Kamis, 30 Mei 2013

Usul Madrasah Ar-Rabbaniyah Islamiyah Al-mujaddidiyah al-Islamiyyah al-`Alamiyyah al-Jami`ah



Usul Madrasah rabbaniyah Islamiyah Al-mujaddidiyah

Berkata Syeikh kita Al-Allamah murabbi Al-Imam Prof.Dr.Muhammad Latif Shalih Al-Furfur Al-Hasani 
Semoga Allah selalu menjaga beliau.
Segala puji bagi Allah ,selawat beriringkan salam kepada baginda Muhammad SAW
Usul madrasah rabbaniyah 10 ,
5  bahagian yang pertama iaitu :
1.      Asal pertama : tauhid kepada sang khaliq yang agung, ia merupakan yang esa
Pada zatnya, esa dengan nama-namanya, esa dengan sifat-sifatnya, esa yang
Tiada sekutu baginya .firman Allah
لَيسَ كَمِثلِهِ شَيءٌ ۖ وَهُوَ السَّميعُ البَصيرُ﴿١١﴾
Maksudnya : Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

2.      Asal kedua : mengikut kepada nabi kita penghulu alam nabi besar Muhammad SAW
Muhammad bin Abdullah Al-Quraisyi Al-Hasyimi ,Rasulullah penutup bagi seluruh nabi-nabi. Maka perkataan nabi kita merupakan Syariat, Perbuatannya dinamakan tarekat, Ahwalnya bagida nabi kita merupakan Hakikat, maka wajib menta`atinya, selawat dan salam selalu atasnya, iaitu keta`atan yang mutlaq dengan tanpa ada sembarang sangkut paut, dialah seorang yang menyampaikan daripada Allah.

3.      Asal ketiga : mengikut kepada firqah yang Berjaya, iatu mengikut kepada baginda Muhammad SAW dan para sahabat-sahabatnya yang Allah ridhakan atas mereka sekalian. baik yang berkaitan dengan ketuhanan, ataupun kenabian, ataupun benda-benda yang didengar.

4.      Asal keempat : Baginda Rasulullah SAW dan Ahli keluarganya yang suci dan para sahabatnya yang baik, dan orang-orang yang mengikut mereka dengan ihsan, Maka sahabat kesemunya mereka merupakan pedoman ,keridhaan Allah kepada mereka semuanya, berpegang dengan pegangan mereka, memusuhi dengan musuh-musuh meraka, mencintai mereka adalah iman, membenci mereka kafir dan munafiq.

5.      Asal kelima : mengikut kepada syariat Rasulullah SAW , mengikutnya secara mutlaq atas apa juga yang dikatakan oleh para ulama dan para fuqaha` mereka daripada golongan-golongan yang diberikan petunjuk, keridhaan Allah selalu atas mereka.
Dan dakwah menyerukan dengan mengikuti mereka dengan penuh hikmah dan nasehat yang baik, maksudnya adalah mengikut kepada sunnah dan menjauhkan daripada bid`ah

6.      Asal keenam : Perjalan kepada Allah melalui seorang syaikh muryid yang telah diizinkan yang mengetauhui tentang penyakit-penyakit jiwa manusia, Mursyid ini telah salik dengan gurunya begitu juga dengan sanad yang diperolehi yang bersambung dengan baginda Muhammad SAW, imam bagi seluruh ummat manusia, imam yang agung dan seorang Rasul dan juga merupakan seorang Nabi dan seorang Mursyid yang agung selawat dan salam semoga Allah selalu limpahkan baginya inilah yang disebut dengan “ Tazkiyah “ syaratnya adalah keta`atan terhadap guru tarbiyah terhadap perintah ta`at kepada Allah.

7.      Asal ketujuh : menuntut ilmu agama dengan ulama-ulama yang `alim baik dalam mencapai fardhu ain ataupun fardhu kifayah atau  untuk mendalami  semua samudra ilmu.

8.      Asal kedelapan : Berzikir yang telah ditetapkan, maka tidak ada faedah ilmu tanpa berzikir, tiada faedah zikir tanpa ilmu, Maka ilmu merupakan rel kera api, zikir  merupakan kayu bakar , hati orang mukmin merupakan gerbong yang berjalan.

9.      Asal kesembilan : syarat daripada syeikh tarbiyah atau tazkiyah

10.  Asal kesepuluh : Bertaqwa kepada Allah dalam keadaan sir (tersembunyi ) ataupun yang ternampak. Firman Allah :
{وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ } [البقرة/282]
Maksudnya : hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar