Minggu, 12 Mei 2013

Politik Rabbani adalah politik Nabawi dan buka siyasah Hizbi ( parti politik )

Rabbany mempunyai prinsip tersendiri dalam memandang politik di setiap negara. Berbagai parti politik pun berjibun di atas muka bumi ini, semua mengikut kepada peraturan tersendiri setiap negara.

Rabbany adalah perjalan ruhiyah dimana ia tidak terpaut dengan siasah duniawi yang akan memecahkan ummat, seperti politik dan ahli lawannya ( pembangkang / koalisi ) Maka dasar inilah yang paling bagus, kerana ia boleh menjadi penasihat bagi dua golongan, iaitu 1. pemimpin yang zalim, 2.lawan pemimpin yang zhalim.

Golongan Rabbani adalah menjadi penasihat bagi kedua golongan diatas, dan ianya lebih selamat, kerana pemikiran mereka dapat diterima kedua-dua belah pihak. tidak pro dan tidak kontra..
Golongan Rabbany lebih selamat.



~Tamat disini,marilah bersatu! ~

Ketika pemerintahan Hajjaj Bin Yusuf yang jauh lebih zalim dari
umno sampai bunuh ramai sahabat Rasulullah..
Para sahabat berpecah kepada 3 golongan:

1) Menentang hajjaj (berdasarkan hadis lawan pemerintah zalim
yg ulama PAS guna)

2) Bersama hajjaj dan cuma taat yang baik je,yang salah mereka
tak taat (berdasarkan hadis nabi arahkan supaya muslim jgn
berpecah belah dan taat pemerintah wlupun pemerintah zalim seperti yang ulama UMNO guna)

3) Golongan berkecuali ( berdasarkan hadis nabi suruh lari
tinggalkan pertelagahan dunia dan politik bila bertemu dgn zaman
fitnah dan zaman pecah belah seperti yang digunakan oleh golongan TABLIGH, TAREQAT dan gerakan keluarga HABIB)

Ketiga2 golongan masuk syurga, golongan sahabat yang pertama tidak pernah memanggil golongan kedua sebagai MACAI dan tidak pula menggelarkan golongan sahabat ketiga sebagai BODOH MELAMBATKAN KEMENANGAN ISLAM,KAFIR (kerana tak terlibat politik) dan lain-lain gelaran,sebaliknya mereka saling mencintai dan berlapang dada kerana masing2 mempunyai DALIL dari LIDAH RASULULLAH...

Dan ketika zaman khalifah Ali dan Muawiyyah,asbab perbezaan ideologi politik juga para sahabat berpecah belah,bukan kerana para sahabat gila kuasa macam pemimpin parti zmn sekarang,tapi kerana KEBODOHAN pengikut yang tak amalkan politik sihat,suka mencaci maki dan memfitnah sehingga mencetuskan perang
antara sahabat iaitu perang siffin(antara tentera ali dan muawiyyah) dan perang jamal (antara tentera aisyah dan ali)...sedangkan pada hakikatnya,para sahabat nabi saling mencintai walaupun mereka terpisah dengan "parti" yang berlainan..(Dan itu juga yang berlaku sekarang,sesama pemimpin pembangkang dan kerajaan tak de gaduh hebat sangat,siap boleh salam,senyum,peluk lagi bila bertemu,pengikut je yang lebih2)

Masalah jadi rumit kerana KETAKSUBAN DAN KEBODOHAN PENGIKUT yang mencetuskan lebih banyak pecah belah sehingga saling berbunuhan..

Kesannya,sampai sekarang umat islam berpecah kepada sunni dan syiah kerana perbalahan politik ketika zaman khulafa rasyidin..Syiah yang asalnya cuma "parti politik" yang menyokong Ali akhirnya menjadi AGAMA BARU..jadi tak mustahil parti2 politik zaman sekarang yang terlampau taksub dengan parti dan pemimpin parti sampai tak boleh disentuh sikit pun akan jadi AGAMA BARU seperti syiah yang menganggap pemimpin2 mereka maksum dan haram disentuh..bau bau kentut fitnah syiah boleh didapati dalam parti2 politik zaman ni..sentuh sikit je pemimpin diorang,mengamuk semua,sedangkan benda tu jelas salah dan ia cuma teguran ikhlas yang membina semata2 bukan menegur sebagai musuh...

Dan Allah sememangnya sengaja takdirkan fitnah politik antara sahabat berlaku kerana Allah mahu AJAR umat islam bagaimana MENGHADAPI FITNAH POLITIK..sebab tu Allah jadikan fitnah itu berlaku di kalangan Sahabat Nabi kerana mereka CONTOH UMAT TERBAIK...

Yang paling menarik,apabila kerajaan KAFIR Rom mendapat berita tentang pergaduhan muawiyyah dan ali,terus Raja Rom hantar surat kepada muawiyah untuk BERGABUNG dan menentang kerajaan Ali..

Muawiyyah SANGAT MARAH dan membalas:

"Sekiranya kalian(orang kafir) masuk campur urusan kami (perbezaan politik muslimin),aku berjanji akan bergabung dengan Ali dan HANCURKAN KALIAN! "

Inilah CONTOH dari para Sahabat Nabi ajaran ISLAM yang mulia,dan lihat diri kita yang mengaku ISLAM pula,ada ke kita amalkan amalan para Sahabat ni?

Bila kita yang kononnya ada akal ni nak ambil iktibar?

~cukup cukup sudah~

Cukup analisis politik,sekarang semua dah nampak jelas,asal sentuh politik je,kita berpecah belah..
So lepas ni jangan nak marah aku tak cakap pasal politik atau kafirkan aku sebab tak cakap pasal politik,aku cuma mahukan kedamaian sesama muslim dan bersatu semuanya atas nama ISLAM bukan atas tiket parti...


2 komentar:

  1. Ya, nasihatkan ahli umno dan pas kembali kpd bersifat rabbani

    BalasHapus
  2. Semoga kembali kepada Masa Rasulullah dan tiga qurun pertama, mereka itulah para Rabbaniyyin dalam Islam, semoga Ummat Islam di Seluruh Dunia begitu juga Malaysia agar dapat menerima Manhaj Rabbani, iaitu Manhaj al-Quran dan Rasulnya

    BalasHapus