Tajwid Al-Tajwid
Likitabillahi Al-Majid
Dikumpul dan disusun oleh :
Prof. DR. Muhammad Abdul Latif Shalih
al-Furfur al-Hasani
Penerjemah
Muhammad Kamal Sulaiman al-Mujaddidy
Bismillahirrahmanirrahim
Doa
Ya Allah ya tuhanku aku memohon perlindunganmu
daripada fitnah perkataan sebagaimana aku memohon perlindunganmu atas fitnah perbuatan, dan aku
berlindung denganmu dari segala perkara yang tidak baik, sebagaimana aku
memohon perlindunganmu daripada sikap `ujub daripada perbuatan baik kami, Ya
Allah aku meminta kepadamu semoga benar segala perkataan ini dan amalannya yang
ikhlas, dan dijauhkankan daripada sifat
Riyak dan kesilapan, Tuhanku berikanlah kepadaku sehingga aku mampu untuk
bersyukur atas segala nikmat-nikmat mu yang telah engkau berikan kepadaku dan
kepada orang tuaku sehingga aku mampu mengerjakan amalan yang shalih yang
engkau redhai.
Hadist Nabi
وما اجتمع قوم
في بيت من بيوت الله، يتلون كتاب الله، ويتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة،
وغشيتهم الرحمة، وحفتهم الملائكة، وذكرهم الله فيمن عنده
“… Dan tidaklah sebuah kaum berkumpul disalah satu rumah dari rumah-rumah
Allah, mereka membaca Kitabullah, dan mempelajari Sunnah Nabi mereka, kecuali
akan diturunkan kepada mereka ketenangan, dan mereka akan diliputi dengan
rahmat Allah, para malaikat akan mengelilingi mereka, dan Allah akan
menyebut-menyebut mereka kepada malaikat yang berada disisi-Nya “
[1]Athar Sahabat
Sayyiduna Ali R.A pernah ditanyakan daripada firman Allah ta`ala :
وَرَتِّلِ اْلقُرْءَانَ تَرْتِيْلاً
Hendaklah kamu membaca al-Quran dengan Tartil
Maka Ali R.A berkata : Maksudnya adalah Tajwid
Huruf dan mengetahui waqaf-waqaf
Dipetik daripada Manarul Huda fil Waqfi wal
Ibtida
Kata-kata pengantar
Allah menurunkan kitabnya dengan sebuah kebenaran
melalui penghulu daripada keturunan anak Adam, iaitu Muhammad Bin Abdullah yang
merupakan penyudah bagi para-para nabi dan Imam bagi para Rasul yang suci, dan
diperintahkannya dengan mentartilkannya . Allah ta`ala berfirman :
وَرَتِّلِ اْلقُرْءَانَ تَرْتِيْلاً
Dan
lantunkanlah Al-Qur`an dengan bacaan yang tartil “
Penghulu kita Rasulullah S.A.W membacakan kepada manusia `ala makthin[2]
dan mentartilkannya sebagaimana beliau mendengarkan, sebagaimana beliau
bertalaqqi dengan Amin wahyu iaitu Jibril `Alaihissalam daripada Allah
yang mempunyai Izzah, maka para sahabat mengambilnya dengan lafaz-lafaz dan
makna-maknanya dan tartilnya dan
hukum-hakam tajwidnya sebagaimana mereka mendengarnya dengan bertalaqqi dengan
baginda Rasulullah ( semoga Allah meredhai mereka semuanya ), iaitu pengabilan
dengan cara Tawatur haqiqi[3]
daripada baginda Rasulullah dengan para sahabat yang diwariskan kepada kita
sampai hari ini. Orang-orang yang baik itu mengambil daripada orang yang baik
juga, kebaikan itu diambil daripada kebaikan, dan Qurra`[4]
mengambilnya daripada Qurra`, , dan para murid-murid yang mengambil daripada
Sheikh-Sheikh mereka dengan cara Talaqqi[5]
dan Talqin[6],
beginilah cara Allah menjaga al-Quran
daripada pertukaran dan pemalsuan dalam lafaz dan juga makna-maknanya, terlebih-lebih lagi dalam tilawahnya ( bacaannya
) dan hukum-hakam Tajwidnya, maka para Qurra` pada hari ini
mereka merupakan dikalangan orang-orang yang sangat dimuliakan dalam berkhidmat al-Quran yang agung ini, mereka terus
membacanya selepas 14 kurun, persis seperti yang diajarkan oleh baginda
Rasulullah S.A.W kepada para sahabatnya
secara Ghazzan Thariyyan.[7]
Oleh kerana itu al-Quranul Karim itu diperoleh melalui
bertalaqqi, dan dengan mengambil daripada Sheikh-Sheikh yang telah di izinkan
oleh Umanak ( orang-orang yang terpercaya ) darikalangan
pembesar-pembesar ilmu ini, mengambilnya dengan perpindahan satu Sanad kepada
Sanad yang lainnya sampai kepada baginda
kekasih tercinta Rasulullah S.A.W, kepada Jibril A.S dan kepada Allah Haqqutabaraka
wata`ala, maka wajiblah bagi seorang muslim itu bertalaqqi al-Quran sekali
sahaja dengan seorang Sheikh yang Mutqin[8]
dan Ma`zun [9]
membacanya dengan Mujawwadan[10]
hukum-hakam yang telah disepakati
oleh para ulama Qiraat. Dan aku telah dimuliakan
dengan bertalaqqi al-Quran yang agung dengan Sheikh kami seorang al-Muqri`
dan al-Jami` Mutqin al-Marhum al-Sheikh Abul Qadir Quwaidir
al-Irbili ( al-Sheikh Abduhu Shamadiah ) R.A, dan aku membacanya sebanyak tiga kali khatam
secara sempurna di Mahrusah kota di Damaskus, dan aku dimuliakan dengan diberikan
Ijazah khas daripada beliau Rahimahullah ta`ala dengan bacaan al-Quran al-Karim
Riwayat
Hafash daripada `Ashim Bin Abi Annajud Rahimahullah da semoga Allah
meredhai beliau.
Sungguh Demi Allah bahwa sahanya aku sangat lemah
dalam bersyukur kepada Allah atas apa yang diberikannya, dalam menjalankan
sebuah pengkhidmatan kepada Syariat yang suci ini, dan menjadikanku daripada
golongan orang-orang yang membawa al-Quran al-Karim mereka ini merupakan ahlullah yang Allah khususkan di
muka bumi ini, dan aku melihat sebuah perkara yang benar bagiku untuk
menyebarkan al-Quran al-Karim dan ilmu al-Quran untuk para pemuda-pemudi, maka
aku telah menulis ketika guru-guruku masih hidup sebuah Risalah yang singkat
dan Seni Tajwid dan aku telah mempercantikkannya dan disitu juga terdapat
beberapa catatan yang aku tahu, mana kala aku berhasrat untuk mencetaknya
Allah menerima dengan penuh keredhaan
dan diredhai, Dan sekarang aku mencetaknya dan mengharapkan daripada keredhaan
Allah S.W.T , bersamaan juga isi kandungan jumlahnya juga termasuk sangat
sedikit bab-babnya, dan aku mengharapkan kepada
kepada para Qurra` yang berkecimpung dalam seni ilmu ini membacanya ( bermuthala`ah ) dan memberikan
padaku kritikan-kritikan yang didapatkan
nantinya dalam cetakan ini InsyAllah ta`la, telah ditetapkan kepada anak
keturunan Adam itu sifat lalai dan sifat pelupa selain daripada kalangan para
Nabi `Alaihissalatuwassalam , segala puji bagi Allah dengan nikmat-nikmatnya
menyempurnakan orang-orang shalih.
Pengarang
Kandungan kitab ini
Pendahuluan : Adab-Adab pembaca al-Quran
al-Karim dan tertip para Qurra`
Permulaan : Hukum membaca al-Isti`azah dan
Bismillah
Bab pertama :
Hukum Nun Sukun dan Tanwin dan hukum Mim Sukun disana ada dua pasal
Pasal pertama :
Hukum Nun sukun dan Tanwin
Pasal kedua :
Hukum Mim Sukun
Bab kedua : Mad-mad dan pembahagiannya, disana
ada dua pasal :
Pasal pertama :
Mad dan pembahagiannya ( Mad Asli dan Far`I ) dan yang berkaitan dengan
keduanya.
Pasal kedua : AR-raum dan al-Isymam
Bab ketiga : Huruf dan pembahasannya, dan disana ada dua pembahasan
Pasal pertama :
Makharijul Huruf
Pasal kedua : Sifat-sifat Huruf
Bab Keempat :
Hukum Ra` dan Mim dan tempat-tempat Waqaf, disana ada 4 pasal :
Pasal pertama :
Hukum Ra`
Pasal kedua : Hukum Lam
Pasal ketiga : Tempat-tempat Waqaf
Pasal keempat :
Hukum al-Idhgham al-Mutamassilain dan al-Mutajanisain dan al-Mutaqarib
Pasal kelima :
Al-Maqtu` dan al-Maushul
Penutup : Qurra` sepuluh dan
riwayat mereka dan penisbahan mereka, dan nisbah kepada Riwayat mereka, kemudian
Doa khatam al-Quran al-Karim
Pengenalan
Pada dasar-dasar Ilmu Tajwid
·
Sepuluh dasar-dasar
·
Daripada kelebihan al-Quran
·
Adab-adab Bacaan
·
Tertib Bacaan
·
Orang yang menulis Ilmu ini
Pertama
Sepuluh Dasar-dasar
Tajwid : definisinya , secara bahasa : Memperelokkan ,
dikatakan juga : ini Sesutu yang baik , maksudnya : Bagus, dan perkataan Jawwadtu
al-Shay-a maksudnya : Aku membaguskannya.
Secara Istilahan : mengeluarkan huruf daripada Makhrajnya dengan memberikan semua
hak-haknya dan hak yang dituntut padanya, dan hak bagi huruf adalah sifat yang
merupakan zat yang lazim baginya, seperti Al-Jahr, Asy-Syiddah,
Al-Isti`la`, Al-Istifal, dan Ghunnah dan lain-lainnya. Maka ianya merupakan sesuatu yang lazim bagi
zat huruf tersebut yang tak boleh terlepas daripadanya, maka jika sekiranya
luput daripadanya maka ia merupakan sebuah Lahn ( kesalahan ). Dan
memberikan Haknya : iaitu sifatnya yang
terbentuk daripadanya daripada sifat-sifat zat seperti Tafkhim[11],
ianya terbentuk daripada Al-Isti`la`, dan seperti Tarqiq[12]
ianya terbentuk daripada Al-Istifal dan begitulah seterusnya.
Hukumnya : Menuntut ilmunya merupakan Fardhu kifayah,
dan beramal dengannya merupakan Fardhu `ain atas setiap para Qari, baik dari
kalangan muslimin ataupun muslimat berdasarkan daripada Firman Allah ta`ala :
وَرَتِّلِ اْلقُرْءَانَ تَرْتِيْلاً
Dan
lantunkanlah Al-Qur`an dengan bacaan yang tartil “
Dan daripada Huzaifah Ibnu al-Yaman berkata :
Rasulullah S.A.W bersabda :
اقرؤوا القرأن بلحون
العرب وأصواتها، وإياكم ولحون أهل الكتابين وأهل الفسق، فإنه سيجئ بعدي قوم يرجعون
بالقرأن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح. لا يجاوز حناجزهم مفتونة قلوبهم وقلوب من
يعجبهم شأنهم.
( رواه الطبرني في المعجم الأوسط )
Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka itu sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya".
( رواه الطبرني في المعجم الأوسط )
Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka itu sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya".
( Hadits diriwayatkan oleh
Tabrani dalam Mu`jam al-Ausath )
Pembahasannya : Kalimat-Kalimat
al-Quran, dikatakan juga : begitu juga al-Hadist
Kelebihannya : ianya merupakan
ilmu yang mulia dan banyak kelebihan-kelebihannya, kerana ianya berkaitan dengan
al-Quran dan perkara-perkaranya yang berkaitan dengannya.
Faedahnya : Kemenangan dengan
memperoleh kesenangan di dunia dan akhirat.
Sumber-Sumbernya : al-Quran dan
al-Sunnah
Namanya : Ilmu Tajwid
Permasalahnya :
Qawaid-qawaidnya dan permasalah-permasalahannya secara keseluruhan ( kulliat ),
yang nantinya akan membawa dalam memahami hukum-hakam pecahannya ( juziyat ).
Tujuannya : Menjaga lisan
daripada al-Lahnu (kesalahan )dalam membaca kalam Allah
Al-Lahnu : ia merupakan sebuah
kesalahan dan lari daripada kebenaran, ianya terbagi kepada dua : Jali
dan Khafi.
Jali : kesalahan yang terdapat
dalam lafaz-lafaz yang menyebabkan berobahnya bacaannya, baik yang mengubah
dari segi makna ataupun tidak, seperti merubah huruf dengan huruf lain, ataupun
harakat dengan harakat lain. Yang pertama adalah seperti menggantikan huruf
al-Tha` dengan dal atau ta tanpa al-isti`la`
padanya. Yang kedua seperti menzummahkan huruf ta “ أنعمتُ “atau membacanya fatah dal
pada “ الحمدَ لله “ yang dinamakan juga dengan Jali
Dan Khafi : ianya merupakan
sebuah kesalahan yang terdapat pada lafaz-lafaz yang memberikan sebuah
perubahan pada huruf tanpa makna, seperti meninggalkan Ghunnah dan memendekkan
mad-mad atau memanjangkan sesuatu yang pendek.
Dinamakan Khafi kerana ia
dikhususkan bagi ahli-ahli ilmu ini sahaja yang dapat mengetahuinya
Dan yang pertama : Maksudnya al-Jali-
ianya Haram dan berdosa orang yang membacanya atas perbuatan itu.
Dan Yang kedua : maksudnya al-Khafi
– ianya Makruh dan memberikan sebuah keaiban disisi ahli ilmu ini,
dikatakan juga : diharamkan juga , kerana ianya menghilangkan kemanisan ( Barunaq
) bacaan.
Kedua
Daripada
fadhilah-fadhilah al-Quran al-Karim
Menyibukkan diri dengan membaca
dan mendatabburnya merupakan sebaik-baik ibadat dan ianya merupakan asas
daripada agama, Allah telah menyerahkan pada mereka setiap sesuatu ilmu, ianya
merupakan sebuah cahaya yang diturukan dalam hati penghulu kita Nabi Muhammad
S.A.W yang menjadikannya sebagai petunjuk dan Rahmat dan berita gembira bagi
orang-orang Muslimin.
Daripada Abu Musa al-Asy`ari R.A berkata : Rasulullah S.A.W
bersabda :
عن أبي موسى
الأشعري رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مثل المؤمن الذي
يقرأ القرآن مثل الأُتْرُجَّة ريحها
طيب وطعمها طيب . ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن مثل
التمرة لا ريح لها وطعمها طيب حلو .
ومَثَلُ
المنافق الذي يقرأ القرآن مثل الريحانة ريحها طيب وطعمها مر . ومثل المنافق الذي
لا يقرأ القرآن كمثل الحنظلة ليس لها ريح وطعمها مر
( رواه الترمذي
)
Dari
Abu Musa Al Asy’ari berkata : telah bersabda Rasulullah : “Perumpamaan orang
mu’min yang membaca Al Qur’an seperti Utrujjah baunya harum rasanya lezat, dan
perumpamaan orang mu’min yang tidak membaca Al Qur’an seperti Tamrah tidak ada baunya tetapi rasanya manis. Sedang
perumpamaan orang munafiq yang membaca Al Qur’an seperti Rihanah, baunya harum
tetapi rasanya pahit, sedang orang munafiq yang tidak membaca Al Qur’an seperti
Handhalah, tidak ada baunya dan pahit rasanya” ( Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim )
وعن أبي سعيد
الخدري رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يقول الله سبحانه وتعالى:
)من شغله القرآن وذكري عن مسأ لتي اعطيته افضل ما اعطى السائلين(, وفضل كلام الله على سائر الكلام
كفضله على خلقه
رواه الترمذي
Daripada Abi
Sai`d al-Khudri R.A daripada Nabi S.A.W bersabda : Allah S.W.T berfirman : Barangsiapa
disibukkan dengan Al-Qur'an dan dzikir kepada-Ku sampai-sampai tidak meminta
kepada-Ku, maka Aku akan memberinya pemberian yang terbaik seperti yang Aku
berikan kepada mereka yang meminta kepada-Ku. Dan keutamaan kalam Allah atas semua
kalam-kalam lain seperti keutamannya ada makhluk ciptaannya.
Dan
disunnnatkan ketika membacanya dalam keadaan menangis sebagaimana yang mampu
bagi seorang Qari, ianya dapat menambahkannya Nur dan kekhusyu`an, sebagaimana
yang disebutkan oleh Imam Nawawi dalam ( al-Tibyan ) daripada Nabi S.A.W
اقرؤوا القرآن وابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا
Ertinya : Bacalah
al-Quran dan menangislah kamu semua, sekiranya kamu tidak mampu menangis maka
buat-buatlah menangis.
Al-Quran menjadi syafa`at pada hari kiamat bagi
orang-orang yang membacanya, diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Amamah
al-Bahili R.A berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :
اقرؤوا
القرآن ؛ فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه
“ Bacalah Al-Qur’an karena di hari kiamat ia datang memberi syafaat pada
orang yang membacanya “.
Disana juga terdapat ayat-ayat dan surah yang khusus sebagaimana disebutkan
dalam hadits-hadits yang mulia yang mengkhususkannya dalam menghafal dan
membacanya seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim
:
من حفظ عشرة آيات من أول سورة الكهف
عصمه الله عن الدجّال
Barang siapa yang menghafal sepuluh ayat dariada
awal surah al-Kahfi maka Allah selamatkannya daripada fitnah Dajjal.
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه
قال : لا تجعلوا بيوتكم مقابر، إن الشيطان
ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة ( رواه مسلم
)
Daripada Abu Hurairah R.A Rasululllah S.A.W bersabda
: “Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya setan
lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya.” (HR. Muslim )
Dan disunnatkan bagi seorang
Qari` memperbaguskan suaranya dalam membacanya, selama tidak keluar daripada
batasan Qiraat yang merenggangkanya, sebagaimana dalam sebuah Hadits Syarif :
من لم يتغنَّ بالقرآن فليس منا ( رواه أبو داود )
Barang siapa yang tidak memperindahkan dalam bacaan
al-Quran maka ia bukan dari golongan kami. ( HR Abu daud )
Dan makna (يتغنَّ ) maksudnya : Memperindah suara dalam membaca
al-Quran
Ketiga
Adab-adap yang penting bagi seorang Qari`
al-Quran al-Karim
Disana terdapat adab-adab yang agung dalam mempelajari
al-Quran, sebagaimana yang dikenalkan
dan yang dilakukan oleh orang-orang yang
telah Allah cahayakan hatinya dengan al-Quran dan membacanya dengan kefahaman dan penjagaan, dan secara jumlahnya terbahagi
kepada :
1-
Adab bersama al-Quran
2-
Adab bersama para Ahli al-Quran
3-
Adab Mu`allim ( guru ) dan
Muta`allim ( murid ) ketika hendak membaca.
Adapun adab bersama al-Quran : hendaklah membersihkan
mulut dengan siwak atau lainnya dengan Thaharah yang sempurna, pada tempat yang
bersih dan bagus serta menghadap kiblat, dan membaca isti`azah sebelum
membacanya dan berusaha dengan penuh kekhuyu`an dan tadabbur dan membacanya dengan bagus dan tartil, dan
menjauhkan daripada ketawa dan kebisingan
dan perbualan tanpa ada sebuah kemudharatan ketika membacanya, dan tidak
dibacakan pada ehwal dan tempat-tempat khas, seperti dalam keadaan yang sangat
mengantuk, atau membacakan kepada orang yang tidak siap mendengarkannya, atau
dijalanan dan kamar mandi, dan tandas, dan membacanya ketika khutbah apabila
bagi orang yang mendengarnya, begitu juga wajib mengagungkannya yang ditulis
daripadanya bukan sesuatu yang lunak padanya, dan tidak dibolehkan dengan
mengatakan sesuatu daripada al-Quran yang tidak ada ilmu dengannya, ini merupakan adab-adab sebagaimana yang
dikemukakan oleh al-Lubaib.
Adapun bersama para ahli al-Quran : Ianya merupakan
adab dengan kalamullah ta`ala, maka tidak dibolehkan menyakiti orang yang
membawa al-Quran atau bertakabbur atasnya, terlebih-lebih lagi dengan orang
yang mengajar al-Quran dan guru dengan ilmunya ini.
Adapun adab Guru dan murid : Ini tidak bertujuan
keduanya (guru dan murid ) yang membawa kepada tujuan-tujuan dunia sebagaimana
pertemanan keduanya, maka hendaklah guru itu menemani muridnya ketika
membacanya, dan hendaklah berakhlak bagus yang diredhai dan bahagian-bahagian
yang terpuji, maka hendaklah keduanya
memperbanyak muzakarah dan menghafalnya.
Keempat
Tertib Qiraat
1-
Al-Tartil : Dan dari segi
bahasa : Masdar ( Tartil al-Quran ) : sebagus-bagus karangannya . Dan menurut
Istilahan : Membaca al-Quran dengan tidak tergesa-gesa dan memahaminya tanpa
mempersegerakannya ) dan ianya merupakan tata tertib yang paling baik
2-
Al-Tahqiq : Ianya seperti
tartil akan tetapi ianya agak lebih tenang daripadanya, ianya dipakai untuk
mengajar.
3-
Al-Hadr : Membacanya dengan
cepat, dan haruslah menjaga segala hukum-hakam tajwid
4-
Al-Tadwir : Ianya merupakan
keseimbangan antara tartil dan hadar.
Maka selain daripada itu namanya ( al-Hazramah )
ianya merupakan sebuah bentuk bacaan, dan tidak dibolehkan sama sekali oleh syara`,
dan orang tersebut berdousa dan
hendaklah orang tersebut bertalaqqi ilmu ini setelahpun bertaubat kepada Allah
dengan taubat yang nashuha, dan tidak berbuat lagi selepasnya.
Kelima
Orang-orang yang menulis dalam
Ilmu ini
A-
Orang-orang terdahulu
1-
Al-Allamah Ibnu al-Jazari (
Muhammad Bin Muhammad ) : Nidhamu al-Jazariah fi al-Tajwid.
2-
Shaikul Islam Zakaria
al-Anshari : Sharahu al-Jazariah
3-
Makki Bin Abi Thalib al-Qaisi
: al-Ri`ayah
4-
Daripada Susunan : Tuhfatul Athfal. Dan
Hidayatu al-Shibyan fi al-Tajwid
5-
Al-Usymuni : Manarul Huda fi
bayani al-Waqfi wal Ibda`.
B-
Daripada Kalangan Moden
1-
Al-Ustaz Muhammad Abu Raimah
R.A : Risalah fi al-Tajwid
2-
Al-Shaikh Muhammad Ahmad
Dahman ( R.A ) : Durus al-Tajwid al-Hadisah dua jilid.
3-
Al-Allamah al-Shaikh Abul
Wahhab al-Hafiz ( Dabas wazait ) R.A : Hidayah al-Rahman fi Tajwid al-Quran.
4-
Al-Ustaz `Izat `Ubaidu al-Du`as : ( Fannu al-Tartil )
Hams.
Aku mengatakan : Banyak sekali yang dikarang daripada Mesir dan negeri Syam dalam seni bidang ilmu ini, baik dalam bentuk system dan penulisan ada yang berbentuk panjang dan sederhana dan ringkasan, semoga Allah membalas bagi mereka semuanya dengan kebaikan.
da Hamzah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar