Tajwid Al-Tajwid
Likitabillahi Al-Majid
Dikumpul dan disusun oleh :
Prof. DR. Muhammad Abdul Latif Shalih
al-Furfur al-Hasani
Penerjemah
Muhammad Kamal Sulaiman al-Mujaddidy
Bismillahirrahmanirrahim
Doa
Ya Allah ya tuhanku aku memohon perlindunganmu
daripada fitnah perkataan sebagaimana aku memohon perlindunganmu atas fitnah perbuatan, dan aku
berlindung denganmu dari segala perkara yang tidak baik, sebagaimana aku
memohon perlindunganmu daripada sikap `ujub daripada perbuatan baik kami, Ya
Allah aku meminta kepadamu semoga benar segala perkataan ini dan amalannya yang
ikhlas, dan dijauhkankan daripada sifat
Riyak dan kesilapan, Tuhanku berikanlah kepadaku sehingga aku mampu untuk
bersyukur atas segala nikmat-nikmat mu yang telah engkau berikan kepadaku dan
kepada orang tuaku sehingga aku mampu mengerjakan amalan yang shalih yang
engkau redhai.
Hadist Nabi
وما اجتمع قوم
في بيت من بيوت الله، يتلون كتاب الله، ويتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة،
وغشيتهم الرحمة، وحفتهم الملائكة، وذكرهم الله فيمن عنده
“… Dan tidaklah sebuah kaum berkumpul disalah satu rumah dari rumah-rumah
Allah, mereka membaca Kitabullah, dan mempelajari Sunnah Nabi mereka, kecuali
akan diturunkan kepada mereka ketenangan, dan mereka akan diliputi dengan
rahmat Allah, para malaikat akan mengelilingi mereka, dan Allah akan
menyebut-menyebut mereka kepada malaikat yang berada disisi-Nya “
[1]Athar Sahabat
Sayyiduna Ali R.A pernah ditanyakan daripada firman Allah ta`ala :
وَرَتِّلِ اْلقُرْءَانَ تَرْتِيْلاً
Hendaklah kamu membaca al-Quran dengan Tartil
Maka Ali R.A berkata : Maksudnya adalah Tajwid
Huruf dan mengetahui waqaf-waqaf
Dipetik daripada Manarul Huda fil Waqfi wal
Ibtida
Kata-kata pengantar
Allah menurunkan kitabnya dengan sebuah kebenaran
melalui penghulu daripada keturunan anak Adam, iaitu Muhammad Bin Abdullah yang
merupakan penyudah bagi para-para nabi dan Imam bagi para Rasul yang suci, dan
diperintahkannya dengan mentartilkannya . Allah ta`ala berfirman :
وَرَتِّلِ اْلقُرْءَانَ تَرْتِيْلاً
Dan
lantunkanlah Al-Qur`an dengan bacaan yang tartil “
Penghulu kita Rasulullah S.A.W membacakan kepada manusia `ala makthin[2]
dan mentartilkannya sebagaimana beliau mendengarkan, sebagaimana beliau
bertalaqqi dengan Amin wahyu iaitu Jibril `Alaihissalam daripada Allah
yang mempunyai Izzah, maka para sahabat mengambilnya dengan lafaz-lafaz dan
makna-maknanya dan tartilnya dan
hukum-hakam tajwidnya sebagaimana mereka mendengarnya dengan bertalaqqi dengan
baginda Rasulullah ( semoga Allah meredhai mereka semuanya ), iaitu pengabilan
dengan cara Tawatur haqiqi[3]
daripada baginda Rasulullah dengan para sahabat yang diwariskan kepada kita
sampai hari ini. Orang-orang yang baik itu mengambil daripada orang yang baik
juga, kebaikan itu diambil daripada kebaikan, dan Qurra`[4]
mengambilnya daripada Qurra`, , dan para murid-murid yang mengambil daripada
Sheikh-Sheikh mereka dengan cara Talaqqi[5]
dan Talqin[6],
beginilah cara Allah menjaga al-Quran
daripada pertukaran dan pemalsuan dalam lafaz dan juga makna-maknanya, terlebih-lebih lagi dalam tilawahnya ( bacaannya
) dan hukum-hakam Tajwidnya, maka para Qurra` pada hari ini
mereka merupakan dikalangan orang-orang yang sangat dimuliakan dalam berkhidmat al-Quran yang agung ini, mereka terus
membacanya selepas 14 kurun, persis seperti yang diajarkan oleh baginda
Rasulullah S.A.W kepada para sahabatnya
secara Ghazzan Thariyyan.[7]
Oleh kerana itu al-Quranul Karim itu diperoleh melalui
bertalaqqi, dan dengan mengambil daripada Sheikh-Sheikh yang telah di izinkan
oleh Umanak ( orang-orang yang terpercaya ) darikalangan
pembesar-pembesar ilmu ini, mengambilnya dengan perpindahan satu Sanad kepada
Sanad yang lainnya sampai kepada baginda
kekasih tercinta Rasulullah S.A.W, kepada Jibril A.S dan kepada Allah Haqqutabaraka
wata`ala, maka wajiblah bagi seorang muslim itu bertalaqqi al-Quran sekali
sahaja dengan seorang Sheikh yang Mutqin[8]
dan Ma`zun [9]
membacanya dengan Mujawwadan[10]
hukum-hakam yang telah disepakati
oleh para ulama Qiraat. Dan aku telah dimuliakan
dengan bertalaqqi al-Quran yang agung dengan Sheikh kami seorang al-Muqri`
dan al-Jami` Mutqin al-Marhum al-Sheikh Abul Qadir Quwaidir
al-Irbili ( al-Sheikh Abduhu Shamadiah ) R.A, dan aku membacanya sebanyak tiga kali khatam
secara sempurna di Mahrusah kota di Damaskus, dan aku dimuliakan dengan diberikan
Ijazah khas daripada beliau Rahimahullah ta`ala dengan bacaan al-Quran al-Karim
Riwayat
Hafash daripada `Ashim Bin Abi Annajud Rahimahullah da semoga Allah
meredhai beliau.
