PENGHARAMAN KENDURI ARWAH, TAHLILAN,
YASINAN & SELAMATAN
Amalan mengadakan kenduri arwah dengan pembacaan surah al-Fatihah, Surah al-
Ikhlas, Surah al-Falaq, surah an-Nas, surah Yasin dan beberapa ayat yang lain
secara beramai-ramai amat bertentangan dengan nas al-Quran, hadis-hadis sahih
dan athar para sahabat. Membaca al-Quran berjamaah (beramai-ramai) dengan
mengangkat suara sehingga tidak ketahuan bunyi bacaan dan siapa pendengarnya
telah ditegah oleh Allah di dalam firmanNya:
وَاِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوْا لَهُ وَاَنْصِتُوْا
لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ.
“Dan apabila dibacakan al-Quran,
maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat
rahmat”.
AL-A’RAF, 7:204.
Begitu juga al-Quran diturunkan dari langit bukan untuk dibacakan
kepada orang yang sudah mati, tetapi untuk orang yang masih hidup dan wajib
dibaca oleh mereka yang masih hidup, kerana orang mati sudah tidak mampu lagi
mendengar perintah al-Quran sebagaimana firman Allah:
اِنَّكَ لاَ تُسْمِعُ
الْمَوْتَى
“Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang mati itu
mendengar”.
AN-NAML, 27:80.
وَمَا يَسْتَوِى اْلاَحْيَآءُ وَلاَ اْلاَمْوَاتُ ، اِنَّ اللهَ
يُسْمِعُ مَنْ يَّشَآءُ ، وَمَا اَنْتَ بِمُسْمِعٍ مَّنْ فِى الْقُبُوْرِ.
“Dan tidak sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang
mati, sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang
dikehendakiNya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang dalam
kubur dapat mendengar”.
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam pula telah
bersabda bahawa apabila seseorang yang telah mati, sama ada para nabi, para
rasul atau para wali maka semua tangungjawab dan segala urusannya dengan
persoalan dunia telah tamat, selesai dan terputus sehingga tiada kaitan dan
hubungannya lagi dengan dunia dan para penghuninya kecuali tiga perkara
sebagaimana sabda baginda:
اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَـان اِنـْقـَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ
ثَلاَثَةٍ : صَدَقَـةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمٍ يـُنـْتـَفَعُ بـِهِ ، أوْوَلـَدٍ
صَالحٍ يـَدْعُـوْلَهُ
"Apabila mati anak Adam,
putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."6
[1]
Walaupun hadis di atas hanya menyebut doa dari anak yang soleh untuk
ibu bapanya, namun permohonan doa kaum muslimin di dunia yang masih hidup untuk
mereka yang sudah mati juga diharuskan. Walau bagaimanapun, doa
dari anak yang soleh adalah berpanjangan dan tidak terputus kerana anak
termasuk hasil usaha seseorang semasa di dunia yang keluar dari tulang
sulbinya.
Anak yang soleh disebut oleh Nabi di dalam sabdanya sebagai penyambung amal
jariah setelah kematian orang tuanya. Sebab itulah Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa sallam menggalakkan orang-orang beriman supaya mengahwini perempuan-perempuan
yang solehah, yang subur dan pandai memelihara anak-anaknya agar anak-anak yang
ditinggalkan akan menjadi penyambung amal jariah dan mendoakannya. Sehingga
tidak dipertikaikan oleh kalangan para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang
bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa amalan ibu-bapa yang terputus sewajarnya
disambung oleh anak-anak yang ditinggalkan oleh orang tuanya. Apa yang
perlu diberi perhatian: "Hanya anak-anaknya sahaja, bukan orang
lain" yang dibolehkan menyambung amal orang tuanya yang terputus
sebagaimana yang dapat difahami dari dalil-dalil yang berikut:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ
اِلَى النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ
اِنَّ اُمِّيْ مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ اَفَاَقْضِيْهِ عَنْهَا ؟
فَقَالَ : لَوْ كَانَ عَلَى اُمِّكَ دَيْنٌ اَكُنْتَ قَاضِيْهِ عَنْهَا ؟ قَالَ :
نَعَمْ . قَالَ : فَدَيْنُ اللهِ اَحَقُّ اَنْ يُقْضَى.
Dari Ibn Abbar radiallahu ‘anhu
berkata: Seorang lelaki datang kepada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
bertanya: Ya Rasulullah! Ibuku telah meninggal sedangkan dia masih
berhutang puasa sebulan belum dibayar, apakah boleh aku membayarnya untuk
ibuku? Baginda menjawab: Andaikata ibumu menanggung hutang apakah
engkau yang membayarnya? Beliau menjawab: Ya. Maka baginda
bersabda: Hutang kepada Allah lebih patut dibayarnya”.7 [1]
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا : اَنَّ رَجُلاً اَتَى النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِنَّ اُمِّيْ
اقْتُلِتَتْ نَفْسَهَا وَلَمْ تُوْصِ وَاَظُنُّهَا لَوْتَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ
اَفَلَهَا اَجْرٌ اِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ .
“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anhu
berkata: Bahawasanya seorang lelaki datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi
wa-sallam dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku telah mati mendadak,
sehingga dia tidak berkesempatan untuk berwasiat dan saya rasa andaikan ia
mendapat kesempatan berkata tentu dia berwasiat (supaya bersedekah).
Adakah ia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Baginda
sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Ya”.8
[1]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا اَنَّ امْرَاَةً مِنْ
جُهَيْنَةَ جَاءَ تْ اِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ
: يَا رَسُوْلَ اللهِ ، اَنَّ اُمِّيْ نَذَرَتْ اَنْ تَحِجَّ فَلَمْ تَحِجَّ
حَتَّى مَاتَتْ اَفَاَحِجُّ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ حُجِّيْ عَنْهَا .
اَرَاَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَيْهَا دَيْنٌ اَكُنْتَ قَاضِيَتَهُ ؟ اُقْضُوْا اللهَ
فَاللهُ اَحَقُّ بِالْقَضَاءِ وَفِى رِوَايَةٍ : فَاللهُ اَحَقُّ بِالْوَفَاءِ.
"Dari Ibn Abbas radiallahu
'anhuma berkata: Seorang perempuan dari suku Juhainah datang kepada nabi
Sallallahu 'alaihi wasallam bertanya: Ibuku nazar akan mengerjakan haji,
tetapi dia telah meninggal sebelum menunaikan nazarnya apakah boleh aku
menghajikannya? Baginda menjawab: Ya, hajikan untuknya, bagaimana
sekiranya ibumu menanggung hutang, apakah engkau yang membayarnya?
Bayarlah hak Allah, kepada Allah lebih layak orang membayarnya".9 [1]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا . اَنَّ رَجُلاً اَتَى
النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : اَنَّ اَبِىْ مَاتَ
وَعَلَيْهِ حَجَّةُ اْلاِسْلاَمِ اَفَاَحُجَّ عَنْهُ ؟ فَقَالَ : اَرَاَيْتَ لَوْ
اَنَّ اَبَاكَ تَرَكَ دَيْنًا عَلَيْهِ اَتَقْضِيْهِ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ .
قَالَ : فَاحْجُجْ عَنْ اَبِيْكَ .
"Dari Ibnu Abbas radiallahu
'anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa-sallam lalu bertanya: Ayahku telah meninggal dan belum
mengerjakan haji, apakah boleh aku menghajikannya? Baginda menjawab:
Bagaimana jika ayahmu meninggalkan hutang, apakah kamu yang membayarnya?
Jawabnya: Ya. Baginda bersabda: Maka hajikanlah untuk ayahmu".10 [1]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : تُوُفِّيَتْ اُمُّ
سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ وَهُوَ غَائِبٌ عَنْهَا . فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ
اِنَّ اُمِّيْ تُوُفِيَّتْ وَاَنَا غَائِبٌ عَنْهَا اَيَنْفَعُهَا شَيْءٌ اِنْ
تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ فَاِنِّيْ اُشْهِدُكَ اَنَّ
حَائِطِى الْمِخْرَافَ صَدَقَةٌ عَنْهَا
"Dari Ibn Abbas radiallahu
'anhu berkata: Ibu Sa'ad bin 'Ubadah ketika meninggal sedang Sa'ad tidak
ada. Lalu Sa'ad berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku telah
meninggal diwaktu aku tidak ada di rumah, apakah kiranya akan berguna baginya
jika aku bersedekah? Baginda menjawab: Ya!. Berkata
Sa'ad: Saya persaksikan kepadamu bahawa kebun kurma yang berbuah itu
sebagai sedekah untuknya".11 [1]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: جَاءَ تْ
اِمْرَاَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَقَالَتْ : يَا رَسُـوْلَ اللهِ ، اَنَّ فَرِيْضَةَ
اللهِ عَلَى عِبَادِهِ فِى الْحَجِّ اَدْرَكَتْ اَبِيْ شَيْخًا كَبِيْرًا لاَ
يَثْبُتُ عَلَى الرَّاحِلَةِ . اَفَاَحُجُّ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ . وَذَلِكَ
فِى حَجَّةِ الْوَدَاعِ.
"Dari Ibn Abbas radiallahu
'anhu berkata: Seorang wanita dari suku Khasy'am datang kepada Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam lalu bertanya: Ya Rasulullah!
Kewajipan Allah atas hambaNya berhaji telah menimpakan ayahku yang sangat tua
sehingga tidak dapat berkenderaan, apakah boleh aku menghajikannya?
Baginda menjawab: Ya boleh. Dan pertanyaan ini terjadi ketika haji
al-Wada'.12 [1]
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَجُلاً قَالَ
لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِنَّ اَبِيْ مَاتَ وَتَرَكَ
مَالاً وَلَمْ يُوْصِ فَهَلْ يَكْفِى عَنْهُ اَنْ اَتَصَدَّقَ عَنْهُ؟ قَالَ :
نَعَمْ.
“Dari Abi Hurairah radiallahu anhu
berkata: Ada seorang lelaki datang kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi
wa-sallam dan berkata: Ayahku telah meninggal dan dia meninggalkan harta
dan tidak berwasiat, maka apa berguna baginya jika aku bersedekah untuk
dia? Jawab baginda: Ya".13 [1]
Al-Quran menjadi garis panduan kepada mereka yang masih hidup. Dengan
demikian, orang yang dapat mengambil panduan mestilah dari kalangan orang-orang
yang masih hidup sahaja. Orang-orang yang telah mati sudah tidak memerlukannya
lagi kerana kehidupannya telahpun berakhir di dunia ini. Allah Subhanahu
wa Ta'ala berfirman di dalam surah Yasin bahawa:
اِنْ هُوَ اِلاَّ ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِيْنٌ . لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ
حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِريْنَ.
"Al-Quran itu tidak lain
hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan supaya dia memberi
peringatan kepada orang-orang yang hidup".
YASIN, 36:69-70.
Anehnya, surah ini telah disalah gunakan dengan menjadikan bacaan dari yang
hidup untuk si Mati dengan kepercayaan bahawa pahala bacaan dapat memberi
manfaat kepada si Mati. Inilah sangkaan yang buruk terhadap kesempurnaan
kitab Allah disebabkan kejahilan dan mengabaikan ilmu. Mereka tidak sedar
untuk apa tujuan sebenar al-Quran diturunkan kepada manusia. Mereka melakukan
sesuatu terhadap al-Quran tanpa keizinan dari Allah dan RasulNya sepertimana
perbuatan Yahudi dan Nasrani terhadap kitab mereka yang akhirnya terjadi
tambahan, perubahan dan pemansukhan kepada kitab mereka.
Secara yang tidak disedari, perkara seperti ini telah dilakukan juga oleh umat
Islam dengan menambah-nambah, mereka-reka dan mengada-adakan amalan yang
dicipta oleh mereka sendiri yang disangka baik, akhirnya ia membawa kepada
perbuatan bid'ah dan dosa. Allah telah menerangkan akan ramainya manusia
seperti ini lantaran berburuk sangka terhadap kesempurnaan al-Quran sehingga
berani melakukan sesuatu terhadap al-Quran mengikut hawa hafsu mereka.
Allah berfirman:
يَظُنُّوْنَ بِاللهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ.
"Mereka menyangka tidak benar
terhadap Allah seperti sangkaan orang-orang jahiliah".
ALI IMRAN, 3:154.
وَمَا لَهُمْ مِنْ عِلْمٍ اِنْهُمْ اِلاَّ يَظُنُّوْنَ.
"Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai ilmu tentang itu,
mereka tidak lain hanyalah menduga-menduga (menyangka) sahaja".
AL
JAATSYIAH, 45:24
Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan bahawa setiap
insan hanya bertanggungjawab di atas apa yang telah diamalkan oleh dirinya
sendiri semasa di dunia. Tidak ada keterangan bahawa seseorang itu akan memikul
tanggungjawab di atas amalan yang dilakukan oleh orang lain, sama ada yang
bersangkut-paut dengan dosa atau pahala sebagaimana keterangan ayat di bawah
ini:
اَلاَّ تَزِرُوْا وَازِرَةٌ وِزْرَ اُخْرَى ، وَاَنْ لَيْسَ
لِلاِنْسَانِ اِلاَّ مَا سَعَى.
"Sesungguhnya seseorang itu
tidak akan menanggung dosa seseorang yang lain dan bahawasanya manusia tidak
akan memperolehi ganjaran melainkan apa yang telah ia kerjakan".
AN NAJM, 53:38-39.
Berkata al-Hafiz Imam Ibn Kathir rahimahullah:
وَ مِنْ هَذِهِ اْلآيَةِ الْكَرِيْمَةِ اِسْتَنْبَطَ الشَّافِعِى
رَحِمَهُ اللهُ وَمَنِ اتَّبعُهُ اَنَّ الْقِرَاءَ ةَ لاَ يَصِلُ اِهْدَاء
ثَوَابَهَا الْمَوْتَى لاَنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَمَلِهِمْ وَلاَ كَسْبِهِمْ
وَلِهَذَا لَمْ يُنْدَب اِلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اُمَّتَهُ وَلاَ حَثَّهُمْ عَلَيْهِ وَلاَ اَرْشَدَهُمْ اِلَيْهِ بِنَصٍ .
"Melalui ayat yang mulia ini,
Imam Syafie rahimahullah dan para pengikutnya mengambil hukum bahawa pahala
bacaan (al-Quran) dan hadiah pahala tidak sampai kepada si Mati kerana bukan
dari amal mereka dan bukan usaha meraka (si Mati). Oleh kerana itu
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam tidak pernah mensunnahkan umatnya dan
mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan tidak pula menunjuk kepadanya
(menghadiahkan bacaan
kepada si Mati) walaupun dengan satu nas (dalil)".14 [1]
Al-Hafiz Imam as-Syaukani rahimahullah menjelaskan di dalam
tafsirnya:
لَيْسَ لَهُ اِلاَّ اَجْرُ سَعْيِهِ وَجَزَاءُ عَمَلِهِ وَلاَ يَنْفَعُ
اَحَدًا عَمَلُ اَحَدٍ.
"Seseorang tidak akan mendapat melainkan balasan atas
usahanya dan ganjaran amalan (yang diamalkannya sendiri), ia tidak memberi
manfaat kepada seseorang akan amalan orang lain."15 [1]
Menurut Imam Ibn Kathir rahimahullah pula
ayat di atas bermaksud:
كَمَا لاَيحْملُ عَلَيْهِ وِزْرُ غَيْرِهِ كَذَلِكَ لاَيَحْصلُ مِنَ
اْلاَجْرِ اِلاَّ مَا كَسَبَ هُوَ نَفْسَهُ.
"Sebagaimana tidak dipikulkan
(tidak dipertanggung-jawabkan) dosa orang lain begitu juga ia tidak mendapat
ganjaran melainkan apa yang telah ia kerjakan (usahakan) sendiri (semasa di
dunia)".16 [1]
Imam Ibn Kathir rahimahullah seterusnya
menegaskan bahawa:
اِنَّ النُّفُوْسَ اِنَّمَا تُجَازَى بِاَعْمَالِهَا اِنْ خَيْرً
فَخَيْرًا وَاِنْ شَرَّا فَشَرًّا
"Sesungguhnya manusia itu
hanya menerima balasan menurut amalnya, jika baik maka baiklah balasannya dan
jika buruk maka buruklah balasannya".17 [1]
Dan Imam Ibn Kathir berkata lagi:
لَمْ يُنْقَلْ ذَلِكَ عَنْ اَحَدٍ مِنَ الصَّحَابَةِ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُمْ وَلَوْكَانَ خَيْرًا لَسَبَقُوْنَا اِلَيْهِ.
"Tidak pernah disalin
(diterima) perkara itu (menghadiahkan bacaan kepada orang mati) walaupun dari
seorang dari kalangan para sahabat radiallahu 'anhum. Jika sekiranya ia
suatu yang baik pasti mereka telah mendahului kita melakukannya".18 [1]
Imam at-Tabari rahimahullah pula menafsirkan ayat ini:
اَنَّهُ لاَ يُجَازَى عَامِلٌ اِلاَّ بِعَمَلِهِ خَيْرًا كَانَ اَوْ
شَرًّا
"Bahawasanya seseorang itu
tidak menerima balasan dari amalnya, melainkan apa yang telah dikerjakan, sama
ada (amalnya) itu baik atau buruk".19 [1]
Dan seterusnya Imam at-Tabari menjelaskan lagi:
لاَيُؤَاخَذُ بَعُقُوْبَةِ ذَنْب غَيْرُ عَامِلِهِ وَلاَ يُثَابُ عَلَى
صَالِحٍ عَمَلِهِ غَيْرُهُ
"Tidak disiksa seseorang itu
dengan sesuatu siksaan jika ia tidak mengerjakan dosa tersebut, dan tidak
diberi ganjaran di atas amal soleh untuk orang yang tidak mengerjakannya
"..20 [1]
Imam Fakhur ar-Razy rahimahullah
pula menafsirkan:
اِنَّ الْحَسَنَةَ الْغَيْرِ لاَ تُجْدِى نَفْعًا وَمَنْ لَمْ يَعْمَلْ
صَالِحًا لاَيَنَالُ خَيْرًا فَيَكْمُلُ بِمَا وَيَظْهَرُ اَنَّ الْمُسِيْئَ لاَ
يَجِدُ بِسَبَبِ حَسَنَةِ الْغَيْرِ تَوَابًا وَلاَ يَتَحَمَّلُ عَنْهُ اَحَدٌ
عِقَابًا.
"Sesungguhnya kebaikan orang
lain tidak memberi manfaat kepada orang lain yang tidak melakukannya, sesiapa
yang tidak beramal soleh ia tidak mendapat kebaikannya. Maka cukuplah
dengan ayat ini sudah jelas bahawa orang yang berdosa tidak boleh mendapat
ganjaran dengan sebab kebaikan orang lain dan tidak seseorangpun akan
menanggung dosanya".21 [1]
Al-Hafiz Imam Jalalain rahimahullah
pula menegaskan:
فَلَيْسَ لَهُ مِنْ
سَعْيِ غَيْرِهِ الْخَيْرَ شَيْئٌ
"Maka seseorang tidak akan
mendapat apa-apapun dari usaha orang lain".22
[1]
Ayat di atas ini amat jelas. Setiap orang mukmin yang berilmu
dan beriman tidak mungkin berani mengubah ayat di atas ini kepada maksud yang
sebaliknya atau menafsirkan kepada maksud dan pengertian yang bertentangan
dengan penafsiran yang diizinkan oleh kaedah ulumul Quran atau syarat
penafsiran yang diterima oleh syara. Tambahan pula ayat di atas ini sudah
jelas makna, maksud dan pengertiannya. Ia telah ditafsirkan juga oleh
jumhur ulama tafsir terutamanya Ibn Abbas melalui hadis dari Aisyah
radhiallahu 'anha:
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : قَالَتْ عَائِـشَةُ
(لَمَّا سَمِعَتُ ذَلِكَ) حَسـْبُكُمُ الْقُرْآن ، وَلاَ تَزِرُوْا وَازِرَة
وِزْرَ أخْرَى. رواه البخاري ومسلم.
"Berkata Ibn Abbas:
Telah berkata Aisyah radiallahu ‘anha ketika mendengar hal tersebut:
Cukuplah bagi kamu ayat al-Quran. Bahawa kamu tidak
(dipertanggung-jawabkan) untuk memikul dosa orang yang lain". H/R
Bukhari dan Muslim.
Imam Ibn Kathir pula menjelaskan:
اِنَّ النُّفُوْسَ اِنَّمَا تُجَازَى بِاَعْمَالِهَا اِنْ خَيْرًا
فَخَيْرًا وَاِنْ شَرًّا فَشَرًّا.
"Seseorang jiwa hanya dibalas
menurut amalannya. Jika baik maka baiklah balasannya dan jika amalannya
jahat maka jahatlah balasannya".23 [1]
Oleh yang demikian, sepatutnya setiap mukmin dapat mengenal dan memahami ayat
dan hadis yang menerangkan bahawa setiap insan hanya menuai apa yang
disemainya:
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا
وَمَارَبُّكَ بِظَلاَّمٍ لِلْعَبِيْدِ.
"Sesiapa yang mengerjakan
amal yang soleh maka untuk dirinya sendiri dan sesiapa berbuat kejahatan maka
(dosa-dosanya) atas dirinya sendiri dan tidaklah Tuhanmu menganiaya
hamba".
FUSHILAT, 41:46
وَمَا تُجْزَوْنَ
اِلاَّ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ.
"Kamu tidak akan diberi balasan kecuali apa yang telah kamu
kerjakan".
AS SAFAAT, 37:39.
لَهَا مَاكَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ.
"Baginyalah apa yang dia kerjakan dan atasnyalah apa yang
dia usahakan".
AL BAQARAH, 2:286.
مَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا
فَلأِنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ.
"Sesiapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung
(akibat) kekafirannya dan sesiapa yang beramal soleh maka untuk diri mereka
sendirilah (tempat yang menggembirakan)".
AR RUM, 30:44.
مَنْ عَمِلَ
سَيِّئَةً فَلاَ يُجْزَى اِلاَّ مِثْلَهَا.
"Sesiapa yang melakukan kejahatan maka dia tidak akan
dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan".
AL MU'MIN, 40:40.
مَنِ اهْتَدَى فَاِنَّمَا يَهْتَدِى لِنَفْسِهِ وَمَنْ ضَلَّ
فَاِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُوْا وَازِرَةٌ وِزْرَ أخْـرَى وَمَا
كُنَّا مُعَذِّبِيْنَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً.
"Sesiapa yang beramal secara yang
bersesuaian dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia telah berbuat untuk
(keselamatan) dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat maka kesesatan itu bagi
dirinya sendiri. Seseorang yang berdosa tidak akan dapat memikul
dosa orang lain dan Kami tidak akan mengazab seseorang sebelum Kami
mengutus seorang Rasul".
AL
ISRA', 17:15.
مَنْ تَزَكَّى فَاِنَّمَا يَتَزَكَّى لِنَفْسِهِ.
"Sesiapa yang membersihkan dirinya (dari dosa-dosa) maka
dia telah membersihkan dirinya sendiri".
FATIR, 35:18.
وَاتَّقُوْا
يَوْمًا لاَتَجْزِى نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا.
"Dan hendaklah kamu takut
kepada satu hari yang (di hari tersebut) tidak boleh seseorang melepaskan
sesuatu apa pun dari seseorang yang lain".
AL-BAQARAH, 2:123.
فَالْيَوْمَ لاَ تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلاَ تُجْزَوْنَ اِلاَّ
مَاكُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ.
"Maka pada hari (Kiamat) tidak seorang pun yang teraniaya
sedikit juapun dan tidak dibalas pada kamu melainkan apa yang kamu telah kerjakan".
YASIN, 36:54.
يَاايُّهَاالنَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمْ وَاخْشَوا يَوْمًا لاَ
يَجْزِيْ وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلاَ مَوْلُوْدٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ
شَيْئًا.
"Hai manusia! Hendaklah
kamu takut kepada satu hari (di akhirat) yang (di dalamnya) tidak boleh
seseorang bapa melepaskan (sesuatu apa pun) dari anaknya dan tidak pula anaknya
boleh melepaskan sesuatu apa dari ayahnya".
LUQMAN,
31:33.
مَنْ جَاهَدَ فَاِنَّهَا يُجَاهَدُ لِنَفْسِهِ.
"Sesiapa yang bekerja keras (di dunia) maka tidak
lain melainkan untuk dirinya sendiri".
AL-ANKABUT,
29:6.
Imam Fakhrur Razi telah
memberi komentar tentang kepercayaan bolehnya menghadiahkan pahala amalan
kepada orang yang telah mati:
اِنَّ حَسَنَةَ الْغَيْرِ لاَ تُجْزِى نَفْعًا وَمَنْ لَمْ يَعْمَلْ
صَالِحًا لاَيَنَالُ خَيْرًا فَيَكْمُلُ بِهَا وَيَظْهَرُاَنَّ الْمُسِيْىءَ
لاَيَجِدُ بِسَـبَبِ حَسَنَةِ الْغَيْرِ ثَوَابًاوَلاَ يَتَحَمَّلُ اَحَدٌ
عِقَابًا.
"Sesungguhnya kebaikan orang
lain tidak boleh memberi manfaat kepada orang yang lain kerana sesiapa yang
tidak beramal soleh ia tidak akan mendapat kebaikannya. Maka cukuplah
dengan ayat ini sudah sempurna (memadai) dan jelas bahawa orang yang berdosa
tidak boleh mendapat ganjaran dengan kebaikan orang lain dan tidak ada orang
lain yang boleh menanggung segala dosanya (kesalahannya)".24 [1]
Imam at-Tabari juga telah menerangkan di dalam tafsirnya:
اَنَّهُ لاَيُجَازَى
عَامِلٌ اِلاَّبِعَمَلِهِ خَيْرًاكَانَ اَوْشَرًّا.
"Bahawasanya tidak akan
dibalas seseorang yang beramal melainkan mengikut amalannya, jika baik dibalas
baik dan jika buruk akan dibalas buruk".25 [1]
Banyak nas-nas dari al-Quran yang menjelaskan perkara ini antaranya
ialah firman Allah ‘Azza wa-Jalla:
كُلُّ نَفْسٍ بِمَا
كَسَبَتْ رَهِيْنَةٌ.
"Tiap-tiap jiwa (seseorang)
bergantung kepada apa yang telah ia usahakan (semasa hidupnya)".
AT-THUR, 52:21.
وَاَنْ لَيْسَ
لِلاِنْسَانِ اِلاَّ مَا سَعَى.
"Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat melainkan
(menurut) apa yang telah diusahakan (semasa di dunia)".
AN-NAJM, 53:39.
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَاهُ ، وَمَنْ يَعْمَلْ
مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ.
"Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar debu pasti
dia akan melihatnya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat debu pasti
dia akan melihatnya".
AZ-ZILZAL, 99:7-8.
يَوْمَ يَنْظُرُ
الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ.
"Pada hari seseorang itu akan melihat apa yang telah
diusahakan oleh kedua tangannya".
AN-NABA', 78:41.
Berpandukan kepada semua nas-nas dan beberapa penafsiran di atas, terbuktilah
bahawa membacakan al-Quran dengan tujuan untuk menghadiahkan pahala amalan atau
pahala bacaannya kepada orang lain terutamanya orang mati adalah perbuatan
sia-sia yang membawa kepada bid'ah. Tambahan pula tidak pernah ada
suruhan atau contoh dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam,
para sahabat atau kalangan Salaf as-Soleh yang membolehkannya, maka perbuatan
ini bukanlah sunnah kerana tidak ada dalilnya dari syara. Nabi Muhammad sallallahu
‘alaihi wa-sallam bersabda:
مَنْ صَنَعَ اَمْرًا
عَلَى غَيْرِ اَمْرنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Sesiapa yang melakukan
sesuatu perbuatan yang bukan dari suruhan kami maka ia tertolak (sia-sia dan
bid’ah)”.
H/R Ibn Majah.
[1]. H/R Muslim (3084)
al-Wasaya. Turmizi (1298) al-Ahkam. Nasaii (3591)
al-Wasaya. Abu Daud (2494) al-Wasaya. Ahmad (8489) Musnad.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar