Kamis, 16 Mei 2013

Nasehat Imam al-Mujaddid



5-10-2013

Majlis Pmkt

Ada seseorang mendoakan dan mencelakakan tuan guru dengan mengatakan perkataaan yang menghinakan tuan guru, tetapi apa yang tuan guru katakan “ Ya Allah campakkanlah mereka kepada Rahmatmu yaAllah “ sehinggalah orang itu tersadar dan dijemput Ajalnya dalam keadaan yang baik selepasnya, ianya bertobat selepas terjadinya itu semua.
Dan janganlah kamu duduk bersama orang-orang bermaksiat dan orang fasiq.

Berhentilah dalam menghukum orang, kita bukanlah daripada golongan para hakim-hakim akan tetapi kita adalah daripada golongan Dokter, doakan mereka dan janganlah menghina mereka.  Dan seorang dokter itu selalu kasihan kepada para pesakitnya dan tidak sama sekali mencela dan menyusahkan pesakit.

Golongan Rabbani adalah mereka yang selalu peka dengan keadaan sekitar, mereka akan selalu menjadi obat bagi segala penyakit tingkah laku manusia, mereka tidak menghakimi kerena mereka bukanlah seorang hakim, mereka adalah doktor hati, yang mengobati hati manusia daripada lalai menyebut nama Allah, membawa manusia kepada punca kesenangan dan ketenangan di dunia dan akhirat, inilah ajaran Rasulullah yang diwariskan kepada orang-orang selepas kewafatan beliau. Rasulullah merupakan Imam bagi kalangan Rabbaniyyun.

oleh : Muhammad Kamal Sulaiman al-Mujaddidy

Tidak ada komentar:

Posting Komentar