Sungguh Demi Allah bahwa sahanya aku sangat lemah
dalam bersyukur kepada Allah atas apa yang diberikannya, dalam menjalankan
sebuah pengkhidmatan kepada Syariat yang suci ini, dan menjadikanku daripada
golongan orang-orang yang membawa al-Quran al-Karim mereka ini merupakan ahlullah yang Allah khususkan di
muka bumi ini, dan aku melihat sebuah perkara yang benar bagiku untuk
menyebarkan al-Quran al-Karim dan ilmu al-Quran untuk para pemuda-pemudi, maka
aku telah menulis ketika guru-guruku masih hidup sebuah Risalah yang singkat
dan Seni Tajwid dan aku telah mempercantikkannya dan disitu juga terdapat
beberapa catatan yang aku tahu, mana kala aku berhasrat untuk mencetaknya
Allah menerima dengan penuh keredhaan
dan diredhai, Dan sekarang aku mencetaknya dan mengharapkan daripada keredhaan
Allah S.W.T , bersamaan juga isi kandungan jumlahnya juga termasuk sangat
sedikit bab-babnya, dan aku mengharapkan kepada
kepada para Qurra` yang berkecimpung dalam seni ilmu ini membacanya ( bermuthala`ah ) dan memberikan
padaku kritikan-kritikan yang didapatkan
nantinya dalam cetakan ini InsyAllah ta`la, telah ditetapkan kepada anak
keturunan Adam itu sifat lalai dan sifat pelupa selain daripada kalangan para
Nabi `Alaihissalatuwassalam , segala puji bagi Allah dengan nikmat-nikmatnya
menyempurnakan orang-orang shalih.
Pengarang
Kandungan kitab ini
Pendahuluan : Adab-Adab pembaca al-Quran
al-Karim dan tertip para Qurra`
Permulaan : Hukum membaca al-Isti`azah dan
Bismillah
Bab pertama :
Hukum Nun Sukun dan Tanwin dan hukum Mim Sukun disana ada dua pasal
Pasal pertama :
Hukum Nun sukun dan Tanwin
Pasal kedua :
Hukum Mim Sukun
Bab kedua : Mad-mad dan pembahagiannya, disana
ada dua pasal :
Pasal pertama :
Mad dan pembahagiannya ( Mad Asli dan Far`I ) dan yang berkaitan dengan
keduanya.
Pasal kedua : AR-raum dan al-Isymam
Bab ketiga : Huruf dan pembahasannya, dan disana ada dua pembahasan
Pasal pertama :
Makharijul Huruf
Pasal kedua : Sifat-sifat Huruf
Bab Keempat :
Hukum Ra` dan Mim dan tempat-tempat Waqaf, disana ada 4 pasal :
Pasal pertama :
Hukum Ra`
Pasal kedua : Hukum Lam
Pasal ketiga : Tempat-tempat Waqaf
Pasal keempat :
Hukum al-Idhgham al-Mutamassilain dan al-Mutajanisain dan al-Mutaqarib
Pasal kelima :
Al-Maqtu` dan al-Maushul
Penutup : Qurra` sepuluh dan
riwayat mereka dan penisbahan mereka, dan nisbah kepada Riwayat mereka, kemudian
Doa khatam al-Quran al-Karim
Pengenalan
Pada dasar-dasar Ilmu Tajwid
·
Sepuluh dasar-dasar
·
Daripada kelebihan al-Quran
·
Adab-adab Bacaan
·
Tertib Bacaan
·
Orang yang menulis Ilmu ini
Pertama
Sepuluh Dasar-dasar
Tajwid : definisinya , secara bahasa : Memperelokkan ,
dikatakan juga : ini Sesutu yang baik , maksudnya : Bagus, dan perkataan Jawwadtu
al-Shay-a maksudnya : Aku membaguskannya.
Secara Istilahan : mengeluarkan huruf daripada Makhrajnya dengan memberikan semua
hak-haknya dan hak yang dituntut padanya, dan hak bagi huruf adalah sifat yang
merupakan zat yang lazim baginya, seperti Al-Jahr, Asy-Syiddah,
Al-Isti`la`, Al-Istifal, dan Ghunnah dan lain-lainnya. Maka ianya merupakan sesuatu yang lazim bagi
zat huruf tersebut yang tak boleh terlepas daripadanya, maka jika sekiranya
luput daripadanya maka ia merupakan sebuah Lahn ( kesalahan ). Dan
memberikan Haknya : iaitu sifatnya yang
terbentuk daripadanya daripada sifat-sifat zat seperti Tafkhim[11],
ianya terbentuk daripada Al-Isti`la`, dan seperti Tarqiq[12]
ianya terbentuk daripada Al-Istifal dan begitulah seterusnya.
Hukumnya : Menuntut ilmunya merupakan Fardhu kifayah,
dan beramal dengannya merupakan Fardhu `ain atas setiap para Qari, baik dari
kalangan muslimin ataupun muslimat berdasarkan daripada Firman Allah ta`ala :
وَرَتِّلِ اْلقُرْءَانَ تَرْتِيْلاً
Dan
lantunkanlah Al-Qur`an dengan bacaan yang tartil “
Dan daripada Huzaifah Ibnu al-Yaman berkata :
Rasulullah S.A.W bersabda :
اقرؤوا القرأن بلحون
العرب وأصواتها، وإياكم ولحون أهل الكتابين وأهل الفسق، فإنه سيجئ بعدي قوم يرجعون
بالقرأن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح. لا يجاوز حناجزهم مفتونة قلوبهم وقلوب من
يعجبهم شأنهم.
( رواه الطبرني في المعجم الأوسط )
Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka itu sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya".
( رواه الطبرني في المعجم الأوسط )
Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka itu sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya".
( Hadits diriwayatkan oleh
Tabrani dalam Mu`jam al-Ausath )
Pembahasannya : Kalimat-Kalimat
al-Quran, dikatakan juga : begitu juga al-Hadist
Kelebihannya : ianya merupakan
ilmu yang mulia dan banyak kelebihan-kelebihannya, kerana ianya berkaitan dengan
al-Quran dan perkara-perkaranya yang berkaitan dengannya.
Faedahnya : Kemenangan dengan
memperoleh kesenangan di dunia dan akhirat.
Sumber-Sumbernya : al-Quran dan
al-Sunnah
Namanya : Ilmu Tajwid
Permasalahnya :
Qawaid-qawaidnya dan permasalah-permasalahannya secara keseluruhan ( kulliat ),
yang nantinya akan membawa dalam memahami hukum-hakam pecahannya ( juziyat ).
Tujuannya : Menjaga lisan
daripada al-Lahnu (kesalahan )dalam membaca kalam Allah
Al-Lahnu : ia merupakan sebuah
kesalahan dan lari daripada kebenaran, ianya terbagi kepada dua : Jali
dan Khafi.
Jali : kesalahan yang terdapat
dalam lafaz-lafaz yang menyebabkan berobahnya bacaannya, baik yang mengubah
dari segi makna ataupun tidak, seperti merubah huruf dengan huruf lain, ataupun
harakat dengan harakat lain. Yang pertama adalah seperti menggantikan huruf
al-Tha` dengan dal atau ta tanpa al-isti`la`
padanya. Yang kedua seperti menzummahkan huruf ta “ أنعمتُ “atau membacanya fatah dal
pada “ الحمدَ لله “ yang dinamakan juga dengan Jali
Dan Khafi : ianya merupakan
sebuah kesalahan yang terdapat pada lafaz-lafaz yang memberikan sebuah
perubahan pada huruf tanpa makna, seperti meninggalkan Ghunnah dan memendekkan
mad-mad atau memanjangkan sesuatu yang pendek.
Dinamakan Khafi kerana ia
dikhususkan bagi ahli-ahli ilmu ini sahaja yang dapat mengetahuinya
Dan yang pertama : Maksudnya al-Jali-
ianya Haram dan berdosa orang yang membacanya atas perbuatan itu.
Dan Yang kedua : maksudnya al-Khafi
– ianya Makruh dan memberikan sebuah keaiban disisi ahli ilmu ini,
dikatakan juga : diharamkan juga , kerana ianya menghilangkan kemanisan ( Barunaq
) bacaan.
Kedua
Daripada
fadhilah-fadhilah al-Quran al-Karim
Menyibukkan diri dengan membaca
dan mendatabburnya merupakan sebaik-baik ibadat dan ianya merupakan asas
daripada agama, Allah telah menyerahkan pada mereka setiap sesuatu ilmu, ianya
merupakan sebuah cahaya yang diturukan dalam hati penghulu kita Nabi Muhammad
S.A.W yang menjadikannya sebagai petunjuk dan Rahmat dan berita gembira bagi
orang-orang Muslimin.
Daripada Abu Musa al-Asy`ari R.A berkata : Rasulullah S.A.W
bersabda :
عن أبي موسى
الأشعري رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مثل المؤمن الذي
يقرأ القرآن مثل الأُتْرُجَّة ريحها
طيب وطعمها طيب . ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن مثل
التمرة لا ريح لها وطعمها طيب حلو .
ومَثَلُ
المنافق الذي يقرأ القرآن مثل الريحانة ريحها طيب وطعمها مر . ومثل المنافق الذي
لا يقرأ القرآن كمثل الحنظلة ليس لها ريح وطعمها مر
( رواه الترمذي
)
Dari
Abu Musa Al Asy’ari berkata : telah bersabda Rasulullah : “Perumpamaan orang
mu’min yang membaca Al Qur’an seperti Utrujjah baunya harum rasanya lezat, dan
perumpamaan orang mu’min yang tidak membaca Al Qur’an seperti Tamrah tidak ada baunya tetapi rasanya manis. Sedang
perumpamaan orang munafiq yang membaca Al Qur’an seperti Rihanah, baunya harum
tetapi rasanya pahit, sedang orang munafiq yang tidak membaca Al Qur’an seperti
Handhalah, tidak ada baunya dan pahit rasanya” ( Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim )
وعن أبي سعيد
الخدري رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يقول الله سبحانه وتعالى:
)من شغله القرآن وذكري عن مسأ لتي اعطيته افضل ما اعطى السائلين(, وفضل كلام الله على سائر الكلام
كفضله على خلقه
رواه الترمذي
Daripada Abi
Sai`d al-Khudri R.A daripada Nabi S.A.W bersabda : Allah S.W.T berfirman : Barangsiapa
disibukkan dengan Al-Qur'an dan dzikir kepada-Ku sampai-sampai tidak meminta
kepada-Ku, maka Aku akan memberinya pemberian yang terbaik seperti yang Aku
berikan kepada mereka yang meminta kepada-Ku. Dan keutamaan kalam Allah atas semua
kalam-kalam lain seperti keutamannya ada makhluk ciptaannya.
Dan
disunnnatkan ketika membacanya dalam keadaan menangis sebagaimana yang mampu
bagi seorang Qari, ianya dapat menambahkannya Nur dan kekhusyu`an, sebagaimana
yang disebutkan oleh Imam Nawawi dalam ( al-Tibyan ) daripada Nabi S.A.W
اقرؤوا القرآن وابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا
Ertinya : Bacalah
al-Quran dan menangislah kamu semua, sekiranya kamu tidak mampu menangis maka
buat-buatlah menangis.
Al-Quran menjadi syafa`at pada hari kiamat bagi
orang-orang yang membacanya, diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Amamah
al-Bahili R.A berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :
اقرؤوا
القرآن ؛ فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه
“ Bacalah Al-Qur’an karena di hari kiamat ia datang memberi syafaat pada
orang yang membacanya “.
Disana juga terdapat ayat-ayat dan surah yang khusus sebagaimana disebutkan
dalam hadits-hadits yang mulia yang mengkhususkannya dalam menghafal dan
membacanya seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim
:
من حفظ عشرة آيات من أول سورة الكهف
عصمه الله عن الدجّال
Barang siapa yang menghafal sepuluh ayat dariada
awal surah al-Kahfi maka Allah selamatkannya daripada fitnah Dajjal.
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه
قال : لا تجعلوا بيوتكم مقابر، إن الشيطان
ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة ( رواه مسلم
)
Daripada Abu Hurairah R.A Rasululllah S.A.W bersabda
: “Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya setan
lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya.” (HR. Muslim )
Dan disunnatkan bagi seorang
Qari` memperbaguskan suaranya dalam membacanya, selama tidak keluar daripada
batasan Qiraat yang merenggangkanya, sebagaimana dalam sebuah Hadits Syarif :
من لم يتغنَّ بالقرآن فليس منا ( رواه أبو داود )
Barang siapa yang tidak memperindahkan dalam bacaan
al-Quran maka ia bukan dari golongan kami. ( HR Abu daud )
Dan makna (يتغنَّ ) maksudnya : Memperindah suara dalam membaca
al-Quran
Ketiga
Adab-adap yang penting bagi seorang Qari`
al-Quran al-Karim
Disana terdapat adab-adab yang agung dalam mempelajari
al-Quran, sebagaimana yang dikenalkan
dan yang dilakukan oleh orang-orang yang
telah Allah cahayakan hatinya dengan al-Quran dan membacanya dengan kefahaman dan penjagaan, dan secara jumlahnya terbahagi
kepada :
1-
Adab bersama al-Quran
2-
Adab bersama para Ahli al-Quran
3-
Adab Mu`allim ( guru ) dan
Muta`allim ( murid ) ketika hendak membaca.
