Rabu, 22 Mei 2013

Proposal BaitulMal



PELABURAN ZAKAT DALAM PENINGKATAN EKONOMI MUSTAHIQ
(Kajian komparatif antara Lembaga Zakat Selangor dan Baitul Mal Aceh)

Muhammad Kamal Sulaiman,L.c.D.PL

1.1  Pengenalan
Zakat merupakan satu kewajiban bagi umat Islam.Ia merupakan salah satu daripada lima rukun Islam,beriringan dengan tauhid dan mendirikan solat.Iamengambarkan sebuah mujtama` (masyarakat) yang saling bersepadu antara satu sama lain sebagaimana firman Allah SWT:
3 Ç$!$# Îû öNä3çuq÷zÎ*sù no4qŸ2¨9$# (#âqs?#uäur no4qn=¢Á9$# (#qãB$s%r&u (#qç/$s? bÎ*sù  âá ÇÊÈ tbqßJn=ôètƒ 5Qöqs)Ï9 ÏM»tƒFy$# ã@ÁxÿçRur(التوبة:11)
Ertinya: Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui.

Ayat tersebut menerangkan kedudukan zakat beriringan dengan solat. Jika disebutkan dalam babIbadah maka ia adalah Syaqiqah (saudara kembar) daripada solat, tetapi pada hakikatnya ia merupakan Nidham Islam mali wa ijtima`i(aturan-aturan Islam pada harta dan masyarakat)[1]

Selain ia sebagai rukun Islam, zakat juga merupakan sebuah solusi untuk menghilangkan kefakiran dan kemiskinan yang melanda dunia Islam.Islam mengajak manusia untuk bekerja dan berusaha bagi memperoleh rezeki dengan cara yang halal,[2]sebagaimana firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 15:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Ertinya: Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
Harta yang diperolehi di dunia mestilah melalui cara yang halal dan digunakan untuk perkara yang halal. Ayat diatas menganjurkan kepada manusia agar mencari rezeki didunia dan berusaha semampu mungkin dalam meningkatkan taraf ekonomi kehidupan. Dengan berkembangnya ekonomi sebuah tempat, maka masalah di kawasan itu juga akan berkurang. Sebaliknya jika ekonomi tidak berkembang  disesuatu daerah maka boleh dikatakan bahawa wilayah tersebutmempunyai masalah ekonomi. Masalah seperti fakir miskin, pengangguran dipelbagai tempat dan ketidakstabilan ekonomi diwilayah juga akan berlaku.
Zakat merupakan solusi yang paling tepat untukmenghilangkan permasalahan umat.Pelaksanaan zakat  yang professional dapat dijalankan dengan adanya sebuah institusi yang berkualiti dalam mengembangkan ekonomi dan memajukannya seterusnya akan menghilangkan permasalahan-permasalahan diatas.
Untuk meningkatkan professionaliti pelaksanaan zakat di suatu wilayah, institusi zakat perlulah melakukan pelbagai program serta strategi yang berkesan bagi memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat dengan mengagihkan zakat secara profesional.Salah satu solusi yang sangat tepat adalah dengan melaburkan harta zakat.Cara ini dapat meningkatkan kemajuan ekonomi para mustahiq dan masarif syar`iyah . Pelaburan ini juga mempunyai intrumen-intrumen khas yang tersendiri  dan sesuai dengan syariat islam,baik dari segi aqidah dan akhlakun karimah.
Pelaburan zakat dilaksanakan oleh badan-badan institusi yang bertanggungjawab.karena instutisilah  yang menentukan kejayaan daripada perkembangan agihan zakat kepada masyarakat awam yang berhak kerana factor kemiskinan sangat ditentukan oleh kecekapan sesebuah institusi zakat,[3]
Amil zakat memiliki fungsi yang luas yangmencakupi tugas-tugas sebagai pengawas, penyelaras, pemungut, pengedar, penggerak,pembuat rancangan-rancangan kedepan seperti merancang pertumbuhan ekonomi suatu tempat,meningkatkan kesejahteraan  para mustahiq baik dikampung ataupun kawasan bandar.Tidak berlebihan  jika dikatakan `amil yang berkualiti menjadi sebab utama kejayaan sebuah institusi zakat.  Dan berfungsinya amilzakat secara optimum dan pengagihan zakat secara profesional,akan memperoleh hasil yang maksimum pula, berkesan dan cekap serta terwujudnya destinasi kewajipan zakat.[4]
Institusi-instutisi zakat di Malaysia dan Indonesia menjadi hal yang sangat menarik untuk dibincang dan dibandingkan.Ini kerana institusi-insitusi ini telah memberikan banyak kemajuan dalam peningkatkan ekonomi wilayah tersebut.Lembaga zakat Selangor menjadi salah satu tujuan utama penulis untuk meneliti strategi-strategi  dan instrument-instrumen yang digunapakai dalam pelaburan zakat dalammemajukan ekonomi para mustahiq wilayah Selangor.Bagi kajian konparatif, penulis meneliti institusi di Indonesia khasnya Baitul mal Aceh.Ini kerana kedua-dua institusi ini telah memberi banyak sumbangan dalam peningkatkan kemajuan ekonomi wilayah tersebut.Keduanya tentu mempunyai kelebihan dan kekurangan pada strategi-srategi yang digunapakai dalam pelaburan zakat.
1.2  Latar Belakang Kajian
Zakat merupakan ibadah wajib yang mempunyai pelbagai objektif sosio ekonomi yang positif bukan saja kepada pembayar zakat bahkan kepada si penerima zakat. Secara umumnya, zakat dapat mengukuhkan sistem jaminan sosial dan ia merupakan langkah awal yang sepatutnya dilaksanakan dengan baik dalam menuju satu sistem ekonomi islam yang sempurna.
Pengelolan zakat oleh institusi-institusi lazimnya bernaung dibawah kerajaan.Ulil amri bertanggungjawab penuh terhadap kelangsungan dan proses pengutipan dan pengagihan zakat serta bertanggungjawab atas pelaburan harta zakat dalam meningkatkan kemajuan ekonomi para mustahiq. Harta tersebut dikutip dari harta yang wajib di zakati. Maka harta dibagi menjadi dua yang pertama al-Amwal an-namiyah(harta yang dikembangakan) yang kedua harta al-Qanniyah.[5]Harta al-Qanniyah tidak diwajibkan zakat diatasnya,karena ia menjadi kebutuhan sehari-hari manusia.

Pelaburan dalam bahasa arab disebut sebagai Al-ishtismar berasal dari kata thamara,ertinya pohon yang berisi, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadith:
"إذامات ولد العبد قال الله تعالى لملائكته: قبضتم ثمرة فؤاده،فيقولون:
نعم"[6]
Artinya:Apabila meninggal anak seseorang hamba maka Allah berkata pada malaikatnya:Apakah kalian telah menerima hasil(buah) dari mata hatinya dan para malaikat menjawab "iya".Ada yang mengatakan thamaratun tersebuat adalah anak karena buah adalah hasil daripada pohon,sedangkan anak hasil daripada ayah.
Pelaburan(Istishmar) juga disebut cara(method) untuk mendapatkan hasil sesuatu.Ishtismar syai` ertinya tulida syai`( melahirkan sesuatu).Ishtismar bertujuan untuk menyediakan alat-alat pengeluaran(production tools)yang digunapakai dengan tujuan mengeluarkan barang-barang pengguna atau alat-alat pengeluaranbaru(new production)[7]. Ishtismar juga bererti pelaburan  harta zakat untuk memperoleh hasil dengan memberdayakan modal zakat dan hasilnya digunakan untuk kemajuan ekonomi para mustahiq.
Pelaburan juga diertikan komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen.[1] Ianya berkaitan dengan tabungan atau penundaan konsumsi. Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan perniagaan dan kewangan, pun untuk rumah tangga, syarikat, atau kerajaan.[8]
Pelaburan (Investasi) adalah mengeluarkan sejumlah uang atau menyimpan uang pada sesuatu dengan harapan suatu saat mendapat keuntungan financial.[9]
Pelaburan(invesmant)merupakan salah satu daripada strategi-srategi lain didalam meningkatkan kemajuan ekonomi penduduk tempatan. Pelaburan sesuai dengan aqidah umat islam, yang mewajibkan setiap individu merancang dan mengelola bumi ini dengan baik, selaras, dan  tanggung jawab manusia sebagai khalifah dimuka bumi. Hal ini mencakupi kewajipan terhadap sesama muslim  dan ia termasuk ibadah secara umum, kerana segala sesuatu  yang Allah kurniakan bukan sahaja untuk kepentingan individu semata,akan tetapi supaya manusia berkerja dan membina bumi untuk mencapai sebuah manfaat bagi individu serta untuk masyarakat awam.
Pelaburan juga dianggap sebagai salah satu bentuk aktiviti ekonomi dan melaksanakanya adalah dianggap penting bukan sahaja oleh ulama dan pihak yang berminat, tetapi oleh ahli politik pembuat keputusan juga ekonomi.Dan sebuah Pelaburan dalam Islam iaitu berlandaskan akidah Islam dan nilai-nilai moral dan sesuatu tujuan harus sesuai dengan syariat islam,maqasid syariyah wahadafuha(undang-undang Islam dan tujuannya)
Bentuk perlaksanaan pelaburan yang dijalankan oleh bank-bank konvensional dan bank-bank Islam pada umumnya adalah sama. Oleh itu perlunya penegasan terhadap persamaan dan perbezaan di antara keduanya bagi menghindari anggapan  awam yang menganggap  tiada perbezaan antara pelaburan islami dengan pelaburan ribawi. Hal ini sangat perlu untuk di kaji kerana ia merupakan langkah utama dalam pembezaan pelaburan islami dan pelaburan ribawi pada permulaan sekali,sebelum memasuki kes-kes dilapangan.

Persamaan di antara kedua pelaburan diatas juga pada proses pemindahan  wang (transaksi)yang terjadi dari kedua belah pihak,iaitupihak A dan B.kerana tujuan utama pelaburan adalah untuk mendapatkan keuntungan  dari  pihak lain.
 Sedangkan perbezaan kedua nya adalah: pada pelaburan islami  terdapat pautan nilai pelaburan, iaitu keesahan dan etika, tingkah laku,dan terhindar dari pada riba, penipuan dan menentang undang-undang (antitrust), ketidakadilan dan lain-lain larangan Shara`.Sedangkan pelaburan ribawi tidak termasuk pelaburan yang shahih,ia meletakkan matlamat ideology bagi setiap sistem mereka berada dalam sistem kapitalis untuk memaksimumkan keuntungan, system Komunis untuk memenuhi keperluan awam.[10]
Dengan ini perlu dibahas dan dikaji lebih mendalam agar memberikan pengetahunan kepada masyarat dalam membezakan antara kedua pelaburan diatas.

Di sisi lain,Zakat yang cukup syarat-syaratnya akan diberikan kepada ulil amri (kerajaan). Sejarah menunjukkan Rasul mengutuskan para sahabat bagi mengutip zakat dari orang-orang yang mampu kemudian diberikan kepada mustahiq zakat.Jika dibandingkan dari dulu hingga sekarang, dapat dilihat bahawa perkembangan lembaga zakat di serata dunia semakin pesat. Ini menunjukkan meningkatnya kesedaran umat islam dalam melaksanakan salah satu rukun islam tersebut.
Maka membentuk dan membangkitkan urusan lembaga zakat yang  dinamakan Institusi dinegara Islam,dan mengambil zakat serta mengagihkannya dianggap sebagai kewajiban agama sebagaimana yang diajarkan Islam,dan ia juga merupakan tanggung jawab sosial.[11]

Satu-satunya institusi yang telah berhasil mengembangkan ekonomi wilayah di Selangor adalah Lembaga Zakat Selangor. Institusi ini layak mendapat penghargaan  atas strategi-srategi yang telah dilakukan dalam menghilangkan angka kefakiran dan kemiskinan di Selangor.Hal yang sangat menarik untuk di kaji adalah pelaburan harta zakat dalam meningkatkan kemajuan ekonomi para mustahiq.Bagi mencapai tujuan yang diinginkan penulis,institusi zakat di Indonesia telah dipilih, iaitu institusi Baitul Mal Aceh (BMA) merupakan bahagian daripada pelaksanaan Undang-undang Republik Indonesia No. 11/2006. Pemerintahan Aceh menyebutkan bahawa “Zakat, harta wakaf, dan harta agama adalahdalam kawalan BMA dan Baitul Mal Negeri”[12]Diantara program yang memberikan keberkesanan langsung terhadap peningkatan ekonomi masyarakat miskin di BMA adalah pengagihan zakat produktif melalui Unit Pengelolaan Zakat Produktif (UPZP),yang diagihkan dalam bentuk modal usaha produktif atau modal berpusing (revolvingfund).[13]kedua-dua institusi diatas tentunya mempunyai kelebihan dan kekurang.Dengan membandingkan strategi-strategi yang digunapakai oleh kedua Institusi tersebut, akan menambah strategi-strategi yang lebih konpoten(berkesan) dalam memajukan ekonomi para mustahiq zakat di wilayah masing-masing.
Selain melihat strategi-strategi pelaburan zakat pada keduanya, pengkajian tentang kesesuaian intrumen-intrumen pelaburan yang digunapakai kedua institusi,apakah berlandasankan  syariat islam?.Adakah sudah mencapai kepada darjat rahmah dan mawaddah? Ini adalah penting, kerana Islam sangat menjunjung tinggi nilai-nilai rahmah dan mawaddah sekalipun dalam peperangan.[14].Apakah kedua-dua Institusi melakukan pelaburan islamidan jauh dari praktik-praktik ribawi? Jika ditinjau  dalam pelaksanan agihan zakat kepada mustahiq ,apakah sudah sesuai dengan dhawabit istishmar(landasan pelaburan) yang benar menurut pandangan Islam baik dari segi aqidah,akhlak?Apakah pelaburan tersebut juga sesuai dari segi perkembangan masyarakat dan perkembangan ekonomi,?perolehan keutungan dengan usaha yang halal?
Untuk memperoleh sebuah jawaban atas pertanyaan-pertanyaan diastas,maka penelitian ini sangat penting .terutama untuk membezakan pelaburan Islami dengan pelaburan ribawi.
1.3Permasalahan Kajian
Walaupun perintah untuk mengeluarkan zakat sudah diwajibkan melebihi 1400 tahun yang lalu, namun ibadah zakat masih belum dapat dilaksanakan sebagaimana mestinya iaitu untuk  kemajuan dan keseimbangan ekonomi umat islam pada masa ini. Hal ini dapat dibuktikan pada masa ini dengan melihat negara-negara islam atau negara yang berpenduduk majority umat islam masih dalam keadaan yang bertaraf rendah dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan.Ini menujukkan sedikit sebanyak bahawa peranan zakat sebagai alat untuk mengurangkan dan menghapuskan  kemiskinan belum dapat terlaksana dengan baik.[15]
Kemiskinan merupakan masalah terbesar umat islam kerana kemiskinan mendekatkan seseorang kepada kekufuran. Dan jelas, Islam memandangkemiskinan sebagai sesuatu yang boleh memberi kemudaratan dari pelbagai aspek. Kemudaratan ini adalah dari segi akidah, akhlak, kewarasan, keutuhan institusi keluarga dan lain-lain,bahkan di dalamnya ada kejahatan yang tersembunyi[16]
Dalam isu-isu semasa di Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah dikemukakan persoalan menganai harta zakat bahagian asnaf amil.Pihak Jawatankuasa telah diminta untuk membincangkan dan mendapatkan kelulusan agar harta zakat bahagian asnaf amil (diperniagakan) oleh Pusat Zakat Selangor.[17]
Tugas utama kontitusi adalah melakukan perniagaan dan  pelaburan zakat  yang sesuai dengan ajaran Islam.serta memenuhi syarat-syarat sebuah pelaburan islami. dalam hal ini institusi zakat semestinya mendidik masyarakat agar memahami hukum pelaburan islami serta manfaat bagi masyarakat dalam meningkatkan ekonomi para mustahiq.Hal ini merangsang kesadaran masyarakat akan pentingnya membayar zakat,dan menunjukkan  kekuatan (power)zakat dalam menghilangkan angka kemiskinan.
Dan isu-isu semasa tentang  Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra(ASB) telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.[18]
Timbulnya pro dan kontra dua belah pihak,ada pihak Pandangan Yang Mengharuskan,Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik. Dan ada pihak fatwa Yang Mengharamkan Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor.
Perlu adanya  penjelasan tentang pelaburan Islami secara umum,serta pentingnya mengkaji landasan pelaburan islami yang sesuai dengan hukum syara`  dari segi aqidah,akhlak dalam  muamalat islami.hal ini juga sangat penting untuk memberi penjelasan kepada masyarakat tentang perbezaan pelaburan islami dengan pelaburan ribawi.
Institusi-Institusi zakat di Indonesia melaksanakan strategi-strategi khas dalam meningkatkan ekonomi para mustahik,iaitu dengan pengagihan zakat secara professional.Baitul Mal Aceh sebagai institusi zakat melaksanakan  U.U. No. 38/1999 tentang pengurusan zakat, dijelaskan bahawa zakat
modal yang disebut zakat produktif[19]. Ertinya modal yang diagihkan diharap dapat mengembangkan usaha yang sedia ada atau membuka peluang pekerjaan baru. bagi fakir miskin yang mempunyai modal, tetapi tidak mencukupi, agihan zakat produktif tersebut dapat berfungsi sebagai tambahan terhadap modal yang sedia ada,jika tidak mempunyai modal, zakat produktif berfungsi sebagai modal awal sebagai suatu permulaan suatu pekerjaan atau perusahaan sesuai dengan kemahiran mereka.hal tersebut sangat sesuai dengan pelaburan islami.dan perlu ditambah intrumen-instrumen baru agar pengagihan zakat lebih berkesan dan kompeten.
Pelaksanaan zakat produktif  adalah sebagai bentuk pelaburan harta zakat dalam mengembangkan ekonomi para mustahiq,zakat  diagihkan melalui istrumen yang sesuai dengan ajaran islam.sebagai kajian konparatif,perlu melihat perkembangan pengagihan zakat produktif dan membuat perbandingan  dengan institusi Lembaga Zakat selangor.
sebagai Institusi konparatif LZS mempunyai intrumen-intrumen khas dalam pengagihan zakat serta pelaburan harta zakat secara propesional. dengan melihat statistik sejauh mana peranan LZS dalam meningatkan ekonomi para mustahiq.kekurangan dan kelebihan dimiliki oleh kedua-dua institusi diatas,kelebihan pada kedua nya akan menjadi rujukan bagi institusi-institusi lain,sebaliknya kekurang akan menjadi pelajaran bagi kedua institusi dan  lainnya.
1.4  Persoalan Kajian
Dari berbagai soalan diatas dapatlah di rumuskan masalah kajian ini adalah sebagai berikut:
1.Bagaimanapelaburan islami?
2.bagaimana strategi-stategi yang digunanapakai oleh LZS dan BMA dalam
pelaburan zakat?
3.apakah strategi-srategi tersebut terkesan dalam meningkatkan ekonomi para
mustahiq?
4.Apakah terdapat perbezaan dan persamaan strategi yagn diamalkan oleh kedua-dua
institusi tersebut?

1.5  Objektif Kajian
Secara umumnya, tujuan daripada kajian ini adalah bagi mengkaji hukum pelaburan dalam perspektif Islam  dan melihat  strategi-srategi yang diamalkan oleh LZS dan BMA dalam meningkatkan ekonomi para mustahiq. Objektif khusus penyelidikan ini adalah:
1.      Mengkaji tentang strategi-strategi yang dilaksakan oleh  kedua institusi yang berkenaan dengan pelaburan harta zakat dan Mengetahui kesan strategi  dalam menumbuhkan ekonomi masyarakat.
2.      Membuat kajian tentang instrument-instrumen  yang digunapakai oleh kedua institusi dalam pelaburan zakat,apakah bersesuaian dengan pelaburan Islami atau tidak.
3.      Membuat kajian perbandingan  terhadap strategi  yang dilaksanakan oleh LZS dan BMA.
4.      Mendapatkan srategi yang efektif dan  untuk dapat dijadikan rujukan bagi amil-amil zakat yang lain.

1.6  Skop Kajian
Kajian ini adalah berkisar tentang strategi pelaburan harta zakat untuk meningkatkan kemajuan ekonomi para mustahiq.Aspek utama yang ditekankan disini adalah kajian perbandingan srategi yang diamalkan oleh LZS dan BMA  dalam peningkatan  kemajuan ekonomi para mustahiq.Kajian ini juga membahas tentang kelebihan strategi yang dilaksanakan kedua institusi tersebut. Disamping itu penulis juga turut menyertakan sejarah pertumbuhan kedua institusi  tersebut.
1.7 Hipotesis
Hipotesis dalam kajian ini adalah sebagai berikut:
1.      Strategi yang digunapakai oleh kedua-dua institusi zakat tersebut berkenaan pada peningkatkan kemajuan ekonomi mustahiq.
2.      Terdapat perbezaan dan persamaan strategi pada kedua-dua institusi tersebut
1.8 Kepentingan Kajian
1.Kajian ini diharapkan mampu menjelaskan perbezaan pelaburan Islami dengan Pelaburan ribawi
2. Kajian ini diharapkan dapat menjelaskan  strategi-strategi yang digunapakai oleh LZS dan BMA dalam pelaburan, dari segi perbezaan dan persamaan strategi yang di gunapakai oleh kedua institusi tersebut.
3.Kajian ini juga diharapkan dapat memberi maklumat kepada para amilzakat berkenaan dengan berbagai model srategi dan intrumen-instrumen yang di buat oleh institusi zakat moden.
4.Hasil daripada penyelidikan ini juga diharapkan berguna sebagai penggerak pengetahuan ilmiah di bidang ekonomi Islam, khasnya peranan ekonomi zakat dalam meningkatkan kemajuan ekonomi para mustahiq .
5.Menambah khazanah perkembangan ilmu pengetahuan di bidang ilmu ekonomi Islam khasnya ekonomi zakat.  Tidak menutup kemungkinan,seiring dengan tuntutan zaman, realiti sosio-ekonomi dan kemajuan dibidang pendidikan, memerlukan kajian yang lebih komprehensif danmendalam bagi merumuskan kerangka teori dan kerangka praktikal penyelenggaraan institusi zakat.

5.Hasil penyelidikan ini juga diharapkan dapat menarik minat penyelidik lain untuk mengembangkan lebih mendalam mengenai permasalahan yangberkaitan dengan peranan institusi zakat.

1.9 Kajian Lepas
Pada asasnya, kajian mengenai pelaburan zakat melaluli pengagihan zakat professional telah banyak serata tempat, di antaranya dapat penulis senaraikan sebagai berikut:
Penyelidikan yang dilakukan Muhammad Uthman Shabir[20],Beliau menulis tentang: "Istishmar Amwal al-Zakah Ru`Yatun Fiqhiyatun Mu`asarah". Pembahasan ini  hanya terbatas pada tiga bab: Hakikah  Istishmar zakat,huku istihsmar,takalif istishmar
Penyelidikan ini  menjelaskan secara umum tentang istismar(pelaburan)harta zakat.mencakupi defenisi zakat secara umum,dan hukum pelaburan menurut para ulama,tidak disebutkan metodelogi secara khas,akan tetapi menurut hemat penulis,penyelidikan ini menggunakan metode deskriptif.
Pembahasan pertama,menjelaskan tentang definisi Istismar secara umum,baik secara bahasa maupun istilah.Beliau juga menyebutkan Istilah atau penamaan Istishmar dengan kalimat lain,seperti:
1. Al-istighlal.iaitu menuntut harga tinggi(ghillah).Ghillah iaitu setiap benda yang dihasilkan dari sewa pemilikan,ia disebut juga dengan Istismar,begitu juga   yang keluar dari bumi disebut juga thamrah(hasil) iaitu  ghillah.Sedangkan menurut  hanafiah ada perbedaan khas antara thamarah  dan ghillah dalam bab wasiat.apabila mewasiatkan sesuatu dengan  kata thamarah hadiqah  (kebun),maka maksudnya adalah pada sesuatu  yang khas.apabila mewasiatkan dengan menyebutkan ghillah saja maka mencakup semua harta yang ada.
2. Al-istinma` menurut bahasa adalah menumbuhkan atau melebihkan(al-ziadah).ada yang mengatakan bahwa sesuatu yang tumbuh(yanmi) disebut juga bertambah(zada) dan begitu juga apa yang lahirkan oleh haiwan  disebut juga thamarah(hasil) ; nima`(yang tumbuh)
 3.Al-intifa` menurut bahasa dari kata nafa`a yanfau` naf`an iaitu nama sesuatu yang bermanfaat.Menurut istilah adalah melakukan sebuah transaksi sebagaimana yang dikehendaki tujuannya adalah untuk mendapatkan laba(faedah).Intifa` lebih umum dari pada istismar karena intifa` itu boleh saja melalui bentuk istismar ataupun dengan bentuk dan  cara lain.
Pada pembahasan kedua penulis menyebutkan tentang hukum istishmar(pelaburan)harta zakat yang dilaksanakan oleh kedua pihak:
1.Mustahiqqin( pihak yang berhak menerima zakat).
2. Malik (muzakki)
 Beliau menjelaskan bahwa hukum pelaburan harta zakat melalui  pihak mustahiq setelah penerimaan zakat iaitu dibolehkan oleh para fuqaha`.
Sedangkan pelaburan zakat yang dilakukan oleh malik(muzakki) para ulama berbeza pendapat,jika pelaburan dilakukan oleh para muzakki maka akan terjadi pengakhiran pembayaran zakat,disini terjadi permasalah tentang kewajiban membayar zakat,apakah kewajiban fauri(segera) atau tarakhi(ditunda)?disini para ulama juga berbeza pendapat akan tetapi jumhur(majority.)mengatakan bahwa zakat wajib dibayar fauri
Selanjutnya penyelikan yang dilakukan oleh Salih Bin Muhammad al-Fauzan: Salih Bin Muhammad al-Fauzan(2005),Istismar amwal al-Zakah Wama Fihukmiha Min al-Amwal al-Wajibah Haqqan Lillahi Ta`Ala,Riyad:Darun Kunuz Ishbiliya Linnashri Wa al-Tauzi`
Selanjutnya penyelidikan  Khaw Rashid Ashraf Iqbal Al-Nadwi(1998)Masrif al-Fuqara` Wa al-Masakin Watatbiqatuhu al-Mu`Asarah,Jounal,Kaherah:Nadwah Al-Tatbiq Al-Mu`Asir Lilzakah,Jamiah Al-Azhar,Markaz Salh `Abdullah Kamil Li Al-Iqtisad Al-Islami
Penyelidikan yang dilakukan oleh Armiadi Musa Basyah,[21] beliau menulis tentang: “Pentadbiran Zakat di Baitul Mal Aceh: Kajian Terhadap AgihanZakat Bagi Permodalan Masyarakat Miskin”. Dalam kajian ini, dapatan yang ditemui
adalah, pertama, pentadbiran zakat yang diurus oleh Baitul Mal dengan struktur
organisasi yang khas dan berdikari, wewenang dan ketentuan hukum, serta
akauntabiliti. Kedua, Ulama berbeza pandangan tentang teknik agihan zakat bagi lapan
asnaf dan tidak terdapat nas yang tegas dari Nabi SAW yang mengharuskan zakat
diagihkan secara sama rata atau tidak, secara konsumtif atau pengagihan modal
(produktif) atau dengan pinjaman kebajikan (qard al-hasan). Ketiga, perkara
permodalan dana zakat dalam bentuk aqad qard al-hasan dan mudarabah merupakan dari jenis mu’amalah yang hukumnya tidak ditunjuk terus oleh nas, tetapi diserahkan
sepenuhnya kepada hasil ijtihad para ulama sebagai persoalan ma’qul al-ma’na.
Keempat, profil mustahik zakat menunjukkan banyak persamaan dengan profil
kemiskinan secara umumnya. Dalam kajian ini juga ditemui bahawa majoriti responden
adalah peniaga kecil, ramai dari mereka sebenarnya telah keluar dari garis kemiskinan,
dan bantuan yang diterima telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka. Metodologi
yang diguna pakai dalam kajian ini adalah kajian perpustakaan (library research),
kajian lapangan , pemerhatian langsung (participant observation)
terhadap institusi Baitul Mal Aceh, melakukan temu bual yang mendalam (in-depth
interview) dan mengedarkan soal selidik (questionaire) kepada pihak-pihak yang
terbabit. Manakala bentuk kajiannya ialah dalam bentuk diskriptif, kualitatif dan
eksploratif dengan membuat gambaran sebenar yang berlaku. Sementara pendekatan
yang diguna pakai adalah pendekatan sosiologis, filosofis dan hukum. Adapun
kesimpulan yang diambil dalam penyelidikan ini, adalah secara dalamannya terbukti
dapat mengembangkan penghasilan mustahik dan bagi pembangunan sumber manusia,
manakala secara luaran dapat menyelamatkan aqidah umat Islam dan meningkatkan
perekonomian umat.
Selanjutnya kajian yang dibuat oleh Nurhikmah Binti Nursyam,[22] beliau
mengkaji tentang: “Keberkesanan Agihan Zakat Modal dalam Meningkatkan Ekonomi
Masyarakat Miskin Daerah Pekan Baru, Riau: Kajian di Badan Amil Zakat Riau
Indonesia”. Kajian ini mendapati bahawa kaedah agihan zakat secara langsung
(konsumtif) yang diamalkan selama ini adalah kurang berkesan dalam meningkatkan
ekonomi masyarakat miskin di daerah Pekan Baru. Penyelidikan ini berupa kajian
lapangan, dan untuk pengumpulan data beliau menggunakan metode observasi, soal
selidik dan temu bual. Manakala hasil dari penyelidikan ini beliau menyimpulkan
bahawa kaedah agihan zakat secara produktif atau zakat modal boleh meningkatkan
ekonomi masyarakat miskin di daerah Pekan Baru Riau.
Seterusnya lagi tesis yang ditulis oleh Adibah Abdul Wahab,[23] beliau mengkaji
mengenai: “Peranan Agihan Zakat Dalam Mengurangkan Masalah Kemiskinan Bandar:
Kajian Kes di Lembaga Zakat Selangor”. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui
peranan yang dimainkan oleh institusi zakat untuk mengatasi masalah kemiskinan
bandar. Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada kaedah pengumpulan data dan
analisis data. Manakala hasil dari kajian ini beliau menyimpulkan bahawa selepas menerima bantuan zakat kadar kemiskinan, jurang kemiskinan, jurang pendapatan dan
tahap tekanan kemiskinan semakin berkurang.
Seterusnya kajian yang dilakukan oleh Patmawati Bte Ibrahim,[24] beliau
mengkaji tentang: “Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan
Empirikal”. Dapatan dalam kajian ini iaitu keupayaan pengagihan zakat dalam
pembangunan ekonomi umat, pandangan teoritis mengenai peranan positif dalam
menghadapi pengagihan zakat masalah ekonomi sosial dalam masyarakat Islam melalui
pengagihan semula pendapatan, yang mengarah pada pengurangan jurang pendapatan
dan pembasmian kemiskinan. Dalam penyelidikan ini penulis menggunakan metodologi
kepustakaan tinjauan empiris. Beliau menyimpulkan, sekiranya zakat dilaksanakan
dengan baik dan profesional bukan hanya akan meningkatkan aspek rohani masyarakat sematamata,
sebaliknya akan meningkatkan paras sosio-ekonomi umat dan keberkesanannya
bergantung kepada kerjasama dan tindakan bersepadu semua pihak yang terbabit, iaitu
pihak institusi zakat, pihak kerajaan dan pihak asnaf zakat sendiri.

1.10 Metodologi Kajian
Metodelogi kajian menggunanakan dua metode iaitu metode pengumpulan data dan metode analisisis data
1.10.1 Kaedah pengumpulan data
Kaedah ini diguna pakai didalam mengumpul data dan mencari data-data yang diperlukan dalam penyelidikan.Kaedah pengumpulan data ini terbagi kepada dua unsur iaitu Sekunder dan primer.
1.10.1.1 Data sekunder
Dengan metode ini,penulis mengunakan penyelidikan perpustakaan(library research) untuk mendapat serta mengumpulkan bahan-bahan rujukan dalam bentuk dokumentasi yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dilakukan. Kaedah ini digunakan sebagai kaedah yang pertama dalam pengumpulan maklumat,bahan bercetak seperti buku-buku,risalah,kertas kerja ilmiah,jurnal,akhbar dan data-data yang berkaitan sebagai rujukan. Ia akan dilakukan juga di perpustakaan UM,UKM,UIA,perpustakaan wilayah Aceh,Perpustakaan pasca IAIN Arraniry dan lain-lain lagi untuk menyumbang bahan-bahan rujukan bagi menjayakan kajian ini. Setelah semua maklumat berjaya dikumpulkan, kesemua maklumat tersebut dikaji dan dianalisis agar ianya menepati dan bersesuaian dengan keperluan kajian.
1.10.1.2 Data primer
Bentuk kajian ini adalah penyelidikan secara langsung keatas tajuk kajian yang dipilih. Justeru itu, demi mendapatkan ketetapan data-data dan maklumat yang tepat,kunjungan ke tempat yang di kaji  iaitu pada Lembaga Zakat Selangor dan Baitul Mal Aceh . Kajian bagi mengumpulkan data primer menggunakan dua metode yang dikira sesuai untuk mengkaji, dan mengupas data-data yang diperlukan di dalam penyelidikan iaitu:
1.10.1.2.1Kaedah Pengumpulan Data
1.10.2.1.1 Metode dokumentasi
Metode dokumentasi ini lebih fokus kepada data-data yang  diperolehi melalui lapangan (field research),terutamanya data-data yang tidak diterbitkan yang terdapat di lapangan.Bentuk pengumpulan data-data seperti ini sangat diperlukan untuk memenuhi kajian ini. Ini kerana kemungkinan data-data yang terbaru belum diterbitkan dan juga data-data yang memang tidak diterbitkan oleh sasaran yang dikaji berkenaan dengan kajian ini. Antara data-data yang akan digunapakai ialah datayang diterbitkan oleh LZS dari tahun 2006-2010,dan yang di terbitkan di BMA dari tahun 2006-2010.

1.10.2.1.2 Metode temu bual(wawancara)
Metode ini digunakan untuk mendapatkan maklumat dan keterangan secara lisan daripada pengurus kedua institusi, dengan temubual(wawancara) . Metode ini dapat memberikan manfaat dalam memberi kefahaman yang lebih jelas dari segi  jenis-jenis srategi pelaburan yang dilaksanakan pada peningkat  kemajuan ekonomi para mustahiq didalam wilayah LZS dan BMA.

1.10.2 Metod analisis data
Kaedah ini diguna pakai didalam pengurai masalah kajian yang dibuat. Kaedah menganalisis data ini terbagi kepada dua unsur iaitu induktif dan deduktif dan akhirnya sekali  menggunakan metode konpratif dengan  penggunaan pendekatan analisis MatriksSWOT.
1.10.2.1 Induktif
Penyeledikan ini mengunakan metode induktif yang menganalisi tajuk yang kemudian dikembangkan melalui kajian yang dilakukan.Antara kajian yang digunakan dengan cara ini iaitu mengkaji dan meneliti srategi-srategi yang diguna pakai oleh LZS dan BMA dalam pelaburan pada peningkatan kemajuan ekonomi para mustahiq.Dengan melihat statistik perkembangan pertubuhan ekonomi wilayah itu.

1.10.2.2 Deduktif
Kaedah ini menerangkan tentang penghuraian permasalah yang didapati dengan cara melibatkan prinsip-prinsip umum yang didapat dikutip dan diterjemahkan kedalam hipotesis dan diuji dengan emperik untuk cadangan yang tepat dan khusus.kaedah ini akan digunakan dalam menganalisis data-data yang diperoleh sama ada melalui temu bual,dokumentasi,laporan institusi dan sembarang yang lain.

1.10.2.3 Komparatif
Metode ini akan digunakan pada bab akhir. Perbandingan terhadap data dan fakta yang dikumpulkan dari institusi zakat tebabit bagi mencari titik persamaan dan perbezaan yang menjadi tujuan kajian ini akan dilakukan. Kajian perbandingan ini mengandungi strategi-srategi dan instrumen-intrumen yang digunapakai dalam pelaburan  zakat pada peningkatan  kemajuan ekonomi para mustahiq di LZS dan BMA. perbandingan juga akan dibuat terhadap kesan srtategi  pelaburan pada peningkatan kemajuan ekonomi yang dianalisis menggunakan kayu ukur terhadap  jumlah pelaburan zakat dan prestasi kutipan pada kedua institusi tersebut.
1.10.2.3 Matriks SWOT
 kajian ini juga akan menggunakan pendekatan analisis MatriksSWOT (strength, weakness, opportunity, threats (kekuatan, kelemahan, peluang,cabaran).[25]Analisis Matriks SWOT adalah pengenalan pelbagai faktor secara sistematik untuk merumuskan strategi suatu institusi.Analisis ini diasaskan pada logik yang dapat memaksimumkan kekuatan, dan peluang, namun secara bersamaan dapat meminimumkan kelemahan dan ancaman yang ada di lingkungan dalaman (internal) dan luar (external) suatu institusi/organisasi.[26]

BIBILIOGRAFI
al-Quran
Rujukan Buku Bahasa Melayu:
M. Ismail Yusanto dan M. Karebet Widjajakusuma (2003), Manajemen Strategis Perspektif Syariah.c.1 Jakarta: Khairul Bayan, h. 29.
Freddy Rangkuti (2005), Analisa SWOT Teknik Membedah Kasus Bisnis. Jakarta: PT. Gramedia, h. 31.
Yusuf al-Qaradhawi (2005), Spektrum Zakat Dalam Membangun Ekonomi Kerakyatan, Sari Narulita
(terj.), Jakarta: Zikrul Hakim, h. 24.
Abdurrahman Qadir (2001), Zakat Dalam Dimensi Mahdah dan Sosial. e. 1, c. 2, Jakarta: Raja Grafindo Persada, h. 109.


Rujukan Buku Bahasa Arab:
Prof.Dr.Rafiq Yunus el-Masri(2006),al-Nimâ Fi Zakah al-Mâl,cet,1.Suriah:Darul Al-Maktabi
Imam Muhammad Abu Zahrah(1995),al-Alaqaah al-Dauliyah Fi al-Islam, ,Kaherah:Darul al-Fikri Al-Arabi,h.45
Prof.DR.Yusuf al-Qardhawi(1996)Fiqih ZakatCet 23,J.1.,Bairut:Muassasah al-Risalah, h.7
DR.Jamaluddin A`Tiah,Maqasid Ilmu Al-Iqtisan Al-Islami:Journal.H.244-245
Sunan Tirmizi(1410)H,Bab Tentang Kesabaran Atas Musibah Dan Apa Yang Dicabut  Dari Seseorang  Daripada Kelezatan Dan Syahwah. Cet 1.No Hadist 9700,J.7,Bairut:Darul Kutub Al-Ilmiah,h.119

Ali Bin Muhamamad Al-Jum`ah(1421)H,Mu`Jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiah Wa Al-Islamiah, Cet,1 T H.5,Riyadh:Maktabah al-Abikan

Dr.Khadijah al-Nabrawi,Tahrim Riba Wa Muwajahah Tahdiat Al-Ashru,Hal.316

Dr.Muhammad Muhammad Jahin(1998),al-Tanzim al-Idari Limuassah al-Zakah Fi Tatbiq al-Mu`asarah, Cet.1998 J.4.H.kaherah:Dhaman Abhas Nadwah al-Tatbiq al-Mu`asarah Li Zakah,:Markaz Salah Kamil Li Iqtisad al-Islami

Rujukan dalam Jurnal:
Muhammad Uthman Shabir(2004),Istishmar Amwal al-Zakah Ru`Yatun Fiqhiyatun Mu`asarah Cet 3,Journal,Oman:Darun al-Nafais
Rujukan dari disertasi/tesis:

Amir Hamzah (2009), “Masa depan Zakat Indonesia: Studi Kasus Zakat Sebagai Instrumen
Pembangunan Daerah di Lebak”, (Makalah yang disampaikan pada acara Wisuda The Indonesia
Magnificence of Zakat (IMZ), Jakarta, 28 Oktober 2009).

Rujukan dari Undang-undang/Kanun:
Republik Indonesia (2006), Undang-undang Republik Indonesia No. 11/2006 tentang Pemerintahan
Aceh, Banda Aceh: Jabatan Informasi dan Komunikasi Provinsi Aceh.

Republik Indonesia (1999a), op.cit.,pasal 16 ayat 2.


Rujukan dari Laman Web:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelaburan : lht, Sullivan, Arthur; Steven M. Sheffrin (2003). Economics: Principles in action, 271, Upper Saddle River
Profil Badan Baitul Mal Aceh, http://www.baitulmal-aceh.com ,25 Oktober 2009. 



BAB SATU
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan ……………………………………………………………
1.2 Latar Belakang Kajian …………………………………………………
1.3 Permasalahan Kajian ……………………………………………………
1.4 Persoalan Kajian ………………………………………………………
1.5 Objektif Kajian …………………………………………………………
1.6 Skop Kajian ……………………………………………………………
1.7 Hipotesis …………………………………………………………
1.8 Kepentingan Kajian …………………………………………………….
1.9  Kajian Lepas ……………………………………………………
1.10 Metodologi Kajian ………………………………………………………
1.10.1 Kaedah Pengumpulan Data
1.10.2 Metode Analisis Data ……………………………………
BAB DUA
PELABURAN ZAKAT DALAM PENINGKATAN EKONOMI PARA MUSTAHIQ
2.1 Pengenalan ………………………………………………………………
2.2 Pengertian Zakat …………………………………………………………
2.3 Pelaburan Islami ………………………………………………………
2.3.1 Kelebihan Pelaburan Islami………………………………………………
2.3.2Landasan Pelaburan Islami ……………………………………
2.4 Peranan pelaburan zakat dalam peningkatkan ekonomi...........................
2.6.1 Definisi pertumbuhan ekonomi....................................................
2.6.2 Pelaburan zakat mampu menghilangkan pengangguran..................
2.6.3 Pelaburan zakat mampu menghilangkan angka kefakiran.................
2.5 Instumen-Intrumen pelaburan islami.......................................................
2.5.1 Murabahah..........................................................................
2.5.2 musyarakah............................................................................
2.5.3 bai` salam............................................................................
2.5.4 Istisna`............................................................................
2.5.5 Ijarah............................................................................
2.5.6 Mudharabah............................................................................
2.5.7 Muzara`ah............................................................................
2.6 Para mustahiq dalam kontek modern..........................................................
            2.6.1 Pengertian Mustahiq............................................................................
2.6.1.1Fakir dan miskin............................................................................
2.6.1.2 Amil zakat............................................................................
2.6.1.3 Yang dijinakkan hari mereka.............................................
2.6.1.4 Riqab dan gharim orang yang berhutang.................................
2.6.1.5 Dijalan Allah..................................................................
2.6.1.6 Ibnu sabil.............................................................................
2.7 Pola pelaburan Islami………………………………………………………….
            2.7.1 Tidak bertentangan dengan Ahkam syar`iah…………………………
            2.7.2 Terdapat Kemaslahatan bagi Yang berhak………………………….
            2.7.3 Terdapat kemaslatan  bagi khalayak ramai……………………………
2.8. Kedudukan pelaburan zakat dalam pandangan fiqah islami……………………..
            2.8.1.pengertian………………………………….
2.8.1 Pembayaran zakat fauri atau tarakhi……………..
                        2.8.1.1. Pelaburan zakat oleh Muzzaki………………..
                        2.8.1.2 Pelaburan zakat oleh Imam atau Institusi zakat …………...
2.9 Sumber-sumberZakat.......................
            2.9.1 Sumber Zakat dari Al-Quran dan AL-hadist……………..
2.9.1 Sumber-sumber zakat dalam era modern …………………
Kesimpulan ………………………………………………………………
BAB TIGA
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN DAN
PROFIL LZS DAN BMA
3.1 Pengenalan ………………………………………………………………
3.2 Latar belakangInstitusi Zakat……………………………………………
3.2.1Periode Kewajipan Zakat Dalam Islam
3.2.2  Institusi Zakat Modern
            3.2.2.1.Perkembangan Pelaburan Zakat Di Malaysia
            3.2.2.2 Perkembangan Pelaburan Zakat Di Indonesia
3.3 Profil Lembaga Zakat Selangor
3.3.1 Latar Belakang
3.3.2 Visi dan Misi
3.3.3 Pengurusan Zakat di LZS
3.3.4 Program tahunan
3.3.5 Program unggulan
3.3.6 Instrumen-instrumen pelaburan zakat LZS
            3.3.6.1 strategi-strategi pelaburan LZS
3.3.6.1 Kesan pelaburan pada peningkatkan ekonomi para mustahiq
3.3.7 Struktur Organisasi Lembaga Zakat Selangor
3.3 Profil Baitul Mal Aceh ………………………………………………….
3.3.1 Sejarah aceh dan pendadbiran zakat
3.3.2 Sejarah perkebangan BMA
3.3.4 Visi dan misi
3.3.5 Struktur Organisasi BMA Sekarang
3.4 Instrumen-intrumen pelaburan zakat di BMA
3.5 Srategi pelaburan zakat BMA
            3.5.1Pengelolaan Zakat Produktif (UPZP)
            3.5.2 Pola-pola zakat produktif
            3.5.3 Kesan zakat produktif dalam peningkatan ekonomi para mustahiq
3.6 Kesimpulan ………………………………………………………………
BAB EMPAT
ANALISIS PERANANPELABURAN ZAKAT DALAM PENINGKATAN EKONOMI PARA MUSTAHIQDI LZS DAN BMA
4.1 Pengenalan ………………………………………………………………
4.2 Rangkuman
4.3 Peranan Lembaga Zakat Selangor  dan Baitul Mal Aceh dalam pelaburan
4.3.1jenis srategi pelaburan zakat
4.3.1.1 Analisis Bahagian Dalaman (Internal) dan Luaran (External) Institusi
4.3.1.1.1Bahagian Dalaman (Internal) ……………………………………
4.3.1.1.2 Faktor-faktor kekuatan (strenght) ……………………
4.3.1.1.3 Faktor-faktor kelemahan (weakness) ………………
4.3.1 Bahagian Luaran (External) ……………………………………
4.3.1.1 Faktor-faktor peluang (opportunity) ………………
4.3.1.2 Faktor-faktor cabaran atau ancaman (threats) ………
4.4 Strategi pelaburan zakat efektif danAlternatif
4.4.1 Memanfaatkan Kekuatan dan Peluang …………………………
            4.4.2 Mengatasi Kelemahan dan Menghilangkan Ancaman …………
4.5 Prestasi Kutipan Pelaburan
4.6 Strategi Pelaburan  Zakat Yang Berkesan
4.7 Mewujudkan System Pengurusan Yang Berkesan
4.8 Kesimpulan ……………………………………………………………
BAB LIMA
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan ………………………………………………………………
5.2 Kesimpulan ……………………………………………………………
5.3 Cadangan ………………………………………………………………
BIBLIOGRAFI ………………………………………………………………
LAMPIRAN …………………………………………………………………




[1]Prof.DR.Yusuf al-Qardhawi(1996)Fiqih ZakatCet 23,J.1,Bairut:Muassasah al-Risalah.h,7
[2]DR.Jamaluddin A`Tiah,Maqasid Ilmu Al-Iqtisan Al-Islami:Journal.H.244-245
[3]Amir Hamzah (2009), “Masa depan Zakat Indonesia: Studi Kasus Zakat Sebagai Instrumen
Pembangunan Daerah di Lebak”, (Makalah yang disampaikan pada acara Wisuda The Indonesia
Magnificence of Zakat (IMZ), Jakarta, 28 Oktober 2009).
[4]Abdurrahman Qadir (2001), Zakat Dalam Dimensi Mahdah dan Sosial. e. 1, c. 2, Jakarta: Raja Grafindo Persada, h. 109.
[5] Prof.Dr.Rafiq Yunus el-Masri(2006),al-Nimâ Fi Zakah al-Mâl,cet,1.Suriah:Darul Al-Maktabi


[6]Sunan Tirmizi(1410)H,Bab Tentang Kesabaran Atas Musibah Dan Apa Yang Dicabut  Dari Seseorang  Daripada Kelezatan Dan Syahwah. Cet 1.No Hadist 9700,J.7 Bairut:Darul Kutub Al-Ilmiah,h.119

[7]Ali Bin Muhamamad Al-Jum`ah(1421)H,Mu`Jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiah Wa Al-Islamiah,Cet,1 T H.5,Riyadh:Maktabah al-Abikan,


[8]http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelaburan : lht, Sullivan, Arthur; Steven M. Sheffrin (2003). Economics: Principles in action, 271, Upper Saddle River

[10]Dr.Khadijah al-Nabrawi,Tahrim Riba Wa Muwajahah Tahdiat Al-Ashru,Hal.316

[11]Dr.Muhammad Muhammad Jahin(1998),al-Tanzim al-Idari Limuassah al-Zakah Fi Tatbiq al-Mu`asarah, Cet.1998 J.4.H.kaherah:Dhaman Abhas Nadwah al-Tatbiq al-Mu`asarah Li Zakah,:Markaz Salah Kamil Li Iqtisad al-Islami

[12]Republik Indonesia (2006), Undang-undang Republik Indonesia No. 11/2006 tentang Pemerintahan
Aceh, Banda Aceh: Jabatan Informasi dan Komunikasi Provinsi Aceh.
[13] Profil Badan Baitul Mal Aceh, http://www.baitulmal-aceh.com ,25 Oktober 2009. 
[14]Imam Muhammad Abu Zahrah(1995),al-Alaqaah al-Dauliyah Fi al-Islam,h.45,Kaherah:Darul al-Fikri Al-Arabi,

[16]Yusuf al-Qaradhawi (2005), Spektrum Zakat Dalam Membangun Ekonomi Kerakyatan, Sari Narulita
(terj.), Jakarta: Zikrul Hakim, h. 24.
[19]Republik Indonesia (1999a), op.cit.,pasal 16 ayat 2.
[20] Muhammad Uthman Shabir(2004),Istishmar Amwal al-Zakah Ru`Yatun Fiqhiyatun Mu`asarah Cet 3,Journal,Oman:Darun al-Nafais
[21]Armiadi Musa Basyah (2008), “Pentadbiran Zakat di Baitul Mal Aceh: Kajian Terhadap Agihan ZakatBagi Permodalan Masyarakat Miskin” (Tesis, Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya), h. iii.
[22]Nurhikmah Binti Nursyam (2005), “Keberkesanan Agihan Zakat Modal Dalam Meningkatkan
Ekonomi Masyarakat Miskin di Daerah Pekan Baru, Riau : Kajian di Badan Amil Zakat Riau Indonesia”(Tesis, Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), h. iv dan 10.
[23]Adibah Abdul wahab (2008), “Peranan Agihan Zakat Dalam Mengurangkan Masalah Kemiskinan
Bandar: Kajian Kes di Lembaga Zakat Selangor” (Tesis, Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), h. iii dan 100.
[24]Patmawati Hj Ibrahim (2008), “Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal”,
Jurnal Syariah. Jil.16, bil. 2 [2008], h. 223-244.
[25]M. Ismail Yusanto dan M. Karebet Widjajakusuma (2003), Manajemen Strategis Perspektif Syariah.c.1 Jakarta: Khairul Bayan, h. 29.
[26]Freddy Rangkuti (2005), Analisa SWOT Teknik Membedah Kasus Bisnis. Jakarta: PT. Gramedia, h. 31.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar