketua ugama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

Rabbani itu mereka ada juga pada Ahlul kitab iaitu orang-orang Yahudi, Nasrani dan Islam.
Ayat ini menerangkan tentang Rabbani dikalangan Alul kitab terdahulu dari kalangan Yahudi dan Nasrani, kalaou kita melihat dalam ayat diatas ada perkataan لَولا maksudnya bukan melarang, akan tetapi maksudnya adalah datanglah pada kami atau marilah kesini bersama kami.

Dimana Allah ta`ala mengajak kepada Rabbani dan Akhbar agar melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram, Maksud ayat diatas adalah mewajibkan kepada mereka agar mencegah perkara tersebut.
Dikalangan Ahlul Kitab ( yahudi dan Nasrani ) mereka terbahagi kepada dua golongan :

1- Golongan yang `Alim dan Faqih dari kalangan Yahudi dan Nasrani
2- Golongan Tazkiah dan tarbiah dari kalangan Yahudi dan Nasrani

Maka golongan yang `Alim dan Faqih dari kalangan Yahudi dan Nasrani disebut juga dalam ayat diatas dengan sebutan (الأَحبارُ ), dan Golongan Tazkiah dan tarbiah dari kalangan Yahudi dan Nasrani disebut juga dengan (الرَّبّٰنِيّونَ )
Penyimpangan-penyimpangan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi seperti mengatakan bahwa Zuhair merupakan Anak Allah, dan mereka memakan harta riba dimana Allah telah melarangnya, oleh kerena itu menurut pemahaman ayat diatas, maka Allah menurunkan peringatan kepada mereka golongan Rabbaniyun dan Akhbar mengapa tidak melarang ummat mereka dari penyimpangan-penyimpangan tersebut padahal mereka adalah orang-orang yang berilmu dan orang-orang ahli tazkiah.
= dalam ayat ini menunjukkan Orang-orang faqih memang sudah ada dizaman Alhlil Kitab dan begitu juga orang-orang ahli tazkiah ( sufi pada zaman sekarang ).

Golongan yang pertama ( al-Akhbar ) mereka hanya terpaku dengan ajaran-ajaran syariat semata, mereka ini dikenal daripada kalangan orang-orang yang faqih atau ahli syariat sahaja, dan tidak pernah berhubungan sama sekali dengan tazkiah atau tarbiah.

Golongan yang kedua ( al-Rabbaniyyun ) mereka adalah golongan ahli tasawwuf atau ahli tazkiah yang selalu menyibukkan diri mereka dengan berzikir dan pembersihan hati, melaksanakan segala amalan-amalan yang bersifat kebathinan meraka dikenal juga sebagai orang sufi sahaja, dan tidak pernah sama sekali berhubungan dengan syariat atau faqih bahkan meninggalkannya.
Kedua –dua kelompok ini memang sangat berbeza sekali, dua kelompok yang sangat bertolak belakang sekali.
Satu kelompok menyibukkan diri dengan syariat dan mengabaikan tazkiah, satu kelompok lagi menyibukkan diri dengan Tazkiah sahaja dan mengabaikan sisi-sisi syariat.
Orang-orang Rabbaniyyun berkata mereka tiada perselisihan pendapat yang sangat kentara sesama mereka, akan tetapi sesama kelompok ini hanya berlaku sedikit perpecahan ( harbun Khafi )

Hal ini berjalan seiring berjalannya waktu sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Muhammad sebagai Rasul untuk ummat seluruh Alam, oleh kerana itu Nabi Muhammad mengumpulkan antara kedua kelompok ini menjadi satu.
Maka didalam Islam dikenal dengan nama:
- Feqah Zahir : iaitu mereka dikalangan para ulama yang `alim tentang hukum hakam syariat atau dinamakan juga dengan faqih.
- Feqah Bathin : iaitu membahas perkara-perkara yang bersifat bathin ( tasawwuf ) dan tazkiah dan tarbiah.

Oleh karena itu didalam Islam Orang-orang yang bertasawwuf ( sufi ) mereka bukanlah berdiri satu kelompok tersendiri akan tetapi ia saling melengkapi satu sama lain.
Oleh kerena itu antara Syariat, dan tazkiah ianya merupakan perkara yang saling melengkapi dalam Islam, inilah yang dibawakan oleh Baginda Rasulullah menjadikannya satu dan ini menjadi keistimewaan tersendiri bagi Islam.

Maka kita melihat orang-orang ahli agama, mereka pada mula-mulanya mencari Ilmu shahih kemudian bersalik kejalan Allah ( suluk ), Maksudnya adalah permulaannya selalu diawali dengan Ilmu dan akhirnya di sudahi dengan Zikir.
Feqah Zahir : adalah untuk memperbaiki Ibadat kita.
Feqah Bathin : untuk mengislahkan tingkah lakuk kita.
Oleh kerana itu Orang-orang Rabbani merupakan golongan Sufiyatul Fuqahak ( Orang-orang faqih lagi sufi ).

Kebiasannya orang-orang ini Allah mengkaruniakan mereka Ilmu terlebih dahulu kemudian Allah memuliakan mereka dengan bersuluk sehinggalah mereka menyucikan diri mereka.
Islam tidak pernah mengingkari sama sekali terhadap perkara ini, dimana seseorang itu memperoleh ilmu terlebih dahulu kemudian dia bersalik melalui para Mursyid.

Oleh kerana itu al-Rabbaniyyu ( orang-orang Rabbani ) merupakan orang-orang yang bertasawwuf dan faqih. Maka orang-orang yang bertasawwuf dan tidak faqih mereka bukanlah daripada golongan Rabbani, keduanya terdapat perbezaan yang sangat drastis.

Maka hendaklah seseorang mengikuti orang-orang Rabbani ini, kerena merekalah orang-orang sempurna diatas muka bumi ini, maksud sempurna disini adalah sempurna berdasarkan kepada Nisbah sahaja, karena kata-kata sempurna itu hanya milik bagi Allah.

Maka seseorang itu haruslah mengikut orang-orang rabbani ( sufiyatul fuqahak ) sehinggalah mereka dibimbing dan diarahkan olehnya, dan juga berkawan dengan mereka dan menjadi pengikut bagi mereka.
Maka apabila seseorang itu Faqih dan sufi barulah disebut sebagai orang Rabbani, Rabbani ini lebih tinggi dari pada orang-orang faqih, dan orang-orang sufi, akan tetapi Rabbani merupakan Orang yang faqih lagi sufi.

Inilah Nas-nas al-Quran yang terdapat padanya Rabbaniyah, kebanyakan para penafsir menafsirkan Rabbani adalah kembali kepada Tuhan dalam setiap sesuatu dan menghambakannya sebenarnya, dan beramal dengan syari`atnya dan berdiri pada hududnya( batasannya ) , dan mendekatkan diri dengan keredhaannya dan dari segi yang diredhainya.

Orang-orang Rabbani adalah orang-orang yang mengembalikan sesuatu itu kepada Allah ta`la iaitu dengan :
1- Beramal sesuatu berkesesuaian dengan syariat
2- Berdiri pada hudud Allah iaitu batasan-batasan Allah semata
3- Mendekatkan diri kepada Allah dengan perkara-perkara yang diredhai
4- Dan melakukan perkara-perkara yang diredhai
Ini adalah berdasarkan kepada tafsiran ayat secara dhahirnya iaitu dari segi Makna Awwaliah Lughawiyah ( bahasa ) dan secara adat dan Isthilahan. Ayat diatas mempunyai dua makna makna yang pertama seperti yang telah dijelaskan diatas , makna pertama dikhusukan kepada ahli Islam sahaja
Makna yang kedua adalah adalah makna yang risakan oleh orang-orang yang Saling berkasih sayang, dan orang-orang salik, orang-orang yang mendalami dalam lautan yang paling dalam jalan pada Allah.

Daripada Majlis Muhadharah Mingguan bersama Prof .DR. Muhammad Abdul Latif Shalih al-Furfur al-Hasani

pengajian Kitab : al-Madrasah al-Rabbaniah warijaluha al-Rabbaniyyun fil Islam
Pengarang : Prof .DR. Muhammad Abdul Latif Shalih al-Furfur al-Hasani

( Khulasah majlis diatas di simpulkan oleh ustaz Muhammad Kamal Sulaiman al-Mujaddidi )

Tidak ada komentar:

Posting Komentar