Adapun adab bersama al-Quran : hendaklah membersihkan
mulut dengan siwak atau lainnya dengan Thaharah yang sempurna, pada tempat yang
bersih dan bagus serta menghadap kiblat, dan membaca isti`azah sebelum
membacanya dan berusaha dengan penuh kekhuyu`an dan tadabbur dan membacanya dengan bagus dan tartil, dan
menjauhkan daripada ketawa dan kebisingan
dan perbualan tanpa ada sebuah kemudharatan ketika membacanya, dan tidak
dibacakan pada ehwal dan tempat-tempat khas, seperti dalam keadaan yang sangat
mengantuk, atau membacakan kepada orang yang tidak siap mendengarkannya, atau
dijalanan dan kamar mandi, dan tandas, dan membacanya ketika khutbah apabila
bagi orang yang mendengarnya, begitu juga wajib mengagungkannya yang ditulis
daripadanya bukan sesuatu yang lunak padanya, dan tidak dibolehkan dengan
mengatakan sesuatu daripada al-Quran yang tidak ada ilmu dengannya, ini merupakan adab-adab sebagaimana yang
dikemukakan oleh al-Lubaib.
Adapun bersama para ahli al-Quran : Ianya merupakan
adab dengan kalamullah ta`ala, maka tidak dibolehkan menyakiti orang yang
membawa al-Quran atau bertakabbur atasnya, terlebih-lebih lagi dengan orang
yang mengajar al-Quran dan guru dengan ilmunya ini.
Adapun adab Guru dan murid : Ini tidak bertujuan
keduanya (guru dan murid ) yang membawa kepada tujuan-tujuan dunia sebagaimana
pertemanan keduanya, maka hendaklah guru itu menemani muridnya ketika
membacanya, dan hendaklah berakhlak bagus yang diredhai dan bahagian-bahagian
yang terpuji, maka hendaklah keduanya
memperbanyak muzakarah dan menghafalnya.
Keempat
Tertib Qiraat
1-
Al-Tartil : Dan dari segi
bahasa : Masdar ( Tartil al-Quran ) : sebagus-bagus karangannya . Dan menurut
Istilahan : Membaca al-Quran dengan tidak tergesa-gesa dan memahaminya tanpa
mempersegerakannya ) dan ianya merupakan tata tertib yang paling baik
2-
Al-Tahqiq : Ianya seperti
tartil akan tetapi ianya agak lebih tenang daripadanya, ianya dipakai untuk
mengajar.
3-
Al-Hadr : Membacanya dengan
cepat, dan haruslah menjaga segala hukum-hakam tajwid
4-
Al-Tadwir : Ianya merupakan
keseimbangan antara tartil dan hadar.
Maka selain daripada itu namanya ( al-Hazramah )
ianya merupakan sebuah bentuk bacaan, dan tidak dibolehkan sama sekali oleh syara`,
dan orang tersebut berdousa dan
hendaklah orang tersebut bertalaqqi ilmu ini setelahpun bertaubat kepada Allah
dengan taubat yang nashuha, dan tidak berbuat lagi selepasnya.
Kelima
Orang-orang yang menulis dalam
Ilmu ini
A-
Orang-orang terdahulu
1-
Al-Allamah Ibnu al-Jazari (
Muhammad Bin Muhammad ) : Nidhamu al-Jazariah fi al-Tajwid.
2-
Shaikul Islam Zakaria
al-Anshari : Sharahu al-Jazariah
3-
Makki Bin Abi Thalib al-Qaisi
: al-Ri`ayah
4-
Daripada Susunan : Tuhfatul Athfal. Dan
Hidayatu al-Shibyan fi al-Tajwid
5-
Al-Usymuni : Manarul Huda fi
bayani al-Waqfi wal Ibda`.
B-
Daripada Kalangan Moden
1-
Al-Ustaz Muhammad Abu Raimah
R.A : Risalah fi al-Tajwid
2-
Al-Shaikh Muhammad Ahmad
Dahman ( R.A ) : Durus al-Tajwid al-Hadisah dua jilid.
3-
Al-Allamah al-Shaikh Abul
Wahhab al-Hafiz ( Dabas wazait ) R.A : Hidayah al-Rahman fi Tajwid al-Quran.
4-
Al-Ustaz `Izat `Ubaidu al-Du`as : ( Fannu al-Tartil )
Hams.
Aku mengatakan : Banyak sekali yang dikarang daripada Mesir dan negeri Syam dalam seni bidang ilmu ini, baik dalam bentuk system dan penulisan ada yang berbentuk panjang dan sederhana dan ringkasan, semoga Allah membalas bagi mereka semuanya dengan kebaikan.
Bab Yang Pertama
Permulaan : Hukum Membaca al-Istiazah dan
Bismillah
Hukum Nun Sukun dan Tanwin dan hukum Mim Sukun
·
Hukum Nun sukun dan Tanwin
·
Hukum Mim Sukun
Hukum membaca al-Isi`azah dan Bismillah
Al-Isti`azah :
Hukumnya : disunnatkan
– dikatakan juga : wajib – ketika memulai membacanya
Dan bentuknya yang dipilih :
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Disana terdapat empat keadaan :
Dua keadaan di jiharkan ( menyaringkan ) pada
keduanya, dan pada dua keadaan lagi di sirkan ( tidak nyaring ) .
Dan dijiharkan ketika pada perayaan ( majlis ) dan semasa pembelajaran, dan disirkan ketika
pada solat dan diluarnya. Cara membaca isti`azah
dengan Basmallah pada awal surah ada empat cara :
1-
Qath`u al-Jami` : maksudnya adalah membaca Isthi`azah
terlebih dahulu daripada Bismillah, dan membacakan Bismillah pada awal surah.
2-
Berhenti pada Isti`azah dan menyambung basmalah dengan
awal surah.
3-
Menyambung Isti`azah dengan basmallah sahaja, kemudian
memulakan bacaan awal surah.
4-
Waslun al-Jami` : maksudnya adalah menyambung
ketiga-tiganya, iaitu Isti`azah dengan Basmallah, dan menyambung Basmallah
dengan awal surah.
Dan antara Basmallah dengan setiap dua Surah terdapat
tiga cara :
1-
Qa`un al-Jami`
2-
Berhenti pada pertama dan menyambung dengan kedua dan dengan ketiga.
3-
Waslum al-Jami` ( menyambung semuanya ) dan Adapun antara surah
al-Anfan dan Baraah ( At-taubah ) hendaklah bagi kamu itu waqaf, diam,
menyambungnya, tanpa membaca Basmallah kerana ia tidak terdapat Basmallah
antara dua surah tersebut ( al-Anfal dan At-taubah
Pasal Pertama
Hukum Nun Sukun dan Tanwin
Pembahasan pertama : Al-Izhar
-
Ia adalah : mengeluarkan setiap huruf daripada
makhrajnya tanpa ada ghunnah ( dengung ),
Dan hurufnya ada enam : ( الهمزة , الهاء , العين , الحاء , الغين , الخاء )
-
Dinamakan juga huruf Halqun[13].
Dimana ianya terhimpun dalam perkataan ini :
( أَخِي
هَاكَ عِلمًا حَازَهُ
غَيْرَ خَاسِرٍ )
Seperti : يَنْأَوْنَ , مِنْهُمْ , أَنْعَمْتَ , تَنْحِتُوْنَ , مِنْ غِلٍّ , المُنْخَنِقَةُ .
-
Hakekatnya ( mengucapkan dengan Nun dan tanwin dengan
batasan keduanya, kemudian mengucapkan dengan huruf Izhar tanpa terputus bacaan
diantara keduanya ) membacanya dengan mensukunkan huruf Nun, dan melafazkan huruf (
didepannya ) tanpa Qalqalah.
Dinamakan juga Izhar pada Hamzah dan Ha` disebut dengan Izhar al-`ala ( tinggi ), dan pada al-`Ain dan
al-Ha` disebut juga dengan Izdhar
Ausath ( pertengahan ) dan pada al-Ghain dan al-Kha` disebut juga
dengan Izdhar Adna ( rendah )
Pembahasan kedua : Idgham dan pembahagiannya :
( Bertemunya huruf yang sakin dengan huruf berbaris dan kemudian menjadi kedua-duanya satu huruf
bersabdu, dan lidah terangkat sekali ketika membacanya)
Hurufnya ada enam : ن- و- ل- م – ر – ي ( يَرْمَلُوْنَ )
-
Dan Al-Idgham itu terbahagi kepada dua : 1- Bighunnah
2- Bighairi ghunnah
1-
Al-Idgham Bighunnah : dinamakan juga Naqis, dan hurufnya ada empat secara keseluruhan, didalam lafaz ( يومن )
seperti
: مَن يقول , مِنْ وَال , مِمَّن منع , من نُور .
-
Tata cara Idgham ( menjadikan huruf yang diighamkan seperti mudgham fih ( yang diidgham
padanya ) , dan kedua-duanya menjadi satu huruf daripada jenis yang kedua)
seperti : ﴾ من يعمل ﴿ من يّعمل , dan daripada﴾ مِنْ رَّبِّكُمْ ﴿ مرّبكم,dan tidak di Idghamkan melainkan pada dua kalimat,
jika tidak maka tidak benarkan Idgham padanya seperti : ﴾ صِنْوَانٌ ﴿ , ﴾
الدُّنْياَ
﴿, ﴾
قِنْوَانٌ ﴿, ﴾
بُنْيَنُهُمُ ﴿
2- Idgham Bighairi Ghunnah : iaitu pada huruf Lam dan Ra` : Dinamakan juga Al-Idgham Al-Kamil.
2- Idgham Bighairi Ghunnah : iaitu pada huruf Lam dan Ra` : Dinamakan juga Al-Idgham Al-Kamil.
Pembahasan ketiga : Al-Iqlab :
Ia adalah : Menjadikan suatu huruf pada tempat huruf
lain, maksudnya : Menukarkan Nun yang sukun ataun Tanwin dengan Mim yang di
Ikhfa`kan ( disembunyikan ) sebelum Ba` serta mengekalkan sifat dengungnya.
Ianya terdapat pada satu kalimat adan juga pada dua kalimat, seperti : ﴾
أَنْبِئْهُمْ ﴿, ﴾
أَنْ
بُوْرِكَ ﴿ maka ianya akan menjadi ( أمبئهم – أمبورك ) . Maksud
MengIkhfa`kan Mim adalah melemahkannya dan dan menutup zatnya. Ianya haruslah
dengan menutup kedua bibir dengan tutupan yang ringan tanpa menekannya secara
kuat. ( ini adalah menurut Ijma` para Qurra` di Syam )
Pembahasan Keempat : Al-Ikhfa`
Ianya adalah : Membacakan Huruf yang bertanda sukun tanpa Tasydid (
sabdu ) dengan sifat bacaan antara Al-Izhar dan Al-Idgham serta mengekalkan
sifat dengung pada huruf pertama, iaitu ketika membaca huruf daripada
huruf-huruf Ikhfa`. Semuanya terdapat di
awal kata-kata dalam syair ini :
صِفْ
ذَاثَنَا كَمْ جُودَ شخص قد سما كرما ضع
ظالماً زد تقى دُمْ طالبًا فترى
-
Kadang-kadang ia terdapat dalam satu kalimat atau dua
kalimat, seperti :
﴾
يَنْصُرْكُمُ ﴿, ﴾
مُنْذِرٌ ﴿, ﴾
مَنشُوْرًا ﴿, ﴾ يَنكُثُوْنَ
﴿, ﴾
أَنجَيْنَكُم ﴿, ﴾
يَنشُرْلَكُمْ ﴿ , ﴾ يَنقَلِبُوْنَ ﴿, ﴾
مِنسَأَتَهُ
﴿, ﴾ أَندَادًا
﴿, ﴾
يَنطِقُوْنَ ﴿, ﴾
فَأَنزَلْناَ ﴿, ﴾
انفِرُوْ ﴿,
﴾
يَنتَهُوْا ﴿, ﴾
مَنضُودٍ ﴿, ﴾
انْظُرُوا ﴿, dan pada
dua kalimat :
﴾
عَزِزٌ
ذُوْ انتِقَامٍ ﴿, ﴾ مِّن فِرْعَوْنَ ﴿
Kesimpulan : Al-Izhar adalah mengekalkan zat bagi huruf
dannya secara bersamaan, dan Al-Idgham adalah tidak mengekalkan bagi keduanya
secara bersamaan, dan Al-Ikhfa` adalah menjauhkan zat bagi huruf Nun dan Tanwin
daripada Lafaz dan mengekalkan kedua sifatnya iaitu Ghunnah ( dengung ) yang
berpindah Makhraj keduanya daripada
Lidah ke Khaisyum ( sengau ) , seperti : ( عنك )maka lidah tidak
berkerja baginya.
36
Bab Kedua
Hukum Mim Sukun
Apabila huruf mim sukun bertemu dengan huruf daripada
huruf-huruf hijaiyah, maka ianya memiliki tiga hukum ( Ikhfa` , Idgham, Izhar )
Pertama : Al-Ikhfa`
Apabila selepas Mim sukun bertemu dengan satu huruf
sahaja, iaitu al-Ba` ( ب
) maka
hendaklah mengikhfa`kan serta dengung, seperti : ﴾
وَهُم
بِالْأَخِرَةِ ﴿, dinamakan juga Ikhfa` Syafawi
kerana perimbangan dengan makhraj huruf mim yang keluar daripada dua bibir.
Cara bacaan Ikfa` Syafawi ini hendaklah direnggangkan sedikit dua bibir tidak
boleh merapatkan ( berdasarkan Ijma` al-Qurra` di Syam )
Kedua : Al-Idgham
Apabila selepas Mim sukun bertemu dengan satu huruf
sahaja, iaitu Al-mim ( مــ
) maka hendaklah
memasukkan ( mengidghamkan ) mim yang pertama dengan mim yang kedua disertai
dengan dengung sehingga kedua-duanya menjadi mim yang bersabdu, seperti :
﴾ أَم مَّنْ أَسَّسَ ﴿,
Ketiga : Al-Izhar
Apabila selepas Mim sukun bertemu dengan satu huruf satu
huruf sahaja daripada baki huruf hijaiyah terdiri daripada 26 huruf, cara
membacanya dengan menyatakan sebutan huruf mim tanpa disertai dengung, seperti
: ﴾
مَثَلُهُمْ كَمَثًلِ ﴿, ﴾
وَهُمْ فِيْهاَ ﴿, dinamakan juga Izhar syafawi
Bab ketiga
Al-Huruf : makhrajnya dan sifatnya
·
Makhraj-makhraj huruf
·
Sifat-sifat Huruf
Pasal Pertama
Makhraj-makhraj huruf itu ada 17 makhraj, dan
jenis-jenisnya ada lima :
1.
Bahagian Rongga mulut dan rongga kerongkongan
2.
Bahagian kerongkongan
3.
Bahagian lidah
4.
Bahagian bibir mulut
5.
Bahagian hidung ( khaisyum )
1.
Bahagian Rongga mulut dan rongga kerongkongan (
al-Jaufu ) : padanya terdapat satu
makhraj yang keluar daripadanya huruf Mad
yang tiga : alif dan Wau dan Ya`
2.
Bahagian kerongkongan ( al-Halqu ) : padanya terdapat
tiga makhraj :
A.
Pangkal Kerongkong : Hamzah dan Ha`
B.
Tengah kerongkong : `Ain dan Haa
C.
Hujung Kerongkong : Ghain dan Kha`
3.
Bahagian Lidah : padanya terdapat sepuluh makhraj :
1-
Antara Pangkal daun lidah daripada kerongkong : Qaf
2-
Pangkal dahun lidah dibawah makhraj Qaf : Kaf
3-
Daripada pertengahan ( daun lidah ) : Jim dan Syin dan
ya`
4-
Sepanjang tepi lidah
yang ditekan pada geraham atas atau salah satu keduanya : dhad
5-
Daripada Tepi hujung lidah kepada langit-langit keras
: Lam
6-
Tepi hujung
lidah dibawah makhraj Lam sedikit : Nun
7-
Daripada Atasnya ( tepi hujung lidah berdekatang
dengan huruf nun ) : Ra`
8-
Hujung lidah ( yang diangkat ) menekan pada gusi gigi
gunting atas : Tha` dan Dal dan Ta`
9-
Hujung lidah yang ditekankan pada belakang gigi
gunting bawah : Shad dan Zay dan Sin
10- Daripada
hujungnya ( lidah ) diantara hujung gigi gunting atas dan hujung gigi gunting
bawah : Tha` dan Zal dan Dzha
4.
Bahagian bibir mulut : padanya terdapat dua Makhraj :
1-
Bibir mulut bawah dan hujung gigi gunting atas : Fa`
2-
Dua bibir mulut : Ba` dan Mim dan Wau
5.
Bahagian hidung ( khaisyum ) : keluar daripadanya
Ghunnah ( dengung )
Pasal Kedua
Sifat-sifat Huruf
Sifat-sifat huruf, terdapat dua bahagian : Sifat-sifat
berlawanan dan sifat-sifat yang tidak berlawanan.
Sifat-sifat berlawanan ( 5 )
1-
Al-Jahr dan lawannya Al-Hams
2-
Asy-Syiddah dan At-Tawassut lawannya Ar-Rakhawah
3-
Al-Isti`la` dan lawannya Al-Istifal
4-
Al-Itbaq lawannya Al-Infitah
5-
Al-Izlaq lawannya Al-Ismat
1.
Al-Hams : huruf-hurufnya :
فَحَثَّهُ
شَخْصٌ سَكَتْ
Dan Al-Jahr selain daripadanya.
2.
Asy-Syiddah : dan huruf-hurufnya :
أَجِدْ قَطٍ بَكَتْ
Ar-Rakhawah selain daripadanya.
Dan huruf al-Mutawassithah ( sederhana ) :
لِنْ عُمَرْ
3.
Al-Isti`la` : huruf- hurufnya :
خُصَّ
ضَغْطٍ قِظْ
Dan Al-Istifal iaitu selain huruf pada Al-Isti`la`
4.
Al-Itbaq : Huruf-hurufnya :
Shad dan Dzad dan Tha dan Dza`. Selain huruf ini
adalah Al-Infitah
5.
Al-Izlaq : dan Hurufnya :
فِرَّ مِنْ لُبٍ
Dan huruf Al-Ismat iaitu selai daripada Al-Izlaq.
Sifat-sifat
yang tidak berlawanan ( sifat Tunggal )
1.
As-Shafir : Hurufnya ada tiga : ( Shad dan Zai dan Sin
)
2.
Al-Qalqalah : dan Hurufnya ( قُطْبُ جَدٍ )
3.
Al-Lin : dan Hurufnya : ( Wau dan Ya` )
4.
At-Takrir : Hurufnya : ( Ra`) dan dijauhkan pada
Tilawah.
5.
At-Tafasysyi : dan ianya : ( Syin )
6.
Al-Istithalah : Sebuah ibarat iaitu memanjangkan Dhad
sehingga bersambung dengan Mim.
7.
Al-Inhiraf : ianya adalah menjauhkan sedikit daripada
( Lam dan Ra` ) daripada makhraj keduanya pada makhraj selain keduanya. Dan
dijauhkan pada Tilawah.
Bab Keempat
Hukum-hakam Ra` dan Lam dan Tempat-tempat Waqaf
·
Hukum-hakam Ra`
·
Hukum-Hakam Lam dan Mim dan Nun yang bertasydid.
·
Hukum-hakam Idgham Mutamasilain dan Mutajanisain dan
Mutaqaribain.
·
Tempat-tempat Waqaf.
·
Al-Maqtu` dan al-Maushul.
Pasal Pertama
Hukum Ra`
Bagi Ra` terdapat tiga ehwal : 1- At-Tafkhim . 2-
At-Tarqiq . 3- dibolehkan kedua-duanya.
1-
At-Tafkhim : Wajib dibaca Tafkhim pada tempat-tempat
berikut :
1.
Apabila berbaris Zummah : ( عِشْرُوْنَ )
2.
Apabila berbaris diatas : ( سِرَجاً )
3.
Apabila bertanda sukun setelah zummah : ( غُرْفَةَ )
4.
Apabila bertanda sukun setelah berbaris diatas : ( قَرْيَةٍ )
5.
Apabila bertanda sukun setelah baris dibawah: ( أَمِ أرْتَابُوا ) , ( ارْجِعُوا )
6.
Apabila bertanda sukun selepas baris dibawah Asli dan
selepasnya huruf Isti`la` : ( مِرْصَادًا ), ( قِرْطَسٍ )
7.
Apabila bertanda sukun selain Ya` dan sebelum bertanda
sukun itu berbaris diatas, atau zummah : ( القَدْرِ ) ( الفَجْرِ )
2-
At-Tarqiq :
pada tempat-tempat berikut ini :
1-
Ketika ra` berbaris dibawah : ( وَالْغَرِمِيْنَ )
2-
Jika Ra` bertanda sukun selepas berbaris bawah asli :
( شِرْعةً )
3-
Jika Ra` bertanda sukun selepas ya sukun : ( خَبِيْرٍ )
4-
Ketika pada waqaf ( akhir kalimat ) dan sebelumnya
huruf Istifal yang sukun dan sebelumnya huruf yang berbaris dibawah, contoh : (
حِجْرٌ ), ( السِّحرَ )
3. Ra` harus dibaca dengan dua cara ( At-Tafkhim atau
At-Tarqiq ) pada tempat-tempat berikut :
1- jika ianya berbaris sukun dan sebelumnya berbaris dibawah asli dan selepasnya huruf
isti1la yang berbaris kasrah seperti : (
كُلُّ فِرْقٍ )
2-Jika Ra`ketika waqaf ( di akhir kalimat ) dan sebelumnya huruf Isti`la` yang sukun dan
sebelumnya huruf berbaris kasrah seperti : [14](
مِصْرَ ), ( القِطْرِ
)[15]
Pasal
Kedua
Hukum-hakam
Lam
Pasal
Ketiga
Hukum-hakam
Idgham al-Mutamasilain dan al-Mutajanisain dan al-Mutaqaribain
Bab
keempat
Tempat-tempat
waqaf dalam Al-Quran
Waqaf mengikut kehendak pilihan ( Al-Ikhtiari ) :
empat : Tam, Kafi, Hasan ,Qabih.
1-
Waqaf Tam : digalakkan waqaf padanya dan memulakan
pada selepasnya kecuali apa yang selepasnya berkaitan dengan hubung-kait makna
dan bukan kerana lafaz, seperti : ( أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لاَ يُئْمِنُوْنَ )
2-
Kafi :
Pasal Kelima
Al-Ma`tu` dan al-Maushul
Doa Khatam Al-Quran
Ya Allah dengan Selawat atas penghulu kami Nabi
Muhammad yang merupakan penyudah bagi segala Nabi-Nabi dan para Rasul, maka
Ampunkanlah kami dan bagi kedua ibu bapak kami dan bagi seluruh muslimin dan
matikanlah kami dengan Amalan-amalan shalih kami , wahai yang maha mulia,
segala puji bagi Allah tuhan bagi sekalian Alam.
Nasab Qurra` sepuluh dan riwayat mereka
Nafi` al-Madani : Abu Ruwaim Bin Abdurrahman al-Laithi
al-Ashfahani. Meninggal di Madinah tahun 169
Perawinya : Qalun, Isa Bin Mina, Abu Musa. Meninggal
di Madinah tahun 220
Ibu Kathir al-Makki : Abdullah Bin Kathir al-Dari. Di
Mekkah. Meninggal tahun 120
Perawinya : Al-Bazzi : Ahmad Bin Muhammad Bin Abdullah
al-Makki Abu Hasan. Di Mekkah meninggal tahun 250.
Qunbul : Muhammad Bin Abdul Rahman al-Makhzumi Abu Umar.Meninggal di Mekkah
tahun 291
Abu
'Amru al-Bashri : Ziyad bin al-'Ala' bin
'Ammar al-Mazani. Meninggal di Kufah
pada tahun 154 Hijrah.
Dua perawinya:
Al-Duri : Beliau ialah Abu 'Amru Hafsh bin Omar bin Abdul Aziz . Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.
Dua perawinya:
Al-Duri : Beliau ialah Abu 'Amru Hafsh bin Omar bin Abdul Aziz . Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.
Al-Susi : Beliau ialah Abu Syu'aib Shalih bin Ziad bin. Meninggal
dunia pada tahun 261 Hijrah.
Imam
Abu 'Amir al-Syami : Nama beliau ialah Abdullah bin 'Amir al-Yahshabi Abu
Imran . meninggal dunia pada tahun 118 Hijrah di Kufah.
Dua perawinya:
Hisyam : Beliau ialah Hisyam bin 'Ammar bin Nasir al-Dimasyqi Abu al-Walid. meninggal pada tahun 245 Hijrah di Damaskus.
Ibnu Dzakuan : Beliau ialahAbdullah bin Ahmad bin Basyir al-Qarsyi. meninggal dunia pada tahun 242 Hijrah di Damaskus.
Imam
'Aashim Al-Kufi : Nama beliau ialah 'Aashim bin Abi al-Najud Abu Bakar . Meninggal dunia pada tahun 128
Hijrah di Kufah.
Dua perawinya :
Syu'bah : Beliau ialah Abu Bakar bin 'iyasy bin Salim al-Kufi. meninggal dunia pada tahun 193 Hijrah di Kufah.
Dua perawinya :
Syu'bah : Beliau ialah Abu Bakar bin 'iyasy bin Salim al-Kufi. meninggal dunia pada tahun 193 Hijrah di Kufah.
Hafsh : Beliau ialah Abu Amru bin Sulaiman bin Al-Mughirah al-Bazaz al-Kufi. meninggal dunia pada tahun 180 Hijrah di Kufah.
Hamzah
al-Kufi : Nama sebenar
beliau ialah Hamzah bin Habib bin 'Imarah al-Zaiyat Abu 'Imarah. meninggal
dunia pada tahun 156 Hijrah di Hulwan.
Dua perawinya :
Khalaf : Beliau ialah Khalaf bin Hisham al-Bazzar Abu Muhammad. meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah di Baghdad.
Khallad : Beliau ialah Khallad bin Khalid al-Shairafi al-Kufi Abu Isa. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah di Kufah.
Al-Kasai al-Kufi : Nama sebenar beliau Ali bin Hamzah al-Nahwi Abu al-Hasan. meninggal dunia pada tahun 189 Hijrah di Baranbawaih
Dua perawinya :
Abu al-Harith Al-Laith bin Khalid al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 240 HIjrah.
Dua perawinya :
Khalaf : Beliau ialah Khalaf bin Hisham al-Bazzar Abu Muhammad. meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah di Baghdad.
Khallad : Beliau ialah Khallad bin Khalid al-Shairafi al-Kufi Abu Isa. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah di Kufah.
Al-Kasai al-Kufi : Nama sebenar beliau Ali bin Hamzah al-Nahwi Abu al-Hasan. meninggal dunia pada tahun 189 Hijrah di Baranbawaih
Dua perawinya :
Abu al-Harith Al-Laith bin Khalid al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 240 HIjrah.
Ja’far Al-Madani : Yazin Bin
al-Qa`qa` , meninggal pada tahun 128
hijriah di Madinah.
Dua
perawinya :
- Ibnu Wardan : Abu al-Harith Isan al-Madani, meninggal lebih kurang pada tahun 160 Hijriah.
Ibnu Jummaz: Abu al-Rabi` Sulaiman Bin Muslim al-Madani, meninggal pada tahun 170 Hijriah di Madinah di Bu`aid.
Ya’qub Al-Basri : Abu Muhammad Ya`qub Bin Ishaq Bin
Zaid al-Hadhrami, meninggal pada tahun 205 Hijriah di Bashrah.
- Ruwais : Abu Abdullah Muhammad Bin al-Mutawakkil al-Lu`lui, meninggal pada tahun 238 di Bashrah.
- Rauh : Abu
al-Hasan Bin Abdul Mukmin al-Nahwi al-Bashari, meninggal lebih kurang pada tahun 235 Hijriah di Bashrah.
Khalaf[17] : Abu Muhammad Khalaf Bin Hisyam Bin Tha`lab al-Bazar
al-Baghdadi, meninggal pada tahun 229 Hijriah.
Dua perawinya
- Ishaq : Abu Ya`qub Bin Ibrahim Bin `Usman al-Waraq
- Idris : Abu al-Hasan Bin Abdulkarim al-Haddad al-Baghdadi, meninggal pada tahun 292
- Ishaq : Abu Ya`qub Bin Ibrahim Bin `Usman al-Waraq
- Idris : Abu al-Hasan Bin Abdulkarim al-Haddad al-Baghdadi, meninggal pada tahun 292
Senarai Kandungan
Muqaddimah
Khutbah Kitab
Maudhu`-maudhu` kitab
Pendahuluan dalam dasar-dasar ilmu Tajwid
Sepuluh Dasar-dasar
Daripada kelebihan Al-Quran
Adab-adab yang peting bagi pembaca Al-Quran al-Karim
Tertib bacaan
Orang yang menulis dalam Ilmu ini
Bab Pertama Pendahuluan hukum hakam Isti`azah dan
Bismillah
Pasal
Pertama : Hukum Nun sukun dan Tanwin
Pasal
Kedua : Hukum Mim mati
Bab kedua : Pasal pertama Mad dan Pembahagiannya
Papan kenyataan Pembahagian Mad-Mad
Pasal kedua : Ar-Raum dan Al-Isymam
Bab ketiga Pasal pertama : Makhraj-makhraj huruf
Pasal kedua : sifat-sifat Huruf
Bab keempat : pasal Pertama : Hukum Ra`
Pasal
kedua : Hukum Lam
Pasal
ketiga : Hukum Idgham Mutamasilain dan Mutajanisain dan Mutaqaribain
Pasal keempat : Tempat-tempat waqaf dalam kitabullah
Azza wajalla
Pasal kelima : Maqtu` dan Mausul
Doa Khata Al-Quran
Risalah
terakhir Qurra` sepuluh dan riwayat simbol-simbol mereka
Nasab Qurra` sepuluh dan riwayat mereka
Senarai sumber-sumber kitab
Penutup
Senarai isi kandungan
[1] al-Athar (الآثار)
Dari segi
bahasa ia bermaksud 'kesan', 'impak', 'tanda' atau 'sisa' yang ditinggalkan
atau diwarisi dari perkara lepas. Dari segi istilah juga terdapat 3 pendapat:
- Athar itu sama pengertian seperti hadith.
- Athar dan hadith mempunyai pengertian yang tersendiri. Athar adalah percakapan, perbuatan dan pengakuan oleh para sahabat dan tabi'en dan hadith pula adalah percakapan, perbuatan, pengakuan dan karektoristik Nabi SAW.
- Athar lebih umum daripada hadith; kerana hadith digunakan eksklusif kepada Nabi SAW, manakala athar meliputi apa yang berkaitan dengan Nabi SAW dan termasuk juga para sahabat dan tabi'en. Oleh itu, semua hadith adalah athar, tetapi bukan semua athar adalah hadith.
[2] Santai
dan perlahan
[3] Betul-betul
Mutawatir. Iaitu dapat dipercaya dan terjamin dengannya.
[5] (Perkataan Talaqqi bermaksud mempelajari al-Quran terus
dari sebutan guru. Guru tersebut mestilah seorang yang pernah mempelajarinya
dari guru sebelumnya yang berkesinambungan hingga kepada penerima wahyu pertama
Rasulullah s.a.w.)
[6] ( Dengan cara melafazkan, iaitu guru
melafazkan dan diperdengarkan kepada murid-muridnya )
[7] ( lemah lembut / perlahan )
[10] ( Membacanya dengan benar dan menjaga
segala hukum-hakam Tajwid dalam al-Quran )
[11](
Tafkhim (تَفْخِيْمُ)
merupakan masdar dari fakhkhama (فَخَّمَ) yang berarti menebalkan. Sedang yang dimaksud dengan bacaan
tafkhim adalah membunyikan huruf-huruf tertentu dengan suara atau bacaan tebal.
)
[12] (Tarqiq (تَرْقِيْقٌ) merupakan bentuk masdar
dari roqqoqo (رَقَّقَ) yang
berarti menipiskan. Sedang yang dimaksud dengan bacaan tarqiq
adalah membunyikan huruf-huruf tertentu dengan suara atau bacaan tipis. )
[13] ( Bahagian kerongkongan )
[14] مِصْرَ : afdhalnya dibaca At-Tafkhim kerana ia ditengah-tengah derjah
dalam keadaan berbaris diatas ( )
[16]
Beliau ialah Abu 'Amru
Hafsh bin Umar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun
246 Hijrah.
[17] Khalaf
juga menjadi Perawi daripada Hamzah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar