AKIDAH DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM.
Motto.
عن ابن عباس قال خطب
رسول الله فقال إن الله قد أعطى كل ذي حق حقه الا إن الله فرض فئرض وسن سننا و حد
حدودا وأحل حلالا و حرم حراما وشرع الدّين فجعله سهلا سمحا واسعا و لم يجعله ضيقا
ألا انه لا ايمان لمن لا أمانة له ولا دين لمن لا عهد له ومن نكث
ذمة الله طلبه ومن نكث ذمي خاصمته ومن خاصمته فلجت عليه ومن نكث ذمني لم ينل
شفاعتى ولم يرد على الحوض.
رواه الطبرانى
Maksudnya:
“Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda dan berkata: Sesungguhnya Allah telah memberi tiap-tiap yang
berhak akan haknya. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan yang fardhu menentukan
yang sunat, menggariskan (hukum) hudud. Allah telah menghalalkan perkara yang
halal, mengharamkan perkara yang haram. Allah menggubal ad-Din cara hidup yang
mudah, lapang dan luas. Ia tidak menjadikannya sempit. Sesungguhnya tidak
beriman (sempurna iman) orang yang tidak amanah tidak beragama yang tidak boleh
dipegang janjinya. Barang siapa yang menyalahi janji setianya dengan Allah
pasti ia dituntut oleh-Nya. Siapa yang menyalahi janjinya denganku nescaya aku
menjadi lawannya, manakala siapa yang menjadi lawanku pasti aku akan kalahkan.
Siapa yang menyalahi janjinya denganku maka tidaklah ia mendapat syafaatkudan
tidaklah ia sampai ke Haudh (kolam air pelepas dahaga di akhirat).”
I. Mukaddimah.
Manusia digerakkan oleh berbagai dorongan.
Dorongan itu bersumberkan dasar asas pemikirannya. Andaikata akal nya tidak di
huni oleh suatu pola pemikiran khusus
tetapi sekadar pemikiran yang terpancar pancar serta keyakinan yang tidak
terarah maka sikap dan tindak tanduknya ditentukan oleh perasaan dan
pertimbangan yang terkuat tanpa merujuk kepada suatu pola pemikiran khusus.
Sebaliknya jika akar tersebut telah dikuasai oleh suatu minhaj berfikir atau
pola pemikiran khusus maka seluruh gerak dan sikapnya akan merujuk kepada pola
tersebut dengan segala kriteria khususnya.
II. Pengertian Akidah.
Asas pola pemikiran ini disebut iman . Tauhid
adalah ciri khasnya. Ubudiah intipatinya manakala akidah adalah rentetan darinya.
Ibadah pula gandingannya. Akhlak buah dan hasil tuaian nya.
Dari segi bahasa akidah bermakna simpulan
atau ikatan. Ia membayangkan komitmen atau sikap yang terikat dengan pola
keimanan dan pemikiran yang di internalize oleh seseorang . Keyakinan dan
pemikiran tersebut mengandungi nilai , narm, role atau peranan dan sebagainya.
Akidah bukan hanya mencorakkan minda atau
pemikiran tetapi juga perasaan interaksi, sikap, sahsiah dan struktur budaya,
sistem hidup dan akhlak seseorang .
Akidah keagamaan yang kuat mengikat pemikiran
dan corak hidup manusia. Ia akan menjernihkan rohaniah meluruskan kaedah
berfikir, menghasilkan kebijaksanaan yang berasaskan kepada petunjuk Allah. Ia
akan menjadikan manusia mengikut pedoman Al Quran, Sunnah, Ijma' dan kias. Tujuan
utama manusia beriman dan berakidah Islamiah ialah untuk menyembah Allah
selaras dengan firman Allah:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِي
Bermaksud
" Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah ".
(Surah Al-Zariyat 56)
Komitmen keagamaan yang kuat juga sering
menghasilkan tamaddun manusia dari abad keabad. Hampir tidak ada tamadun
manusia yang tidak di latari oleh motivasi agama. Tamadun Islam masa lampau di
jana oleh kekentalan akidah, kekuatan iman yang amat padu oleh para leluhun
dizaman silam. Para salaf al Saleh tersebut gigih mendaulatkan keyakinan mereka
di bumi Allah. Mereka sanggup menempuh berbagai-bagai jenis cababran, dugaan
hinggalah maut ataulah mati syahid.
Akidah merujuk kepada keyakinan bahawa sumber
nilai norm dan hukum hakam ialah Allah swt yang maha esa. Segala-galanya
dijadikan berkhidmat untuk Allah, sesuai dengan kehendak Allah. Akidah Islam
selaras dengan fitrah manusia. Allah berfirman:
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا
Maksudnya
"Ia adalah agama fitrah yang manusia semuanya dicipta berdasarkannya".
(Surah Al-Rum 30)
Allah berfirman lagi:
قُلْ
لَوْ كَانَ مَعَهُ آلِهَةٌ كَمَا يَقُولُونَ إِذًا لَابْتَغَوْا إِلَى ذِي
الْعَرْشِ سَبِيلًا(42)سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوًّا
كَبِيرًا
Maksudnya "Katakan kalau ada tuhan lain
bersama Allah seperti mana yang mereka katakan mescaya tuhan-tuhan lain itu
akan cuba berusaha menggeser tuhan yang menduduk arasy. Akan tetapi Maha suci
dan terlalu mah a tinggi dan agung Allah dari tewdedah (kepada sebarang
gugatan) seperti mana yang mereka katakan".
(Surah Al-Isra’ 42)
Firman Allah lagi:
مَا
اتَّخَذَ اللَّهُ مِنْ وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَهٍ إِذًا لَذَهَبَ
كُلُّ إِلَهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلَا بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ سُبْحَانَ اللَّهِ
عَمَّا يَصِفُونَ
Maksudnya
"Masakan Allah mempunyai anak apatah lagi masakan pula ada
bersamanya tuhan yang lain. Kalau demikian tentu tuhan akan membawa pergi apa
yang mereka cipta. Dan sudah tentu pula segolongan tuhan akan menguasai
segolongan tuhan yang lain (akan tetapi) maha suci Allah ( untuk berkeadaan)
seperti yang mereka sifatkan. Ia maha mengetahui perkara yang gaib dan yang ada
di dunia nyata. Sesungguhnya ia maha tinggi dari segala yang sekutukan,
(Surah Al-Mu’minun 91)
Tauhid Rububiah dan Uluhiah menjernihkan asas
iman kepada Allah sebagai penguasa alam yang mutlak. Kehendaknya mutlak, penilaiannya
adalah yang terbaik. Norma dan pattern peri laku yang di sunnah kannya adalah
yang terbaik. Muhammad pesuruhnya adalah setepat-tepat model untuk manusia yang
ingin perintah Nya yang amat bijaksana.
Iman ialah قول القلب واللسان وعمل
العلب واللسان والجوارح
Ungkapan hati dan lidah. Ia juga amalan hati,
lidah dan anggota. keimanan yang benar dan tulus memungkinkan seseorang
mencapai mertabat yang paling tinggi di dunia dan juga di akhirat. Allah
berfirman:
أُوْلَئِكَ هُمْ الصِّدِّيقُونَ وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ
maksudnya:
Orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya, mereka itulah golongan
siddiqin ( jujur tulin).
(Surah
Al-Hadid 19)
Mereka menurut dan menerima nilai-nilai Islam
yang mencorakkan sikap, tanggapan dan emosi mereka dengan hati dan dengan
perbuatan. Mereka lumrahnya berkata:
رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Maksudnya:
"Hai tuhan kami, kami beriman dengan segala yang telah engkau
turunkan dan kami mengikut rasulallah saw. Oleh itu catitkanlah (nama) kami bersama dengan orang-orang yang menjadi
saksi.
(Surah
Ali- Imran 53)
Keimanan ialah kecenderungan hati kepada
nilai dan cabang-cabang iman ( lihat lampiran 1).
III. Penghayatan
Akidah.
Islam yang menjadi cara gaya hidup yang
berteraskan akidah sudah pasti suatu ajaran yang merangkum dan syumul. Ia
begitu luas dan menyentuh perbagi aspek hidup. Kerana itu rasullullah saw
bersabda:
إن هذا الدين متبين فأغلوا فيه بالرفق
maksudnya
Agama Islam ini utuh padu, oleh itu dalamilah ( pengetahuan dan
penghayatannya ) dengan lemah lembut.
Peenghayatan akidah ini melibatkan pengubat
hati nurani dan intiosi dengan nilai dan cabang-cabang nya yang bersifat
kejiwaan. Hati manusia ibarat raja. Apabila raja tunduk kepada Islam maka
rakyat jelata mesti tunduk kepadanya. Sebaliknya jika raja menolak dan murka
kepada nilai-nilai ajaran Islam sudah pasti rakyat akan menghadapi kesukaran
untuk melaksanakan tuntutan iman.
Ibnu Hajar Al Asqdawi menjelaskan 24 cabang
iman yang sewajar di cambah dalam hati termasuk penerimaan kepada rasullulah
sebagai role model, takut kepada Allah, harap kepada Allah dan sebagai nya.
Keseluruhan cabang iman yang berkaitan dengan pembentukkan Dhomin atau
consience keimanan harus diusahakan oleh seluruh agensi kerajaan dan peringkat
masyarakat.
Pembentukan insan yang beriman juga suatu
manifestasi penghayatan akidah. Ia menuntut pembersihan alat komunikasi dan
mediamassa dari fahaman anti agama teradisi dan dakwah Islam atau alim ulama . Lisan dan media yang
kerap mencemoh segala yang berkait dengan Islam dan teradisi atau jentera
penerangan dan kebudayaan yang lebih mempopularkan nilai-nilai munkar, ssufur
(pendedahan) dan gaya hidup barat tentu akan meracuni pemikiran rakyat dan
jenerasi baru. Mereka secara tabii akan meniru gaya hidup yang serba keduniaan
dan sekular hasil daripada pengaruh media tersebut.
Pembentukkan persenoliti Muslim yang baik
mungkin juga bermakna pembentukkan dan pembangunan manusia yang seimbang dan
matang. Mengujudkan keluarga yang taat dan berdisiplin membawa kepada
masyarakat bertakwa, adil mengamalkan nilai-nilai murni dan sebagainya.
Mengujudkan sistem persekolahan yang menyuburkan akidah `islam bukan sibuk
menyuburkan sukan dan seni sahaja. ada setengah pendidik yang begitu peka
dengan pendidikan jasmani tetapi tidak seimbang sekali dengan kepekaan nya
kepada pendidikan ruhani atau akhlak. Ada yang begitu asyik dengan teknolooogi
tetapi memandang ringan terhadap ilmu-ilmu kemanusiaan dan agama. Mulut berbuih
menyebut seimbang, amalan mereka menyolok sekali ketidak seimbangannya. Sikap
seperti ini tidak mungkin membantu mengukuhkan penghayatan wawasan Islam dalam
masyarakat atau negara.
Mengukuhkan nilai kejiranan, budaya
penyayang, serta amalan kemasyarkatan yang positif seperti tolong menolong
berjamaah dan sebaginya, menguatkan persaudaraan dan sebagainya sejajar dengan
penghayatan akidah. Melaksanakan undang-undang Allah untuk mendisplinkan
mahluknya adalah seuatu kemestian akidah.
Pembentukan kepimpinan yang berwawasankan
Islam juga menifestasi komitmen kepada akidah Islam. Golongan yang curiga
dengan kepimpinan dan kadar kepimpinan Islam dan cuba untuk menampilkan
kepimpinan ala bangsa dan fahaman patrioratism. Semata-mata ternyata ingin dari
dasar akidah Islam. Mereka benci dengan kaedah Islam sebaliknya suka kumpulan
yang mewarisi wawasan sekularnya. Ini bercanggah dengan penghayatan akidah.
Keadilan adalah nilai penting dalam membangun
masyarakat Islam. Menegakkan keadilan dalam diri, keluarga den masyarakat
berkaitan denga tuntutan akidah. Manakala peteria keadilan itu ialah mengikut
sistem pemerintahan Islam seperti yang
di tuntut oleh akidah.
Membanteras program-pro lagha dinned
Lahu yang manures pertunjukkan send yang tidal bermoral oleh artis-artis yang
menjual maruah boleh mengukuhkan iltizam rakyat kepada nilai- nilai yang baik.
Trend Islam dalam seni dan budaya di negara kita perlu di perkukuh sebelum seni
dan budaya berubah menjadi jelmaan syaitan yang memperkukuh kejahatan dan
jenayah. Selain dari itu akidah dapat dikesan dengan wujudnya beberapa ciri
yang menjadi amalan seseorang. Dalam hubungan ini ada baiknya kita
memperincikan ciri-ciri tersebut.
D. Ciri-ciri
Wujudnya Akidah.
Ciri-ciri
wujudnya akidah dalam diri diperincikan oleh al-Bayanuni sebagai berikut:
1. Menerima apa jua yang datang dari Allah
dan Rasul. (al Baqarah 26 ).
2. Menyahut panggilan Allah dan Rasul (An
Nisa’ 162)
3. Tunduk kepada hukum Allah dan Rasul (An
Nisa’ 65, An Nur 47-51 )
4. Gementar dan takut kepada Allah (Al
Anfal 2).
5. Menisbahkan perbuatan kepada Allah s
.a.w (Al Insan 30)
6. Konsisten mempertahankan kebenaran.
7. Bimbang dan takut (nasib diri di akhirat
al Syura 17- 18)
8. Bertawakkal kepada Allah (Yunus 84-86,
al Maidah 23)
9. Senantiasa memikirkan penciptaan Allah
dan keagongan nya (al Jathiah 3-4 )
10. Mengimbaukan pengawasan Allah terhadap
diri berdasarkan hadis riwayat Muslim:
إن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك
Maksudnya
”Anda menyernbah Allah seolah-olah anda melihatnya atau seolah-olah Ia melihat
anda”
11. Selalu menggandingkan iman dengan amal saleh.
Rasulullah bersabda;
الايمان والعمل قرينان
Maksudnya
” Iman dan amal saling bergandingan”
12. Rasa kasih yang mendalam kepada Allah
(al Baqarah 65, Ali Imran 31)
13. Mengasihi Rasulullah s.a.w. Beradab
dengan Rasul (An Nur 62).
14. Beradab dengan Rasul (An Nur 62).
15. Menyayangi (Al Ansar) dan
penyokong-penyokong Rasulullah s.a.w..
16. Sayang dan benci kerana Allah (Al
Mujadalah 22)
17. Setia kawan (Al Mualah) dengan
orang-orang yang beriman ( Al Hujurat 10)
18. Zuhud terhadap dunia dan cenderung
kepada akhirat (Al ’A’raf 32)
19. Mengambil iktibar dan pelajaran dari
peristiwa lampau dan yang berlalu (Al Baqarah 233, Al Zariat 20-21)
20. Memakmurkan masjid Allah (Al Taubah 18)
21. Berjihad di jalan Allah An Nisa’ 76.
22. Amanah, jujur dan menghindari perbuatan
mengkhianat dan berdusta (Al Mukminun 8 & Al Nahli 105 )
23. Setia dan tidak belot.
24. Berakhlak baik serta tidak melibatkan
diri dengan perkara yang bukan-bukan.
25. Berlaku adil terhadap diri serta
memiliki keinsafan yang baik.
26. Sukacita dengan amal kebajikan yang
dilakukan.
27. Mempunyai firasat yang tepat.
28. Melaksanakan keta’atan semata-mata
kerana iman dan mengharapkan rahmat Allah.
29. Suka berbudi.
30. Berbuat baik kepada jiran.
31. Tidak mengganggu jiran tertangga.
32. Memuliakan tetamu dan suka bertutur
dengan baik.
33. Menghindarkan diri dari memakai emas dan
sutera (bagi lelaki).
34. Tidak menakut-nakutkan orang Islam lain
(Mengancam olok-olok dengan senjata dan sebagainya).
35. Saling memberi nasihat dan bimbingan.
36. Saling simpati dan mengasihi.
37. Saling bekerjasama melakukan kebajikan
dan ketakwaan.
38. Saling bermesra dan rukun damai dengan
orang-orang mukmin lain (al-Anfal 63)
39. Menunaikan janji.
40. Bersikap pemalu.
41. Bersikap luhur dan berpada dengan apa
yang ada.
42. Cemburu dalam ertikata yang positif
43. Menegur para pelaku bid’ah.
44. Menjaga lidah.
45. Baik hati dan baik sangka terhadap orang
lain.
46. Menerima takdir.
47. Bertimbang rasa serta menjaga hati orang
lain.
48. Sabar menanggong derita (Ibrahim,12)
49. Pintar dan bijaksana (Al Talaq 10)
E. Manfaat
Akidah
Akidah
bagaikarr sebatang pohon yang baik. Semakin berat dan kukuh akar tunjangnya
semakin subur dan tinggi batangnya. Buahnya
semakin lebat dan banyak. Inilah yang diibaratkan oleh Allah dalam Al-Quran
(Ibrahim 24-25)
أَلَمْ تَرَى كَيْفَ ضَرَبَ
اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ
وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ(24)تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا
وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ(25)
Antara
faedah yang boleh dicapai dengan akidah ialah penjagaan dan imbauan kasih Allah
(Wilayatul Allah) Allah berfirman:
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنْ
الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمْ الطَّاغُوتُ
يُخْرِجُونَهُمْ مِنْ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ
هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Mendapat
pujian Allah (Al Baiyinah 7). Allah akan mempertahankan orang yang beriman (Al
Haj 28).Memperolehi kemenangan dari Allah (Ghafir 51). Para malaikat memohon
ampun kepada Al Lah dan berdoa untuk orang-orang
yang beriman (Ghafir 7). Hati akan mendapat sinar dan keceriaan Allah.
Ketenangan jiwa juga akan diperolehi.
Faedah
beriman juga dapat dilihat dalam bentuk bimbingan Allah terhadap seseorang ke
jalan kebenaran (Yunus 9). Terhindar dari gangguan syaitan (An Nahl 98-99).
Dijanjikan oleh Allah ganjaran yang lumayan di akhir.at (An Nur 55 k At
Taubah 72. Kejayaan (Al Falah) didunia (Al- Baqarah 2-5). Kepantasan meniti
Siratul Mustaqim. Keamanan dan kebahagiaan. Keberkatan rezeki (Al A raf 96).
Kasih mesra di hati manusia lain. Pemantapan pendirian di atas landasan
kebenaran (Ibrahim 27). Keampunan Allah dan penghapusan dosa (Al Ankabut 7
8’c Al Fath 29). Memperolehi Nur pada hari kiamat (Al Hadid 12) syafaat
Rasulullah dan pahala berterusan. Kekal dalam syurga (Al Baqarah 25, An Nisa
123, Fussilat 8). Disamping akan dituruti pula oleh zuriat mereka yang soleh
disyurga kelak.
Sebenarnya
terlalu banyak lagi kebaikan dan faedah akidah yang tidak dapat disebutkan
dalam kesempatan ini kerana luas dan hebatnya ajaran Islam itu. Ia ajaran yang
amat unggul dan mulia. Ia adalah jalan menuju syurga.
VI.
Langkah-langkah memantapkan Akidah Islamiah.
Memandangkan
banyaknya gejala kerancuan berfikir dan sikap yang menyimpang jauh dari lunas
akidah akhir-akhir ini maka setiap pihak yang bertanggung jawab perlulah sedar
dan peka terhadap tanggung jawab masing-masing untuk memperkukuhkan ciri-ciri
akidah dalam diri, keluarga dan masyarakat.
Para
pemimpin politik perlu serta mustahak mengamalkan tuntutan akidah dalam wawasan
politik, kaedah bertindak dan etika berpolitik. Tidak ada iman (akidah) bagi
pemimpin yang tidak amanah atau jujur, Tidak ada dasar yang lebih utama dari
dasar Islam.
Pentadbir
mestilah menerapkan falsafah dan prinsip pentadbiran Islam dengan kaedah yang
canggih, terkini dan mengamalkan etika yang memenuhi tahap profesionalisme.
Pengurus pula menerapkan adab-adab Islam bekerja untuk merealisasikan
kesejahteraan umat dan negara.
Pensyarah
dan guru menekankan paradigma Islam dalam disiplin ilmu yang mereka ajari. Para
pelajar dan murid didedahkan dengan situasi pembelajaran yang sihat. Universiti
dan sekolah di pastikan supaya mendidik dan melahirkan graduan dan pelajar yang
mempunyai komitmen yang tinggi terhadap akidah Islamiah dan citi-cita Islam.
Ahli
koprat dan para peniaga diseru supaya mengamalkan mua’malat Islam dalam
business mereka, mengikis sifat tamak haloba dan sikap mata duitan. Mereka
sewajarnya menurut kaedah halal haram Islam, mengukuhkan falsafah dan amalan
ekonomi Islam agar terbentuk suatu budaya baru yang lebih bersih halal dan
berkat dalam masyarakat.
Budayawan,
karyawan, artis memastikan karya dan persembahan mereka selaras dengan
nilai-nilai syara, menjaga maruah diri dari diperniaga bagaikan barang
dagangan. Kebudayaan dan kesenian dalam masyarakat perlu lebih menghaluskan
budi dan adirasa umat; bukan mencemarkannya.
Para
petugas keselamatan perlu dididik dengan akidah Islamiah yang baik serta
wawasan kepolisian dan ketenteraan Islam agar mereka menjadi pejuang akidah,
sedia bekorban dan mati syahid Kerana Aliah, agama dan nusa.
Para
arkitek melakarkan perancangan bandar, kampong dan pembangunan negara
berasaskan nilai-nilai Islam. Sehingga abadilah mercu tanda Islam dalam
masyarakat yang beriman.
والله هو الوفق
Oleh:
Ustaz
Haji Abdul Ghani Samsudin
استاذ حاج عبدالغنى شمس الدين
Rujukan:
1. Al Baihaqi ”Mukhtasar Syu’abi al
Iman”. Dar al Sahwah Kaherah tanpa tarikh,
2. Kisyk, Syeikh Abd. Hamid ” Bina’ al
Nufus” al Maktab al Misriy al Hadith Mesir 1979.
3. Al Sa’dy, Syikh Abdul Rahman Nasir
”al Taudhih wa al Bayan li Syajarati al Iman” Dar al Sahwah li al Nasyr
Kaherah tanpa tarikh.
4. ’Ulwan, Abdullah Nasih, Muhadharat Fi
Takwin al Syahsiah af Insaniah fi Nazr al Islam ”Dar al Salam, Kaherah
1983.
5. Al Bayanuni, ad Izzuddin ”al
Iman:Khasaisuhu,’Alamatuhu, Thamaratuhu” Bhgn. 2 cetakan Dar al Salam,
Kaherah 1975.
HAK
CIPTA TERPELIHARA
TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN
MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS
MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.
©MANHAL PMRAM 2000
Tidak ada komentar:
Posting Komentar