Islam Dan Isu-Isu Gender: Satu Penelitian Awal
Erlina Andestuti *
Mohd Roslan Mohd Nor **
Nor ‘Azzah Kamri ***
Abstrak
Isu gender telah menarik perhatian masyarakat di dunia, bermula di
Eropah dan merebak ke Timur Tengah seterusnya ke Nusantara.
Disebabkan ketidak-adilan dan silap faham terhadap wanita.
Namun begitu Islam telah memberikan pemahaman tentang isu-isu
gender. Isu gender lebih difahamkan tentang peranan jantina, lelaki
dan wanita dalam kehidupan sosial. Islam dinobatkan sebagai
agama yang membawa keadilan untuk kaum wanita selaras dengan
kaum lelaki iaitu sama-sama diciptakan sebagai manusia hidup
berharmoni dalam kehidupan dunia. Kertas kerja ini akan
meneroka isu-isu gender dalam masyarakat, sebab ketidak-adilan
gender, konsep gender dalam Islam, kedudukan wanita dalam
Islam, hak wanita menururt Islam dan inisiatif bagi menangani
isuisu gender.
Kata kunci: Gender, Islam, hak wanita, penindasan, kedudukan
wanita
Abtract
Issues on gender has attracted world, beginning in Europe and
expand to Middle East, then to Malay World because of injustice
against women. However, Islam has set the understanding about
gender. Gender issues are more related to the role of men and
women in their social life. Islam is the religion that promote
justice to
women in addition to men, which they are created as human who
should live in harmony in the world. This paper will explore gender
issues in society, the cause of gender injustice, concept of gender
in
Islam. The status and the rights of women in Islam and initiatives
are taken to address the issues on gender.
Key words: Gender, Islam, women.s right, injustice, women.s status.
PENDAHULUAN
Gender bukanlah suatu yang manusia dapati dan miliki sejak lahir
melainkan
suatu yang didapati dan ditampilkan akibat sosial-budaya . Gender
berbeza
dengan jantina, jantina lebih difahami pengelompokkan biologis yang
berbentuk
15
rebroduksi dan gender pula difahami praktik sosial akibat dari
sifat biologi dalam
kehidupan bermasyarakat.1
Gender sebagai konsep yang mengacu pada peranan dan tanggungjawab
antara
lelaki dan wanita terjadi akibat daripada perubahan keadaan sosial
dan budaya.
Hal ini menunjukkan bahawa gender boleh terhasil melalui
pembentukan bersosial
dan bukan semata-mata biologis. Kesetaraan bukan erti sama rata dan
tidak ada
perbezaan. Dalam konteks gender, kesetaraan lebih tepat dimaknai
dengan
keadilan dan keseimbangan, sebagaimana Islam memiliki
prinsip-prinsip universal
yang berlaku adil secara umum tanpa membezakan jenis kelamin. Ia
sebagai asas
setiap manusia iaitu, keadilan, kemanusiaan, kemerdekaan, dan
demokrasi yang
menjadi landasan praktik yang baik dalam kehidupan bermasyarakat.2
Salah faham tentang kedudukan wanita muslim
Masyarakat bukan muslim terutama masyarakat Barat menganggap Islam
menindas golongan wanita, dengan melihat identiti wanita muslim
iaitu pemakaian
tudung dan dipaksa duduk dirumah. Islam tidak menindas golongan
wanita malah
wanita dijamin dan diberi hak-hak yang pelbagai. Kebanyakan negara
yang
menindas wanita itu bukannya menjalankan undang-undang syariah
terhadap
wanita tetapi lebih undang-undang yang diperkenalkan sendiri
berdasarkan
budaya negara mereka. Negara-negara tersebut juga tidak mempunyai
pandangan yang seimbang terhadap ekauti jantina (gender). Sebaliknya,
Islam
secara jelas mengemukakan hak ekauti seimbang kepada lelaki dan
perempuan
dan peranan yang berbeza tetapi saling lengkap-melengkapi. Islam
meletakkan
wanita sebagai suatu individu yang mempunyai hak-hak tersendiri
termasuklah
hak untuk memiliki, perkerjaan, pendapatan, harta dan kekayaan.
Bahkan Islam
mensyariatkan bagi lelaki, mereka mestilah beraklak baik terhadap
istri.
Penindasan terhadap wanita dalam apa jua cara sekalipun serta
memaksa
mereka melakukan sesuatu di luar kehendak mereka, sangat tidak
selari dengan
Islam malah tidak dibenarkan. Sebagai contoh, Islam tidak
membenarkan paksaan
kepada anak gadis untuk berkawin dengan calon suami yang tidak
disukai.3
*Calon Ijazah Tinggi, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi
Pengajian Islam,
Universiti Malaya. **Pensyarah dan Ketua Jabatan Sejarah dan
Tamadun Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya.
***Pensyarah dan Ketua Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi
Pengajian Islam,
1
Universiti Malaya. Sugihastuti, Istna Hadi Saptiawan (2007),Gender
&
Inferioritas Perempuan: Praktik Kritik Sasra Feminis, Pustaka
Pelajar, Yogyakarta: Pustaka
Pelajar, h.4-5
2
Khusaini Rofi.ah (2007), “Studi Pola Relasi Gender Suami Isteri
Pada Keluarga STAIN
Ponorogo,” KODIFIKASI, Jurnal Penelitian Keagamaan Dan Sosial
Budaya, Penelitian
Keagamaan Dan Sosial Budaya Vol.1, No 1, h.117
3
Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri (2011), Wanita Islam,
isu-isu dan
Pemerkasaan hak, Selangor: Persatuan Ulama. Malaysia, h.1-3.
16
Secara adil Islam memberikan peluang agar peranan perempuan
menjalan
peranannya secara mutlak. Keadilan ini sangat ketara dengan
masyaraka arab
pra-Islam. Sejarah mencatat untuk kita renungkan. Di daerah itu
perempuan
dijadikan lambang petaka dalam keluarga. Ekoran itu perempuan di
ditimpa
musibah perpanjangan bahkan sebelum dilahirkan. Dikalangan pelajar
diharapkan
melahirkan idea rasional. Malah mewujudkan soalan yang pelik atau
merunsingkan tentang kedudukan perempuan, termasuk manusia atau
bukan.
Gambaran lain terdapat dalam kitab hindu, sarasamuccaya No. 424
memperingatkan bahwa kaum perempuanlah yang ramai membuat kesalahan
dibandingkan kaum lelaki. Maka perempuan harus dihindari, bahkan
dari anganangan. Buddha mengharapkan agar para pengikutnya menghancurkan nafsu
pada
perempuan bagaikan memotong lili di musim gugur. Sementara itu,
dalam sumber
Kristian diungkapkan bahawa untuk menuju Allah, perempuan diselangi
oleh
lelaki. Korintus 11:3-5 dan 9 menyebutkan bahwa kepala lelaki itu
Kritus, kepala
perempuan itu lelaki dan kepala Kritus itu Allah. Maka setiap
lelaki berdoa atau
pun ber-nubuat tanpa bertudung kepala. Sedangkan perempuan yang
berdoa
tampa tudung kepala ketikaberdoa, ia menghinakan kepalanya kerana
sama
seperti dicukur. Lelai dijadikan bukan kerana perempuan tapi
perempuanlah yang
dijadikan kerana lelaki. Di Yunani kuno, seperti diungkapkan
Maududi, suri rumah
tangga tidak memperoleh peluang pendidikan dan mencampuri bidang
sosialbudaya. Hanya pelacuranlah pekerjaan yang disediakan untuk kaum
perempuan.
Pengalaman yang sama terjadi juga dalam sejarah Romawi lama, Iran
lama dan
cina kuno.4
Islam adalah agama yang pertama mengitiraf hak asasi manusia
sejagat dan
hampir 14 abad yang lalu telah membentangkan jaminan serta garis
panduan
mengenainya . hanya pada tahun 1948 sahaja, hak-hak tersebut
dimaktubkan
dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.5
1. ISU-ISU GENDER DALAM MASYARAKAT
Pergerakan kebebasan wanita boleh dihubungkait dengan tuntutan kaum
wanita
terhadap hak-hak yang sama seperti yang diperoleh oleh kaum lelaki.
Wanita
Barat memperjuangkan hak sama rata dengan lelaki kemudian mereka berjuang
untuk mendapatkan kebebasan diri yang sama seperti lelaki pula.
Persamaan hak
menurut orang-orang Barat ialah memberikan kaum wanita semua hak
yang sama
dengan lelaki. Sebenarnya konsep membuta tuli inilah yang membawa
kehancuran dan punca perceraian yang tinggi di Barat.6
4
Saudi Berlian (2000), Pengelolaan Tradisional Gender, Jakarta:
Milenium Publiher, h.65
5
Rozi Bainon (1999) Wanita: Penghapusan Diskriminasi dariperspektif
Islam Dan Undang-
Undang Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.38
6
Ibid, h.30-31
17
Pada dasarnya, Islam tidak membezakan antara lelaki dan perempuan,
apatah
lagi mendiskriminasikan perempuan. Islam malah menjadi pembawa
keselamatan
dan kerahmatan bagi seluruh alam, dengan meningkatkan derajat dan
kedudukan
perempuan sebagai bukti keutamannya. Konsep persamaan ialah tema
yang
sukar didefinisikan, asasnya manusia ialah semua sama tapi dalam
kehidupan
sebenar, tiada dua manusia pun yang sama dalam semua keadaan. Jelas
bahawa, hak dan kewajiban seseorang wanita dan peranan sosial
mereka dalam
masyarakat adalah berlainan memandang faktor semula jadi ini.7
Isu-isu gender dalam masyarakat, antaranya:
Poligami
Poligami kerap diperkatakan apabila membangkitkan isu-isu gender.
Poligami
ditolak dengan anggapan amalan poligami mendatangkan keburukan dan
kemudaratan seperti ketinggalan zaman dan menyebabkan
ketidak-adilan dan
penderitaan terhadap wanita yang menguntungkan pihak lelaki. Ini
mendatangkan
sifat negatif terhadap Islam bahawa Islam mengiaya perempuan.
Tanggapan ini
berlaku disebabkan pengamal-pengamal poligami gagal memahami dan
melaksanakan keadilan dan tanggung jawab sewajarnya. Akhirnya,
kecuaian ini
mendatangkan musibah kepada rumah tangga sedia ada dan menganiayai
isteri
dan anak-anak.
Perceraian
Terdapat pelbagai tanggapan negatif terhadap wanita, ada yang
melabelkan
wanita sebagai penyebab perceraian kerana kaum wanita didapati
lebih ramai
yang merujuk masalah mereka kemakamah. Perceraian juga sering
dilihat
menimbulkan masalah seperti penganiayaan dan penindasan.
Kekerasan terhadap wanita
Kekerasan terhadap wanita sering menjadi isu dalam gender kerana,
isu berkaitan
lelaki Islam dibenarkan memukul isteri. Salah faham tentang isu ini
ramai wanita
menjadi mangsa kekerasan dalam rumah tangga disebabkan oleh para
suami
yang menggunakan agama sebagai alasan dan dalil yang menghalalkan
perbuatan mereka memukul isteri. Selain daripada memukul isteri,
keganasan
terhadap wanita juga keganasan seksual iaitu rogol.8
Marginalisasi perempuan
7
Ibid, h.33
8
Raihanah Abdullah dan Nurhayati Surbaini (2011), Wanita Islam Dan
Isu-isu gender
masa kini, dalam Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita
Islam: Isu-isu Dan
Pemerkasaan Hak, Persatuan Ulama Malaysia, h.71-84
18
Marginalisasi perempuan adalah mengetepikan, memiskinkan perempuan.
Isu ini
berlaku akibat adanya diskriminasi pembahagian kerja menurut
gender, ada jenis
perkerjaan khas yang sesuai untuk kaum wanita kerana keyakinan
gender, seperti
kaum wanita sesuai mengerjakan pekerjaan rumah (domestik), dan kaum
lelaki
mengambil alih perkerjan khusus wanita jika untuk keperluan publik.
Stereoatip jenis kelamin
Isu ini ialah pelabelan atau penandaan terhadap suatu kelompok
tertentu yang
merugikan dan mendatangkan ketidak-adilan, seperti wanita adalah
kaum berhias,
ketika berlaku gangguan seksual masyarakat menyalahkan mangsanya
kerana
dialah yang menjadi penyebabnya. Dan pelabelan terhadap wanita juga
adalah
sebagai ibu rumah tangga, isu ini juga mendatangkan wanita iaitu
isteri tidak perlu
berpendidikan tinggi kerana akhirnya cukup didapur, pelabelan ini
menghadkan
wanita memasuki dalam wilayah publik.9
Kehidupan masyarakat kita pada masa ini adalah hasil dari sejarah
panjang
penguasaan lelaki keatas perempuan dalam pelbagai sektor
berdasarkan satu
sistem yang pincang, iaitu satu sistem nilai dimana kaum lelaki
ditempatkan
sebagai lebih tinggi atau kuat berbanding dengan perempuan yang
lemah. Selama
berabad, sistem ini sebati dan dianggap sebagai sesuatu yang semula
jadi,
bahkan oleh kaum perempuan sendiri. tidak heranlah keadaan ini
diterima oleh
masyarakat kerana ianya telah dibudayakan sedemikian rupa.
Perbezaan gender
yang seterusnya membentuk peranan gender sebenarnya tidak
menimbulkan
masalah, tetapi peranan gender tradisional perempuan (seperti juru
rawat,
pengasuh, pendidik dan sebagainya) dinilai lebih rendah berbanding
dengan
peranan lelaki. Selain itu, peranan gender ternyata menimbulkan
masalah yang
perlu ditangani akibat ketidak-adilan yang terhasil dari peranan
dan perbezaanperbezaan gender tersebut. Ketidak-adilan itu meliputi
marganalisasi atau
pengenepian (pemiskinan ekonomi), subordinasi atau penombor duaan,
stereotaip
(pelabelan negatif), keganasan dan beban ganda. 10
Beban ganda
Bebab ganda adalah beban kerja domestik yang dianggap lebih berat
dari pada
lelaki. Beban ganda menjadi isu gender kerana tugas wanita dalam
bidang
domestik dan lelaki dibidang publik, selain itu peranan sebagai
suami diidentitikan
dengan mencari nafkah. Selain tanggung jawab isteri dibahagian
domestik iaitu
kerja lebih banyak dan lama, dimana peranan pengasuh dan pendidikan
anak
9
Achmad Muthali.in (2001), Bias Gender Dalam Pendidikan, Surakarta:
Muhammadiyah
University Press: h.32-33.
10
Husein Muhammad (2004), Fiqh Wanita, pandangan ulama terhadap
wacana agama
dan gender, Norhayati Haji Kaprawi, Zaitun Mohmed Kasim (terj)
Malaysia: Sister In
Islam, h. 3
19
yang tidak seimbang. Perkerjaan ini dianggap khas bagi perempuan,
sehingga
lelaki tidak perlu mengambil peranan, walaupun wanita membantu dan
berperanan
mencari napkah.
Pembahagian peranan publik-domestik
Pembahagian peranan isteri mengurus hal ikhwal keluarga dan suami
mencari
nafkah. Dalam hal ini menuntut agar jika isteri membantu mencari
nafkah maka
suami membantu mengurus rumah tangga. Isu ini berpunca kerana
ekoran
ketidak-adilan beban ganda, iaitu: selain semua hal ikwal keluarga
tangggung
jawab isteri dan isteri membantu mencari nafkah keluarga, pihak
suami tidak
berperanan membantu isteri kerana, masyarakat masih berpikir hal
ikwal kelurga
adalah tanggung jawab isteri semata, dan bukan tanggungjawab suami
untuk
membantu.11
2. SEBAB KETIDAK ADILAN GENDER
Sosial budaya yang berlaku hingga kini dipandang lebih berpihak
pada kaum lelaki
yang mengatakan sebagai budaya patriaki. Dalam budaya ini,
membenarkan
pembentukan peranan lelaki sebagai dapat melakukan dan menentukan
apa
sahaja. Sebaliknya perempuan berada di bawah (subordinat). Keadaan
ini
melahirkan proses pengetepian (marginalisation), eksploitasi dan
penganiayaan
terhadap perempuan dalam semua bidang. Dari pandangan umum, seorang
perempuan yang baik adalah penurut dan rela membiarkan penderitaan
dalam
hati mereka. Mereka yakin perbuatan sedemikian mendapat balasan
yang lebih
baik kelak. Dan perempuan yang melawan atau mengkritik dinanggap
kurang ajar
dan tidak baik. Masih ada terdapat perkawinan di bawah umur
terutama di
kampung-kampung, dan sosial budaya yang memandang tugas utama
perempuan
adalah mendirikan rumah tangga, berkerja didapur menjadi isteri dan
ibu. Maka
perkhawinan dipandang kewajiban sosial-budaya semata tanpa sebab
yang lain.
Kaum perempuam berkerja dibayar lebih rendah daripada kaum lelaki.
Jawatan
perkerjaan bagi kaum perempuan juga terhad dan ditempatkan pada
bidangbidang yang tidak memerlukan kecerdasan ketrampilan yang tinggi. Dalam
kepemilihan kepemimpinan, perempuan dianggap tidak layak untuk
memimpin
kerana pandangan sosial hari ini adalah selagi masih ada lelaki,
maka lelakilah
yang paling layak.
Fenomena sepertimana yang ada inilah yang di sebut kaum peminis
sebagai
ketidak adilan gender. Kepincangang gender menghadapi kencaman yang
hebat
Khusaini Rofi.ah (2007), op. cit, h.166-117
20
oleh suatu gerakan yang dinamakan gerakan feminisme12. Dan
mengemukakan
dua sebab kepincangan gender ini berlaku.
Kekusutan memahami akar umbi masalah
Kaum peminis mendapati ada kekusutan dan kekeliruan fahaman atau
pandangan
masyarakat mengenai hakikat serta kesan-kesan hubungan sosial yang
berlandasan subordinasi (penomborduan/penundukan). Masyarakat umum
memandang perempuan makluk yang lemah dan lelaki kuat, perempuan
emosional dan lelaki rasional, perempuan halus dan lelaki kasar dan
seterusnya.
Perbezaan ini dianggap fitrah dan ketentuan Allah yang tidak dapat
diubah. Sifat
ini dibentuk melalui sosial dan budaya. Maknanya ia dibuat oleh
manusia sendiri
bukan oleh ketentuan Allah. Kaum feminis mendapati fakta sosial
menunjukaan
bahawa sifat tersebut dapat berubah menurut tempat, waktu dan kelas
sosial. Hal
ini di sebut perbezaan gender. Kaum peminis menolak pemikiran
negatif orang
ramai tentang konsep gender bahawa akan terjadi pembalikan peranan
lelakiperempuan iaitu perempuan harus berperanan sama dengan lelaki. Jika
demikian,
maka pastilah dunia akan kiamat. Kaum feminis berpendapat menolak
ideologi
patriaki tidak seharusnya diganti dengan idealogi matriaki. Mereka
sebenarnya
hanya ingin mewujudkan corak hubungan lelaki-perempuan yang adil
dan
saksama.
Akibat pemahaman agama
Usaha meningkatkan kesadaran umum terhadap isu gender menghadapi
pelbagai
kesukaran terutama berhadapan dengan fahaman keagamaan. Hasil
kajian
terhadap sumber-sumber pemikiran keagamaan mendapati bahawa
perbedaan
jantina dan gender masih belum dapat diterima sepenuhnya. Pendapat
itu iaitu
lelaki mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan unggul daripada
perempuan.
Pendapat ini dikemukakan oleh pemikir-pemikir Islam, antaranya.
Seperti Az-
Zamakhsari (467-538H), Fakhiruddin ar-razi, Ibnu Kathir, Muhammad
Abduh,
Muhammad Tahir bin Asyur, Ibnu Asyur, At-Thabathaba.i, pemikiran
mereka
hampir sama yang mengemukakan keitimewaan lelaki lebih unggul
berbanding
kaum perempuan.13
Ada beberapa faktor yang menyebabkan tetap ketidak-adilan gender.
Di antaranya
adalah tafsir agama, sosio-budaya, dan politik. Faktor-faktor ini
berperanan besar
dalam menghambat perjuangan kaum feminis sekaligus ketidak-adilan
gender. 14
12
Feminisme lebih difahami sebagai gerakan bukan keyakinan. Sebagai
gerakan titik tolak
pembahasannya mengacu pada definisi operasional dan bukan dari
ideology atau
fanatisme keyakinan, dalam, Achmd Muthaliin (2001), h.43
13
Husein Muhammad (2004), op. cit h.30-37.
14
Achmad Muthali.in (2001), op. cit, h.43.
21
Penilaian yang berat sebelah terhadap perempuan pada dasarnya juga
terbit dari
tiga buah anggapan dasar tentang keyakinan beragama. Yang pertama,
andaian
pahaman agama yang secara jelas menempatkan perempuan hanya sebagai
pelengkap. Kedua, fahaman bahwa moral etika perempuan lebih rendah.
Ketiga,
pandangan materilistik, ideologi masyarakat Mekah sebelum Islam
yang
memandang rendah terhadap peranan perempuan dalam proses
pembangunan
Negara. Islam tidak membezaakan antara lelaki dan perempuan, apatah
lagi
mendiskriminasikan perempuan.15
Ketidak-adilan gender yang berlaku, mengapa perempuan menjadi
sasaran
kekerasan? Kajian menunjukkan bahawa kekerasan tidak terhad kepada
perempuan, berlaku akibat wujudnya kuasa yang tidak bermoral. Dalam
apa jua
peringkat kehidupan kekuasaan boleh disalahgunakan dengan
menggunakan
kekerasan. Apabila sesuatu kuasa itu tidak bermoral, kekerasan
sering muncul
seolah-olah ianya dibolehkan. Bila dikaitkan dengan perempuan
secara logiknya
kemungkinan ada kekuasaan lelaki terhadap perempuan yang tidak
berdasarkan
kepada prinsip moral dan hak-hak asasi. Kekuasaan lelaki terhadap
perempuan
hasil sosial yang dibudayakan, kemudian dianggap suatu kebenaran
oleh pelbagai
pemikir, fiqh, norma-norma dan ideologi-ideologi.16
KONSEP GENDER DALAM ISLAM
Dalam Islam peranan keluarga dijadikan asas awal pendidikan dan
pembentukan
sikap perlakuan sebelum dipraktik dalam kehidupan bermasyarakat.
Peranan
lelaki ialah memikul tanggungjawab mengatur serta melindungi
keluarga. Hak dan
tanggung jawab ini tidak boleh disalahgunakan. Sementara itu
peranan
perempuan berhak dan bertanggung jawab mengatur rumah tangga dan
mendidik
anak-anaknya. Ia nanti diminta pertanggungjawab tentang
pelaksanaannya.
Sehubungan dengan tanggung jawab ini, sebagaimana dikemukakan dalam
an-
Nisa 4:34. Sebelum ia memulai peranannya membina sesuatu rumah
tangga,
perempuan berhak memilih calon suami. Dalam Islam seperti
dikemukakam dalam
ayat al-Imran 3:195 dan an-Nisa 4:124 pada prinsip tanggung jawab
dan hak lelaki
dan perempuan adalah sama.17 Ditinjau dari perspektif Islam,
perkara isu hak
persamaan lelaki-wanita, semuanya telah termaktup di dalam kitab
suci al-Quran,
15
Norsaleha Mohd Salleh, Abdul Halim Tamuri dan Salleh Amad (2011),
Hak-hak Wanita
Pada Zaman Rasulullah SAW: Meningkap Sejarah Srikandi Islam, dalam
Mohd Roslan
Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita Islam: Isu-isu Dan
Pemerkasaan Hak, Persatuan
Ulama Malaysia, h. 18-19
16
Husein Muhammad (2004), op. cit, h.184-185.
17
Saudi Berlian (2000), op. cit, h.64.
22
tidak boleh ditukar ganti melainkan seseorang itu sudah tidak
percaya terhadap
agama Islam.18
Dalam hubungan lelaki dan perempuan. Prinsip dasar asl-Quran
memperlihatkan
pandangan kesetaraan dan kesaksamaan. Seperti:
Ertinya; “Wahai manusia, Kami telahmenciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan
dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya
saling
mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi
Allah adalah
yang paling bertakwa.” al-Hujurat 49:13.
Ertinya: “Sesiapa sahaja, lelaki atau perempuan yang beramal soleh
dan dia
beriman, nescaya Kami berikan kehidupan yang baik.” an-Nahl 16:97
Surah al-Ahzab 33:35 yang menjelaskan Allah akan memberikan
ganjaran yang
sama bagi ibadah mereka, baik lelaki mahupun perempuan. an-Nisa.
4:1 yang
bermaksud lelaki dan wanita dari asal yang sama. 19
Selain ayat di atas, banyak lagi ayat yang menyokong kesetaraan
lelaki dan
perempuan seperti surah al-Ahzab 33: 35 dan surah an-Nisa. 4:124.
Berdasarkan
surah al-Baqarah 2:181, menjelasakan al-Quran menyokong asas sama
rata
antara lelaki dan wanita dengan mengistiharkan setiap jantina
saling lengkap
melengkapi tiada yang lebih rendah dari segi status dan kemuliaan,
dan saling
melindungi. Walaupun dari bukti-bukti al-Quran dan sunnah
Rasulullah s.a.w.
menunjukkan lelaki dan perempuan itu sama tetapi dari segi biologi,
lelaki dan
wanita itu pastilah tidak serupa. Tetapi perbezaan-perbezaan
tersebut tidak
bermaksud bahawa lelaki dan wanita tidak sama nilainya. Bagi Allah
lelaki dan
wanita Muslim itu adalah yang sama dalam semua aspek kehidupan
Islam. 20
Dalam Islam ada ditetapkan perbezaan antara lelaki dan wanita dalam
mengerjakan ibadah dan mengenai diri wanita. Peraturan tersebut
adalah bagi
menjaga kepentingan wanita Islam selain mengawal berlakunya
ketidak-sopanan
dalam masyarakat, iaitu; wanita tidak dibenarkan mendedahkan
auratnya, kecuali
muka dan kedua tapak tangan. Suara wanita adalah aurat, mereka
dilarang
menyaringkan atau menguatkan suara.dilarang mengangkat kedua tangan
sampai
kepada anak telinga waktu solat. Wanita dilarang mencukur rambut
kepala,
perbuatan itu menyerupai lelaki. Allah dan Rasulullah melaknat
lelaki menyerupai
perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. Wanita dihukum
makruhmelakuka
azan dan iqamat solat. Wanita tidak boleh menjadi imam kepada
lelaki.
Perempuan tidak wajib melaksanakan ibadah solat jumaat. Bagi wanita
solat
18
Rozi Bainon (1999), op. cit, h.36
19
Husein Muhammad (2004), op. cit, h.41-42
20
Rozi Bainon (1999), op. cit, h.41-42
23
dirumah lebih baik dari solat di Masjid. Wanita tidak boleh
berpergian seorang diri
kecuali bersama muhrimnya. Wanita dilarang khutbat solat jumaat,
hari raya dan
sebagainya. Dalam menerima pusaka , wanita menerima separuh dari
lelaki. 21
Dalam pembahagian harta pusaka atau warisan, seperti di jelaskan
dalam surah
An-Nisa :7.
Ertinya: “Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka
untuk) anakanakmu. Iaitu: Bahagian anak lelaki sama dengan dua orang anak
perempuan dan
jika anak semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua
pertiga dari
harta yang ditinggalkan: jika anak perempuan itu seorang sahaja
maka ia
memperoleh separuh harta” An-Nisa :7 22. Yang dimaksud keadilan
ialah
memberikan hak-hak mereka , bagi lelaki dan wanita. Pembahagian ini
bukan
ditentukan oleh pemikiran lelaki atau wanita tetapi ditentukan oleh
Allah dan
Rasulullah.23
Islam melebihkan pembagagian harta pusaka terhadap lelaki kerana
Islam
membebankan tanggung jawab untuk menjaga saudara perempuannya dan
menafkahkan keluarganya, sedangkan bagi perempuan harta yang
diperoleh
hanya untuk dirinya sendiri. Termasuk pendapatan jika ia berkerja.
Dalam konsep gender suami isteri dalam Islam, iaitu:
Tujuan perkawinan akan tercapai jika dalam keluarga tersebut
dibangun atas
dasar kesetaraan dan keadilan gender, dimana lelaki dan perempuan
sama-sama
memiliki hak, peranan dan kesempatan yang diasaskan atas saling
menghormati,
menghargai, tolong-menolong di dalam pelbagai sektor kehidupan.
Untuk
mengetahui adanya kesetaraan dan keadilan gender dalam keluaga
dapat dilihat
pada hal-hal seperti:
Pertama, ruang penyertaan wanita dalam perumusan, pengambilan
keputusan
atau perencanaan, pelaksanaan dalam wilayah domestik mahupun
public. Kedua,
mamfaat diperoleh perempuan dari hasil aktiviti baik sebagai pelaku
mahupun
pengguna. Ketiga, akses serta penguasaan perempuan dalam proses
pembangunan modal insan dan sumber alam yang menjadi aset keluarga,
seperti
hak waris, hak memperoleh pendidikan, jaminan kesihatan, hak-hak
reproduksi
dan sebagainya.24
21
Thorik Muiz Mohammad (2001), Keistimewaan Wanita Menurut Islam,
Kuala Lumpur:
Usnie Sdn Bhd, h.15-17
22
Abdul Halim Abu Syuqah (1998) Kebebasan Wanita, Jilid I, Chairul
Halim (terj), Kuala
Lumpur: Pecetakan Zafar Sdn. Bhd, h.85
23
Rozi Bainon (1999), op. cit, h. 74
24
Khusaini Rofiah (2007), op. cit, h.122-123
24
Praktik gender suami isteri yang setara akan wujud apabila
berlakunya
keseimbangan antara hak dan kewajiban suami isteri. Dalam al-Quran
ditemukan
peranan bapa dalam mendidik anak, sebagai rujukan surah Lukman
31:13-15 dan
merujuk kepada kehidupan rumah tangga Rasulullah dan bagaimana
peranan
beliau dalan pelbagai urusan rumah tangga.25
KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM
Islam telah mengangkat martabat wanita, dimuliakan, dikembalikan
hak dan
statusnya . Wanita juga diberikan status yang sama sebagai individu
dalam
masyarakat. Menurut Islam bukan jantina lelaki atau wanita yang
membezakan
status seseorang, tetapi ketakwaan kepada Allah (surah Al-hujarah,
49:13).
Istimewanya golongan wanita menurut kaca mata islam, dalam surah
annisa 4:1
menjelaskan konsep berkaitan fungsi lelaki dan wanita, aspek
penciptaan
berkaitan fitrah dan biologi serta status lelaki dan wanita disisi
Allah.
Penghormatan yang di beri oleh Allah bahawa wanita mempunyai
kebebasan
bertindak yang sama seperti lelaki, namun dalam aspek tertentu ia
tertakluk
kepada fitrah penciptaan yang asal seperti fungsi mereka sebagai
anak
perempuan, isteri dan ibu. Wanita Islam berhak mendapat peluang bagi
meningkatkan ilmu pengetahuan, memiliki harta dan menunaikan
tanggungjawab,
disamping tanggungjawab hakiki terhadap Allah dan Rasulnya.26
Kedudukan dan keistimewaan wanita dalam Islam dapat dilihat sebagai
berikut.
Sebaga hamba Allah wanita berhak melakukan apasahaja bentuk ibadah
yang
wajib dan ibadah sunat. Mereka di beri ganjaran, mereka diberi
peluang sebagai
hamba Allah yang baik sebagaimana lelaki. Sebagai hamba Allah
wanita mesti
dididik dengan sempurna dan perlu diberi perhatian lebih kerana
keadaan fizikal
dan emosi yang berbeza dengan lelaki. Sebagai hamba Allah mereka
berhak
berjihad, bermubalaah, menjadi saksi dan sebagainya. Sebagai istri
Islam telah
memberikan penghormatan yang tinggi terhadap wanita dengan
memberikan hakhak yang wajib ditunaikan oleh suami antaranya ialah, nafkah
zahir dan bathin.
Kasih sayang, perlindungan, hak perkonsian. Islam memandang tinggi
dan mulia
darjat seorang ibu. Bahkan kesensaraaan, keperitan dan pengorbanan
seorang
ibu dimaktubkan dalam al-Quran surah Lukman:14 begitu juga ketaatan
dan
haram menderhakan kepada ibu.27
25
Ibid, h. 130.
26
Nor „Azzah Kamri (2011), Wanita dan Pengurusan Profesional, dalam
Mohd Roslan
Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita Islam, isu-isu dan
Pemerkasaan Hak, Selangor:
Persatuan Ulama. Malaysia, h.99-100
27
Jawiah Dakir (2007), Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti Dan Wanita,
Malaysia: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia, h.75-78.
25
Tidak dinafikan bahawa wanita mempunyai kelemahan diri dan dalam
dirinya.
Namun begitu, ada golongan yang lemas dengan wanita. Ramai orang
lelaki
terpengaruh dengan wanita dan ramai pemimpin yang jatuh dan
tersungkur
disebabkan wanita. Dengan kelemahan itu maka Allah menentukan
wanita hanya
dipimpin oleh para lelaki. Wanita tidak sekuat untuk menjadi
pemimpin kaum lelaki
(an-Nisa:34). Wanita adalah rakan setia pada lelaki. Lelaki yang
baik dan buruk
tergantung kepada baik dan buruknya temannya iaitu wanita. Wanita
adalah
penawar dan juga racun. Wanita yang mengetahui pengetahuan agama
Islam
yang sempurna walau begitu wanita ada kelemahan maka jangan
menyerahkan
sesuatu kerja secara mutlak kerana mengakibatkan keburukan. Wanita
memerlukan bimbingan yang bermaksud mereka tidak mampu melaksanakan
tanggungjawab mereka sendiri. Fikiran kaum wanita tidak sekuat
fikiran kaum
lelaki. Nafsu jantina kaum wanita pula lebih kuat daripada nafsu
jantina kaum
lelaki. Kalau mereka tidak di halang oleh rasa malu, maka mereka
lebih mudah
mengikut dorongan nafsu jantina dan terjerumus kedalam lembah
kehinaan.28
HAK-HAK WANITA MENURUT ISLAM
Islam menjamin keadilan kepada semua anggota masyarakat tampa
mengira
agama, gender, dan bangsa. Hal ini selaras dengan tujuan penciptaan
manusia
yang terdiri dari pada lelaki dan perempuan, bersuku-suku dan
berbabangsa
adalah untuk mengenal antara satu sama lain, selain itu Islam amat
memandang
tinggi dan menjaga hak kemanusiaan setiap insan. Terdapat perbezaan
hak
antara wanita Islam dan bukan Islam, sebab utamanya adalah keimanan
yang ada
pada wanita Islam.
Wanita Islam wajib menutup aurat (surah al-Ahzab: 59 dan surah
an-Nur: 31)
kedua ayat ini dijadikan dalil dan hujah kewajiban wanita Islam
memakai pakaian
yang menutup aurat, yakni seluruh tubuhnya kecuali bahagian tubuh
tertentu iaitu
muka dan telapak tangan. Mendapatkan hak yang sama dikalangan
istri-istri
(surah an-Nisa:3 dan hadis riwayat Abu Daud t.t.t. 1:140) surah
an-Nisa
menerangkan Islam mengharuskan lelaki berkawin lebih daripada satu
dan tidak
lebih daripada empat orang dalam satu satu masa dengan sarat
tertentu dan hadis
riwayat abu daud menerangkan balasan terhadap suami yang tidak
berbuat adil
kepada istri-istrinya, bagi wanita bukan Islam selain Isteri
pertama tidak diiktiraf.
Mewarisi harta pusaka melalui sistem paraid, bagi wanita bukan
Islam tidak ada
kaedah pembahagian harta pusaka yang jelas. Wujud batasan pergaulan
diantara
lelaki dan perempuan, manakala bagi wanita bukan Islam adalah
sebaliknya iaitu
wujud pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.29
28
Thorik Muiz Mohammad (2001), op. cit, h.1-8
29
Jawiah Dakir (2007), op. cit, h.88-92.
26
Dalam Islam hak wanita telah termaktub dalam al-Quran dan Hadis
semenjak
datangnya Islam itu sendiri, seperti:
Hak kemanusiaan.
Semenjak zaman permulaan Islam 14 kurun yang lalu kedudukan wanita
telah
terbela. Islam mengangkat kedudukan wanita dimana mereka adalah
sama dari
sudut tanggung jawab dengan lelaki, iaitu untuk mentauhidkan Allah
dan
menyembahnya, ini menunjukan Islam tidak meletakkan batasan kepada
wanita
untuk meningkatkan kedudukan moral mereka di sisi agama.
Hak kehidupan.
Islam membenarkan seseorang wanita untuk mendapatkan hak sivil. Ini
termasuklah jaminan Islam untuk bersuara, kebebasan memilih,
kebebasan
berpendapat, kebebasan bersuara, kebebasan untuk memilih agamanya.
Apabila
ia memilih Islam maka kebebasannya tertakluk kepada ajaran Islam.
Disamping itu
wanita digalakkan untuk mengeluarkan pandangan serta menyumbang
idea dan
buah pikiran. Idea yang bernas tidak semestinya datang dari lelaki.
Hak sosial.
Islam mewajibkan menuntut ilmu atas umatnya baik lelaki mahupun
wanita.
Termasuklah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran dan hadist
serta ilmu-ilmu
agama dan sosial yang lain. Diatas kesadaran bahwa wanita muslim
juga
mempunyai tanggung jawab dakwah amar makruf nahi mungkar, suatu
keewajiban bagi mereka untuk mempersiapkan diri dengan ilmu yang
sesuai.
Islam membenarkan wanita untuk berkerja demi untuk kebaikan agama,
masyarakat dan Negara. Selagi tidak mengabaikan tanggung jawab
utama
sebagai isteri dan seorang ibu. Dalam masa yang sama, Islam
mengiktiraf
perbezaan yang lelaki dan perenpuan. Terutama dari segi kekuatan
fizikal.
Sesetengah pekerjaan sesuai untuk lelaki dan sesetengah sesuai
untuk wanita. Ini
tidak bermakna Islam menafikan sumbangan lelaki mahupun wanita di
dalam
pekerjaan. Apa yang ditekankan adalah kesesuaian sesuatu pekerjaan
itu
mengikut batasan jantina dan tidak bercanggah dari ajaran Islam.
Mengenai status isteri dan ibu, nabi Muhammad menyebutkan secara
jelas bahwa
: surga itu dibawah tapak kaki ibu dalam penafsiran yang tidak
sempit hadist ini
membawa maksud yang luas, antaranya memberikan gambaran bahwa
kejayaan
seseorang dan kejayaan sebuah masyarakat itu adalah bersandar
kepada
golonngan wanita dan ibu merupakan orang yang pertama dan
berpengaruh
keatas seseorang dari pelbagai sudut termasuklah keselamatan dan
latihan yang
diterima daripada golongan ibu.
27
Hak berpolitik.
Islam Memberikan hak kepada wanita untuk berpolitik ini merupakan
suatu
keistimewaan yang telah diberikan sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Dimana
wanita mempunyai hak untuk memilih pemimpin. Dalam apa jua pikiran
umum,
wanita berhak untuk mengeluarkan pandangan dan mengambil bahagian
dalam
politik.
Hak ekonomi.
Dalam surah al-Lail 92:3-4 dan annisa 4:34 Allah mengisytiharkan
bahwa ia
menciptakan manusia itu berbeza di antara lelaki dan perempuan
dengan
tugasan, pergerakan dan skil mereka yang berbeza. Dalam sebuah
masyarakat,
ada pembahagian tugas-tugas tertentu maka setiap individu mempunyai
tanggung
jawab dan peranannya yang tersendiri. Secara umum, Islam mengangkat
kedudukan wanita dengan memberi kepercayaan di dalam tugas
mendidik,
manakala lelaki sebaghai ketua yang menjaga keselamatan ahli
keluarga, justeru
wanita mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk
melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.malah dalam sebuah
keluarga wanita berhak untuk bertindak sebagai pengawal aliran
kewangan.
Dalam surah annisa 4:32 menjelaskan, wanita muslim juga mempunyai
hak untuk
mencari rezeki dan berkerja, mereka berhak untuk memiliki harta,
tanah atau
rumah, wanita muslim mempunyai hak untuk menguruskan perniagaan
mereka
dan tiada sesiapa boleh meminta hasil pendapatan atau keuntungan
perniagaannya itu, termasuklah suaminya.
Hak sebagai seorang isteri.
Dalam surah ar-Rum 30:21 menjelaskan perkawinan bukan semata-mata
memenuhi kehendak fizikal atau perasaan. Sebaliknya perkawinan
merupakan
tanda-tanda yang dari pencipta, ia merupakanm hubungan berdasarkan
hak dan
tuntutan persepakatan bersama, berteraskan wahyu ilahi. Allah
menciptakan lelaki
dan wanita sebagai pelengkap kepada kehendak jiwa, saluran untuk
memenuhi
kehendak itu secara halal yang di tetapkan al-Quran.
Tanggungjawab isteri. Tanngungjawab isteri adalah menjaga rahasia
pribadi
suaminya dan rahasia rumah tangga yang di bina. Istri perlu
berhati-hati agar
perkara dalam rumah tangga tidak disebar luaskan kepada orang lain
perkara ini
mungkin akan meruntuhkan maruah suami bahkan juga maruah seorang
istri.
Isteri berperanan menjaga harta-harta suaminya, isteri hendaklah
mengurus hal
dalam keluarga secara bijak bagi mengelakkan pembaziran barang yang
tidak
perlu. Isteri tidak sepatutnya membenarkan sesiapa yang tidak di
sukai suami
untuk masuk kedalam rumah serta dalam hal berbelanja dengan
izinnya. Sebagai
muslimah sejati mesti menjalin kerja sama dengan suami dan tidak
perlu berkerja
28
sama dengan lelaki yang tidak menyembah Allah. Seorang isteri tidak
perlu taat
kepada suami yang memintanya melakukan sesuatu yang bercanggah
dengan
Islam.30
Islam mewajibkan suami memberi nafkah keluarga, kerana, suami
berhak
menahan isterinya yang bererti seorang isteri harus tunduk dan
patuh pada suami
tetapi suami berkewajiban menyara hidup isteri dan keluarganya,
adanya
hubungan perkawinan yang mendapat hak dan tanggungjawab yang
seimbang,
selari dengan kaedah fiqh, ada untung ada rugi.31
Islam meletakkan keadilan terhadap wanita dengan cara, Islam memberikan
penekanan pada wanita dalam aspek keluarga iaitu dalam mengurus hal
ikhwal
rumah tangga dan mendidik anak di rumah karena kesibukan suami.
Inilah cara
yang sesuai dengan fitrah manusia. Hidup berkeluarga akan pincang
tanpa
peranan wanita kerana ia melibatkan pendidikan anak yang merupakan
asas
kemajuan negara. Namun begitu wanita mempunyai peranan yang besar
dalam
politik. contohnya, pada zaman awal pemerintahan Islam. Kaum wanita
turut
terlibat dalam perjanjian serta di Aqabah bagi mendirikan Negara
yang berdaulat.
Ini bermakna, Islam mendahului lebih dari seribu tahun daripada
demokrasi Barat
yang memberi hak kepada wanita dalam pilihan raya diperingkat
majlis
perbandaran di Bandar Wyoming Amerika Serikat pada abad ke-19
kemudian di
ikuti oleh Negara Barat yang lain.32
INISIATIF BAGI MENANGANI ISU-ISU GENDER
Para pengkaji mukhtahir ini berpendapat bahawa dalam pembaharuan
tentang
kedudukan dan isu-isu wanita ini boleh dicapai tanpa menggunakan
pendekatan
sekular, sebaliknya menggunakan pendekatan pemahaman semula supaya
wanita
tidak didiskriminasikan. 33
Sebagimana ada yang mengemukakan, telah lama disadari bahwa
kepahaman
agama merupakan salah satu faktor yang membentuk dan juga
melambatkan
proses kesetaraan, kesemerataan dan keadilan gender. Oleh kerana
itu salah satu
projek penting dari arus kesadaran ini adalah untuk melakukan
penilaian dan
penafsiran semula. Penilaian semula juga perlu dilakukan terhadap
tafsiran dan
fahaman agama yang selama ini mempunyai kecenderungan untuk berlaku
tidak
adil terhadap perempuan. Usaha ini tidak mudah, disebabkan tiga
faktor. Pertama,
30
Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri (2011), op. cit. h.3-14.
31
Husein Muhammad (2004), op. cit, h.152-153.
32
Abdul Hadi Awang (2009), Islam Adil Untuk Semua, Kuala Lumpur: PTS
Islamika Sdn.
Bhd, h.36.
33
Raihanah Abdullah, Nurhayati Surbaini (2011), Wanita Islam Dan
Isu-iisu gender masa
kini, dalam Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita
Islam: Isu-isu Dan
Pemerkasaan Hak, Persatuan Ulama Malaysia,h.86
29
Khazanah ilmu-ilmu agama yang sedia ada, telah di jadikan sebagai
sumber
rujukan, panduan dan petunjuk yang kukuh. kedua, pegangan yang
kukuh ini
mempunyai sangkut paut dengan kuasa, kerana kebanyakan bukus yang
di tulis
dalam bahasa arab yang memerlukan kemampuan intelektual, baik dalam
penguasaan bahasa arab mahupun ilmu-ilmu lain seperti ilmu tafsir,
usul fiqih,
serta mengumpulkan dan menyusun maklumat, membuat perbandingan, dan
akhirnya membetuk semula tulisan tersebut. Ketiga, mereka yang
memiliki
kemahiran dalam penafsiran agama dan perspektif sosial (yakni
keadilan gender)
amat kurang. Tidak hairanlah pembentukan semula kedudukan perempuan
dalam
Islam menjadi agak terabai dibandingkan dengan projek-projek
pembaharuan
pemahaman Islam lainnya.34
Pemahaman semula bermaksud memberikan penafsiran yang baru tentang
kedudukan, hak wanita dalam Islam dan peranan lelaki-wanita menurut
pandangan Islam yang tidak terpaku pada rujukan rujukan sebelumnya
yang
disalah pahamkan. Masyarakat Islam, teruma wanita harus mengetahui
hak-hak
dan tanggungjawab mereka dari sisi perspektif Islam agar tidak
dikriminasikan.
Dari pendapat diatas dapat diambil pemahaman bahawa inisiatif bagi
menangani
isu-isu gender adalah:
Memberikan pemahaman semula peranan lelaki dan wanita menurut Islam
terutama fahaman yang disalah ertikan oleh pejuang gender seperti,
lelaki
pemimpin wanita, poligami, membolehkan pemukulan terhadap isteri,
peranan
wanita sebagai sebagai anak perempuan, isteri dan ibu dan
sebagainya.
Para pengkaji dan mentelaah buku tidak hanya berlandaskan pada
khazanah ilmu
agama yang sedia ada sebagai sumber rujukan kukuh. Sumber rujukan
tersebut
dibuat mempunyai masa dan konteks sendiri mengikuti pemikiran dan
pengalaman serta keadaan sosial seseorang pengarang buku masa itu,
yang
memungkinkan tidak sesuai dengan sosial-budaya masa kini.
Melalui pendidikan yang mengeluarkan ilmuan yang memiliki intelektual
dan
kepakaran bahasa Arab mahupun ilmu lain seperti ilmu tafsir, ilmu
usul piqh yang
membolehkan menafsirkan, mengumpulkan maklumat, membuat
perbandingan
dari perspektif sosial (gender) dan akhirnya membentuk semula
tulisan
sebelumnya.
Peranan ulama sebagai pendakwah untuk menyampaikan pemahaman Islam
dalam masyarakat. Masyarakat Islam ramai belum mengetahui bahkan
tidak
mengetahui peranan jantina dan gender dari perspektif Islam, dengan
kejahilan ini
Husein Muhammad (2004), op. cit, h.1
30
masih ada segelintir yang masyarakat mengikuti budaya yang tidak
selaras
dengan ajaran Islam .
3. PENUTUP
Istilah gender adalah istilah yang dikemukakan oleh orang barat
kerana mereka
merasa dikriminasikan dan menuntut kesemerataan bagi wanita.
Istilah gender
tidak ada dalam Islam. Ketika keadilah gender diperjuangkan oleh
kaum wanita
Barat, jauh sebelum itu keadilan dan hak-hak antara lelaki dan
wanita sudah
termaktub dalam al-Quran dan Hadis. Masyarakat Islam yang ikut
serta untuk
mempurjuangkan keadilan gender kerana mereka belum faham hak dan
tanggung
jawab antara peranan lelaki dan perempuan dalam Islam, hal ini
menyebabkan
ada yang merasa wujudnya ketidak-adilan gender.
Isu-isu gender dalam masyarakat merupakan isu-isu yang berkait
dengan peranan
lelaki dan wanita seperti poligami, perceraian, kekerasann,
mengetepikan
perempuan, pembahagian tugas dalam keluarga yang tak seimbang.
Dalam Islam
semua ini bukan suatu isu gender yang harus diperjuangkan. Dalam
Islam
peranan, hak, tanggung jawab lelaki dan perempuan sudah jelas dalam
al-Quran
dan Hadis yang harus diyakini. Isu gender ini dibangkitkan kerana
berpunca
kecuaian dan gagalnya para pelaku yang seharusnya memikul
tanggungjawab
dan melaksanakan peranan yang sesuai menurut prespektif Islam.
Para pejuang gender telah salah faham tentang kedudukan wanita
Islam kerana
menjadikan agama sebagai sebab ketidak-adilan gender seperti
pemahaman
lelaki mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan unggul dari
wanita, wanita
hanya duduk dirumah dan sebagainya. Sesungguhnya Islam melebihkan
lelaki
kerana lelaki adalah pemimpin dan bertanggung jawab menafkahkan
kelurganya
dan peranan ini sesuai kodrat, tetapi disisi Allah lelaki dan
perempuan dinilai
dengan melihat ketakwaannya kepada Allah S.W.T, kedudukan lelaki
Islam dan
wanita Islam adalah sama.
BIBLIOGRAFI
Abdul Hadi Awang (2009), Islam Adil Untuk Semua, Kuala Lumpur: PTS
Islamika
Sdn.Bhd
Abdul Halim Abu Syuqah (1998) Kebebasan Wanita, Jilid I, Chairul
Halim (terj),
Kuala Lumpur: Pecetakan Zafar Sdn. Bhd.
Achmad Muthali.in (2001), Bias Gender Dalam Pendidikan, Surakarta:
Muhammadiyah University Press.
31
Husein Muhammad (2004), Fiqh Wanita, pandangan ulama terhadap wacana
agama dan gender, Norhayati Haji Kaprawi, Zaitun Mohmed Kasim
(terj)
Malaysia: Sister In Islam
Jawiah Dakir (2007), Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti Dan Wanita,
Malaysia:
Jabatan Kemajuan Islam Malaisia
Khusaini Rofi.ah (2007), “Studi Pola Relasi Gender Suami Isteri
Pada Keluarga
STAIN Ponorogo,” KODIFIKASI, Jurnal Penelitian Keagamaan Dan Sosial
Budaya, Vol.1, No 1
Mohd Ruslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri (2011), Wanita Islam,
isu-isu dan
pemerkasaan hak Selangor: Persatuan Ulama. Malaysia. (ISBN :
978-983-230609-2)
Nor „Azzah Kamri (2011), Wanita dan Pengurusan Profesional, dalam
Mohd
Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita Islam, isu-isu dan
Pemerkasaan
Hak, Selangor: Persatuan Ulama. Malaysia
Norsaleha Mohd Salleh, Abdul Halim Tamuri dan Salleh Amad (2011),
Hak-hak
Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW: Meningkap Sejarah Srikandi Islam,
dalam
Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita Islam: Isu-isu
Dan
Pemerkasaan Hak, Persatuan Ulama Malaysia
Rozi Bainon (1999) Wanita: Penghapusan Diskriminasi dariperspektif
Islam Dan
Undang-Undang Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Raihanah Abdullah, Nurhayati Surbaini (2011), Wanita Islam Dan
Isu-iisu gender
masa kini, dalam Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor „Azzah Kamri, Wanita
Islam:
Isu-isu Dan Pemerkasaan Hak, Persatuan Ulama Malaysia
Sugihastuti, Istna Hadi Saptiawan, (2007) Gender & Inferioritas
perempuan:
Praktik Kritik Sastra feminis, Pustaka Pelajar, Yogyakarta: Pustaka
Pelajar
Saudi Berlian (2000), Pengelolaan Tradisional Gender, Jakarta:
Milenium Publiher
Thorik Muiz Mohammad (2001), Keistimewaan Wanita Menurut Islam,
Kuala
Lumpur: Usnie Sdn Bhd.
32
Isu-isu Dan Hak-hak Wanita Islam Dalam Gagasan Rahima, Indonesia
Indriaty Ismail.
Mohd Hanif Dzulkifli..
Abstrak
Tulisan ini membincangkan mengenai isu-isu dan hak-hak
wanita Islam yang diperjuangkan oleh kumpulan aktivis Rahima,
Indonesia. Rahima merupakan Pusat Pendidikan dan Informasi
Islam dan Hak-hak Perempuan yang ditubuhkan pada tahun
2000 sebagai reaksi kepada perbincangan dalam masyarakat
mengenai isu-isu gender dan Islam. Metodologi yang digunakan
untuk menghasilkan penulisan ini ialah melalui kajian
dokumentasi dan temu bual dengan aktivitis Rahima. Penemuan
kajian ini mendapati bahawa Rahima sentiasa peka dengan isuisu
semasa wanita Islam di Indonesia dan antara isu yang
menjadi fokus perjuangan mereka ialah pendidikan kritis dan
penyebaran maklumat mengenai hak-hak wanita di pesantren.
Program yang dilakukan di antaranya adalah memperkenalkan
pemahaman keislaman yang menjunjung tinggi kesetaraan
wanita dan menghargai pluraliti. Rahima juga menjalankan
penyelidikan dan aktif dalam penerbitan bahan-bahan yang
berkaitan perspektif Islam dan hak-hak wanita. Kajian
mendapati Rahima juga sedikit sebanyak mempunyai beberapa
persamaan dan perbezaan dengan kumpulan aktivis wanita di
Malaysia iaitu Sisters in Islam.
Kata Kunci: Rahima, isu-isu wanita, hak-hak wanita,
kesetaraan, pesantren, Islam.
The Issues And Muslim Women’s Rights In The Rahima Foundation,
Indonesia
Abstract
This paper discusses the issues and Muslim women’s rights
which are adopted by the Rahima activist group, in Indonesia.
Rahima is an Islamic Education, Information and Women’s rights
Centre. It was founded in the year 2000, as a reaction to a
.
Pensyarah Kanan di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
..
Pelajar Sarjana di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
33
massive discussion in the society regarding the issues of gender
and Islam. This is a documentation study which goes hand-inhand
with interviews done with selected the Rahima activists.
The outcome is that Rahima is always up-to-date with the current
women issues in Indonesia. Amongst the issues which they
focused were the critical education and the distribution of
information on the women’s rights in the pesantren (the traditional
Islamic education centre). They organised programmes to
provide a better understanding of Islamic teachings which uphold
the equalities of women in the society and how to value the
pluralities. Rahima is also active in researches and published
Medias on the Islamic perspectives and women’s rights. The
Rahima group resembles in some aspect with the Malaysian’s
Sisters in Islam (SIS) and differs in some other.
Keywords: Rahima, women issues, women’s rights, equalities,
pesantren, Islam.
Pengenalan
Islam mengiktiraf lelaki dan wanita diciptakan oleh Allah s.w.t.
dengan kejadian
biologi yang berbeza dan mempunyai peranan yang berbeza. Namun
keduaduanya adalah sama tarafnya di sisi Allah s.w.t. Ketinggian martabat di
sisi
Pencipta dinilai berdasarkan kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t.
dan bukannya
pada harta, kekuatan ataupun jantina. Secara umumnya kelihatan di
beberapa
negara Islam, masih wujud bentuk-bentuk penindasan dan layanan yang
tidak adil
pihak masyarakat terhadap wanita pada masa sekarang ini termasuklah
di negara
Indonesia. Penulisan ini menggarap mengenai latarbelakang kumpulan
aktivis
feminis Rahima di Indonesia dan usaha-usaha mereka dalam
memperjuangkan
isu-isu wanita dan hak-hak wanita Islam dari segi keadilan dan
kesetaraan.
Latar belakang Pergerakan Rahima
Rahima merupakan Pusat Pendidikan dan Informasi tentang Islam dan
Hak-Hak Perempuan. Ia merupakan sebuah lembaga yang memperjuangkan
hakhak diri sendiri dalam masyarakat yang berfokus kepada perbezaan wanita dari
perspektif agama Islam. Rahima telah ditubuhkan pada tarikh 5 Ogos
2000
sebagai reaksi atau tindak balas terhadap isu mengenai gender dan
Islam. Status
kewujudan Rahima ini telah disahkan oleh sebuah badan kerajaan
Indonesia iaitu
Notaris pada tarikh 11 September 2000 di Jakarta. Rahima secara
rasminya
memulakan aktiviti mereka pada bulan Februari 2001 dan sehingga
sekarang
masih aktif menjalankan aktiviti dan programnya walaupun telah
memasuki tahun
yang kesebelas penubuhannya.1
Perkataan Rahima terhasil dari satu perkataan yang mempunyai maksud
yang berbeza. Yang pertama ia berasal dari perkataan „rahim
perempuan. iaitu
www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.
34
merupakan tempat manusia melakukan hubungan kelamin dan melahirkan
anak di
mana ia merupakan tempat lahirnya sebuah kehidupan. Maksud yang
kedua,
perkataan itu diambil dari salah satu nama Allah iaitu al-Rahman
dan al-Rahim
sepertimana yang terdapat di dalam Asma.ul Husna. Kedua-dua
perkataan ini
membawa maksud Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Rahima
diberikan maksud sedemikian adalah kerana bertujuan untuk
mencetuskan
sebuah kehidupan yang penuh dengan kasih sayang.2
Pada awalnya Rahima bergerak pada aktiviti yang menjurus kepada
pendidikan kritis dan penyebaran maklumat mengenai hak-hak wanita
di
pesantren sahaja. Kemudian, oleh kerana keperluan masyarakat
terhadap
perkara yang dibawanya semakin meningkat, maka ia telah meluaskan
skopnya
kepada pelbagai kelompok selain dari kelompok pesantren. Tumpuan
telah
diperluaskan kepada sekolah, guru-guru sekolah agama sehinggalah
guru sekolah
agama negeri, majlis ta.alim, organisasi wanita muslim dan
organisasi
kemahasiswaan. Rahima bukan sahaja bergerak di peringkat kebangsaan
tetapi
juga di peringkat antarabangsa dan mempunyai hubungan dengan
pergerakan
wanita di peringkat antarabangsa. Rahima juga menggunakan segala
undangundang yang ada dalam memperjuangkan hak wanita.
Kesemua organisasi yang memberi kerjasama kepada Rahima telah
dipilih
oleh Rahima kerana dilihat bersesuaian dengan apa yang ingin mereka
ketengahkan. Ini menunjukkan bukan semua organisasi yang ada di
Indonesia
diterima oleh Rahima sebagai rakan kerjasama.
Kegiatan Rahima
Rahima meletakkan visinya sebagai: terhasil masyarakat yang adil
dengan
hubungkait yang setara antara lelaki dan wanita, terpenuhnya
hak-hak perempuan
di dalam hak asasi manusia. Manakala misinya ialah: melakukan
kesedaran hakhak wanita menurut perspektif Islam, menghasilkan ilmu yang baru
berlandaskan
kesamarataan dan mencetuskan dorongan terhadap penegakan hak-hak
kaum
wanita. Berdasarkan visi dan misinya, Rahima mengorak langkah
menjayakan
pelbagai aktiviti dan kegiatan.3
Kegiatan yang dilakukan oleh organisasi Rahima ini terbahagi kepada
beberapa kegiatan iaitu melalui pendidikan, penyelidikan,
penerbitan dan
perpustakaan. Kegiatan ini akan dijelaskan satu persatu bermula
dari pendidikan.
1) Pendidikan
Pendidikan yang dimaksudkan di sini ialah pendidikan secara kritis
iaitu
pendidikan kritis yang menjurus kepada hak-hak wanita. Ini
merupakan bentuk
pendidikan yang diyakini oleh Rahima yang mana dirasakan mampu
mengetengahkan ilmu yang boleh menjawab persoalaan realiti sosial
yang berlaku
2
www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.
3
www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.
35
dalam masyarakat dan kehidupan. Bentuk pendidikan ini berasaskan
metode
aksi-refleksi iaitu cetusan tindak balas secara terus menerus
terhadap sesuatu isu
melalui cara perbahasan dan sebagainya. Ia dilakukan juga dengan
kaedah
mengkaji nilai manfaat, tingkat perubahan dan kegagalan atau
keberhasilan
sebuah proses menjadi manusia yang menyedari kepentingan potensi
dirinya dan
menghargai sesama mereka dan melihat kepelbagaian pendapat sebagai
rahmat
Allah yang sangat kaya dan saling menyempurnakannya. Beginilah
metodologi
pendidikan kritis yang menggunakan aksi-refleksi berlaku dan ia
digunakan juga
melalui beberapa medium perlaksanaan iaitu rekrut, bengkel
penulisan atau
bengkel latihan, seminar, proses assessment, perencanaan,
monitoring dan
program tindak balas bersama pertubuhan-pertubuhan yang menjadi
penyokong
Rahima.4
2) Penyelidikan
Penyelidikan yang dilakukan adalah berasaskan kepada penyelidikan
kewanitaan (feminists’ participatory action research). Pengumpulan
maklumat
dilakukan melalui beberapa cara seperti mengumpul segala data-data
yang
bersifat sekunder, kajian terhadap pelbagai dokumentasi dan kajian
lapangan
(fieldwork research), dengan cara pemerhatian, temu bual, dan
kaedah ‘live in.
iaitu dengan cara turun ke suatu tempat mencari kekuatan kaum
wanita yang
boleh ditonjolkan didaerah itu.5
3) Penerbitan
Penerbitan media Rahima dilakukan melalui dua bentuk iaitu yang
pertamanya ialah media cetak dan yang kedua ialah media elektronik
dan
audiovisual. Penerbitan yang dilakukan oleh Rahima meliputi seluruh
penerbitan
seperti buku, jurnal dan pelbagai lagi jenis penerbitan yang mana
ia
keseluruhannya mempunyai kaitan dengan perspektif Islam dan hak-hak
wanita,
hasil daripada perbincangan mingguan, diskusi ilmiah dan seminar.
Setiap 3 kali
sebulan, Rahima juga menerbitkan sebuah majalah yang diberi nama
Swara
Rahima yang berfokus kepada tema perbincangan Islam dan hak-hak
wanita.
Orang awam juga boleh mendapat maklumat tentang Rahima dan pelbagai
artikel
dalam majalah Swara Rahima melalui website Rahima yang beralamat di
http://rahima.or.id atau melalui email di alamat Rahima
2000@rahima.or.id. Media
Shalawat (radio) yang merupakan hasil idea dari sebuah pusat
latihan Rahima.
Shalawat ini dikenali pada awalnya sebagai Shalawat Gender dan kini
telah
ditukar nama sebagai Shalawat Kesetaraan. Shalawat ini merupakan
salah satu
penghargaan dari Rahima terhadap inisiatif dan ilmu yang
disumbangkan dari
penyokongnya.6
4
www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.
5
www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.
6
www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.
36
4) Perpustakaan
Rahima telah melakukan pengumpulan maklumat dan penyimpanan
maklumat (dokumentasi) dari setiap kegiatan atau program yang
dilakukannya.
Rahima telah menyediakan perpustakaan kepada orang awam yang mana
ia
dibuka pada waktu bekerja dari hari Isnin sehingga Jumaat dari
10.00 pagi
sehingga 5.00 petang. Pelanggan perpustakaan ini boleh mendapat
bahan seperti
teks-teks klasik yang menjadi rujukan pesantren dan berbagai
pertubuhan
keagamaan, buku-buku, dan bahan berbentuk audiovisual seperti CD
dan video
yang bertemakan mengenai isu Islam dan wanita. Selain itu mereka
juga
menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan Rahima bagi yang sukar
datang ke
perpustakaan Rahima iaitu secara on-line di alamat
rahima2000@cbn.net.id.
Katalog on-line perpustakaan Rahima di kemaskini 3 bulan sekali di
alamat
http://rahimalibrary.or.id.7
Isu-isu Dan Hak-hak Wanita Islam Indonesia
Isu-isu dan hak-hak wanita Islam di Indonesia masih hangat
diperjuangkan
sekarang ini. Hal ini kerana di Indonesia masih lagi terdapat
penindasan terhadap
wanita yang kadang-kadang apabila diteliti semula sepatutnya sudah
tidak ada
penindasan seperti itu pada zaman yang serba moden ini. Antara
penindasan
yang masih berlaku sekarang ialah di Batu dan Malang di Jawa Timur
Indonesia
yang mana di kawasan ini berlakunya arahan supaya wanita
menggunakan kunci
pada seluar bagi memelihara kehormatan diri dari dicabul.
Perbahasan ini akan melihat isu-isu dan hak-hak yang dituntut oleh
wanita
yang digerakkan oleh Rahima. Melalui kaedah pendidikan kritis
Rahima telah
membahaskan beberapa isu yang masih timbul di Indonesia berkenaan
dengan
penindasan kaum wanita sehingga membawa kepada penafsiran semula
sumber
agama iaitu al-Quran melalui tokoh-tokoh penafsir kontemporari.8
Aurat Wanita Menurut Rahima
Ahmad Dicky Sofyan (2009) merupakan penulis yang menulis buku hasil
terbitan Rahima berkenaan definisi aurat, hijab dan jilbab. Beliau
menyatakan
bahawa persoalan aurat, hijab dan jilbab semestinya dilihat
menerusi aspek
budaya dan keadaan sesuatu masa dan tempat barulah sesuatu hukum
mengenai
ketiga-tiga aspek ini dapat didefinisikan. Pengkajian secara adil
terhadap aspek ini
dapat melahirkan suatu kesimpulan atau hukum yang terkini dan
bersifat lebih adil
dalam memberikan keadilan sosial dalam kehidupan di sesebuah
kawasan. Al-
Quran juga diturunkan berkaitan dengan struktur masyarakat dan
sosial sesuatu
masa dahulu. Kerana itu sebab diturunkan al-Quran ialah untuk
membetulkan
masyarakat ketika itu.
7
www.rahima.or.id/index.php, 7 Ogos 2011.
8
KH Husein Muhamad, 2006, Swara Rahima: Perempuan Merdeka,
Benarkah?, h. 19.
37
Sebagai contoh, dalam konteks jilbab dan hijab, ayat ini tidak
turun secara
mendadak memberikan perintah, tetapi turun mengikut keadaan
masyarakat dan
kritikan terhadap masyarakat ketika itu (kritikan terhadap
perlakuan). Dikatakan
bahawa kesalahan penafsiran terhadap sesuatu ayat al-Quran adalah
terjadi
akibat dari penafsiran secara umum ke atas realiti turunnya ayat
dan konteks
turunnya ayat itu tanpa dikaji dan diselidiki secara lebih ilmiah
terlebih dahulu
mengenai sebab turun dan hukum yang terdapat pada ayat itu. Contoh
penafsiran
secara umum terhadap ayat al-Quran tanpa mengkajinya terlebih
dahulu dalam
hal ini ialah berkenaan dengan masalah hijab kerana dikatakan ayat
al-Quran
yang menceritakan mengenai hijab iaitu dalam surah al-Ahzab 33: 53,
yang mana
surah ini dikatakan ia diturunkan secara khusus dan juga dimaksudkan
hijab
dalam ayat ini bukanlah perempuan tetapi pintu atau dinding rumah
Nabi saw. dan
ayat ini hanyalah khusus diturunkan untuk peristiwa ketika itu.9
Jika latar belakang sesuatu ayat itu dapat difahami dengan jelas
sejarah
penurunannya, maka konsep perlindungan tubuh perempuan yang
terdapat dalam
ayat al-Quran mengenai aurat, hijab dan jilbab, tidaklah semestinya
difahami
sebagai alat untuk memenjarakan tubuh wanita atau menutupi tubuh
wanita
secara keseluruhan. Kerana ternyata konsep penutupan keseluruhan
tubuh
wanita itu secara total tidak sesuai dengan sifat umum al-Quran
khususnya ketika
ayat itu diturunkan. Mahu tidak mahu setiap usaha untuk
menghasilkan sesuatu
hukum semestinya menitikberatkan pertimbangan sosial. Kepelbagaian
kaedah
ahli fiqh dalam penentuan batasan aurat mengikut terma perkataan
„menghindari
kesulitan. atau „demi keperluan. atau „kekhuatiran menimbulkan
fitnah., dikatakan
terma ini tidak terlepas dari situasi seharian mengikut keadaan dan
tempat, dan
ianya bersifat relatif. Dengan itu, merujuk kepada hujah terma ini
aurat bukanlah
termasuk di dalam perbahasan agama tetapi ianya ialah mengenai hal
sosialbudaya.
Akhirnya segala ayat mengenai aurat, hijab dan jilbab seakan
menerangkan kepada kita yang bermaksud secara keseluruhan ialah
“Wahai
kaum lelaki dan wanita, kalian harus pandai menjaga pandangan
kalian agar tidak
saling menganggu dan kalian semua harus menghindari perbuatan
tercela. Dan
disebabkan itu kalian harus mengenakan pakaian yang sopan yang
menutupi
tubuh kalian. Batasan tubuh kalian yang harus ditutup itu harus
disesuaikan
dengan keadaan di mana kalian tinggal. Dan janganlah berlebihan dan
jangan
pula mengikuti jahiliyyah yang mengeksploitasi terhadap wanita”.10
Dalam penerangan mengenai aurat yang diterangkan oleh penulis buku
ini,
mereka mengambil ayat al-Quran dalam surah al-Nur 24: 30-31. Ayat
ini telah
ditafsirkan oleh penulis dengan tafsirannya bahawa surah al-Nur
ayat 30 diambil
sebagai penerangan kepada aurat kaum lelaki di mana ia disebut
sekali sahaja.
Manakala ayat 31 merupakan panduan etika pergaulan bagi kaum
wanita. Dalam
ayat ini al-Quran telah memberi peringatan kepada kaum wanita
sebanyak lima
9
Ahmad Dicky Sofyan, 2009, Tubuh Perempuan dalam Kajian: Menimbang
Ulang Makna
Hijab, Jilbab dan Aurat, h. 3.
10
Ahmad Dicky Sofyan, 2009, h.16.
38
kali iaitu empat kali lebih dari lelaki. Adapun dalam al-Quran ini
menyebutkan
lebih wanita dari lelaki tetapi ia bukanlah bererti untuk
diskriminasi kerana dua
pesanan dalam surah al-Nur ayat 31 berkenaan menjaga kemaluan dan
menundukkan pandangan adalah bersifat umum iaitu bagi lelaki dan
wanita.
Manakala pesanan ketiga, keempat dan kelima iaitu tidak menampakkan
perhiasan kecuali yang menjadi kebiasaan, mengenakan kain yang
menutup dada
dan tidak menghentakkan kaki untuk menunjuk perhiasan hanyalah
merupakan
reaksi terhadap perlakuan masyarakat Arab jahiliah. Juga dinyatakan
jika ketigatiga pesanan yang merupakan reaksi masyarakat jahiliah ini telang
hilang maka
perempuan dan lelaki telah dikatakan memiliki kewajiban yang sama.
Maka kesan
terhadap hukum ini pesanan ketiga hingga kelima tidak wujud lagi,
al-hukmu
c
yaduuru maca ilatihi wujudan wa cadaman.11
Penerangan yang dilakukan oleh Rahima mengenai hijab di mana mereka
memetik sepotong ayat dari al-Quran yang menceritakan tentang hijab
dan
mentafsirkannya mengikut cara mereka iaitu dari surah al-Ahzab 33:
53. Ayat ini
telah ditafsirkan oleh mereka sebagai ayat yang bersifat khusus
yang mana
dinyatakan bahawa arahan yang terdapat dalam ayat ini adalah kepada
perkara
yang berlaku ketika itu dan hanya khusus kepada Rasulullah. Kerana
terdapatnya
larangan untuk menikahi isteri Rasulullah setelah kewafatan beliau.
Dan larangan
untuk menikahi janda adalah bersifat khusus hanya kepada isteri
Rasulullah
bukanlah kepada janda yang kehilangan suaminya. Maka dengan itu
secara tidak
langsung ayat perintah supaya berhijab yang terdapat dalam ayat
larangan khusus
menikahi janda Rasulullah memahamkan bahawa kewajiban berhijab juga
adalah
bersifat secara khsusus dan bukan kewajiban kepada semua Muslim.12
Seterusnya penerangan mengenai jilbab yang dilakukan oleh Rahima.
Dalam penerangan ini telah dikaitkan menggunakan ayat al-Quran dari
surah al-
Ahzab 33: 59. Perkataan jilbab secara istilahnya dimaksudkan
sebagai pakaian
yang menutupi tubuh badan untuk kaum wanita secara keseluruhan ataupun
kecuali tapak tangan atau muka atau kecuali mata sahaja. Pelbagai
tafsiran telah
diberikan para ilmuwan mengenai maksud sebenar ayat ini. Rahima
telah
mentafsirkan hukum mengenai jilbab ini berdasarkan sebab turunnya
ayat ini.13
Demi menjaga keamanan, al-Quran telah memberikan satu jalan
penyelesaian iaitu suruhan kepada wanita Islam supaya mengenakan
jilbab
sebagai tanda kepada mereka bahawa wanita yang mengenakan jilbab
tidak boleh
diganggu. Ini membawa maksud wanita yang mengenakan jilbab ialah
wanita
Islam yang sudah baligh yang haknya dilindungi oleh Islam dan
masyarakat Arab.
Jadi, kesimpulan yang diambil ialah ayat ini diturunkan dengan
tujuan untuk
merespon segala tindak tanduk sosial yang berlaku pada ketika itu.
14
11
Ahmad Dicky Sofyan , 2009, h. 17.
12
Ahmad Dicky Sofyan, 2009, h. 25.
13
Ahmad Dicky Sofyan, 2009, h. 25-26.
14
Ahmad Dicky Sofyan, 2009, h. 32.
39
Para ulama tafsir juga menyatakan bahawa jilbab ketika itu
merupakan
pembeza pakaian wanita Islam dewasa dengan budak kecil. Pakaian
yang
membezakan status seseorang wanita itu sama ada dewasa ataupun
budak kecil.
Jika kefahaman ayat jilbab ini hanyalah sekadar untuk membezakan
hal ini sahaja,
maka ayat ini boleh memberi dua maksud, iaitu satu aspek adalah
untuk
menghilangkan status kebudakan wanita itu dan satu aspek lagi
adalah untuk
membezakan status kebudakan dengan wanita dewasa di mana
kedua-duanya
melalui cara berpakaian.
Oleh sebab itu, Rahima memberi penjelasan bahawa ayat ini
menekankan
bukan sahaja kepada cara berpakaian tetapi juga kepada tuntutan
moral iaitu
menggunakan pakaian yang sopan kerana keadaan susuk tubuh wanita
dewasa
dan budak adalah berbeza. Dan disebabkan kesopanan itu adalah
perkara yang
bersifat relatif maka spesifikasinya tidak bersifat statik tetapi
boleh berubah.
Sehingga diberikan maksud apapun pakaian yang telah memenuhi
spesifikasi
kesopanan adalah dikira sebagai jilbab. Juga dapat difahami dengan
ayat ini ialah
jilbab tidak lagi difahami sebagai pakaian tertutup tetapi ialah
pakaian yang
bersifat sebagai pakaian yang sopan. Oleh itu secara kesimpulan
keseluruhannya
mengenai jilbab adalah tidak terbatas kepada pakaian yang menutup
keseluruhan
tubuh wanita.15
Konsep Qawamah Dalam Islam
Qawamah atau konsep kepimpinan dalam masyarakat dipandang hanya
terletak kepada satu jenis jantina sahaja yang memberi kesan kepada
situasi yang
berbeza dan ia boleh menjadi hak milik lelaki ataupun hak milik
wanita. Konsep
qawamah atau kepimpinan yang ada pada masa sekarang ini
kebanyakannya
merujuk kepada al-Quran dan hadis tetapi sayangnya ia difahami
secara tekstual.
Qawwam sering dieertikan kepada lelaki.
Kepimpinan lelaki sering dikaitkan dengan ayat al-Quran dalam surah
Al-
Nisa. 4: 34, di mana perkataan qawwam iaitu sebagai ketua yang
berkuasa mutlak
dan perlu ditaati. Ramai ahli tafsir telah memberi terjemahan
kepada makna
qawwam ini berdasarkan kenyataan di atas, antaranya ialah seperti
Ibnu Kathir,
Muhammad Abduh dan Imam Suyuthi. Manakala pentafsir kontemporari
turut
memberikan tafsiran kepada perkataan ini dengan memberikan makna
dari
perspektif yang lain bagi istilah qawwam ini.16
Kita lihat pandangan yang dikemukakan oleh penafsir kontemporari
iaitu
Riffat Hassan mengenai andaian yang bersifat keagamaan yang
menjatuhkan
wanita serta mengurangkan peranan ataupun fungsi wanita. Yang
pertama ialah
makhluk utama Tuhan ialah lelaki bukan wanita kerana dikatakan
bahawa wanita
ini diciptakan dari rusuk Adam dan merupakan ciptaan yang kedua
selepas Adam
a.s. Kedua ialah wanita adalah penyebab lelaki dicampakkan dari
syurga ke
15
Ahmad Dicky Sofyan, 2009, h. 37.
16
Noor Rohman, 2010, Konsep Qiwamah Perempuan dalam Islam, h. 2-3.
40
dunia. Dan yang ketiga ialah wanita bukan sahaja diciptakan dari
lelaki malah
diciptakan untuk lelaki. Ketiga-tiga kenyataan inilah yang menjadi
asas
pengurangan dan pemencilan skop terhadap kaum wanita. 17
Perlu disedari jika wanita itu diletakkan darjatnya di bawah lelaki
oleh
kerana akal dan agamanya, ini adalah satu kenyataan yang sangat
naif. Kerana
perkara itu mampu ditangani oleh setiap wanita. Dan jika
mendiskriminasikan
wanita itu datang dari al-Quran maka ia adalah salah kerana telah
lari dari objektif
penurunan al-Quran yang menggunakan terma „al-Quran sesuai untuk
semua
tempat dan zaman.. Oleh itu kita patut menerima kehadiran para
intelektual
Muslim kontemporari yang berusaha menyeimbangkan Islam dengan
masalahmasalah terkini termasuk hal gender.
Kumpulan Rahima berpandangan terdapat masalah dalam pentafsiran al-
Quran adalah kerana masyarakat yang masih memegang satu kefahaman
lama
iaitu yang masih tertumpu kepada lelaki melebihi wanita. Ada
beberapa
kemungkinan di mana agama dianggap sebagai punca peminggiran kaum
wanita.
Yang pertama kerana terjadi kekeliruan dalam menterjemahkan teks
al-Quran.
Kedua ialah kerana pentafsiran dilakukan secara sepotong-sepotong
ayat tidak
menyeluruh dan mengabaikan pandangan dunia Islam dan yang ketiga
ialah
terkadang ia berdasarkan kepada hadis yang lemah atau palsu. Dua
sebab yang
awal membuatkan terjemahan itu tidak diletakkan di tempat yang
sebenar dan ia
sepatutnya disemak semula dan dibawakan pentafsiran yang baru.
Sebab yang
ketiga adalah manipulasi dari kepentingan diri sendiri terhadap
hadis Nabi s.a.w.18
Kumpulan ini telah menyarankan tiga kaedah untuk memperbetulkan
perkara di atas iaitu pertama ialah merujuk kembali ayat-ayat
al-Quran dan
memperbetulkannya semula, kedua merujuk ayat-ayat yang menekankan
kesetaraan lelaki dan wanita dan ketiga ialah membangunkan semula
terjemahan
yang terkini dengan cara pembacaan semula ayat-ayat yang selama ini
menjadi
ketidakadilan gender dengan penyelesaian baru yang telah dikemukakan.
Sememangnya pada umumnya kesalahfahaman terhadap isu kesetaraan
lelaki
dan wanita adalah bertitik tolak dari faktor pentafsiran yang tidak
adil terhadap
wanita19
Disebutkan juga bahawa terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis yang
menyanjung kesetaraan lelaki dan wanita sehingga membolehkan wanita
mendapat hak menjadi seorang pemimpin. Di antara ayat al-Quran yang
disebutkan ialah surah al-Hujurat 49: 13, al-Nahl 16: 97, al-Taubah
9: 71, al-
Mumtahanah 60: 12, al-Baqarah 2: 23, dan juga hadis riwayat Bukhari
mengenai
bermusyawarah dengan perempuan tentang pernikahan anak-anak
perempuan
mereka.
17
Noor Rohman, 2010, h. 9.
18
Noor Rohman , 2010, h. 13.
19
Noor Rohman, 2010, h. 14.
41
Kefahaman dari segi kontekstual menyatakan bahawa ayat al-Quran
mengenai qiwamah atau qawwam ialah persoalan tafsir bukan merupakan
perintah Allah atau ketentuan Allah. Hal ini kerana setelah Nabi
Muhammad
s.a.w. wafat tidak ada seorang pun yang layak menggantikannya
sebagai utusan
Allah yang mampu menjelaskan perintah Allah atau orang yang paling
mengetahui
maksud ayat-ayat Allah. Dengan itu semua tafsir sekarang adalah
bersifat tafsiran
atau ijtihad yang sudah pastinya tidak bersifat mutlak dan bersifat
dinamis.20
Ayat “al-rij.l qawwammuna cala al-nis.’…” merupakan ayat yang
menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan mempunyai hubungan yang
tertentu.
Lelaki adalah qawwam yang memberi maksud penjaga dan pelindung
wanita.
Ayat ini menunjukkan lelaki mempunyai peranan sebagai pelindung
kepada wanita
oleh kerana kekuatan fizikalnya (bim. fa..ala All.hu bac.ahum cala
bac.in) dan
kekuatan kewangannya iaitu (wa bim. anfaqu min amw.lihim).
Sekiranya perkara
ini tidak terdapat pada lelaki maka akan hilanglah peranan
pelindung tadi bagi
lelaki dan berpindah peranan pelindung tadi kepada pihak wanita
pula kerana ini
diertikan daripada kalimah yang terdapat dalam ayat ini iaitu
(bac.ahum cala
bac.in). Ini menunjukkan bahawa adanya proses timbal balik yang mengubah
maksud yang pertama dan berpindah kepada maksud yang sebaliknya
iaitu
mengenai peranan lelaki dan perempuan.
Menurut Kyai Husein perkara utama yang perlu dianalisis dan
diterjemahkan dalam ayat ini ialah tentang sebab mengapa lelaki
menjadi ketua
keluarga. Merujuk kepada perkara ini telah dinyatakan secara jelas
iaitu
sebahagian dari mereka telah diberikan Allah kelebihan ke atas
sebahagian
wanita. Firman Allah ini sangat jelas di mana Allah berfirman
dengan
menggunakan perkataan „sebahagian. bukan perkataan „semua., yang
memberi
maksud bahawa tidak semua lelaki diberi kelebihan oleh Allah dan
juga tidak
semua wanita diberi kelebihan oleh Allah. Ada juga pendapat yang
menyatakan
bahawa lelaki dan perempuan mempunyai kelebihan yang tersendiri.21
Menurut Amina Wadud Muhsin, lelaki pemimpin ke atas wanita tidaklah
diberikan kuasa sepenuhnya yang mesti ada pada diri setiap lelaki,
tetapi hanya
secara mengikut keadaan apabila lelaki itu telah ada syarat yang
ditentukan dalam
surah al-Nisa. ini barulah ia mempunyai kuasa. Menurut Khaled Abou
al-Fadl,
perkataan qawwam bererti pelindung, pemelihara dan penjaga. Ayat
itu memberi
maksud pemelihara atau pelindung berdasarkan kepada kemampuan
seseorang
seperti kemampuan memberi nafkah. Jika wanita yang mencari nafkah
maka
tugas pelindung telah bertukar kepada wanita dan jika bersama
mencari nafkah
maka tugas sama yang yang dipikul oleh keduanya iaitu tiada kuasa
mutlak di
antara keduanya.22
Secara umumnya sudah jelas bahawa wanita dan lelaki mempunyai taraf
yang sama. Jika seseorang wanita itu kuat peranannya dari segi
kewangan maka
20
Noor Rohman, 2010, h. 18-19.
21
Noor Rohman, 2010, h. 24.
22
Noor Rohman, 2010, h. 25-26.
42
yang layak menjadi pemimpin kewangan ialah wanita dan lelaki boleh
mengambil
peranan dalam bidang lain iaitu seperti keperluan kepada kekuatan
fizikal. Ini
jelas menunjukkan hubungan yang seimbang di antara lelaki dan
perempuan dan
pada masa ini wanita dan lelaki layak menjadi ketua mengikut
peranan semasa
yang ditanggung oleh mereka.23
Maka sehubungan dengan itu jelaslah tidak relevan pendapat Imam al-
Suyuthi berkenaan dengan konsep kepimpinan wanita. Beliau menisbahkan
pendapat beliau bersandarkan kepada hadis Nabi s.a.w. iaitu “Tidak
akan
beruntung sesuatu kaum yang telah menyerahkan urusannya kepada
seorang
perempuan” (Musnad Ahmad 19603), dan “Kaum perempuan adalah kurang
akal
dan agamanya” (al-Bukhari: 293). Hadis ini biasanya dihuraikan
bahawa yang
dikatakan kurang akal itu bermaksud persaksian tentang sesuatu
perkara yang
datang dari seorang perempuan ialah separuh persaksian (bukti),
manakala
maksud kurang agama itu ialah oleh kerana perempuan itu mendapat
haid maka
ia tidak boleh bersolat.24
Qawamah Dalam Kekeluargaan Islam
Pandangan yang selama ini tertanam dalam kotak pemikiran umat Islam
ialah lelaki yang menjadi ketua mutlak dalam keluarga. Pendapat ini
juga masih
dipertahankan oleh sebahagian kaum wanita tidak kira sama ada
mereka
merupakan orang yang terpelajar ataupun yang berasal dari
kampung-kampung
yang tidak mendapat pendidikan tinggi.
Kedudukan suami isteri di Indonesia yang dinyatakan dalam
Undangundang perkahwinan No. 1/1974 dan Kompilasi Hukum Islam (KHI) Pasal 79
KHI
menyebutkan: “Suami adalah kepala keluarga dan isteri adalah ibu
rumahtangga”.
Pasal 80 pula menyatakan: “Suami adalah pembimbing terhadap isteri
dan rumah
tangganya, akan tetapi hal urusan rumahtangga yang penting perlu
diuruskan
bersama suami dan isteri”. Kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan
tercapai
jika kepimpinan itu berada di pihak yang mempunyai kelebihan dalam
keluarga itu
tanpa mengira status lelaki atau perempuan.25
Penjelasan ayat al-Quran dari surah al-Rum 30: 21 turut dijadikan
sandaran dalam perbahasan. Jika diperhatikan ada tiga kata kunci
dalam
perkahwinan yang digariskan dalam ayat tersebut iaitu yang pertama
ialah
“litaskunu ilaiha” yang membawa maksud orang yang menjalani alam
perkahwinan
agar merasa terlindung dan dapat menjalani hidup dengan aman dan
tenteram.
Kedua ialah “mawadah” yang boleh diertikan sebagai mahabbah,
nasihat dan
hubungan yang kuat di mana perkahwinan itu merupakan ikatan yang
melahirkan
rasa saling mencintai, saling nasihat menasihati dan saling
menghargai tanpa ada
23
Noor Rohman, 2010, h. 29.
24
Noor Rohman, 2010, h. 30.
25
Noor Rohman, 2010, h. 31.
43
rasa sakit menyakiti. Manakala yang ketiga ialah “rahmah” yang
bererti kasih
sayang yang mendalam dan bersifat seikhlas-ikhlasnya.26
Qawamah Dari Sudut Politik
Ketika zaman Nabi s.a.w. telah tercatat golongan wanita yang turut
memainkan peranan bersama dengan kaum lelaki. Saidatina Khadijah,
Saidatina
c
Aisyah, Saidatina Ummu Salamah, dan para isteri Nabi s.a.w.,
Fatimah (anak),
Zainab (cucu) dan Sukainah (cicit) adalah wanita yang terkemuka dan
yang
bijaksana. Mereka sering terlibat dalam perbincangan mengenai
sosial dan politik.
Perbahasan turut memetik ayat al-Quran iaitu dalam surah al-Jumucah
62:
10. Allah s.w.t. sesekali tidak membezakan lelaki dan perempuan
dalam ayat ini
juga menghalang sikap mengeksploitasi terhadap orang lain. Sama
juga seperti
politik, ia merupakan perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi
kerana Saidatina
c
Aisyah merupakan isteri Rasulullah s.a.w. yang turut terlibat dalam
ruang politik.
Terdapat sebahagian yang mengambil hujah wanita tidak boleh
terlibat dengan
politik menggunakan dalil dari hadis Rasulullah s.a.w. iaitu “Tidak
akan beruntung
sesuatu kaum yang telah menyerahkan urusannya kepada seorang
perempuan”.
Padahal hadis Nabi s.a.w. ini merupakan tanggapan baginda kepada
peristiwa
tertentu tentang seorang sahabat yang menyampaikan berita kepada
Nabi s.a.w.
tentang kematian Raja Romawi yang telah diganti oleh puterinya.
Hadis ini tidak
boleh diambil sebagai syariat kerana ia terhenti sebagai hukum
kepada kes pada
masa berkenaan sahaja.
Fatima Mernissi telah mengkaji berkenaan dengan hadis berkenaan dan
didapati hadis tersebut hadis munfari. ah kerana terdapat dari
salah seorang
perawinya iaitu Abu Bakar pernah melakukan persaksian palsu ketika
zaman
c
Umar al-Khattab tentang peristiwa zina yang dituduhkan kepada
Mughirah bin
Syucbah. Oleh kerana itu hadis ini tidak boleh dijadikan sebagai
dasar
pengambilan hukum.27
Justeru itu kita wajib mengambil perkara yang jelas iaitu dari
al-Quran yang
menceritakan dengan jelas berkenaan dengan kehebatan seorang ratu
dari
kerajaan Saba, seorang ratu yang bersifat adil ketika zaman Nabi
Sulaiman a.s.
dan berjaya memimpin rakyatnya hidup dalam keadaan makmur. Kisah
kebesaran singgahsana ratu tersebut telah sampai ke pengetahuan
Nabi
Sulaiman a.s. melalui burung Hud sebagaimana dikisahkan dalam surah
al-Naml
27: 23. Ini jelas termaktub dalam al-Quran dan tidak boleh
disangkal. Berbeza
dengan kepimpinan ratu Parsi yang bersikap panas baran dan tidak
adil. Sikap
pemimpin wanita seperti inilah yang dikritik oleh Nabi Muahammad
s.a.w. sebagai
kekuasaan yang tidak boleh memberi keamanan.28
26
Noor Rohman, 2010, h. 34.
27
Noor Rohman, 2010, h. 39.
28
Noor Rohman, 2010, h. 40.
44
Kesimpulan bagi konsep qawamah keseluruhannya ialah berlakunya
sikap
yang murni dalam menterjemahkan al-Quran. Hampir semua pandangan
pentafsir
kontemporari menolak tafsiran klasik yang terdahulu berkenaan
dengan tafsiran
surah al-Nisa 4: 34. Masalah qawamah ini sepatutnya tidak
dibahaskan melalui
perbezaan jantina tetapi sepatutnya dibahaskan melalui faktor
kelebihan yang ada
pada sesuatu jantina itu.29
Kemerdekaan Wanita Islam
Kemerdekaan adalah hak setiap manusia di bumi Allah. Perkara ini
bukan
sahaja dipersetujui dalam kesepakatan PBB (united nation) iaitu di
dalam
deklarasi hak asasi manusia (HAM) malah juga dalam agama-agama yang
terdapat di seluruh dunia ini.30
Islam melalui apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. telah mengajarkan
sejak
dari awal lagi erti kemerdekaan bagi umatnya. Nabi Muhammad s.a.w.
sememangnya diutuskan di muka bumi ini adalah untuk membawa risalah
ketauhidan iaitu bermaksud supaya mengesakan Allah s.w.t. dan tidak
menghambakan diri kepada perkara selain Allah. Ini bermaksud bahawa
tidak ada
seorang pun di muka bumi ini boleh memperhambakan manusia lain
kecuali
semuanya mesti menghambakan diri kepada Allah s.w.t. Allah telah
memberikan
kemerdekaan sepenuhnya kepada manusia supaya menggunakan akal dan
fikiran
dalam menjalankan tugas seharian sebagai khalifah Allah di muka
bumi kerana
Allah s.w.t. telah menciptakan manusia dengan ciptaan yang terbaik
di muka bumi
ini.31
Rahima menjelaskan bahawa dengan menggunakan terma “ini adalah
untuk kebaikan kamu juga pada masa hadapan” banyak hak kebebasan
anak
perempuan disekat, sedangkan dia mempunyai hak ke atas keputusan
dirinya.
Seperti ibu bapa yang menentukan di mana anaknya harus bersekolah
dan apa
fokus masa depan anak tersebut. Selain itu pula bila meningkat
dewasa wanita itu
dijodohkan dengan lelaki pilihan keluarga bukan pilihannya sendiri.
Itu sangatlah
menyakitkan bagi perempuan itu. Ini seolah-olahnya ibu bapa itu
mengetahui
segala-gala perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.
Persoalannya
mengapa masih banyak lagi berlaku penceraian jika pilihan ibu bapa
tadi tepat?
Ini semua bertitik tolak dari terma di atas yang sering dijadikan
hujah bagi ibu bapa
untuk memastikan anak mendengar kata-kata mereka. Begitu juga dalam
hal
suami ingin mengadakan hubungan seks bersama isteri. Isteri tidak
boleh
menolak permintaan suami ketika ingin melakukan seks sedangkan
ketika itu
keadaan isteri masih belum bersedia kerana takut dengan
tafsir-tafsir agama yang
mengatakan tentang hukum menolak permintaan suami.32
29
Noor Rohman, 2010, h. 41-42.
30
KH Husein Muhamad, 2006, h. 3.
31
KH Husein Muhamad, 2006, h. 19.
32
Maman A. Rahman, 2006, h. 45.
45
Dengan melihat kes-kes ini adakah kita sudah boleh mengatakan
bahawa
wanita itu sudah benar-benar mendapat kemerdekaan. Sebenarnya masih
banyak yang perlu diteliti dalam memberi kesamarataan kepada kaum
wanita
supaya ia dapat merasakan kebebasan seperti kaum lelaki.33
Faqihuddin Abd Kodir (2006) memetik beberapa pandangan sarjana
dalam
memberikan definisi kemerdekaan. Kemerdekaan dalam bahasa Arab
disebut
sebagai al-hurriyah. Perkataan al-hurr menurut Raghib al-Isfahani
yang dipetik
melalui kitab Mufradat Alfaz al-Quran mengandungi dua erti, pertama
ialah lawan
dari budak dan yang kedua ialah orang yang bebas dari sifat-sifat
yang buruk
dalam urusan duniawi. Jadi kemerdekaan itu boleh diertikan sebagai
perkara
yang bersifat material dan bukan material. Manakala dari Syeikh Ali
al-Shabuni
dalam tafsirnya mengatakan bahawa perkataan al-hurr itu membawa
maksud suci
dari hal-hal yang boleh mencemarkan manusia. Perkataan al-hurr
disebut
sebanyak 1 kali dalam surah al-Baqarah 2: 178. Perkataan ini juga
berkait
dengan perkataan al-tahrir yang bererti pembebasan. Perkataan ini
juga ada
disebut dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Nisa 4: 92, surah
al-Ma.idah 5: 89 dan
surah al-Mujadilah 58: 3. Ketiga-tiga surah ini semuanya menekankan
mengenai
pembebasan hamba
Manusia menurut Islam adalah makhluk merdeka atau bebas dari
sesuatu
yang menyekat. Manusia merupakan makhluk yang merdeka atau bebas
apabila
ia sesama manusia dan menjadi seorang hamba ketika ia berhadapan
dengan
Allah s.w.t. yang menciptakannya. Dengan itu, kemerdekaan manusia
adalah
sangat bertepatan dengan ajaran yang dibawa oleh Islam iaitu konsep
Tauhid.
Dalam isu ini turut memetik ayat yang berbunyi “yukhrijuhum min
al-.ulumat ila al
nur” ertinya ialah Nabi Muhammad s.a.w. hadir untuk mengeluarkan
manusia dari
kegelapan kepada cahaya. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Islam
itu agama
yang memerdekakan.34
Jadi dengan itu, cara untuk memerdekakan kaum wanita ialah dengan
merubah cara berfikir serta pandangan setiap individu terhadap kaum
wanita dan
mengambil secara terus konsep yang dibawakan oleh ajaran Islam yang
asli.
Dengan memberikan kepada mereka hak-hak sosial, ekonomi dan politik
mereka
tanpa pembatasan yang hanya disebabkan perbezaan dari segi
jantina.35
Jika agama diturunkan oleh Allah untuk membebaskan manusia dari
sebarang penindasan, maka tafsiran-tafsiran al-Quran perlu ditafsir
dan dimaknai
kemudian diarahkan tafsiran semula itu ke arah pembebasan wanita
agar mereka
tidak lagi ditindas. Usaha untuk melindungi wanita tidak boleh
dengan cara
membataskan terhadap pergerakan dan kelebihan yang ada pada
dirinya.
Kemerdekaan wanita juga merupakan salah satu dari kemerdekaan
manusia dan
33
Maman A. Rahman, 2006, h. 45.
34
Faqihuddin Abd Kodir, 2006, h. 20.
35
Faqihuddin Abd Kodir, 2006, h. 20-21.
46
harus diperjuangkan sehingga segala terma mengenai penindasan
terhadap
wanita itu hilang sama sekali dari pandangan individu dan dunia.36
Penutup
Perjuangan organisasi Rahima ini mengenai pendidikan kritis
terhadap
sesuatu isu bermain dalam ruang lingkup pentafsiran semula ayat
al-Quran
mengikut tafsiran oleh pentafsir-pentafsir al-Quran yang
kontemporari.
Kebanyakan kajian semula ia lebih bersifat terbuka daripada
tafsiran para ulama
terdahulu. Kebanyakan perkara yang ditafsirkan oleh ulama terdahulu
yang dilihat
sebagai melebihkan kepada lelaki adalah ditolak oleh Rahima dengan
menggunakan hujah-hujah logik yang dikemukakan oleh para pentafsir
kontemporari dan ahli-ahli ilmu mereka sendiri.
Manakala dari segi pergerakan, organisasi ini dilihat berkembang
dengan
baiknya dengan membantu wanita-wanita yang tertindas dan
melatih-melatih para
wanita yang berminat menjadi kader-kader untuk menyampaikan ilmu
yang
ditimba dari hasil pembelajaran di bawah latihan oleh Rahima.
Perkembangan
organisasi ini juga berkembang dengan sangat pantas walaupun ia
merupakan
organisasi non government. Ia telah mempunyai hubungan dengan
pelbagai
organisasi di luar negara iaitu di peringkat antarabangsa. Ia juga
mendapat
sokongan dari puluhan pesantren dan organisasi-organisasi yang
mempunyai
kesesuaian dengan perjuangan mereka. Dari segi pengurusan
organisasi juga
amat baik sekali dengan tidak melengahkan kes-kes atau isu-isu yang
diterima
oleh mereka iaitu segera menyelesaikan dan mengambil tindakan yang
sewajarnya. Dari perspektif pengurusan organisasi ini dan semangat
perjuangan
mereka untuk wanita, Rahima dilihat berseiringan dengan Sisters in
Islam di
Malaysia. Apa yang membezakan kedua aliran ini ialah aktivis Rahima
mendapat
dokongan yang jitu dari pesantren dan kalangan berpendidikan agama
Islam,
manakala organisasi Sisters in Islam mendapat sokongan kuat dari
kalangan
wanita-wanita intelektual yang berpendidikan moden dan mempunyai
kesedaran
perjuangan wanita tetapi tidak menjalankan program dalam kalangan
pondok atau
institusi agama.
Penulis berpendapat sewajarnya kalangan kita melihat semula kepada
tafsiran yang tepat mengenai sesuatu ayat al-Quran yang ditafsirkan
oleh Rahima
ataupun mana-mana organisasi yang menggunakan tokoh pentafsir
kontemporari
agar ia tidak bersalahan dengan ruh agama Islam itu sendiri. Kaedah
tekstual
dalam mentafsirkan pengertian al-Quran wajar difahami dengan
sebaiknya seperti
melihat jenis ayat Makkiyah dan Madaniyyah, asbab nuzul ayat,
madlul ayat dan
lain-lain ilmu. Penulis melihat ulama-ulama atau mufassir klasik
yang muktabar
tidak mengabaikan bidang ilmu ini dalam pentafsiran mereka dan
termasuklah
menjauhi sifat ketidakadilan dalam tafsiran. Manakala kaedah
kontekstual dalam
tafsiran ayat al-Quran sebagaimana dipegang oleh Rahima, pentafsir
kontemporari dan pejuang keadilan gender mestilah berpandukan juga
ruh
keadilan tafsiran yang telah disepakati ulama dan bukan meragui
ketinggian ilmu
Faqihuddin Abd Kodir, 2006, h. 21.
47
kalangan tersebut Penulis menegaskan di sini bahawa sikap
berhati-hati dalam
menerima sesuatu dan mengkaji ayat-ayat al-Quran secara berpandukan
kepada
kaedah yang telah ditentukan oleh ulama muktabar perlu
diaplikasikan dalam
melakukan sesuatu kesimpulan terhadap sesuatu isu-isu yang timbul.
Bibliografi
Ahmad Dicky Sofyan. 2009. Tubuh Perempuan dalam kajian: Menimbang
Ulang
Makna Hijab, Jilbab dan Aurat. Jakarta Selatan: Penerbit Rahima.
Faqihuddin Abd Kodir. 2008. Swara Rahima: Ketika Perempuan Bertanya
Haknya.
JakartaSelatan: Yayasan Rahima.
KH Husein Muhamad, Faqihuddin Abd Kodir, Maman A. Rahman. 2006.
Swara
Rahima: Perempuan Merdeka, Benarkah? Jakarta Selatan: Yayasan
Rahima.
Noor Rohman. 2010. Konsep Qiwamah Perempuan dalam Islam. Jakarta
Selatan:
Penerbit Rahima.
Rahima. 2010. Pusat Pendidikan dan Informasi Islam dan Hak-Hak
Perempuan.
Atas talian, http://www.rahima.or.id/, 7 Ogos 2011.
United Nation. 2000-2009. The Convention on the Elimination of All
Forms of
Discrimination Against Women (CEDAW). Atas talian,
http://www.un.org/womenwatch/daw/cedaw/, 11 Ogos 2011.
48
Isu-Isu Gender Dalam Kekeluargaan: Tumpuan Kepada
Wanita Islam Di Malaysia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar