Senin, 06 Mei 2013

Tajwid Al-Tajwid Likitabillahi Al-Majid



Tajwid Al-Tajwid
Likitabillahi Al-Majid





Dikumpul dan disusun oleh :
 Prof. DR. Muhammad Abdul Latif Shalih al-Furfur al-Hasani
Penerjemah
Muhammad Kamal Sulaiman al-Mujaddidy









Bismillahirrahmanirrahim
Doa
Ya Allah ya tuhanku aku memohon perlindunganmu daripada fitnah perkataan sebagaimana aku memohon  perlindunganmu atas fitnah perbuatan, dan aku berlindung denganmu dari segala perkara yang tidak baik, sebagaimana aku memohon perlindunganmu daripada sikap `ujub daripada perbuatan baik kami, Ya Allah aku meminta kepadamu semoga benar segala perkataan ini dan amalannya yang ikhlas,  dan dijauhkankan daripada sifat Riyak dan kesilapan, Tuhanku berikanlah kepadaku sehingga aku mampu untuk bersyukur atas segala nikmat-nikmat mu yang telah engkau berikan kepadaku dan kepada orang tuaku sehingga aku mampu mengerjakan amalan yang shalih yang engkau redhai.


Hadist Nabi
وما اجتمع قوم في بيت من بيوت الله، يتلون كتاب الله، ويتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة، وغشيتهم الرحمة، وحفتهم الملائكة، وذكرهم الله فيمن عنده
“… Dan tidaklah sebuah kaum berkumpul disalah satu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah, dan mempelajari Sunnah Nabi mereka, kecuali akan diturunkan kepada mereka ketenangan, dan mereka akan diliputi dengan rahmat Allah, para malaikat akan mengelilingi mereka, dan Allah akan menyebut-menyebut mereka kepada malaikat yang berada disisi-Nya “


[1]Athar Sahabat
Sayyiduna Ali R.A pernah ditanyakan daripada firman Allah ta`ala :
وَرَتِّلِ اْلقُرْءَانَ تَرْتِيْلاً
Hendaklah kamu membaca al-Quran dengan Tartil
Maka Ali R.A berkata : Maksudnya adalah Tajwid Huruf dan mengetahui waqaf-waqaf

Dipetik daripada Manarul Huda fil Waqfi wal Ibtida






Kata-kata pengantar
Allah menurunkan kitabnya dengan sebuah kebenaran melalui penghulu daripada keturunan anak Adam, iaitu Muhammad Bin Abdullah yang merupakan penyudah bagi para-para nabi dan Imam bagi para Rasul yang suci, dan diperintahkannya dengan mentartilkannya . Allah ta`ala berfirman :
وَرَتِّلِ اْلقُرْءَانَ تَرْتِيْلاً
Dan lantunkanlah Al-Qur`an dengan bacaan yang tartil “
Penghulu kita Rasulullah S.A.W  membacakan kepada manusia `ala makthin[2] dan mentartilkannya sebagaimana beliau mendengarkan, sebagaimana beliau bertalaqqi dengan Amin wahyu iaitu Jibril `Alaihissalam daripada Allah yang mempunyai Izzah, maka para sahabat mengambilnya dengan lafaz-lafaz dan makna-maknanya  dan tartilnya dan hukum-hakam tajwidnya sebagaimana mereka mendengarnya dengan bertalaqqi dengan baginda Rasulullah ( semoga Allah meredhai mereka semuanya ), iaitu pengabilan dengan cara Tawatur haqiqi[3] daripada baginda Rasulullah dengan para sahabat yang diwariskan kepada kita sampai hari ini. Orang-orang yang baik itu mengambil daripada orang yang baik juga, kebaikan itu diambil daripada kebaikan, dan Qurra`[4] mengambilnya daripada Qurra`, , dan para murid-murid yang mengambil daripada Sheikh-Sheikh mereka dengan cara Talaqqi[5] dan Talqin[6], beginilah cara Allah  menjaga al-Quran daripada pertukaran dan pemalsuan dalam lafaz dan juga makna-maknanya,  terlebih-lebih lagi dalam tilawahnya ( bacaannya ) dan  hukum-hakam  Tajwidnya, maka para Qurra` pada hari ini mereka merupakan dikalangan orang-orang yang sangat dimuliakan  dalam berkhidmat  al-Quran yang agung ini, mereka terus membacanya selepas 14 kurun, persis seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah S.A.W kepada para sahabatnya  secara Ghazzan Thariyyan.[7]

Oleh kerana itu al-Quranul Karim itu diperoleh melalui bertalaqqi, dan dengan mengambil daripada Sheikh-Sheikh yang telah di izinkan oleh Umanak ( orang-orang yang terpercaya ) darikalangan pembesar-pembesar ilmu ini, mengambilnya dengan perpindahan satu Sanad kepada Sanad yang lainnya sampai kepada baginda  kekasih tercinta Rasulullah S.A.W, kepada Jibril A.S dan kepada Allah Haqqutabaraka wata`ala, maka wajiblah bagi seorang muslim itu bertalaqqi al-Quran sekali sahaja dengan seorang Sheikh yang Mutqin[8] dan Ma`zun [9] membacanya dengan Mujawwadan[10]  hukum-hakam yang telah disepakati oleh para ulama Qiraat.  Dan aku telah dimuliakan dengan bertalaqqi al-Quran yang agung dengan Sheikh kami seorang al-Muqri` dan al-Jami` Mutqin al-Marhum al-Sheikh Abul Qadir Quwaidir al-Irbili ( al-Sheikh Abduhu Shamadiah ) R.A,  dan aku membacanya sebanyak tiga kali khatam secara sempurna di Mahrusah kota di  Damaskus, dan aku dimuliakan dengan diberikan Ijazah khas daripada beliau Rahimahullah ta`ala dengan bacaan al-Quran al-Karim  Riwayat  Hafash daripada `Ashim Bin Abi Annajud Rahimahullah da semoga Allah meredhai beliau.
Sungguh Demi Allah bahwa sahanya aku sangat lemah dalam bersyukur kepada Allah atas apa yang diberikannya, dalam menjalankan sebuah pengkhidmatan kepada Syariat yang suci ini, dan menjadikanku daripada golongan orang-orang yang membawa al-Quran al-Karim mereka ini   merupakan ahlullah yang Allah khususkan di muka bumi ini, dan aku melihat sebuah perkara yang benar bagiku untuk menyebarkan al-Quran al-Karim dan ilmu al-Quran untuk para pemuda-pemudi, maka aku telah menulis ketika guru-guruku masih hidup sebuah Risalah yang singkat dan Seni Tajwid dan aku telah mempercantikkannya dan disitu juga terdapat beberapa catatan yang aku tahu, mana kala aku berhasrat untuk mencetaknya Allah  menerima dengan penuh keredhaan dan diredhai, Dan sekarang aku mencetaknya dan mengharapkan daripada keredhaan Allah S.W.T , bersamaan juga isi kandungan jumlahnya juga termasuk sangat sedikit bab-babnya, dan aku mengharapkan kepada  kepada para Qurra` yang berkecimpung dalam seni ilmu ini  membacanya ( bermuthala`ah ) dan memberikan padaku kritikan-kritikan  yang didapatkan nantinya dalam cetakan ini InsyAllah ta`la, telah ditetapkan kepada anak keturunan Adam itu sifat lalai dan sifat pelupa selain daripada kalangan para Nabi `Alaihissalatuwassalam , segala puji bagi Allah dengan nikmat-nikmatnya menyempurnakan orang-orang shalih.

Pengarang


















Kandungan kitab ini
Pendahuluan               : Adab-Adab pembaca al-Quran al-Karim dan tertip para Qurra`
Permulaan                  : Hukum membaca al-Isti`azah dan Bismillah
Bab pertama              : Hukum Nun Sukun dan Tanwin dan hukum Mim Sukun disana ada       dua pasal
Pasal pertama            : Hukum Nun sukun dan Tanwin
Pasal kedua                : Hukum Mim Sukun

Bab kedua                   : Mad-mad dan pembahagiannya, disana ada dua pasal :
Pasal pertama            : Mad dan pembahagiannya ( Mad Asli dan Far`I ) dan yang berkaitan dengan keduanya.
Pasal kedua                : AR-raum dan al-Isymam
Bab ketiga                  : Huruf dan pembahasannya,  dan disana ada dua pembahasan
Pasal pertama            : Makharijul Huruf
Pasal kedua                : Sifat-sifat Huruf
Bab Keempat : Hukum Ra` dan Mim dan tempat-tempat Waqaf, disana ada 4 pasal :
Pasal pertama            : Hukum Ra`
Pasal kedua                : Hukum Lam
Pasal ketiga                : Tempat-tempat Waqaf
Pasal keempat            : Hukum al-Idhgham al-Mutamassilain dan al-Mutajanisain dan al-Mutaqarib
Pasal kelima                           : Al-Maqtu` dan al-Maushul
Penutup                                  : Qurra` sepuluh dan riwayat mereka dan penisbahan mereka, dan nisbah kepada Riwayat mereka, kemudian Doa khatam al-Quran al-Karim




















Pengenalan
Pada dasar-dasar Ilmu Tajwid
·         Sepuluh dasar-dasar
·         Daripada kelebihan al-Quran
·         Adab-adab Bacaan
·         Tertib Bacaan
·         Orang yang menulis Ilmu ini


Pertama
Sepuluh Dasar-dasar

Tajwid : definisinya , secara bahasa : Memperelokkan , dikatakan juga : ini Sesutu yang baik , maksudnya : Bagus, dan perkataan Jawwadtu al-Shay-a maksudnya : Aku membaguskannya.
Secara Istilahan : mengeluarkan  huruf daripada Makhrajnya dengan memberikan semua hak-haknya dan hak yang dituntut padanya, dan hak bagi huruf adalah sifat yang merupakan zat yang lazim baginya, seperti Al-Jahr, Asy-Syiddah, Al-Isti`la`, Al-Istifal, dan Ghunnah dan lain-lainnya.  Maka ianya merupakan sesuatu yang lazim bagi zat huruf tersebut yang tak boleh terlepas daripadanya, maka jika sekiranya luput daripadanya maka ia merupakan sebuah Lahn ( kesalahan ). Dan memberikan Haknya :  iaitu sifatnya yang terbentuk daripadanya daripada sifat-sifat zat seperti Tafkhim[11], ianya terbentuk daripada Al-Isti`la`, dan seperti Tarqiq[12] ianya terbentuk daripada Al-Istifal dan begitulah seterusnya.
Hukumnya : Menuntut ilmunya merupakan Fardhu kifayah, dan beramal dengannya merupakan Fardhu `ain atas setiap para Qari, baik dari kalangan muslimin ataupun muslimat berdasarkan daripada Firman Allah ta`ala :
وَرَتِّلِ اْلقُرْءَانَ تَرْتِيْلاً
Dan lantunkanlah Al-Qur`an dengan bacaan yang tartil “
Dan daripada Huzaifah Ibnu al-Yaman berkata : Rasulullah S.A.W bersabda :
اقرؤوا القرأن بلحون العرب وأصواتها، وإياكم ولحون أهل الكتابين وأهل الفسق، فإنه سيجئ بعدي قوم يرجعون بالقرأن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح. لا يجاوز حناجزهم مفتونة قلوبهم وقلوب من يعجبهم شأنهم.
( رواه الطبرني في المعجم الأوسط  )

Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka itu sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya".
( Hadits diriwayatkan oleh Tabrani dalam Mu`jam al-Ausath )

Pembahasannya : Kalimat-Kalimat al-Quran, dikatakan juga : begitu juga al-Hadist
Kelebihannya : ianya merupakan ilmu yang mulia dan banyak kelebihan-kelebihannya, kerana ianya berkaitan dengan al-Quran dan perkara-perkaranya yang berkaitan dengannya.
Faedahnya : Kemenangan dengan memperoleh kesenangan di dunia dan akhirat.
Sumber-Sumbernya : al-Quran dan al-Sunnah
Namanya : Ilmu Tajwid
Permasalahnya : Qawaid-qawaidnya dan permasalah-permasalahannya secara keseluruhan ( kulliat ), yang nantinya akan membawa dalam memahami hukum-hakam pecahannya ( juziyat ).
Tujuannya : Menjaga lisan daripada al-Lahnu (kesalahan )dalam membaca kalam Allah
Al-Lahnu : ia merupakan sebuah kesalahan dan lari daripada kebenaran, ianya terbagi kepada dua : Jali dan Khafi.
Jali : kesalahan yang terdapat dalam lafaz-lafaz yang menyebabkan berobahnya bacaannya, baik yang mengubah dari segi makna ataupun tidak, seperti merubah huruf dengan huruf lain, ataupun harakat dengan harakat lain. Yang pertama adalah seperti menggantikan huruf al-Tha` dengan dal atau ta tanpa al-isti`la` padanya. Yang kedua seperti menzummahkan huruf ta “ أنعمتُ “atau membacanya fatah dal pada “ الحمدَ لله “ yang dinamakan juga dengan Jali
Dan Khafi : ianya merupakan sebuah kesalahan yang terdapat pada lafaz-lafaz yang memberikan sebuah perubahan pada huruf tanpa makna, seperti meninggalkan Ghunnah dan memendekkan mad-mad atau memanjangkan sesuatu yang pendek.
Dinamakan Khafi kerana ia dikhususkan bagi ahli-ahli ilmu ini sahaja yang dapat mengetahuinya
Dan yang pertama : Maksudnya al-Jali- ianya Haram dan berdosa orang yang membacanya atas perbuatan itu.
Dan Yang kedua : maksudnya al-Khafi – ianya Makruh dan memberikan sebuah keaiban disisi ahli ilmu ini, dikatakan juga : diharamkan juga , kerana ianya menghilangkan kemanisan ( Barunaq ) bacaan.




Kedua
Daripada fadhilah-fadhilah al-Quran al-Karim

Menyibukkan diri dengan membaca dan mendatabburnya merupakan sebaik-baik ibadat dan ianya merupakan asas daripada agama, Allah telah menyerahkan pada mereka setiap sesuatu ilmu, ianya merupakan sebuah cahaya yang diturukan dalam hati penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W yang menjadikannya sebagai petunjuk dan Rahmat dan berita gembira bagi orang-orang Muslimin.
         Daripada Abu Musa al-Asy`ari R.A berkata : Rasulullah S.A.W bersabda :
عن أبي موسى الأشعري رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل الأُتْرُجَّة ريحها طيب وطعمها طيب . ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن مثل التمرة لا ريح لها وطعمها طيب حلو .  ومَثَلُ المنافق الذي يقرأ القرآن مثل الريحانة ريحها طيب وطعمها مر . ومثل المنافق الذي لا يقرأ القرآن كمثل الحنظلة ليس لها ريح وطعمها مر
 ( رواه الترمذي  )

Dari Abu Musa Al Asy’ari berkata : telah bersabda Rasulullah : “Perumpamaan orang mu’min yang membaca Al Qur’an seperti Utrujjah baunya harum rasanya lezat, dan perumpamaan orang mu’min yang tidak membaca Al Qur’an seperti Tamrah tidak ada baunya tetapi rasanya manis. Sedang perumpamaan orang munafiq yang membaca Al Qur’an seperti Rihanah, baunya harum tetapi rasanya pahit, sedang orang munafiq yang tidak membaca Al Qur’an seperti Handhalah, tidak ada baunya dan pahit rasanya” ( Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim )

وعن أبي سعيد الخدري رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يقول الله سبحانه وتعالى:
 )من شغله القرآن وذكري  عن مسأ لتي اعطيته افضل ما اعطى السائلين(, وفضل كلام الله على سائر الكلام كفضله على خلقه
  رواه الترمذي

Daripada Abi Sai`d al-Khudri R.A daripada Nabi S.A.W bersabda : Allah S.W.T berfirman : Barangsiapa disibukkan dengan Al-Qur'an dan dzikir kepada-Ku sampai-sampai tidak meminta kepada-Ku, maka Aku akan memberinya pemberian yang terbaik seperti yang Aku berikan kepada mereka yang meminta kepada-Ku.  Dan keutamaan kalam Allah atas semua kalam-kalam lain seperti keutamannya ada makhluk ciptaannya.

Dan disunnnatkan ketika membacanya dalam keadaan menangis sebagaimana yang mampu bagi seorang Qari, ianya dapat menambahkannya Nur dan kekhusyu`an, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Nawawi dalam ( al-Tibyan ) daripada Nabi S.A.W

اقرؤوا القرآن وابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا
Ertinya : Bacalah al-Quran dan menangislah kamu semua, sekiranya kamu tidak mampu menangis maka buat-buatlah menangis.
 Al-Quran  menjadi syafa`at pada hari kiamat bagi orang-orang yang membacanya, diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Amamah al-Bahili R.A berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :
اقرؤوا القرآن ؛ فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه
“ Bacalah Al-Qur’an karena di hari kiamat ia datang memberi syafaat pada orang yang membacanya “.
Disana juga terdapat ayat-ayat dan surah yang khusus sebagaimana disebutkan dalam hadits-hadits yang mulia yang mengkhususkannya dalam menghafal dan membacanya seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim :
من حفظ عشرة آيات من أول سورة الكهف عصمه الله عن الدجّال
Barang siapa yang menghafal sepuluh ayat dariada awal surah al-Kahfi maka Allah selamatkannya daripada fitnah Dajjal.


عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه قال :  لا تجعلوا بيوتكم مقابر، إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة ( رواه مسلم )
Daripada Abu Hurairah R.A Rasululllah S.A.W bersabda :  Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya setan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya.” (HR. Muslim )
Dan disunnatkan bagi seorang Qari` memperbaguskan suaranya dalam membacanya, selama tidak keluar daripada batasan Qiraat yang merenggangkanya, sebagaimana dalam sebuah Hadits Syarif :
من لم يتغنَّ بالقرآن فليس منا ( رواه أبو داود )
Barang siapa yang tidak memperindahkan dalam bacaan al-Quran maka ia bukan dari golongan kami. ( HR Abu daud )
 Dan makna (يتغنَّ  ) maksudnya : Memperindah suara dalam membaca al-Quran




Ketiga
Adab-adap yang penting bagi seorang Qari` al-Quran al-Karim
Disana terdapat adab-adab yang agung dalam mempelajari al-Quran,  sebagaimana yang dikenalkan dan  yang dilakukan oleh orang-orang yang telah Allah cahayakan hatinya dengan  al-Quran dan membacanya dengan kefahaman  dan penjagaan, dan secara jumlahnya terbahagi kepada  :
1-      Adab bersama al-Quran
2-      Adab bersama para Ahli al-Quran
3-      Adab Mu`allim ( guru ) dan Muta`allim ( murid ) ketika hendak membaca.
Adapun adab bersama al-Quran : hendaklah membersihkan mulut dengan siwak atau lainnya dengan Thaharah yang sempurna, pada tempat yang bersih dan bagus serta menghadap kiblat, dan membaca isti`azah sebelum membacanya dan berusaha dengan penuh kekhuyu`an dan tadabbur  dan membacanya dengan bagus dan tartil, dan menjauhkan daripada ketawa dan kebisingan  dan perbualan tanpa ada sebuah kemudharatan ketika membacanya, dan tidak dibacakan pada ehwal dan tempat-tempat khas, seperti dalam keadaan yang sangat mengantuk, atau membacakan kepada orang yang tidak siap mendengarkannya, atau dijalanan dan kamar mandi, dan tandas, dan membacanya ketika khutbah apabila bagi orang yang mendengarnya, begitu juga wajib mengagungkannya yang ditulis daripadanya bukan sesuatu yang lunak padanya, dan tidak dibolehkan dengan mengatakan sesuatu daripada al-Quran yang tidak ada ilmu dengannya,  ini merupakan adab-adab sebagaimana yang dikemukakan oleh al-Lubaib.
Adapun bersama para ahli al-Quran : Ianya merupakan adab dengan kalamullah ta`ala, maka tidak dibolehkan menyakiti orang yang membawa al-Quran atau bertakabbur atasnya, terlebih-lebih lagi dengan orang yang mengajar al-Quran dan guru dengan ilmunya ini.
Adapun adab Guru dan murid : Ini tidak bertujuan keduanya (guru dan murid ) yang membawa kepada tujuan-tujuan dunia sebagaimana pertemanan keduanya, maka hendaklah guru itu menemani muridnya ketika membacanya, dan hendaklah berakhlak bagus yang diredhai dan bahagian-bahagian yang terpuji, maka hendaklah  keduanya memperbanyak muzakarah dan menghafalnya.
Keempat
Tertib Qiraat
1-      Al-Tartil : Dan dari segi bahasa : Masdar (  Tartil al-Quran  ) : sebagus-bagus karangannya . Dan menurut Istilahan : Membaca al-Quran dengan tidak tergesa-gesa dan memahaminya tanpa mempersegerakannya ) dan ianya merupakan tata tertib yang paling baik
2-      Al-Tahqiq : Ianya seperti tartil akan tetapi ianya agak lebih tenang daripadanya, ianya dipakai untuk mengajar.
3-      Al-Hadr : Membacanya dengan cepat, dan haruslah menjaga segala hukum-hakam tajwid
4-      Al-Tadwir : Ianya merupakan keseimbangan antara tartil dan hadar.
Maka selain daripada itu namanya ( al-Hazramah ) ianya merupakan sebuah bentuk bacaan, dan tidak dibolehkan sama sekali oleh syara`, dan orang tersebut berdousa  dan hendaklah orang tersebut bertalaqqi ilmu ini setelahpun bertaubat kepada Allah dengan taubat yang nashuha, dan tidak berbuat lagi selepasnya.









Kelima
Orang-orang yang menulis dalam Ilmu ini
A-    Orang-orang terdahulu
1-      Al-Allamah Ibnu al-Jazari ( Muhammad Bin Muhammad ) : Nidhamu al-Jazariah fi al-Tajwid.
2-      Shaikul Islam Zakaria al-Anshari : Sharahu al-Jazariah
3-      Makki Bin Abi Thalib al-Qaisi : al-Ri`ayah
4-       Daripada Susunan : Tuhfatul Athfal. Dan Hidayatu al-Shibyan fi al-Tajwid
5-      Al-Usymuni : Manarul Huda fi bayani al-Waqfi wal Ibda`.
B-    Daripada Kalangan Moden
1-      Al-Ustaz Muhammad  Abu Raimah  R.A : Risalah fi al-Tajwid
2-      Al-Shaikh Muhammad Ahmad Dahman ( R.A ) : Durus al-Tajwid al-Hadisah dua jilid.
3-      Al-Allamah al-Shaikh Abul Wahhab al-Hafiz ( Dabas wazait ) R.A : Hidayah al-Rahman fi Tajwid al-Quran.
4-      Al-Ustaz  `Izat `Ubaidu al-Du`as : ( Fannu al-Tartil ) Hams.

Aku mengatakan : Banyak sekali yang dikarang daripada Mesir dan negeri Syam dalam seni bidang ilmu ini,  baik dalam bentuk system dan penulisan ada yang berbentuk panjang dan sederhana dan ringkasan, semoga Allah membalas bagi mereka semuanya dengan kebaikan.










Bab Yang Pertama

Permulaan : Hukum Membaca al-Istiazah dan Bismillah

Hukum Nun Sukun dan Tanwin dan hukum Mim Sukun
·        Hukum Nun sukun dan Tanwin
·       Hukum Mim Sukun













Hukum membaca al-Isi`azah dan Bismillah
Al-Isti`azah :
Hukumnya :  disunnatkan – dikatakan juga : wajib – ketika memulai membacanya
Dan bentuknya yang dipilih :
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Disana terdapat empat keadaan :
Dua keadaan di jiharkan ( menyaringkan ) pada keduanya, dan pada dua keadaan lagi di sirkan ( tidak nyaring ) .
Dan dijiharkan ketika pada perayaan ( majlis )  dan semasa pembelajaran, dan disirkan ketika pada solat  dan diluarnya. Cara membaca isti`azah dengan Basmallah pada awal surah ada empat cara :
1-      Qath`u al-Jami` : maksudnya adalah membaca Isthi`azah terlebih dahulu daripada Bismillah, dan  membacakan Bismillah pada awal surah.
2-      Berhenti pada Isti`azah dan menyambung basmalah dengan awal surah.
3-      Menyambung Isti`azah dengan basmallah sahaja, kemudian memulakan bacaan awal surah.
4-      Waslun al-Jami` : maksudnya adalah menyambung ketiga-tiganya, iaitu Isti`azah dengan Basmallah, dan menyambung Basmallah dengan awal surah.
Dan antara Basmallah dengan setiap dua Surah terdapat tiga cara :
1-      Qa`un al-Jami`
2-      Berhenti pada pertama dan menyambung dengan kedua  dan dengan ketiga.
3-      Waslum al-Jami` ( menyambung semuanya ) dan Adapun antara surah al-Anfan dan Baraah ( At-taubah ) hendaklah bagi kamu itu waqaf, diam, menyambungnya, tanpa membaca Basmallah kerana ia tidak terdapat Basmallah antara dua surah tersebut ( al-Anfal dan At-taubah
Pasal Pertama
Hukum Nun Sukun dan Tanwin
Pembahasan pertama : Al-Izhar
-          Ia adalah : mengeluarkan setiap huruf daripada makhrajnya tanpa ada ghunnah ( dengung ),
Dan hurufnya ada enam : ( الهمزة   ,  الهاء  , العين  , الحاء  , الغين  , الخاء  )
-          Dinamakan juga huruf Halqun[13]. Dimana ianya terhimpun dalam perkataan ini :
( أَخِي  هَاكَ   عِلمًا   حَازَهُ    غَيْرَ       خَاسِرٍ  )
Seperti : يَنْأَوْنَ  , مِنْهُمْ  , أَنْعَمْتَ  , تَنْحِتُوْنَ  , مِنْ غِلٍّ  , المُنْخَنِقَةُ .
-          Hakekatnya ( mengucapkan dengan Nun dan tanwin dengan batasan keduanya, kemudian mengucapkan dengan huruf Izhar tanpa terputus bacaan diantara keduanya ) membacanya dengan  mensukunkan huruf Nun, dan melafazkan huruf ( didepannya )  tanpa Qalqalah.
Dinamakan juga  Izhar  pada Hamzah dan Ha` disebut dengan Izhar  al-`ala ( tinggi ), dan pada al-`Ain dan al-Ha` disebut  juga dengan Izdhar Ausath ( pertengahan )  dan pada al-Ghain dan al-Kha` disebut juga dengan Izdhar Adna ( rendah )

Pembahasan kedua : Idgham dan pembahagiannya :
( Bertemunya  huruf yang sakin dengan huruf berbaris dan  kemudian menjadi kedua-duanya satu huruf bersabdu, dan lidah terangkat sekali ketika membacanya)
Hurufnya ada enam : ن- و- ل- م – ر – ي  ( يَرْمَلُوْنَ )
-          Dan Al-Idgham itu terbahagi kepada dua : 1- Bighunnah 2- Bighairi ghunnah
1-      Al-Idgham Bighunnah : dinamakan juga Naqis, dan hurufnya  ada empat secara keseluruhan, didalam lafaz ( يومن  )
seperti :  مَن يقول  , مِنْ وَال , مِمَّن منع  , من نُور  .
-          Tata cara Idgham ( menjadikan huruf yang diighamkan  seperti mudgham fih ( yang diidgham padanya ) , dan kedua-duanya menjadi satu huruf daripada jenis yang kedua) seperti : من يعمل ﴿   من يّعمل , dan daripada مِنْ رَّبِّكُمْ ﴿  مرّبكم,dan tidak di Idghamkan melainkan pada dua kalimat, jika tidak maka tidak benarkan Idgham padanya seperti :   صِنْوَانٌ  ﴿ ,   الدُّنْياَ  ﴿, قِنْوَانٌ  ﴿, بُنْيَنُهُمُ  ﴿
2- Idgham Bighairi Ghunnah : iaitu pada  huruf Lam dan Ra` : Dinamakan juga Al-Idgham Al-Kamil.
Pembahasan ketiga : Al-Iqlab :
Ia adalah : Menjadikan suatu huruf pada tempat huruf lain, maksudnya : Menukarkan Nun yang sukun ataun Tanwin dengan Mim yang di Ikhfa`kan ( disembunyikan ) sebelum Ba` serta mengekalkan sifat dengungnya.
Ianya terdapat pada satu kalimat  adan juga pada dua kalimat, seperti :  أَنْبِئْهُمْ  ﴿, أَنْ بُوْرِكَ  ﴿ maka ianya akan menjadi ( أمبئهمأمبورك  ) . Maksud MengIkhfa`kan Mim adalah melemahkannya dan dan menutup zatnya. Ianya haruslah dengan menutup kedua bibir dengan tutupan yang ringan tanpa menekannya secara kuat. ( ini adalah menurut Ijma` para Qurra` di Syam )
Pembahasan Keempat : Al-Ikhfa`
Ianya adalah : Membacakan Huruf yang bertanda sukun tanpa Tasydid ( sabdu ) dengan sifat bacaan antara Al-Izhar dan Al-Idgham serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama, iaitu ketika membaca huruf daripada huruf-huruf  Ikhfa`. Semuanya terdapat di awal kata-kata dalam syair ini :
صِفْ ذَاثَنَا كَمْ جُودَ شخص قد سما كرما              ضع ظالماً زد تقى دُمْ طالبًا فترى
-          Kadang-kadang ia terdapat dalam satu kalimat atau dua kalimat, seperti :
يَنْصُرْكُمُ  ﴿, مُنْذِرٌ  ﴿, مَنشُوْرًا  ﴿, يَنكُثُوْنَ  ﴿, أَنجَيْنَكُم  ﴿, يَنشُرْلَكُمْ  ﴿ , يَنقَلِبُوْنَ  ﴿, مِنسَأَتَهُ  ﴿, أَندَادًا  ﴿, يَنطِقُوْنَ  ﴿, فَأَنزَلْناَ  ﴿, انفِرُوْ  ﴿,
يَنتَهُوْا  ﴿, مَنضُودٍ  ﴿, انْظُرُوا  ﴿,  dan pada dua kalimat :
عَزِزٌ ذُوْ انتِقَامٍ  ﴿, مِّن فِرْعَوْنَ ﴿
Kesimpulan  : Al-Izhar adalah mengekalkan zat bagi huruf dannya secara bersamaan, dan Al-Idgham adalah tidak mengekalkan bagi keduanya secara bersamaan, dan Al-Ikhfa` adalah menjauhkan zat bagi huruf Nun dan Tanwin daripada Lafaz  dan mengekalkan  kedua sifatnya iaitu Ghunnah ( dengung ) yang berpindah Makhraj keduanya  daripada Lidah ke Khaisyum ( sengau ) , seperti : ( عنك  )maka lidah tidak berkerja baginya.





36
Bab Kedua
Hukum Mim Sukun
Apabila huruf mim sukun bertemu dengan huruf daripada huruf-huruf hijaiyah, maka ianya memiliki tiga hukum ( Ikhfa` , Idgham, Izhar )
Pertama : Al-Ikhfa`
Apabila selepas Mim sukun bertemu dengan satu huruf sahaja, iaitu al-Ba` ( ب  ) maka hendaklah mengikhfa`kan serta dengung, seperti : وَهُم بِالْأَخِرَةِ  ﴿, dinamakan juga Ikhfa` Syafawi kerana perimbangan dengan makhraj huruf mim yang keluar daripada dua bibir. Cara bacaan Ikfa` Syafawi ini hendaklah direnggangkan sedikit dua bibir tidak boleh merapatkan ( berdasarkan Ijma` al-Qurra` di Syam )
Kedua : Al-Idgham
Apabila selepas Mim sukun bertemu dengan satu huruf sahaja, iaitu Al-mim ( مــ  ) maka hendaklah memasukkan ( mengidghamkan ) mim yang pertama dengan mim yang kedua disertai dengan dengung sehingga kedua-duanya menjadi mim yang bersabdu,  seperti :       أَم مَّنْ أَسَّسَ ﴿,
Ketiga : Al-Izhar
Apabila selepas Mim sukun bertemu dengan satu huruf satu huruf sahaja daripada baki huruf hijaiyah terdiri daripada 26 huruf, cara membacanya dengan menyatakan sebutan huruf mim tanpa disertai dengung, seperti :  مَثَلُهُمْ كَمَثًلِ ﴿, وَهُمْ فِيْهاَ ﴿, dinamakan juga Izhar syafawi












Bab ketiga
Al-Huruf : makhrajnya dan sifatnya
·         Makhraj-makhraj huruf
·         Sifat-sifat Huruf

Pasal Pertama
Makhraj-makhraj huruf itu ada 17 makhraj, dan jenis-jenisnya  ada lima :
1.      Bahagian Rongga mulut dan rongga kerongkongan
2.      Bahagian kerongkongan
3.      Bahagian lidah
4.      Bahagian bibir mulut
5.      Bahagian hidung ( khaisyum )

1.      Bahagian Rongga mulut dan rongga kerongkongan ( al-Jaufu )  : padanya terdapat satu makhraj yang keluar daripadanya huruf Mad  yang tiga : alif dan Wau dan Ya`
2.      Bahagian kerongkongan ( al-Halqu ) : padanya terdapat tiga makhraj :
A.      Pangkal Kerongkong : Hamzah dan Ha`
B.      Tengah kerongkong : `Ain dan Haa
C.      Hujung Kerongkong : Ghain dan Kha`
3.      Bahagian Lidah : padanya terdapat sepuluh makhraj :
1-      Antara Pangkal daun lidah daripada kerongkong : Qaf
2-      Pangkal dahun lidah dibawah makhraj Qaf : Kaf
3-      Daripada pertengahan ( daun lidah ) : Jim dan Syin dan ya`
4-      Sepanjang tepi lidah  yang ditekan pada geraham atas atau salah satu keduanya : dhad
5-      Daripada Tepi hujung lidah kepada langit-langit keras : Lam
6-       Tepi hujung lidah dibawah makhraj Lam sedikit : Nun
7-      Daripada Atasnya ( tepi hujung lidah berdekatang dengan huruf nun )  : Ra`
8-      Hujung lidah ( yang diangkat ) menekan pada gusi gigi gunting atas : Tha` dan Dal dan Ta`
9-      Hujung lidah yang ditekankan pada belakang gigi gunting bawah : Shad dan Zay dan Sin
10-  Daripada hujungnya ( lidah ) diantara hujung gigi gunting atas dan hujung gigi gunting bawah : Tha` dan Zal dan Dzha


4.      Bahagian bibir mulut : padanya terdapat dua Makhraj :
1-      Bibir mulut bawah dan hujung gigi gunting atas : Fa`
2-      Dua bibir mulut : Ba` dan Mim dan Wau
5.      Bahagian hidung ( khaisyum ) : keluar daripadanya Ghunnah ( dengung )

Pasal Kedua
Sifat-sifat Huruf
Sifat-sifat huruf, terdapat dua bahagian : Sifat-sifat berlawanan dan sifat-sifat yang tidak berlawanan.

Sifat-sifat berlawanan ( 5 )
1-      Al-Jahr dan lawannya Al-Hams
2-      Asy-Syiddah dan At-Tawassut lawannya Ar-Rakhawah
3-      Al-Isti`la` dan lawannya Al-Istifal
4-      Al-Itbaq lawannya Al-Infitah
5-      Al-Izlaq lawannya Al-Ismat
1.      Al-Hams : huruf-hurufnya :
فَحَثَّهُ شَخْصٌ سَكَتْ
Dan Al-Jahr selain daripadanya.
2.      Asy-Syiddah : dan huruf-hurufnya : 
أَجِدْ قَطٍ بَكَتْ
Ar-Rakhawah selain daripadanya.
Dan huruf al-Mutawassithah ( sederhana ) :
لِنْ عُمَرْ
3.      Al-Isti`la` : huruf- hurufnya :
خُصَّ ضَغْطٍ قِظْ
Dan Al-Istifal iaitu selain huruf pada Al-Isti`la`
4.      Al-Itbaq : Huruf-hurufnya :
Shad dan Dzad dan Tha dan Dza`. Selain huruf ini adalah  Al-Infitah
5.      Al-Izlaq : dan Hurufnya :
فِرَّ  مِنْ لُبٍ
Dan huruf Al-Ismat iaitu selai daripada Al-Izlaq.

Sifat-sifat yang tidak berlawanan ( sifat Tunggal )
1.      As-Shafir : Hurufnya ada tiga : ( Shad dan Zai dan Sin )
2.      Al-Qalqalah : dan Hurufnya ( قُطْبُ جَدٍ  )
3.      Al-Lin : dan Hurufnya : ( Wau dan Ya` )
4.      At-Takrir : Hurufnya : ( Ra`) dan dijauhkan pada Tilawah.
5.      At-Tafasysyi : dan ianya : ( Syin )
6.      Al-Istithalah : Sebuah ibarat iaitu memanjangkan Dhad sehingga bersambung dengan Mim.
7.      Al-Inhiraf : ianya adalah menjauhkan sedikit daripada ( Lam dan Ra` ) daripada makhraj keduanya pada makhraj selain keduanya. Dan dijauhkan pada Tilawah.









Bab Keempat
Hukum-hakam Ra` dan Lam dan Tempat-tempat Waqaf
·         Hukum-hakam Ra`
·         Hukum-Hakam Lam dan Mim dan Nun yang bertasydid.
·         Hukum-hakam Idgham Mutamasilain dan Mutajanisain dan Mutaqaribain.
·         Tempat-tempat Waqaf.
·         Al-Maqtu` dan al-Maushul.







Pasal Pertama
Hukum Ra`
Bagi Ra` terdapat tiga ehwal : 1- At-Tafkhim . 2- At-Tarqiq . 3- dibolehkan kedua-duanya.
1-      At-Tafkhim : Wajib dibaca Tafkhim pada tempat-tempat berikut :
1.      Apabila berbaris Zummah : ( عِشْرُوْنَ )
2.      Apabila berbaris diatas : ( سِرَجاً )
3.      Apabila bertanda sukun setelah zummah : ( غُرْفَةَ )
4.      Apabila bertanda sukun setelah berbaris diatas : ( قَرْيَةٍ  )
5.      Apabila bertanda sukun setelah baris dibawah: ( أَمِ أرْتَابُوا ) , ( ارْجِعُوا  )
6.      Apabila bertanda sukun selepas baris dibawah Asli dan selepasnya huruf Isti`la` : ( مِرْصَادًا ), ( قِرْطَسٍ  )
7.      Apabila bertanda sukun selain Ya` dan sebelum bertanda sukun itu berbaris diatas, atau zummah : ( القَدْرِ ) ( الفَجْرِ  )
2-       At-Tarqiq : pada tempat-tempat berikut ini :
1-      Ketika ra` berbaris dibawah : ( وَالْغَرِمِيْنَ  )
2-      Jika Ra` bertanda sukun selepas berbaris bawah asli : ( شِرْعةً  )
3-      Jika Ra` bertanda sukun selepas ya sukun : ( خَبِيْرٍ )
4-      Ketika pada waqaf ( akhir kalimat ) dan sebelumnya huruf Istifal yang sukun dan sebelumnya huruf yang berbaris dibawah, contoh : ( حِجْرٌ   ), ( السِّحرَ )
3. Ra` harus dibaca dengan dua cara ( At-Tafkhim atau At-Tarqiq ) pada tempat-tempat berikut :
1- jika ianya berbaris sukun dan sebelumnya  berbaris dibawah asli dan selepasnya huruf isti1la yang berbaris  kasrah seperti : ( كُلُّ فِرْقٍ )
2-Jika Ra`ketika waqaf ( di akhir kalimat )  dan sebelumnya huruf Isti`la` yang sukun dan sebelumnya huruf berbaris kasrah seperti : [14]( مِصْرَ ), ( القِطْرِ  )[15]



Pasal Kedua
Hukum-hakam Lam

Pasal Ketiga
Hukum-hakam Idgham al-Mutamasilain dan al-Mutajanisain dan al-Mutaqaribain













Bab keempat
Tempat-tempat waqaf dalam Al-Quran

Waqaf mengikut kehendak pilihan ( Al-Ikhtiari ) : empat : Tam, Kafi, Hasan ,Qabih.
1-                  Waqaf Tam : digalakkan waqaf padanya dan memulakan pada selepasnya kecuali apa yang selepasnya berkaitan dengan hubung-kait makna dan bukan kerana lafaz, seperti : ( أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لاَ يُئْمِنُوْنَ )
2-                  Kafi :

Pasal Kelima
Al-Ma`tu` dan al-Maushul


Doa Khatam Al-Quran
Ya Allah dengan Selawat atas penghulu kami Nabi Muhammad yang merupakan penyudah bagi segala Nabi-Nabi dan para Rasul, maka Ampunkanlah kami dan bagi kedua ibu bapak kami dan bagi seluruh muslimin dan matikanlah kami dengan Amalan-amalan shalih kami , wahai yang maha mulia, segala puji bagi Allah tuhan bagi sekalian Alam.

Nasab Qurra` sepuluh dan riwayat mereka

Nafi` al-Madani : Abu Ruwaim Bin Abdurrahman al-Laithi al-Ashfahani. Meninggal di Madinah tahun 169
Perawinya : Qalun, Isa Bin Mina, Abu Musa. Meninggal di Madinah tahun 220
Ibu Kathir al-Makki : Abdullah Bin Kathir al-Dari. Di Mekkah. Meninggal tahun 120
Perawinya : Al-Bazzi : Ahmad Bin Muhammad Bin Abdullah al-Makki Abu Hasan. Di Mekkah meninggal tahun 250.
Qunbul : Muhammad Bin Abdul Rahman  al-Makhzumi Abu Umar.Meninggal di Mekkah tahun 291
Abu 'Amru al-Bashri : Ziyad bin al-'Ala' bin 'Ammar al-Mazani.  Meninggal di Kufah pada tahun 154 Hijrah.

Dua perawinya:

Al-Duri : Beliau ialah Abu 'Amru Hafsh bin Omar bin Abdul Aziz . Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.

Al-Susi : Beliau ialah Abu Syu'aib Shalih bin Ziad bin. Meninggal dunia pada tahun 261 Hijrah.

Imam Abu 'Amir al-Syami : Nama beliau ialah Abdullah bin 'Amir al-Yahshabi Abu Imran . meninggal dunia pada tahun 118 Hijrah di Kufah.
Dua perawinya:

Hisyam : Beliau ialah Hisyam bin 'Ammar bin Nasir al-Dimasyqi Abu al-Walid. meninggal pada tahun 245 Hijrah di Damaskus.

Ibnu Dzakuan : Beliau ialahAbdullah bin Ahmad bin Basyir al-Qarsyi. meninggal dunia pada tahun 242 Hijrah di Damaskus.

Imam 'Aashim Al-Kufi : Nama beliau ialah 'Aashim bin Abi al-Najud  Abu Bakar . Meninggal dunia pada tahun 128 Hijrah di Kufah.

Dua perawinya :

Syu'bah : Beliau ialah Abu Bakar bin 'iyasy bin Salim al-Kufi. meninggal dunia pada tahun 193 Hijrah di Kufah.

Hafsh : Beliau ialah Abu Amru bin Sulaiman bin Al-Mughirah al-Bazaz al-Kufi. meninggal dunia pada tahun 180 Hijrah di Kufah.
Hamzah al-Kufi : Nama sebenar beliau ialah Hamzah bin Habib bin 'Imarah al-Zaiyat Abu 'Imarah. meninggal dunia pada tahun 156 Hijrah di Hulwan.

Dua perawinya :

Khalaf : Beliau ialah Khalaf bin Hisham al-Bazzar Abu Muhammad. meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah di Baghdad.
Khallad : Beliau ialah Khallad bin Khalid al-Shairafi al-Kufi Abu Isa. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah di Kufah.

Al-Kasai  al-Kufi : Nama sebenar beliau  Ali bin Hamzah al-Nahwi Abu al-Hasan. meninggal dunia pada tahun 189 Hijrah di Baranbawaih

Dua perawinya :

Abu al-Harith Al-Laith bin Khalid al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 240 HIjrah.

Al-Duri [16]: beliau juga Perawi daripada Abi Umaru
Ja’far Al-Madani : Yazin Bin al-Qa`qa`  , meninggal pada tahun 128 hijriah di Madinah.
Dua perawinya :

- Ibnu Wardan : Abu al-Harith Isan al-Madani, meninggal lebih kurang pada tahun 160 Hijriah.

Ibnu Jummaz: Abu al-Rabi` Sulaiman Bin Muslim al-Madani, meninggal pada tahun 170 Hijriah di Madinah di Bu`aid.
Ya’qub Al-Basri : Abu Muhammad Ya`qub Bin Ishaq Bin Zaid al-Hadhrami, meninggal pada tahun 205 Hijriah di Bashrah.

- Ruwais : Abu Abdullah Muhammad Bin al-Mutawakkil al-Lu`lui, meninggal pada tahun 238 di Bashrah.
- Rauh : Abu al-Hasan Bin Abdul Mukmin al-Nahwi al-Bashari, meninggal lebih kurang  pada tahun 235 Hijriah di Bashrah.


Khalaf[17]  : Abu Muhammad  Khalaf Bin Hisyam Bin Tha`lab al-Bazar al-Baghdadi, meninggal pada tahun 229 Hijriah.
Dua perawinya
- Ishaq : Abu Ya`qub Bin Ibrahim Bin `Usman al-Waraq
- Idris : Abu al-Hasan Bin Abdulkarim al-Haddad al-Baghdadi, meninggal pada tahun 292




Senarai Kandungan
Muqaddimah
Khutbah Kitab
Maudhu`-maudhu` kitab
Pendahuluan dalam dasar-dasar ilmu Tajwid
Sepuluh Dasar-dasar
Daripada kelebihan Al-Quran
Adab-adab yang peting bagi pembaca Al-Quran al-Karim
Tertib bacaan
Orang yang menulis dalam Ilmu ini
Bab Pertama Pendahuluan hukum hakam Isti`azah dan Bismillah
            Pasal Pertama : Hukum Nun sukun dan Tanwin
            Pasal Kedua : Hukum Mim mati
Bab kedua : Pasal pertama Mad dan Pembahagiannya

Papan kenyataan Pembahagian Mad-Mad
Pasal kedua : Ar-Raum dan Al-Isymam
Bab ketiga Pasal pertama : Makhraj-makhraj huruf
Pasal kedua : sifat-sifat Huruf
Bab keempat : pasal Pertama : Hukum Ra`
            Pasal kedua :  Hukum Lam
            Pasal ketiga : Hukum Idgham Mutamasilain dan Mutajanisain dan Mutaqaribain
Pasal keempat : Tempat-tempat waqaf dalam kitabullah Azza wajalla
Pasal kelima : Maqtu` dan Mausul
Doa Khata Al-Quran
Risalah  terakhir Qurra` sepuluh dan riwayat simbol-simbol mereka
Nasab Qurra` sepuluh dan riwayat mereka
Senarai sumber-sumber kitab
Penutup
Senarai isi kandungan




[1] al-Athar (الآثار)
Dari segi bahasa ia bermaksud 'kesan', 'impak', 'tanda' atau 'sisa' yang ditinggalkan atau diwarisi dari perkara lepas. Dari segi istilah juga terdapat 3 pendapat:
  1. Athar itu sama pengertian seperti hadith.
  2. Athar dan hadith mempunyai pengertian yang tersendiri. Athar adalah percakapan, perbuatan dan pengakuan oleh para sahabat dan tabi'en dan hadith pula adalah percakapan, perbuatan, pengakuan dan karektoristik Nabi SAW.
  3. Athar lebih umum daripada hadith; kerana hadith digunakan eksklusif kepada Nabi SAW, manakala athar meliputi apa yang berkaitan dengan Nabi SAW dan termasuk juga para sahabat dan tabi'en. Oleh itu, semua hadith adalah athar, tetapi bukan semua athar adalah hadith.

[2] Santai dan perlahan
[3] Betul-betul Mutawatir. Iaitu dapat dipercaya dan terjamin dengannya.
[4]
[5] (Perkataan Talaqqi bermaksud mempelajari al-Quran terus dari sebutan guru. Guru tersebut mestilah seorang yang pernah mempelajarinya dari guru sebelumnya yang berkesinambungan hingga kepada penerima wahyu pertama Rasulullah s.a.w.)
[6] ( Dengan cara melafazkan, iaitu guru melafazkan dan diperdengarkan kepada murid-muridnya )
[7] ( lemah lembut / perlahan )
[8]
[9]
[10] ( Membacanya dengan benar dan menjaga segala hukum-hakam Tajwid dalam al-Quran )
[11]( Tafkhim (تَفْخِيْمُ) merupakan masdar dari fakhkhama (فَخَّمَ) yang berarti menebalkan. Sedang yang dimaksud dengan bacaan tafkhim adalah membunyikan huruf-huruf tertentu dengan suara atau bacaan tebal. )
[12] (Tarqiq (تَرْقِيْقٌ)  merupakan  bentuk  masdar   dari   roqqoqo   (رَقَّقَ)   yang    berarti menipiskan. Sedang yang dimaksud dengan bacaan tarqiq adalah membunyikan huruf-huruf tertentu dengan suara atau bacaan tipis. )
[13] ( Bahagian kerongkongan )
[14] مِصْرَ : afdhalnya dibaca At-Tafkhim kerana ia ditengah-tengah derjah dalam keadaan berbaris diatas ( )
[15] القِطْرِ : Afdhalnya dibaca At-Tarqiq kerananya ditengah-tengah derjah berbaris kasrah ( )





[16] Beliau ialah Abu 'Amru Hafsh bin Umar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.


[17] Khalaf juga menjadi Perawi daripada Hamzah

1 komentar:

  1. salam.... tuan.. sy ingin bertanya... adakah tuan memiliki kitab terjemahan manarul huda.. sy ingin membelinya??

    BalasHapus