Rabu, 22 Mei 2013

TAHAJUD (SOLAT MALAM)


  TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah 
malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai 
shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin 
Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat 
ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. 
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam 
mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu 
juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini. 
TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray 
Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University 
of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian-tidurayam dan tidur lelap. 
Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu 
berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa 
berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah 
ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam. 
Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita 
tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. 
Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia 
akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian  dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti 
melatih diri kita tidur mengikut peraturan. 
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, 
mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu 
badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan 
jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, 
Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan 
pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. 
Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang 
tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama 
yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh. 
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan 
mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. 
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods 
are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before 
I sleep." 
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji 
yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur." 
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden 
fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the 
night." - Longfellow 
Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak 
didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada 
waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " 
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan 
dalam hidup mereka. 
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan 
kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika 
itulah manusia sedang nyenyak tidur. 
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu 
mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental 
kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah 
Maha Mengetahui. 
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud 
di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari 
dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan 
melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat 
penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang 
dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga 
esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen 
tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini. 
RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada 
mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan 
letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita 
manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah 
tangan. 
Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas 
kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus 
ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang 
dan tulang tungkin.  Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot  kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. 
Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang  kita gerakkan.  Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kitaduduk, kemudian kita sujud lagi  dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah  secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, 
lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi. 
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara 
dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan 
tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita 
memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. 
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen 
yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan 
memastikan kesihatan tubuh badan kita. 
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu 
menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. 





Tidak ada komentar:

Posting Komentar