Rabu, 22 Mei 2013

Isu Gender dalam Islam



ISLAM AND GENDER
FADILA GRINE

FIRST EDITION @ OCTOBER


EDITED BY:


FADILA GRINE, Ph.D (Chief)
UMMU ZAINAB AL-ABIDAH ZAINAL ABIDIN
SYAIMAK ISMAIL


LAYOUT AND DESIGN BY:


NABILAH MOHD RAZIF
NORAIN ISMAIL


PUBLISHED BY:


DEPARTMENT OF ISLAMIC HISTORY AND CIVILIZATION
ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES
UNIVERSITY OF MALAYA


PRINTING BY:
DEPARTMENT OF ISLAMIC HISTORY AND CIVILIZATION
BLOCK C, ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES
UNIVERSITY OF MALAYA, 50603,
LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.


PRICE : RM 35.00



Kandungan

1. Beberapa Penelitian Terhadap Pandangan Bediuzzaman Sa’id Nursi
Di Dalam Isu Gender
Noorazma Mohd Khassim, Faridah Mohd Sairi 1

2. Islam Dan Isu-Isu Gender
ErlinaAndestuti 15

3. Isu-Isu Dan Hak-HakWanita Islam Dalam Gagasan Rahima, Indonesia
Indriaty Ismail, Mohd Hanif Dzulkifli 33

4. Isu-Isu Gender Dalam Kekeluargaan: Tumpuan Kepada Wanita Islam
Di Malaysia
Nurhayati Surbaini, Nurwairani Azyyati Mhd. Azmin 49

5. Konsep Al-Adl Dalam Poligami
Abd Rashid Zainal, Mahawa Pilus, Rahaila Omar, Sumaiyah Sulaiman,
Wan Nasyrudin Wan Abdullah 67


6. Nafkah Anak, Permasalahan Dan Penyelesaiannya Di Malaysia: Analisis
Peranan Sisters In Islam (SIS)
Siti Saleha Adnan 83

7. Status Wanita Muslim Dan Wanita Kristian Dalam Era Kemerdekaan
50 Tahun Malaysia: Analisis Ilmiah
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Nor Adina Abdul Kadir 101

8. Wanita Dan Pembangunan Negara
Asmawati Suhid, Fathiyah Fakhruddin, Abdul Muhsin Ahmad 119

9. Effect Of The Law And Culture On Woman Right In Subcontinent
SobiaNosheen 131

10. Hijab Of Women In Islamic Civilization History
Zohreh. Sadat Moosavi 145

11. Islam And Gender: Statutory Rape Cases Among Malays
In Kuala Lumpur, Malaysia
Noor Azlan Mohd. Noor, Mohamad Ismail Hj. Mohd. Yunus,
Bazlin Darina Ahmad Tajudin 157


12. Provision Of Islamic Laws And Eve's Emancipation With Regard
To Inheritance And Dower Rights
Khushboo Ali 175

13. Women As Rulers Phenomenon In Southeast Asian Islamic Society:
The Queens Of Aceh
Mehmet Ozay 197

14. Women's Position During TheFlourishing Of Islamic Civilization
(Ages 2-6 AH)
Zohreh. Sadat Moosavi 217

15.16.


17.
18.
19.
21.22.23.25


Beberapa Penelitian Terhadap Pandangan Bediuzzaman Sa’id Nursi di

dalam Isu Gender

Noorazma binti Mohd Khassim .
Faridah binti Mohd Sairi..


Abstrak

Bediuzzaman Sa.id Nursi (1877-1960) adalah sosok agung yang
dilahirkan oleh sejarah Islam pada detik-detik akhir khilafah
Uthmaniyyah. Karya agung beliau Rasail al-Nur iaitu kumpulan
risalah-risalah mempertahankan Iman umpama perisai dan benteng
bagi menghadapi arus laju pemikiran tanpa tuhan yang menerjah
Turki serta dunia Islam amnya. Rasail al-Nur mempertahankan
Iman ummah yang teruk digugah oleh tamadun materialisme yang

mendominasi dunia sehingga ke hari ini. Bediuzzaman Sa.id Nursi

di dalam karyanya turut memberi tumpuan kepada persoalan
gender yang sering menjadi topik hangat di dalam pemikiran
sekularisme. Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa idea

utama Bediuzzaman Sa.id Nursi dalam menghadapi serangan

materialisme dan sekularisme terhadap golongan wanita sehingga
mengasak teras Iman. Turut diberi tumpuan faktor-faktor semasa
yang mempengaruhi Nursi sehingga mempertahankan jati diri
wanita Islam dan juga akhlak. Kertas kerja ini menumpukan
pandangan Nursi di dalam Risalah Murshid Akhawat al-Akhirah.

Kata Kunci: Bediuzzaman Said Nursi, Rasail al-Nur, Sekularisme,
Risalah Akhawat, Khilafah Uthmaniyyah.

Abstract

Bediuzzaman Sa.id Nursi (1877-1960) the great figure of Islamic
history was born at the end of Ottoman Caliphate. His magnum
opus, Rasail al-Nur which began to take shape in the 1920.s and is
considered Nursi.s deep reflection on the al-Quran in light of rapidly
changing conditions in Turkey. Nursi argued that Islam must be
organically linked to empire in order to preserve its identity in the
modern era, fostering a spiritual tradition that has steadfastly
survived the secular (and materialism) project of Kemalism.
Bediuzzaman Said Nursi in his work also focused on the issues of
gender that always be a hot topic in secularism. This paper wil
discuss some key ideas of Bediuzzaman Said Nursi on defending
women from secularism and materialism in order to strengthen their
faith and akhlak. Likewise, the factors that influenced Nursi to

.

Calon PhD Hadith di Universiti al-Qur.an al-Karim Omdurman Khartoum, Sudan.

..

Calon PhD Usuluddin di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya.

1




focused on this issues. This article are written based on Risalah
Murshid Akhawat Akhirah by Bediuzzaman Said Nursi.

Keywords: Bediuzzaman Said Nursi, Rasail al-Nur, secularism,

Risalah Akhawat, Ottoman Caliphate.

Pendahuluan

Kegemilangan tamadun Islam menyeluruhi seluruh aspek kehidupan. Sejarah
merekodkan tahap keilmuwan yang tinggi dilambangkan dengan tokoh-tokoh
hebat pelbagai bidang dan karya-karya agung yang menjadikan tamadun Islam
kukuh tegak berdiri di atas ilmu. Kepimpinan tertinggi dan pentadbiran begitu
gemilang juga tertegak di atas ilmu. Hubungan pemimpin-ilmuwan yang intim
merupakan gandingan penting mengukuhkan kerajaan Islam. Sistem politik,
ekonomi, pendidikan, sosial dan kekeluargaan yang kemas di dalam tamadun
Islam tercatat kukuh di dalam sejarah dunia dan sejarah Islam.

Sedikit demi sedikit kehebatan tamadun Islam runtuh dan runtuh. Seperti
dicatatkan, ia berpunca dari dalam dan juga luar. Serangan luar seperti
penjajahan dan imperialisme. Faktor kelemahan dalaman tamadun sama ada
kepimpinan, kelalaian terhadap ilmu dan amal, kelemahan taqwa dan maknawi
memburukkan keadaan. Setelah Perang Salib, musuh luaran Islam juga tidak
berdiam diri sentiasa meneliti aspek-aspek penting yang menguatkan Tamadun
Islam ini, setelah itu sedikit demi sedikit serangan dibuat terhadap tonggaktonggak penting tersebut. Namun, serangan terhadap institusi keluarga hanyalah
pada abad-abad mutakhir ini kelihatan membimbangkan. Institusi keluarga yang
terlalu peribadi seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk umat Islam
menenangkan diri dan mendapat kekuatan akal, hati dan roh. Jarum musuh mula
memasuki institusi kekeluargaan dengan ditimbulkan pelbagai rasa was-was pada
awalnya, dan akhirnya terlerailah ikatan kukuh itu.

Al-Buti menyebutkan tidak pernah di dalam sejarah Islam isu hak-hak
wanita dan kewajipan wanita dipertikaikan sebagaimana mutakhir ini.1 Perkara itu
telah berjalan secara alami, tenang dan saling memahami. Namun, mata-mata
jahat yang cemburu melihat mula memukul gendang berteriak membela hak-hak
wanita Islam yang kononnya ditindas dan berusaha mengeluarkan wanita Islam
daripada dizalimi. Idea-idea ini mula menular di sekolah-sekolah dan pengajian
tinggi sehingga wanita Islam itu sendiri berasa dirinya tidak terbela dan dipandang
sebagai golongan kedua. Lalu, sedikit demi sedikit wanita mula mahu
membebaskan dirinya daripada segala hukum Syari.at yang pada hakikatnya
ketaatan wanita kepada Syariat itu adalah ibadah.

Tidak dinafikan sememangnya wujud penganiayaan terhadap wanita,
namun ia bukan bersebab agama Islam. Islam yang datang mengangkat tinggi
martabat wanita dan meraikan wanita sebagai setaraf dengan lelaki.2 Kejumudan
di kalangan umat Islam dalam memahami syariat telah membuatkan wanita

1

al-Buti, Muhammad Said Ramadhan (Dr) 1996. al-Mar.ah bayna Tughyan al-Nizam al-Gharbi wa Lataif al-
Tashri. al-Rabbani, Beirut: Dar Fikr al-Muasir h. 11.

2

Surah al-Nisa.: 4

2




terkongkong, tidak diberi pendidikan dan penyiksaan terhadap wanita.3 Musuh
luaran yang sentiasa teliti terhadap kesilapan umat Islam tangkas mengambil
kesempatan membela wanita yang kelihatan ditindas atas nama agama tadi.

Bediuzzaman Said Nursi (1877-1960) yang sempat melihat era kekhalifan
dan kejatuhan khilafah tamadun Islam begitu terhiris dengan apa yang menimpa
umat Islam dan paling membimbangkan beliau apabila melihat serangan musuh
telah menyelinap masuk ke dalam institusi kekeluargaan.

Biografi

Nama asal bagi Bediuzzaman Said Nursi ialah Said bin Mirza. Beliau
dilahirkan pada pagi awal musim bunga tahun 18774 di sebuah desa bernama
Nurs. Nurs ialah sebuah perkampungan kecil di daerah Hizan di wilayah Bitlis
yang terletak di sebelah timur Anatolia.5 Beliau dikenali dengan nama „Said al-
Nursi. yang merujuk kepada tempat kelahirannya. Nursi dilahirkan dalam sebuah
keluarga petani yang sederhana. Ayahnya bernama Mirza, seorang sufi yang
sangat warak dan diteladani sebagai seorang yang tidak pernah memakan barang
haram.6 Begitu juga ibunya, Nuriyah yang sentiasa berwuduk ketika mengandung
dan apabila menyusukan anaknya, Said.7 Kedua ibu bapa Said Nursi bersanad
dengan Rasulullah s.a.w 8. Nursi anak keempat dari tujuh adik beradik iaitu
Durriyyah, Hanim, Abdullah, Said, Muhammad, Abdul Majid dan Marjan.9 Said
Nursi digelar „Badi al-Zaman. yang bermaksud „Kekaguman Zaman. kerana
kemampuan beliau menguasai ilmu-ilmu tradisional agama dan sains moden
dalam usia yang terlalu muda. Nama tersebut kekal sehingga kini sebagai seorang
tokoh dakwah di Turki. Said Nursi meninggal dunia pada 23 Mac 1960 dan
dikebumikan di Urfa, Selatan Timur Turki. Dua bulan selepas rampasan kuasa

3

al-Zuhayli, Muhammad Mustafa (Dr) 2007. al-Mar.ah al-Muslimah al-Mu.asarah:
Makanatuha Huququha Ahkamuha, Damshiq: Dar al-Fikr h. 16-17.

4

Banyak pendapat yang ditulis mengenai tarikh kelahiran Said Nursi. Tarikh yang
dipersetujui bersama ialah 1293 mengikut kalendar Rom yang diterima pakai secara rasmi
ketika itu. Oleh itu, perselisihan ini timbul dalam menentukan tarikh Hijrah dan Masehi.
Catatan tahun 1877/1294H merupakan catatan kebanyakan penulis. Lihat juga Badi`al-
Zaman Sa.id al-Nursi 1998. Sirah Zatiyyah, terj. Ihsan Qasim al-Salihi, Istanbul: Matba.at
Suzlar, h.35; Lihat juga Maryam Jamilah 1978. al Islam fi al Nazariyah wa al-Tatbiq, Kuwait
: al Falah. h.139

5

Bentuk muka bumi di Timur Turki berbukit bukau dan cuacanya terlalu sejuk. Walau
demikian, ia terkenal sebagai sebuah tempat yang indah dan penuh ketenangan alam
semulajadi. Kawasan ini paling mundur di Turki, namun masyarakatnya yang
kebanyakkannya bekerja sebagai peladang amat menitiberatkan pendidikan agama dan
pendidikan tradisional. Lihat Sarwat Saulat 1980. Said Nursi, Pakistan : International
Islamic Publishers.h.3

6

.ükran Vahide 2005. Islam in Modern Turkey:An Intellectual Biography of Bediuzzaman
Said Nursi. Ibrahim M.Abu-Rabi. (Ed.) Albany: State University of New York Press, h. 8.

7

Ibid.

8

.ükran Vahide 1992. The Author of The Risale-I Nur Collection : Bediuzzaman Said
Nursi, A.S : Sozler Nesriyat San.Tic. h. 3. Beberapa laporan menyatakan Said Nursi
berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. Bediuzzaman menyatakan bapa beliau dari
salasilah Hasan r.a, dan ibunya dari Husain r.a.

9

al-Nursi 1998. Sirah Zatiyyah, Op.cit.h. 36

3




oleh pihak tentera Turki, pada 12 Julai 1960 kubur Nursi dibongkar semula dan
dipindahkan ke suatu kawasan yang tidak diketahui di pergunungan Isparta.10

Pandangan Bediuzzaman Sa’id Nursi di dalam isu Gender

a. Sifat dan fitrah perempuan
Wanita merupakan serikandi atau wira sifat shafaqah (belas kasihan) dan
hannan (kasih sayang). Sifat-sifat ini terdapat di dalam tanggungjawab keibuan
secara fitrah. Bediuzzaman Said Nursi mengatakan bahawa golongan perempuan
mempunyai hubungan kukuh dengan Rasail al-Nur kerana sifat-sifat ini juga
adalah asas kepada Rasail al-Nur.11 Wanita memiliki shafaqah dan hannan yang
tinggi, justeru membuatkan dia ikhlas dan berkorban apa sahaja untuk anakanaknya daripada kejahatan tanpa mengharapkan balasan.12 Ada ketikanya
apabila sifat ini hanya terhad kepada kerisauan musibah dunia ia memusnahkan
anak-anaknya sendiri.

Contohnya seorang ibu yang kasihankan anaknya sekiranya tidak
mendapat pendidikan dan pekerjaan yang baik atau tiada tempat di dalam
masyarakat telah bertindak mengeluarkan anaknya dari sekolah agama ke
sekolah yang beraliran moden atau menghantar anaknya ke Eropah. Malah dia
sanggup membelanjakan semua hartanya untuk kejayaan anak menjadi seorang
yang hebat dan berkedudukan di masa hadapan tanpa terfikir masa hadapan
anaknya di akhirat dalam bahaya. Ibu ini berusaha mengeluarkan anaknya dari
penjara dunia tanpa mengendahkan anaknya dilempar ke penjara abadi nanti.
Tanpa disedari, ibu itu telah melawan fitrahnya sendiri yang penuh belas kasihan
kepada anak tetapi telah menjerumuskan anaknya ke dalam kesengsaraan
neraka.13

Apa yang terjadi, anak yang sepatutnya membahagiakan ibu bapa dan
memberi syafaat kepada ibu bapa di akhirat nanti akan berhujah kembali kepada
ibunya kenapa tidak mengukuhkan imannya sehingga dia menerima azab
sebegitu. Memandangkan si anak tidak pernah mendapat didikan agama, lalu dia
tidak langsung menghargai shafaqah atau belas kasihan ibunya yang luar biasa
suatu masa dahulu.14

Namun seorang ibu yang bijak dan mengutamakan kesejahteraan abadi
anaknya di akhirat nanti akan menggunakan sifat shafaqah itu bagi melepaskan
anaknya dari azab sengsara. Bediuzzaman mengulangi sekiranya seorang ibu
memberi penekanan iman dan didikan agama kepada anaknya, ibu akan tenang di
akhirat nanti. Segala kebaikan yang dilakukan oleh anak sepanjang hayat akan
direkod kepada si ibu sebagai amalan kebajikan sama seperti yang dilakukan oleh

10

Ihsan Qasim al-Salihi 1996. Badi. al-Zaman Said al-Nursi: Nazrah „Ammah „an Hayatihi
wa Atharihi Istanbul: Sozler Publications, h.141

11

Bediuzzaman Said Nursi (2008), Murshid Akhawat al-Akhirah, Kaherah: Sozler
Publication, 6; Bediuzzaman Said Nursi (2004), al-Luma.aat, Kaherah: Sozler Publication,

307.
12

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 10.

13

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 7.

14

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 8.

4




anaknya. Malah anak itu juga akan menjadi penyelamat di akhirat dan bukan
menambah beban.15 Seorang ibu tidak patut menyalah gunakan fitrahnya untuk
menukarkan akhirat yang umpama berlian berharga hanya dengan kepingan kaca
iaitu kesenangan dunia yang sementara. 16

Secara fitrah kerana kejadiannya yang lemah, perempuan juga
memerlukan seseorang penjaga yang menolongnya di dalam urusan kehidupan.17
Seorang ayah menjaga anak perempuan dan seorang suami menjaga isterinya.
Kejadian perempuan yang halus dan seni menjadikan perempuan mudah
terkesan,18 namun Islam meringankan perempuan, Dr. Wahbah Zuhayli menyebut
Islam memudahkan dan banyak memberi keringanan seperti kemaafan dalam
beberapa perkara fardhu seperti tidak perlu menggantikan solat. Perempuan juga
tidak diberi bebanan mencari nafkah dan mahar, mereka juga tidak perlu menjadi
saksi kes-kes berat seperti jenayah dan hudud, fitrah perempuan yang halus dan
lemah menyebabkan dia mengelak dan tidak mampu melihat perkara seperti itu.19
Disebabkan kelemahan dan halusnya penciptaan dirinya, perempuan secara fitrah
berasa takut kepada lelaki asing yang bukan mahramnya, dia tidak suka dirinya
diperhatikan oleh pandangan asing yang jahat.20

b. Konsep perkahwinanan dan pendidikan anak
Meskipun Bediuzzaman Said Nursi tidak berkahwin sepanjang hayatnya21
beliau tetap menekankan tentang pembentukan keluarga muslim yang baik amat
penting. Sebuah keluarga itu adalah gambaran syurga.

i. Teman hidup yang abadi
Perkahwinan bererti memilih pasangan hidup untuk kehidupan yang abadi.
Seorang isteri adalah salah satu hadiah daripada pelbagai anugerah kasih sayang
Allah Ta.ala. Bediuzzaman Said Nursi menekankan prinsip penting di antara suami
isteri di dalam rumahtangga iaitu tidak menjadikan kecantikan zahiri sebagai faktor
cinta. Kecantikan lahiriyah tidak akan kekal, malah tidak sampai sepuluh tahun ia
akan pudar lalu hilang. Jadi seorang suami perlulah membina kasih sayang
terhadap isterinya disebabkan sifat kasihan belas (syafaqah) yang terdapat di
dalam diri isteri. Menurut Nursi sifat syafaqah adalah seindah-indah kecantikan
yang ada pada seorang perempuan dan paling kekal tidak pudar sebagaimana
kecantikan lahiriyah. Dari itu, walaupun isteri semakin berusia, cinta suami kepada
isteri tidak sirna malah mereka akan lebih mencintai dengan penghormatan yang
kian bertambah serta kasih sayang yang semakin luas.22

15

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 8.

16

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 10.

17

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 22.

18

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 26.

19

Dr. Wahbah al-Zuhayli (2009), al-Usrah al-Muslimah fi al-„Alam al-Mu.asir, Damshiq: Dar al-Fikr, 17.

20

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 63.

21

Bediuzzaman Said Nursi tidak sempat berkahwin kerana kesibukan sepanjang hayatnya untuk
mempertahankan iman ummah. Selain itu kehidupannya yang sentiasa dalam tekanan, keluar dan masuk
penjara, serta hidup dalam buangan tidak memungkinkan beliau terikat dengan tanggungjawab berkeluarga.
Untuk huraian lanjut sila rujuk Abdul Fattah Abu Ghuddah (2008), al-„Ulama. al-„Uzzab alladhina atharu al-„ilm „ala
al-zawaj, Beirut: Maktab al-Matbu.at al-Islamiyyah, 238-256.

22

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 13.

5




Bagi Nursi, kehidupan berkeluarga seorang Muslim terlalu bermakna, ia
merupakan tempat teduhan yang memberi ketenangan dan keselamatan. Ia juga
menjadi dunia kecil serta taman syurga bagi mereka, kerana itulah apabila
serangan musuh Islam menerobos sehingga menggugat institusi kekeluargaan
Nursi begitu terhiris dan dukacita kerana kehidupan berkeluarga adalah suatu
yang amat privasi dan paling terpelihara.23 Ancaman terhadap Islam begitu
dahsyat sehingga benteng yang paling kukuh ini juga sudah tidak selamat.

Noktah penting yang Bediuzzaman Said Nursi sebutkan sebagai panduan
kekeluargaan pada zaman moden ini ialah tentang kesetiaan dan kepercayaan
(Wafa. dan thiqah) merupakan tonggak utama dalam rumahtangga yang timbul
daripada isteri yang solehah, kerana sifat ini diperlukan untuk menjaga anak-anak
dan harta suaminya24. Sekiranya seorang isteri melihat kecurangan dan khianat
yang dilakukan oleh suami di dalam rumah tangga mereka lalu dia juga bertindak
melakukan perkara yang sama sebagai tindak balas dan memberontak. Maka,
ketika itu tugas-tugas keluarga yang memerlukan kesetiaan (wafa.) dan
kepercayaan (thiqah) akan musnah. Dengan tindak balas isteri kerana marahkan
suami dan kecurangan tersebut rosaklah kesetiaan dan kepercayaan yang
diperlukan di dalam rumah tangga. Ketika itu rosaklah sistem keluarga secara
seluruhnya.

Dalam menghadapi situasi suami yang khianat seorang isteri harus berusaha
bersungguh-sungguh menyempurnakan dan membaiki kekurangan suami agar dia
dapat menyelamatkan teman hidupnya yang abadi. Sekiranya dia tidak bertindak
sedemikian tetapi memilih untuk berdegil dan melakukan kejahatan sebagaimana
suaminya, lalu mendedahkan dirinya kepada lelaki lain serta bertabarruj untuk
menarik perhatian, dialah perempuan yang rugi dan memudaratkan dirinya dari
setiap sudut.25

Bagi seorang isteri yang bahagiannya mendapat suami yang keji dan buruk
akhlak tidak sepadan dengan isteri hendaklah redha dan menerima bahagiannya
itu. Semoga dengan sebab redha dan penerimaan isterinya itu, Allah akan
membaiki suami. Sebagaimana yang banyak berlaku mutakhir ini, isteri-isteri
membawa kes ke mahkamah untuk menuntut perceraian, namun keadaan ini
amat tidak sesuai dengan kemuliaan Islam.26

Alangkah bahagia seorang suami yang melihat isterinya taat beragama lalu
turut mengikutinya dan juga menjadi seorang yang beragama, tidaklah hilang
teman abadinya di akhirat kelak. Begitu juga alangklah bertuahnya seorang isteri
yang melihat suaminya beragama lalu dia juga mengikut langkah dengan
berpegang kepada iman dan taqwa sehingga mereka kekal bersama di akhirat
nanti.

Namun celakalah bagi seorang lelaki yang tenggelam dalam kebodohan
(safahah) sehingga dia akan kehilangan isteri yang baik dan solehah di akhirat
nanti. Betapa celakanya seorang perempuan yang tidak mengikut suaminya yang

23

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 11.

24

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 68.

25

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 14-15.

26

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 17.

6




bertaqwa dan warak sehingga dia kerugian seorang teman yang mulia dan abadi.
Bertambah malang dan celaka pula suami isteri yang kedua-duanya saling
melakukan perkara keji dan bodoh, mereka membantu untuk sama-sama terjun ke
neraka.27

ii. Pendidikan anak-anak
تناكحٌا تكاثرًا فإني أباىي بكن األنه28

Maksudnya:

Berkahwinlah maka beranak-pinaklah, sesungguhnya aku
berbangga dengan (banyaknya bilangan) kamu di kalangan umatumat yang lain.

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah saw. Suatu kebanggaan bagi
baginda Rasulullah saw dengan umat yang ramai. Islam menggalakkan
perkahwinan dan kelahiran anak-anak. Jumlah kelahiran yang tinggi amat
diperlukan oleh masyarakat dan juga sesebuah negara kerana pembangunan
amat bersandar kepada bilangan sumber manusia. Di dalam Islam kelahiran anak
ini diiringi oleh tanggungjawab dan amanah kepada ibu bapa. Di antara peranan
seorang perempuan ialah mendidik anak-anaknya. Kebahagiaan dan kegembiraan
seorang ibu ialah ketika dia meluangkan masa bermain dan melayan kerenah
anak-anak kecilnya di rumah, ia lebih bernilai daripada keluar ke pawagam.
Perempuan adalah suatu makhluk yang dijadikan untuk membawa kegembiraan
dan keceriaan di dalam rumahtangga di dalam batas agama. Baginda Rasulullah
saw bersabda tentang peri penting pendidikan anak-anak seperti di dalam hadith:

كلٌه لٌد يٌلد على الفطرة فأبٌاهييٌداون أًينصراون أًيوجساون29

Maksudnya:

“Setiap bayi yang lahir, dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibu
bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Bediuzzaman Said Nursi menekankan kepentingan membentuk keluarga
yang berpegang teguh kepada agama dan menjaga iman, memandangkan
keadaan di Turki pada ketika itu amat berbahaya dan membelakangkan agama.
Beliau menyarankan supaya setiap rumah menjadi Madrasah Nuriyah dan pusat
keilmuwan yang mempraktikkan ajaran sunnah Rasulullah saw. Anak-anak yang

27

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 65-66.

28

Berkata Mulla „Ali Qari di dalam kitabnya al-Asrar al-Marfu.ah fi al-Akhbar al-Mawdhuah, nombor hadith 145,

hadith: "

َتنَاكحٌُا َتنَاسَلٌُا ُ أَباىِي ِبكُنْ يٌَْمَ الِْقَياهَةِ

" diriwayatkan hadith tersebut secara makna daripada ramai sahabat, dan

turut diriwayatkan oleh Abi Daud, al-Nasaei dan juga al-Bayhaqi serta selain mereka daripada hadith Ma.qil bin

Yasar secara marfu.,

تزًجٌا الٌلٌد الٌدًد فإني هكاثر بكن األنه

manakala riwayat Ahmad dan Bayhaqi daripada Anas

demikian juga lafaznya. Hadith ini disahihkan oleh Ibn Hibban dan juga al-Hakim.

Sahih Bukhari, Nombor hadith: 1303, 1277, 1278, 6140, 4429; Sahih Muslim, Nombor hadith: 4810, 4811,
4812, 4813, 4813.

7



lahir dari didikan berlandaskan sunnah akan menjadi penyelamat kepada ibu
bapanya di akhirat nanti.30

Nursi menegaskan, hanya dengan iman seseorang anak itu menjadi anak
yang hakiki kepada kedua ibubapanya. Sebaliknya, didikan kepada anak-anak
yang hanya diberi berasaskan pendidikan duniawi akan melahirkan anak-anak
yang membebankan ibu bapa bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Sebagaimana yang berlaku di Turki setelah lebih kurang tiga puluh tahun
pendidikan yang diberi hanya tertumpu kepada dunia. Nursi menambah lagi
bahawa di akhirat nanti anak-anak yang tidak terdidik iman akan berhujah

terhadap ibu bapanya “kenapa ibu tidak menyelamatkan imanku?” Ketika itu

sepatutnya anak-anak meringankan bebanan ibu bapa, namun sebaliknya ibu
bapa merana di akhirat kerana mengabaikan pendidikan iman anak-anak.31

Bediuzzaman menyentuh soal pendidikan dengan mengiktiraf kedudukan
ibu sebagai guru pertama dan yang paling efektif dalam mendidik manusia.
Didikan seorang ibu ketika anak masih kecil menjadi tapak kukuh terbinanya ilmuilmu lain di sepanjang hayat kehidupan si anak. Ustaz Nursi membawakan
pengalaman dirinya sendiri dengan berkata:

“Aku bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya pengajian

yang paling kukuh tertanam yang pernah aku pelajari dan seolaholah ilmu itu sentiasa segar adalah ilmu-ilmu yang aku terima
daripada ibuku serta asuhan-asuhan maknawinya. Hinggakan
ilmu-ilmu tersebut tetap kekal di dalam lubuk fitrahku. Ia menjadi
benih-benih di dalam diri. Usiaku yang telah melampaui 80 tahun
ini, meskipun aku telah mengambil pelajaran daripada 80,000
orang, malah aku melihat secara yakin bahawa semua pelajaran
yang aku terima itu ianya terbina daripada benih-benih tersebut.
Dengan erti kata lain, aku menyaksikan didikan ibuku dan semua
pengajiannya kepada fitrah dan rohku ketika aku di tahun pertama
dalam usiaku, adalah benih-benih asas yang mencakupi hakikathakikat yang agung dan besar; dan aku melihat akan ia sekarang

pada usia 80 tahun ini.”32

iii. Kehidupan membujang
Sekiranya seorang perempuan tidak mendapati lelaki yang sesuai dan baik
untuk dijadikan teman hidup adalah lebih baik seorang perempuan itu menjaga
dirinya dan tidak berkahwin dengan lelaki yang tidak berakhlak dan tidak
beragama itu. Perempuan yang baik tidak sepatutnya menyerah dikuasai oleh
suami yang dipengaruhi pemikiran Barat dan keji hanya semata-mata desakan
kehidupan. Bediuzzaman Said Nursi menyatakan keharusan bekerja bagi
perempuan yang tidak berkahwin kerana ingin menjaga iman dan tidak mahu
tunduk kepada penguasaan lelaki tidak bermoral. Nursi menasihatkan supaya
perempuan bekerja menjana ekonomi dan menampung kehidupannya sendiri,

30

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 33-34.

31

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 7 dan 34.

32

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 9.

8




bersesuaian dengan fitrah dan kesederhanaan seorang perempuan dan sentiasa
memelihara iman dalam situasi fitnah akhir zaman yang dahsyat.33

Bediuzzaman Said Nursi berpesan lagi kepada murid-murid perempuannya
yang memilih untuk tidak berkahwin, sekiranya mereka tidak bertemu lelaki
beriman dan soleh berakhlak mulia yang sesuai untuk dijadikan suami janganlah
pula mereka menjual diri mereka secara murahan, mempamerkan dan
mendedahkan diri untuk menarik perhatian lelaki. Menahan diri daripada
berkahwin sehingga dikuasai oleh lelaki yang tidak berakhlak dan meninggalkan
solat adalah jauh lebih baik, daripada terpaksa menjual agama dan merosakkan
akhlak dan ibadahnya hanya untuk meraih redha suami yang keji.34

Biarlah mereka memilih hidup membujang kerana tidak bertemu suami
yang sekufu sehingga suatu waktu tibanya seorang lelaki yang sepadan
dengannya. Lelaki itu terdidik dengan didikan Islam, memiliki wijdan yang hidup
untuk menjadi teman abadi kepada perempuan itu. Bediuzzaman Said Nursi
berpesan demikian bukan bermaksud menggalakkan hidup membujang dan
membelakangkan sunnah perkahwinan, sebaliknya beliau mengharapkan
kebahagiaan abadi murid-muridnya. Janganlah hanya kenikmatan sekejap yang
dikecapi di dunia merosakkan kebahagiaan yang hakiki di akhirat nanti.35

c. Hijab
Isu hijab adalah isu yang paling hangat dibincangkan dan menarik
perhatian apabila menyentuh soal wanita Islam. Bediuzzaman Said Nursi
mengkhususkan sebuah risalah tentang hijab, disebabkan risalah ini beliau telah
dipenjarakan dan disiasat selama enam bulan di Mahkamah Eskisehir atas
tuduhan menubuhkan sebuah gerakan sulit. Di dalam risalah hijab Bediuzzaman
Said Nursi menarik perhatian terhadap ayat Quran yang dikhususkan untuk wanita
di dalam surah al-Ahzab ayat 59.

....................................................

......... . ..... ..... ........ ..... ...... ..... ...... .....

... .............. ......................

..... .....
.
.
... ..... .. ..... .
.... ...

Maksudnya:

Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang Mukmin: “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha

Pengampun lagi Maha Penyayang.”

33

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 22.

34

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 22.

35

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 23.

9




Ustaz Nursi menegaskan bahawa pemakaian hijab adalah fitrah manakala
meninggalkan hijab atau tidak menutup aurat itu bertentangan dengan fitrah asal
kejadian perempuan itu. Bediuzzaman Said Nursi memberikan empat hikmah
daripada hikmah yang banyak sebagai hujah menempelak pembangunan atau
kemajuan dangkal yang dibanggakan sehingga menghalang pemakaian hijab,
peraturan sebegini bercanggah dengan fitrah perempuan malah mereka turut
beranggapan bahawa hijab mengongkong wanita dan menghalang kebebasan
wanita.36

Hikmah Pertama:

Secara fitrah perempuan sangat takut dengan lelaki asing yang bukan mahram,
rasa takut ini amat perlu kepada hijab untuk melindungi diri mereka. Perempuan
juga malu dan segan apabila menjadi perhatian orang, seringkali juga perempuan
secara fitrah berasa tidak selamat apabila diperhatikan oleh lelaki asing, jadi hijab
juga boleh menjadi penyelamat untuk menutup dirinya daripada pandangan jahat
manusia.37 Hijab dapat menjadi perisai melindungi perempuan daripada kejahatan
lelaki dan pencerobohan terhadap dirinya

Hikmah kedua:

Ikatan suami isteri adalah ikatan yang suci dan kekal sehingga hari akhirat.
Pasangan di dunia ini akan berterusan berpasangan di negeri abadi.38 Oleh itu
perempuan perlulah menjaga dirinya dan berhijab, menutup dirinya daripada
pandangan lelaki lain. Perempuan perlu mengkhususkan kecantikan dan
perhiasannya hanya kepada suami, begitu juga cintanya hanya untuk suami.39
Sekiranya perempuan mula mendedahkan dirinya, nescaya dia akan rugi dan
kehilangan temannya yang abadi.40

Hikmah ketiga:

Kebahagiaan keluarga bertitik tolak daripada saling percaya antara suami dan
isteri. Begitu juga saling hormat -menghormati dan cinta yang benar di antara
keduanya. Namun mendedahkan diri dan bertabarruj boleh mengurangkan rasa
percaya, merosakkan rasa hormat-menghormati dan saling mencintai antara
mereka.41 Nursi mengingatkan di dalam rumahtangga sesama saudara mara juga,
batasan aurat masih perlu dijaga, kerana mendedahkan sebahagian anggota
badan walaupun kepada saudara boleh membawa kepada dorongan nafsu haiwan
yang menyebabkan kejadian tidak diingini.42

Hikmah keempat:

36

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 60; Bediuzzaman Said Nursi (2010), al-Sunnah al-Saniyyah wa al-Iqtisad wa
al-Hijab, Istanbul: Altinbasak Nesriyet, 61.

37

Bediuzzaman Said Nursi (2004), 300-301.

38

Bediuzzaman Said Nursi (2004), 301.

39

Bediuzzaman Said Nursi (2004), 301.

40

Bediuzzaman Said Nursi (2004), 301.

41

Bediuzzaman Said Nursi (2004), 302; Iman „Ali Lagha (2000),” Man and Woman as Two Human Beings in the
Qur.an, in the view of Risale-i Nur”, in the Fifth International Symposium on Bediuzzaman Said Nursi: The
Qur.anic View of Man, According to the Risale-i Nur, Istanbul: Sozler Nesriyet, 117.

42

Bediuzzaman Said Nursi (2004), 303.

10




Pendedahan aurat yang berleluasa di kalangan gadis-gadis telah mengurangkan
bilangan perkahwinan, ia langsung tidak menyumbang kepada peningkatan jumlah
pasangan berumahtangga.43 Ini jelas kerana lelaki yang tidak beragama dan
moden sekalipun sanggup tidak berkahwin daripada dia mendapat perempuanperempuan tidak baik dan rosak akhlak.44 Bagi mereka hanya perempuan yang
baik mampu menguruskan rumah tangga dan menjaga harta mereka.
Bediuzzaman Said Nursi menyatakan, keluarga ialah kesetiaan dan saling
percaya. Sifat ini hanya akan lahir daripada perempuan yang baik dan solehah.
Perempuan bertindak menjaga harta suami, menguruskan rumah tangga dan juga
mendidik anak-anak.45 Sekiranya seorang isteri mendedahkan auratnya dan tidak
lagi menjaga diri maka akan hancurlah kesetiaan dan kepercayaan di dalam
kehidupan berkeluarga. Tabarruj dan mendedahkan diri kepada lelaki lain
hanyalah memuaskan nafsu lelaki dan membawa kepada kemudaratan yang lebih
banyak.

Semua fitrah perempuan ini menunjukkan perlunya perempuan itu kepada
hijab untuk menjaga dirinya. Dr. Said Ramadhan al-Buti menegaskan segala
urusan kemasyarakatan, pemikiran, keilmuwan, kemanusiaan dan tamadun yang
memerlukan kerjasama di antara lelaki dan wanita hanya akan berjalan lancar dan
tidak tersasar dari tujuan sekiranya perempuan yang terlibat memakai hijab.46
Sebaliknya jika perempuan yang terlibat di dalam pelbagai urusan tersebut tidak
menjaga diri tetapi mendedahkan diri hampir bertelanjang, hubungan sosial yang
biasa akan mendorong kepada kepentingan peribadi dan nafsu haiwani. Lelaki
tidak lagi hormat kepada perempuan sebaliknya cenderung untuk mudah bertegur
sapa kerana tarikan syahwat.

d. Poligami
Bediuzzaman Said Nursi juga ada menyentuh soal poligami yang sering
ditimbulkan oleh musuh Islam. Musuh Islam sering melemparkan keraguan
tentang poligami dan juga perhambaan yang terdapat di dalam Islam, seolah-olah
ia tidak seiring dengan kemodenan lalu menimbulkan prasangka terhadap Syariat
Islam.47 Nursi menjelaskan tentang hukum ahkam Islam terbahagi kepada dua
bahagian:

Pertama: Hukum yang terbina di atasnya Syariah, ia merupakan keelokan yang
hakiki (al-Husn al-haqiqi) dan kebaikan semata-mata (al-khayr al-mahd).

Kedua: Al-Syariah al-Mu.addilah, iaitu Syariah datang dan mengeluarkan sesuatu
perkara dari bentuknya yang hodoh dan zalim kepada suatu rupa yang elok yang
sesuai dengan zaman dan tempat dan juga diterima untuk diaplikasikan mengikut
tabiat manusia. Hukum ini bersifat mengimbangkan keadaan dengan memilih yang
paling ringan di antara dua keadaan yang buruk, supaya mudah pada satu ketika
untuk mencapai kebaikan yang hakiki secara sempurna. Untuk mencabut secara
sekaligus sesuatu perkara dari akar umbi yang sudah tertanam dalam tabiat
manusia umpama menterbalikan tabiat manusia itu sendiri, ia amat sukar.

43

Iman „Ali Lagha (2000), 117.

44

Bediuzzaman Said Nursi (2004), 303.

45

Bediuzzaman Said Nursi (2004), 303.

46

Dr.Muhammad Said Ramadhan al-Buti (1996),154-155.

47

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 80.

11




Bediuzzaman Said Nursi menjelaskan berlandaskan al-Syariah al-
Mu.addilah inilah dibina hukum -hakam berkaitan poligami dan juga perhambaan.
Sejarah membuktikan bukanlah syariat Islam yang mewujudkan perhambaan,
malah syariat Islamlah yang mewujudkan jalan-jalan dan meluaskan jalan
tersebut untuk menukarkan sistem perhambaan daripada rupanya yang keras
kepada jalan kemerdekaan yang sempurna. Yakni, syariat Islam mengimbangi
keadaan dari rupa asalnya yang zalim dan hodoh dan mengurangkannya.
Kemudian, poligami pula dihadkan kepada empat orang isteri sahaja, yang selari
dengan tabiat manusia. Bukanlah syariat Islam yang menjadikan daripada
seorang isteri kepada empat orang isteri, sebaliknya syariat Islam yang
mengurangkan kadar dari lapan atau sembilan orang kepada empat orang isteri
sahaja, lebih-lebih lagi syariat telah meletakkan syarat-syarat yang tidak akan
membawa kepada sebarang kemudaratan dalam poligami ini, hatta sekiranya
berlaku juga sesuatu yang tidak elok maka ia ada yang paling ringan. Dan
keburukan yang teringan itu adalah juga bentuk keadilan tetapi bersifat nisbi
(„adalah idhafiyah/.adalah nisbiyah), di mana kebaikan mutlak tidak mungkin
terhasil di alam ini, jauh sekali mungkin!48 Keadilan yang mutlak hanyalah di
akhirat.

Penutup

Masih terdapat beberapa isu penting yang disentuh oleh Bediuzzaman Said
Nursi yang tidak dimasukkan di dalam perbincangan ini kerana akan bertambah
panjang kupasannya. Di antaranya seperti persamaan di antara lelaki dan
perempuan, kepentingan iman dan ibadah terhadap perempuan, fitnah akhir
zaman yang dicetuskan oleh perempuan dan beberapa isu lagi. Bediuzzaman
Said Nursi menekankan kepentingan iman dan kesejahteraan di akhirat.
Disebabkan itulah beliau membawa murid-muridnya dan pembaca Rasail al-Nur
supaya berfikir sehingga selepas mati. Begitu juga dalam isu perempuan yang
disentuh seperti fitrah perempuan, perkahwinan, pendidikan anak-anak, poligami
dan hijab beliau tidak noktahkan hanya di dunia, sebaliknya menekankan
penjagaan dan penghargaan segala amanah dan nikmat Allah yang diberi di dunia
agar di akhirat tidak kecewa.

Bibliografi

Al-Quran al-Karim

Abu Ghuddah, Abdul Fattah Abu (2008), al-„Ulama. al-„Uzzab alladhina atharu al„ilm „ala al-zawaj, Beirut: Maktab al-Matbu.at al-Islamiyyah.

Al-Zuhayli, Wahbah Dr. (2009), al-Usrah al-Muslimah fi al-„Alam al-Mu.asir,
Damshiq: Dar al-Fikr.

Al-Buti, Muhammad Said Ramadhan Dr. (1996), al-Mar.ah bayna Tughyan al-
Nizam al-Gharbi wa Lataif al-Tashri. al-Rabbani, Beirut: Dar Fikr al-Muasir.

Bediuzzaman Said Nursi (2008), 80-81.

12




Al-Zuhayli, Muhammad Mustafa Dr. (2007), al-Mar.ah al-Muslimah al-Mu.asarah:
Makanatuha Huququha Ahkamuha, Damshiq: Dar al-Fikr.

Ihsan Qasim al-Salihi 1996. Badi. al-Zaman Said al-Nursi: Nazrah „Ammah „an
Hayatihi wa Atharihi Istanbul: Sozler Publications

Iman „Ali Lagha (2000),” Man and Woman as Two Human Beings in the Qur.an, in
the view of Risale-i Nur”, in the Fifth International Symposium on

Bediuzzaman Said Nursi: The Qur.anic View of Man, According to the

Risale-i Nur, Istanbul: Sozler Nesriyet, 112-127.

Maryam Jamilah (1978) al Islam fi al Nazariyah wa al-Tatbiq, Kuwait : al Falah

Nursi, Bediuzzaman Said (2004), al-Luma.aat, Kaherah: Sozler Publication.

Nursi, Bediuzzaman Said (2008), Murshid Akhawat al-Akhirah, Kaherah: Sozler
Publication.

Nursi, Bediuzzaman Said (2010), al-Sunnah al-Saniyyah wa al-Iqtisad wa al-Hijab,
Istanbul: Altinbasak Nesriyet.

Nursi, Bediuzzaman Said (1998) Sirah Zatiyyah, terj. Ihsan Qasim al-Salihi,

Istanbul: Matba.at Suzlar

.ükran Vahide (1992) The Author of The Risale-I Nur Collection : Bediuzzaman
Said Nursi, A.S : Sozler Nesriyat San.Tic.

.ükran Vahide (2005) Islam in Modern Turkey:An Intellectual Biography of

Bediuzzaman Said Nursi. Ibrahim M.Abu-Rabi. (Ed.) Albany: State

University of New York Press

13

Tidak ada komentar:

Posting Komentar